Anda di halaman 1dari 10

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014 / 2015

QGK 3023 Program Kesihatan Sekolah

Tugasan 2

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

NO.TELEFON

CHUA WONG CHOON

D20102042650

012-6966595

KUMPULAN

: UPSI 14 (A141PJJ)

PENSYARAH E-LEARNING

: NIK MOHD ZAKI NIK MOHAMED

TARIKH SERAH

: 23 NOVEMBER 2014

Isi Kandungan
Bil

Butir-butir

Muka
Surat

1 Pengenalan

2 Program Kesihatan Mulut


Carta Organisasi
Laporan Pelaksanaan Program Kesihatan

4
56

Mulut
3 Program Susu 1 Malaysia
Carta Organisasi
Laporan Pelaksanaan Program Susu 1

7
89

Malaysia
4 Rujukan

10

1.0

PENGENALAN
Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima
dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya. Keutamaan
diberi kepada murid-murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Kumpulan
sasaran bagi program ini adalah murid-murid yang terdiri daripada murid pra-sekolah,
murid Tahun 1, murid Tahun 6 dan murid Tingkatan 3.

Begitu juga dengan sekolah saya, banyak aktiviti yang berkaitan rapat dengan
program kesihatan telah dijalankan. Antaranya adalah program kesihatan gigi, program
susu, program pencegahan denggi, program pencegahan jenayah, program kecemasan
dan keselamatan sekolah dan lain-lain lagi. Program-program ini merupakan progam
yang kerap dijalankan oleh sekolah saya setiap tahun. Namun, untuk laporan ini, saya
cuma ingin memperkenalkan dua daripada program kesihatan tersebut di sekolah saya.

2.0

Program Kesihatan Mulut

2.1

Carta Organisasi

Pengerusi
En. Leow Teck Seng

Naib Pengerusi
Pn. Tiew Yan Teng
Pn. Lim Hua
Pn. Chang Sii Moi
Pn. Chang Gaik Lan

Setiausaha
En. Fong Kok Heng
Timbalan Setiausaha
Pn. Tan Kwee Lan

Ahli Jawatankuasa
Semua Guru Darjah
&
Jururawat Klinik Pergigian

2.2

Laporan Pelaksanaan Program Kesihatan Mulut


Kesihatan Gigi adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat
penting. Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran
kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program
ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan
bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi
perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan giri. Program sedemikian
bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi kesihatan mulut yang
tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini kerana,
masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia
yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan
masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen
seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan
penjagaan gigi sejak kecil.

Sebenarnya, pihak Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan perkhidmatan


pergigian sekolah di semua sekolah seluruh Malaysia mulai tahun 1985. Rawatan
pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah kita. Penjagaan pergigian yang
komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah
mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.
Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah
penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Tambahan lagi, pihak kerajaan juga
membekalkan rawatan pergigian ini secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran
kepada murid-murid.

Gambarajah 1 : Rawatan Gigi Di Sekolah Saya

Perkhidmatan rawatan gigi sekolah saya dijalankan di Klinik Pergigian Sekolah.


Klinik-klinik pergigian sekolah saya terletak dalam sebuah bilik khas tajaan kerajaan.
Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi atau ingin
5

mencabut gigi mereka. Perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan masalah
kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanak-kanak
sekolah rendah.

Selain daripada rawatan pergigian diberikan kepada anak-anak murid sekolah


saya, taklimat dan bengkel mengenai memberus gigi dengan cara yang betul juga diajar
kepada murid-murid sekolah saya. Dalam bengkel tersebut, jururawat-jururawat
menerangkan manfaat memberus gigi dan memberitahu murid-murid tentang akibat
penjagaan gigi yang kotor. Kemudian, jururawat-jururawat juga menunjukkan cara-cara
yang betul memberus gigi di kawasan lapang sekolah. Seterusnya, murid-murid diberi
kesempatan ini untuk belajar teknik-teknik memberus gigi.

Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak. Penjagaan
gigi tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada kanak-kanak. Kanak-kanak
akan belajar untuk menjaga gigi mereka terutama apabila mengetahui manfaatnya
untuk jangka panjang. Program ini juga menjadi sumber pengetahuan untuk ibu bapa
termasuk ibu bapa muda yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan
betul. Akhirnya, program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka
akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi yang
cantik dan senyuman yang cerai.

Gambarajah 2 : Bengkel Memberus Gigi

2.3

Program Susu 1 Malaysia

2.4

Carta Organisasi Program Susu 1 Malaysia

Pengerusi
En. Leow Teck Seng

Naib Pengerusi
Pn. Tiew Yan Teng
Pn. Lim Hua
Pn. Chang Sii Moi
Pn. Chang Gaik Lan

Ketua Penyelaras Program Susu

Ketua Penyelaras Program Susu

Pn. Ng Chia Hui (Sesi Pagi)

Pn. Teh Hooi Fund (Sesi Petang)

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Guru Darjah Tahun 4

Guru Darjah Tahun 1

Guru Darjah Tahun 5

Guru Darjah Tahun 2

Guru Darjah Tahun 6

Guru Darjah Tahun 3

2.5

Laporan Pelaksanaan Program Susu 1 Malaysia


Program

Susu

Sekolah

(PSS)

dilaksanakan

serentak

dengan

RancanganMakanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada


keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio-ekonomi yang
rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga
bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah
bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid
sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di
peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah
terutama dari luar bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan
kurang, iaitu RM 800 per kapita.

PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep
Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah
diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai
program susu yang tersendiri. Program ini mengandungi dua skim iaitu Skim Susu
Bayaran. Skim ini melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada
secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. Skim kedua adalah Skim Susu Percuma.
Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah
anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau
pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

Objektif program ini adalah meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid
sekolah rendah. Selain itu, program ini juga membekalkan susu kepada murid-murid
terpilih daripada golongan taraf sosio-ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan
zat melalui Skim Susu Percuma. Tambahan pula, meningkatkan perancangan,
pelaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di
bawah konsep pensyarikatan Malaysia. Di samping itu, program ini juga berobjektif bagi
mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung
dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran. Akhir sekali,
program ini meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang
melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
Walau bagaimanapun, pernah terjadi satu kekangan sehinggakan program PSS
ini dibekukan. Hal ini kerana berhubung dengan kes keracunan ratusan murid di seluruh

negara yang membawa pembekuan PSS pada tahun 2008. Namun demikian, setelah
dibuat mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan akhirnya PSS dimulakan semua.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri juga telah melancarkan Program Susu
Sekolah 1Malaysia. Tujuan program ini sebagai usaha melahirkan generasi muda yang
sihat dan cerdas. Program ini melibatkan semua murid di sekolah rendah. Menurut
Perdana Menteri, program ini merupakan cita-cita bagi generasi baru Malaysia yang
lebih besar tubuh badan dan cergas otak. Peruntukan untuk program ini adalah sama
dengan peruntukan dengan PSS namun peruntukan ini akan ditambah dari semasa ke
semasa agar semua murid sekolah rendah terlibat.

Gambarajah 3 : Program Susu 1 Malaysia

3.0

Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia (1981). Falsafah Pendidikan Kebangsaan : Matlamat
dan Misi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

10

Anda mungkin juga menyukai