Anda di halaman 1dari 5

KECEDERAAN SEMASA BERSENAM

Jenis-jenis kecederaan:

1. Kecederaan Intrisik (Direct Injury)


Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendiri seperti terlalu lebih melakukan
regangan (hyper) atau mengalami kejang otot. Ia selalunya melibatkan otot, tendon dan
ligamen. Biasanya ia kurang teruk daripada kecederaan extrintik atau kecederaan yang
kena dari luar.

2. Kecederaan Intrinsik (Indirect Injury)


Kecederaan disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan pelanggaran
atau hentakan peralatan yang digunakan atau sebagainya. Ia biasanya lebih serius
berbanding dengan kecederaan intrinsic kerana mungkin melibatkan patah, seliuh
tulang, koyak yang teruk pada ligamen atau tendon atau koyak pada otot. Atlet sukan
seperti bolasepak, hoki, silat, bolasepak futsal sering mengalami kecederaan begini.

3. Kecederaan lebih guna


Ia biasanya disebabkan oleh tekanan yang berulang dikenakan pada dikenakan pada
satu-satu tempat samada tisu, tulang , ligamen dan tendon. Jika ketelaluan kecederaan
aka terkumpul sehingga ia melebihi mekanisme pemuliharaan tisu berkenaan. Pada
tahap ini atlet akan mengalami rasa sakit bengkak dan terdedah kepada kecederaan.

Kecederaan lebih guna sering dapat dilihat pada pelari jarak jauh: 1500 meter ke atas
termasuk pelari marathon, pemain tenis, badmiton dan golf. Mereka biasya mempunyai
sejarah dari segi perubahan mendadak dalam kekerapan atau intensity sesuatu aktiviti
dimana tubuh mereka belum bersedia. Contohnya jika atlet biasa berlari 4 kilometer
selang sehari dan tiba-tiba jurulatih bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara
10 kilometer dengan persediaan hanya 2 minggu. Pertambahan jarak secara mendadak
akan menyebabkan lebih beban dan mikrotrauma berlaku khususnya terhadap kaki
atlet lalu mengalami kemungkinan pelbagai jenis kecederaan.
Teknik yang baik juga mungkin menyebabkan kecederaan sebegini. Contoh pelaksaan
backhand secara kurang betul akan menyebabkan berlakunya tennis elbow. Membuat
pilihan kurang tepat terhadap peralatan juga salah satu sebab kecederaan lebih guna
boleh berlaku. Contohnya raket yang terlalu berat atau saiz grip yang tidak betul akan
menambahkan lagi kecederaan tennis elbow tadi.

Contoh-contoh kecederaan semasa bersenam:


· Terkehel/tergeliat.
· Ketegangan.
· Terseliuh.
· Patah tulang.
· Luka-luka.
· Hentakan.
· Kejang otot
· Sakit kaki
Jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersenam:
· Kapsul sendi koyak.
· Konkusi otak akibat hantukan.
· Kecederaan dalam abdomen.
· Patah/terseliuh pada tulang dan sendi–sendi.
Antara penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersenam:
· Pertembungan di antara satu sama lain.
· Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan.
· Jatuh.
· Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan.

Penyebab kejang otot.

• Kelesuan otot

• Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup

• Kehilangan cecair badan yang banyak

• Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit


• Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit Diabetes atau masalah tiroid.

Penyebab sakit kaki.

• Kekejangan otot akibat kelesuan, ketegangan atau kecederaan

• Vena bermasalah - saluran darah yang membawa darah balik dari kaki ke jantung

• Arteri berpenyakit (saluran darah yang membawa darah ke otot kaki)

• Kerosakan pada saraf - lazimnya berlaku di kalangan mereka yang menghidap


diabetes, perokok dan peminum alkohol. Timbulnya kesakitan dan kelemahan di
sebelah atau di kedua-dua belah kaki.

• Jika berlakunya kesakitan yang diikuti oleh rasa kebas dan rasa menyucuk-nyucuk
seolah-olah terkena pin-pin kecil dan ianya menjalar dari bahagian pinggang atau
punggung turun ke kaki, kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah belakang
anda.

Patah/terseliuh. Perbezaan diantara terseliuh dengan ketegangan:


Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan
merujuk kepada ketegangan di otot.
· Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.

Tanda dan gejala kecederaan semasa bersenam:


· Sakit – di tempat yang cedera.
· Bengkak – di tempat yang cedera.
· Lebam – kebiruan di tempat kecederaan.
· Kecacatan struktur – contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan
patah).
· Kecederaan fungsi – contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti
biasa. ( seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi).
· Sakit kepala – dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan.
· Pening – terjadi semasa kecederaan otak.
· Loya dan muntah – biasa berlaku berikutan kecederaan otak.

Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya
mendapat kecederaan semasa bersukan.

Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersenam:


Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan,
walaubagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh
mendatangkan bahaya.Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar
perubatan yang profesional.

Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan sukan.

kaedah pertama ( TOTAPS )

Talk -          bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya kepdanya peringkat


                  kesakitan dan tempat kecederaan

Observe -    perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa
                  terutamanya kecederaan yang dialami ke atas kepala mangsa.

Touch   -     rasakan tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau


                  deformiti anggota badan tersebut.

Active
Movement - suruh mangsa gerakkan anggota badan yang cedera, sekiranya 
                  mangsa rasa sakit rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

Passive
Movement - gerak perlahan bahagian yang tercedera untuk periksa tahap
                  kecederaan. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi
                  setelah pasti dengan sepenuhnya kecederaan tidak serius.  

Stand       - suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan
                  tahap kecederaan. Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada
                  tanda kecederaan yang khusus.

RICE :
REST – Atlet yang cedera harus direhatkan. sebarang pergerakan ditempat yang
cedera akan mengakibatkan peredaran darah meningkat dan ini akan memburukan
keadaan kecederaan atlet.

ICE – Ais didemah ke atas tempat yang cedera.

COMPRESSION – Bahagian yang cedera harus dibalut untuk mengelakkan bengkak


yang keterlaluan.

ELEVATION – Meninggikan bhgn yg cedra bg tujuan memudahkan &


mempercepatkan pengmbalian darah masuk ke jantung. Ini dpt m’gurangkan
pendarahan t’hdp tmpt yg cedera. Bhgn yg luka harus lbh tinggi dpd paras jantung

DRABC

Danger – Periksa sekeliling, pastikan semua orang termasuk kamu adalah selamat

Response – Boleh kah orang yang tercedera itu dengar apa kamu cakap? Bolehkah
mereka bercakap ataupun nampak? Ada sebarang tindak balas kah? Boleh kah mereka
bertindak balas terhadap sentuhan?

Airway – Adakah saluran pernafasan mereka tersekat? Adakah posisi kepala mereka
berada dalam kordinasi yang betul untuk pernafasan yang lancer? Perjagaan adalah
perlu tetapi sekiranya saluran pernafasan tersekat, mestilah melancarkan saluran
pernafasan tersebut.

Breathing – Bolehkah orang yang tercedera tersebut bernafas? Sekiranya saluran


pernafasan orang tersebut telah lancer, ada masalah-masalah lain kah tidak?

Circulation – Ada denyutan nadi? Adakah denyutan jantung masih berkekalan? Adakah
nadi tersebut lemah/kuat/laju?

Anda mungkin juga menyukai