Anda di halaman 1dari 22

ISTILAH SASTERA

1
Sinopsis Ringkasan cerita yang memberikan gambaran keseluruhan sesebuah
karya
Tema Sesuatu yang menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah
cerita.
Plot Jalinan cerita atau rentetan peristiwa yang mempunyai sebab-musabab
Binaan plot 1. Permulaan cerita (eksposisi)
Mmperkenalkan pembaca kepada satu-satu situasi khusus
seperti latar masa, tempat dan watak-watak dalam cerita.
2. Perkembangan
Peristiwa-peristiwa yang mengandungi konflik dan suspend
3. Klimaks
Puncak cerita iaitu suatu detik yang paling tegang akibat
daripada konflik-konflik yang berlaku sebelumnya iaitu dalam
perkembangan cerita.
4. Peleraian
Peristiwa yang berlaku selepas klimaks. Dalam bahagian ini,
sesuatu masalah terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat
ditentukan.
5. Pengakhiran/penyelesaian
Peristiwa yang mengarah kepada penyelesaian.

Watak Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Mereka


dicipta untuk memainkan peranan bagi menyokong idea pokok dan
mengembangkannya hingga akhir cerita. Watak ini dipegang oleh
manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia.
Jenis watak 1. Watak bulat
Watak yang dibangunkan secara keseluruhannya dan diberi
pelbagai kemungkinan sifat manusia. Digambarkan tidak
sepenuhnya baik dan tidak sepenuhnya jahat. Oleh itu,
tindakannya tidak dapat diagak oleh pembaca.
2. Watak pipih
Watak yang dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenal
melalui satu aspek peribadinya sahaja. Kalau watak itu jahat,
kita akan dihidangkan dengan tindak- tanduknya yang jahat
sahaja sepanjang cerita tersebut. Biasanya watak sampingan
bolekh dianggap watak pipih.
3. Watak dinamis
Watak yang penuh bertenaga dan sentiasa mengalami
perubahan mengiut perkembangan cerita. Watak dinamis ialah
watak bulat.
4. Watak statis
Watak yang beku dan tidak mengalami apa-apa perubahan
sepanjang cerita. Watak statis boleh dianggap watak pipih.
5. Watak utama
Watak yang memainkan peranan utama dalam sesebuah

2
lakonan.
6. Watak Sampingan
Watak pembantu yang membantu watak utama dalam
menjalankan peranannya membangunkan sesebuah cerita.
Perwatakan Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan,
keinginan, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya.
Teknik plot 1. Imbas muka
Peristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan
berlaku.
2. Imbas kembali
Peristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan
melalui penceritaan semula.
3. Pemerian
Peristiwa, watak, objek atau perubahan yang diceritakan atau
digambarkan secara menyeluruh oleh pengarang
4. Dialog
Pertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan,
perbincangan, pertengkaran dan sebagainya.
5. Monolog dalaman
Pengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang
difikirkan.
6. Monolog
Pertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan
kepada dirinya sendiri atau orang lain.

Nilai murni Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh dijadikan
teladan.
Nilai 1. Baik hati
kemanusiaan 2. Jujur
3. Bijaksana
4. Yakin diri
5. Mesra
6. Berani
7. Bertanggungjawab
8. Tegas
9. Bersih
10. Tabah
11. Sabar
12. Sopan

Nilai 1. Tolong-menolong/Bekerjasama
Kemasyarakatan 2. Taat setia
3. Adil
4. Simpati
5. Hormat-menghormati
6. Patriotik

3
7. Kebebasan
8. Unsur kekeluargaan
9. Unsur cinta dan kasih saying

Pengajaran Sesuatu perkara yang dikemukakan secara halus yang dapat dijadikan
Pedomen, peringatan ataupun yang perlu dijauhi.

Latar Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah ceruta


termasuklah masa, tempat dan masyarakat.
1. Masa
Merujuk kepada masa atau zaman, contohnya zaman
pemerintahan Jepun, ataupun waktu, contohnya waktu subuh.
Tengah hari, pukul lapan malam. Contoh: Putera Gunung
Tahan: Sebelum kejadian bah besar pada tahun 1926.
2. Tempat
Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku. Contoh ; Putera Gunung
Tahan : Kampung Rimau Putih
3. Masyarakat
Keadaan atau gambaran masyarakat yang terdapat dalam
cerita. Ini termasuklah cara hidup mereka, cara mereka
berfikir, cara mereka bekerja, status atau kedudukan mereka
dan sebagainya. Contoh: Putera Gunung Tahan ; Orang
bunyian.

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN

1. Baca merupakan soalan dengan teliti.


2. Fahami kehendak soalan. Garis bahagian penting yang merupakan tugasan, jika
perlu.
3. Rancang atau rangkakan jawapan berdasarkan kehendak soalan dan peruntukkan
markah supaya jawapannya tepat dan lengkap.
4. Gunakan ayat yang lengkap dan gramatis.
5. Baca jawapan untuk menyemak isi, bahasa dan ejaan.

ARAHAN DAN TUGASANNYA

BIL KATA ARAHAN TUGASAN CONTOH


1. Nyatakan/ Berikan/ Berikan idea yang Soalan:
Senaraikan/ berkaitan tanpa Kemukakan dua contoh latar tempat
Kemukakan penerangan atau Jawapan yang baik:
huraian Satu contoh latar tempat ialah
perkampungan orang Sakai. Selain
itu Puncak Gunung Tahan dan di
dalam hutan.
Jawapan yang kurang baik

4
Contoh latar:
a. perkampungan orang Sakai
b.: puncak Gunung Tahan.
Komen
Jawapan hendaklah ditulis dalam ayat
yang lengkap
2. Jelaskan/ Kemukakan idea Soalan:
Terangkan/ dan terangkan Terangkan satu contoh latar tempat.
Huraikan idea tersebut Jawapan yang baik:
dengan fakta contoh latar tempat ialah
sokongan agar perkampungan orang Sakai. Tuan
lebih jelas Satu Robert ditangkap dan dibawa ke
perkampungan orang Sakai.
Jawapan yang kurang baik
Latar yang terdapat dalam novel
Putera Gunung Tahan ialah
perkampungan orang Sakai.
Komen:
Isi tidak disokong oleh contoh
sedangkan jawapan bagi kata arahan
jelaslah/terangkan/huraikan
memerlukan fakta sokongan yang
berupa contoh peristiwa.

3. Ulas Berikan idea yang Soalan:


berkaitan dan Gaya bahasa yang menarik berjaya
kemukakan mendatangkan kesan kepada
pandangan. pembaca. Ulas pernyataan tersebut
berdasarkan novel Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5 yang anda kaji.
Jawapan yang baik:
Dalam novel Di hadapan Pulau, ayat
yang digunakan secara
keseluruhannya pendek-pendek dan
sederhana panjang. Ayat sebegini
bersesuaian dengan sasaran
pembaca iaitu pelajar sekolah
menengah.
Jawapan yang kurang baik:
Ayatnya pendek dan mudah dibaca.
Komen:
Judul novel yang diulas tidak
dinyatakan. Sebab gaya bahasa itu
menarik juga tidak diulas
sebagaimana yang dikehendaki dalam
arahan soalan.

5
4. Bandingkan Kemukakan Soalan:
persamaan Bandingkan perwatakan watak utama
dan/atau yang terdapat dalam novel Tingkatan
perbezaan antara 4 dan Tingkatan 5 yang anda kaji.
dua perkara atau Jawapan yang baik:
lebih. Watak utama bagi novel Di hadapan
Perbandingan itu Pulau yang saya kaji ialah Aziz.
mestilah Watak utama bagi novel Putera
berdasarkan Gunung Tahan pula ialah Ratu
aspek tertentu. Bongsu. Dari segi persamaan, kedua-
dua watak utama iaitu Aziz dan Ratu
Bongsu, baik hati. Aziz baik hati
kerana suka membantu orang lain.
Aziz mengurut Syed Fikri yang
sengal-sengal seluruh badan selepas
dibebaskan daripada kerahan tenaga
oleh tentera Jepun. Ratu Bongsu juga
baik hati kerana telah mengubati
Mem William yang cedera parah
selepas kapal terbang yang dinaiki
terhempas.
Jawapan yang kurang baik:
Watak utama bagi novel Di hadapan
Pulau yang saya kaji ialah Aziz.
Watak utama bagi novel Putera
gunung Tahan ialah Ratu Bongsu.
Dari segi persamaan, kedua-dua
watak utama iaitu Aziz dan Ratu
Bongsu, baik hati. Aziz baik hati
terhadap Syed Fikri. Ratu Bongsu
juga baik hati terhadap Mem William.
Komen:
Perbandingan yang dibuat tepat iaitu
berdasarkan aspek nilai baik hati
yang diamalkan oleh kedua-dua
watak. Tetapi tiada isi sokongan
diberikan untuk menjelaskan sikap
baik hati. Apakah yang dibuat oleh
mereka terhadap Syed Fikri dan Mem
William hingga kesimpulan dapat
dibuat oleh mereka baik hati?

4. . Bezakan Kemukakan
perbezaan antara Soalan;
dua perkara atau Bezakan perwatakan utama dalam

6
lebih. Perbezaan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
itu mestilah lebih yang anda kaji.
berdasarkan
aspek tertentu Jawapan yang baik;
Watak utama bagi novel Di hadapan
Pulau yang saya kaji ialah Aziz.
Watak utama bagi novel Putera
Gunung Tahan pula ialah Ratu
Bongsu.
Perbezaan yang ketara bagi kedua-
dua watak ini adalah dari segi usia.
Aziz berusia lingkungan 13 tahun
manakala Ratu Bongsu kira-kira 30
tahun.

Jawapan yang lemah:


Aziz ialah anak muda yang rajin.ratu
Bongsu pula sangat tampan
orangnya

Komen :
Tida perbandingan yang dibuat
sebenarnya kerana perwatakan
Aziz dan Ratu Bongsu yang diberiakn
tiada perkaitan.Perbandingan perlu
dibuat berdasarkan aspek.Contoh
aspek ialah usia.Oleh itu,dalam
jawapan,kedua-dua watak itu
dibandingkan usianya sama ada
sama atau berbeza

Soalan 4 : Novel

7
[15 markah]

SET I

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan satu peristiwa menarik
yang terdapat dalam novel tersebut dan nyatakan sebab anda tertarik kepada
peristiwa tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan yang
terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

8
Soalan 4 : Novel

[15 markah]

SET 2

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(iv) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(v) Julia karya Abu Hassan Morad

(vi) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, watak sampingan sering mempunyai
perkaitan dengan watak utama. Terangkan perkaitan antara tiga watak sampingan
dengan watak utama. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, antara teknik plot yang sering
digunakan untuk meyampaikan cerita ialah pemerian. Bandingkan teknik plot
pemerian yang digunakan. [8 markah]

9
Soalan 4 : Novel

[15 markah]

SET 3

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan latar tempat dan berikan
peristiwa yang berlaku di tempat yang sama. [ 7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pe dipelajari, kepincangan masyarakat
merupakan antara persoalan yang ditonjolkan oleh pengarang. Bagi menyokong
pernyataan di atas, bandingkan dua aspek kepincangan masyarakat yang terdapat
dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

Soalan 4 : Novel

10
[15 markah]

SET 4

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,kemukakan dua peristiwa yang
boleh dijadikan contoh dan satu peristiwa yang mesti dielakkan kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, terdapat nilai kemanusiaan yang
ingin diserapkan oleh pengarang. Jelaskan persamaan nilai kemanusiaan tersebut.
[8 markah]

11
Soalan 4 : Novel

[15 markah]

SET 5

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(c) Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, nyatakan tiga teknik plot yang digunakan
oleh pengarang dan berikan satu contoh peristiwa bagi setiap teknik.
[7 markah]

(d) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan latar masa bagi setiap
novel. [8 markah] I

SKEMA JAWAPAN

12
SET 1
DI HADAPAN PULAU
(a) RANGKA JAWAPAN r
Peristiwa menarik

Sebab
Aziz dan kanak-kanak lain Aziz begitu tabah mengawal emosi
ditawan diasingkan daripada malah berjaya mententeramkan
orang dewasa di kem tentera rakan-rakannya yang panik
Jepun

Contoh jawapan:

Terdapat banyak peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Tingkatan 4 yang
saya pelajari iaitu Di Hadapan Pulau.
Antaranya ialah peristiwa penawanan penduduk kampung oleh tentera Jepun.
Ketika berada di kem tentera, mereka telah diasing-asingkan kepada tawanan
lelaki, tawanan wanita dan tawanan kanak-kanak. Ketika tawanan lelaki hendak
diarahkan masuk ke dalam trak oleh tentera Jepun, tawanan lain terutamanya
kanak-kanak menjadi panik dan menangis. Ketika itu Aziz telah berusaha untuk
mententeramkan rakan-rakannya.
Peristiwa itu saya anggap sangat menarik kerana peristiwa itu bukan sahaja
memberikan gambaran sebenar tentang kekejaman penjajah malah
mengetengahkan kekuatan mental dan emosi seseorang kanak-kanak dalam
menghadapi keadaan tersebut.

RANGKA JAWAPAN

13
PUTERA GUNUNG TAHAN
Peristiwa menarik

Azam Mem William untuk Sebab


menawan puncak gunung Pengajaran kepada kita agar
Tahan secara lembut berhati-hati

Contoh Jawapan

Terdapat banyak peristiwa menarik yang terdapat dalam novel


Tingkatan 5 yang saya pelajari iaitu Putera Gunung Tahan.
Antaranya ialah peristiwa Mem William begitu gembira setelah dirisik
oleh beberapa orang perempuan bunyian bagi pihak Ratu Bongsu. Mem William
begitu gembira kerana hasratnya untuk mengambil puncak Gunung Tahan hampir
berjaya. Rupa-rupanya selama tiga tahun berada di puncak Gunung Tahan, dia
memang telah menyimpan hasrat untuk menjayakan misi arwah suaminya iaitu
menawan puncak Gunung Tahan. Jika suaminya gagal melalui cara kekerasan, dia
hendak melakukannya dengan muslihat dan lemah- lembut.
Peristiwa itu saya anggap sangat menarik kerana peristiwa itu
sebenarnyalah suatu realiti.

(b) RANGKA JAWAPAN

14
Di Hadapan Pulau Perbandingan Putera Gunung
persoalan Tahan

Tuk Marzuki (i)


menangis Prihatin terhadap Ratu Bongsu meminang
mengenangkan golongan yang Mem William yang
Aziz yang yatim kurang upaya telah lama menjanda
piatu

(ii) Curang semasa


Berzina Penyakit sosial yang ketiadaan suami
melanda masyarakat
Contoh Jawapan

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ialah di


Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan.
Dalam kedua-dua novel ini, terdapat persoalan tentang keprihatinan
terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Dalam novel Di Hadapan Pulau,
semasa minum kopi yang dibuat oleh Afidah, Afidah telah nampak Tuk Marzuki
menangis. Apabila Afidah bertanyakan hal itu, Tuk Marzuki mengatakan bahawa
dia sedih mengenangkan nasib yang dialami oleh Aziz kerana tidak mempunyai
ayah dan ibu. Sementara itu,dalam novel Putera Gunung Tahan pula, Ratu Bongsu
amat prihatin terhadap Mem William yang hidup kesepian setelah tiga tahun
menjanda dan tinggal di Puncak gunung Tahan keseorangan. Akhirnya, Ratu
Bongsu telah meminang Mem William untuk dijadikan permmaisurinya.
Selain itu, terdapat juga persoalan tentang penyakit sosial yang melanda
masyarakat dalam kedua-dua buah novel. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Rosiah
telah menggadaikan maruahnya untuk mendapatkan makanan disebuah kubu lama
Dalam novel Putera gunung Tahan pula, Mem William yang ditinggalkan suami
telah menduakan suaminya dan hal ini telah diketahuai suaminya.

SET 2

(a) RANGKA JAWAPAN

15
Di Hadapan Pulau
Perkaitan watak sampingan dengan watak utama

Afidah Joyah Mak Ketong


-rakan sepermainan - ibu saudara - jiran

Contoh Jawapan

Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah Di Hadapan Pulau.


Terdapat banyak watak sampingan dan mereka ini mempunyai perkaitan secara
langsung dengan watak utama, Aziz.
Afidah ialah rakan sepermainan Aziz yang akhirnya menjadi sahabat
karib kerana berkongsi suka duka bersama-sama teutamanya selepas kematian
datuk Afidah, tuk Marzuki.
Joyah ibu saudara Aziz iaitu adik kepada ayah Aziz, Agil. Joyahlah yang
memelihara Aziz sejak ayahnya meninggal dunia kira-kira tiga bulan sebelum itu.
Walaupun berhadapan dengan perangai suaminya, Budin yang tidak
bertanggungjawab, suka berjudi, dan mabuk-mabuk namun Joyah tetap menjaga
Aziz anak saudaranya itu.
Mak Ketong pula ialah jiran Aziz. Rumahnya kira-kira satu hingga dua ela dari
rumah Joyah yang didiami oleh Aziz. Aziz sering dating ke rumah Mak Ketong
sambil menengok-nengokkkan cucunya. Mak Ketong jugalah yang memberi Aziz
dan Afidah makan ketika keadaan semakin terdesak.

RANGKA JAWAPAN

16
Putera Gunung Tahan
Perkaitan watak utama dengan watak sampingan

Kusina Mem William


Perempuan Tua
-orang suruhan Ratu -permaisuri Ratu
-ibu Ratu Bongsu
Bongsu Bongsu

Contoh Jawapan

Banyak watak sampingan yang terdapat dalam novel tingkatan 5 yang


saya kaji iaitu Putera Gunung Tahan. Antaranya ialah Perempuan Tua, Kusina
dan Mem William.
Perempuan Tua ialah ibu Ratu Bongsu. Berasal daripada kerabat negeri
Pahang dan tinggal di perkampungan orang Sakai. Terpaksa melarikan diri ke
hutan ekoran penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Beliau telah menghantar Ratu
Bongsu ke puncak Gunung Tahan untuk menuntut ilmu. Menasihati Ratu Bongsu
supaya berhati-hati dan jangan percaya dengankata-kata orang kulit putih iaitu
Tuan William.
Kusina ialah orang bunyian yang menjadi pesuruh Ratu Bongsu. Dia
amat taat kepada Ratu Bongsu. Walaupun pernah berkawan dengan Tuan William,
dia tetap menjalankan titah Ratu Bongsu agar mengenakan tipu daya untuk
mengurung di dalam sebuah bilik khazanah. Akibatnya Tuan William mati kerana
terperangkap dan terhidu gas beracun.
Mem William ialah isteri kepada Tuan William. Namun telah berlaku
curang terhadap suaminya apabila menjalinkan hubungan dengan seorang
pemuda Inggeris setelah setahun Tuan William merantau. Akhirnya menjadi
permaisuri Ratu Bongsu setelah tiga tahun kematian Tuan William. Ratu Bongsu
jugalah yang menyelamatkan Mem William ketika kapal terbannya terhempas di
puncak Gunung Tahan.

17
SET 3

(a) RANGKA JAWAPAN

Di Hadapan Pulau

Kawasan tanah perkuburan


Peristiwa yang berlaku:
• Afidah sering ke kubur arwah Tuk Marzuki untuk meluahkan
perasaannya.
Tepi Pantai
• Aziz menangis sambil berlari di sepanjang pantai apabila terkenang
akan arwah datuknya.

Di dalam shelter
Peristiwa yang berlaku:
• Peristiwa yang menyayat hati apabila Tuk Marzuki meninggal dunia
setelah shelter yang didiaminya telah di bom.
• Tempat orang kampung berlindung apabila mendengar siren

Putera Gunung Tahan


Pondok Perempuan Tua
• Tuan Robert datang sekali lagi untuk bertanya latar belakang
Perempuan Tua
• Perempuan Sakai datang untuk belajar ilmu agama dengan
Perempuan Tua.
• Di pondok ini juga Tuan Robert meminta Perempuan Tua menjual kulit
harimau putih kepadanya.
• Perempuan Tua meceritakan kisah hidupnya kepada Tuan Robert
Puncak Gunung Tahan
- Peristiwa kedatangan dua buah kapal terbang Inggeris untuk
menyerang puncak Gunung Tahan .
- Tuan William telah melihat kecurangan isterinya dengan
menggunakan teropong ajaib.
- Tempat Mem William tinggal selepas kematian Tuan William

18
(b) RANGKA JAWAPAN

Di Hadapan Pulau Persoalan: Kepincangan Putera Gunung Tahan


Masyarakat
Syed Zuhri sanggup Tuan William sanggup
menipu pelanggannya Meterialistik mengkhianati
ketika menjual batu akid persahabatannya dengan
dan minyak atar Ratu Bongsu demi untuk
mendapatkan habuan
berbentuk wang dan
pangkat.

Rosiah sanggup menjual Tengku Aisyah


maruah untuk Menjual maruah mengandung anak luar
mendapatkan makanan nikah

SET 4

(a) RANGKA JAWAPAN

Di Hadapan Pulau

Peristiwa yang elok dan patut dijadikan contoh


-Mak Ketong telah memberi Wan Rohani dan Rosiah makan walaupun pada ketika
itu berlaku kekurangan makanan.
-Kesanggupan Aziz untuk mengurut Syed Fikri hingga pagi apabila Syed Fikri
mengalami kesakitan gsetelah dibebaskan oleh tentera Jepun.
-Afidah membuat kopi kepada datuknya Tuk Marzuki walaupun beliau masih
kanak-kanak.

Peristiwa yang patut dielakkan


-Rosiah sanggup memgadai maruah semata-mata untuk mendapatkan makanan
-Pak Cik Budin iaitu suami Joyah sering memukul isterinya kerana beliau kaki judi
dan suka minum arak.
-Syed Zuhri sanggup menipu ketika menjual batu akik dan minyak atar.

19
Putera Gunung Tahan

Peristiwa yang elok dan patut dijadikan contoh


- Perempuan Tua mengajar ilmu agama kepada perempuan Sakai
- Ratu Bongsu tidak menerima tawaran Tuan William walaupun agak lumayan.
- Ratu Bongsu mendengar nasihat daripada Perempuan Tua supaya berhati-hati
ketika berhadapan dengan orang asing
-Ratu Bongsu menolong menyelamatkan Mem William apabila kapal terbang yang
dinaikinya terhempas.

Peristiwa yang patut dielakkan


- Penduduk negeri Pahang sanggup berpaling tadah dengan mengikut telunjuk
penjajah.
-Tengku Aisyah mengandung anak luar nikah hasil pergaulan bebas.
- Haji Adam sanggup membatalkan hasrat untuk membina masjid di atas tanahnya
sebaliknya dijadikan tempat tarian.

(b) RANGKA JAWAPAN

Di Hadapan Pulau Persamaan nilai Putera Gunung Tahan


kemanusiaan
Aziz berani masuk ke Tuan William tidak takut
kubu lama yang berani apabila berhadapan
dikatakan berhantu dengan Kusina yang tiba-
semata-mata untuk tiba muncul di
mencari makanan hadapannya.

Aziz dan Afidah gigih gigih Perempuan Tua gigih


menjual todi untuk menjaga anaknya sejak
mendapatkan wang dalam kandungan lagi

SET 5
(a) RANGKA JAWAPAN
Di Hadapan Pulau

Teknik plot Contoh peristiwa

Dialog Perbualan Aziz dan Afidah tentang nasib


mereka
Monolog Afidah menjeritkan tidak beberapa kali
untuk menafikan berita datuknya
terkena bom

Monolog dalaman Afidah berkata-kata dalam hatinya

20
bahawa baik di kubur atau di mana-
mana sahaja tidak akan selamat

Putera Gunung Tahan

Teknik plot Contoh Peristiwa

Dialog Dialog Perempuan Tua dengan Tuan


Robert. Tuan Robert bertanya asal usul
Perempua Tua yang boleh berada di
perkampungan orang Sakai.

Monolog dalaman Mem William berbisik di dalam hatinya


tentang kehebatan Ratu Bongs
Monolog Tuan William menyesali perbuatannya
dan memohon keampunan sebelum mati

(b) RANGKA JAWAPAN

Latar masa

Di Hadapan Pulau Putera Gunung Tahan


Era: Perang Dunia Era: Perluasan kuasa Inggeris
Kedua (1942-1945) – selepas bah besar (1926)
Jangka masa Jangka masa
Lima hari Tiga tahun lebih

Contoh jawapan

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ialah Di Hadapan
Pulau dan Putera Gunung Tahan.

21
Kisah yang terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau berlaku dalam jangka
masa lebih kurang ahun. Hal ini demikian kerana, pada bahagian awal cerita,
penduduk kampung masih berada di bawah pemerintahan Inggeris. Kemudian
Jepun datang menyerang dan menguasai kampung itu. Pada bahagian akhir cerita,
timbul pula desas-desus bahawa Jepun akan kalah. Hal ini bermakna, peristiwa ini
berlaku sekitar tahun 1942-1945.
Bagi novel Putera Gunung Tahan pula, peristiwa yang dipaparkan berlaku
lebih awal iaitu selepas bah besar yang melanda Pahang pada tahun 1926. Ketika
itu, Inggeris sedang berusaha meluaskan kuasanya di Pahang tetapi mendapat
tentangan daripada rakyat negeri Pahang yang mempunyai semangat cinta akan
Negara yang tinggi
Selain itu, jangka masa peristiwa ini berlaku dari awal hingga akhir melebihi
tiga tahun. Hai ini demikian kerana, Tuan William berada di istana Ratu Bongsu
selama tiga bulan lebih. Mem William pula dikatakan berada di puncak Gunung
Tahan selama tiga tahun sebelum Ratu Bongsu mengambil keputusan untuk
meminangnya.

22

Anda mungkin juga menyukai