Anda di halaman 1dari 1

INTERVENSI KEJURURAWATAN

1. Sakit berkaitan dengan proses penyakit


Objektif : Kesakitan pesakit dapat dikurangkan setelah perawatan dijalankan.
Tindakan :-

1. Lakukan penilaian keatas kesakitan pesakit melalui aduan dan reaksi ekspresi
mukanya seperti kerutan dahi ,mengerang apabila dalam kesakitan.
2. Lakukan pemeriksaan abdomen dengan lemah lembut untuk mengesan lokasi
kesakitannya dan keterukan sakitnya.
3. Ajar pesakit senaman pernafasan dalam untuk membantu mengurangkan kesakitan
yang dialami
4. Nasihatkan pesakit apabila merasa sakit dibahagian terlibat , ampu dan sokong
bahagian tersebut dengan bantal dan beri sedikit tekanan
5. Letakkan pesakit dalam posisi seperti mengiring dengan membengkok sedikit lutut
kearah abdomen
6. Berikan analgesic atau antispasmodic untuk mengurangkan sakit atas arahan doktor.

2. Defisit pengetahuan berkait dengan proses penyakit dan


penjagaan diri
Objektif : Pesakit menunjukkan kefahaman dengan menjawab setiap soalan yang
dikemukakan dengan betul
Tindakan :-

1. Ases tahap pengetahuan pesakit dengan kemukakan beberapa soalan tentang


penyakitnya dan lihat reaksi terhadap soalan tersebut.
2. Jelas kepada pesakit tentang keadaan penyakitnya dengan cara yang mudah difahami ,
jangan menggunakan perkataan perubatan.
3. Galakkan pesakit bertanya dan jawab dengan jujur dan yakin semoga peakit lebih
menaruh kepercayaan kepada jururawat .Dengan ini,perawatan dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan.
4. Perkenalkan kepada pesakit yang telah berjaya menjalani rawatan penyakit sepertinya
supaya mereka dapat berkongsi pendapat dan juga memberi keyakinan kepadanya
5. Ajar dan tunjukkan kepada pesakit cara menjaga dirinya dengan penuh sabar supaya
pesakit boleh mengikutnya
6. Tekankan kepada pesakit tentang pentingnya kebersihan diri terutamanya pada
bahagian untuk mengelak infeksi.