Anda di halaman 1dari 2

i) Sejauhmanakah karya sastera India seperti epik Mahabrata dan Ramayana

mempengaruhi karya sastera Melayu?


Karya sastera India mula mempengaruhi di alam Melayu sejak abad yang ke-7,
epik Mahabrata dan Ramayana menjadi panduan kepada semua lapisan
masyarakat terutama golongan istana dan rakyat biasa. Kedua-dua karya ini
merupakan panduan untuk semua lapisan masyarakat. Karya-karya ini
memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan
klasik kuno di Asia Tenggara. Pada peringkat awal, pengaruh kesusasteraan
India (dalam bahasa Sanskrit)dapat dilihat dalam bentuk puisi atau prosa jawa,
contohnya Nagarakertagamadan Kunjarkarna.
Karya sastera India mempengaruhi karya sastera Melayu ialah dari penggunaan
bahasa sanskrit., contohnya maha, agama, syurga, nerakha. Antara ciri yang
membuktikan sastera Melayu menerima pengaruh sastera India ialah unsur
kesaktian dan penjelmaan. Dalam kepercayaan Hindu, para dewa mereka
dipercayai mempunyai kuasa kesaktian yang sangat luar biasa. Dewa Visynu,
Siva, Krishna dan juga watak-watak yang terdapat Hikayat Ramayana dan
Mahabharata juga terdapat dalam sastera Melayu. Karya-karya berunsur Hindu
yang ditulis oleh oleh para pendeta itu terperap di istana. Rakyat jelata yang
diletakkan di dalam kasta rendah menurut tradisi Hindu itu sebenarnya tidak
pun menghayati ajaran agama tersebut. Mereka tidak boleh merapati istana.
Setelah Islam bertapak dan konsep persamaan hak dipraktikkan, seluruh bangsa
Melayu mengetahui kewujudan karya-karya Hindu itu.

ii) Sejauhmanakah masyarakat India di Malaysia pada hari ini menggunapakai karya
kesusasteraan India dalam pelbagai aspek kehidupan, contohnya pendidikan,
kurikulum, kesenian dan lain-lain
Karya sastera India banyak digunakan dalam kehidupan harian dari segi
pendidikan. Dalam kokurikulum disediakan teks dan bahan karya ini sebagai
panduan atau aturcara yang memberi tunjuk ajar cara bahasa yang betul. Selain
itu, Tirukkural merupakan panduan hidup dan penting dalam panduan tamil atau
india di mana-mana,dalam cara hidup dan sumbangannya di alam ini. Ini
merupakan sumbangan yang besar dan kokurikulum di sekolah tamil yang
meliputi semua peringkat memang telah di masukkan unsur sastera karya tamil
dari segi unsur kesenian dalam tarian,unsur pembinaan kuil dan sebagainya.
Selain itu terdapat juga unsur-unsur sastera yang di gunakan sebagai unsurunsur kerohanian. Kita juga dapat melihat pengaruh ini semasa majlis
perkahwinan, pengantin akan naik pelamin dan meminta restu. Dalam bidang
kesenian seperti tarian dan pembinaan kuil pula memaparkan keharmonian dan
kemakmuran rakyat. Masyarakat India di Malaysia sendiri masih
menggunapakai karya kesusasteraan India seperti kesenian dalam kehidupan .
Contohnya, kesusasteraan India yang menunjukkan bahawa bidang seni lukis
India mencapai kemajuan. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan
berada dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan kuil gua (cave
temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis mendapat
ilham daripada epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabharata.