Anda di halaman 1dari 5

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru bertanggungjawab mengenal


pasti gangguan emosi muridnya
dan mengambil langkah tertentu
untuk mengatasinya.
Kanak-kanak yang mengalami
gangguan emosi biasanya:
o Tidak berupaya berinteraksi
secara normal dengan kanakkanak lain tingkah laku
mereka lebih bersifat keanakanakan dan tidak ikut tahap
umur mereka.
o Adakalanya mereka didapati liar
dan ganas, tiada sifat sabar dan
kerap mengamuk
menunjukkan kecenderungan
bertingkah laku kurang sesuai
dengan situasi normal dan tidak
ikut norma seperti kanak-kanak
yang sama peringkat umur.

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM


KALANGAN MURID

3.1

GANGGUAN EMOSI
Seseorang itu dikatakan
mengalami gangguan emosi jika
emosi yang dialaminya
menimbulkan gangguan kepada
dirinya.
Gangguan berlaku apabila emosi
terlalu kuat seperti terlalu sedih
atau tidak ada emosi dalam diri.
Sebab berlaku gangguan emosi:
o Mengalami emosi tertentu
seperti depresi, kecemasan,
marah.
o Tidak mampu menunjukkan
kasih sayang, marah serta
penolakan bagi orang yang
jarang mengalami gangguan
emosi.
o Sukar berhubung dengan orang
lain.
o Mempunyai dua atau lebih
emosi seperti marah dengan
takut, benci dengan sayang.
Orang yang fobia akan mengalami
satu keadaan di mana dirinya akan
memasuki situasi yang
menakutkan dan akan
digambarkan dengan kecemasan.

3.2

GANGGUAN EMOSI DALAM


KALANGAN MURID
Tingkah laku murid yang
mengalami gangguan emosi ini
akan menjadi masalah dan beri
kesan kepada pencapaian
akademik.
Ia akan menjejaskan keupayaan
belajar dan berhubung dengan
orang lain.

3.3

PUNCA GANGGUAN EMOSI


Faktor yang ketara:
o Ketidakfungsian otak
o Pemakanan
o Masalah keluarga
Masalah murid tunjukkan sifat
kurang matang, tidak suka
berhubung dengan orang lain,
sukar bekerjasama dalam
kumpulan dan tidak berani
suarakan pendapat > kemahiran
sosial yang rendah, tiada
keyakinan diri dan tidak berupaya
menyesuaikan diri dengan
persekitaran.
Faktor keluarga dan pengaruh
persekitaran punca murid
bertingkah laku agresif.
Mereka dibesarkan dalam keluarga
yang sentiasa menunjukkan sikap
kasar dan agresif.
Rakan sebaya dan persekitaran
banyak mempengaruhi cara
berfikir dan bertindak.
Guru dan Cabaran Semasa | 1

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

3.4

LANGKAH MENANGANI
MASALAH GANGGUAN EMOSI
DALAM KALANGAN MURID
Program-program pendidikan
sebagai tindakan sokongan dalam
pembentukan tingkah laku.
Khidmat psikologi dan kaunseling.
Beri bimbingan kerjaya.
Kerjasama dengan ibu bapa beri
maklumat tentang anak-anak dan
bincang dari semasa ke semasa.
Gunakan modifikasi tingkah laku
yang sesuai peneguhan positif
untuk murid yang tunjukkan
tingkah laku yang diingini.
Guru perlu mahir dalam kawalan
bilik darjah jelaskan peraturanperaturan kepada murid.

3.5

HAK ASASI KANAK-KANAK


Konvensyen Hak Kanak-kanak
1989 merupakan satu dokumen
yang memberi perlindungan
kepada kanak-kanak dari segi:
o Pengabaian
o Penderaaan
o Eksploitasi
o Jaminan kanak-kanak dapat
haknya
Mengapa konvensyen ini perlu?
o Banyak negara tiada struktur
perundangan bagi kanak-kanak
o Menjamin perkembangan sihat
kanak-kanak
o Kanak-kanak lemah berbanding
orang dewasa
o Kanak-kanak tidak berhak
mengundi dan tiada pengaruh
politik dan ekonomi

3.5.1

Prinsip-prinsip Konvensyen

Kanak-kanak tidak seharusnya


didiskriminasi.

Kanak-kanak mempunyai hak


kepada kehidupan dan
perkembangan.
Kepentingan terbaik kanak-kanak
mesti diberi keutamaan.
Kanak-kanak harus diberi peluang
melibatkan diri secara aktif dalam
semua perkara yang menyentuh
kehidupan mereka dan diberi
kebebasan menyuarakan
pendapat mereka.

3.5.2

Pelaksanaan Konvensyen

Konvensyen Hak Kanak-kanak ini telah:


Memperakui bahawa setiap kanakkanak mempunyai hak dan
kebebasan tanpa mengira
keturunan, warna kulit, jantina,
bahasa dsb.
Memberi penekanan khas kepada
kanak-kanak dan syor supaya
keluarga beri perlindungan dan
bantuan.
Mengingati kanak-kanak itu belum
matang dari segi fizikal dan mental
perlukan perlindungan dan
jagaan khas.
Mengiktiraf bahawa di seluruh
dunia terdapat kanak-kanak yang
tinggal dalam keadaan amat susah
dan perlu pertimbangan khas.

3.5.3

3 Prinsip Utama Konvensyen


HKK

Kanak-kanak ialah seseorang yang


berumur bawah 18 tahun.
Semua hak meliputi hak kanakkanak tanpa pengecualian dan
diskriminasi.
Semua tindakan yang diambil
mestilah dilakukan berdasarkan
prinsip demi kepentingan terbaik
kanak-kanak.
Guru dan Cabaran Semasa | 2

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

3.5.4

Hak Kanak-kanak
Hak Kehidupan
Hak Perlindungan
Hak Perkembangan
Hak Penyertaan

Hak Kehidupan
Memastikan keperluan asas
seperti makanan, tempat tinggal,
air minum yang bersih dan jagaan
kesihatan.
Hak standard kesihatan dan
perubatan yang tinggi.
Hak Perlindungan
Perlindungan dari segi
diskriminasi, penderaan,
pengabaian, perlindungan untuk
kanak-kanak tanpa keluarga /
pelarian, penderitaan seksual dan
fizikal dan penyalahgunaan dadah.
Hak Perkembangan
Termasuk semua jenis pendidikan
(formal & tidak formal) dan hak
kepada standard of living
meliputi fizikal, mental, rohani,
moral.
Persekitaran yang selamat,
pendidikan, kemudahan dan
kebebasan daripada diskriminasi.
Hak Penyertaan
Semua kanak-kanak berhak:
o Berjumpa dengan kanak-kanak
lain dan berkawan.
o Menyertai kelab / persatuan
o Memberi pandangan mereka.
Konvensyen ini mengiktiraf kanakkanak sebagai individu dengan hak
untuk berkembang secara mental,
fizikal dan sosial.

3.6

HAK KANAK-KANAK DI
MALAYSIA
Perundangan yang dibentuk untuk
melindungi kanak-kanak:
o Akta Perlindungan Kanak-kanak
1991
o Akta Taman Asuhan Kanakkanak 1984
o Pengambilan Anak Angkat
(Akta Pengangkatan Anak
Angkat 1952)
o Akta Kanak-kanak 2001

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991


Berkaitan dengan pemuliharaan
dan perlindungan kanak-kanak.
Kanak-kanak dikatakan perlukan
perlindungan jika:
o Kanak-kanak itu telah / besar
kemungkinan akan dicederakan
/ dianiaya oleh penjaganya dari
segi fizikal, emosi dan seks.
o Penjaga kanak-kanak itu tidak
layak / telah mengabaikan atau
tidak berupaya menjalankan
pengawasan dan pengawlaan
yang sepatutnya ke atas kanakkanak tersebut.
o Kanak-kanak itu tiada penjaga /
telah ditinggalkan penjaganya
dan selepas siasatan,
penjaganya tidak dijumpai dan
tiada orang sanggup
peliharanya.
o Kanak-kanak itu berkelakuan
dengan cara atau yang mungkin
memudaratkan dirinya / manamana orang lain dan
penjaganya tidak berupaya
menghalang.
o Terdapat pertelingkahan antara
kanak-kanak dengan
penjaganya sehingga hubungan
kekeluargaan terganggu
dengan seriusnya.

Guru dan Cabaran Semasa | 3

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Kategori kanak-kanak:
o Kanak-kanak yang memerlukan
jagaan dan perlindungan
o Kanak-kanak yang memerlukan
perlindungan dan pemulihan
o Kanak-kanak yang dilarikan /
dijual
o Kanak-kanak yang melakukan
kesalahan jenayah
o Kanak-kanak yang mengemis
Kanak-kanak bukan sahaja diberi
hak perlindungan tetapi juga hak
pemulihan.
Menjadi kesalahan jika mendera,
mengabaikan, meninggalkan atau
mendedahkan kanak-kanak
kepada kemungkinan dicederakan
secara fizikal atau emosi,
membenarkan kanak-kanak didera
dsb.

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984


Berkaitan dengan pendaftaran,
pengawalan dan pemeriksaan
taman-taman asuhan kanak-kanak
Bertujuan memberi perlindungan
kepada kanak-kanak yang berusia
bawah 4 tahun.
Tahap kesihatan, keselamatan dan
pendidikan terjamin.
Kawalan dan pengawasan dapat
dilakukan oleh pihak berkuasa
seperti Pejabat Kesihatan, Pihak
Berkuasa Tempatan dsb.
Pihak berkenaan boleh masuk dan
periksa premis taman asuhan
untuk pastikan kesihatan dan
kesejahteraan kanak-kanak atau
pekerja di situ.
Pengambilan Anak Angkat (Akta
Pengangkatan Anak Angkat 1952)
Undang-undang peruntukan dalam
kes pengambilan anak angkat
bertujuan mengawal selia kes-kes
permohonan anak angkat.
Untuk memastikan kebajikan dan
masa depan anak angkat terjamin.
Akta Kanak-kanak 2001
Usaha untuk memastikan
perlindungan, pemulihan dan
pembangunan diberi perhatian
serius oleh kerajaan bagi menjaga
kebajikan dan kepentingan kanakkanak.
Digubal mengambil kira prinsip
Konvensyen Hak Kanak-kanak.
Akta ini mewajibkan pengamal
perubatan, ahli keluarga dan
penyedia perkhidmatan penjagaan
kanak-kanak membuat laporan
sekiranya berlaku kes penderaan
kanak-kanak.
Kanak-kanak berumur kurang
daripada 18 tahun.

3.7

USAHA MELINDUNGI KANAKKANAK


Meningkatkan penyertaan ahli
masyarakat dalam aktiviti /
program pencegahan & pemulihan.
Pasukan Pelindung Kanak-kanak
dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak
ditubuhkan di setiap daerah.
Perkhidmatan kaunseling untuk ibu
bapa, kursus keibubapaan serta
penjagaan anak-anak.
Pasukan untuk Mengesan
Penderaan Kanak-kanak dan
Kanak-kanak Terabai (SCAN)
ditubuhkan di hospital daerah &
negeri untuk menyelia dan
memantau kes penderaan kanakkanak yang dirujuk di hospital.
Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak
1984 untuk memastikan standard
minimum penjagaan kanak-kanak
di pusat jagaan dikaji semula untuk
menetapkan penguatkuasaan yang

Guru dan Cabaran Semasa | 4

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

lebih ketat dan meningkatkan


kualiti penjagaan kanak-kanak.

Rujukan:
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad &
Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan
Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Guru dan Cabaran Semasa | 5