Anda di halaman 1dari 11

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

BAB 5 : INOVASI DAN PERUBAHAN


DALAM PENDIDIKAN

5.1

KONSEP INOVASI
Idea, amalan atau objek yang
dianggap baru oleh seseorang
(Ronger E. Miller).
Sesuatu yang dianggap baru dan
lebih baik daripada yang lama oleh
seseorang individu (Spencer,
1994).
Idea, konsep atau strategi baru
yang boleh mempertingkatkan
sesuatu amalan.
Pembaharuan, modifikasi dan
membaiki idea, benda, ilmu dan
ciptaan seni budaya tamadun
dengan tujuan memenuhi fungsifungsi tertentu.
Perubahan penting yang
bermanfaat beri manfaat kepada
semua tanpa mengira ideologi.
Inovasi adalah sesuatu yang
baharu / unik hasil ciptaan / hasil
penstrukturan semula yang
memberi manfaat kepada
masyarakat dan mempunyai nilai
yang diutamakan.
Proses inovasi boleh berlaku
secara radikal (mendadak) atau
secara berperingkat-peringkat
sehingga terhasil perubahan
kepada produk, proses atau
perkhidmatan.

5.2

INOVASI DALAM PENDIDIKAN


Dunia pendidikan akan sentiasa
berkembang dan berubah
mengikut keperluan semasa.
Dunia berubah terutamanya
melalui teknologi maklumat.
Trend dalam P&P menunjukkan
kecenderungan pembelajaran

berasaskan penemuan, inkuiri dan


resos, projek dan pembelajaran
aktif beri penekanan kepada
mencari, meneroka, menilai dan
menggunakan maklumat.
Penghasilan pemikiran baharu
dalam pengajaran:
o Apa yang diajar tidak serupa
apa yang dipelajari
o P&P terkini merangkumi
pengajaran kolaboratif dalam
kumpulan yang pelbagai
o Isi pelajaran berbentuk rentasan
kurikulum
o Isi pelajaran boleh diakses
secara meluas dan dikongsi di
luar waktu belajar dan kursus
o Pembelajaran berlaku hasil
maklum balas rakan sekelas
sebagai rakan kongsi dalam
pembelajaran
Pelajar dan majikan
mengutamakan penggunaan TMK.
Penyampaian P&P perlu beralih
daripada secara tradisional kepada
pengaplikasian kemahiran yang
diperlukan.
Inovasi boleh berlaku dalam
pelbagai bentuk:
o Pengenalan teknologi baharu
o Perubahan dalam sistem
penyampaian
o Perubahan dalam prosedur
yang boleh meningkatkan
produktiviti
Bentuk perkembangan inovasi:
o Strategi P&P yang inovatif
o Teknologi pengajaran
o Reka bentuk resos
o Persekitaran pembelajaran
o Penaksiran pembelajaran

Guru dan Cabaran Semasa | 1

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

5.3

BENTUK PERKEMBANGAN
INOVASI

5.3.1 Strategi P&P yang inovatif


o
o
o
o

Pembelajaran Berasaskan Projek


(PBP)
Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL)
Pembelajaran Elektronik
Pembelajaran Berasaskan Laman
Sesawang

PBP didefinisikan sebagai:


o Memberi fokus kepada isi
pelajaran
o Libatkan pengalaman
pembelajaran yang lebih
kompleks, berdasarkan situasi
sebenar yang memerlukan
pelajar guna kemahiran dan
pengetahuan
o Pengalaman yang
membolehkan pelajar mengurus
dan menentukan sumber, masa
dan bahan
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan
Projek

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)


Kaedah P&P yang bertitik mula
dengan penyelidikan tentang
problem-based learning dalam
bidang perubatan.
Definisi PBP
Satu kaedah pengajaran yang
sistematik yang melibatkan pelajar
dalam pembelajaran pengetahuan
dan kemahiran melalui proses
inkuiri lanjutan, direka bentuk
untuk menghasilkan produk /
tugasan.
Dua bentuk projek:
o Projek ringkas berdasarkan
matapelajaran. Tempoh masa
mungkin satu atau dua minggu
sahaja.
o Projek jangka masa panjang
(mungkin satu tahun pengajian),
berbentuk rentasan kurikulum
(pelbagai matapelajaran) dan
penglibatan komuniti luar
sekolah.
Model P&P yang memberikan
penekanan kepada pengajaran
berpusatkan pelajar, membolehkan
pelajar mempunyai autonomi
dalam membina pembelajaran
masing-masing.

Berpusatkan kepada kurikulum


Jangka masa panjang (beberapa
waktu mengajar / satu penggal)
Berpusatkan pelajar
Berasaskan kumpulan
pembelajaran koperatif dan
kolaboratif
Bersepadu dengan isu sebenar
dan amalan sebenar dalam
persekitaran
Mempunyai impak kepada
kemahiran hidup, pengurusan diri,
proses kumpulan dan
penyelesaian masalah
Menggunakan penaksiran
berasaskan prestasi
Langkah-langkah Pelaksanaan PBP
1) Tugasan
Kemukakan masalah / situasi
kepada pelajar sama ada untuk
menghasilkan sesuatu produk /
projek atau mencipta sesuatu cara
baharu
2) Menganalisis masalah
Bincang untuk kenal pasti masalah
dan cari jalan penyelesaian

Guru dan Cabaran Semasa | 2

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

3) Meneroka masalah
Pelajar menyiasat semula masalah
secara kolektif (bersama) setelah
mengumpulkan maklumat melalui
rujukan, bacaan dan kajian
4) Membuat perkaitan
Pelajar berkumpul semula
Pelajar bincang masalah yang
dihadapi semasa proses
pembelajaran
Pelajar buat rumusan,
perbandingan dan perkaitan
dengan permasalahan baharu
yang serupa
5) Membuat refleksi
Pelajar buat refleksi tentang
proses P&P
Apa yang berjaya dilaksanakan?
Apa yang tidak berjaya dilakukan?

Bagaiman memilih projek?


Pelajar akan terlibat aktif jika
merasakan:
o Aktiviti menarik dan bermanfaat
o Mereka ada kemahiran untuk
melakukannya
o Aktiviti tersebut berfokus
kepada pembelajaran bukan
penaksiran
Guru pilih projek yang menepati
keperluan pelajar, mencabar dan
dalam kemampuan pelajar.
Peranan Guru
Bantu pelajar kenal strategi
pembelajaran mereka.
Menggunakan strategi penyoalan
yang mampu mencungkil daya fikir
pelajar.
Pastikan pelajar ada pengetahuan
yang diperlukan sebelum beri
tugasan.

Guna alat pengukur informal untuk


menaksir pelajar.
Wujudkan suasana bilik darjah
yang mengutamakan
pembelajaran dan penerokaan
bukan jawapan yang betul dan
pertandingan.

Pembelajaran Berasaskan Masalah


(PBL)
Mempunyai ciri-ciri yang serupa
dengan pembelajaran berasaskan
projek.
Satu strategi pembelajaran melalui
membuat / melakukan (learning
by doing).
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan
Masalah
Masalah yang realistik
(berdasarkan duni sebenar) yang
dapat menarik perhatian dna minat
pelajar.
Pelajar perlu cari maklumat baharu
untuk membolehkan mereka
menyelesaikan masalah.
Guru membantu, membimbing dan
membuat scaffolding.
Kemahiran mencari dan
menganalisis maklumat daripada
pelbagai sumber.
Pelajar belajar dalam kumpulan
koperatif dan secara kolaboratif.
Sitesis pelbagai maklumat untuk
menyelesaikan masalah.
Refleksi pengalaman
pembelajaran.
Langkah-langkah PBL
Kemukakan masalah berdasarkan
kes / kisah sebenar
Jelaskan hasil pembelajaran yang
hendak dijangka
Sediakan persekitaran
pembelajaran yang selamat
Guru dan Cabaran Semasa | 3

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Sediakan bimbingan isi pelajaran


dan strategi:
o Coaching apprenticeship
o Scaffolding
Sediakan resos pembelajaran:
o Modul pembelajaran
o Sumber pengayaan dan
pemulihan
o Sumber multimedia
Adakan maklum balas untuk
refleksi

Pembelajaran Elektronik (e-learning)


Pembelajaran yang berlaku
menggunakan komputer dan
internet.
Pembelajaran boleh berlaku di
mana-mana / pada bila-bila masa
ikut keperluan pelajar.
Menghasilkan pengalaman yang
memberi pemahaman dan
penguasaan kemahiran serta
kemahiran baharu.
Reka bentuk penyampaian P&P
elektronik berdasarkan prinsip
pengajaran.
Pembelajaran elektronik merujuk
kepada semua jenis pembelajaran
yang dicapai melalui internet,
jaringan komputer, CD ROM,
televisyen interaktif.
Pendekatan pembelajaran
elektronik:
o Online Learning
o Technology Based Learning
o Web Based Learning
o Web Based Training
o Computer Based Learning
o Computer Based Training

Jenis-jenis Pembelajaran Elektronik


Pembelajaran dalam talian
sepenuhnya
o Digunakan dalam pembelajaran
jarak jauh (PJJ)
o Pelajar dan guru tidak bertemu
secara bersemuka
o Bahan sumber pembelajaran
dan penaksiran dimuatkan
secara maya dalam talian
o Interaksi berlaku sepenuhnya
dalam talian
Pembelajaran blended
o Gabungan dalam talian dan
interaksi bersemuka
o Digunakan dalam PJJ oleh
kebanyakan IPT di Malaysia
terutama OUM
o Pertemuan bersemuka secara
berkala dalam bentuk tutorial
Jenis Komunikasi dalam Pembelajaran
Elektronik
Synchronous (serentak)
o Pertukaran idea, maklumat atau
perbincangan berlaku antara
dua atau lebih peserta secara
serentak dalam masa yang
sama.
o Contoh : chat, video konferensi,
telekonferensi.
Asynchronous (tidak serentak)
o Pertukaran idea atau maklumat
berlaku pada masa tertangguh.
o Tindak balas kepada soalan
atau maklumat yang
diketengahkan berlaku pada
masa yang berbeza.
o Contoh : emel, SMS, forum
maya, web.

Guru dan Cabaran Semasa | 4

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Bentuk Penyampaian P&P


Cetak
o Petikan jurnal, rencana dalam
e-text
o Buku dalam bentuk text book
o Majalah dalam bentuk emajalah
Video
o Klip video
o Rakaman video
o Siaran melalui satelit dan kabel
Audio
o Rakaman audio
Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik
Pembelajaran berlaku ikut kadar
kendiri pelajar.
Pembelajaran berlaku ikut
kehendak dan keperluan pelajar
dalam bentuk arahan kendiri
pelajar sendiri tentukan cara,
masa, tumpuan dan kemahiran
yang ingin dikuasai.
Memenuhi kepelbagaian gaya
pembelajaran.
Boleh dicapai di mana-mana shaja
ada internet.
Boleh dicapai oleh lebih ramai
pelajar.
Memerlukan kemahiran guna
komputer dan internet.

Pembelajaran Berasaskan Laman


Sesawang
Jenis pembelajaran dalam talian
yang menggunakan gabungan
streaming video, persembahan
PowerPoint, penerangan audio
dan perisian lain dalam
penyampaian P&P.

Pertemuan bersemuka antara guru


dan pelajar tidak diadakan
langsung.
Pembelajaran berlaku sepenuhnya
melalui laman sesawang.
Maklumat-maklumat penting
seperti maklumat kursus, sukatan
pelajaran, Tarik-tarikh dan arahn
pembelajaran dimuatkan dalam
talian.
Bahan pembelajaran, kuiz, latihan
pengukuhan dimuat naik secara
berkala.
Tujuh fungsi penting dalam
pembelajaran ini:
o Pengumuman berdasarkan
masa sebenar
o Teks, html, spread sheet, video,
PowerPoint
o Buku gres real time
o Pautan luar
o Laman diskusi dan chat room
o Kuiz automatik
o Emel individu dan senarai
peserta

5.3.2

Teknologi Pengajaran

Menggunakan medium
persembahan penyampaian
o PowerPoint, grafik, tayangan
video, audio rakaman, smart
board interactive
Penggunaan sumber internet
dalam pengajaran
o Boleh bawa dunia luar terus ke
dalam bilik darjah
o Bahan sumber boleh dimuat
turun / disediakan sebagai
bahan siaran langsung untuk
kegunaan pelajar
Penggunaan e-mel, papan
maklumat dalam talian, blog, portal
bagi menyokong pembelajaran
o Pelajar dan guru dapat
berkomunikasi
Guru dan Cabaran Semasa | 5

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Menyenaraikan laman sesawang


dan e-jurnal dalam senarai bacaan
o Perpustakaan maya yang
memuatkan e-buku dan e-jurnal
secara dalam talian
Menggunakan teknologi baharu
dalam ujian dan undian dalam bilik
darjah
o Electronic Voting System (EVS)
o Pelajar boleh beri respons
kepada soalan objektif untuk
buat pilihan / undian
Merakam isi pelajaran untuk
podcasting
o Podcasting : proses merakam
siri / episod dalam bentuk audio
o Rakaman dimuat naik ke laman
sesawang atau portal
o Beri peluang kepada pelajar
untuk menelaah isi pelajaran di
mana-mana

5.3.3

Reka Bentuk Resos

Teknologi yang digunakan:

Portfolio elektronik (e-portfolio)


MP3
CD-ROM
Laman sesawang / web
Web 2.0 Tools
E-mel
Blog
Wiki
Chat
Podcast

Perkembangan Resos Pembelajaran


Berasaskan Teknologi ICT
e-buku
o Buku dalam bentuk elektronik
o Memuatkan isi kandungan yang
sama dengan buku dalam
bentuk cetak
o Ada ciri tambahan seperti
terdapat pautan, fungsi carian
e-majalah
o mudah dicapai melalui internet
o guru dapat menambah dengan
membimbing (scaffold)
menambah nota, saranan,
tugasan untuk mengarahkan
pembelajaran
e-portfolio
o Alat interaktif dinamik yang
memuatkan pengumpulan
bahan pembelajaran pelajar,
artifak, catatan interaksi antara
guru dan pelajar
o Memudahkan guru memantau
dan membimbing pelajar ikut
keperluan
Blog dan forum
o Beri pelajar peluang untuk
membaca, menulis, memberi
respons, berkolaborasi dan
berbincang
o Pelajar yang introvert dan
pendiam juga dapat bermotivasi
untuk melibatkan diri
o Dengan bimbingan dan
pemantauan yang baik,
kemahiran berfikir aras tinggi
dapat dikembangkan

Guru dan Cabaran Semasa | 6

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

5.3.4 Persekitaran Pembelajaran


Persekitaran pembelajaran
berubah daripada persekitaran
formal kepada persekitaran bilik
darjah maya dan seterusnya
persekitaran pembelajaran
personal.

Bilik darjah
formal di
sekolah

Bilik darjah
maya

Pembelajaran
personal

Persekitaran Pembelajaran Personal


(PLE)
Pembelajaran berlaku secara
online dalam pelbagai bentuk
pilihan pelajar.
Pembelajaran formal dan informal
boleh berlaku.
Maklumat isi pelajaran diperoleh
melalui pelbagai media dan
perisian.
Pelajar sendiri menentukan arah
dan hala tuju pembelajarannya.
Interaksi sosial berlaku melalui
penggunaan pelbagai media dan
perisian sosial.
Memenuhi konsep pembelajaran
sepanjang hayat.
Pelbagai jenis perisian yang boleh
dipilih mengikut kesesuaian
fungsinya untuk mencapai
matlamat palajar Skype, Twitter,
Facebook, YouTube.
Perkembangan teknologi internet
mewujudkan PLE.
Perisian sosial membolehkan
perhubungan, pengisian isi
kandungan dan perkhidmatan
(wiki, blog, weblog).
Antara perisian PLE:
o Word processor
o E-mel
o Diari
o Audio

o Weblog
o Video Editing
o Podcast Publishing
PLE maklumat boleh diperoleh
dengan mudah dengan satu klik.
Persekitaran Bilik Darjah Maya (Virtual
Classroom)
Kawalan terhadap pembelajaran
dibuat oleh institusi yang
menyediakan portal pembelajaran.
Kawalan dibuat melalui Learning
Management System (LMS) dan
Virtual Learning Environment.
Meliputi penggunaan papan
bulletin, tidak mementingkan
hubungan sosial antara pengguna.
Pembelajaran berlaku secara
online sepenuhnya atau secara
gabungan (blended).
Maklumat dan aktiviti dimuatkan
dalam portal pembelajaran.
Pelajar perlu berdaftar.
Kawalan berlaku melalui papan
bulletin.
Tiada interaksi sosial.

5.3.5

Penaksiran Pembelajaran

Penaksiran dalam bilik darjah


membolehkan guru mendapatkan
maklumat tentang apa jua yang
telah pelajarnya belajar dan sejauh
mana tahap penguasaan pelajar.
Bertujuan memastikan
pembelajaran berlaku.
Bantu guru rancang pengajaran
untuk keberkesanan pembelajaran.
Berbentuk formatif dan
berpusatkan pelajar.

Guru dan Cabaran Semasa | 7

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Ciri-ciri Penaksiran Pembelajaran


1) Berpusatkan pelajar
Beri tumpuan untuk jadikan
pembelajaran berkesan
2) Arahan guru
Guru tentukan apa yang hendak
dinilai, bagaimana hendak menilai
dsb.
3) Manfaat bersama
Melalui penaksiran pelajar akan
lebih faham isi pelajaran
Guru dapat idea baru untuk jadikan
P&P lebih berkesan
4) Formatif
Matlamat penaksiran jadikan
pembelajaran lebih berkualiti
bukan penggredan
Guru dapat buat penambahbaikan
proses P&P
5) Berterusan
Penaksiran berlaku sepanjang
proses P&P sebagai satu bentuk
maklum balas yang memberi
maklumat kepada guru tentang
perkembangan pelajar
Maklum balas boleh bantu guru
jelaskan perkara yang pelajar
belum faham
Perkembangan dalam Penaksiran
Pembelajaran

Penaksiran Prestasi
Penaksiran Portfolio
Penaksiran Kendiri
Penaksiran Berasaskan Komputer

Penaksiran Prestasi
Menilai keupayaan pelajar dalam
melakukan sesuatu /
menggunakan sesuatu kemahiran
dalam menghasilkan sesuatu yang
baru dan kreatif.
Penaksiran dibuat melalui
pemerhatian, pencerapan serta
hasil produk.
Merekodkan apa yang diketahui
dan dapat dilakukan oleh pelajar.
Menilai keupayaan pelajar berfikir,
membuat analisis, sintesis,
penilaian serta memindahkan fakta
dan idea.
Membolehkan guru buat
penaksiran secara individu
berdasarkan pemerhatian
sepanjang proses belajar.
Membolehkan ibu bapa,
pengurusan sekolah, dan
sebagainya mendapat maklumat
yang tepat dan terperinci tentang
pembelajaran pelajar.
Komponen penaksiran prestasi:
o Senarai semak perkembangan
pelajar
o Portfolio pembelajaran
o Laporan pembelajaran
Ciri-ciri Penaksiran Prestasi
Pelajar terlibat dalam kajian /
aktiviti yang berbentuk autentik
(asli dan kreatif).
Tugasan kajian yang bermakna,
berbentuk aplikasi kemahiran serta
integrasi KBAT.
Tugasan berasaskan proses dan
produk.
Beri penekanan kedalaman
pemahaman dalam melaporkan
kajian bukan meluaskan kajian.

Guru dan Cabaran Semasa | 8

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Peranan Guru dalam Melaksanakan


Penaksiran Prestasi
Tentukan matlamat prestasi
tugasan.
Sediakan hasil pembelajaran
secara terperinci.
Sediakan tugasan real-world,
mencabar tetapi realistik.
Sediakan langkah-langkah
pelaksanaan tugasan yang
lengkap dan dapat memandu
pelajar.
Bina penaksiran pembelajaran
dalam tugasan, iaitu berbentuk
kontekstual.
Gunakan borang penilaian yang
boleh bantu guru buat penaksiran
prestasi pelajar secara adil dan
tepat.

Penaksiran Berasaskan Portfolio


Bentuk bukti perkembangan
pelajar.
Portfolio pengumpulan bahan
pembelajaran, aktiviti proses
pembelajaran, hasil kerja, dsb.
Merujuk kepada prosedur untuk
merancang, menguti dan
menganalisis pelbagai sumber
data yang dimasukkan dalam
portfolio.
Penaksiran berasaskan portfolio:
o C collecting (buat
pengumpulan)
o R reflecting (refleksi kendiri /
catatan jurnal)
o A assessing (buat penaksiran)
o D documenting (menyimpan,
merekod)
o L linking (buat perkaitan)
o E evaluating (buat penilaian)

Ciri-ciri Portfolio yang Mematuhi


Prosedur Penaksiran Sistematis
1) Komprehensif
Pengumpulan data yang teat dan
pelbagai
2) Terancang dan sistematik
Dirancang dengan baik sebelum
dilaksanakan
3) Bermaklumat
Maklumat hendaklah bermakna
kepad guru, ibu bapa dan pelajar
Dapat beri maklum balas yang
tepat dan bantu guru buat
penilaian
4) Dibuat khusus
Menepati tujuan dan matlamat
penyediaan
5) Autentik

Prosedur Penaksiran Portfolio


1) Kenal pasti tujuan dan fokus portfolio
2) Rancang isi portfolio
Pilih prosedur penaksiran,
tentukan isi kandungan portfolio,
tetapkan tempoh dan kekerapan
penaksiran
3) Reka bentuk analisis portfolio
Tetapkan standard dan kriteria
penaksiran, tentukan prosedur
untuk mengintegrasikan maklumat
4) Sediakan tatacara penyampaian
Rancang penyampaian dan
maklum balas kepada pelajar dan
ibu bapa

Guru dan Cabaran Semasa | 9

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

5) Kenal pasti prosedur mengesahkan


ketepatan maklumat
Bentuk sistem untuk menyemak
kebolehpercayaan maklumat dan
sistem mengesahkan keputusan
6) Laksanakan model penaksiran portfolio
Alat yang sesuai seperti rubrik,
skala kadar, senarai semak

Penaksiran Kendiri
Pelajar menilai diri sendiri, apa
yang telah dipelajari dan
bagaimana dia mempelajarinya.
Pelajar bertanggungjawab untuk
menguruskan pembelajarannya
sendiri.
Pelajar memantau perkembangan
dan kemajuan diri sendiri
bersandarkan objektif / hasil
pembelajaran.
Langkah-langkah Penaksiran Kendiri
Membuat refleksi ke atas
pengalaman atau pembelajaran
lepas.
Cuba mengingat dan memahami
apa jua yang telah berlaku.
Cuba dapatkan gambaran / idea
yang jelas tentang apa jua yang
telah dipelajari / dicapai.
Berkongsi tanggungjawab dengan
sekolah tentang pembelajaran
pelajar.
Membuat keputusan berkaitan
dengan aktiviti masa depan dan
hala tuju yang akan diambil.

Strategi P&P yang membantu membuat


Penaksiran Kendiri
1) Modelling (guna hasil kerja yang baik
sebagai contoh)
Guru bombing pelajar buat
perbandingan hasil kerja contoh
dengan hasil pembelajaran.
2) Kemahiran menyoal secara berfokus
Galakkan pelajar bina soalan untuk
dapatkan maklumat tambahan
tentang sesuatu
Bincang soalan untuk dapatkan
jawapan dengan bimbingan guru
3) Menggunakan pengurusan grafik
sebagai alat penaksiran
Pengurusan grafik dapat bantu
tingkatkan kemahiran berfikir
buat kalsifikasi, perbandingan,
banding beza
Contoh: peta minda, carta alir
4) Membuat refleksi pembelajaran
Catat tentang apa jua yang
dialami, kekuatan, kelemahan dan
cara membuat penambahbaikan
5) Penilaian rakan sebaya
Maklum balas daripada rakan
pelajar
Boleh dibuat dalam bentuk
perbincangan kelas

Guru dan Cabaran Semasa | 10

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Penaksiran Berasaskan Komputer


Penaksiran yang disediakan,
ditadbir dan disemak oleh
komputer.
Terdapat perisian khas yang
disediakan untuk kegunaan guru.
Menjadikan penaksiran
pembelajaran lebih menarik kerana
maklum balas boleh diperoleh
secara langsung.
Prestasi pelajar ditentukan oleh
program komputer berdasarkan
aras kesukaranyang dapat dijawab
oleh pelajar.
Electronic Voting System (EVS)
membolehkan guru membuat
penaksiran pembelajaran pelajar
semasa proses P&P atau sebaik
sahaja selesai penyampaian
pengajaran.
Tahap penguasaan pelajar dapat
diukur dalam masa yang singkat
membolehkan sebarang tindakan
susulan dibuat.

Rujukan:
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad &
Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan
Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd

Guru dan Cabaran Semasa | 11