Anda di halaman 1dari 28

PENGENALAN

Kitab Tib adalah sebuah buku tentang ilmu perubatan Melayu yang

berbicara

mengenai tradisi pengubatan. Dari halaman pertama hingga ke akhirnya, terlalu banyak
rahsia dunia pengubatan Melayu dan terlalu tinggi ilmu generasi terdahulu. Sebelum
kewujudan perubatan moden, rawatan penyakit, pembuatan ubat, penyediaan bahan
semuanya bergantung sepenuhnya kepada alam. Meskipun sebahagiannya dicatat di dalam
naskah khusus, ada juga yang dihafal dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Ada juga sebahagiannya dicatat di dalam hikayat Melayu lama.
Dalam buku Sejarah Melayu misalnya, ada catatan mengenai Tun Hamzah yang
parah ditikam hamba raja, tetapi berjaya diubat oleh tabib. Pada catatan yang sama ditulis
jika seinci lagi dalamnya luka itu, Tun Hamzah mungkin tidak dapat diselamatkan.
Cerita penglipur lara juga ada banyak merakamkan tentang amalan pengubatan.
Misalnya Syair Madhi, watak wira yang berjaya mengubati seorang puteri raja. Begitu juga
dalam Hikayat Cekel Waneng Pati, apabila seorang daripada anak Panji, Misa Tenderaman
perlu mendapatkan Air Gandapurawangi bagi menyembuhkan penyakit Panji.
Tiada sumber tepat tentang asal mula tradisi pengubatan ini. Namun, diketahui serba
sedikit ilmu pengubatan Melayu dicatat dalam sejumlah hikayat Melayu lama dan naskhah
lain yang bercerita tentang tradisi pengubatan. Justeru mengambil kira kebanyakan
manuskrip ditulis sekitar 1820-an hingga ke abad 20, jelas menunjukkan tradisi pengubatan
sudah lama bermula. Apatah lagi dari segi penggunaan kata-kata ia menggunakan bahasa
dan istilah Melayu lama.

LATAR BELAKANG KITAB TIB


Kitab Tib - Ilmu Perubatan Melayu adalah himpunan tradisi pengubatan Melayu
daripada pelbagai manuskrip dan terhasil daripada projek penulisan Mualim Tamu di
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ilmu yang ada dalam buku ini adalah himpunan ilmu
pengubatan Melayu daripada lebih 40 naskhah kitab jenis ini, baik yang diberi judul kitab tib
atau bukan yang ada dalam simpanan PNM. Untuk rekod, kitab tib digunakan sebagai kata
nama khas untuk ilmu pengubatan Melayu bersempena manuskrip perubatan Arab yang
menggunakan nama al-Qanun al-Tibb karya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina.

Selain itu, karya ini juga mengambil kira sekitar 40 teks lain dalam koleksi yang sama
dan di Leiden, London, Aceh, Jakarta, Sri Lanka dan Brunei Darussalam. Suntingan edisi
dibuat secara ilmiah, menurut disiplin ilmu filologi dengan diberi catatan, glosari dan indeks
yang membantu pemahaman bacaan.
Karya ini dikemukakan sebagai karya ilmu dalam rangkuman epistemologi Melayu:
iaitu ilmu perubatan, selain ilmu bintang, ilmu ramalan dan penujuman, ilmu tanaman, ilmu
bahasa dan sastera, ilmu pertukangan serta ilmu berahi.
Justeru ia digolongkan sebagai naskhah pengubatan, kandungan buku ini tebal
dengan sifat pengubatannya. Bagaimanapun ia tidak terhad kepada aspek memulihkan
pesakit, tetapi juga merangkumi sudut menjaga kesihatan diri, zahir dan batin, penyakit
lelaki dan wanita, selain turut bercerita mengenai penyakit biasa seperti lelah, buang air
berdarah, buasir, sakit mata, penyakit kulit. Turut dimuatkan adalah amalan perubatan bagi
menangani penyakit berkaitan hantu, dirasuk syaitan, diganggu jin berserta dengan bacaan
jampi manteranya.

Jika dirasuk hantu, ambil daun kersik tujuh helai, bawang, cekur, jeringau, bonglai,
jintan hitam, giling lumat pilis pada dahi dan sapu pada tubuh. Boleh juga ambil cendana,
kapur barus dan akar ketumbar, akar gandarusa, asahkan bersama dan celakkan pada
mata. Jika diusik pelesit atau hantu hutan, ambil daun sengguri, daun kuda berlembu,
setawar bendang, rumput gurang, bonglai, lengkuas getang, lengkuas besar, belerang
busuk dan gelang sumbu giling lumat hancurkan dengan air dan bedakkan seluruh badan.
Diusik hantu juga boleh ditangani dengan jampi dan menteranya. Antara yang diselitkan
dalam buku ini adalah doa menghalau sekalian jin:
Permulaan kata aku menyatakan
hakikat jin seribu empat puluh dua lagi
aku tahu akan asal dirimu
asal dirimu dari huruf alif
mu keluar di cahaya yang kelam
aku keluar dari cahaya yang cerah

Bagi mereka yang berhadapan dengan resdung beberapa petua yang dituliskan
dalam buku ini mungkin boleh membantu. Antara lain, mengubati resdung memerlukan anda
mengambil kunyit, bonglai, akar terung perat, akar mengkudu, kulit bonglai kayu, akar bunga
pekan dan akar bunga melur asah dengan limau nipis dan minum airnya. Satu lagi cara,
ambil daun tanjung muda segenggam kerat ekor kepalanya, bawang merah seulas, halia
bara tujuh keping,halia putih tujuh keping, lada sulah tujuh biji, garam jantan tiga buku
2

digiling lumat dihancurkan dengan air dan minum. Jika hendak, perah ke dalam hidung atau
dalam

telinga.

buku ini bukan sekadar untuk menambah pengetahuan, tetapi sebahagian ilmu yang
terkandung dalam buku ini sebenarnya masih lagi diamalkan oleh sebahagian daripada kita.

Penulis/Sumber Rujukan
Bidang ilmu yang terpenting dalam kebanyakan masyarakat terutama masyarakat Melayu
adalah bidang perubatan. Sejak zaman purbakala lagi, aktiviti, penggunaan, pembelajaran
dan pengalaman perubatan telah wujud dan berkembang secara pesat dalam kehidupan
masyarakat. Aktiviti ini adalah melibatkan proses pengubatan dan rawatan penyakit,
pembuatan ubat, penyediaan bahan, pemerolehan ilmu dari pelbagai sumber serta
penanaman tumbuh-tumbuhan untuk kegunaan perubatan.
Sejarah tradisi pengubatan ini bermula tidak dapat dikenalpasti kerana dalam
masyarakat Melayu tidak terdapat maklumat yang tepat dalam sumber lisan mahupun
sumber sejarah. Tradisi pengubatan ini diperolehi daripada beberapa teks bertulis seperti
genre sejarah, sejarah dan rujukan-rujukan lain serta cerita-cerita tentang pengubatan.
Antara kisah tentang proses pengubatan adalah terdapat di dalam Sejarah Melayu.
Terdapat beberapa kisah tentang proses pengubatan di dalam Sejarah Melayu. Contohnya,
kisah tentang Tun Hamzah iaitu cucu Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang dibunuh
bersama ahli-ahli keluarganya atas perintah Sultan Mahmud Syah. Pada masa itu, Tun
Hamzah masih kanak-kanak, beliau telah mengalami luka parah akibat tikaman daripada
hamba raja. Seorang tabib telah mengubatinya dan menurut tabib tersebut Tun Hamzah
mungkin tidak dapat diselamatkan sekiranya kedalaman luka itu bertambah seinci lagi.
Kisah-kisah tentang penyakit dan pengubatannya terdapat juga di dalam cerita-cerita
penglipur lara. Di dalam cerita-cerita penglipur lara ini terdapat kisah wira dan watak-watak

sampingan yang jatuh sakit kemudian diubati oleh dukun, pawang, bomoh ataupun watak
lain yang terdapat di dalam cerita tersebut sehingga sembuh.
Manakala di dalam Syair Madhi hasil karya Abdul Rahman Kaeh (1997),
mengisahkan tentang seorang wira yang berjaya mengubati seorang puteri raja yang telah
pengsan begitu lama selepas dipatuk ular. Madhi telah mengubati puteri dengan bantuan
daripada ular misteri dan setelah puteri sembuh lalu dikahwinkannya dengan puteri tersebut.
Manakala dalam cerita-cerita panji, sama ada Melayu ataupun Jawa kebiasaannya
mempunyai kisah panji atau tentang kekasihnya yang sakit dan hanya dapat diubati dengan
menggunakan kuasa atau benda yang ajaib yang terpaksa dicari dan diperolehi watak
utama itu sendiri. Contoh yang mengandungi kisah ini adalah di dalam Hikayat Cekel
Waneng Pati yang mengisahkan tentang seorang daripada anak Panji iaitu Misa
Tanderman.
Misa Tanderman terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran semasa
ingin mendapatkan ubat bagi mengubati penyakit Panji. Beliau telah taman Puteri Sekerba
di kayangan untuk mendapatkan ubat yang berupa air gandapurawangi (Harun Mat Piah,
1980). Air gadapurawangi dikatakan merupakan air susu puteri tersebut. Misa Tanderman
akhirnya berkahwin dengan puteri dan mendapat anak bernama Misa Indera Dewa Kesuma.
Tradisi pengubatan telah lama wujud dan diamalkan dalam kalangan masyarakat
Melayu daripada hasil penulisan berbentuk manuskrip terutamanya naskhah yang tergolong
sebagai kitab tib. Hal ini adalah kerana kandungan, usia dan ciri-ciri tertentu yang terdapat
pada manuskrip tersebut. Kebanyakan manuskrip berupa salinan berusia sekitar 1820-an
hingga ke awal abad dua puluh. Di Kampung Pujut, daerah Patani, Thailand terdapat
sebuah naskhah yang paling tua (MSS 1292) yang dikatakan tersalin pada tahun 1820
manakala naskhah yang termuda (MSS 1792) iaitu Hikayat Nurul-Lisan Menjawab Masalah
bertarikh 1924.

Naskhah-naskhah ini membuktikan bahawa tradisi pengubatan telah lama wujud


sebelum dirakamkan melalui penggunaan kata-kata, istilah dan proses pembuatan ubat.
Selain itu, terdapat juga tentang cara atau kaedah penyediaan, alat timbangan dan ukuran
serta perujukan waktu dan sebagainya.

Ciri-ciri Kitab Tib


Penggunaan gaya bahasa di dalam kitab tib adalah hampir sama iaitu persamaan genre
antara satu dengan yang lain. Gaya bahasa yang digunakan pada waktu tersebut adalah
tergolong dalam kategori pertengahan. Hal ini demikian kerana manuskrip ini tidak tidak
begitu purba atau arkaik. Manuskrip ini juga tidak begitu terpengaruh dengan gaya bahasa
Arab berbanding dengan karya dalam genre sastera kitab.
Kitab-kitab tib ini tidak begitu tua kerana kemungkinan manuskrip ini disalin dan
diperturunkan dari pengamal iaitu bomoh atau dukun selepas beberapa tahun kemudian.
Namun begitu, ciri-ciri lama atau purba masih dikekalkan, contohnya penggunaan istilahistilah yang merujuk kepada bahan, cara sukatan, perujukan waktu dan lain-lain. Contoh
ayat yang mengandungi istilah-istilah lama adalah seperti berikut:
Bab ini fasal pada menyatakan peri mengetahui akan penyakit kepialu; atasnya tiga
perkara demamnya. Pertama, afalnya sakit perutnya atau senak seperti kena cika
lakunya dengan tiada sesuatu sebab itu tetapi bukannya cika
(MSS 2515: hal. 50)

Selain itu, terdapat juga penggunaan kata-kata dialek daerah-daerah tertentu.


Contohnya, terdapat dialek dari daripada daerah pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu
dan Pahang. Sebutan dialek yang ketara penggunaannya adalah bunyi am, an dan ang
pada suku kata akhir disebut yang antaranya bayam disebut bayang, ikan: ikang dan hitam:
hitang. Seterusnya bunyi-bunyi yang sering tidak dibunyikan adalah bunyi-bunyi sengau

seperti ng, m dan n dalam kedudukan tengah. Contohnya, menghilangkan = mehilang,


sembunyi = sebunyi, sentuh = setuh dan lain-lain.
Seterusnya terdapat juga penggunaan istilah-istilah tradisional di dalam kitab tib.
Manuskrip ini mengandungi istilah-istilah dari wacana purba, lama atau tradisional
terutamanya dalam bidang pengubatan. Contohnya perkataan bawang kedua bermaksud
bawang putih dan bawang merah; jintan kedua bermaksud jintan putih dan jintan hitam
serta maka cemar pada perutnya bermaksud sapu, gosok rata pada seluruh anggota perut.
Di samping itu, terdapat beberapa naskhah kitab tib yang mengandungi rajah dan
lakaran yang mudah dan terdapat juga yang diterangkan dengan warna. Rajah-rajah ini
digunakan untuk melukis tangkal dan azimat, ayat-ayat al-Quran, perkataan dalam bahasa
Arab, abjad dan angka Arab atau perkataan lain yang tidak dapat dikenalpasti. Misalnya
terdapat lakaran yang terperinci tentang penyakit puru di dalam naskhah MSS 1078. Selain
keterangan tentang ubat dan rawatan terdapat juga tentang lakaran yang menggambarkan
jenis dan peringkat penyakit bersama kata dan istilah yang digunakan.
Antara ciri kitab tib yang lain adalah petikan ayat-ayat al-Quran, doa, jampi dan
mantera. Petikan ini tidak dipetik semuanya atau seperti yang asal di dalam doa atau
disebut juga sebagai jampi atau mantera. Hal ini demikian kerana berkemungkinan di dalam
doa tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang diambil secara rambang dan tidak tersusun.
Doa ini juga berkemungkinan bercampur dengan kata atau ungkapan yang lain iaitu bahasa
Arab atau Melayu, Parsi, Jawa, Sanskrit, Tamil, Urdu dan Siam.
Menurut tabib, bomoh atau dukun, hal ini terjadi demikian kerana gubahan kata-kata
tentang wacana berkenaan, doa, jampi atau mantera adalah untuk membawa maksud
mengubat, menyembuh dan mengelakkan daripada penyakit atau unsur-unsur yang
berkaitan dengannya. Hal ini bermaksud doa tersebut bukanlah sepenuhnya dipetik
daripada ayat-ayat al-Quran serta tidak diperbetulkan dan dirujuk dalam sumber asal seperti
al-Quran atau hadis, Arab, Parsi, Tamil, Sanskrit, Siam dan lain-lain.
6

Kitab tib ini juga mengandungi sistem sukatan dan timbangan. Terdapat pelbagai
penggunaan sistem sukatan pada jumlah yang banyak dan untuk menimbang berat bahanbahan. Di dalam kitab tib ini digunakan juga sistem tahil dan emas iaitu setahil dan setahil
sepuluh emas, sistem timbang dan sukatan untuk ramuan ubat yang ringan, sedikit dan
kecil. Selain itu, terdapat juga penggunaan biji atau helai, sejemput, segenggam, secupak,
segantang dan sehiris. Sukatan dari segi harga pula adalah sekupang, seringgit, setali,
sedinar dan lain-lain.
Namun begitu, terdapat juga sukatan tentang waktu bagi memproses ubat seperti
proses merebus, merendam dan sebagainya. Sukatan waktu ini dibuat kerana untuk
mengukur jangka masa sebagai contoh dijemur tujuh hari.
Ramuan yang direbus dengan air, biasanya direbus hingga airnya tinggal sepertiga.
Rebus dengan air tiga gantang hingga tinggal satu gantang; dengan air tiga cawan hingga
tinggal satu cawan. Ubat dimakan setiap pagi selama tiga pagi; tujuh hari; selama sebulan
setiap hari, bulan kedua berselang tiga hari, bulan ketiga sekali seminggu dan sebagainya.

Jenis Jenis Penyakit di Dalam Kitab Tib

Terdapat banyak penyakit yang dikenalpasti dan dinyatakan oleh golongan tabib dalam
masyarakat Melayu tradisional dalam manuskrip Kitab Tib. Penyakit ini terbahagi kepada
empat jenis. Pertama, penyakit luaran kulit seperti telinga, mata, patah kaki tangan dan lainlain. Kedua penyakit dalaman demam seperti pening, sakit kepala, sakit perut, senak perut,
resdung dan sebagainya. Yang ketiga merupakan penyakit batin seperti lemah syahwat
lelaki dan masalah seksual wanita dan lelaki. Manakala yang terakhir merupakan penyakit
mental seperti gila, sawan, dirasuk hantu, syaitan terkena buatan orang.
Seperti yang dinyatakan dalam firasat MSS 2515, penjenisan penyakit dapat dilihat
daripada ubat dan cara rawatannya. Secara analisis, semua penyakit ini dapat disenaraikan
7

seperti di bawah iaitu penyakit termakan bisa (racun, upas), mabuk ( apiun atau candu, tuak,
kecubung), digigit oleh binatang-binatang yang bisa ( ular, kala lipan, katak puru, labahlabah), kena sengatan (ikan keli, ikan sembilang), gigitan serangga ( lebah, tebuan, aning),
digigit serangga pemakan darah (nyamuk, pijat-pijat, kutu, tuma, cengkenit, tungau, pacat,
lintah), dimasuki serangga (kelemayar, lintah), patah bahagian anggota, luka, demam,
demam kepialu, kepialu panas, kepialu sejuk, kepialu kedalaman, kepialu bintit, demam
kepialu yang berafal batuk, batuk, lelah dan esak, serawan, sakit perut, mising, cirit, cahar,
memulas, rengat, bengkak, cika, sakit taun, senak perut atau hulu hatu, medu, sembelit,
buasir, karang, kencing darah, kencing tak puas, restung, sedung, pitam, sakit kepala, sakit
mata, sakit telinga, sakit gigi, isyarat kukuh gigi dan sakit, mulut berbau busuk, tubuh berbau
busuk, bengkak mulut, jerawat, sakit berhubungan balgham, sakit kulit ( kayap, badam, kulit
ayam, puru, kudis), bisul, pirai, burut dan sakit puan.
Di dalam perenggan lain, penyakit-penyakit ini diperjelaskan secara lebih terperinci.
Antaranya ialah penyakit angin. Pada mss 2515: hal. 28 (74), penyakit angin ini
digambarkan dengan jelas melalui petikan berikut, Jikalau orang sakit itu kepada bulan
sembilan dan bulan sepuluh kepada bulan sebelas dan kepada bulan dua belas, empat
bulan itu asalnya penyakit itu dengan angin, perangainya tiada boleh tidak itu menggigil
segala tubuhnya dan sakit kepalanya dan seluruh tubuhnya, barang hendak dimakannya
tiada sedap dan tiada boleh ke sungai besar... Dalam mukasurat lain terdapat huraian lain
tentang sakit angin itu seperti huraian berikut, Jikalau sakit itu sebab angin, afalnya
demamnya itu ketar tubuhnya dan pening-pening kepala dan segala tubuhnya menggigitgigit rasanya dan berdiri-dirian romanya dan sakit rusuknya dan tiada boleh makan nasi dan
kuat minum air dan matanya hitam dan warna kulit perutnya hitam dan perasaanya mulut
kelat dan renggang dagunya dan batuk, tiada mahu keluar balghamnya, demikianlah
afalnya.
Terdapat juga penyakit angin bercampur darah seperti yang dihuraikan dalam Kitab
Tib iaitu Bab ini bermula penyakit itu sebab angin bercampur darah itu, afalnya sangat
8

dahaga air dan kulitnya keras dan biji matanya merah atau kuning dan tiada boleh ia tidur
dan muntahnya pun kuning dan ia ke sungai besar dan ke sungai seni itupun kuning dan
bibir mulutnya terbuka dan bunga hidungnya pun kembang dan iar matanya pun kuning
memberi luah..
Di dalam kitab Tib juga terdapat dinyatakan penyakit taun dan wabak melalui doa taun
dan wabak dalam mss 1653: hal. 29 (97). Di dalam hikayat Nurul Lisan menjawab Masalah
mss 1792: hal. 41-79 (276) ada menyatakan beberapa jenis penyakit iaitu seperti penyakit
banyak darah. Antara keterangannya adalah Apabila banyak darah nescaya berpusing
kepala dan sakit kepala pada hadapan muka dan berat mata dan sakit mata dan berdarah
hidung dan timbul jerawat yang merah pada muka dan sakit dan kuku bergoncang gigi dan
bisul dan penyakit pecah belah dan demam dan lainnya.
Penyakit lain yang turut dikenalpasti adalah penyakit demam kepialu. Penyakit ini
seperti yang diceritakan dalam kitab Tib terdiri daripada empat anasir. Fasal pada
menyatakan asal penyakit kepialu itu iaitu daripada empat anasir juga. pertama tanah,
kedua air, ketiga api, keempat angin. Bab ini bab yang pertama tatkala mengenal dia dan
menilik dia; jikalau kepialu itu daripada tanah asalnya, iaitu warna tubuhnya merah dan
sangat berat tubuhnya dan mulutnya pun berat tiada mahu dan suci rupa kulitnya, itulah
kepialu tanah namanya. Bab yang kedua mengenal dia dan menilik dia. Jikalau kepialu itu
daripada angin asalnya, iaitu sangat sejuk di luar kulitnya serta panas dingin tubuhnya
rasanya dan mulutnya merepek, pemandangannya tiada lain daripada syaitan dirinya dan
tiada boleh tidur dan menggigit-git dan mengatut-ngatut seluruh tubuhnya, sebarang benda
yang dimakannya tiada sedap

dan tiada boleh ke sungai besar; inilah kepialu angin

namanya.
Bab yang ketiga mengenal dia dan menilik dia, jikalau kepialu itu daripada api asalnya,
iaitu terlalu sangat panasnya. Adalah kepialu api itu demamnya tiga hari tiga malam atau
lima hari lima malam tiada kebah; maka urat matanya merah di dalam; inilah alamat kepialu

api namanya iaitu terlalu sangat panasnya, sama di dalam dengan di luar/(49) itu dan lagi
tangannya sangat sejuk dan warna mukanya kuning dan matanya merah dan kecapan
mulutnya pahit, itulah kepialu api namanya. Bab yang keempat mengenal dia dan menilik dia
jikalau kepialu itu daripada air asalnya, iaitu rasanya selera orang itu sesekali sejuk dan
sekali panas dan kecapan mulutnya dan gerhaknya banyak; inilah kepialu air namanya
(MSS 2515: hal. 48-95).
Selain itu terdapat juga penyakit yang disebabkan pengambilan sesuatu bahan
secara berlebihan seperti yang dinyatakan dalam perenggan berikut, Jika terlalu banyak
sawda nescaya membawa kepada banyak penyakit seperti kurap kepala, kurap badan dan
berpusing kepala dan sakitnya dan berdengung telinga dan terisih nafas dan bersangatan
muntah dan gementar hati dan was-was dan batuk kering dan penyakit celepung dan
demam selang tiga hari iaitu demam rabi dan balar dan sopak dan pecah belah dan
lainnya. Selain itu terdapat juga dinyatakan penyakit buasir melalui keterangan berikut,
Pengenalan buasir itu itu tiga sebab pertama berasa pedih seperti terkena api pada urat
dan daging yang lebih atas keliling dubur, kedua merayap-rayap gatal sebab bisanya dan
ketiga keluar darah tentang sedikit.
Seterusnya penyakit lain yang dikenalpasti ialah penyakit karang . Penyakit karang itu
tiga perkara pertama jika keluar darah pada mulut zakar maka alamat daripada cedera hati
dan hempedu jika keluar nanah alamat daripada cedera geli-geli. Ketiga jika keluar air jernih
atau nanah bercampur darah atau nanah yang hampir hampir kuning maka alamat kotor di
dalam zakar yang tiada habis keluar air mani dan mazi dan wadi dan air perempuan di
dalam zakar maka penyakit ini daripada tundun hingga batang zakar jua dan pedih ketika
kencing akan sebagai pedih.
Terdapat juga sakit puan yang dinyatakan dalam kitab Tib ini iaitu sakit senggugut
(MSS 1292: hal. 48-49). Adapun senggugut itu atas tiga perkara. Pertama senggugut
bangkai namanya dan kedua senggugut lintah namanya dan ketiga senggugut bunga.

10

Adapun senggugut bangkai itu bau darahnya busuk da senggugut lintah itu baunya hanyir
dan senggugut bunga itu baunya harum.
Jenis-jenis Bahan yang Digunakan untuk Mengubati Penyakit Dalam Kitab Tib
Pelbagai jenis bahan digunakan dalam kitab Tib sebagai penawar bagi menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh masyarakat Melayu pada Zaman dahulu. Bahanbahan ini termasuklah pertama bahan objek seperti kapur tohor, terasi, belerang bang.
Kedua bahan daripada haiwan (fauna) seperti lintah, ular kura-kura dan pelbagai lagi. Ketiga
bahan daripada tumbuh-tumbuhan (flora) seperti bunga, buah, pokok renek, rumput dan
herba.
Antara jenis-jenis herba yang berasal daripada objek iaitu pertama air bermalam. Air ini
kebiasaannya disimpan semalaman sebelum digunakan untuk tujuan perubatan. Ia
digunakan untuk mengasah bahan-bahan untuk pengubatan penyakit. Selain itu adalah air
didih iaitu air nasi yang sedang panas menggelegak dan digunakan untuk bedak bagi
penyakit demam kepialu. Seterusnya, air madu turut digunakan. Madu berasal daripada
manisan lebah dan digunakan untuk membuat makjun hangat dan pelbagai lagi. Apam yang
merupakan kuih yang diperbuat daripada tepung beras bercampur ragi dan dikukus turut
digunakan untuk ubat demam panas dan dimakan dengan kuah ayam dan ubat yang
dimaksudkan ntuk penyakit berkenaan. Apiun atau candu mentah digunakan untuk ubat
demam kepialu bersama cirit dan kebiasaannya apiun dicampur dengan ramuan lain.
Arak api pula digunakan untuk menghancurkan bahan-bahan misalnya abu dari pohon
hidup yang dibakar antaranya untuk ubat medu. Seterusnya hartal atau bedak basah yang
berwarna kuning dan berbau harum dicampur dengan lain-lain bahan misalnya sebagai
penawar bisa. Belerang bang atau belerang busuk yang merupakan racun tikus digunakan
antara lain untuk tawar bisa. Bertih padi yang digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya
digunakan untuk ubat sawan. Bertih terbahagi kepada dua iaitu bertih putih dan bertih hitam.
Selain itu cangkuk yang merupakan ubat daripada bunga yang dikeringkan dan
dihancurkan dengan air hangat beserta bahan lain berfungsi untuk meredakan demam
kepialu. Cuka yang merupakan cairan masam rasanya biasanya diperbuat daripada nira
kabung, nira kelapa, nira nipah, dan menjadi ramuan untuk menggugurkan anak daripada
dalam kandungan Nauzubillah. Seterusnya embalau, bahan seperti damar yang dihasilkan
oleh kelulut digunakan untuk penyakit gigi. Garam hormuz merupakan garam yang diimport
dari Hormuz Paris dan digunakan untuk membuang balgham. Gula batu aatau gula mesir
digunakan untuk membuat makjun. Hinggu yang merupakan sejenis getah yang dibekukan
daripada pokok ferula yang busuk baunya dijadikan ramuan untuk penyakit batuk. Jadam
11

hitam atau jadam pupur merupakan ubat yang diperbuat daripada kayu gaharu atau daun
lidah buaya yang digunakan untuk penyakit medu. Kacu atau air pinang atau air gambir
yang pekat digunakan antara lain untuk mengubati penyakit karang. Kapur seperti kapur
barus atau kapur tohor digunakan untuk misalnya penyakit restung. Kemenyan yang
berasal dari getah kayu styrax benzoin yang harum baunya apabila dibakar digunakan untuk
mengubati penyakit restung juga.
Selain itu, kasturi yang merupakan bau-bauan yang didapati daripada sejenis musang
digunakan untuk penyakit mata. Kelambak yang merupakan bau-bauan daripada kelambak
digunakan untuk menghilangkan penyakit busuk mulut. Minyak lenga atau minyak bijan
digunakan untuk ubat penyakit mengeluarkan balgham.

Minyak sapi yang merupakan

sejenis minyak yang diperbuat daripada susu lembu digunakan untuk ubat sakit kepala.
Minyk tanak yang diperbuat daripada minyak kelapa yang ditanak sendiri digunakan untuk
ubat mising. Mustikam atau getah kayu bertungka yang berwarna kuning digunakan dalam
perubatan untuk sakit telinga. Nasi, kerak nasi atau nasi rendam digunakan untuk
membuang balgahm. Sarang angkut-angkut yang merupakan sejenis lebah atau tebuan
kecil yang membuat sarangnya daripada tanah digunakan untuk ubat penyakit karang.
Sempelah yang merupakan hampas atau tahi minyak digunakan ntuk ubat kahar zakar.
Suasa yang merupakan sejenis pancalogam iaitu campuran emas atau tembaga digunakan
untuk membuat celak mata. Tawas pula yang berasal daripada garam galian yang berwarna
putih dan berasa kelat digunakan untuk ubat sakit mata dan mengelakkan ketumbuhan pada
mata. Tempurung atau bara tempurung digunakan untuk ubat sakit gigi. Tepung beras
digunakan antara lain untuk ubat busuk faraj. Tepung gandum digunakan sebagai ubat
penyakit demam panas. Terasi atau belacan , bahan makanan diperbuat daripada udang
sebagai perasa makanan dan digunakan untuk penyakit mata. Terusi yang merupakan
sejenis benda yang berasal daripada tembaga dan berwarna kebiru-biruan digunakan untuk
mengubat puru dan buasir.

KAEDAH PERUBATAN PENYAKIT DALAM KITAB TIB


Demam Kepialu
Asal penyakit kepialu ialah daripada empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin. Terdapat
tujuh jenis penyakit kepialu iaitu kepialu hati, jantung, limpa, paru-paru, hempedu, otak dan
satu lagi yang tidak dinyatakan.

12

Salah satu langkah yang berkesan untuk mengatasinya ialah dengan cara ambilkan
pasir, rendamkannya sehingga hangat. Kemudian, ambilkan cuka dan tuangkan kepada
pasir yang hangat tadi. Bungkus pasir dengan perca kain kemudian tuamkan pada seluruh
tubuh.
Kaedah yang kedua ialah ambil 3 helai pucuk bayam langit, 3 hiris halia, 3 biji lada,
dan sehelai sirih kuning. Gilingkan bahan-bahan ini sehingga lumat kemudian perahkan ke
dalam kedua-dua belah hidung.
Ketiga, ambil 3 kuntum bunga labu, 3 kuntum bunga lengkuas, 3 biji lada sulah, dan
3 kuntum cabai. Gilingkan bahan ini sehingga lumat lalu perahkan airnya pada kedua-dua
belah mata dan hidung. Ubat ini juga boleh dimakan.
Ambil gading gajah mina atau tulangnya, gading gajah benar, suda lalang laut, teras
yang berendam pada sungai besar, lunas jung lama, gaharu, cendana, sepang, kayu laka,
gigi tembiluk, embalau lemak daging jengal, kulit buah kacang dan akarnya, akar birah
hitam, isi keruing, bonglai, kunyit, temu kuning, temu erang, temu putih, temu kunci, kanti
mesui, pucuk dan kulit manis Jawa, cangkuk dan sudu ayah, sembung palasari, cengkih,
kepelaga, cabai, cekur, halia kering, buah pala, bunga pala, pedawas seputar, kulit lawang,
hujung atap, kemukus, lada sulah, bawang merah, pegawi rumah tangga. Gilingkan
sehingga lumat, campurkan dengan air hangat dan sapukan pada seluruh tubuh.
Seterusnya, ambil daun tekarang, daun bayam langit, remunggai, bonglai, lada
sulah, bawang putih, biji sawi, halia, serai. Lumatkannya dengan air hangat lalu disapukan
pada seluruh tubuh.
Ambil biji sawi, teki, jeringau, bonglai, temu putih, daun rembega, daun kampas
bendang. Semua bahan ini hendaklah sama banyak kuantitinya. Giling sehingga lumat,
masakkan, kemudian boleh disapu pada seluruh tubuh.
Ambil halia, cabai, ketumbar, mata mambu merah, akar sepang, buah Melaka, kayu
manis, cekur, dan akar rumput manis. Gilingkan sehingga lumat dan sapukan. Ubat ini juga
boleh dimakan.

Batuk Darah
Ambil sarang angkut-angkut, rendamkan ke dalam air cuka sehari semalam. pada
pagi keesokan harinya, tapis cuka itu dan bubuhkan sakar dan minumlah ia.

13

Kering tekak
Ambil halba, rebuskannya. Bila mendidih buangkan airnya. Rebus pula sehingga tiga
kali buang airnya. Kemudian jemur halba yang telah dididihkan itu. Tunggu sehingga kering
dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan garam sama banyak dengan halba itu tadi. Apabila
hendak dimakan, campurkan dengan minyak sapi yang telah dibasuh sebanyak lima kali.

Ubat Esak/Lelah
Ambil air belimbing buluh, masakkan dan minum pada selama 3 pagi.

Hilang Selera Makan


Ambil buah bedara, cincang sehingga lumat dan campurkan dengan sakar. Berikan
orang sakit memakannya.
Kaedah kedua untuk mengubati hilang selera makan ialah dengan mengambil buah
pala, daun capa, dan lima helai daun sekati. Lumatkannya dan ambil airnya. Hendaklah
minum pada setiap pagi.
Ketiga, ambil buah kerkup, kedondong, halia putih, halia merah, garam, asam,
lempoyang, dan isi delima. Giling sehingga lumat kemudian titikkan airnya pada hujung lidah
orang yang sakit itu.
Seterusnya, ambil kulit bidara, kayu manis cina kemudian diasah lalu diberi minum.
Hampasnya pula dilumurkan pada lehernya.
Ambil air madu, telur ayam hitam yang diambil telur putihnya sahaja, campurkan ke
dalam air nyiur hijau. Kemudian diharukan dengan nasi. Bakar sehingga masak dan barulah
boleh dimakan.
Kaedah terakhir ialah dengan mengambil halia bara dan daun delima dalam kuantiti
yang sama banyak. Gilingkan sehingga lumat, perah dan ambil patinya kemudian minum.

Kepialu Bersama Sembelit


Ambil jemuju kersani, jemuju benar, jintan hitam, buah pala, buah lawang, pucuk dan
cucur atap. Giling sehingga lumat dan ambil patinya. Sesudah itu masukkan pati santan
14

kelapa hijau sebanyak tiga cawan. Kemudian campurkan rempah-rempah itu dan diberi
minum.
Ambil sarang tanah angkut-angkut, seulas bawang putih, kemudian asahkan dengan
cuka masam. Sapukan pada ari-ari, tetapi jangan sampai terkena pusat.
Ambil tujuh ekor lalat, tujuh buku garam dan lumatkan. Sapukan pada ari-arinya.
Ambil daun peria katak, biji lenga, lumatkannya dengan air cuka masam dan
sapukan pada salbi dan ari-ari.
Boleh juga mengambil kulit remunggai dam apiun, tiga buku garam dan tiga ulas
bawang. Gilingkan semua bahan ini sehingga lumat dan barutkan pada ibu kaki. Kaedah
seterusnya pula ialah dengan mengambil tiga ekor lalat, sekepal nasi, dan gilingkan
sehingga lumat. Kemudian, tampalkan pada ari-ari.
Seterusnya, ambil bonglai, temu kunci, halia, daun dangla, daun limau nipis, daun
limau purut dan serai. Semua bahan-bahan ini hendaklah sama banyak. Gilingkan sehingga
lumat kemudian letakkan pada seluruh tubuh.

Demam Terkena
Ambilkan segenggam akar nyarang, daun kuntum, daun pekan, cekur, bonglai,
jeringau, jintan hitam dan bawang merah. Semua bahan ini hendaklah disemburkan pada
sendi. Seterusnya, ambil pula daun susu harimau, daun jeringau, daun cekur, daun bonglai,
kulit da daun cabai dan disemburkan pada setiap bahagian sendi.
Ambilkan akal terung asam, terung pipit, terung perat, akar ara, akar ribu-ribu, akar
sulur, akar pagar anak, akar tampam, akar tapak leman, cekur, bonglai, jeringau, jintan
hitam, jintan putih, bawang merah dan bawang putih. Semburkan pada sendi selama tiga
hari.
Seterusnya, ambilkan temu serba temu, daun balik angin, cekur, jeringau, jaha, jaha
putih, halia bara, biji sawi, dan adas pedas. Bedakkan semua bahan-bahan ini ke seluruh
tubuh.
Kaedah seterusnya ialah dengan mengambil akar perut ayam, akar malai gajah, akar
bambang keling, akar peria pantai, akar cangkuk manis gajah, dicincang sehingga lumat.
Kemudian rendamkannya. Jeramkan bahan itu kemudian mandilah menggunakannya.

15

Seandainya orang yang terkena sakit terkena ini tidak sedarkan diri atau tidak pulih,
ambilkan

umbi bakung, umbi setor bendang, daun setawar Cina, kemudian ditumbuk.

Kemudian mandilah menggunakan air itu.


Untuk demam kepialu yang melarat sehingga dua, tiga bulan, maka ambilkan daun
pekan, daun lakum, umbi gandasuli, umbi rengkinang kemudian ditumbuk dan direbus.
Mandi atau tuamkan badan menggunakan air itu pada seluruh sendi tubuh. Bubuh juga
temulawak dan temu iring, tiga hiris bonglai kemudian campurkan pada air tersebut.

Demam
Minum cuka dengan air madu setiap hari. Kalau dia muntah, berilah makan tepung
jerubah yang direndam dengan sakar. Setelah sembuh, berilah ia makan apam gandum
dengan kuah ayam dara.
Seterusnya ialah demam yang teketar-ketar seluruh anggota badannya dan jadi
sejuk dalam badannya. Ubatnya ialah dengan meminum air cuka dengan madu setiap pagi
sebelum makan nasi supaya ia muntah. Kemudian, makan apam gandum dengan kuah
ayam dan kambing yang dimasakkan dengan bawang putih, lada sulah, kunyit dan halia.
Kaedah mengubati demam yang seterusnya ialah dengan cara menyembelih seekor
ayam kemudian ambilkan darahnya. Ambilkan daun tarum dan hujung melukut mata kunyit
kemudian campurkan dengan darah ayam tadi. Bedakkan pada seluruh tubuh.
Selain itu, sembelihkan ayam hitam teruna, ambil darah ayam hitam teruna,
campurkan dengan daun tarum yang sudah dipipiskan sehingga lumat. Tampalkan pada
lambung kanan dan kelangkang kanan. Kemudian, cabut bulu ayam hitam itu, bersihkan.
Kemudian campurkan dengan secawan cabai, secawan jintan hitam, secawan lada sulah,
secawan derma seteru, sebutir buah pala, pucuk, manjakani, tiga hiris cekur, bawang putih,
bawang merah, secawan halia, kulit tengar, cengkih, secawan kepulaga, halia bara, tiga hiris
lengkuas, tiga pucuk serai, secawan garam jantan. Bahan-bahan ini kemudiannya digiling
lumat-lumat dan dibubuh pada belanga ayam hitam itu. Jangan dicampurkan dengan air.
Ambil air cuka masam dan bubuh pada belanga seterusnya rebus ayam itu sehingga masak.
Amalkan memakan ayam itu pagi dan petang selama tiga hari.

Demam Hempedu

16

Ambilkan maja, akar ekor tupai, akar beka, akar temu kunci, akar terung pipit, akar
terung asam, akar kinjap burung, dan akar jurai. Kesemua bahan ini seberat 20 biji saga.
Masukkan tiga mangkuk air dan jerangkan sehingga air itu tinggal semangkuk.
Ambil putarwali, akar kaduk, dan akar maja. Semua bahan ini ditimbang berat enam
puluh asa saga kendiri. Masakkan seperti langkah yang telah disebutkan tadi.
Ambil teki, rumput ekor tupai, rumput manis, teras cendana, dan halia. Maka
kesemua bahan itu ditimbang beratnya dua belas biji saga kendiri kemudian ditumbuk lumatlumat. Bungkus dengan perca kain putih. Kemudian ambilkan enam cawan air, jerang di
atas api dan masakkan sehingga air itu tinggal tiga cawan. Kemudian sejukkan.
Ambil halia dan akar ekor tupai, kulit beka, jintan hitam, dan akar bayam. Kesemua
bahan itu hendaklah ditimbang dengan saga kenderi seberat tiga puluh biji. Kemudian
masukkan pula tebu setimbang. Ambil tiga mangkuk air dan jerangkan sehingga air itu
tinggal semangkuk.
Ambilkan akar dewaraja, akar lenggundi, jelawai, jekelang, dan rajirah. Kesemua
bahan itu hendaklah sama banyak. Rebus dengan tiga heling air sehingga tinggal seling
airnya. Ubat ini bolehlah diminum.

Kepialu Angin
Ambil akar ekor tupai, akar maja, akar kaduk, kulit beraksa, hujung tebu, cabai, lada
sulah, buah pala, jintan hitam, cengkih, biji sawi, kulit sentul, bonglai, jintan putih, daun
putarwali. Tutukkan semuanya. Kemudian masukkan segantang air. Masakkan sehingga air
tinggal dua cupak. Ubat ini hendaklah diminum.
Ambil daun leban dengan kulitnya, jintan hitam, bawang merah, lada sulah, cekur,
bonglai dan sirih pinang. Semburkan kesemua badan ini pada seluruh badan pesakit.
Ambil daun bakung, semburkan dengan sirih pinang. Seterusnya, ambil daun
melada, daun gandarusa, daun malapari, daun munggur, bawang merah, bawang merah
dan jintan hitam, bonglai. Selepas itu, semua rempah ini disemburkan dengan sirih pinang
pada bahagian tubuh iaitu dada, belakang, rusuk kiri dan rusuk kanan.
Ambil akar melada, akar maadat, akar remunggai dan mamah dengan sirih pinang
kemudian semburkan pada seluruh tubuh. Kemudian, apabila panas tubuh, mandikan
dengan ubat yang dijaramkan itu. Selain itu, ambil daun pengangga, daun sebehelang,

17

sumbu dara, ibu kunyit, putik nyiur hijau. Tumbukkan semua bahan itu. Jemurkan pada
tempat panas kemudian masukkan ke dalam air mandiannya dan mandi selama tiga hari.
Ambil cendana, beras, ibu kunyit, umbi serai, halia, kedua-dua jahar, bawang putih
dan bawang merah, biji sawi, dan ksemua temu. Gilingkan bahan ini sehingga lumat
kemudian bedakkan pada seluruh tubuh.
Ambil segala jenis temu, setengahnya dibembam dan setengah lagi mentah, bunga
serba bunga, akar arsi dan saksak, kulit kepalasari, beras mayang, mayang nyiur, daun
kelempayan, daun lenggundi, cendana, kayu kesturi, khalambak, gaharu, cendana janggi,
dan kayu laka. Kikir dengan kulit pari dan masukkan lagi cekur jeringau dan kunti mesui,
jintan hitam dan jintan putih, jemuju kersani. Gilingkan sehingga lumat maka bedakkan pada
seluruh tubuhnya.

Penyakit Panau (MSS 1292: hal.97-98)


Bagi mengubati penyakit panau, ambil tuba tikus dan cendana lalu diasahkan
dengan air limau nipis dan dibubuhkan pada tempat terkena panau itu. Sebagai pantangnya,
kita tidak dibenarkan mandi selama tiga hari, insyaallah, sihat dengan izin Allah. Sebagai
ubatnya lagi, kita juga boleh mengambil damar putih maka tutuk, campur dengan minyak
nyiur (kelapa), gosokkan pada panau. Insyaallah, sembuh. Selain itu, boleh juga digunakan
lengkuas dan apiun serta bara tempurung, maka asah pada batu lalu dibubuhkan pada
panau itu dan pantangnya adalah jangan makan lengkuas selagi belum sembuh
penyakitnya itu. Ubat yang seterusnya adalah ambil daun seridu, apiun dan tuba tikus maka
pipiskan dan bubuh pada panau itu. Kaedah lain lagi adalah dengan mengambil daun inai
dan tuba tikus sedikit serta beras lalu dipipiskan lumat-lumat lalu ditampal pada panau. Yang
terakhir ialah ambil ikan kemi lalu bakar dan ambil abunya dan tuba tikus serta apiun, lalu
dibubuhkan minyak lenga dan gosokkan pada panau, insyaallah, hilang panaunya.

Ubat Kurap
Kurap adalah sejenis penyakit yang melata pada tubuh seperti kudil. Sebagai
ubatnya, ambil buah gelenggang dan apiun, air limau kapas dan bijinya sebanyak tujuh biji
lalu digilingkan dan airnya didihkan. Airnya setengah untuk diminum dan setengah untuk
disapu pada kurap dengan cara mengikis kurap sehingga berdarah, lalu disapukan pada
kurap itu. Kaedah lain adalah dengan mengambil gelanggang gajah lalu digiling daunnya

18

bersama dengan bawang putih dan kemenyan dengan jumlah yang sama banyak lalu
disapukan pada kurap. Untuk mandian orang yang ada penyakit kurap pula, kena mandi
dengan air beluru dan diramas sehingga berbuih dan mandi. Setelah mandi, sapukann
dengan ubat hyang digiling itu. Sekiranya kurap terkena satu badan, sembelih seekor lembu
lalu diambil kulitnya dan selimutlah dengan kulit lembu itu ketika tidur. Setelah bangun dari
tidur, mandi dengan air beluru itu sehingga bersih dan kemudian bedakkan dengan ubat
dahulu juga, insyaallah sembuh. Selain itu, sebagai ubat kurap yang diambil daripada
naskah Tuan Haji Abdul Samad, pertama ambil buah gelenggang sulung dan butir melada
pahit sulung dan airnya cuka, maka gilinglah sehingga lumat, kemudian campur dengan
cuka. Kikis kurap dahulu, kemudian bedakkan dengan ubat ini tiga kali sehari. Selain itu,
menurut Tuan Haji Samad juga, boleh ambil getag akoi (akui) dan daun jelatang yang
bercabang tiga daunnya dan buahnya putih serta batang tuba seluang lalu dibakar dan
diambil abunya lalu dicampurkan ketiga-tiga bahan itu lalu disapukan pada kurap.
Pantangnya jangan mandi selama tiga hari. Insyaallalh, sembuh.

Sakit Puan : Senggugut (MSS 1292: hal. 48-49)


Senggugut ada tiga jenis antaranya senggugut bangkai, senggugut lintah dan
senggugut bunga. Bagi senggugut bangkai, darahnya berbau busuk dan senggugut lintah
bau darahnya hanyir manakala senggugut bunga, baunya harum. Bagi sengugut bangkai,
ubatnya adalah dengan mengambil daun pandan yangb beluim berbunga, panjangnya
setelunjuk dan bunga cempaka yang belum kembang serta daun selasih segenggam, buah
mengkudu yang mengkal tiga biji. Kemudian, ambil umbi pandan, kupas kulinya lalu dicuci
bersih. Setelah selesai, ambil umbi roman padi, bakar dan ambil abunya lalu dicampjur
dengan air dan heningkan air itu dan simpan dalam mangkuk. Kemudian, ambil umbi
pandan, mengkudu, selasih cdan bunga cempaka itu lalu dihiris lumat-lumat dan masukkan
ke dalam air itu dan embunkan setiap pagi dan minum. Insyaallah, sembuh.
Bagi senggugut lintah, ubatnya adalah dengan mengambil daun benalu segenggam,
lada sulah tujuh biji, bawang putih tunggal sebuku. Giling sehingga lumat dan tambah sedikit
cuka lalu diminum selama tiga pagi. Insyaallah, sihat afiat.
Sebagai ubat senggugut juga, ambil bawang merah sebuku, bawang putih sebiji,
jerangau seruas telunjuk, pipis lumat-lumat dan dicampur cuka. Tampal pada ari-ari semasa
hendak tidur selama tiga malam. Insyaallah sihat afiat. Selain itu, boleh juga ketika
senggugut datang, makan ibu kunyit dan halia padi dengan garam Siam.

19

Memelihara Rambut
Bagi menjaga rambut rambut supaya lebat dan panjang, ambil daun labu dan ramas
pada tempurung, kemudian campur dengan air nyiur hijau lalu diembunkan. Awal paginya,
jaramkan atau basahkan air ke kepala selama tiga hari, mujarab. Bagi masalah rambut tidak
tumbuh, ambil akar bayam tanah dan akar teberau dan dibakar lalu diambil abunya dan
hempedu ayam hitam. Maka asah pada batu dengan minyak sapi dan minyak jarak.
Kemudian, bubuh semua rempah itu ke dalam minyak jarak dan lumurkan pada kepala.
Insyaallah, berkesan. Bagi mengelakkan masalah rambut gugur pula, ambil kelang sumbu
dara, daun kembas dan kerak nasi yang kita makan, daun sepat pangkal, kemudian tumbuk
semua dan rebus dengan santan nyiur hijau yang semantan. Kemudian, embunkan dan
setiap pagi, jaramkan pada kepala. Insyaallah, hilang masalah rambut gugur.
Senak Hulu Hati (MSS 2515:hal.128-133)
Sebagai ubat senak hulu hati yang pertama, ambil buah, kulit kayu manis dan air
madu lalu gilingkan sehingga lumat, kemudian diminum. Ubat yang kedua, ambil tujuh biji
lada sulah, jintan hitam, halba, kulit kayu manis dan lengkuas lalu digiling sehingga lumat
bersama air dan sapukan pada tempat yang sakit. Ubat yang ketiga, ambil cendana dan
asahkan, kemudian hangatkan pada api dan letakkan pada hulu hati. Insyaallah,
mustajab.sebagai ubat yang keempat, ambil daun hati-hati, maka pusarkan dengan kapur
tohor dan bubuhkanpada hulu hati, insyaallah berkesan. Sebagai ubat minum. Kelimanya,
ambil kulit rembega dan akarnya beserta akar makdah dan akar melada sedikit dan
setapang lalu direbuskan sehingga susut tiga airnya dan minum setiap pagi dan petang,
insyaallah berkesan.
Sebagai penawar senak hulu hati, iaitu rasa menyucuk-nyucuk di hulu hati yang
keenam, bolehlah ambil buah gorak tiga puluh butir dan dibakar lalu diambil isinya, ambil
bawang putih, halia bara, bawang merah, jintan hitam, cabai, kemukus, beras pulut hitam
sejemput lalu direndamkan semuanya lalu digiling sehingga lumat bersama air madu lalu
ditelan. Ubat yang ketujuhnya, ambil akar lada hitam ,akar tampam dan akar pinang kerti
lalu diasahkan semuanya lalu diberi minum. Kelapannya, ambil buah cemelaaga dan kulit
kayu manis maka pipis lumat-lumat dan air madu lalu dim,akan selama tiga pagi, insyaallah
mustajab.

Penyakit Karang
20

Penyakit karang berunca dari dua sebab, yang pertamanya disebabkan oleh air susu
ibu dan yangh kedua adalah sebab air mani yang ditahan ketika ia hendak keluar, maka
terjadilah batu karang. Sebagai ubatnya, ambil kuning telur ayam, sunti halia sesukat kulit
telur itu, lada sulah sesukat kulit telur juga dan pati daun oraang-aring sesukat lalu
diperbuatkan bubur sehinnga pekat dan diberi makan kepada pesakit. Insyaallah, berkesan.
Selain itu, ubat karang adalah dengan mengambil batang keladi hitam dan jangan dikerat
dan masak dalam periuk, kemudian bubuh air nyiur segantang lalu direbus sehingga tinggal
secupak lalu diminum. Seterusnya, penawar batu karang yang lain, ambil daun kecubung
hitam lalu ditumbuk dengan bonglai dan kapur tohor lalu ditampalkan pada ari-arinya.
Insyaallah, berkesan. Seterusnya, boleh juga cuba ambil pucuk pandan maka cabut dan
ambil yang putihnya, makan dengan sirih pinang. Dengan izin Allah, sembuhlah. Boleh juga
ambil daun kesum segenggam, daun hati-hati segenggam lalu digilingkan dengan hujung
melukut mata kunyit dan jintan hitam sepengapit, bonglai tiga hiris lalu diperahkan, ambil
airnya. Minum selama tiga pagi, isnyaallah, sihat afiat. Seterunsya, boleh juga ambil buah
belimbing besi dan bunganya, kulitnya dan akarnya lalu dimakan dengan sirih pinang. Selain
itu, boleh juga diambil buah mengkudu yang masak lalu dittutuk, perah dan ambil airnya lalu
dibubuh santan. Jangan dicampur dengan air lalu diminum tiga pagi. Semoga dengan izin
allah, sembuhlah. Seterusnya boleh juga ambil gaharu lalu dikikis segenggam erat, cendana
juga dikikis segenggam, begitu juga dengan sirih dan akar limau purut yang menikam ke
bumi. Semasa mengambilnya, jangan dilintas bayang-bayang, panjangnya adalah sejengkal
telunjuk. Kemudian masukkan semuanya ke dalam periuk dan masak. Setelah masak,
bacalah Qulhuallah huahad sebanyak tiga kali dan minum sehingga sembuh.

Ubat Mulut Berbau


Sebagai uba tmulut berbau, ambil bunga lawang lalu digiling sehingga lumat dan hancurkan
dengan air madu lalu diminum. Nescaya harumlah bau mulutnya itu. Selain itu, boleh juga
ambil bawang putih, bunga lawang dan giling sehingga lumat, kemudian bubuh asam sedikit
dan lumurkan pada seluruh tubuh dan ketiak, insyaallah menjadi.

Penyakit Pada Muka


Penyakit pada muka boleh diubati dengan mengambil bawang merah yang
dibembam pada abu hangat, daun inai direndam dalam air lalu digiling sehingga lumat dan
air madu. Sapukan pada muka setiap malam, pagi-pagi basuh dengan air hangat yang

21

dimasak dengan garam Siam dan sekam gandum, insyaallah hilang penyakitnya. Selain itu,
boleh juga ambil daun inai yang kering, bawang merah lalu direndam dan dipipiskan,
kemudian tampalkan pada muka sehingga dua hari lalu buangkan dan basuh dengan air
hangat. Sebagai ubat lagi, ambil akar kendeka jantan dan air limau nipis lalu asahkan,
kemudian sapukan pada muka. Semoga cantik sentiasa. Selain itu, boleh juga gunakan kulit
balung ayam, air limau nipis dan bubuhkan pada muka, insyaallah sihat afiat. Sebagai ubat
jarawat pula, ambil kulit tanjung dan kulit ketaru, kulit asam jawa dan kulit tengar lalu
ditumbukkan semuanya dan ambil airnya, sapukan pada muka. Insyaallah, muka tidak
berjerawat.
Turun Darah
Sebagai ubat turun darah, ambil daun salang segenggam, ujung lemuku mata kunyit
dan giling sehingga lumat, beri minum patinya, hampasnay bedakkan pada perutnya.
Dengan izin allah sembuhlah. Selain itu, boleh juga ambil daun kerakap burung merah,
ujung lemuku mata kunyit, ambil patinya dan beri minum. Bagi perempuan yang cemar kain
berlaratan darahnya, ambil daun

semambu, daun pedada, lalu pipiskan ambil patinya,

bubuh halia tujuh hiris, lada sejemput, pinang muda, bawang putih tiga ulas, bawang merah
tiga ulas dan giling sehingga lumat dan beri minum. Insyaallah, berkurang darahnya. Kita
juga boleh menggunakan jernang, kacu, pucuk dan manjakani lalu diasahkan dan diberi
minum. Bagi yang turun darah lagi, ambil daun sentul, ujung lemukut nmata kunyit, beri
minum tiga kali sehari. Sebagai ubat tali darahnya berlaratan, ambil akar melur dan asahkan
dengan air nyiur muda dan beri mi num. semoga sembuh dengan izin allah.

Ubat Haid
Ubat bagi yang sakit ketika haid, ambil sirih setengah berkas, gambir dan
tumbukkan, dan sunti halia tujuh hiris, buah terung perat sebiji dan kayu manis, giling
semuanya lalu perahkan dengan kain dan bubuhkan air secaawan besar, lalu diminum.
Kemudian, ambil ibu kunyit dan sirih tujuh helai lalu ditumbuk dan dicampurkan dengan air
sedikit. Setelah ditumbuk, minum airnya setiap petang. Insyaallah sihat afiat.

Penyakit Sembelit
Seseorang dikatakan terkena sembelit apabila warna matanya merah dan telinganya
tuli. Bagi merawat penyakit sembelit ini, ambil akar temu kunci sejengkal telunjuk dan

22

dibacakan ayat al-Quran ini walkalami wama yasturuna lalu diberi makan. Selain itu, ambil
beluru gajah, daun kecubung, hempedu landak lalu digilingkan sehingga lumat dan barutkan
pada perut yang sakit itu, semoga dengan izin Allah, sihat afiat. Sebagai ubat penyakit
sembelit yang bengkak pada hatinya atau pada sebarang tempat, maka ambilkan daun
pudding yang merah, hempedu landak, hujung melukut mata kunyit dan air bermalam lalu
dipipis lumat dan tampalkan pada perut yang sakit. Seterunsya, bagi mengubati penyakit
sembelit ini boleh juga ambil air madu secupak, air kunyit secupak lalu dicampurkan keduaduanya dan masakkan dalam periuk selama kira-kira susut tinggal secupak air itu dan diberi
minum pada orang sakit selama tiga pagi, isnyaallah sihat afiat. Penawar sembelit bagin
yang sakit pada hatinya, kita boleh mengambil daun hati-hati segenggam dan tumbukkan
lalu diambil airnya dan campurkan dengan pati santan nyiur hijau kira-kira seruas jari
telunjuk, kemudian diminum. Insyaallah sihat dengan izinNya. Selain itu, bagi yang terkena
sembelit boleh juga diambil akar sembung segantang Pahang dan tanakkan, airnya
segantang juga dan masakkan sehingga tinggal kira-kira secupak airnhya sahaja dan
angkat, kemudian dibahagi tiga lalu diminum tiga padi, semoga sihat dengan izinnya.
Ubat sembelit yang seterusnya, ambil majakani, buah pala, bunga lawang, cengkih
dan hujung atap lalu digilingkan sehingga lumat semuanya dan bahagikan kepada dua.
Semasa hendak minum airnya itu, bubuh telur ayam sebiji dan minum selama tiga pagi.
Insyaallah, sembuh penyakitnya. Sebagai ubat sembelit lagi, ambil biji saga kenderi lalu
dipipiskan dengan air madu dan perahkan ke dalam hidung pesakit selama tiga pagi
berturut-turut. Insyaallah, afiat. Penawar sembelit seterusnya adalah dengan mengambil
sunti halia sebayak dua tahill beratnya, cabai seberat satu tahil, isi lekir hutan sebanyak
empat tahil, buah cemelaga sebanyak dua tahil, jintan sebanyak setengah tahil, lalu
tumbukkan kesemuanya, diserkai dan diperbuatkan makjun, dan airnya adalah madu,
minyak nya adalah minyak lenga dan telan sehari. Semoga sembuh dengan izinnya.

Penyakit Wasir (buasir)


Bagi mengubati penyakit wasir ini, ambil gaharu dan majakani lalu diasahkan dan
diberi minum, insyaallah sihat afiat. Penawar yang lain adalah dengan mengambil daun
tangan-tangan yang merah tiga helai, bawang merah, bawang putih, jintan kedua lalu
dipipiskan sehingga lumat dan diberi minum selama tiga pagi. Orang yang sakit wasir perlu
pantang dalam pemakanannya seperti tidak boleh makan segala jenis daging. Ubat yang
seterusnya adalah dengan mengambil belerang dan kedekai lalu dibakar kedua-duanya dan
diambil abu lalu disapukan pada duburnya, insyaallah afiat.

23

Sebagai ubat tuam penyakit buasir pula, ambil putik nyiur lalu diparaskan kepalanya
dan ambil getah sena lalu disapukan pada nyiur itu dan ganggangkan pada bara tempurung
dan bubuh kemenyan lalu tuamkan pada dubur yang buasir itu. Selain itu, boleh juga ambil
getah piagu dan sapukan tawas lalu dituamkan pada dubur. Seterusnya, boleh juga ambil
getah jenuas darah dan terusi serta tawas dan tuamkan pada dubur pesakit. Kita juga boleh
mengubati pesakit buasir dengan mengambil kulit pianglawu, kulit manjakani dan putat lalu
semuanhya diasahkan dan diberi minum, insyaallah sihat hendaknya. Selian itu, ambil kulit
putat yang tua dan rebuskan sehingga masak dan basuhkan pada dubur orang yang buasir.
Insyaallah sembuh. Sebagai ubat buasir juga, hendaklah orang yang sakit buasir itu selalu
duduk di atas kulit kijang atau kulit harimau, nescaya segera sembuh.

Sakit Perut
Dalam Kitab Tib ini menyatakan bahawa sakit perut itu adalah berbagai jenis. Yang
pertamanya sakit jantung, iaitu rasa sakit ketika ditekan. Oleh itu, sebagai ubatnya, ambillah
sakar sedikit dan bunga lawang lalu pipiskan keduanya, kemudian bubuh susu kambing dan
bolehlah diminum setiap pagi dan petang. Yang kedunya adalah sakit perut kerana angina,
kelakuan orang yang sakit perut kerana angina adalah tidak dapat duduk dan bernafas
seperti orang lelah. Sebagai ubatnya, ambil bawang merah yang muda, iaitu yang hijau
warnanya lalu dimakan pagi-pagi sebelum makan nasi sesudah memberus gigi. Sebagai
ubat sakit perut boleh juga ambil bawang putih dan bakarkan serta campur dengan air didih
dan diminum, insyaallah sihat dengan izinnya.
Yang ketiga adalah sakit cahar. Bagi mengubatinya, ambil daun rambai segenggam
dan pipiskan, airnya adalah cuka dan selama tiga pagi. Yang keempat adalah sakit perut
berak berdarah. Bagi mengubatinya, ambil kapur gilingan dan asahkan lalu diberi minum
dan setengah disapukan pada perut orang yang sakit itu, insyaallah sihat.
Yang kelima adalah sakit perut kencing berdarah. Ia boleh diubati dengan menayur
daging dengan daun serunai laut. Yang keenam adalah sakit perut kencing berdarah atau
bernanah yang boleh diubati dengan mengambil sarang angkut-angkut, bawang putih dan
asahkan, airnya adalah cuka dan sapukan pada ari-ari pesakit. Sebagai ubat sakit perut
kencing bernanah, boleh juga ambil sarang angkut-angkut dan minyak bijan lalu dimasukkan
ke dalam belanga, hangatkan dan pudi dengan jernang lalu dibubuhkan pada minuman itu
lalu rendamkan telur ayam tanpa garam dan bolehlah dimakan dengan nasi. Selain itu, bagi
mengubati sakit perut kencing darah atau nanah, ambillah jintan putih secawan dan jintan
hitam secawan lalu dimasak jangan hangus, maka padi, bubuh sakar setengah cawan,
24

minyak sapi secawan dan campurkan semuanya lalu dimakan. Sebagai ubat kencing
berdarah bolehlah diambil nini santan dan ikan keli lalu diambil patinya dan apiun sedikit lalu
diminum. Seterusnya, bagi sakit perut kencing berdarah lagi, ambil jahar kelam tiga buah,
kedekai dan rendamkannya sehingga lembut. Setelah lembut, pipiskan dengan air
bermalam dan minum selama tiga pagi.
Yang ketujuh adalah sakit perut rengat. Bagi mengubatinya, ambil cendana janggi
dan jernang, apiun ( candu), buah maja, buah birah, kulit delima, kulit mengkal, daun delima
dan jumping lalu dicampurkan kesemuanya dengan manjakani dan diasahkan dengan air
hangat dan daun delima dengan sgala kulit-kulit itu lalu digilingkan semuanya dan diberi
makan.
Yang kelapan adalah sakit perut yang tajam atau sneak atau kencing berdarah.
Sebagai penawar bagi mengubati penyakit ini bolehlah ambil akar keremak, orang-aring,
bawang, akar tampam lalu pipiskan dan tampalkan pada tempat yang sakit itu. Yang
kesembilan adalah sakit perut yang berjalan-jalan dan berbalik-balik isi perutnya serta
hendak berak muntah rasanya. Oleh itu, ambil akar maja dan rebus lalu diberi minum.
Yang kesepuluh adalah sakit kembung perut atau senak, lalu diambil pisang kelat
yang muda dan abu dapur serta arang sedikit dan cucur atap, lalu dipipiskan semuanya dan
lumurkan pada perut yang sakit, insyaallah kembali pulih. Selain itu, bagi mengubati sakit
perut boleh juga ambil pinang kosai lau korekkan dan buang isinya, kemudian ambil mani
kemenyan dan apiun seberat dua kenderi lalu dibubuhkan kepada muka pinang itu dan
bakar sehingga hangus, kemudian ambil nasi tiga kepal dan bakar sehingga hangus, lalu
ambil air didih dan bubuhkan pada mangkuk kemudian giling pinang dengan nasi itu, bubuh
ke dalam air didih itu dan diberi minum.
Yang kesepuluh adalah sakit perut cirit yang boleh diubati dengan mengambil pucuk
kulim, kunyit, jaha sepang dan tumbuk ambil airnya lalu diminum, insyaallah sihat afiat.
Selain itu, bagi mengubati cirit-birit boleh juga ambil kulit putat, akar jernang, akar sekati
lima, akar timbun tahi, akar minyak-minyak gajah, kulit tengar, sepang, manjakani, bawang
putih sedikit, kacu putih, jaha lawi, jaha kelam dan cengkih lalu direbus dan diberi minum.
Kemudian boleh juga gunakan kulit tanjung, kulit gelang, sabak, cangkuk dan sudu ayah lalu
direncek halus-halus dan dimakan dengan sirih pinang selama tiga hari, afiat.
Yang kesebelas adalah sakit perut menyucuk-nyucuk dan menikam-nikam. Sebagai
ubatnya, ambil cendana janggi, jernang, jemuju kersani lalu diasahkan kesemuanya dengan
air didih dan diberi minum selama tiga hari, afiat. Sebagai ubat sakit perut yang sehari-hari,

25

ambil biji sawi, kunyit, sunti halia, daun mesui dan biji kedondong lalu dibakar dahulu dan
pipiskan sehingga lumat dan beri minum dengan air madu selama tiga pagi.

Penyakit Medu (MSS 2515: hal. 131-137)


Ubat penyakit medu adalah dengan mengambil manjakani, pucuk, jintan hitam, jiantan putih,
kayu manis Cina, cabai dan jemuju kersani, semuanya itu sebarat seemas lau direndamkan
dan dipipis lumat lalu bubuh air, apabila terasa sakit, makan selam tiga hari. Sebagai ubat
medu lagi, ambil limau nipis dan air madu secawan dan air limau sedikit lalu diminum setiap
pagi selama empat puluh hari. Selain itu, boleh juga ambil rumput tahi babi, halia
segenggam, lada sulah, halia sunti padi, beras putih segenggam dan buatkan bubur dan
makanlah selama tiga pagi, insyaallah sihat walafiat. Sebagai ubat medu lagi, ambil daun
gelanggang dengan kapur tohor dan pais, lalu bubuhkan pada pusatnya, insyaallah sihat.
Seterusnya, boleh juga gunakan putik mengkudu sebesar hulu parang dan bakar, sesudah
itu embunkan dan makan setiap pagi dengan daun balik adap, dihiris seperti nasi ulam.
Sebagai ubat medu atau senak hulu hati, ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah Inna
ataina sebanyak tiga kali lalu kerat dua limau nipis itu lalau dibubuhkan kapur tohor pada
keratin limau itu dan sapukan pada hulu hati yang sakit itu, insyaallah afiat.

Tib dalam bahasa Arab bermakna ilmu mengenai ubat-ubatan atau jampi menjampi.
Kitab Tib ialah kitab mengenai ubat-ubatan atau jampi menjampi. (Kamus Dewan, 2000:
1441). Kitab Tib merupakan sebuah kitab atau manuskrip tentang ilmu perubatan Melayu
secara tradisional. Ia merupakan amalan atau petua-petua yang dimiliki oleh seseorang itu
sama ada sebagai bomoh atau sebagainya. Kita tib menampilkan pelbagai rumusan ubat
dan pelbagai jenis penyakit sama ada penyakit yang bersifat zahir atau pun yang bersifat
batin. Bahan-bahan yang sering digunakan dalam perubatan tradisional ialah air, tumbuhtumbuhan dan seringkali bahagian-bahagian tertentu yang bersesuaian digunakan untuk
merawat sesuatu penyakit seperti penggunaan jampi, doa, tangkal atau azimat dan
sebagainya dalam sesuatu perubatan yang dilakukan.

26

ampiran

27

Bibiliografi
Harun Mat Piah ( 2006 ). Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Perpustakaan
Negara Malaysia.
Sumber Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitab_Tib. Diperolehi pada 8.12.2011
ilmungelmuangeltinemu.blogspot.com/.../kitab-tib. Diperolehi pada 8.12.2011
www.bharian.com.my/...KitabTib-IlmuPerubatan. Diperolehi pada 8.12.2011

28