Anda di halaman 1dari 20

SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/1

SISTEM BEKALAN ELEKTRIK

OBJEKTIF AM

Unit Memahami konsep-konsep asas penjanaan, penghantaran


dan pengagihan

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Mentakrifkan sistem penjanaan, sistem penghantaran


dan sistem pengagihan

 Menjelaskan unit kawalan pengguna sistem satu fasa


dan tiga fasa

 Menyatakan secara ringkas fungsi setiap komponen


dalam unit kawalan pengguna

 Menerangkan maksud litar kecil akhir ( kuasa dan


lampu)
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/2

INPUT

3.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM BEKALAN DAN PEMASANGAN


Merupakan proses bagi memenuhi keperluan pengguna secara berperingkat-peringkat dan
ia mengandungi tiga(3) peringkat utama iaitu;

a) Sistem Penjanaan
b) Sistem Penghantaran
c) Sistem Pengagihan

3.1 SISTEM PENJANAAN

Suatu pengeluaran tenaga elektrik dengan kadar yang banyak dan diperolehi daripada
stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan oleh air, gas, stim dan sebagainya.

Rajah 3.1, adalah contoh proses-proses pertukaran tenaga yang berlaku di dalam
sesebuah stesen janakuasaelektrik ;

Tenaga Air
Tenaga Stim Tenaga Mekanikal Tenaga
Tenaga Gas Elektrik

Rajah 3.1 : Gambar Rajah Blok Proses Penghasilan Dge.


SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/3

3.1.1 Teori Asas Penghasilan Tenaga Elektrik


Di dalam penjana (janaelektrik) terdapat pengalir dan kutub magnet seperti Rajah 3.2 di
bawah. Apabila pengalir (abcd) berpusing maka pemotongan uratdaya magnet (flux
magnet) akan berlaku. Hasil pemotongan uratdaya tersebut oleh pengalir, maka
terhasillah daya gerak elektrik (dge).

Kutub
a

U
b

a c arah 180o 360o


pusingan 90o b 270o d
d

S
Kutub c

Rajah 3.2 : Graf Penghasilan Dge.

3.1.2 Jenis-jenis Stesen Janakuasa Elektrik


a) Stesen Janakuasa Elektrik Hidro
b) Stesen Janakuasa Elektrik Stim
c) Stesen Janakuasa Elektrik Gas
d) Stesen Janakuasa Elektrik Disel
e) Stesen Janakuasa Elektrik Nuklear
f) Stesen Janakuasa Elektrik Solar

Di Malaysia tenaga elektrik dijanakan oleh ;


a) Stesen Janakuasa Elektrik Hidro (*14.5%)
b) Stesen Janakuasa Elektrik Stim (*24%)
c) Stesen Janakuasa Elektrik Gas (*14.2%)
d) Stesen Janakuasa Elektrik Disel (*0.1%) * sumber
e) Lain-lain (*47.2%) TNB tahun
2002.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/4

3.1.3 Faktor-faktor pemilihan pembinaan sebuah stesen janakuasa ;


a). Kurang penjagaan
b). Ringkas
c). Keluaran tenaga maksimum
d). Murah
e). Saiz kecil
f). Tiada pencemaran
g). Voltan tinggi

Biasanya (Rajah 3.3) , loji stesen kuasa mengandungi ;

Relau Dandang Stim Turbin Suis


Gear

Pembantu Kelengkapan Transformer

Rajah 3.3 : Carta Alir Proses Di Dalam Loji Janakuasa

Tahukah anda? TNB


adalah badan yang
bertangungjawab
menguruskan bekalan
tenaga elektrik di negara
kita.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/5

3.1.4 STESEN JANAKUASA HIDRO

Janaelektrik

Pintu empangan

Kawasan air
Aci
Saluran masuk

Empangan

Injap pintu air Kipas turbin Saluran


keluar

Rajah 3.4 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Hidro

Prinsip kendalian :

a) Air ditakung pada suatu paras yang tinggi dan luas supaya dapat menghasilkan suatu
tenaga yang kuat bagi menggerakkan kipas turbin.
b) Air disalurkan menerusi saluran masuk ke turbin dengan suatu tekanan yang kuat dan
deras. Injap air berfungsi untuk mengawal kelajuan air.
c) Tekanan air yang kuat deras ini akan menggerakkan kipas turbin.
d) Apabila kipas turbin berputar maka pengalir rotor dalam penjana akan bergerak dan urat
daya akan dipotong, seterusnya daya gerak elektrik (dge) akan terhasil.
e) Air yang keluar dari turbin akan disalurkan ke sungai
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/6

3.1.5 STESEN JANAKUASA STIM

Stim tekanan tinggi


Lawas

Kipas turbin Aci

Bahan api

Air penyejuk
Pam
Kondenser

Air

Rajah 3.5 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Stim

Prinsip kendalian :

a) Bahan api seperti arang batu dibakar supaya dapat memanaskan air yang telah
disalurkan ke dandang.
b) Hasil daripada pemanasan air, ia akan mengeluarkan stim yang bertekanan tinggi.
c) Stim tersebut disalurkan ke turbin dan seterusnya memutarkan kipas turbin.
d) Pemotongan uratdaya akan berlaku dan menghasilkan dge. Tekanan stim yang keluar
daripada turbin akan menjadi rendah dan disalurkan ke kondenser supaya ditukar
kepada air. Air tersebut disalurkan ke kawasan takungan air dan akhirnya pam akan
mengepam semula air ke dandang.
e) Proses berulang.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/7

3.1.6 SISTEM JANAKUASA GAS

Gas tekanan tinggi


Bahan
api
Ruang pembakaran

Turbin Janaelektrik
Pemampat
Aci Aci
Udara masuk Lawas

Rajah 3.6 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Gas

Prinsip kendalian :

a) Udara disedut dan dimampatkan oleh pemampat dari luar dan disalurkan ke ruang
pembakaran.
b) Bahan api dimasukkan ke dalam ruang pembakaran dan dibakar bersama aliran udara.
c) Hasil daripada pembakaran , gas bertekanan tinggi dihasilkan.
d) Gas tersebut disalurkan ke turbin. Sebahagian gas tersebut akan berfungsi untuk
menggerakkan kipas turbin dan sebahagian lagi menggerakkan pemampat.
e) Oleh kerana kipas turbin berputar, maka pengalir rotor juga berputar dan seterusnya
menghasilkan dge.
f) Gas yang keluar dari turbin disalurkan keluar melalui saluran gas lawas.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/8

AKTIVITI 3A

Uji kefahaman dan ingatan anda dengan membuat


aktiviti berikut. Sekiranya masih kabur, sila buat
ulang kaji.

3.1 Berikan takrifan bagi sistem penjanaan di dalam sistem bekalan .


3.2 Senaraikan lima (5) jenis stesen janakuasa elektrik yang anda ketahui.
3.3 Berikan lima (5) faktor yang diambil kira sebelum sesebuah stesen janakuasa dibina.
3.4 Terangkan secara ringkas teori penghasilan tenaga elektrik.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/9

MAKLUM BALAS 3A

3.1 Sistem penjanaan ialah Suatu pengeluaran tenaga elektrik dengan kadar yang
banyak dan diperolehi daripada stesen janakuasa elektrik hasil daripada
pergerakan oleh air, gas, stim dan sebagainya.

3.2 Jenis-jenis Stesen Janakuasa Elektrik :


a. Stesen Janakuasa Elektrik Hidro
b. Stesen Janakuasa Elektrik Stim
c. Stesen Janakuasa Elektrik Gas
d. Stesen Janakuasa Elektrik Disel
e. Stesen Janakuasa Elektrik Nuklear

3.3 Faktor-faktor pemilihan pembinaan sebuah stesen janakuasa :


a. Kurang penjagaan
b. Ringkas
c. Keluaran tenaga maksimum
d. Murah
e. Saiz kecil

3.4 Teori Asas Penghasilan Tenaga Elektrik


Di dalam penjana (janaelektrik) terdapat pengalir dan kutub magnet. Apabila
pengalir (pemutar) berpusing maka pemotongan uratdaya magnet (flux magnet)
akan berlaku. Hasil pemotongan uratdaya tersebut oleh pengalir, maka
terhasillah daya gerak elektrik (dge).
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/10

INPUT

3.2 SISTEM PENGHANTARAN


Merupakan proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari janakuasa elektrik
hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi.Sesebuah stesen janakuasa elektrik akan
menghasilkan voltan janaan 11kV. Kemudian voltan janaan ini ditingkatkan dengan
menggunakan penggubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV, 275kV dan 400kV. Tujuan
meninggikan voltan janaan adalah ;

a) Untuk mendapatkan nilai voltan bekalan yang stabil kepada pengguna, walaupun
telah berlaku susut voltan yang banyak .
b) Untuk mengurangkan kos perbelanjaan (saiz pengalir yang kecil).

3.3 Kaedah sambungan dalam sistem penghantaran


3.3.1 Sistem Jejari
Dengan menyambungkan pengubah (Transformer) peninggi secara jejari seperti Rajah
3.7. Lazimnya digunakan pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan tenaga
elektrik yang rendah.

Ke Pengubah Penurun

S S S
P P P

JANAKUASA Pengubah Peninggi


ELEKTRIK

S - Lilitan sekunder
P - Lilitan Primer

Rajah 3.7 : Gambar Rajah Blok Sistem Jejari


SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/11

3.3.2 Sistem Gelang


Dengan menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang, seperti Rajah
3.8. Sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah, manakala
lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun.

Ke Pengubah Penurun

S S S
P P P

Pengubah Peninggi

JANAKUASA
ELEKTRIK

Pengubah Peninggi

P P P
S S S
Ke Pengubah Penurun

Rajah 3.8 : Gambar Rajah Blok Sistem Gelang

3.3.3 Sistem Bus Ties


Dengan menyambungkan lilitan primer dan sekunder secara gelang Rajah 3.9.
Ke Pengubah Penurun

S S S
P P P
Pengubah Peninggi

JANAKUASA
ELEKTRIK
Pengubah Peninggi

P P P
S S S

Ke Pengubah Penurun

Rajah 3.9 : Gambar rajah Blok Sistem Bus Ties


SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/12

3.3.4 Sistem Rangkaian


Dengan menyambungkan lilitan primer secara jejari dan lilitan sekunder secara gelang,
Rajah 3.10. Kedua-dua lilitan adalah dari pengubah peninggi.

Ke Pengubah Penurun

S S S
P P P

Pengubah Peninggi

JANAKUASA
ELEKTRIK

Pengubah Peninggi

P P P
S S S

Ke Pengubah Penurun

Rajah 3.10 : Gambar Rajah Blok Sistem Rangkaian

Unit ini perlu Banyaknya


kepada banyak yang kena
bacaan dan hafalan, ingat, macam
gunakan kaedah yang mana nak
sesuai untuk hafal ni?
mengingatinya.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/13

3.3.5 Sistem Grid Nasional


Digunakan untuk menyambungkan janakuasa-janakuasa elektrik yang besar seperti yang
ditunjukkan oleh Rajah 3.11.

JANAKUASA JANAKUASA
ELEKTRIK (A) ELEKTRIK (C)
P P
S S

SS S
PP S
PP

JANAKUASA JANAKUASA
ELEKTRIK (B) ELEKTRIK (D)

Rajah 3.11 : Gambar Rajah Blok Sistem Grid Nasional

3.5.1 Kebaikan dan Keburukan Sistem Grid


a). Kebaikan
i. Bekalan sentiasa mencukupi walaupun salah satu janakuasa elektrik yang lain
menghadapi masalah.
ii. Perubahan frekuensi sentiasa stabil.
iii. Stesen janakuasa elekrik yang kecil dapat dikurangkan.

b). Keburukan
i. Memerlukan kos perbelanjaan yang banyak.
ii. Memerlukan penjagaan yang rapi.
iii. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

Tenaga elektrik dibawa secara pukal melalui kabel-kabel bawah tanah atau melalui talian-
talian atas di sepanjang jarak yang jauh. Talian penghantaran ini mempunyai ciri-ciri
mekanikal :
i. Kekuatan penyokong
ii. Lendutan
iii. Tegangan
Keupayaan penghantaran pada masa kini adalah 66kV, 132kV dan 275kV. Stesen-stesen
yang menggunakan sistem grid kebangsaan adalah ;
i. Stesen diesel
ii. Stesen Tempatan
iii. Luar bandar
iv. Stesen Hidro.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/14

3.4 SISTEM PENGAGIHAN

Adalah merupakah proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari pencawang
voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna dan ia merupakan peringkat terakhir
di dalam sistem bekalan.

Stesen Janakuasa
11kV

11kV / 66kV
132kV / 275kV

Sistem Penghantaran

132kV / 11kV

Sistem Pengagihan

Rumah Industri kecil / sekolah Industri berat


(240V) (415V) (11kV)

Rajah 3.12 : Gambar Rajah Blok Proses Penghantaran dan Pengagihan

Berdasarkan Rajah 3.12 di atas, voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada pengguna
mengikut keperluan. Bagi industri berat voltan maksimum ialah 11kV. Industri kecil,
sekolah dan pejabat memerlukan voltan bekalan 415V dan bagi rumah kediaman pula,
kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/15

AKTIVITI 3B

Uji kefahaman dan ingatan anda


dengan membuat aktiviti berikut.
Sekiranya masih kabur, sila buat
ulang kaji. Semak jawapan anda
pada maklum balas di sebelah.
Semoga berjaya.

3.5 Berikan takrifan bagi sistem penghantaran dan sistem pengagihan.


3.6 Nyatakan kaedah sambungan yang terdapat di dalam sistem penghantaran bekalan
elektrik.

3.7 Dengan bantuan gambar rajah, berikan definisi bagi kaedah sambungan jejari di dalam
sistem penghantaran.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/16

MAKLUM BALAS 3B

3.5(a). Sistem penghantaran merupakan proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari
janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi.

3.5(b). Sistem pengagihan Adalah merupakah proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula
dari pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna dan ia
merupakan peringkat terakhir di dalam sistem bekalan.

3.6 i. Sambungan jejari


ii. Sambungan gelang
iii. Sambungan bus-ties
iv. Sambungan rangkaian
v. Sambungan grid nasional

3.7 Sistem Jejari ialah dengan menyambungkan pengubah (Transformer) peninggi secara
jejari. Lazimnya digunakan pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan tenaga
elektrik yang rendah.

Ke Pengubah Penurun

S S S
P P P

JANAKUASA Pengubah Peninggi


ELEKTRIK

Gambar rajah Blok Sistem Jejari

S – Lilitan sekunder
P- Lilitan Primer
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/17

Penilaian Kendiri

Untuk menilai prestasi


anda, sila jawab semua
soalan di bawah dan
hantar kepada pensyarah
anda untuk dinilai...
Jangan cepat give up !!
Semoga Berjaya !!!

1. Berikan tiga(3) peringkat utama yang terdapat di dalam sistem bekalan dan pemasangan
elektrik.

2. Di dalam sistem penghantaran, sistem gelang adalah salah satu daripada kaedah sambungan
untuk menghantar tenaga elektrik kepada pencawang voltan tinggi. Berikan definisi bagi
sistem gelang dengan bantuan gambar rajah.

3. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan prinsip kendalian Stesen Janakuasa Stim.

4. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses penghantaran dan pengagihan bekalan tenaga
elektrik kepada pengguna.

Kenapalah pensyarah
buat soalan yang very
hard.. Ini lah yang
menyebabkan aku
give up ni.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/18

MAKLUM BALAS KENDIRI

1. Tiga(3) peringkat utama yang terdapat di dalam sistem bekalan dan pemasangan elektrik
ialah ;
i. Sistem penjanaan
ii. Sistem penghantaran
iii. Sistem pengagihan

2. Sistem Gelang
Dengan menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang, seperti Rajah di
bawah sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah, manakala
lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun.

Ke Pengubah Penurun

S S S
P P P

Pengubah Peninggi

JANAKUASA
ELEKTRIK

Pengubah Peninggi

P P P
S S S
Ke Pengubah Penurun

Gambar rajah Blok Sistem Gelang


SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/19

2. Rajah di bawah, adalah gambar rajah blok bagi stesen janakuasa stim ;

Stim tekanan tinggi


Lawas

Kipas turbin Aci

Bahan api

Air penyejuk
Pam
Kondenser

Air

Gambar rajah Stesen Janakuasa Stim

Prinsip kendalian :

i. Bahan api seperti arang batu dibakar supaya dapat memanaskan air yang telah
disalurkan ke dandang.
ii. Hasil daripada pemanasan air, ia akan mengeluarkan stim yang bertekanan tinggi.
iii. Stim tersebut disalurkan ke turbin dan seterusnya memutarkan kipas turbin.
iv. Pemotongan uratdaya akan berlaku dan menghasilkan dge. Tekanan stim yang keluar
daripada turbin akan menjadi rendah dan disalurkan ke kondenser supaya ditukar
kepada air. Air tersebut disalurkan ke kawasan takungan air dan akhirnya pam akan
mengepam semula air ke dandang.
v. Proses berulang.
SISTEM BEKALAN ELEKTRIK E1063/UNIT3/20

4. Rajah di bawah menunjukkan proses penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik kepada
pengguna.

Stesen Janakuasa
11kV

11kV / 66kV
132kV / 275kV

Sistem Penghantaran

132kV / 11kV

Sistem Pengagihan

Rumah Industri kecil / sekolah Industri berat


(240V) (415V) (11kV)

Gambar rajah Blok Proses Penghantaran dan Pengagihan

Berdasarkan Rajah di atas, voltan dari pencawang tinggi diagihkan kepada pengguna
mengikut keperluan. Bagi industri berat voltan maksimum ialah 11kV. Industri kecil,
sekolah dan pejabat memerlukan voltan bekalan 415V dan bagi rumah kediaman pula,
kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.

Alhamdulilah, aku
berjaya menjawab
semua soalan dengan
betul. Yahoo...!!!.

Anda mungkin juga menyukai