Anda di halaman 1dari 29

SILICON SKILLS TECH SDN. BHD.

2790, JALAN CHAIN, TAMAN INDERAWASIH


13600 PRAI, PULAU PINANG
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA PROGRAM
/

ME-020-2:2012 HEATING VENTILATION AIR


CONDITIONING (HVAC) DOMESTIC

PROGRAMS CODE & NAME


TAHAP / LEVEL

2 (TWO)

KOD DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /

ME-020-2:2012(C04) WINDOW UNIT (1PH) INSTALLATION &


MAINTENANCE

COMPETENCY UNIT CODE


AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN

1.

Perform window unit installation

AKTIVITI KERJA / WORK

2.

Perform window unit servicing

3.

Perform window unit troubleshooting

ACTIVITIES NO. AND


STATEMENT

NO. KOD / CODE NUM

4. Perform window unit repairing

ME-020-2:2012(C04)/KP(2/3)

Muka : 1 drp. :7

TAJUK : BASIC WELDING GAS SET


TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang kaedah pengendalian bahan
pendingin.

NO. KOD / CODE NUM

ME-020-2:2012(C04)/KP(2/3)

Muka : 2 drp. :7

1.BASIC WELDING GAS SET

1.1.

Maklumat-maklumat pengendalian set kimpalgas

Kimpalgas merupakan kemahiran yang diperlukan dalam kerja-kerja penyejukan, ini kerana
dalam kerja-kerja fabrikasi pemaipan sistem penyejukan ia digunakan untuk menyudahkan
sambungan dari jenis swaging, pinching dan juga fitting.

Perkataan kimpal memberikan banyak pengertian kepada orang yang biasa dalam kerja-kerja
kimpalan, ini kerana terdapat pelbagai jenis kimpalan yang boleh dijalankan mengikut aplikasi
kerja yang hendak dijalankan, berikut adalah jenis-jenis kerja kimpalan yang biasa di digunakan
dalam kerja-kerja penyejukan yang mana akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam kertas
penerangan yang berasingan,

i.

kimpal lembut (soldering).

ii.

pateri keras (brazing).

iii.

kimpal gas (gas-welding).

iv.

kimpal arka (arc welding).

Pemahaman maklumat-maklumat berikut adalah berkenaan kimpalgas perlu diketahui sebelum


seseorang pelatih mekanik penyejukan boleh mengendalikan set kimpalgas.

1.1.1.

Langkah keselamatan yang diperlukan sebelum menggunakan peralatan


kimpalgas

set kimpalgas: Sebelum mengguna atau mengendalikan peralatan kimpalgas terlebih dahulu
fahamkan maklumat-maklumat keselamatan berikut kerana peralatan kimpalgas merupakan
satu peralatan yang boleh mendatangkan kecelakaan yang serius jika tersalah kendali atau
tidak berpengetahuan berkenaan tatacara keselamatan untuk mengendalikanya.

a.

pakaian hendaklah sentiasa kemas bagi mengelakkan dari mudah disambar api
kimpalgas.

b.

pengimpal hendaklah dalam keadaan fizikal dan mental yang sentiasa bersedia dan
mempunyai keyakinan untuk membuat kerja-kerja kimpal.

c.

pastikan buih sabun digunakan bagi kerja menguji sebarang kebocoran pada alat-alat
kimpalgas. JANGAN gunakan sebarang bahan minyak kerana ini boleh menyebabkan
kebakaran, letupan atau sebagainya.

d.

pastikan keadaan sekeliling tempat kerja selamat dari bahan mudah terbakar seperti
sampah, minyak, gas mampat dsbnya.

e.

sediakan peralatan pelindung diri (safety attire) yang sesuai untuk kerja-kerja
kimpalgas.

f.

pastikan di sekeliling tempat kerja kimpalgas tidak mendatangkan bahaya kepada diri,
alatan dan sekeliling.

1.1.2. langkah-langkah keselamatan yang perlu semasa mengendali peralatan kimpalgas


a.

setiap kali set tidak digunakan tutup semula semua injap-injap yang ada dengan kemas
dan selamat.

b.

jangan biarkan silinder terhantuk sama ada dengan menggolek atau menendangnya.

kendalian silinder oksigen hendaklah mematuhi prosedur-prosedur seperti berikut.


i.

tangkinya hendaklah disimpan di tempat yang tidak mengandungi bahan yang mudah
terbakar seperti minyak, gris dan lain-lainnya.

ii.
jangan kendalikan tangki gas kimpal jika terdapat minyak pada tangan atau sarung
tangan.
tangkinya hendaklah sentiasa diperiksa jika berlaku sebarang kebocoran gasnya
dengan
kaedah buih sabun.
iv.

injap silindernya hendaklah dibuka hanya kepada tekanan yang diperlukan sahaja.
tangkinya hendaklah diposisikan dengan menegak semasa menjalankan kerja
kerja brazing.

kendalian silinder asitilena hendaklah mematuhi prosedur-prosedur berikut,

i.

jangan gunakan tekanan asitilena melebihi dari 1 kg/cm2 untuk kerja-kerja kimpal-gas
ringan.

ii.

tangkinya hendaklah sentiasa diperiksa dari sebarang kebocoran gasnya dengan kaedah
buih sabun.

iii.

jangan guna peralatan dari bahan logam kuprum kepada fitting, coupling yang boleh
bersentuh dengan asitilena.

iv.

tangki gas asitilana dimestikan sentiasa diletakkan dalam posisi berdiri tegak.

v.

untuk mengeluarkan asitilena jangan pusingkan injap kawalannya melebihi dari satu
pusingan penuh.

C.

jangan kendalikan tangki-tangki silinder jika tangan mengandungi bahan-bahan minyak


yang licin.
pengendali
silinder
gas

pengendali

10O

D. cara membawa silinder hendaklah


dengan menghadap silinder dan
pegang kepala silinder dengan
tangan kiri, sendengkan lebih
kurang 10O ke arah badan dan
pusingkan silinder dengan tangan
kanan ke arah lawanan jam seperti
di rajah kiri.

silinder
gas

E.

kereta
sorong

cara yang lebih baik untuk kendalikan tangki ialah dengan menggunakan
kereta sorong seperti di lakaran atas kanan.

1.1.3. Langkah-langkah keselamatan yang perlu semasa menggunakan peralatan


kimpalgas

topi
goggle

a.

apron

gunakan pakaian atau pelindung keselamatan (safety attire) yang


sesuai untuk kerja-kerja kimpal gas seperti berikut.

lengan
panjang

b.
i.

pelindung badan (apron) dari sebarang


percikan bunga api atau kerosakan kepada
pakaian.

ii.

pelindung mata (goggle) dari percikan api


(spark) yang sentiasa berlaku oleh kesilapan
pengguna.

glove
kulit
seluar
tebal
safety
shoes
safety attire

c.

iii.

pelindung tangan (hand gloves) dari


kepanasan api kimpal dan sebagainya.

iv.

pelindung kaki (safety shoes) dari bahaya


jika bahan kimpal yang panas terjatuh ketika
menjalankan kerja-kerja kimpal

v.

pelindung kepala/rambut (topi) dari percikan


bunga api kimpal yang boleh membakar.

vi.

pelindung tangan (baju lengan panjang) dari percikan bunga api kimpal
yang sentiasa berlaku.

hujung rod hendaklah dibengkokkan bagi mengelakan mata mudah tercucuk olehnya.

gelembung
oksigen

AIR

e.

jika muncung sumpitan (tip) api tersumbat, bersihkan


dengan alat pembersih muncung atau jarum pembersih
tip.

d.

jika sumpitan (tip) terlampau panas kerana penggunaan


yang berterusan dan lama, sejukkannya dengan
mematikan nyalaan dan rendam tip dalam air seperti di
gambarajah sebelah. PASTIKAN injap oksigen dibuka
sedikit bagi mengelakkan air dari masuk melalui hujung
tip.

TIP

TEKNIK MENYEJUKAN TIP

1.1.4. Langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk persekeliling tempat kerja


kimpalgas

a.

pastikan persekeliling dan tempat untuk menjalankan kerja-kerja mengimpal jauh dari
bahan-bahan yang mudah terbakar atau meletup seperti kayu, minyak, gas mampatan,
gas mudah terbakar dsbnya.

b.

pastikan kawasan sekeliling dan tempat kerja seeloknya dalam keadaan yang terbuka
dan peredaran udara di sekelilingnya baik dan mencukupi.

c.

pastikan tempat dan persekeliling tempat kerja mengimpal hendaklah bersih dan
kemas.

d.

pastikan sekeliling tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup terang dan sesuai
untuk menjalankan kerja-kerja kimpal.

NO. KOD / CODE NUM

ME-020-2:2012(C04)/KP(2/3)

Muka : 3 drp. :7

1.1.5. Bahaya yang boleh berlaku jika menggunakan set kimpalgas yang bocor
Oleh kerana gas-gas yang digunakan dalam set kimpalgas terdiri dari bahan yang mudah dan
membantu kebakaran seperti asitilena dan oksigen maka langkah-langkah keselamatan yang
tinggi bagi memastikan gas-gas tersebut tidak bocor semasa penggunaannya amat perlu
diambil perhatian yang serius, ini kerana kebocoran gas-gas tersebut dari mana-mana
bahagian komponen set kimpal gas boleh menyebabkan letupan dan kebakaran yang tidak
dapat dikawal. Jika ini berlaku ia boleh menyebabkan kemalangan yang membawa kepada
kehilangan nyawa atau anggota badan kepada pengguna, rakan sekerja, peralatan dan
persekitarannya.
Oleh itu semua peralatan yang digunakan pada set kimpalgas hendaklah dipastikan dalam
keadaan baik dan perlu digantikan dengan yang baru sebaik sahaja diketahui jika ia tidak
dapat berfungsi dengan baik atau telah rosak, tindakan ini mesti dilakukan dan tidak ada
kompromi.

1.1.6. Makna kod-kod keselamatan yang digunakan dalam kerja kimpalgas

a.

kod warna hitam ialah untuk mengenal silinder oksigen.

b.

kod warna (merah hati) maroon ialah untuk mengenal silinder asitilena.

c.

kod warna biru digunakan untuk mengenal saliran/hos oksigen.

d.

kod warna hijau atau merah digunakan untuk mengenal saliran/hos asitilena.

e.

kod tolok oksigen biru dan asitilena merah/hijau.

1.2.

Mengenal komponen-komponen pada set lengkap kimpalgas

Sebelum seseorang pengguna dibenarkan untuk mengendalikan peralatan kimpalgas terlebih


dahulu ia mesti mengenal nama dan fungsi asas komponen-komponen yang terdapat di dalam
satu set lengkap peralatan tersebut, ini diperlukan bagi memudah serta dapat membantu
pengguna dalam beberapa tindakan yang perlu seperti pembaikan, melatih atau mengenal
kompanen yang rosak.

Jika terdapat peralatan yang perlu diganti atau telah rosak, pengguna hendaklah dapat
mengenal pasti nama-nama komponen tersebut bagi memudahkan porsedur untuk membuat
pembelian, pemesanan dan sebagainya. Oleh kerana penggunaan peralatan kimpalgas juga
memerlukan penggunaannya (pengimpal) mengenakan pemakaian peralatan pelindungan
(safety attire) maka peralatan pelindung diri juga menjadi sebahagian dari peralatan kimpalgas
dan perlu diketahui maklumat seperti nama, tujuan penggunaan dan maklumat teknikal yang
lain.

NO. KOD / CODE NUM

ME-020-2:2012(C04)/KP(2/3)

Muka : 4 drp. :7

1.2.1.

Nama-nama komponen yang terdapat pada satu set lengkap kimpalgas

injap pengatur
(regulator valve set)
cylinderoxygen
valve
(vertical type)
cylinder valve
wrench

cylinder valve
(horizontal type)
injap pengatur
(regulator valve set)
acetylene
hose connector

tangki
oksigen

1.2.2

tangki
asitelina

torch set
hose
coupling

Fungsi setiap komponen di atas

cylinder
hos set
valve cap

Silinder gas: Tangki-tangki gas kimpal ialah dari jenis silinder tekanan
tinggi (high-pressure gas cylinder), silinder oksigen boleh menampung
KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA SET KIMPALGAS
tekanan hingga kepada 2,400 psi (16.5kPa)
dan asitilena pula pada
asitilena
oksigen
tekanan 260 psi (1,793 kPa). Terdapat pelbagai saiz silinder dalam
pasaran tetapi rata-rata di negara kita saiz yang di gunakan oleh bengkelbengkel ialah silinder dengan yang mempunyai ukuran tinggi 145 cm untuk
tangki gas
oksigen dan 115 cm untuk asitilena, oleh itu untuk pengenalan dalam satu
set kimpalgas silinder yang lebih rendah ialah silinder asitilena seperti di
rajah sebelah. Selain dari itu kod-kod warna juga disediakan untuk
mengenal antara silinder oksigen dan asitilena.

cylinder valve cap

relief
valve

cylinder valve

Silinder oksigen diwarnakan dengan kod warna hitam


manakala asitilena pula dengan warna merah hati atau
maroon.

neck
press steel
neck ring

Binaan bahagian atas silinder gas kimpal gas di mana


injap silinder ditempatkan adalah seperti di rajah sebelah
kiri. Kebiasaannya silinder valve untuk hight pressure
silinder diperbuat dari bahan brass ataupun bronze
kerana ia tidak mudah terbakar walaupun terdapat
oksigen di sekelilingn

cyllinder valve assembly

Injap silinder/tangki (cylilnder valve): Injap ini dipasangkan di bahagian atas silinder gas
asitilena atau oksigen, ia berfungsi sebagai injap kawalan ke atas pengaliran untuk gas masuk
dan keluar dari silinder. Oleh kerana ia digunakan untuk disambungkan kepada pengatur gas
(regulator) kimpalgas maka sambungan khas untuk pengatur (regulator fitting) telah dibina siap.

Di bengkel PPU domestik sekarang ini terdapat 2 jenis injap silinder yang digunakan,
perbezaan kedua-dua injap ini cuma pada kedudukan valve stem dan regulator fitting sahaja,
iaitu satu jenis dipasangkan secara melintang dan satu jenis lagi secara menegak seperti di
gambarajah berikut,

Untuk mengawal pengaliran gas keluar dari dalam silinder ia dilakukan


dengan membuka dan menutup valve stem menggunakan valve
wrench. Pusingan arah jam valve stem ialah untuk menutup injap dan
lawanan jam pula untuk membuka injap dan membenarkan pengaliran
keluar gas dari silinder. Terdapat pemasangan relief valve sebagai ciri
keselamatan bagi melepaskan gas jika berlaku tekanan tinggi lampau di
dalam silinder oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Gambarajah-gambarajah di bawah menunjukkan binaan-binaan silinder
valve. Bagi pengawalan aliran ke hose regulator disambungkan kepada
injap ini.

valve stem
lower nut
packing

regulator
fitting

relief
cylinder
gauge
arah
pointer
buka

regulator

gauge
arah tutup
valve wrench

CIGWELD

hose

660

connector
membuka & menutup
injap
hex
nutsilinder
cylinder valve
connector
gambarajah regulator

binaan
injap silinder

fitting
valve
stem

adjusting
handle

valve

valve stem

delivery

relief

relief

valve
regulator

valve

Pengatur (regulator) : Terdapat 2 set regulator yang


fitting
injap melintang
digunakan
pada set kimpalgas
iaitu untuk tangki oksigen dan
injap menegak

juga asitilena. Regulator-regulator ini disambungkan pada


silinder melalui injap silinder (cylinder valve connector) dan
berfungsi sebagai pengatur kepada tekanan aliran gas dari
silinder disamping memberi maklumat status tekanan gas di
dalam silinder dan hose melalui sepasang tolok tekan (pressure
gauge) untuk membaca tekanan semasa gas dalam silinder
(cylinder gauge) apabila injap silinder dibuka dan tekanan
semasa gas dalam hose (delivery gauge) apabila adjusting
handle regulator diputar buka.

Hose connector dan juga juga tuas tangan (adjusting handle)


juga disambungkan dengan regulator, seperti yang telah
diterangkan tekanan gas di dalam tangki adalah bertekanan
tinggi, oleh itu untuk kerja-kerja kimpalgas biasa di mana
tekanan yang jauh lebih rendah diperlukan maka regulator
digunakan untuk melaraskan tekanan yang diperlukan sahaja
dibuat oleh gas di dalam hos-hos.

Tekanan oleh gas di dalam hos dilaras untuk mendapatkan tekanan yang bersesuaian untuk
aplikasi kerja dengan membuka atau menutup adjusting handle dengan kaedah putaran.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama regulator yang telah dikeluarkan berada di dalam pasaran,
namun fungsi dan asas binaan dan operasinya adalah lebih kurang sama sahaja. Gambarajah
di atas kiri menunjukan sebuah regulator yang digunakan di bengkel PPU domestik dari
jenama CIGWELD.

Regulator untuk silinder oksigen dan asitilena dari segi fizikalnya tidak mempunyai banyak
perbezaan, perbezaan yang sangat ketara adalah dari segi kod warnanya di mana oksigen
akan diwarnakan dengan warna biru sementara asitilena pula dengan warna merah,
sementara skala untuk tolok tekan yang disediakan pada regulator asitilena julat bacaannya
adalah lebih rendah dari bacaan pada tolok oksigen kerana mengikut keperluannya, berikut
bahagian-bahagian yang terdapat dalam sebuah regulator.

Hand valve lever: Seperti yang telah diterangkan di atas hand valve
lever bertindak sebagai pengatur kepada tekanan gas yang akan
disalurkan kepada hos, dengan memusingkannya mengikut arah
pusingan jam akan meninggikan tekanan gas di dalam hos dan
sebaliknya. Prosedur ini hanya boleh dilakukan setelah injap silinder
telah dibuka dengan tekanan yang akan ditunjukkan oleh tolok tekan
silinder.

pressure
gauge
adjusting handle
valve stem

valve casing
cylinder valve
connector
pandangan sisi regulator

Peringatan: pastikan jika set kimpalgas tidak digunakan hand valve


lever
hendaklah
dikembalikan
keposisi
tutup
dengan
memusingkannya ke arah lawanan jam hingga habis (free).

Tolok silindar (cylinder gauge): Tolok yang dipasangkan pada


regulator ini digunakan untuk memberikan maklumat tekanan
semasa gas di dalam silinder. Tekanan akan dibaca dan ditunjukkan
oleh tolok ini sebaik sahaja apabila injap silinder dibuka.

Terdapat juga di mana bacaan disediakan dengan jarum penunjuk berada di posisi FULL jika
gas di dalam silinder penuh, pengurangan tekanan oleh pemakaian akan ditunjukkan.
Kebiasaannya julat dan skala yang terdapat pada tolok silinder adalah seperti berikut,

OKSIGEN
UNIT

ASITILENA

RANGE

UNIT

RANGE

kPa

0 - 30000

10000

kPa

0 - 4000

1000

PSI

0 - 40000

10000

PSI

0 - 5000

1000

Tolok saliran (line gauge) : Juga dipasangkan pada regulator, ia berfungsi untuk memberi
maklumat tekanan semasa gas di dalam hos-hos saliran. Tekanan dalam hos akan terus
dibaca apabila adjusting handle dibuka atau ditutup.

Bacaan tekanan pada tolok ini kebiasaannya adalah lebih rendah dari bacaan yang terdapat
pada tolok silinder, ini kerana tekanan gas yang digunakan untuk kerja-kerja kimpalgas adalah
jauh lebih dari tekanan yang terdapat di dalam silinder. Berikut adalah bacaan dan skala
tekanan yang terdapat pada tolok saliran,

OKSIGEN
UNIT

ASITILENA

RANGE

UNIT

RANGE

kPa

0 -1000

100

kPa

0 - 300

50

PSI

0 - 140

20

PSI

0 - 40

10

Cylinder connector: Bahagian di mana komponen regulator disambungkan kepada cylinder


valve untuk aliran masuk gas dari cylinder. Sambungan hendaklah kemas dan diperkuatkan
dengan spanar hingga kalis bocor.

Sambungan untuk tangki oksigen bebenang connector adalah mengikut pusingan jam untuk
sambungan manakala untuk connector regulator asitilena pula pusingan bebenangnya
melawan arah jam.

Saliran gas (hose): Hos digunakan dalam set kimpalgas untuk mengalirkan gas oksigen dan
asitilena dari pengatur ke komponen torch shank, hos-hos yang digunakan hendaklah dari
jenis yang dapat menampung tekanan pengaliran gas yang tinggi sehingga kepada 200 hingga
250psig dan akan pecah pada 1,000psig.

Hos kimpal dibuat dengan 3 lapisan, bahagian luar sekali


kebiasaannya dari bahan getah atau neoprene compound untuk
kalis dari kesan letupan (comburstion), percikan api (spark), hot
slag, logam panas, air dan sebagainya.

disambung
metal
clamp
rubber or
neoprene
woven

inner

tube
carcass
sepasang hose kimpalgas

Lapisan tengah pula dari bahan carcass iaitu benang-benang


nylon atau ryon yang dipintal untuk tujuan menambahkan
kekuatan hose dari tekanan atau hentakan luaran dan juga dari
terlipat (kink). Lapisan ketiga iaitu dalamannya sama ada dari
bahan getah ataupun neoprene yang mempunyai permukaan
yang licin.

Bagi memudahkan pengenalan ke atas hos maka hos juga telah diwarnakan mengikut kod
warna gas iaitu warna biru untuk oksigen dan merah atau hijau untuk asitilena. Penyambungan
hos-hos ini kepada hos fitting pada regulator dan juga torch melalui sambungan (fitting) khas
yang boleh kalis bocor dan diperkuatkan dengan kelip hos.
saliran
hex nut

gas

Hos fitting: Seperti yang telah diterangkan di atas fitting ini di


gunakan untuk penyambungan kedua-dua hose kepada hose
fitting pada regulator dan juga torch set. Fitting ini diperbuat
dari bahan loyang (brass) supaya tidak karat dan perlu
diperkuatkan dengan hose clip.

hose fitting

Kelip hos (hose clips/clamp): Untuk penyambungan hose kepada regulator dan juga torch
kelip jenis keluli digunakan bagi menguatkan sambungan hos supaya tidak tercabut apabila
dipasangkan, kebiasaannya kelip ini mudah diperkuatkan dengan menggunakan screw atau
phillip screwdriver.
hose

hex
nut
HOSE FITTING

hose clip/clamp
screw

Gambarajah di sebelah kanan menunjukkan kelip


hos yang digunakan untuk menyambung hos
pada fittingnya. Clip jenis ini juga dikenali sebagai
worm type clip dan diperbuat dari bahan keluli
tahan karat.

injap oxsigen

Pemegang (torch shank): Peralatan ini


digunakan untuk mengawal kuantiti pengaliran gas
oksigen dan asitilena ke dalam mixer dengan
disediakan tempat pemegang oleh pengimpal.
Kawalan ke atas pengaliran gas-gas ini dapat
dilakukan dengan injap kawalan yang dipasangkan
pada bahagian ini.

shank

sambungan
hos oksigen

injap asitilena
sambungan
MIXER DAN SHANK JENAMA SAFFIRE hos asitilena

Apabila injap dibuka ia membenarkan pengaliran gas yang sedia ada di dalam shank dari hos
ke dalam mixer, kadar pengaliran ini dapat dikawal kuantitinya dengan melaraskan injap pada
shank, oleh itu fungsinya utama shank ialah untuk melaraskan atau mengawal pengaliran gasgas oksigen dan asitilena supaya dapat dicampur dengan peratus yang sesuai di dalam mixer
bagi mendapatkan jenis nyalaan api kimpal yang diperlukan. Injap yang disediakan
kebiasaannya diwarnakan dengan kod-kod warna yang telah ditetapkan ke atas peralatan
kimpalgas bagi tujuan pengenalan, gambarajah sebelah menunjukan sebuah torch shank yang
digunakan di bengkel PPU domestik.
mixer fitting
O ring

stopper

(Mixer): Disambungkan pada bahagian


hujung torch shank dengan kaedah
bebenang. Fungsi utama mixer ialah tempat di
mana gas-gas oksigen dan asitilena disatukan
(dicampur) dengan peratusan yang tepat untuk
mendapatkan nyalaan api yang setara
(uniformly) bagi digunakan kepada aplikasi
yang diperlukan.

oxygen
line

ring

tip fitting

acytelene
line

mixer assembly

Selain dari itu mixer juga membantu dari berlakunya "flashback" atau "backfire" bergerak ke
arah belakang hingga ke handle di torch.

Sumpitan (Tip atau Nozzle):

Rajah di sebelah kiri ialah rajah nozzle untuk kimpalgas. Ia


merupakan tempat di mana gas-gas oksigen dan asitilena
yang telah dicampur di mixer akan salur keluar ke atmosfera
di bahagian hujungnya dan akan dinyalakan.

fitting
hujung tip
nozzle

Terdapat pelbagai saiz nozzle yang ada dalam pasaran untuk pelbagai aplikasi dan kerja,
nozzle diklasifikasikan mengikut ketebalan dan saiz logam yang akan di kimpal atau braze,
terdapat perbezaan klasifikasi di antara yang digunakan oleh negara German dan Perancis seperti
berikut.

Jenis German: Nozzle dinomborkan mengikut ketebalan keluli yang hendak dikimpal, sebagai
contoh, nozzle yang sesuai untuk kerja-kerja mengimpal kepingan keluli setebal 1mm.
dinomborkan dengan satu (1). Oleh itu saiz yang sesuai untuk kerja-kerja brazing pemaipan PPU
domestik mengikut klasifikasi German ialah Nombor 1 dan 2.

Jenis Perancis: Nozzle dinomborkan mengikut kuantiti gas acytelene yang digunakan oleh
nozzle untuk api kimpal jenis neutral selama satu jam (kuantiti asitilena / jam api neutral). Nozzle
yang menggunakan/memerlukan 100 liter asitlina sejam dikenali dengan 100. Oleh itu saiz yang
sesuai untuk kerja-kerja brazing pemaipan PPU domestik mengikut klasifikasi Perancis ialah
Nombor 100 dan 150 sebagai standard.

1.2.3. Fungsi dan julat pada tolok-tolok kimpalgas

a.

untuk pengenalan tolok oksigen diwarnakan dengan kod warna biru dan asitilena
dengan kod warna merah.

b.

tolok untuk membaca tekanan dalam tangki dan tekanan dalam hos dan mixer untuk
oksigen dan asitilena adalah seperti berikut,

kegunaan
oksigen

asitilena

jenama

julat tolok silinder

julat tolok hose

0 - 4,500 psa

0 - 250 psi

0 - 30,000 kPa

0 - 1,500 kPa

0 - 500 psi

0 - 40 psi

0 - 4,00 kPa

0 - 300 kPa

BOC

0 - 4,000 psi

0 - 140 psi

comet 800

0 - 30,000 kPa

0 - 1,00 kPa

BOC

0 - 500 psi

comet 700

0 - 40 bar

BOC

0 - 500 psi

0 - 20 psi

siries 800

0 - 4,000 kPa

0 - 150 kPa

cigweld 660

cigweld 660

oksigen

asitilena

0 - 20 psi
0 - 1.5 bar ext 3
bar

asitilena

1.2.3. Alatan tambahan dalam kerja-kerja kimpalgas

Terdapat pelbagai peralatan tambahan yang juga diperlukan untuk membantu melicinkan kerjakerja kimpalgas seperti berikut,

a.

hammer / tukul besi.

b.

kikir.

c.

skala (pembaris) untuk mengukur.

d.

adjustable spanar.

e.

berus dawai mencuci kumai.

f.

jarum pencuci tip (tip cleaner).

g.

pemetik api (lighter)

gambarajah di bawah ialah beberapa peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja


kimpalgas

fire
trigger

spark lighter

regulator valve wrench

berus dawai

grip plier

kikir (files)

hammer

skala

cylinder valve wrench

jarum pencuci (nozzle


cleaner)

1.2.5. Teknik memasang komponen-komponen set kimpalgas

Seperti di gambarajah set kimpalgas di atas kita dapati satu set lengkap kimpalgas terdiri dari
beberapa komponen yang disambungkan dan menjadikannya satu set lengkap. Komponenkomponen yang disambungkan terdiri dari komponen-komponen seperti berikut,

i.

injap silinder (cylinder valve) yang disambungkan kepada silinder gas.

ii.

pengatur gas (regulator) yang disambungkan kepada injap silinder melalui


cagak pengatur.

iii.

tolok tekan silinder (tank pressure gauge) dan tolok tekanan saluran gas
(hose pressure gauge) yang disambungkan kepada regulator.

iv.

hos-hos disambungkan kepada regulator melalui hose fitting.

v.

toch shank disambungkan kepada hose mengunakan hose fitting.

vi.

mixer disambungkan kepada torch shank.

vii.

tip/nozzle disambungkan kepada mixer.

Selain dari telah mengetahui nama-nama dan fungsi asas setiap komponen dalam satu set
lengkap alat kimpalgas pengguna atau pengimpal hendaklah juga mahir teknik-teknik
pemasangan kesemua komponen-komponenya di atas kepada satu set lengkap kimpalgas.
Tatacara asas pemasangan komponen-komponen tersebut di atas adalah seperti berikut,

Terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pemasangan atau penyambungan komponen-komponen di


atas dijalankan terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mendapatkan
penyambungan yang bersih dan selamat, langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut,

i.

Injap silinder pada kebiasaannya telah sedia terpasang pada bahagian atas silinder oleh
pembekal silinder atau gas, oleh itu kerja-kerja pemasangan komponen ini tidak perlu
dilakukan oleh pengimpal. Jika injap tidak dipasangkan gas tidak dapat diisi.

ii.

sebelum memasang komponen regulator kepada injap silinder terlebih dahulu rongga di
dalam cagak pengatur (regulator fitting) hendaklah dibersihkan dari sebarang habuk

dan kekotoran yang ada jika ianya telah terdedah kepada atmosfera sekeliling, teknik
untuk pembersihannya adalah seperti berikut.

habuk

.a. pusingkan tangki supaya cagak


pengatur berada disebelah kiri
anda

buka dan
tutup injap

dihembus

cagak
pengatur

keluar
tangki

teknik
membuang
habuk

b. buka dan tutup (1 atau 2 kali) dengan


cepat injap silinder dengan
menggunakan cylinder wrench supaya
gas di dalam tangki menolak kekotoran
di rongga tersebut jika ada.

iii.

semasa hendak memasang pengatur (regulator) oksigen dan


asitilena jalankan langkah-langkah keselamatan berikut.

a. periksa regulator fitting pengatur jika ada kerosakan kepada bebenangnya.

b. pasangkan regulator pada cagak silinder

regulator connector

hex nut

supaya hose fitting dan safety valve tidak

regulator

terhalang oleh bahu silinder.


tangki

hose
connector
bahu

c. ketatkan hex nut dengan sempurna dan


cermat menggunakan spanar yang
sesuai.

silinder

d. terdapat penggunaan sealing tape untuk


memastikan fitting kalis bocor.

nipple

iv.

pasangkan kedua-dua hujung hose-hose gas dengan


fitting kimpalgas seperti prosedur berikut,

a. sarungkan terlebih dahulu hose ke dalam


worm ring.

hose
fitting

nut
Hose fitting

b. sapukan minyak pelincir pada bahagian


niple fitting untuk memudahkan masuk de
dalam dalam hose.

thightener screw

c. paksa niple fitting masuk ke dalam hose


hingga hujung hose sampai kepada nut
dan ketatkan worm ring hingga kalis
bocor.

v.

worm ring

hose

pemasangan hose fitting

nut

sambungkan satu hujung hose fitting kepada regulator connector dan satu lagi fitting
kepada torch connector mengikuti prosedur berikut,

a. masukkan hose fitting kepada regulator connector pada permulaannya


dengan menggunakan kekuatan dua jari sahaja dan pastikan
kemasukannya tepat dan kemas tanpa merosakkan bebenangnya (cross
thread), setelah nut hose fitting berada dalam keadaan selaras dan kemas
pada sambungan fittingnya barulah gunakan spanar yang sesuai untuk
mengetatkan nut hingga kalis bocor, begitu juga kepada sambungan hose
ke komponan shank connector seperti di rajah bawah.

Shank connector

hose asitilena

shank

hose
oksigen
SHANK FITTING

worm ring

nut

hose

regulator
connector

REGULATOR FITTING

vi.

sambungkan mixer yang


bersesuaian kepada shank,
sambungan (fitting) untuk
kedua-dua komponen
tersebut adalah seperti di
lakaran sebelah,

oxygen
line

mixer fitting
O ring

stopper
ring

acytelene
line

tip fitting
mixer assembly

a. masukan shank fitting ke dalam


mixer assembly dan laraskan fitting
nut supaya selesa pada bebenang
shank fitting, ketatkan fitting nut
dengan kekuatan tangan hingga
kalis bocor seperti di rajah sebelah.

shank assembly

nut

vii.
sambungan mixer kepada shank

nozzle

shank

shank

fitting
mixer

shank fitting

nozzle
connector

sambung/pasangkan nozzel pada nozzle


conection di mixer seperti di gambarajah
berikut,

mixer

fitting nut

sambungan skru
sambungan nozzle kepada mixer

a.
kebiasaannya nozzle disambungkan kepada
hujung mixer dengan cara bebenang, oleh itu ia
hendaklah dilaraskan dengan cermat supaya
bebenangnya tidak rosak yang boleh mengakibatkan
tidak kalis bocor seperti di rajah sebelah kanan.

fitting

mixer

bebenang mixer
nozzle
fitting bebenang
nozzle sambungan mixer & nozzle

b. Laraskan dahulu posisi muncung


nozzle supya sesuai dengan
pengguna.

c. gunakan kekuatan jari sahaja untuk mengetatkan nozzle kepada mixer.

NO. KOD / CODE NUM

ME-020-2:2012(C04)/KP(2/3)

Muka : 5 drp. :7

1.2.6. teknik membuka komponen set kimpalgas

Selepas mengetahui maklumat teknik memasang komponen-komponen kimpalgas maka teknik


membuka semula komponen untuk tujuan penggantian tangki yang telah kosong atau yang
rosak perlu diketahui kerana seseorang pengguna kimpalgas sudah tentulah diperlukan juga
untuk membuka komponen-komponen sebelum memasangnya semula dengan yang baru.

Berikut diterangkan maklumat-maklumat asas dalam tatacara untuk membuka semula


komponen-komponen dalam set kimpalgas.

Membuka regulator untuk mengganti silinder gas baru

i.

pasti tangki telah kosong.

ii.

lepaskan baki gas yang ada di dalam hos-hos gas dengan mejalankan langkah-langkah
seperti berikut,

a. pastikan injap silinder kedua-dua tangki

cylinder
valve

spanner

dalam posisi tertutup sepenuhnya.

regulator

b. pastikan injap pada regulator kedua-dua tangki


terbuka sepenuhnya dengan memusingkan
adjusting handle hingga longgar atau bebas
(free).

cylinder
connector
cylinder valve assembly

c. pastikan injap kedua-dua injap gas pada


torch shank dibuka sepenuhnya.

iii.

dapatkan spanar yang sesuai dengan saiz cylinder


connector hex nut.
Dan longgarkan hex nut tersebut dengan memutarkan spanar ke arah lawanan
pusingan jam untuk tangki oksigen dan mengikut pusingan jam bagi tangki asitilena
(sila rujuk seperti rajah di sebelah kanan).

iv.

longgarkan terus hex nut hingga tertanggal dari cylinder valve dengan menggunakan
kekuatan jari / tangan sahaja untuk mengelakkan dari bebenangnya rosak.

v.

keluarkan set regulator dari cylinder valve dan letakkan di tempat yang selamat dan
bersih dan gantikan dengan silinder gas yang baru.

hex nut

Perhatian: gunakan spanar dari jenis open end, jika perlu gunakan dua spanar untuk
menahan tangki dari terbalik, spanar kedua digunakan pada hex nut yang terdapat
pada cyllinder valve jika disertakan, jika tidak dapatkan bantuan untuk memegang
cylinder sebagai langkah keselamatan.

Menanggalkan hos

i.

pastikan semua saluran gas telah dikosongkan dengan menjalankan langkah-langkat


seperti prosedur ii di atas.
worm ring di tarik

ii.

iii.

dapatkan philip screw driver atau


ring spanar dengan saiz yang sesuai
dan longgarkan screw worm ring
pada hos clip dan tarik worm spring
ke belakang hingga keluar dari
nipple hose fitting.

pisau
koyak

ke belakang

hex nut
regulator
connector

hose
membuka hose

tarik keluar hos dari fittingnya, jika hos tidak digunakan lagi bolehlah memotong hos
secara memanjang mengikut nipple jika hos agak sukar untuk ditarik keluar seperti
rajah di atas.

Perhatian: teknik yang sama juga dilakukan ke atas sambungan hos dan torch shank.

1.3.

Maklumat teknikal sebuah set kimpalgas

1.3.1. mengenal kerosakan komponen set kimpalgas secara visual

Seperti yang telah dinyatakan alat kimpalgas merupakan satu peralatan kerja yang sangat penting
dan digunakan dalam banyak bidang kerja teknikal, namun ia boleh menjadi satu alat yang sangat
merbahaya yang boleh membunuh dan merosakkan persekeliling jika disalah guna atau
kendalian. Oleh itu setiap pengguna kimpalgas hendaklah memastikan setiap komponen set
kimpalgas sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Bahaya yang

sering boleh berlaku ke atas alat kimpalgas ialah kebcoran gas-gas yang boleh membawa kepada
bahaya letupan dan kebakaran.

Bagi memastikan bahawa peralatan kimpalgas sentiasa dalam keadaan baik maka setiap
pengguna hendaklah sedar punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan
sama ada oleh kendalian atau peralatan yang telah rosak. Kebiasaannya tanda-tanda kerosakan
atau bahaya awal oleh komponen-komponen set kimpalgas secara fizikal boleh dikenali secara
visual sebelum ianya menjadi lebih teruk yang membolehkan terjadinya kecelakaaan, oleh itu
sebelum alat digunakan oleh setiap pengguna ia hendaklah terlebih dahulu menjalankan ujian
ringkas dan cepat bagi mengenali sesuatu komponen itu dalam keadaan selamat atau
membahayakan. Di antara langkah yang harus dijalankan adalah seperti berikut,

i.

hidung merupakan alat pengesan bau yang sangat efektif, oleh itu kenal atau biasakan
dengan bau gas-gas kimpalgas, jika berlaku kebocoran gas dari mana-mana komponen
anda boleh mengesannya lebih awal dan langkah keselamatan yang perlu dapat
dijalankan.

ii.

telinga juga merupakan alat yang baik untuk mendengar jika berlaku kebocoran gas-gas
dari mana-mana komponen kimpalgas dan ambil langkah keselamatan perlu

.
vi.

pastikan hose-hose gas dalam keadaan baik dan tidak terdapat hos yang berlipat (kink),
kemek atau merekah, tanda-tanda seperti di rajah bawah menunjukkan hose telah
digunakan agak lama (worn out) dan ciri-ciri keselamatannya seperti kekuatan dan
sebagainya diragui.

hose

hose kemek

hose merekah

hose berlipat

iv.

pastikan tangki gas sentiasa dalam keadaan selamat dari terbalik semasa digunakan
dengan menempatkanya di tempat yang stabil dan kemas.

v.

jika ragu akan status kalis bocor alat kimpalgas uji bocor dengan menggunakan buih
sabun, jangan gunakan bahan kimia yang lain.

vi.

pastikan tempat kerja bersih dan tidak terdapat peralatan tajam yang boleh memotong
atau mengganggu hos-hos kimpal.

vii.

jangan gunakan paksaan ke atas injap silinder untuk membuka atau menutupnya jika
silinder mengandungi gas.

NO. KOD / CODE NUM

ME-020-2:2012(C04)/KP(2/3)

Muka : 6 drp. :7

1.3.2. teknik menguji set kimpalgas kalis bocor

Salah satu bahaya yang boleh menyebabkan kecelakaan oleh set kimpalgas kebakaran dan juga
letupan, ianya boleh berlakunya jika terdapat kebcoran gas ke udara oleh mana-mana komponen
set kimpalgas, oleh kerana gas-gas yang menyokong pembakaran digunakan maka sudah
tentulah jika terdapat kebocoran gas dan dengan kehadiran sedikit percikan api boleh membawa
kepada kebakaran dan juga letupan.

Oleh itu kebiasaannya setiap pengguna harus menjalankan ujian bagi menentukan set kimpalgas
berada dalam kedaan kalis bocor apabila setiap kali hendak digunakan terutamanya set
kimpalgas yang kita tidak biasa seperti set yang digunakan oleh pengimpal lain atau set yang
telah lama tidak digunakan.

Teknik atau prosedur yang selamat dan berkesan untuk mencari punca kebocoran pada sistem
set kimpalgas ialah dengan menggunakan kaedah buih sabun. Dapatkan buih sabun yang mudah
mengeluarkan buih serta sebatang berus. Setelah itu jalankan langkah-langkah seperti berikut,

i.

tempatkan set kimpalgas di tempat yang selamat dan terbuka.

ii.

pastikan kedua-dua injap oksigen dan asitilena pada torch shank pada posisi tertutup
kemas.

iii.

buka injap silinder oksigen dan asitilena 1/2 pusingan atau jika tolok silinder telah
menunjukkan bacaan tekanan silinder.

iv.

buka injap regulator oksigen dan asitilena dan laraskan supaya bacaan tekanan tolok kerja
tidak melebihi daripada 15 psig.

v.

dengar jika ada bunyi kebocoran gas atau terhidu bau gas bocor.

vii.

celup berus ke dalam bekas buih sabun dan sapukan


kepada komponen-komponen yang difikirkan boleh berlaku
kebocoran gas seperti di sambungan dan sebagainya
seperti di gambarajah atas kanan.

iix.

jika terdapat kebocoran ambil tindakan yang perlu


seperti mengetatkan semula sambungan atau
digantikan dengan komponen baru dan uji sehingga
kalis bocor.

berus
fitting

menguji kebocoran gas

Peringatan: jangan gunakan buih dari bahan kimia kerana ia boleh menyebabkan tidak
balas dengan oksijan dan asitilena yang boleh membawa kepada kecelakaan.
NO. KOD / CODE NUM

ME-020-2:2012(C04)/KP(2/3)

Muka : 7 drp. :7

1.3.3. Teknik menyalakan set kimpalgas

Sebelum anda boleh menyalakan dan menggunakan alat kimpalgas pastikan anda terlebih dahulu
telah bersiap sedia dengan pakaian keselamatan yang diperlukan (safety attire) seperti goggles,
sarung tangan, apron, punca api dan sebaginya, pastikan unit diletakan di tempat yang selamat
setelah itu ikuti langkah-langkah seperti berikut,

buih
sabun

pusing injap
shank ikut jam

Langkah 1
pastikan terlebih dahulu injap oksigen dan asitilena
pada torch shank unit tertutup rapat, jalankan ujian
status injap dengan memusingkannya ke arah
pusingan jam seperti di gambarajah sebelah
kanan.

menguji status injap shank

Langkah 2

cylinder

cylinder

berdiri di sisi silinder dan dan buka sedikit dengan cepat (crack)
kedua-dua injap silinder dengan memusingkan valve wrench ke
arah pusingan jam tidak melebehi 1.5 pusingan sehingga tolok
tekan silinder membaca bacaan tekanan di dalam silinder.

wrench

valve
regulator

arah buka injap silindar

Langkah 3
laraskan tekanan-tekanan oksigen dan asitilena di dalam hose
dengan memusingkan handle injap regulator ke arah pusingan
jam hingga bacaan tekanan yang bersesuaian ditunjukan oleh

tekanan silinder
tekanan
hos
handle injap
regulator

tolok tekan masing-masing.


arah pusingan
melaras tekanan hos

Langkah 4
sediakan pemetik api yang boleh mengeluarkan percikan api
(spark lighter) untuk menyalakan api kimpal.

Langkah 5
setelah itu pegang torch pada handlenya
dengan tipnya menghala ke arah jauh dari

handle

buka injap
asitelena
belakang

tapak
tangan
kaedah menguji
aliran
asitelena

aliran gas
asitilena

badan dan buka injap asitilena pada torch


perlahan-lahan dan rasakan aliran asitilena
dengan menggunakan belakang tapak tangan,
pengaliran gas dapat dirasakan walaupun
perlahan.

Langkah 6
setelah dipastikan terdapat pengaliran asitilena keluar
dari hujung nozzle dengan kadar rendah halakan
muncung nozzle dari arah badan dan nyalakan gas
asitilena dengan memberi percikan api melalui spark
lighter.

spark lighter
nozzle

Langkah 7

nozzle

warna kemerahan
warna kekuningan

nyalaan asitelena

dengan sedikit percikan api asitelana akan


terbakar dan menyala, nyalaan api ini berwarna
kekuningan di bahagian tengah dan kemerahan di
sekelilingnya, setelah itu buka sedikit demi sedikit
injap asitelena untuk mendapatkan nyalaan yang
lebih stabil, nyalaan ini adalah nyalaan api 100%
oleh gas asitilena.

api nyalaan asitilena akan berwarna merah dan mengeluarkan jelaga yang banyak,
bentuk api asitilena adalah seperti di gambarajah kiri di atas, api yang berwarana
kuning sangat panas disebabkan oleh pratikal carbon yang tidak terbakar.

Langkah 6
dalam keadaan nyalaan api asitilena seperti di
lakaran atas buka segera dengan perlahan-lahan
injap aliran gas oksigen dengan memusingkan
knob injapnya.

api kun
keputihan

api kebiruan

nyalaan api oksi-asitilena

Apabila oksigen dialirkan dan bercampur dengan gas asitilena dengan serta merta
bentuk dan warna apinya akan berubah warna api kemerahan oleh asitilena sahaja
akan bertukar kepada warna kebiruan di bahagian luar dan akan terbentuk satu lagi
nyalaan berbentuk kun di tengah-tengah pada pangkal mulanya nyalaan yang berwarna

keputihan, nyalaan ini ialah nyalaan api dari campuran asitilena dan oksigen (oxyacytelena flame).

Makluman: Panjang dan bentuk nyalaan api kun bergantung kepada peratus campuran
oksigen ke ddalam gas asitilena, lebih banyak oksigen dicampurkan lebih panjang
kun yang berwarna keputihan terbentuk.

1.3.4. Teknik menutup/menyimpan set kimpalgas

Prosidur untuk menutup/menyimpan set kimpalgas juga memerlukan langkah dan teknik yang
tepat bagi mengelakkan sebarang kecelakaan, oleh itu bagi tugas menutup set kimpalgas yang
sedang dinyalakan langkah-langkah berikut hendaklah diikuti,

tutup injap
oksigen dahulu

Langkah 1
pegang shank dan tutup injap-injap pada torch
mengikut turutan seperti yang dikehendaki oleh
pembuatnya, kebiasaannya injap oksigen hendaklah
ditutupkan dahulu dan diikuti dengan injap asitilena,
kerapkali prosedur ini akan berlaku sedikit letupan
kecil apabila nyalaan dipadamkan.

menutup api nyalaan

Langkah 2
nozzle

langkah yang baik jika pada masa ini anda dapat


membersihkan tip/nozzle setiap kali telah digunakan bagi
menentukan nozzle sentiasa bersih apabila hendak
digunakan semula, nozzle dibersihkan dengan
menggunakan nozzle cleaner yang berbentuk jarum
dengan saiz-saiz yang sesuai dengan ukuran diameter
dalam nozzle.

Langkah 3

mixer

nozzle
cleaner

laluan gas
nozzle cleaner

tip

setelah api dimatikan, tutup kedua-dua injap di silinder dengan dimulakan dengan injap
asitilena kemudian diikuti oleh injap oksigen, buka injap aliran gas pada torch, lebihan
gas yang ada di dalam hos-hos akan kedengaran keluar, dan lihat bacaan tekanan di
dalam silinder dan hos melalui tolok tekannya menurun sehingga tiada bacaan tekanan.
tutup semula injap-injap aliran pada torch dengan kemas dan juga tutup (longgarkan)
injap tekanan hos pada regulator dengan memutarkan handlenya ke arah pusingan
lawanan jam.

Langkah 4
Sangkutkan torch di tempat yang tidak mudah terjatuh dan simpan set di tempat yang
selamat.

SOALAN :
1.Berikan dua jenis kerja kimpalan yang digunakan dalam sistem penyejukan,
i
ii...

(2 markah)

2.Apakah makna kod warna hitam yang digunakan dalam kod keselamatan dalam kerja
kimpalgas?
i
(2 markah)
3.Terangkan fungsi Hand valve lever,

i.......................................................................................................................................
(2 markah)

RUJUKAN:

1. Fundamentals of HVAC/R, Carter Stanfield, ATHENS TECHNICAL COLLEGE,


David Skaves, ISBN-10: 0132223678, ISBN-13: 9780132223676, Publisher:
Prentice Hall, Published: 2010

Anda mungkin juga menyukai