Anda di halaman 1dari 2

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.1 MASYARAKAT PRASEJARAH

Definisi Prasejarah
Prasejarah bermaksud masa silam manusia yang tidak dicatat dalam bentuk tulisan iaitu sebelum
sejarah.

1.Istilah ini mula digunakan oleh Daniel Wilson pada tahun 1851 dalam bukunya bertajuk The
Archeology and Prehistoric Annals of Scotlands.
2.Tempoh masa zaman prasejarah ini berlainan mengikut benua umpamanya di Asia dikatakan bermula
semenjak sejuta tahun dahulu.
3.Secara umumnya zaman prasejarah dibahagikan kepada 4 iaitu :
 Zaman Batu Lama (Paleolitik)
 Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik)
 Zaman Batu Baru (Neolitik)
 Zaman Logam (Gangsa-Besi)
 Zaman prasejarah awal merujuk kepada zaman Paleolitik dan Mesolitik.
 Zaman Paleolitik bermula sekitar 500 000 SM hingga 10 000 SM..
4.Antara manusia yang hidup di zaman Paleolitik ialah ;
 Pithecanthropus Erectus – dijumpai di Pulau Jawa (1801)
 Sinantharopus Pekinensis – ditemui di negara China (sekitar tahun 1926 – 1930)
 Fontechevade – dijumpai di Perancis (1947)
 Homo Neanderthalensis – dijumpai di Jerman (1856)

1.1.1 CIRI-CIRI MASYARAKAT ZAMAN PRASEJARAH

Ciri-ciri Zaman Paleolitik

 Berkemahiran membuat pelbagai jenis alatan sebagai senjata atau perhiasan.


 Mereka tidak tahu menternak jester mereka bergantung kepada memburu binatang, menangkap ikan
dan mengumpul hasil hutan.
 Mengamalkan ritual tertentu terutama untuk mengebumikan mayat.
 Tinggal di gua-gua batu kapur.

Ciri-ciri Zaman Mesolitik

 Tinggal di dalam gua, kawasan pesisiran pantai dan sungai.


 Alatan batu yang dilukis lebih halus buatannya.
 Mahir mengukir dan melukis.
 Kegiatan ekonomi utama adalah memburu, memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Mereka juga
sudah pandai bercucuk tanam dan mengamalkan sistem barter.
 Mengamalkan ritual tertentu terutama sewaktu mengebumikan mayat dan mereka turut menanam
barangan tertentu bersama mayat.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Ciri-ciri Zaman Neolitik

 Berkemahiran membuat perahu dan rakit, memintal dan menenun kain, membua tembikar dan
membina rumah dari kayu, tanah liat dan batu.
 Masyarakat Neolitik sudah mula bercucuk tanam dan tidak lagi berpindah randah. Dengan itu
petempatan semakin berkembang dan menjadi pekan dan bandar dan dapat melahirkan institusi
negara.
 Mereka banyak terlibat dalam aktiviti perdagangan.
 Berkembangnya institusi kekeluargaan dan keagamaan. Sistem keluarga yang wujud berbentuk
poligami dan monogami.

Ciri-ciri Zaman Logam

 Masyarakat zaman ini tidak lagi menggunakan peralatan daripada batu kerana mereka mula
menggunakan logam untuk membuat peralatan mereka.
 Mereka juga tidak berpindah randah lagi.
 Kegiatan utama mereka adalah bercucuk tanam, memburu, menangkap ikan dan berdagang serta
melombong.

1.1.2 PERBEZAAN PRASEJARAH AWAL & AKHIR

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai