Anda di halaman 1dari 40

Merancang dan mewujudkan

persekitaran pembelajaran
yang Indoor and outdoor yang
selamat dan berkualiti

PENGENALAN
Persekitaran ialah di mana kualiti fizikal dan
kualiti manuasia digabungkan untuk
mewujudkan atau menghasilkan satu ruang
pada kanak-kanak dan orang dewasa untuk
berkerjasama dan bermain bersama-sama.
Persekitaran merangkumi aspek keadaan
fikizal, keadaan interpersonal dan aspek waktu.

Persekitaran yang baik dapat menggalakkan


pembelajaran kanak-kanak.

Persekitaran yang selesa, selamat, berwarna-warni dan


menarik dapat memberikan galakan dan stimulasi
kepada kanak-kanak.
Persekitaran pembelajaran yang tenang, selamat dan
mencabar sangat mustahak dalam menimbulkan
motivasi instrinsik kepada kanak-kanak.
Tadika atau taska yang baik sepatutnya mempunyai
kawasan yang menyediakan ruang yang berkualiti dan
selamat untuk kanak-kanak bergerak.

Ruang
Persekitaran
Tadika

Ruang Dalam
Bangunan
(Indoor)
Ruang Luar
Bangunan
(Outdoor)

Ruang Dalaman
Bilik Darjah

Susun atur ruang dalam bilik darjah


Kanak-kanak dapat merasakan mereka berupaya, dapat
membuat pilihan, mencetuskan idea serta pendapat
mereka dihormati.
Belajar dan menggunakan kemahiran dalam konteks yang
bermakna.

Mereka dapat menerokai pelbagai bahan dan sumber.


Berupaya menyatakan keperluan dan meluahkan
perasaan mereka.

Belajar menggunakan dan menghargai sumber2


maklumat manusia, bahan bercetak dan bahan visual.
Berupaya mengeluarkan perasaan mereka secara kritis
dan kreatif.

Pembahagian ruang
Ruang senyap-kering. Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialah
seperti kegiatan membaca, mendengar, bercerita dan menulis.
Ruang aktif-kering. Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialah
aktiviti yang berkaitan dengan motor kasar.
Ruang senyap-basah. Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialah
yang memerlukan air seperti aktiviti lukisan, permainan tanah liat dan
sebagainya.
Ruang aktif-basah. Ruang ini digunakan untuk aktiviti permainan
pasir dan air.

Ruang lukisan
Kerusi dan meja perlu disediakan di ruangan ini dan
dilengkapkan juga dengan singki atau paip air.

Ruang untuk mendengar

Ruang ini perlu dilengkapkan dengan plag elektrik untuk


radio atau kaset, televisyen dan lain-lain.

Ruang sains
ruang ini perlu berhampiran dengan tingkap untuk membolehkan
cahaya matahari masuk supaya benih-benih bunga dan sayursayuran mendapat cahaya matahari. Di ruang ini juga perlu
diletakkan meja untuk meletakkan contoh-contoh tanaman atau
biji-biji benih yang dibawa oleh kanak-kanak.

Ruang bacaan

ruang ini dilengkapkan dengan rak-rak terbuka. Tinggi


rak itu hendaklah kurang daripada ketinggian kanakkanak supaya mereka dapat bersosial atau berinteraksi
dan supaya guru dapat memerhati gerak-geri mereka.

Jenis sudut yang selalu terdapat di


tadika
Sudut keluarga.

peralatan permainan yang perlu disediakan di sudut


ini ialah seperti peralatan dapur untuk mainan
masak-masak, kerusi kanak-kanak, bekas-bekas
makanan yang kosong, makanan yang diperbuat
daripada plastik seperti buah-buahan dan sayursayuran, anak-anak patung. Boleh juga
dilengkapkan dengan cermin solek, pakaian
termasuk pakaian yang melambangkan pekerjaan
supaya kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti
main peranan.

Sudut permainan blok.

sudut ini boleh dilengkapkan dengan blok-blok


yang pelbagai saiz. Blok-blok juga boleh ditulis
dengan huruf abjad dan berwarna-warni. Di
sudut ini juga boleh dilengkapkan dengan
patung-patung binatang atau orang.

Sudut permainan puzzel dan manipulatif


sudut ini boleh dilengkapkan dengan picture puzzles, insert
puzzles, lego dan alat permainan binaan lain yang
mengembangkan motor halus kanak-kanak. Alat-alat ini boleh
digunakan untuk menggenggam, menolak, menarik,
mencangkuk, dan sebagainya.

Sudut bahasa /bacaan


sudut ini disediakan dengan buku-buku yang boleh dibaca oleh kanakkanak. Buku-bukunya terdiri daripada yang kulitnya keras atau lembut.
Daripada buku-buku ini kanak-kanak boleh melakukan aktiviti. Selain itu
bahan-bahan seperti komik, majalah, surat khabar, buku telefon,
permainan huruf-huruf abjad, puisi, dan katalog juga boleh disediakan.
Sudut ini juga biasanya dilengkapkan dengan bantal untuk kanak-kanak
berehat sambil membaca. Sudut ini perlulah senyap dan selesa supaya
kanak-kanak dapat menumpukan perhatian mereka.

Sudut agama
sudut ini dilengkapkan dengan patung-patung yang
dipakaikan dengan pakaian untuk beribadat seperti telekung
bagi kanak-kanak perempuan dan pakaian Melayu
bersongkok bagi kanak-kanak lelaki. Sudut ini juga perlu
dilengkapkan dengan sejadah dan al-Quran. Selain itu sudut
ini juga dihiasi dengan huruf hijaiah, gambar-gambar
sembahyang yang bersiri,
gambr kaabah dan
buku-buku cerita yang
berunsurkan agama.

Sudut sains
sudut ini dilengkapkan dengan bahan yang dikeringkan seperti
bunga-bunga kering dan daun-daun kering, biji-biji benih, jenis-jenis
kekacang dan bahan-bahan yang masih segar. Model-model
binatang, buah-buahan dan orang juga boleh disediakan di sudut
ini. Sudut ini juga boleh dilengkapkan dengan akuarium supaya
kanak-kanak boleh memelihara ikan.

Sudut komputer

sudut ini dilengkapkan dengan peralatan


komputer yang antara pengisiannya
mengandungi permainan untuk kanak-kanak
dan rekod pribadi kanak-kanak untuk
memudahkan guru atau ibu bapa menyemak
perkembangan mereka.

Persekitaran Luar
Sebuah
tadika
yang
baik
seharusnya
mempunyai kawasan yang menyediakan ruang
kepada kanak-kanak bergerak bebas. Sebagai
contoh, menyediakan kawasan luar yang
menarik ditanam dengan pokok-pokok bunga
kecil atau besar, mempunyai peralatan yang
tetap dan yang boleh diubah suai supaya dapat
mengembangkan fizikal kanak-kanak

Ruang Luar adalah kawasan kanak-kanak boleh


terlibat dan melakukan aktiviti fizikal.
Ia juga dapat dijadikan tempat rekreasi, pusat
pemerhatian dan penerokaan serta kawasan
menjalinkan hubungan sosial.
kawasan luar ini juga perlu menyediakan
maklumat-maklumat baru yang boleh didapati
oleh kanak-kanak. Daripada bahan-bahan yang
terdapat
di
situ
kanak-kanak
boleh
meningkatkan daya imaginasi mereka selain
dapat membuat uji kaji.

Aktiviti-aktiviti di kawasan luar ini juga boleh menjadikan


kanak-kanak aktif di samping
dapat mempelajari
kawalan motor kasar. Kawasan luar ini juga perlu
disediakan dengan aktiviti permainan pasir, tanah liat
dan air. Kanak-kanak juga dapat mempelajari bendabenda hidup dan dapat belajar kemahiran berkomunikasi
dengan orang lain.

Ruang bermain di luar banggunan perlu dihiasi dengan


tumbuhan yang indah dan sesuai serta tidak berbahaya
kepada kanak-kanak.
Menyediakan jejak atau lorong untuk kanak-kanak
berjalan dan meneroka menggunakan buaian dan
gelongsor serta ruang unutk kanak-kanak bersukan
serta riadah.

Menyediakan persekitaran luar yang meransang


perkembangan motor halus dan motor kasar
kanak-kanak. Contohnya, menyediakan ruang
untuk kanak-kanak bertatih ,menolak atau
menarik permainan semasa bermain di luar.

Secara ideal, kawasan permainan luar


bersebelahan dengan kawasan dalaman
disertakan dengan kemudahan keluar masuk ke
tandas.
Ia juga perlu dipagar dengan selamat dan
mempunyai kawasan tertutup bagi melindungi
daripada panas dan hujan.

Pelbagai jenis permukaan perlu ada seperti rumput,


lepaan konkrit dan kawasan bagi menggali pasir. Ini
dapat membantu kanak-kanak dalam pembelajaran
mereka.
Selain dari pada sudut permainan, antara ruang luar
yang patut disediakan adalah:
Sudut air.
Sudut pasir.
Sudut kebun.
Stor.

Sudut main pasir dan main air adalah dua ruang yang
amat digemari kerana kanak-kanak dapat meneroka dan
bermain air dan pasir apabila mereka bermain di luar.
Susut ini bukan sekadar sebagai tempat mereka
bermain tetapi juga ruang di mana kanak-kanak
berinteraksi dengan rakan sebaya sewaktu mereka
menjalankan aktiviti.

Sudut Main Pasir

Alatan yang terdapat di ruang main


pasir:
Lubang pasir berpenutup.
Penyodok.
Pengayak.

Truk.
Lori.
Dll.

Peraturan ketika bermain pasir:


Bermain hanya di dalam sandpit.
Tidak dibenarkan membaling pasir kepada rakan.
Sandpit haruslah sentiasa ditutup jika tidak digunakan
bagi mengelakkan daripada najis haiwan.
Selepas kanak-kanak bermain pasir, peralatan
hendaklah dicuci, dikeringkan dan di kembalikan ke
tempat.

Sudut Bermain Air

Ruang bermain air harus lengkap dengan set permainan


air.
Bekas main air perlu dibersihkan dan dikeringkan
selepas menggunakannya bagi mengelakkan bekas
berkarat dan pembiakan nyamuk.
Sekeliling sudut bermain air atau kolam harus berpagar
bagi mengelakkan kemalangan atau kanak-kanak
bermain air tanpa pengawasan.

Sudut Berkebun

Dalam ruang berkebun kanak-kanak dapat belajar:


Menggali, komposisi tanah dan perbezaan tekstur tanah.
Tanah kering dan lembab.
Serangga dan cacing yang tinggal di dalam tanah.
Serpihan unsur organik yang dileraikan bagi menghasilkan
tanah.

Lakaran pelan tadika

Anda mungkin juga menyukai