Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja

Projek Galeri Sejarah


1.0 Pendahuluan
Mata pelajaran Sejarah telah diperakukan sebagai amat penting dalam memupuk
semangat kewarganegaraan, melahirkan perasaan cinta kepada tanah air, memahami
tamadun bangsa, mengukuhkan perasaan jati diri serta berupaya memainkan peranan
merangka wawasan masa depan Negara. Sehubungan dengan itu, peranan Panitia
Mata Pelajaran Sejarah dalam mewujudkan dan memanfaatkan sudut mata pelajaran
sejarah di bilik darjah adalah penting. Selain daripada itu, Persatuan Sejarah di
sekolah juga diminta berperanan dalam membuat koleksi bahan Sejarah seperti
gambar, filem slaid, video, artifak, keratin akhbar, menghias dan melengkapkan bilik
atau galeri sejarah di sekolah serta mendokumenkan peristiwa-peristiwa sejarah
sekolah dan persekitarannya.
Projek Galeri Sejarah merupakan salah satu projek

yang akan dilaksanakan

dalam Program Sandaran program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan


Kebangsaan (NPQEL). Program Sandaran merupakan latihan amali dalam program
NPQEL bertujuan menyediakan peserta dengan pengetahuan pratikal dan pengalaman
bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah.
2.0 Matlamat
Mewujudkan galeri sejarah sebagai usaha kearah melahirkan warganegara yang
mempunyai ciri-ciri jati diri yang kental. Patriotik, cintakan Negara dan menjunjung
warisan budaya.
3.0 Objektif
3.1. Menarik minat dan membolehkan warga sekolah menambah pengetahuan
tentang peristiwa- peristiwa sejarah sekolah dan persekitarannya.
3.2. Sebagai medium atau tempat kepada pelajar yang terlibat dengan PT3 dan menengah
atas

untuk mata pelajaran sejarah

tentang sejarah sekolah.

membuat rujukan dan mendapatkan bahan

3.3. Memaparkan koleksi bahan sejarah sekolah yang amat berguna.


3.4 Melahirkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah dan pelajar untuk
menghayati sejarah dan seterusnya mencintai budaya dan warisan sejarah.

4.0 Pelaksanaan Program


Tarikh : 25 Ogos 2014 17 Oktober 2014
Tempat: Pusat Sumber Sekolah

5.0 Jawantan Kuasa Induk


Penasihat:
En. Anthony Poon Teck Huat
Pengurus Projek:
En. Phua Ah Siew
Penolong Pengurus Projek:
En. Md. Suhani Bin Isa
Setiausaha:
Cik Zuriah Binti Hamdie
Bendahari:
Cik Nurliyana Abdullah @ Ellina Binti Sikoi
AJK:
Cik Nipah @ Hanipah Bte Lias
Pn. Asiyah Binti Anuar
Pn. Sandy Tubak
Pn. Rafidah Binti Osman
En.Khairul Azman Bin Tahir

6.0. Jawantankuasa Kerja


Akan dibentuk pada 25 ogos 2014

7.0 Anggaran perbelanjaan


Rujuk Lampiran

8.0 Penutup
Aspirasi pelajar dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 ialah pengetahuan, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, kemahiran
berfikir, etika dan kerohanian dan indentiti nasional. Melalui penubuhan galeri
sejarah aspirasi indentiti nasional iaitu memerlukan setiap pelajar memahami sejarah
Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi
untuk masa depan Malaysia dapat dicapai. Di samping itu, Penubuhan galeri ini
diharap dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada warga sekolah tentang
sejarah sekolah dan dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme serta mewujudkan
warga sekolah yang mempunyai jati diri serta semangat cinta akan negara yang kental.

Disediakan oleh;

PHUA AH SIEW
PK Pentadbiran
SMK St. Patrick, Mukah.