Anda di halaman 1dari 5

 

KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:
IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA

Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1)
kupasan kes Murtad Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-
peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang
hadir pada taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah
Kuala Lumpur, serta, (2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang &
dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As
Sakinah Taman TTDi Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk kupasan serta pelan tindakan akan diadakan pada;

1. Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya ,


ulasan oleh Peguam Zulkifli Nordin, persediaan & Perancangan sedang
dijalankan dengan rapi.
2. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM
Jalan Gombak untuk merangkan pelan strategi oleh seluruh NGO &
organisasi Muslim & Malaysia.
3. Kehadiran untuk kedua program diharapkan sepenuhnya & menjadi
fardhu kifayah untuk bertindak.

 
LATAR BELAKANG

1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai
definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta
skop yang terlibat.
2. Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia.
3. 3 faktor yang telah dipersetujui di dalam mengdefinisikan perkataan Melayu, iaitu;
 Bercakap Melayu
 Beramal dengan budaya Melayu

4. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam &
Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
5. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di
Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa lain yang
menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah
di Malaysia.
 

AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1. Nama asal: Azlina Jelani, pernah ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai
Lina Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.
2. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
3. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya
sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun
2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk
didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
4. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.
 

FAKTA KES
1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan,
tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam.
2. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengn permohonan kepada
Jabatan Pendaftaran Negara. (untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama
menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak).
3. Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN
disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.
4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan
(MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama
(Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5. Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke Mahkamah Tinggi, seterusnya ke
Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam
kuasa Mahkamah Syariah.
6. Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan oleh barisan pembela
kepada Lina Joy.
7. Pada awalnya ketiga Hakim yang mendengar kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-
mullim) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan,
HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi
NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN
oleh Hakim yang terlibat.
8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara
peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut
melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi
hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh
perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan.
10. Isu Mahkamah Syariah sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan
oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 &
Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang
terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi
kumpulan atau agama secara umumnya.
12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani yang dilakukan untuk
menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi
seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan
umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-
undang Islam.
 

IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui
mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat
dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan
mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh
mengongkongnya;
 Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
 Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
 Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan undang
Syariah sudah tidak relevent.
a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang
difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi
“bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
b. Semua badan-badan Islam tidak relebvent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak
mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
 Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
 Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk
menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang
memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
 Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan
Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang
Muslim di dalam perlembagaan.
 

MENGAPA KES LINA JOY?

1. Kes Lina Joy mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di
Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk
mempertahankan Islam di mana-mana sahaja.
2. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah cuba
berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk
membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan,
setelah kekalahan mereka untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya
Tahir.
3. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council
(IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang
digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang bergama Islam.
4. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar yang mana ia
mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A)
Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya.
5. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang
telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan
permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
6. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan
seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke
atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang
rakyat Islam.
7. www.becketfund.com menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu
dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotao
oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
8. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk
memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela
Lina Joy, antaranya;
 Majlis Peguam (Bar Council)
 Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh. 
 Malaysian Women Power Organization
 National Council of Women Organization
 All Women Action Society
 Sister in Islam
 Women Health Organization
 Women Council of Change
 Women Developmen for Change
 Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)

9. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu
menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country
Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to
Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a sub-sivilience to
constitution…”

 
TINDAKAN SEGERA
Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah
Persekutuan Putrajaya dari tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil
oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan
dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur
Zakaria, untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif
Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
 Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi
dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di
Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut
daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
 Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai
pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana
mengamalkan Islam di Malaysia.
 Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200
peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis
Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
 Antara ahli jawatankuasa yang dilantik adalah;
 Haji Mat Buruk
 Dato Dr Zaiton Osman
 Dato Abu Zahar
 Dato Ainuddin
 Zulkifli Nordin
 Tuan Haji Mohd Buruk
 Pak Wan Chik Marican, Peguambela bagi Pihak Negara
 Baharuddin
 Subki Yusuf
 Radhi, Setiausaha NGO Melayu
 Zainddin Ismail
 Kamar Aniah
 Zainur Ridaun
 Shamsuriya
 Azril Abim
 Raja Mustafa

2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini.
www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan
segera mengikut kesesuaian.
3. Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak
yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di
dalam membela kes Lina Joy.
4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap
tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang
isu ini.
 Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh
pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya.
 Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa langsung tidak sedar
tentang apa yang berlaku.
 Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung
Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir
5. Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat
07-July-2006 langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran
daripada pihak yang terlibat.
7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat
Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.
8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon
pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-
Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang
ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus
dimusnahkan.