Anda di halaman 1dari 6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN


SEMASA

1.1

Konsep Isu dan Cabaran Semasa


Isu: Perkara pokok / persoalan yang
dibincangkan
Cabaran: Sesuatu unsur / faktor yang
menguji kemampuan / ketabahan
sesuatu organisasi
PIPP (2006-2010) bermatlamat
melahirkan modal insan yang
cemerlang dengan minda kelas
pertama melalui pendidikan berkualiti.

1.2

INTEGRASI NASIONAL
Cara paling berkesan untuk tangani
isu integrasi nasional adalah melalui
peranan guru di sekolah.
Integrasi nasional: Proses penyatuan
antara manusia yang berbeza laar
belakang, status sosial dan budaya
untuk membentuk suatu entiti yang
mempunyai pegangan bersama.
Integrasi nasioal (konteks dalam
Malaysia): Proses dinamik untuk
merapatkan masyarakat di setiap
negeri di Malaysia yang bertujuan
membentuk satu bangsa Malaysia
yang mempunyai identiti sendiri
berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
Selepas merdeka, masalah
perkauman menjadi isu yang serius
seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan
peristiwa Kampung Medan 12 Mac
2001.
Wujud prasangka dan sikap prejudis
dalam kalangan kumpulan etnik yang
mencetuskan rasa tidak senang
dalam kumpulan etnik lain.
Menjelang tahun 2020, Malaysia
harus menjadi negara yang bersatu
padu, mempunyai masyarakat yang

berkeyakinan, nilai moral, hidup


secara demokratik dan mempunyai
penguasaan sepenuhnya terhadap
ekonomi yang berdaya saing.
Keupayaan membina negara bangsa
bergantung kepada perkongsian nilai
serta semangat petriotisme dalam
kalangan rakyat.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969,
kerajaan telah merangka dasar-dasar
untuk mengurangkan tindak-tanduk
yang boleh memecahbelahkan rakyat
o Dasar Pendidikan
Kebangsaan
o Dasar Kebudayaan
Kebangsaan
o Dasar Ekonomi Baru (DEB)
o Rukun Negara (ideologi
kebangsaan)
PIPP teras pertama > Membina
negara bangsa
Isu-isu yang berkaitan perpaduan dan
integrasi nasional:
Tindakan kerajaan membantu kaum
Bumiputera dalam bidang
sosioekonomi dilihat sebagai
diskriminasi kepada kaum lain.
Kurangnya toleransi dan sensitiviti
terhadap kaum lain.
Kurangnya semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat.
Peningkatan kes-kes gejala sosial
yang menjejaskan proses integrasi.
Pembangunan ekonomi yang tidak
seimbang.

1.2.1

Sekolah Wawasan

Usaha pemimpin negara untuk


lahirkan anak bangsa Malaysia yang
lebih besifat cintakan negara.
Konsep Sekolah Wawasan (1997):
Gabungkan 3 buah sekolah berlainan
aliran dalam satu kompleks.
Pelajar berkongsi kemudahan seperti
padang dan kantin bagi membolehkan
Guru dan Cabaran Semasa | 1

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

mereka berinteraksi antara satu sama


lain.
Tujuan Sekolah Wawasan: Untuk
mengeratkan perpaduan dalam
kalangan pelajar berbilang kaum.
Selaras dengan tujuan Penyata
Razak 1956 ingin menyatupadukan
murid dari semua kaum dengan
menggunakan satu kurikulum yang
sama walaupun semua kaum masih
menggunakan bahasa ibunda dalam
pelajaran masing-masing.
Murid dapat memahami budaya,
bahasa dan pemikiran kaum lain.
Beri peluang kepada ketiga-tiga
sekolah jalankan aktiviti kokurikulum
secara berintegrasi dan
memantapkan semangat dan amalan
muhibbah dalam kalangan murid.

Peranan guru dalam menangani isu integrasi


nasional:
Memperkasakan bahasa kebangsaan
o Guru harus galakkan penggunaan
bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar
o Jadikan ia bahasa perpaduan
o Adakan program seperti Wacana
Ilmu, Minggu Bahasa Kebangsaan,
Pertandingan Menulis & Pidato
Memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional
o KPM perkenalkan RIMUP untuk
menggalakkan penyertaan
masyarakat setempat, guru, murid
dan warga sekolah dalam aktiviti
sekolah
o Wujudkan sikap kerjasama, tolongmenolong dan suasana muhibbah
Memupuk kecintaan terhadap seni,
warisan dan budaya bangsa
o Lakukan aktiviti yang dapat
menanamkan semangat
patriotisme aktiviti perbarisan,
menyanyi lagu kebangsaan,
sambutan Bulan Kemerdekaan
(libatkan pelbagai jenis aktiviti
bahasa dan budaya yang ada di
sekolah)

o Bertujuan menanam rasa cinta


kepada negara, pupuk semangat
patriotisme dan sensitiviti
masyarakat lain.

1.2.2

Konsep 1 Malaysia

Konsep 1 Malaysia membawa


aspirasi dan harapan untuk
mengeratkan hubungan antara kaum
bagi memastikan rakyat Malaysia
dapat menjalin perpaduan yang erat.
Untuk mewujudkan dan membina
sebuah negara bangsa yang
mempunyai sikap kesamaan dan
kekitaan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Rakyat pelbagai kaum dan agama
harus berfikir melepasi sempadan
kaum masing-masing dan bukan
bertindak atas kepentingan kaum
sendiri.
Lapan nilai murni Konsep 1 Malaysia
1) Kecemerlangan
o Amalan budaya cemerlang perlu
dilaksana sepanjang masa untuk
mencapai prestasi berkualiti.
2) Ketabahan
o Rakyat perlu tabah hadapi perubahan,
isu dan cabaran demi kejayaan.
3) Rendah hati
o Amalkan sikap rendah diri tapi
mempunyai pendirian yang teguh.
4) Penerimaan
o Semua rakyat dapat menerima semua
perkara baik dan dapat persetujuan
bersama.
5) Kesetiaan
o Setia kepada raja dan negara (Rukun
Negara kedua) yang perlu dipatuhi.

Guru dan Cabaran Semasa | 2

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka


6) Meritokrasi
o Beri peluang setiap individu layak
serta berhak untuk dipilih.
o Menekankan persaingan terbuka.

7) Pendidikan
o Rakyat Malaysia harus berpendidikan
dan nilai murni ditanam dalam
kurikulum.

8) Integriti
o Penting untuk rakyat menaruh
kepercayaan terhadap pemimpin.
o Perlu diamalkan oleh semua lapisan
masyarakat.

1.3

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Dewey (1966): Pendemokrasian
pendidikan ialah penyediaan peluang
yang teruka untuk setiap orang bagi
memperoleh kejayaan dalam
pendidikan dan menjadikan
pendidikan sebagai agen bagi
meningkatkan kejayaan dan kualiti
hidup mereka.
Pendemokrasian pendidikan >
pendidikan untuk semua.
Beri peluang kepada setiap individu
untuk dapat pendidikan yang
berkualiti.
Cabaran dalam merealisasikan
pendemokrasian pendidikan >
memastikan sistem pendidikan yang
berkualiti kepada semua pelajar tanpa
mengira latar belakang, status
sosioekonomi, lokasi, etnik dan ekuiti.
Dasar penting yang dibentuk untuk
pendemokrasian pendidikan:
o Dasar untuk pelaksanaan
pendidikan wajib peringkat asas
o Dasar untuk melaksanakan
pendidikan sekolah vernacular
(Sekolah Tamil & Cina)
o Pendidikan selama 13 tahun
o Sekolah Teknikal
o Sekolah Asrama Penuh
o Sekolah Pendidikan Khas

1.4

o Sekolah Swasta
o Sekolah Agama
o Program PJJ untuk peringkat tinggi
dan Sekolah Kurang Murid (SKM)
di pedalaman
Peruntukan yang seimbang untuk
mengimbangi sistem pendidikan di
Malaysia.
Cabaran:
o Sediakan kemudahan infrastruktur
yang mencukupi untuk tangani
masalah kesesakan bilik darjah
terutama di sekolah bandar.
o Bilangan bilik darjah, buku teks
o Bilangan guru siswazah dan bukan
siswazah perlu diambil kira
program pensiswazahan guru
untuk tingkatkan kualiti pendidikan
Program pembangunan pendidikan
untuk bantu pelajar kurang mampu:
o Skim Bantuan Pendidikan
o SPBT
o RMT
o Skim Baucer Tuisyen
Cabaran boleh diatasi dengan cara:
o Tubuhkan pusat kegiatan guru
guru-guru boleh berinteraksi antara
satu sama lain, kenal pasti
kelemahan dalam P&P dan
berkongsi idea untuk atasinya.
o Guru perlu bersikap adil kepada
murid tanpa mengira gender.
o Tidak ada sikap pilih kasih
terhadap jantina tertentu.

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

1) Belajar untuk menguasai ilmu


o Manusia perlu belajar untuk fahami
dunia sekeliling mereka supaya dapat
memperkembangkan kemahiran
kerjaya dan komunikasi dengan orang
lain.
o Guru perlu ikut trend perubahan
dalam cara penyampaian ilmu.

Guru dan Cabaran Semasa | 3

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka


2) Belajar untuk menguasai kemahiran
o Pendidikan dapat melengkapkan
pelajar dengan kemahiran untuk
diaplikasikan dalam alam kerja kelak.
o Perlu asah pelajar supaya boleh jadi
agen perubahan.
o Kemahiran yang penting seperti
berkomunikasi, berpasukan dan
menyelesaikan masalah.
3) Belajar untuk menjadi insan berguna
o Pendidikan harus menyumbang
kepada pembentukan insan secara
menyeluruh dari segi fizikal, intelek,
rohani, emosi dan estetika.
o Perlu terima pendidikan dari awal
agar dapat berfikir secara kritis,
berdikari dan buat keputusan tehadap
tindakan dalam hidupnya.
4) Belajar untuk harmoni dan kerjasama
o Pendidikan di semua negara
memainkan peranan dalam
menjalinkan hubungan baik antara
satu sama lain supaya rakyat dapat
hidup aman dan harmoni.
o Cabaran ini agak sukar kerana setiap
individu / kelompok sentiasa berasa
mereka lebih berkuasa sehingga
sehingga timbul syak wasangka
terhadap orang lain.
o Pelajar perlu didedahkan dengan
kepelbagaian budaya rakyat negara
lain dan kesedaran tentang saling
memahami dan memerlukan.

1.5

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN


Globalisasi menuntut semua negara
dan penduduk berada pada landasan
yang sama tanpa mengira bangsa,
warna kulit, agama, dan status untuk
bersing secara adil dalam apa jua
bidang.
Kesan globalisasi amat dirasai oleh
negara sedang membangun dan
mudur > negara maju akan
berkembang dengan lebih pesat dan

negara lain belum bersedia untuk


bersaing secara adil dengan mereka.
Impak globalisasi:
o Penggunaan BI sebagai bahasa
ilmu dan bahasa pengantarabangsaan.
o Pendidikan negara terbuka kepada
dunia luar.
o Pertambahan cawangan universiti
luar dalam negara.
o Peluang pendidikan semakin
banyak (adanya universiti swasta)
o Pentingnya pengajaran Sains dan
Teknologi.
Kesan positif globalisasi:
o Wujud persaingan yang sihat
antara IPT untuk tingkatkan mutu
pendidikan.
o Perkembangan TMK sediakan
peluang pendidikan kepada
sesiapa sahaja.
o Pembelajaran sepanjang hayat
berlaku tanpa mengira masa,
tempat dan pelajar boleh akses
kendiri.
Kesan-kesan lain:
o Aliran tenaga buruh / sumber
manusia dari negara kuar ke
negara kita.
o Peningkatan pelajar yang
berkelayakan meningkatkan kadar
pengangguran.
o Kemahiran berbahasa dalam
pelbagai bahasa dapat atasi
batasan untuk berkhidmat di manamana : menyebabkan aliran keluar
sumber manusia yang
berkepakaran ke luar negara
kerana negara maju beri
kemudahan dan ganjaran lebih
lumayan.
Pelajar perlu diberi peluang berfikir
aras tinggi dan meneroka idea serta
mereka cipta inovasi dalam
pendidikan agar pelajar ada autonomi
terhadap pembelajaran dan berdaya
saing demi kejayaan.
Guru perlu tingkatkan profesionalisme
kemaskini maklumat agar sentiasa
Guru dan Cabaran Semasa | 4

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka


o Guru wujudkan peluang untuk
kumpulkan maklumat tentang
kepelbagaian budaya dalam
perbincangan pelajar.
o Guna bahan kurikulum yang
mewakili kumpulan etnik secara
positif Contoh: pakaian
tradisional
o Sekolah pelajar homogeny guru
boleh wujudkan peluang untuk
mereka fahami budaya lain.

setanding dengan arus


perkembangan maklumat yang pesat.

1.6

KEPELBAGAIAN BUDAYA
Budaya: cara hidup manusia dari segi
pemikiran, kepercayaan, dan
perlakuan dalam sesuatu masyarakat
yang diterima oleh ahli secara turuntemurun.
Kepelbagaian budaya di Malaysia >
Masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, India,
Cina, Kadazan, Iban dan Murut.
Setiap kaum ada budaya masingmasing yng berbeza dari segi agama,
bahasa, kepercayaan, dan sistem
nilai.
Pupuk perpaduan melalui Dasar
Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan
Konsep 1 Malaysia.
Cabaran dalam sistem pendidikan:
maklumat mengenai perubahan harus
dijelaskan kepada semua agar
maklumat tentang konsep pelbagai
budaya tidak diputar belit dan disalah
faham oleh masyarakat.
Langkah ke arah pembinaan negara
bangsa:
o Penghayatan prinsip Rukun
Negara untuk memupuk rasa
hormat dan cinta kepada negara,
membentuk kepercayaan diri.
o Beri pendedahan tentang aspek
kewarganegaraan dan Pendidikan
Moral.
o Pengajaran subjek Kajian
Tempatan di sekolah rendah dan
Sejarah di sekolah menengah
pelajar akan lebih sedar tentang
budaya dan agama yang berbeza
serta rasa hormat terhadap
perbezaan budaya.
Bagaimana guru dapat menangani
cabaran kepelbagaian budaya?
o Guru perlu mempunyai
pemahaman yang mendalam
mengenai budaya pelajarnya.

1.7

PENGARUH PERKEMBANGAN TMK


TMK digunakan sebagai alat dalam
proses pendidikan:
o Alat menyebarkan maklumat
audio, video, dokumen, internet
o TMK wujudkan situasi untuk pelajar
mengalami kehidupan sebenar
dalam bentuk simulasi maya
o TMK diguna untuk manipulasi dan
menganalisis data serta bantu
dalam mewujudkan komunikasi
tanpa sempadan dan masa.
Faedah TMK:
o Membolehkan pembentukan resos
digital dan perpustakaan digital
pelajar dan guru boleh akses
bahan tanpa mengira masa dan
tempat
o Beri peluang kepada jaringan
antara pendidik dan penyelidik
serta perkongsian bahan akademik
o Pelbagai laman berbentuk
pembelajaran dan pendidikan
boleh diperoleh di internet
Cabaran guru / masyarakat:
o Mendidik generasi muda dalam
penggunaan internet secara
berkesan untuk pendidikan bukan
sebaliknya.
o Guru beri pendidikan tentang
kebaikan dan keburukan internet
dari awal.
o Ibu bapa perlu awasi anak-anak
ketika melayari internet.
Guru dan Cabaran Semasa | 5

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

1.8

GEJALA SOSIAL
Pengaruh media yang memaparkan
budaya yang berbeza dengan
masyarakat tempatan menyebabkan
pelajar membentuk sistem nilai
tersendiri nilai-nilai tradisi
berdasarkan budaya dan agama
semakin terhakis.
Golongan sering terdedah dengan
masalah sosial.
Ibu bapa sibuk cari pendapatan untuk
sara keluarga hingga mengabaikan
anak-anak.
Cabaran masa kini:
o Kemunculan telefon bimbit
berteknologi tinggi pencerobohan
hak individu, gambar dan aksi
lucah mudah diperoleh.
o Antara gejala sosial ialah merokok,
menonton video lucah, mencuri,
lari dari rumah, menagih dadah.
Akibat pengaruh luar dan perubahan
yang berlaku dalam masyarakat.
Faktor penyebab:
o Peranan ibu bapa
o Diri sendiri
o Pengaruh media massa
o Iklim bilik darjah
Ibu bapa terlalu manjakan anak dan
abaikan tanggungjawab dalam
mendidik anak dengan betul.
Pengajaran guru yang bosan dan
iklim bilik darjah yang tidak
menyeronokkan turut menyebabkan
pelajar berasa bosan.
Guru perlu pupuk nilai-nilai bagi
membentuk modal insan yang
seimbang dan menyeluruh.
Sesi kaunseling untuk bantu pelajar
yang bermasalah.
Gejala sosial yang berat perlu diambil
tindakan pihak berkuasa.
Guru perlu guna pelbagai strategi
untuk tarik perhatian pelajar.

Rujukan:
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Guru dan Cabaran Semasa | 6

Anda mungkin juga menyukai