Anda di halaman 1dari 141

Fi Zilal

An-Nawawiyyah
Seiringan di jalan ini bersama
40 Hadis An-Nawawiyyah
(versi beta 0.7 Dec 2012)

Pengumpulan semula, edit dan tambahan oleh:

Yue Qiu Wai (Dr. PhD) & Ummu Omar Sue Muu

Tentang buku ini:

Terilham dari as-Syaheed


yang telah mengorak langkah menghidupkan balik
rasa rindu untuk bersama memahami nas-nas
dalam naungan amal haraki.
Ketika rasa meluap ingin menghayati kalam as-Rasul saw
dari hati seorang sahabat yang perit jerih membawa Islam
dengan darah dan air mata.
Walaupun kita tidak dianugerahi
kurniaan melihat dan menatap kekasih tertinggi,
namun amal yang kita ceburi
membayangi aura zaman itu.
Moga curahan perasaan dan perkongsian ini
datang dari wangian wahyu
dan bukan dari al-hawa.

Muqaddimah
Penyusun
Alhamdulillah wakafa
Solawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang telah melaksanakan
amanah menyampaikan Islam sehingga kita pada hari ini dapat menikmatinya dan hidup aman di
bawah lembayung rahmat Islam ini.
Banyak buku telah ditulis untuk menjelaskan hadis 40 yang di tulis oleh Imam al-Nawawi ini.
Kesamuanya mempunyai kelebihan tersendiri, memberi faedah kepada pembaca dan menyumbang
banyak kepada kefahaman Islam hari ini.
Buku ini cuba untuk menyumbang dalam sudut yang berbeza. Ia cuba untuk menjadi buku
diharapkan akan dijadiakan sebagai bahan perbincangan di dalam halaqah-halaqah tarbawiyyah. Ia
ditulis secara padat, bernota, ringkas dan mengambil semua aspek dengan tambahan khusus aspek
tarbawi dan haraki yang memang diperlukan oleh halaqah tarbawiyyah dan para dai.
Ia merupakan gabungan dan saduran dari pelbagai bahan buku syarah kepada matan hadis 40
dan beberapa buku lain. Antaranya ialah:
i.
ii.

iii.
iv.
v.

Al-Arba'in an-Nawawiyyah dgn Syarahnya oleh Imam an-Nawawi.


Qawaid wa Fawaid min Arba'in an-Nawawiyyah (Nazim Muhammad Sultan)
Al-Wafi syarh arbain an-Nawawiyyah
Idhoh al-maani al-Khafiyyah fi al-arbain an-Nawawiyyah (Mohammad Tatai)
Riyadhussolihin oleh Imam an-Nawawi dan syarahnya Nuzhatul Muttaqin.

Semoga ia bermanfaat untuk pelajaran dan tarbiah di jalan Allah hingga ke hari kemudian dan
akan menjadi amal jariah kepada penyusunnya.
Segala kesilapan adalah lumrah dan semoga pembaca meringankan jari untuk menghubungi
penyusun untuk ditashihkan.
Penyusun,
Yue Qiu Wai (Dr. Phd Syariah)
Ustazah Suwaibah Muda (BA Syariah, Univ. Al-Azhar)
Kuala Belait, Brunei Darussalam
Syawwal 1433/ Ogos 2012.
hubungi: muntalaq@gmail.com

MUQADDIMAH
Oleh AL-IMAM AN-NAWAWI


.
.


.

Segala puja bagi Allah Tuhan seluruh Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekelian
makhluk, Pengutus para Rasul a.s kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah
dan menerangkan syariat agama kepada mereka, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta
bukti-bukti yang jelas.
Aku memuji-Nya atas segala nikmat-Nya. Aku berdoa memohon tambahan kurniaan dan
kemurahan-Nya.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha
Pemurah lagi Maha Pengampun.
Dan aku bersaksi bahawa Saiyidina Muhammad saw adalah hambaNya, Rasul Utusan serta
kekasihNya, yang merupakan semulia-mulia makhluk. Rasul yang dimuliakan dengan al-Quran alAziz yang menjadi mukjizat sepanjang zaman. Rasul yang dimuliakan dengan Sunnah-sunnah yang
bercahaya bagi orang-orang yang mencari pedoman. Rasul yang dikhususkan dengan sifat jawami
al-kalim1 dan agama penyayang.
Selawat dan salam Allah ke atasnya dan juga atas sekelian para Nabi dan Rasul. Juga atas
keluarga masing-masing serta sekelian orang-orang yang solihin.
Sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali ibn Abi Talib, Abdullah ibn Masuud, Muaz
ibn Jabal, Abu al-Darda, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Anas ibn Malik, Abu Hurairah dan Abu Said alKhudrie r.a. daripada pelbagai jalan riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Jawami al-Kalim ertinya suatu kata-kata yang pendek tetapi mengandungi erti yang mendalam dan rapi.


Barangsiapa yang menghafal atas umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan
dengan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan
para fuqaha dan ulama.
Dalam suatu riwayat lain: Nescaya Allah akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan
alim.
Dalam riwayat Abu al-Darda: dan telah adalah aku (iaitu Rasulullah) pada hari kiamat menjadi
orang yang memberikan syafaat dan saksi kepadanya.
Dalam riwayat Ibnu Masuud : dikatakan kepadanya (orang yang menghafal 40 hadis) masuklah
engkau daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu.
Dalam riwayat Ibnu Umar : nescaya dia ditulis
dibangkitkan dalam golongan para syuhada .

termasuk dalam golongan ulama, dan

Para ulama hadis telah sepakat bahawa hadis ini adalah dhaif walaupun jalan-jalan riwayatnya
banyak.
Ramai para ulama r.a. telah mengarang dalam bab ini (iaitu bab 40 hadis). Antara yang paling
awal mengarang -dalam pengetahuan aku- ialah Abdullah ibn al-Mubarak, Muhammad ibn Aslam
al-Thusie al-Alim al-Rabbanie, al-Hasan ibn Sufian al-Nasaie, Abu Bakar al-Aajirie, Abu Muhammad
ibn Ibrahim al-Asfahanie, al-Daraquthnie, al-Hakim, Abu Nuaim, Abu Abdul Rahman al-Salmie, Abu
Said al-Malinie, Abu Uthman al-Shabuni, Abdullah ibn Muhammad al-Ansari, Abu Bakar alBaihaqie dan ramai lagi ulama yang lain tiada terkira samada daripada kalangan ulama terdahulu
atau terkemudian.
Aku telah beristikharah kepada Allah Taala untuk mengumpulkan 40 hadis sebagai mengikuti
jejak langkah para Imam tokoh ulama dan para huffaz al-Islam ini. Para ulama telah sepakat
mengharuskan beramal dengan hadis dhaif dalam soal fadhail amaal 1. Namun demikian, bukanlah
pergantungan aku (dalam usaha mengumpulkan 40 hadis ini) kepada hadis dhaif, bahkan
pergantungan aku ialah kepada sabda Nabi SAW dalam beberapa hadis sahih :

)(
yang bererti: Hendaklah orang yang hadir (majlis Rasulullah dan mendengar pengajaran Nabi
SAW) menyampaikan (apa yang didengarinya) kepada orang yang tidak hadir,
Juga sabda Nabi SAW :

))(

iaitu fadhilat-fadhilat amalan kelebihan sesuatu amalan dan pahala atau ganjaran. Para ulama hadis telah
meletakkan syarat untuk beramal dengan hadis dhaif dalam perkara ini dengan beberapa syarat. Antaranya: i) dhaif
yang tidak teruk dan melampau ii) berada di bawah amalan yang boleh diterima iii) jangan menganggap ianya thabit
dari Nabi saw ketika beramal dengannya.

yang bererti: Allah mempercahayakan (wajah) seseorang yang mendengar kata ucapanku, lalu
dia memahaminya, lantas dia menunaikannya1 sebagaimana dia mendengarnya.
Ada sebahagian ulama yang mengumpulkan 40 perkara mengenai usuluddin, ada yang lain
mengenai perkara furu. Ada yang mengenai jihad dan yang lain mengenai zuhud. Ada juga
mengenai adab-adab dan ada pula mengenai khutbah. Semuanya adalah kerja-kerja yang bertujuan
baik yang Allah Taala redhai akan orang-orang yang melakukannya.
Aku rasa ingin mengumpulkan 40 perkara yang terlebih penting daripada semua itu iaitu 40
hadis yang merangkumi semua topik tersebut. Setiap hadis (daripada 40 hadis tersebut) menjadi
qaidah (prinsip) agung daripada prinsip-prinsip agama. Aku ingin mengumpulkan hadis-hadis yang
telah disifatkan oleh para ulama bahawa perligaran Islam bersekitar di lingkungannya, atau
separuh Islam, atau sepertiga Islam atau seumpamanya.
Kemudian aku beriltizam dalam pemilihan 40 hadis ini agar ia merupakan hadis-hadis sahih2, dan
kebanyakannya adalah terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Aku membuang
sanad-sanad hadis ini agar ia mudah dihafal dan manfaatnya lebih tersebar umum insyaaAllah
Taala. Kemudian aku ikuti hadis-hadis ini dengan suatu part huraian makna lafaz-lafaz hadis (40 ini)
yang agak samar.
Patut sangat bagi orang yang mencintai akhirat untuk dia mengenali hadis-hadis ini kerana
kandungannya yang merangkumi perkara-perkara yang penting dan memperingatkan tentang
segala amal ketaatan. Bagi yang benar-benar mentadaburnya, mereka akan dapat lihat.
Kepada Allah jua pergantungan aku, kepada-Nya jua harapan dan sandaran aku, dan segala puja
dan nikmat itu bagi-Nya, dan hanya dengan-Nya jua Taufiq dan pemeliharaan dari dosa.

Imam Nawawi
Damsyiq
Kurun ke 7 Hijrah

Menunaikannya iaitu menyampaikannya kepada orang lain sama ada dengan lafaz yang sama tepat atau dengan
makna kerana harus meriwayatkan hadis Nabi secara makna dengan beberapa syarat tertentu. Lihat (Syarah Hadis 40
Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada syarah muqadimah ini.
2
Walaubagaimanapun, terdapat 2 hadis yang didapati dalam kategori dhaif sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh
Naasiruddin al-Albani iaitu hadis no. 30 dan hadis no. 41.


HADITH PERTAMA

:
.

[
]

Kosa kata / :

) (: Perbuatan

: (Dia) niatkan
Terjemahan Hadith /

: Seseorang
: seorang wanita

Dari Amirul Muminin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Aku
mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan
sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya1
kerana (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada (keridhaan)
Allah dan RasulNya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana
wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (akan bernilai mengikut) yang dia niatkan.
(Riwayat dua Imam Hadith, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah
bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An
Naishaburi. Kedua kitab Shahih mereka merupakan kitab yang paling shahih yang pernah
dikarang).

1. Hijrah secara bahasa artinya : meninggalkan. Menurut syariat artinya : meninggalkan negeri kafir menuju negeri
Islam dengan maksud menyelamatkan agamanya. Yang dimaksud dalam hadith ini adalah perpindahan dari Mekkah
ke Madinah sebelum Fathu Makkah (Penaklukan kota Mekkah th. 8 H).

Kedudukan hadis:
Hadith ini merupakan salah satu dari hadith-hadith yang menjadi inti ajaran Islam. Imam Ahmad
dan Imam syafii berkata : Dalam hadith tentang niat ini mencakup satu pertiga ilmu. Sebabnya
adalah bahwa perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan anggota badan, sedangkan
niat merupakan salah satu dari ketiganya. Diriwayatkan dari Imam Syafii bahwa dia berkata :
Hadith ini mencakup tujuh puluh bab dalam fiqh. Sejumlah ulama bahkan ada yang berkata: Hadith
ini merupakan sepertiga Islam.

Pokok perbincangan hadis :


1)

Sebab datangnya Hadis ini - seorang lelaki telah berhijrah dari Mekkah ke Madinah dengan
tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang konon bernama Ummu Qais dan bukan
untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka lelaki itu kemudian dikenal dengan sebutan
Muhajir Ummi Qais (Orang yang hijrah kerana Ummu Qais). Kisah ini walaupun sahih, tetapi
dipertikaikan oleh beberapa periwayat hadis tentang kaitannya dengan sebab hadis ini
dikeluarkan.1

2)

Kenapa niat penting ?


a. untuk bezakan antara ibadat dan adat.
b. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3)

Hukum melafazkan niat (jahr) Menurut setengah pendapat ia adalah bidah munkarah
kerana ianya tidak thabit dalam quran dan sunnah. Menurut prinsip Islam, asal pada setiap
ibadah adalah haram kecuali ada dalil yang menunjukkan sebaliknya. Menurut fuqaha Syafie,
ianya adalah sunnat melafazkan niat untuk membantu hati, tetapi berubah menjadi haram
sekiranya boleh mengganggu orang lain (solat).

4)

Kesan niat baik pada perkara harus. Perkara harus akan dikira sebagai qurbah (dekatkan diri
dengan Allah) dan akan diberi pahala kerananya. Contohnya makan dan minum dengan niat
ingin membuat ketaatan, memberi nafkah kepada keluarga kerana niat menunaikan hak anak
dan isteri, bersetubuh @ bergaul antara suami dan isteri dengan niat menunaikan hak dan
menjaga diri dari maksiat. Semua itu dikira ibadah.

5)

Perkara Harus bertukar menjadi pahala dengan beberapa syarat:


a. Bukan ianya sendiri menjadi qurbah. Contohnya berdiri di bawah panas matahari, tidak
bercakap dll.
b. Mubah tersebut wasilah kepada ibadah.
c. Melakukannya dengan keyakinan ia diharuskan oleh Allah dan sebagai tasyri ilahi.
d. Tidak melampau dalam melakukan atau meninggalkannya secara keseluruhan.
Contohnya tidak makan secara melampau dan merosakkan diri bukanlah ibadah.

Fathul-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari.

Pengajaran dari Hadith /

1. Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah
pula tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah taala).
2. Bagi ibadah, waktu niatnya perlu dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.
3. Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata kerana Allah taala dituntut pada semua amal
soleh dan ibadah.
4. Terdapat 2 jenis niat. Niat dalam hukum fiqh dan niat dalam akhlaq/sufi. Keduanya adalah
dituntut dan keduanya menentukan amalan diterima oleh Allah atau tidak.
5. Seorang mumin akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
6. Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (yang dibolehkan oleh syarak) jika diiringi
niat kerana mencari keridhaan Allah maka ianya akan bernilai ibadah.
7. Yang membedakan antara ibadah dan adat (kebiasaan) adalah niat.
8. Hadith diatas menunjukkan bahwa niat merupakan satu bahagian dari iman kerana ianya
merupakan pekerjaan hati. Iman menurut pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah
membenarkan dalam hati, mengucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Betapa pentingnya niat yang baik untuk kita. Kita menjalankan satu kerja yang tidak
mendapat apa-apa habuan di dunia. Keuntungan dan kemenangan dunia hanyalah
secondary bagi seorang mukmin. Yang utamanya ialah bagi melaksanakan tanggungjawab
khilafah dan ubudiyyah. Apa yang utama dikejar ialah keampunan dan syurga (61:12).
Pertolongan dan kemenangan hanyalah bonus yang tidak disedihi jika tak diperolehi (61:13).
Perasaan ini menolak kita untuk bekerja tanpa melihat kepada hasil dan lebih menjaga
penyempurnaannya samada mengikut sunnah atau tidak.
2. Jalan ini mungkin panjang dan kadangkala keinginan untuk melihat hasil menyebabkan kita
kalah. Lalu kita meninggalkan cara dan manhaj yang dipegang demi untuk mencapai hasil
dengan cepat. Sedangkan apa yang perlu ialah niat dan amalan dan bukannya hasil dan
natijah. (Lihat hadis sokongan dalam Riyadhussolihin: 1. Hadis Jihad dan Niat 2. Hadis
Allah tidak melihat kepada..)
3. Para Nabi dan Rasul as tidak ramai yang mencapai kemenangan (dalam erti kata berjaya
mencapai kerajaan dan kuasa dunia) tetapi mereka telah mendapat kejayaan sebenar
(61:12). Kejayaan sebenar ialah apabila dapat melaksanakan tanggungjawab yang
diperintahkan Allah dengan baik dan sempurna.
4. Niat menjadikan sesuatu amalan itu samada lebih besar atau lebih kecil dari bentuk
sebenarnya. Sedekah yang sedikit akan bertambah pahalanya jika ianya sukar dan dibuat
dengan penuh susah dan mengharapkan pahala Allah. Begitulah sebaliknya.
5. Campur aduk niat akan menjadikan amalan tidak berkat dan akan melambatkan
kemenangan. Allah tidak akan menolong jamaah yang mempunyai anggota yang
mempunyai niat yang tidak khulus hanya kepadaNya.
10

6. Azam dan niat untuk bersama-sama dalam jamaah Islam akan menjadikan kita mendapat
pahala sama seperti orang yang bekerja jika sekiranya kita mempunyai keuzuran syari.
Hanya Allah dan kita yang tahu adakah kita benar-benar uzur. (Hadis dari Riyadhussolihin:
No 4 Sesungguhnya di Madinah ada beberapa orang)
7. Allah dan kita tahu kemampuan sebenar kita. Walaupun kita boleh memberi alasan kepada
kawan-kawan lain namun Allah akan mengira kita berdasarkan apa yang sebenar ada di
dalam hati kita.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


1. Niat dan keikhlasan

: 7 : 29, 98 : 5

2. Hijrah

: 4 : 97, 2 : 218, 3 : 195, 8 : 72

3. Fitnah dunia

: 3 : 145, 4 : 134, 6 : 70, 8 : 67.

11


HADITH KEDUA

:







:

:

.

:




.



.
: .


[ ]
:Kosa kata /

: telanjang ()
: Penggembala ()
: saling meninggikan
: Berangkat / Bertolak
: Bekas
: tanda-tanda ()

12

: Terbit / datang
: Menyandarkan
: Kedua tapak tangan
()
: Kedua pahanya ()
: Kedua lututnya ()
()
: telanjang kaki

Terjemahan hadith /

Dari Umar radhiallahuanhu juga, dia berkata : Satu hari, ketika kami duduk-duduk di sisi
Rasulullah saw, tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang memakai baju yang sangat putih dan
berambut sangat hitam. Tidak nampak padanya pula bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada
seorang pun diantara kami yang mengenalinya. Kemudian dia duduk di hadapan Nabi lalu
menempelkan kedua lututnya kepada kepada kedua lutut Rasulullah saw. Kemudian dia berkata:
Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam?.
Maka bersabda Rasulullah saw: Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada ilah (tuhan yang
disembah dan diikuti) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau
mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan engkau pergi haji jika
mampu. Lelaki itu berkata: anda benar.
Kami semua hairan, dia yang bertanya dan kemudian dia pula yang mengesahkan.
Kemudian dia bertanya lagi: Beritahukan aku tentang Iman. Lalu beliau bersabda: Engkau
beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan
engkau beriman kepada qadar, samada yang baik maupun yang buruk. Lelaki itu berkata: anda
benar.
Kemudian dia bertanya lagi: Beritahukan aku tentang ihsan. Baginda saw bersabda: Ihsan
adalah engkau mengabdikan diri kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak
melihatnya maka rasailah Dia melihat engkau.
Kemudian lelaki itu berkata: Beritahukan aku tentang hari kiamat (bila kejadiannya). Beliau
saw bersabda: Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya . Dia berkata: Beritahukan aku
tentang tanda-tandanya. Baginda saw bersabda: Bila seorang hamba melahirkan tuannya, dan
bila engkau melihat seorang yang berkaki ayam, tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing
tiba-tiba berlumba-lumba meninggikan bangunannya.
Kemudian lelaki itu berlalu pergi dan aku berdiam beberapa lama. Kemudian beliau (Rasulullah
saw) bertanya: Wahai Omar, tahukah engkau siapa yang bertanya?. Aku menjawab: Allah dan
Rasul-Nya saja yang lebih mengetahui. Beliau bersabda: Itu adalah Jibril yang datang kepada
kamu semua untuk mengajarkan deen kamu.
(Riwayat Muslim)

Kedudukan Hadis:
1. Hadith ini merupakan hadith yang sangat dalam maknanya, kerana didalamnya terdapat
pokok-pokok ajaran deen yaitu Iman, Islam dan Ihsan. Ia layak di gelar Ummus-Sunnah
(Syeikh Ibnu Daqiq). Ia adalah aslul-Islam kerana kesemua ilmu, adab dan pengetahuan Islam
terdapat di dalamnya (Imam Nawawi).
2. Hadith ini mengandungi makna yang sangat agung kerana ia berasal dari dua makhluk Allah
yang terpercaya, yaitu: Amiinussamaa (kepercayaan makhluk di langit iaitu Jibril) dan
Amiinul Ardh (kepercayaan makhluk di bumi iaitu Rasulullah saw)

13

Pokok Perbincangan Hadis :


1)

Perbezaan Islam dan Iman.


a. Bila bersama dalam satu nas, maka Islam ertinya ibadat badani/lisani/amali/
badani wa amaali. Iman pula beerti kepercayaan dalam hati dan keyakinan.
b. Bila berada dalam nas yang berasingan, perkataan iman dan islam akan menunjuk
kepada makna yang satu.

2)

Semua mukmin adalah muslim, tetapi tidak semua muslim adalah mukmin (Al-Hujurat: 14)

3)

Mazhab ahli Sunnah wal-Jamaah:


a. Amal adalah termasuk dalam iman (Al-Anfal: 2) (Sila rujuk hadis cabang Iman dan
membuang sesuatu yang menyakitkan dari jalan).
b. Iman boleh bertambah dan berkurang.

4)

Beriman kepada qadar termasuk di dalamnya 2 perkara:


a. Allah telah mengetahui segala apa baik dan buruk yang akan berlaku dari azali lagi
b. Allah menjadikan segala perbuatan hamba samada baik dan buruk.

5)

Kesilapan biasa dalam beriman kepada qada dan qadar:


a. Kefahaman juzI terhadap nas-nas berkaitan qadar menyebabkan menuduh Allah
zalim dan sia-sia. Juga akan menyebabkan perasaan manusia itu dipaksa.
b. Cara penyelesaiannya ialah dengan i) memahami dan memisahkan antara sifat
Allah dan sifat makhluk. ii) membersihkan Allah dari segala kelemahan dan cela.

6)

Manusia adalah diperintah untuk melakukan usaha. Hasilnya adalah di tangan Allah. (Rujuk
hadis perdebatan Nabi Adam dan Nabi Musa a.s tentang masalah ini dalam Sahih
Muslim).1

7)

Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat:


a. Hamba melahirkan tuan. Ia ditafsirkan: i) banyak anak derhaka ii) banyak
pembukaan negara baru dan banyak hamba iii) ummu walad merdeka selepas
kematian tuannya.
b. Orang miskin membina bangunan tinggi. Ia ditafsirkan: i) orang bawahan menjadi
ketua ii) zaman berubah hingga orang kampung menjadi ketua. Iii) kemungkinan
juga pada hari ini ianya adalah hakikat bila orang dari padang pasir telah membina
bangunan yang tinggi seperti Burj Dubai, Makkah Tower dll.

8)

Sifat-sifat Jibril (ar-Ruh Al-Amiin) :




:


:

14

a. rupa asal ditunjukkan 2 kali kepada Nabi saw. I) di Jabal Nur ii) di malam Isra dan
Miraj.
b. Mempunyai 600 sayap, setiap satu menutup ufuk dan dari sayapnya berjatuhan
colors permata dan maknikam.

Pengajaran dari hadith /

1)

Disunnahkan untuk mengambilberat keadaan pakaian, penampilan dan kebersihan,


khususnya jika menghadapi ulama, orang-orang mulia dan penguasa.

2)

Siapa yang menghadiri majlis ilmu dan merasai bahwa orangorang yang hadir perlu untuk
mengetahui suatu masalah dan tidak ada seorangpun yang bertanya, maka patut baginya
bertanya tentang hal tersebut meskipun dia mengetahuinya, agar peserta yang hadir dapat
mengambil manfaat darinya.

3)

Jika seseorang yang ditanya tentang sesuatu, maka bukan keaiban baginya berkata: Aku
tidak tahu. Ini tidak mengurangi kedudukannya. Ia juga menunjukkan cara soal jawab
dalam belajar adalah satu cara yang baik.

4)

Kemungkinan malaikat tampil dalam wujud manusia. (kepada Maryam, Nabi Ibrahim, Nabi
Lut as dll)

5)

Ada antara perkara ghaib yang tidak siapa mengetahuinya selain Allah taala.

6)

Termasuk tanda hari kiamat adalah banyaknya pembangkangan terhadap kedua orang tua.
Sehingga anak-anak memperlakukan kedua orang tuanya sebagaimana seorang tuan
memperlakukan hambanya.

7)

Mendirikan bangunan tanpa keperluan syari adalah suatu yang tidak digalakkan kerana
ditakuti bercampur dengan keriyaakan dan perasaan megah yang dilarang.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1)

Kefahaman terhadap deen perlu difahami dengan betul. Jibril datang untuk menerangkan
kandungan deen yang merangkumi Iman, Islam dan ihsan. Kadangkala Islam difahami
secara terpisah antara iman, islam dan ihsan. (penjelasan terhadap hal ini diterangkan
lebih lagi oleh hadis no. 3).

2)

Hadis ini dengan jelas datangnya jibril untuk merumuska

3)

n erti deen pada akhir zaman Madinah, kerana kesyumulan kandungan Islam
menunjukkannya dengan jelas ia berlaku di Madinah. Jika sekiranya hadis ini berlaku pada
awal madinah, nescaya haji dan lain-lain rukun islam belum termasuk di dalam hadis
kerana ia belum di wajibkan.

4)

Betapa taarufnya (terlampau kenal) sahabat sesama mereka dan mereka mengenali setiap
dari sahabat yang wujud di Madinah dan di luar Madinah. Mereka mengetahui samada
seseorang itu dari mana dan apa keturunannya.

15

5)

Sifat tawadhu sahabat di hadapan Nabi saw dan mereka enggan untuk menjawab suatu
yang mereka rasai tentunya Nabi saw lebih mengetahui dari mereka.

6)

Keeratan antara murabbi dan mutarabbi diajar oleh jibril di dalam cara duduk dan
mengadap ketika berada di hadapan murabbi. Cara berpakaian ketika menghadapi
murabbi juga patut di ambil kira.

7)

Bezanya antara mengajarkan ilmu secara berskema dan mengajar ilmu secara ke hati
(menanamkan fikrah). Islam telah datang kepada Nabi saw dan para sahabat dalam
bentuknya yang menusuk ke hati sanubari, menggerakkan manusia dan menanam ruh
perjuangan sejak hari pertama di gua hira dan Mekah. Tetapi jibril juga datang dalam
bentuk skema dan ilmu yang dibilang-bilang sebagaimana dalam hadis ini setelah akhir
hidup Baginda saw. Ini menggambarkan perbezaan antara dua cara yang berbeza antara
penanaman fikrah dan penyampaian ilmu.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1)

Iman : 2 : 285, 5 : 5, 6 : 82 dll.

2)

Islam : 2 : 112, 4 : 125, 72 : 14, 40 : 66, 3 : 19, 5 : 3

3)

Ihsan : 18 : 30, 28 : 77, 17 : 7, 5 : 93

4)

Hari akhirat : 7 : 187, 22 : 7, 31 : 34 .

5)

Ilmu ghaib hanya Allah yang mengetahui : 2 : 3, 27:65, 6 : 50, 7 : 188

6)

Belajar & mengajarkan Islam : 16:43, 21:7, 3:79, 9:122

16


HADITH KETIGA


:

:


.




] [

Kosa kata / :

Erti hadith /

: (aku) mendengar

) (

: Dibina

Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khattab radiallahu anhuma, katanya: Aku
mendengar Rasulullah saw bersabda: Islam dibina di atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah
yang berhak disembah selain Allah dan bahwa Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa bulan Ramadhan.
(Riwayat Tarmizi dan Muslim)

Pokok Perbincangan Hadis :


1. Binaan Islam :
a. Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah
kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
b. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.
2. Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
a. Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
b. Bagi yang menolak semuanya atau salah satu dari bahagiannya maka hukumnya
kafir
c. Sesiapa yang menerima kesemuanya tetapi malas melaksanakannya, maka ia
dikategorikan sebagai fasiq (kecuali syahadah).

17

d. Sesiapa yang melaksanakannya dan mengakuinya secara pura-pura, maka ia


digelar sebagai munafiq.
3. Matlamat Ibadat :1
a. Syahadah adalah syarat untuk diterima segala amalan lain.
b. Solat merupakan penghubung antara hamba dengan tuhannya dan ia adalah
amalan pertama dihisab. Ia adalah penghulu kepada semua amalan dalam
hubungan seorang hamba dengan Allah.
c. Zakat akan menyuburkan dan memberkati harta, dan seterusnya akan
menyucikan diri pengeluarnya. Ia adalah latihan hamba untuk berpisah dari sifat
kedekut dan sayangkan harta dunia.
d. Haji adalah muktamar umat Islam sedunia. Ia adalah lambang kesatuan umat,
keprihatinan antara satu sama lain. Ia tidak harus bagi orang yang berkemampuan
untuk itu melewatkan pemergiannya. Menurut sebahagian mazhab, ia wajib
disegerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
e. Puasa- syahwat dikengkang/maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah
di sisi Allah.

Pengajaran dari hadith /

1. Rasulullah saw menyamakan Islam dengan bangunan yang kukuh dan tegak diatas tiangtiang yang mantap.
2. Pernyataan tentang keesaan Allah dan kewujudan dan kekuasaannya serta
membenarkan kenabian Muhammad saw merupakan dua hal yang paling mendasar
dibanding rukun-rukun yang lainnya.
3. Selalu menegakkan solat dan menunaikannya secara sempurna dengan syarat rukunnya,
adab-adabnya dan sunnah-sunnahnya agar dapat memberikan buahnya dalam diri
seorang muslim yaitu meninggalkan perbuatan keji dan munkar (29:45)
4. Wajib mengeluarkan zakat dari harta orang kaya yang syarat-syarat wajibnya zakat sudah
ada pada mereka lalu memberikannya kepada orang-orang fakir dan yang memerlukan.
5. Wajibnya menunaikan ibadah haji dan puasa (Ramadhan) bagi setiap muslim.
6. Adanya keterkaitan rukun Islam satu sama lain. Siapa yang mengingkarinya maka dia
bukan seorang muslim berdasarkan ijma.
7. Nas diatas menunjukkan bahwa rukun Islam ada lima, dan masih banyak lagi perkara lain
yang penting dalam Islam yang tidak ditunjukkan dalam hadith. Rasulullah saw bersabda:

8. Iman itu terdapat tujuh puluh lebih cabang (Bukhari dan Muslim)

:
:

:

1

Sila baca dengan detail tentang ini di dalam buku : Four Pillars of Islam oleh Syaikh Maulana Abul Hasan Ali Nadwi.

18

Adapun kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya solat dan kemuncak tunggaknya adalah
jihad di jalan Allah (Hakim; sahih mengikut syarah Bukhari dan Muslim).
9. Islam adalah aqidah dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa iman demikian
juga tidak bermanfaat iman tanpa amal .

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Analogi Islam ibarat rumah dengan tiang dan bangunannya sangat berguna dalam
menangkis kefahaman yang silap terhadap Islam. Hadis ini jelas pelengkap kepada hadis
sebelumnya dalam memahami erti Islam yang syumul. Kata-kata 'dibina' membuang
segala silap faham bahawa Islam hanyalah 5 perkara yang disebutkan itu.
2. Kenapa Islam dibina di atas 5 perkara tersebut? Kerana 5 perkara tersebut mewakili 5
asas penting dalam kehidupan manusia. Aqidah pegangan, hubungan dengan Allah,
penjagaan diri dari kurungan nafsu, pencarian kehidupan dan kepeduliaan/ bantuan
terhadap orang lain dan terakhirnya hubungan antarabangsa dan pengambiltahuan
sesama muslimin sejagat.
3. Ruh bagi setiap satu dari rukun islam ini perlu di fahami kerana darinya lahir kefahaman
terhadap kesemua sistem islam yang lain yang terangkai darinya.
4. Melaksanakan setiap dari amalan dan suruhan tanpa memahami maksud (maqasid) dari
setiap satunya akan menjadikan amalan dan ibadah ibarat kerangka atau robot tanpa
roh.
5. Perlunya asas dalam tarbiah. Tarbiah perlu dimulakan dengan asas, kefahaman dan
keyakinan dan bukannya perbuatan dan amalan yang kering dan tidak dimengerti.
Muntalaq dalam tarbiah hendaklah dibina dengan betul dan mantap sebelum seseorang
mutarabbi mula bergerak dan beramal untuk Islam.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Wala dan Bara dalam syahadatain
2. Shalat

: 2 : 3, 19 : 31, 20 : 132,

3. Zakat

: 9 : 71, 19 : 55, 73 : 20

4. Haji

: 3 : 97, 2 : 196, 22 : 27

5. Puasa

: 2 : 183, 2 : 185.

: 2 : 256, 16 : 36

19


HADITH KEEMPAT

:









:






.
:



.


[ ]

:
) : penciptaan(nya
: setitis mani
: segumpal daging
: Meniup
: Celaka

Kosa kata /

: menyampaikan kpd kami


: perut
: seketul darah


: kata singular untuk

): kematian (nya

: bahagia

: hasta (jarak antara


)telapak tangan dan siku

: mendahului

Terjemah Hadith /

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Masud radiallahu anhu beliau berkata :
Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan
dibenarkan: Sesungguhnya setiap dari kamu dikumpulkan penciptaannya di dalam perut ibunya
sebagai setitis mani selama empat puluh hari. Kemudian ia berubah menjadi seketul darah selama
20

empat puluh hari. Kemudian ia menjadi seketul daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus
kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh. Diperintahkan kepada malaikat itu untuk
dituliskan empat perkara : rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi
Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara anda semua ada yang melakukan
perbuatan ahli syurga hinggakan jarak antaranya dan syurga itu tinggal sehasta sahaja lagi. Tetapi
telah ditetapkan baginya ketentuan dan dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia
ke dalam neraka.
Ada pula diantara anda yang melakukan perbuatan ahli neraka, hingga jarak antaranya dan neraka
tinggal sehasta sahaja lagi. Tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan dia melakukan perbuatan ahli
syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pokok Perbincangan Hadis :


1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim:
a. Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj 22:5) (Al- Muminun 23:12-14)
2) Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat :
a. Sebagai pengajaran kepada manusia.
b. Untuk mencapai tahap kesempurnaan manawi mestilah melalui cara (tadarruj)
beransur-ansur, tidak gopoh atau gelojoh.
3) Ditiup Ruh:
a. Sepakat ulama menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari
disenyawakan.
4) Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari.
Ini bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).
5) Menggugurkan Janin :
a. Sepakat ulama menyatakan haram jika dilakukan setelah ditiupkan ruh. Dikira sebagai
jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu.
b. Sebelum ditiupkan ruh:
i. Juga haram pada kebanyakan pendapat.
ii. Ada yang kata harus tapi pendapat yang dhaif.
6) Keluasan Ilmu Allah. Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada
iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
7) Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

21

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1) Allah taala mengetahui tentang keadaan makhluknya sebelum mereka diciptakan dan apa
yang akan mereka alami, termasuk masalah kebahagiaan dan kecelakaan.
2) Tidak mungkin bagi manusia di dunia ini untuk memutuskan bahwa dirinya masuk syurga
atau neraka, akan tetapi amal perbuatan merupakan sebab tanda untuk memasuki
keduanya.
3) Amal perbuatan dinilai di akhirnya. Maka hendaklah manusia tidak terpedaya dengan
keadaannya saat ini, justeru perlu selalu mohon kepada Allah agar diberi keteguhan dan
akhir yang baik (husnul khotimah).
4) Disunnahkan bersumpah untuk mendatangkan kemantapan sebuah perkara dalam jiwa.
5) Perlu tenang dalam masalah rezeki dan qana'ah (puas hati dan tenang dengan ketetapan)
dengan mengambil sebab-sebab serta tidak terlalu mengejar-ngejarnya dan mencurahkan
hatinya kerananya.
6) Kehidupan adalah di tangan Allah. Seseorang tidak akan mati kecuali dia telah
menyempurnakan umurnya.
7) Sebagian ulama berkata bahwa dijadikannya pertumbuhan janin manusia dalam kandungan
secara beransur-ansur adalah sebagai rasa belas kasih terhadap ibu. Sesungguhnya Allah
mampu menciptakannya sekaligus.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1) Tadarruj Allah dalam mencipta sesuatu penuh dengan hikmahnya. Kejadian langit dan
bumi dijadikan dalam 6 hari. Apatahlagi manusia yang penuh dalam kompleksnya dalam
kejadian. Roh, jasad, saikologi, biologi, fisiologi dll memerlukan kepada tadarruj juga dalam
perubahan.
2) Tadarruj ini adalah perlu dalam proses merubah dan bukan dalam proses berubah. Allah
menunjukkan perkara ini dalam merubah tabiat minum arak di kalangan masyarakat arab.
Tetapi mukmin para sahabat menunjukkan contoh berubah tanpa tadarruj (meninggalkan
arak dan mengenakan hijab bila telah di wajibkan).
3) Allah menekankan 4 perkara yang telah dituliskan oleh malaikat semasa di dalam
kandungan ibu. Walaupun ia tentunya tidak terhad kepada 4 perkara ini sahaja, tetapi
penekanan dan sebutan 4 perkara ini ada hikmahnya. Ia adalah antara perkara yang sering
menjauhkan manusia atau menjadikan mereka lupa terhadap tanggungjawab mereka.
a. Kerana takutkan rezeki dan takutkan mati, maka manusia telah melupai tugas dan
tanggungjawab mereka. Mereka di suruh untuk berubudiyyah dan melaksanakan
tanggungjawab khalifah dengan jaminan rezeki dan mati semuanya telah di
tentukan. Sepatutnya tidak timbul lagi perasaan takut kehilangan rezeki dan
takutkan mati demi melaksanakan tugas ubudiyyah dan khalifah.

22

b. Manusia tidak melaksanakan apa yang telah diamanahkan dan telah menjadi
tugas mereka, tetapi sibuk mengejar sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah
kepada mereka.
4) Semua perkara telah di tentukan oleh Allah dan dinamakan sebagai qadar. Allah telah
menyuruh kita untuk mengambil sebab supaya dengannya kita akan mendapat
ganjarannya. Sedangkan sebab-sebab tersebut tidak berkuasa untuk mengubah apa-apa.
Kata Sayyid Qutb dalam muqaddimah fi Zilal al-Quran:
..Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan
kesannya dan kadang-kadang tidak, begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap
orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak,
kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa
mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu, malah iradat Allah yang bebas
itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan
sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri .

)1(


Engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah alan mengadakan selepas perceraian
itu sesuatu perkara yang lain. (Surah at-Talaq)




Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila dikehendaki Allah. (Surah alInsan)
5) Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana ia diperintah berbuat begitu dan
bukan kerana yakin bahawa sebab-sebab itu boleh merubah apa-apa kerana Allahlah yang
menentukan kesan-kesan dan natijah-natijah dari sebab, bukan sebab itu sendiri berkuasa
mengubah. Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat
kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya menjadikan seseorang hamba itu tenang dan tidak
gundah gulana.
6) Mukmin daI sentiasa bekerja dan bekerja untuk mengubah manusia. Tetapi berjaya dan
tidak berjaya itu semua tidak akan menyedihkan daI kerana dia yakin semua ketetapan
adalah di tangan Allah. Yang pasti segalanya usahanya akan mendapat ganjaran dari Allah
walaupun madu tidak berjaya di tajmik atau di lasso. Ketidak berjayanya dalam kerja
dakwahnya adalah cabaran untuknya terus mengejar dan mengejar pahala yang disediakan
oleh Allah.
7) Kesukaran membesar dalam kurungan ibu menjadikan kita sentiasa teringat peringatan
Allah supaya berbuat baik kepada ibu dan juga bapa. DaI yang tidak ihsan kepada kedua
ibubapa adalah contoh terburuk untuk dakwahnya. Ihsan termasuk melaksanakan segala
suruhan dan permintaan keduanya selagi mana ianya bukan mungkar yang sorih dan qati.
Dalam perkara kesalahan yang hanya perbezaan pendapat ulama atau perbezaan
pemikiran di kalangan ulama, maka perkara ini perlu di turuti pendapat ibubapa. Antara
yang ketara ialah pemilihan jamaah dalam kerja dakwah Islam.

23

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1) Pengorbanan seorang ibu yang mengandung:

31 : 14

2) Penjelasan peringkat kejadian manusia:

22 : 5, 23 : 14

3) Takdir:

57 : 22, 64 : 11

4) Husnul khotimah : 2 : 132, 4 : 18

24


HADITH KELIMA


:


:
.


]


: [

Kosa kata / :

: Mengada-adakan

Terjemah hadith /

: Tertolak

Dari Ummul Muminin; Ummu Abdillah; Aisyah radhiallahu anha dia berkata : Rasulullah saw
bersabda : Siapa yang mengada-adakan suatu perkara dalam urusan (agama) kami ini yang bukan
(berasal) darinya 1, maka dia adalah tertolak.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim disebutkan: siapa yang melakukan suatu amalan yang tidak mengikut
urusan (deen) kami, maka dia tertolak.

Pokok Perbincangan Hadis :


1) Urusan (amr, kerja) terbahagi kepada 2:
b) Urusan Dunia Contohnya kisah sahabat mendebungakan pokok kurma mereka. Kemudian
mereka meninggalkan kerja itu selepas disebut oleh Nabi saw.
c) Urusan Agama Contohnya ketika zaman Saidina Omar, para sahabat telah menunaikan
solat Terawih masing-masing. Lalu demi untuk mengelakkan pandangan musuh ummat
Islam yang mungkin mengatakan ummat telah tak bersatu, maka Omar telah menyuruh
mereka berjemaah.
Di dalam hadis ini disebutkan dengan amruna = urusan kami = urusan deen
Dalam masa yang lain disebut amru ad-dunya = urusan dunia.
2) Larangan mengada-adakan sesuatu di dalam urusan agama :

1. Yang dimaksud adalah, perbuatan-perbuatan yang dinilai ibadah tetapi tidak bersumber dari ajaran Islam dan tidak
memiliki landasan yang jelas, atau yang lebih dikenal dengan istilah bidah.

25

a) Dalam Ibadat :
(1) Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya
boleh dilakukan dalam ibadah lain pula. (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)
(2) Ibadah yang langsung tidak syarie (dengan hiburan/tarian) - tidak diterima Allah
bahkan ditutup pintu taubatnya.
(3) Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat
fardhu/ wudhu empat-empat)
(4) Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).
b) Dalam Muamalat :
Aqad yang dilarang oleh Syara :
(1) Barang yang hendak diaqad tidak halal. (nikah dengan mahram).
(2) Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
(3) Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan
tanpa izinnya).

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Setiap perbuatan ibadah yang tidak bersandar pada dalil syari ditolak dari pelakunya.
2. Larangan dari perbuatan bidah yang buruk berdasarkan syariat.
3. Islam adalah agama yang berdasarkan ittiba (mengikuti berdasarkan dalil) bukan ibtida
(mengada-adakan sesuatu tanpa dalil) dan Rasulullah saw telah berusaha menjaganya
dari sikap yang berlebih-lebihan dan mengada-ada.
4. Agama Islam adalah agama yang sempurna tidak ada kurangnya.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Allah menyayangi hambanya. Tidak semua syariat sama sahaja. Ada yang tetap dan ada
yang berubah. Perkara yang berubah adalah kerana ilmu Allah yang menetapkan bahawa
banyak perkara yang akan berubah dalam hidup manusia. Jika syariat adalah tetap, maka
kesukaran akan berlaku apabila perubahan dalam hidup manusia mula berlaku.
2. Namun ada perkara yang tidak mungkin boleh berubah. Allah yang mencipta manusia dia
Maha tahu bahawa ada dalam diri manusia ini yang jika ianya berubah, maka ia akan
merosakkan lebih banyak dari memberi kebaikan. Oleh itu ada perkara-perkara dalam
agama yang dipeliharanya dan tidak boleh diubah walaupun zaman dan keadaan telah
berubah.
3. Quran di pelihara oleh Allah melalui jaminan di dalam quran sendiri (al-hijr 15:9). Hadis
telah dipelihara oleh ulama hadis dengan cemerlang melalui penjagaan dan penulisan
yang rapi. Akhirnya kedua sumber utama Islam ini kekal tidak terusik.

26

4. Pada perkara yang tidak boleh diubah, cubaan mengubahnya adalah tidak valid bahkan di
anggap sebagai dosa terbesar selepas syirik. Inilah yang dipanggil bidah dalam perkara
agama. Ramai umat yang terjerumus ke sini samada dalam aqidah, ibadah atau amalan
ruhi.
5. Dalam urusan duniawi sepatutnya umat perlu berbidah sehebat mungkin supaya
mereka maju ke depan, berfikir dan mencari jalan kepada kehidupan yang lebih hebat
dari manusia kafir demi menjadi ustaziatul alam.
6. Keadaan terbalik yang berlaku kepada umat (berbidah dengan hebat dalam agama dan
tidak berbidah dalam kehidupan) menjadikan mereka pak turut kepada si kafir dalam
semua segi. Tapi dalam masa yang sama, mereka mempunyai kepelbagaian bidah dalam
ibadah.
7. Beberapa panduan dalam bidah mengikut al-Banna:
a. Setiap perkara bid'aah dalam Agama Allah yang tidak ada asalnya walaupun
dipandang elok oleh orang ramai dengan nafsu mereka tidak kira samada
dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, semuanya adalah perkara
sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak
membawa kepada perkara yang lebih buruk dari itu.
b. Perkara bid'ah tambahan dan pengurangan serta iltizam dengan ibadat yang
mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap
ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika
kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti.
8. Kita mestilah mempunyai gabungan dalam kedua-dua perkara ini. Keaslian yang benarbenar di fahami dan kemudiannya di pegang erat-erat. Keduanya kreativiti dalam urusan
dunia dan mengambil semua sebab-sebab sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah.
9. Urusan dunia tidak beertinya ianya keluar dari deen dan tidak ada kaitan langsung
dengan deen. Ini adalah pegangan sekular yang boleh menjejaskan akidah muslim.
Pegangan kita adalah: urusan dunia ertinya agama tidak menentukan detail
pelaksanaannya bagaimana HOW tetapi ia tetap mesti di lakukan kerana menegakkan
deen WHY !.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Kesempurnaan Islam

: 5 : 3,

2. Bidah dan taklid

: 57 : 27, 17 : 36

27


HADITH KEENAM





][

Kosa kata / :

: jelas
: samar/syubhat
: Membebaskan

Membawa erti tubuh badan


atau tohmahan.

: terjerumus,
melakukan

)(

Terjemah hadith /

) (: Perkara-perkara

: Menghindar
: kehormatan (nya).

: menggembala
: hampir, nyaris
: segumpal daging

: penggembala,

pemimpin

: batas, pematang.
) (: baik, layak,

: rusak

Dari Abu Abdillah Numan bin Basyir radhiallahu anhuma, dia berkata: Aku mendengar
Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara
keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh
28

kebanyakan orang. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan
agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan
terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana pengembala yang mengembalakan
haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia
akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki kawasan larangan dan larangan Allah
adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia
baik, maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah
bahwa itu adalah hati .
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Catatan:
Hadith ini merupakan salah satu landasan pokok dalam syariat. Abu Daud Al-Sajistani berkata:
Islam itu berputar dalam empat hadith, kemudian dia menyebutkan hadith ini salah satunya. (Hadis
yang lain ialah hadis niat, hadis min husni islamil marI dan hadis la yuminu ahadukum hatta atau
ada digantikan dengan hadis izhad fiddunya..)

Pokok Perbincangan Hadis :


1) Terdapat perkara-perkara yang memang telah jelas halal dan haramnya::
i) Yang jelas halal seperti yang dinaskan: kahwin, makan benda-benda yang baik dll.
ii) Yang jelas haram seperti minum arak, judi, zina dan riba.
2) Selepas itu terdapat perkara-perkara yang di panggil sebagai syubhat :
i) Ianya boleh berlaku dalam ibadah, muamalat kehidupan dan lainnya.
ii) Ianya berlaku kerana pelbagai sebab. Antaranya kerana ketiadaan nas yang jelas atau
perbezaan ulama pada halal haramnya atau kerana ketidak tahuan sumbernya..
3) Apakah tindakan yang perlu bila kita berhadapan dengan syubhat :
i) tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dari ditakuti akan mudah terjatuh dalam dosa
- redha Allah.
ii) Apabila berlaku syubhat pada pandangan orang lain tetapi tidak pada kita - mesti
jelaskan supaya hilang syubhat tersebut - (kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).
iii) Meninggalkan perkara syubhat adalah termasuk di dalam
menyempurnakan iman.

sifat wara dan akan

4) Peranan Hati :
i) Banyak ayat al-Quran yang ditujukan pada hati. Hati mempunyai peranannya sendiri
sepertimana telinga dan mata. Kerja asasinya adalah untuk fiqh.
ii) Baik buruknya hati manusia akan menentukan baik buruknya perbuatan mereka.

29

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Termasuk sikap wara1 adalah meninggalkan syubhat.


2. Banyak melakukan syubhat akan menjadikan seseorang itu tidak takut untuk melakukan
perbuatan haram.
3. Perlu menjauhkan dosa kecil kerana ia dapat mengheret seseorang kepada perbuatan
dosa besar.
4. Memberikan perhatian terhadap masalah hati, kerana padanya terdapat kebaikan fisikal.
5. Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan petanda baiknya hati.
6. Petanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara
diperbolehkan kerana khuatir akan terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan.

yang

7. Menutup pintu terhadap peluang-peluang perbuatan haram serta haramnya cara ke arah
sana.
8. Hati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatanperbuatan yang dapat mendatangkan persangkaan buruk.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Islam tidak hanya hitam dan putih. Banyak perkara pula tidak di jelaskan halal atau
haramnya samada kerana belum timbul masalah tersebut di zaman awal islam atau
kerana hikmah yang Allah telah tentukan (lihat hadis no. 30).
2. Apa yang ingin di didik oleh Islam ialah perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan
bukan hanya semata-mata membuat perkara yang wajib dan meninggalkan sesuatu yang
haram.
3. Di awal Islam, para sahabat di ajar supaya meninggalkan segala yang di larang oleh Nabi
saw tanpa bertanya adakah larangan itu haram atau makruh. Tiada istilah itu bagi mereka
kerana bagi mereka semua yang di larang oleh Nabi saw perlu di tinggalkan terus. yang
disuruh pula akan dibuat semampu mungkin tanpa bertanya samada ianya sunat atau
wajib/fardhu (hadis no. 9). Nama dan batasan makruh hanya timbul setelah satu abad
selepas generasi awal Islam berlalu. Keadaan ini menimbulkan satu paten baru dalam
masyarakat Islam iaitu perasaan tidak apa-apa melakukan yang makruh, kerana ia
makruh sahaja dan bukan haram.
4. Walau bagaimana pun, bukanlah pengetahuan tentang hukum sesuatu itu haram,
makruh, sunat dan wajib suatu yang tidak berguna. Ia berguna untuk dakwah dan ketika
menyeru orang lain kerana kita tidak boleh memaksa seseorang untuk meninggalkan
suatu yang makruh atau masih lagi haram yang dipertikaikan oleh ulama. Kita juga tidak
boleh memaksa seseorang untuk melakukan suatu yang tidak wajib secara ijmak.
5. Perlu dibezakan antara mewajibkan untuk diri sendiri suatu arahan Rasul saw dan
menyuruh dan memaksa orang lain untuk melakukannya.
1

Wara' ialah perbuatan menjaga diri lebih dari apa yang diharamkan.

30

6. Mukmin daI sepatutnya lebih menjaga perkara yang syubhat kerana ia mungkin
membawa efek kepada dakwah yang akan di bawanya. Terceburnya daI kepada suatu
syubhat akan menjatuhkan imej daI dan langsung akan menjatuhkan nilai harganya
pandangan manusia lain terutama madunya. Oleh itu jika sekiranya meninggalkan
syubat adalah sunat bagi muslim biasa, maka bagi muslim daI kemungkinan ia adalah
wajib terutama syubhat yang memang di pandang rendah pelakunya.
7. Hati bagi daI adalah tempat fokus dakwahnya. Kita tidak mahu mengubah tangan, kaki,
badan manusia. Tapi kita ingin mengubah manusia. Dan manusia tidak akan berubah
melainkan apabila berubah hatinya. Jika hati tidak berubah, nescaya para sahabat tidak
begitu mudah untuk memecahkan tong-tong arak di Madinah ketika turunnya ayat
pengharaman arak. Para sahabiat pula tidak akan mudah untuk memotong kain-kain
langsir rumah mereka hanya semata-mata untuk di jadikan sebagai hijab diri mereka
ketika turunnya ayat penutupan aurat. Semuanya adalah hasil dari hati yang merasai
kebesaran Allah dan merasai patutnya mereka mendengar dan taat kepada semua arah
Allah.
8. Kita ingin membina manusia yang takut kepada Allah, bukannya manusia yang bertudung
dan tidak bercouple atau meninggalkan maksiat kerana undang-undang atau malu atau
adat masyarakat. Kita mahu membina manusia yang hatinya merasa mereka adalah
hamba dan bukannya manusia yang hanya tunduk bangun solat tapi hatinya kosong dari
rasa ubudiyyah.
9. Membina dan mengubah hati manusia lebih sukar dari mengubah beberapa perangai
manusia. Jika undang-undang dapat menjadikan orang barat tersusun dan berdisiplin,
namun perubahan hati Islam akan dapat membina manusia yang lebih hebat dari
manusia barat dan hanya perlukan sedikit undang-undang sahaja untuk menyusun
masyarakat.
10. Kita tidak mahu menumbangkan patung-patung berhala dari batu dan kayu, tetapi kita
mahu menghancurkan berhala yang ada di dalam diri manusia. Nabi saw selama 13 tahun
tidak mengusik walaupun seekor berhala di mekah, tetapi Nabi saw berjaya
menumpaskan berhala-berhala di dalam diri sahabat-sahabat Baginda. Akhirnya 360
berhala-berhala itu ditumbangkan oleh penyembah-penyembah itu sendiri ketika Fath
Mekah.
11. Kebaikan hati akan lahir dengan perbuatan zahir. Tidak mungkin hati yang baik akan
melahirkan sesuatu amal zahir yang tidak baik. Amal zahir yang tidak baik tidak boleh
untuk menolak keburukan hati kerana zahir akan menunjukkan hati. Perbuatan yang baik
tetapi tidak disertai dengan hati yang baik pula adalah sifat nifaq atau tidak ikhlas yang
kedua-duanya adalah tidak baik.
12. Di dalam usul 20 disebutkan:
..Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari
amalan anggota luar. Mencari kesempumaan dalam keduanya (amalan zahir dan
hati) adalah dituntut oleh syarak walaupun terdapat perbezaan derjat tuntutan ini
(Usul 17).

31

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Penetapan halal dan haram

: 2 : 275, 16 : 115, 5 : 87

2. Menghindari syubhat

: 49 : 12

3. Kedudukan hati

: 26 : 89, 16 : 106, 22 : 46

4. Allah Maha Berkuasa (Raja)

: 5 : 40, 114 : 2

32


HADITH KETUJUH



. :
.
][

Kosa kata / :

: nasihat ?

Terjemah hadith /

: untuk ketua-ketua

Dari Abu Ruqoyyah Tamim Ad Daari1 radhiallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :
Agama adalah nasehat, kami berkata : Kepada siapa? beliau bersabda : Kepada Allah, kitab-Nya,
Rasul-Nya dan kepada pemimpin kaum muslimin dan rakyatnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pokok perbincangan hadis :


1. Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.
2. Nasihah Likitabihi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk - sebagai Manhaj hidup sesuai sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.
3. Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya agungkan sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dgn. akhlaknya.
4. Nasihah Li aimmati muslimin - membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/
halang dari berlaku zalim.
5. Nasihah Li ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang
mereka jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.

Ruqoyyah adalah anak tunggalnya. Tamim di nasabkan kepada datuknya bernama al-Dar atau kadang-kadang al-Deiri
kerana Tamim selalu beribadah di deir sebelum islamnya. Islam tahun 9 H dan hijrah ke Syam dan tinggal di B.Maqdis
selepas Othman syahid. Meninggal di Palestin. Ini satu-satunya hadis beliau yang paling sahih dan terdapat di Muslim.
Tamim selalu di kaitkan dengan hadis Jasasah (dikatakan dajal yang terikat di sebuah pulau).

33

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Agama Islam berdiri tegak diatas upaya saling menasihati, maka harus selalu saling
menasihati diantara masing-masing individu muslim. Jika tidak, maka Islam tidak akan
tertegak. Nabi saw menggunakan ungkapan begini untuk menunjukkan kehebatan dan
keperluan nasihat dalam deen; sama seperti kepentingan arafah di dalam amalan haji.
2. Nasihat wajib dilakukan sesuai kemampuannya. Kerana itu, semua orang muslim boleh
melaksanakannya mengikut tahap masing-masing.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Nasihat dalam erti kata yang lebih luas ialah menunaikan hak. Nasihat di dalam bahasa
melayu lebih sempit kepada memberi nasihat kata-kata kepada orang lain. Kesilapan
dalam memahami perkataan kerana penggunaannya yang terhad di dalam bahasa
melayu menyebabkan silap dalam memahami ad-deen.
2. Agama addeen adalah penunaian hak ini. Ada hak Allah, hak kitab, hak rasul, hak ketua
orang Islam dan hak seluruh umat islam.
3. Muslim sentiasa merasai bahawa di atas bahunya ada hak yang perlu ditunaikan. Dalam
hadis yang lain disebutkan hak badan, hak isteri dan hak-hak lain termasuk tetamu dan
jiran.
4. Muslim sentiasa berfikir untuk menunaikan hak dan bukannya mengambil hak. Memang
banyak hak kita terpikul pada orang lain, tetapi muslim tidak berfikir kenapa orang lain
tidak menunaikan haknya. Apa yang sentiasa di fikirkan ialah apakah dia telah
menunaikan hak orang lain??
5. Dia tidak bersalah jika tidak mengambil haknya tetapi dia bersalah jika tidak menunaikan
haknya. Oleh itu perasaan muslim selamanya ialah apakah aku telah menunaikan semua
yang berhak ke atas dirinya?
6. Muslim daI mempunyai banyak hak yang perlu ditunaikan. Antara hak Allah dan Rasul
saw ke atas dirinya ialah syahadatul haq. Manusia yang belum islam atau belum
tersentuh dengan dakwah adalah tanggungjawab muslim untuk ditunaikan haknya. Jika
tidak, maka mereka semua akan mendakwa di hadapan Allah di hari akhirat nanti bahawa
mereka tidak diperkenalkan dengan benar-benar kepada Islam yang betul atau tidak
diperkenalkan secara sungguh-sungguh oleh muslim.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Dawah dan Amar Maruf Nahi munkar : 3 : 104, 3: 110, 41 : 33
2. Pentingnya selalu upaya untuk saling mengingatkan : 51 : 55, 87 : 9.

34


HADITH KEDELAPAN





] [

Kosa kata / :

: (aku) Memerangi
: bentuk jamak dari
: mereka terlindung

: aku diperintahkan

bererti darah

Terjemah hadith /

Dari Ibnu Umar radhiallahu anhuma, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: Aku
diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah
dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah, menegakkan solat, menunaikan zakat. Jika mereka
melakukan hal itu maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan
perhitungan mereka terserah pada Allah swt.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Catatan :
Hadith ini secara praktis dialami di zaman kekhalifahan Abu Bakar As-Shiddiq, bila sejumlah
besar dari rakyatnya ada yang kembali kafir. Maka Abu Bakar bertekad memerangi mereka
termasuk mereka yang enggan membayar zakat . Umar bin Khattab menegurnya seraya berkata:
Bagaimana kamu akan memerangi mereka yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah sedangkan
Rasulullah saw telah bersabda: Aku diperintahkan..(seperti hadith diatas). Maka berkatalah Abu
Bakar:Sesungguhnya zakat adalah hak harta, hingga akhirnya Umar menerima dan ikut
bersamanya memerangi golongan ini.

35

Pokok Perbincangan Hadis :


1) Wajibnya perang ianya adalah salah satu dari yang difardhukan oleh Allah apabila perlu.
Antara keperluan utama ialah bila untuk menolak tipu daya musuh dan untuk menaikkan bendera
Islam.
2) Terpelihara darah dan harta apabila seseorang itu telah:
1. mengucap dua kalimah syahadah.
2. mendirikan solat fardhu.
3. membayar zakat.
4. beriltizam dengan hak-hak Islam.
1) Perjalanan Hukum hendaklah diambil kira dari secara zahir sahaja. Apabila seseorang telah
mengaku dan melaksanakan hak-hak Islam, maka kita akan menganggapnya sebagai muslim dan
memperlakukannya sebagai muslim. Adapun batinnya, hendaklah diserahkan pada Allah.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Diperbolehkannya membunuh orang yang mengingkari solat dan memerangi mereka


yang menolak membayar zakat.
2. Tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya terhadap harta dan darah kaum
muslimin.
3. Diperbolehkannya hukuman mati bagi setiap muslim jika dia telah melakukan perbuatan
yang menuntut dijatuhkannya hukuman seperti berzina bagi orang yang sudah menikah
(muhson), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agamanya dan
jamaah.
4. Dalam hadith ini terdapat jawaban bagi kalangan murjiah yang menganggap iman tidak
memerlukan amal perbuatan.
5. Tidak boleh mengkafirkan pelaku bidah yang masih mengakui keesaan Allah dan
menjalankan syariat Islam.
6. Di dalam hadis ini terdapat dalil bahwa diterima amalan yang zahir dan menghukumi
berdasarkan sesuatu yang zahir sementara yang tersembunyi diserahkan kepada Allah.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Pentingnya seorang muslim memahami dan merasai bahawa mereka hendaklah sentiasa
menanti-nanti arahan dari Allah. Arahan dari Allah adalah suatu yang ditunggu kerana ia
adalah datang dari YANG MAHA AGUNG dan tidak boleh di tangguh. Muslim sentiasa
dalam keadaan mendengar perintah Allah dan tidak mahu jika ada pengarahan Allah
yang tidak didengari olehnya apatahlagi oleh sesiapa (seperti sekarang Quran tidak
didengari arahannya).

36

2. Mukmin sentiasa ingin melaksanakan arahan Allah dan merasai pada pelaksanaan itu ada
kebaikan yang mungkin tidak dapat di lihatnya. Oleh itu arahan umirtu adalah besar bagi
mukmin dan ia patut terus dilaksanakan bila keadaan mengizinkan tanpa banyak
bertanya dan bersoaljawab dengan cerewet (seperti Bani Israel dengan lembu di dalam
surah al-Baqarah).
3. Peperangan dan serangan adalah perkara yang perlu ditanam di dalam benak pemikiran
muslim sejak dari kecil dan ketika mereka membesar dewasa atau ketika mereka
mempelajari Islam. Ia bukan suatu yang ASAL tetapi ia biasanya suatu yang tidak dapat di
tolak pasti akan berlaku di dalam hidup ini ketika kita ingin memastikan kalimah Allah
tersebar dan terlaksana di bumi. (Rujuk Al-Quran Al Baqarah 2:193 / Al-Anfal 8:39)
4. Tujuan hidup muslim dapat di rasai dengan jelas di dalam hadis ini. Mereka
bertanggungjawab memastikan bahawa dunia ini telah disampaikan Islam. Tidak boleh
ada manusia yang tidak pernah mendengar Islam atau kebaikan ajarannya seperti
sekarang. Alat media dan perhubungan telah wujud namun masih banyak manusia di
ceruk Amazon, Afrika, Asia, Amerika, Australia dan pulau-pulau yang belum mendengar
Islam.
5. Tanggungjawab ini tidak terhenti begitu sahaja kerana setiap hari akan lahir manusia
baru yang belum mengenal Islam atau akan ada ulama dan daI yang meninggal. Oleh itu
kewajiban menyampai tidak akan terhenti walaupun satu saat. Setiap hari akan ada
manusia yang mula lupa kerana kematian atau perginya mereka yang faham.
6. Pengakuan ketundukkan tidak cukup untuk membuktikan ketaatan. Ia perlu di zahirkan
dengan amalan dan sumbangan. Oleh itu syahadah sahaja tidak memadai tetapi perlukan
solat dan zakat yang perlu ditunaikan bagi membuktikan seseorang itu telah akur.
7. Walau bagaimanapun, akur dan tunduk dengan anggota kemungkinan tidak datang dari
hati yang ikhlas dan sungguh-sungguh menerima. Tetapi kita hanya mampu meminta dari
manusia. Hati manusia terserah kepada Allah. Kita hanya menghukum secara zahir.
8. Kuasa dan undang-undang yang ada perlu digunakan dan tidak boleh hanya menyerah
bulat-bulat kepada hati manusia.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Aqidah dan syariat harus ditegakkan : 42 : 13,
2. Perlindungan terhadap nyawa dan harta : 2 : 188, 4 : 93
3. Besarnya kedudukan zakat

: 9 : 34

37


HADITH KESEMBILAN


.

][

Kosa kata / :

: (Aku) larang kamu

semua

: (Aku) perintahkan
kamu semua

Terjemah hadith /

: jauhilah

: Menghancurkan

Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Sakhr radhiallahuanhu dia berkata : Aku mendengar
Rasulullah saw bersabda : Apa yang aku larang, hendaklah kamu semua jauhinya. Apa yang aku
perintahkan, maka hendaklah kamu semua laksanakan semampu mungkin. Sesungguhnya
kehancuran orang-orang sebelum kamu semua adalah kerana banyaknya pertanyaan mereka
(kerana tidak mahu melaksanakan) dan bercanggah/menyalahinya mereka terhadap nabi-nabi
mereka.
(Bukhari dan Muslim)

Pokok perbincangan hadis:


1. Sebab Hadis ketika dalam khutbah Nabi saw, beliau menyebutkan tentang kefardhuan Haji.
Tiba-tiba ada yang bertanya: adakah setiap tahun? Nabi saw diam. Ketika di tanya berkalikali, Nabi saw tetap diam. Akhirnya beliau berkata: tidak. Hanya sekali seumur hidup.
Kemudian datanglah hadis ini. Di katakan penyoalnya ialah Aqro bin Haabis.
1. Jauhi Larangan adalah suatu yang dituntut sebagaimana hadis ini. Tanpa mengira samada
haram atau makruh.:
a. Jika sebabnya haram - dapat pahala/ buat dapat dosa.
b. Jika sebabnya makruh - dapat pahala / buat tak berdosa.

38

2. Buat apa yang disuruh juga adalah kepatuhan kepada Nabi saw:
a. jika ianya wajib - dapat pahala/ tinggal dapat dosa.
b. jika ianya sunat - dapat pahala/ tinggal tak berdosa.
3. Larangan banyak bertanya adalah pada perkara berikut:
a. perkara yang tidak dijelaskan oleh syara.
b. perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati.
c. pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina.
d. masaalah yang tidak berlaku.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Wajibnya menghindari semua apa yang dilarang oleh Rasulullah saw.


2. Siapa yang tidak mampu melakukan perbuatan yang diperintahkan secara keseluruhan
dan dia hanya mampu sebagiannya saja maka dia hendaklah melaksanakan apa yang dia
mampu laksanakan.
3. Allah tidak akan membebankan kepada seseorang kecuali sesuai dengan kadar
kemampuannya.
4. Suatu perkara yang mudah tidak gugur kerana perkara yang sulit.
5. Menolak keburukan lebih diutamakan dari mendatangkan kemaslahatan.
6. Larangan untuk saling bertikai dan anjuran untuk bersatu dan bersepakat.
7. Wajib mengikuti Rasulullah saw, taat dan menempuh jalan keselamatan dan kejayaan.
8. Al Hafiz berkata: Dalam hadith ini terdapat isyarat untuk menyibukkan diri dengan
perkara yang lebih penting yang diperlukan ketika itu berbanding perkara yang ketika itu
belum diperlukan.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Seorang muslim perlu tunduk dan patuh serendah-rendahnya kepada Allah. Tidak layak
kepadanya untuk menyoal Allah atau merasai kenapa Allah berbuat sesuatu dan kenapa
Allah menyuruh itu dan ini. Perasaan ini hanya datang dari orang yang tidak beriman
atau tidak mengenal Allah (rujuk al-Nisaa 4:65).
2. Ia bukannya beerti tidak boleh bertanya hikmah kejadian itu dan ini, kerana hikmah
kejadian adalah untuk mengukuhkan iman dan perasaan (rujuk kesah Nabi Ibrahim as- AlBaqarah 2:260) dan ia juga untuk membolehkan qiyas dan pengajaran (Rujuk al-Hasyr
59:2). Oleh itu betulnya cara dan sebab kenapa bertanya dan berbincang adalah penting
agar semua diskusi tentang hikmah adalah membawa kepada kedua-duanya.

39

3. Sangat ketara pentingnya akur dan tunduk di dalam hadis ini. Jauhilah larangan bila di
minta untuk ditinggalkan kerana meninggalkan adalah suatu yang tidak memerlukan apaapa. Tunduk patuhlah bila diminta melakukan sesuatu sekadar yang kita mampu kerana
melakukan sesuatu memerlukan tenaga, masa, duit dan keazaman.
4. Keinginan untuk patuh terlalu penting bahkan lebih penting dari kemampuan untuk
melakukan sesuatu. Oleh itu perbuatan yang tidak dilakukan kerana adanya halangan dan
ketidakmampuan adalah lebih baik dari perbuatan yang dilakukan tetapi dengan penuh
rasai boikot, malas dan tanpa keinginan (rujuk at-Taubah 9:91-92).
5. Kemurkaan Allah akan berlaku bila manusia telah mula menunjukkan rasa
keengganannya dan bukan kerana keengganan yang disertai dengan ketidak mampuan.
Bila kemurkaan Allah berlaku, kehancuran akan datang.
6. Sikap enggan biasanya akan ketara dalam bentuk zahir dan bukan melalui kata-kata.
Kata-kata diplomasi, kata manis dan skema biasanya sukar untuk menuturkan
keengganan atau penolakan. Tetapi perbuatan zahir akan menunjukkan kepada perasaan
hati dan penolakan. Cuma hanya Allah yang berhak menentukan perasaan ini dan akan
didatangkan dengan pemusnahan walaupun umat Muhammad saw tidak akan di
musnahkan dengan cara itu. Tetapi sepatutnya ia difahami melalui tindakan lampau.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Patuh kepada Rasulullah saw

: 59 : 7, 8 : 46

2. Bertakwa sebatas kemampuan

: 64 : 16

3. Berdebat yang tak berguna dan bertikai, sumber kehancuran : 40 : 5

40


HADITH KESEPULUH


:
:







.




][

Kosa kata /

: Menerima

: Kusut masai
: Memanjangkan/

: Panjang / jauh

: Berdebu
: Maka dari mana/

mengangkat

Terjemah hadith /

bagaimana

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata : Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah
taala itu baik, dan Dia tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan
orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para rasul-Nya dengan firmannya : Wahai Para
Rasul makanlah yang baik-baik dan beramal solehlah. Dan Dia berfirman : Wahai orang-orang yang
beriman makanlah yang baik-baik dari apa yang Kami rezkikan kepada kalian. Kemudian Nabi saw
menceritakan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh, dalam keadaan berserabut dan
berdebu. Dia mengangkatkan kedua tangannya ke langit seraya berkata : Ya Robb, Ya Robb !
padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberikan makanan dari
sesuatu yang haram. Maka (jika begitu keadaannya) bagaimana doanya akan dikabulkan?
(Riwayat Muslim).

Pokok perbincangan hadis:


1. Sucinya Allah dari kekurangan / keaiban / tidak perlu rakan dan anak / tidak zalim dan tidak
tidur.
2. Diterima atau tidak sesuatu amalan itu adalah bergantung kepada pemakanan orang yang
beramal itu samada halal atau haram.
41

3. Hadis ini menceritakan sebab kepada diterima atau tidaknya sesuatu doa/ibadah. Antara
sebab-sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya di dalam hadis ini (di tempat lain
terdapat tambahan lain):
a. perjalanan yang jauh - (hadis yang lain - tiga jenis doa yang diperkenankan:
i. doa orang yg dizalimi,
ii. orang dlm musafir dan
iii. doa bapa terhadap anaknya)
b. merendah diri dalam pakaian dan keadaan dengan cara lekeh dan berdebusebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa.
c. mengangkat tangan ke langit. Terdapat banyak hadis Nabi saw yang berkenaan
dengan perkara ini. Tangan perlu dihadapkan tapak ke langit dan belakang tangan ke
kiblat.
d. Bersungguh-sungguh dalam meminta dengan cara mengulang-ulang nama Allah (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.
e. Menjaga makanan, minuman dan pakaian.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Dalam hadith di atas terdapat pelajaran akan sucinya Allah taala dari segala kekurangan dan
cela.
2. Allah taala tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. Maka siapa yang bersedekah dengan
barang yang haram tidak akan diterima.
3. Sesuatu yang disebut baik adalah apa yang dinilai baik disisi Allah taala.
4. Berlarut-larut dalam perbuatan haram akan menghalangi seseorang dari terkabulnya doa.
5. Orang yang maksiat tidak termasuk mereka yang dikabulkan doanya kecuali mereka yang
Allah kehendaki.
6. Makan barang haram dapat merusak amal dan menjadi penghalang diterimanya amal
perbuatan.
7. Anjuran untuk berinfaq dari barang yang halal dan larangan untuk berinfaq dari sesuatu
yang haram.
8. Seorang hamba akan diberi ganjaran jika memakan sesuatu yang baik dengan maksud agar
dirinya diberi kekuatan untuk taat kepada Allah.
9. Doa orang yang sedang musafir dan yang hatinya sangat mengharap-harap menjadi sebab
untuk lebih terkabul.

42

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Tasawwur terhadap Allah dan alam ghaib adalah unsur pertama dan utama dalam
kehidupan mukmin. Hadis ini memberi satu gambaran terhadap Allah yang Maha Baik dan
tidak menerima kecuali yang baik. Gambaran ini menolak kepercayaan dan anggapan lama
terhadap tuhan seperti golongan Greek Yunan dan Rom. Anggapan benar terhadap Allah
hanya akan diperolehi apabila mukmin menadah dan mempelajari dengan tekun al-Quran
dan As-Sunnah.
2. Seorang manusia biasa yang beriman adalah sama sahaja di sisi Allah berbanding dengan
seorang rasul. Rasul hanya seorang manusia biasa yang melakukan perbuatan manusia biasa
kecuali Allah telah memelihara mereka dari dosa demi untuk menjadi contoh dan qudwah.
Perkara lain seperti suruhan dan arahan adalah sama sahaja diterima oleh Rasul
sebagaimana manusia mukmin biasa.
3. Doa adalah harapan mukmin kepada tuhannya. Ia tempat munajat, memuji, meminta dan
berharap samada dalam keadaan susah dan senang. Doa sendiri adalah ibadah, melebihi
dari sifatnya sebagai permintaan. Ia adalah tanda harap. Oleh itu perkenan dan diterimanya
doa adalah penting bagi mukmin untuk menunjukkan keredhaan Allah padanya.
4. Perkenannya doa dari Allah tidak semestinya segera dan dalam bentuk yang kita kehendaki.
Kemungkinan ianya berlaku amat lambat (Nabi Ibrahim as diperkenankan selepas 5000
tahun) dan kemungkinan ianya dalam bentuk berbeza.
5. Penerimaan doa mukmin bukan mudah dan tanpa syarat. Ia mesti melengkapi syarat dan
adab. Hadis ini mengajar syarat dan adab yang jelas ketika berdoa dan bermunajat kepada
Allah.
6. Pentingnya mukmin meneliti segala makan minum, pakaian dan keadaannya kerana ini
bukan hanya berlalu masuk ke rongganya begitu sahaja tetapi ia akan melekat dan menjadi
darah daging yang akan menghalangnya penerimaan doa dan harapan mukmin.
7. Hadis ini bukan mengajar kita selekeh, tidak mengindahkan pakaian dan penampilan. Ini
semua adalah bila berhadapan dengan Allah dan ketika kita sendirian dan tidak
menunjukkan syiar. Ketika di hadapan manusia terutama ketika ia menjadi syiar yang
mengukuh dan menghebatkan Islam, maka penampilan dan bentuk adalah sangat bentuk.
Penampilan hari raya, ketika berjumpa tetamu dan sehinggalah kepada penampakan syiar
Islam pada negara hendaklah diambil kira.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Mempersembahkan yang terbaik kepada Allah : 28 : 77
2. Mengggunakan yang halal : 5 : 88
3. Bersungguh-sungguh dan berharap benar-benar dalam berdoa: 19 : 3, 32 : 16 .

43


PELAJARAN KESEBELAS

] : [

Kosa kata / :

)(

: (aku) menghafal/

mengetahui


: tinggalkan
) (: meragukan-(mu)

Terjemah hadith:
Dari Abu Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Tolib, cucu Rasulullah saw dan haruman Baginda
saw, dia berkata : Aku menghafal dari Rasulullah saw (sabdanya): Tinggalkan apa yang
meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Hadithnya hasan shahih)
* Boleh di baca ma yaribuka atau ma yuribuka.

Pokok pengajaran hadis:


1) Menjauhi perkara syubhaat :
a. Perlunya menjaga maruah dan diri dari terjatuh kepada yang haram - wara.
b. Ianya adalah langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.
2) Wara salaf terhadap perkara syubhaat :
a. Kisah Abu Bakar makan sesuatu yang syubhaat lalu bila di ketahuinya, di
muntahkannya.
b. Kisah Umar Al-Khattab dalam pembahagian harta kepada orang-orang
Muhajirin dan anaknya sendiri. Beliau tidak mengambil kain lebih walaupun
kain itu tidak mencukupi untuk dirinya.
3) Meninggalkan perkara khilaf tidak semestinya ia adalah wara :
a. dalam perkara-perkara yang ada rukhsah - mengikut dan mengambil rukhsah
adalah lebih baik.

44

b. yakin bahawa dia masih dalam keadaan suci tetapi tiba-tiba timbul syak
adakah ia telah berhadas? seperti mana yang disebutkan di dalam hadis
(seseorang yang merasai telah keluar angin tetapi tidak dipastikan kerana
tidak mendengar bunyi dan tidak menghidu bau).
4) Wara sebenar ialah hanya bagi orang yang Istiqomah :
a. yang melakukan perkara yang diwajibkan dan meninggalkan perkara yang
dilarang.
b. Sesiapa yang melakukan dosa besar, meninggalkan yang wajib tetapi
dalammasa yang sama berusaha pula untuk meninggalkan perkara-perkara
yang syubhat, ini sebenarnya bukan wara. Kesah darah nyamuk yang ditanyai
oleh orang Iraq adalah masyhur.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Meninggalkan syubhat dan mengambil yang halal akan melahirkan sikap wara.
2. Keluar dari khilaf ulama lebih utama kerana hal tersebut lebih terhindar dari perbuatan
syubhat, khususnya jika diantara pendapat mereka tidak ada yang dapat dikuatkan.
3. Jika keraguan bertentangan dengan keyakinan, maka keyakinan yang diambil.
4. Sebuah perkara mesti jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada harganya
keraguan dan kebimbangan.
5. Berhati-hati dari meremehkan urusan agama dan masalah bidah.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Berhati-hati adalah sifat mukmin. Taqwa datang dari erti sikap berhati-hati ketika
melakukan sesuatu amal sehingga tidak terjatuh kedalam maksiat. Seorang yang tidak
berhati-hati adalah seorang yang lebih kurang, tak endah dan tak sensitif dalam melakukan
sesuatu.
2. DaI perlu berhati-hati dan menjauhi sesuatu yang meragukan walaupun sesuatu itu harus.
Suatu yang meragukan akan boleh menjauhkan orang yang dibawa (madu) atau
menyebabkan madu keliru dengan prinsip yang di bawa.
3. Segala sesuatu hendaklah dibuat kerana dakwah. Oleh itu daI dan murabbi sentiasa berfikir
dalam setiap amalannya adakah perkara yang dilakukan itu membawa kebaikan kepada
dakwah atau tidak. Cara hidup, pemilihan style, gaya, barangan, pekerjaan, kewangan dan
lain-lain hendaklah memberi erti dan membantu kepada prinsip dakwah yang ingin di bawa.
4. Segala yang dibuat hendaklah jangan membawa kepada pertikaian dan perbahasan yang
tidak perlu atau akan mengalihkan perbincangan dari suatu prinsipal kepada yang lebih farI
(cabang) dan mungkin akan terlari dari objektif asal dakwah. Kecuali perkara tersebut perlu
dan banyak kebaikannya untuk masa tersebut.
5. Perbalahan dan pertikaian masalah fiqh yang telah di bincangkan oleh ulama fiqh sejak
berzaman sepatutnya tidak perlu lagi diperpanjangkan. Cukup perbezaan pendapat mereka

45

dengan dalil-dalil yang mereka bawa itu menjadi panduan kepada orang yang akan
mengikut. Sesiapa dari kalangan kita yang ingin mengikut satu pendapat fiqh tertentu dalam
fiqh, maka terpulanglah padanya jika ianya melibatkan soal individu dan amalannya saja.
Tetapi jika ia melibatkan program dan kerja bersama dengan orang lain, maka ia hendaklah
mengikut pendapat masul dan orang yang bertanggungjawab (USUL KELIMA dari USUL 20).

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Meninggalkan keragu-raguan : 14 : 10, 49 : 15, 2 : 2

46


HADITH KEDUA BELAS



:

:



][

Kosa kata / :

)(

(dia) meninggalkan

)(

: ada kaitan (baginya)

Terjemah hadith :
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dia berkata : Rasulullah saw bersabda : Antara sempurnanya
Islam seseorang itu ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak kaitan dengannya.
(Hadith Hasan riwayat Turmuzi dan lainnya)

Pokok perbincangan hadis:


1) Antara tanda-tanda kesempurnaan Islam seseorang itu ialah:
a. menjaga lidahnya dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)
b. setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.
2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
a. tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.
b. Adalah satu kesilapan dalam memahami hadis ini menyebabkan sesetengah
orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga sunat dengan
disangkanya perkara itu tidak ada kaitan dengannya.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Termasuk sifat-sifat orang muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkaraperkara yang mulia serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah.
2. Pendidikan bagi diri dan perawatannya untuk menghindari dari masalah ini ialah dengan
meninggalkan apa yang tidak bermanfaat di dalamnya.
3. Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah kesia-siaan dan
merupakan petanda kelemahan iman.
47

4. Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang manfaatnya kembali kepada
diri sendiri bagi dunia maupun akhirat.
5. Ikut campur terhadap sesuatu yang bukan urusannya dapat mengakibatkan kepada
perpecahan dan pertikaian diantara manusia.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Masa adalah satu modal besar bagi seorang muslim. Kehilangan masa adalah sama
seperti kehilangan harta, tenaga, sokongan, peluang dan lain-lain. Kesemuanya adalah
modal yang sepatutnya tidak hilang begitu sahaja tanpa mendapat pulangan hasil
dakwah dan tarbiah. Walaupun memang hasil adalah terletak pada Allah, tetapi menjadi
kewajiban kita untuk melakukan sesuatu amal dengan cara yang terbaik agar ia akan
menjadi muntij. MUNTIJ ialah melakukan sesuatu dengan modal/sumber yang paling
sedikit, tetapi mendapat pulangan yang besar.
2. Kehilangan sumber boleh terjadi kepada daI dan murabbi melalui pelbagai cara.
Melambat-lambatkan, menangguh, membuang dan menggunakannya bukan pada
tempatnya adalah termasuk di dalam kategori ini.
3. Untuk mencapai ini semua, dai dan murabbi perlu tahu menghargai masa (
menggunakan pada tempat yang sesuai dan tepat.

),

4. Menyibuk, mengambil tahu hal-hal yang tidak perlu dan melakukan suatu yang tidak
membawa kepada pulangan dakwah adalah termasuk dalam penyelewengen waktu oleh
seoarang daI dan murabbi. Oleh itu menjauhi perkara yang tidak ada kena mengena
dengannya adalah suatu kemestian.
5. Menyibuk dan meletakkan diri dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan daI atau
murabbi itu juga akan menjadikan dia tidak di sukai oleh orang ramai, madu dan
mutarabbi. Oleh itu perlu berhati-hati supaya daI tidak di tolak orang hanya kerana
kebencian manusia lain kerana menyibuk atau menyepe-nyepe dalam perkara yang tiada
kaitan dengannya.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Memaksimakan penggunaan waktu dan potensi : 103 : 1-3, 2 : 148
2. Meninggalkan hidup terlena : 63 : 9, 31 : 6

Rujukan buku tambahan : Waktu dalam Kehidupan seorang muslim, Dr Yusof al-Qaradawi.

48


HADITH KETIGA BELAS






:
][

Kosa kata / :

: Mencintai

) ()(: (untuk) diri-(nya)

Terjemahan hadith :
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahu 'anhu, pembantu Rasulullah saw, dari Rasulullah saw,
beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai untuk
saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pokok perbincangan hadis:


1. Penafian Iman sebagaimana yang disebut di dalam hadis ini beerti tidak sempurna iman
seseorang itu (belum capai hakikat iman) dan bukannya menafikan ketiadaan iman yang
beerti kufur.
2. Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain adalah satu cabang iman yang wajib di
tunaikan.
3. Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :
a. kisah Abu Zar.
b. Ibnu Abbas ketika menghurainkan al-Quran menginginkan agar manusia
semuanya memahami al-Quran sebagaimana beliau faham.
c. Imam Syafie beliau mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu
darinya, mengajarkan pula kepada orang lain kerana beliau amat cintakan
kebaikan utk org lain.

49

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Seorang mumin dengan mumin yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai
sesuatu untuk dirinya maka hendaklah dia mencintai juga perkara itu untuk saudaranya.
2. Mestilah menjauhkan hasad (dengki) kerana ianya sangat bertentangan dengan
kesempurnaan iman.
3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang
dengan kemaksiatan.
4. Menyatukan hati adalah satu perkara yang sangat perlu.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Iman adalah suatu yang perlukan praktik. Ia memanlah kepercayaan dalaman. Tetapi
bagaimana ia akan dapat di lihat oleh manusia atau apakah gunanya iman jika ianya
hanya simpanan dalaman yang tidak merubah seseorang itu? Oleh kerana iman adalah
untuk manusia lain dan bukan hanya terbelenggu di dalam dada dan hati, maka ulama
telah menakrifkan iman sebagai suatu yang tertusuk dalam di dalam hati, di pegangi dan
kemudiannya diungkapkan oleh lidah dan dibuktikan dengan amalan zahir.
2. Surah al-asri, surah al-hujurat (ayat 14 dan seterusnya) membuktikan bahawa sebenarbenar iman itu ialah dengan amalan. Oleh itu pelaksanaan amalan bagi kita adalah satu
keperluan setelah penanaman iman. Ia mesti menjadi satu projek besar pembinaan
individu muslim dan bukan setakat angan-angan, hiasan atau perbincanganperbincangan ilmiah yang tidak terhenti dan mengeraskan hati dan hubungan.
3. Hadis ini membuktikan salah satu dari petanda iman yang perlu lahir dari seseorang.
Ayat dan hadis seperti ini sangat melimpah-limpah untuk diperhatikan dan tidak
mungkin ditolak lagi. Tidak mungkin seseorang itu boleh mendakwa iman jika ia tidak
merubah style hidup dan amalan dirinya.
4. Perasaan sayang kepada mukmin yang lain dan bahkan melebihi diri sendiri tidak
mungkin datang tanpa iman. Iman akan merubah persepsi kita memandang mukmin lain
sebagai sebahagian dari kita dan tidak mungkin boleh di sentuh jahat oleh sesiapa.
Sakitnya, sihatnya, tersentuh dan terasanya, tertekan dan gembiranya mesti akan dirasai
sama oleh mukmin yang lain. Ungkapan hadis menjadikan kita persis umpama badan
yang satu. Tidak mungkin tidur sebahagiannya kerana sebahagiannya sakit.
5. Tanda kasih sayang bukan hanya kata-kata aku cinta kepada kerana Allah. Ungkapan itu
adalah sebahagian dari tuntutan, tetapi urutan darinya ialah perasaan gembira untuk
melihat saudaranya mendapat semua yang diperolehi olehnya. Dia tidak akan gembira
untuk makan, minum, sihat, heppi, pakai, sejuk panas dan lain-lain jika sekiranya
saudara muslimnya tidak mendapat kesenangan yang sama dengannya.
6. Ini semua perlukan praktik dan latihan. Qudwah dan apa yang dibuat oleh sahabat lain
akan mengimpak kepada orang lain. Oleh itu melahirkan suasana mahabbah, praktikkan

50

ukhuwwah, menanggung kesusahan dan kesenangan bersama perlu ada dan diadakan
latihan untuk ini sehingga ia di fahami dan dirasai dengan hati.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Menyakiti saudara sama dengan menyakiti diri sendiri : 49 : 12,
2. Ukhuwwah Islamiah

: 49 : 10, 3 : 103

51


HADITH KEEMPAT BELAS



:

:

Kosa kata / :

: halal
: yang sudah menikah
: orang yang
meninggalkan

Terjemah hadith /

: darah
: orang yang berzina
: memisahkan dirinya

Dari Ibnu Masud radiallahu 'anhu dia berkata : Rasulullah saw bersabda : Tidak halal darah seorang
muslim yang bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bahwa aku (Rasulullah saw ) adalah
utusan Allah kecuali dengan salah satu dari tiga sebab : Orang yang pernah berkahwin dan
kemudian berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan orang yang meninggalkan
agamanya, berpisah dari jamaah.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pokok perbincangan hadis:


1) Terpelihara darah orang Islam :
a. orang yang membunuh orang Islam dengan cara yang tidak benar - Allah
janjikan azab yang pedih.
b. orang yang membunuh secara sengaja dan juga bukan dengan hak - janji
dilaknat oleh Allah dan diazab.
c. Rasulullah menjelaskan - membunuh bukan dengan hak- termasuk dalam
tujuh perkara yang membinasakan.
2) Zina orang yang berkahwin :

52

a. Ijma ulama hukumnya direjam sampai mati - kisah Maiz dan Al-Ghamidiyyah
walaupun ayatnya telah dinasakhkan, namun hukumnya masih dipakai.
3) Membunuh dengan sengaja :
a. Ijma ulama mengatakan hukumnya balas bunuh - qisas (al- Maidah :45).
b. Dikecualikan (gugur qisas):
i) bapa bunuh anak
ii) orang Islam bunuh orang kafir
iii) orang merdeka bunuh hamba.
4) Murtad :
a. Hukumnya sama sahaja sama ada lelaki atau perempuan - dibunuh.
b. Hadis Nabi kepada Muaz ketika ke Yaman - Bila murtad - nasihat, ajak kembali
semula kepada Islam - jika enggan - penggal leher.
5) Hukuman Bunuh bagi kesalahan yang tidak disebut dalam hadis ini:
a. Liwat - muslim yang telah berkahwin atau bujang juga bunuh (hadis).
b. Orang yang cuba memecah belahkan ikatan orang Islam - dibunuh.
c. Orang yang membuat kerosakan di atas muka bumi, penyamun, perompak dan
lain-lain dibunuh dan disula.
d. Orang yang meninggalkan solat.
e. Tukang Sihir - apabila sihirnya membawa kekufuran (menurut pendapat
Syafie).

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Tidak boleh menumpahkan darah kaum muslimin kecuali dengan salah satu dari tiga
sebab, yaitu : zina muhshon (orang yang sudah menikah), membunuh manusia
dengan sengaja dan meninggalkan agamanya (murtad) berpisah dari jamaah kaum
muslimin.
2. Islam sangat menjaga kehormatan, nyawa dan agama dengan menjatuhkan hukuman
mati kepada mereka yang mengganggunya seperti dengan melakukan zina,
pembunuhan dan murtad.
3. Sesungguhnya agama yang disepakati adalah yang dipegang oleh jamaah kaum
muslimin, maka wajib dijaga dan tidak boleh keluar darinya.
4. Hukum jenayah dalam Islam sangat keras, hal itu bertujuan untuk mencegah
(preventif) dan melindungi.
5. Pendidikan dan tarbiah perlu bagi masyarakat untuk takut kepada Allah taala dan
selalu merasa terawasi oleh-Nya dan keadaan tersembunyi atau terbuka sebelum
dilaksanakannya hukuman.
6. Hadith diatas menunjukkan pentingnya menjaga kehormatan dan kesucian.
53

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Erti muslim ialah selamat. Selamat dirinya dan orang lain dari gangguan mulut dan
tangan anggotanya. Seseorang yang orang lain tidak selamat kerana kewujudan dan
kehadirannya adalah perlu untuk mengesyaki dirinya samada betul-betul muslim atau
tidak.
2. Kewujudan muslim di dunia ini amat penting. Ia akan memberi gambaran kepada
manusia lain apakah rupa bentuk ISLAM yang telah turun kepada Nabi Muhammad saw.
Oleh itu kewujudan mereka perlu di pelihara kerana setiap dari mereka adalah berharga
walaupun mereka kadangkala tidak mengamalkan Islam pada sesetengah perkara.
Tetapi mereka mungkin menyumbang juga untuk Islam dalam bentuk kewujudan,
meramaikan, doa, sokongan kewangan yang tidak disedari dan ICT yang senyap. Juga
mungkin melalui undi yang mereka berikan. Juga mungkin anak dan zuriat mereka akan
melahirkan anak-anak yang soleh. Oleh itu adalah haram mengapa-ngapakan seorang
muslim dan menghapuskan kewujudan mereka.
3. Tetapi bila seorang muslim telah hilang peranan, mengganggu dan merosakkan Islam
lebih dari pro kewujudannya, maka pada ketika itu hukuman yang patut di jatuhkan juga
adalah setimpal.
4. Kematian mesti dilaksanakan terhadap orang yang telah bukan saja memberikan
gambaran buruk kepada Islam, bahkan telah mengganggu suasana hidup aman harmoni
orang lain.
5. Orang yang berzina sedangkan dia telah mengetahui dan mempunyai hubungan yang
halal adalah suatu yang tidak patut di dalam masyarakat. Membenarkan style hidup ini
menjadi lumrah dan tidak mengapa adalah satu yang apa-apa. Menganggap zina
sebagai masalah peribadi adalah satu kesilapan. Ia akan membiak kepada manusia lain
dan menganggap ia tidak salah dan besar.
Oleh itu ia mesti dikutuk, tidak dibenarkan tumbuh, lahir dan membiak, menjadi satu
lumrah dan biasa dalam kehidupan. Oleh itu pelakunya tidak dapat di benarkan hidup
bebas. Tambahan pulak perlakuan ini tidak dapat di atasi kecuali dengan hukuman yang
telah ditetapkan oleh Allah yang MAHA Mengetahui.
6. Membunuh manusia lain juga adalah satu kesalahan masyarakat. Tidak boleh
dibenarkan ia berleluasa. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah saranan Allah
yang menjatuhkan qisas kepada pelakunya. Keberaniannya menghapuskan satu nyawa
perlu dituntut dan perlu diganti dengan nyawa juga. Jika ini dilaksanakan, nescaya
manusia akan berfikir puluhan kali untuk melakukan kesalahan ini.
7. Meninggalkan agama walaupun terdapat perbezaan pendapat di dalam masalah ini
adalah suatu yang besar dan mengganggu masyarakat. Masyarakat tidak boleh dibiarkan
sewenangnya untuk meninggalkan agama dan menjadikan ianya sebagai satu permainan
dan remeh. Agama adalah tanda pegangan. Ia dikaitkan dengan kelompok dan jamaah
sebagaimana di dalam hadis di atas. Oleh itu dia perlu dihukum dengan seberat-

54

beratnya terutama bila dia berani mengiklan, mengajak dan menganjurkan orang lain
untuk mengikut perbuatannya, samada secara langsung atau tidak langsung.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Nyawa seorang muslim dilindungi

: 4 : 93

2. Hukuman dalam Islam sebagai bagian dari perlindungan: 2 : 179

55


HADITH KELIMA BELAS







.


][

Kosa kata / :


(): (hendaklah) dia

)(

) (

diam

: jiran -(nya)

Terjemah hadith /

: memuliakan
: tamu-(nya)

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: Siapa yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam. Siapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya dan barangsiapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pokok perbincangan hadis:


1) Pergaulan yang baik:
Perlunya menyebarkan kasih sayang dan mengeratkan ikatan mahabbah sesama ummat
islam dan manusia.
2) Menjaga Lidah :
a. Caranya ialah dengan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Sekiranya
perkara itu harus dan tidak membawa kepada apa-apa kebaikan, maka diam adalah
lebih baik.
b. Jika ia membawa kepada kebaikan, maka ketika itu bercakap adalah lebih baik.
3) Memuliakan Jiran

a. wasiat mengenai jiran - terdapat banyak hadis lain yang menceritakan tentang jiran.
Antaranya ialah wasiat jibril pada Nabi saw sehingga Nabi saw menyangka jiran boleh
mewarisi selepas kematian baginda saw.

56

b. Larangan menyakiti jiran terdapat juga hadis-hadis yang melarang untuk menyakiti
jiran, menaikkan rumah dan menutup angin ke rumah jiran.
c. Cara ihsan kepada jiran antaranya ialah dengan memberi hadiah, memberi salam,
senyum ketika berjumpa, menolong ketika susah dll.
d. Martabat jiran :
i)

Jiran Muslim yang mempunyai pertalian keluarga hak jiran, hak Islam dan
hak kerabat.

ii)

Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.

iii)

Jiran Bukan Muslim - hak jiran.

4) Memuliakan Tetamu :
a. Hukumnya adalah wajib dalam tempoh tiga hari. Selepas dari 3 hari, ia menjadi sunat.
Walaupun bagaimanapun terdapat khilaf pendapat dalam masalah ini.
b. Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim yang
melayani tetamunya (malaikat) Hud 11:69-71.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Iman terkait langsung dengan kehidupan sehari-hari.


2. Islam menyeru kepada sesuatu yang dapat menumbuhkan rasa cinta dan kasih
dikalangan individu masyarakat muslim.
3. Termasuk kesempurnaan iman adalah perkataan yang baik dan diam dari selainnya.
4. Berlebih-lebihan dalam pembicaraan dapat menyebabkan kehancuran, sedangkan
menjaga pembicaraan merupakan jalan keselamatan.
5. Islam sangat menjaga agar seorang muslim berbicara apa yang bermanfaat dan
mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap keadaan.
6. Tidak memperbanyak pembicaraan yang diperbolehkan, kerana hal tersebut dapat
menyeret kepada perbuatan yang diharamkan atau yang makruh.
7. Termasuk kesempurnaan iman adalah menghormati tetangganya dan memperhatikanya
serta tidak menyakitinya.
8. Wajib bercakap ketika diperlukan, khususnya jika bertujuan menerangkan yang haq dan
beramar maruf nahi munkar.
9. Memuliakan tamu termasuk diantara kemuliaan akhlak dan petanda komitmennya
terhadap syariat Islam.
10. Anjuran untuk mempergauli orang lain dengan baik.

57

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Iman dan amal adalah dua perkara yang tidak dapat di pisahkan. Seorang mukmin akan
tertolak untuk melaksanakan amal soleh kerana iman yang dimiliki dan dipeganginya.
Oleh itu setiap suatu yang ditolak oleh imannya, akan sentiasa diintai-intai untuk di
amalkan.
2. Yakin dengan hari akhirat dan mati adalah penolak kuat untuk seorang mukmin itu
beramal. Cukup baginya penolak iman untuk dia melakukan suatu yang tidak mungkin
dilakukan oleh orang lain, walaupun perkara tersebut kelihatan merugikannya.
3. Bercakap baik, memuliakan jiran dan memuliakan tetamu adalah antara perkara yang
tidak menguntungkan pelakunya, jikalau tidak kerana timbal balik yang mungkin akan
diperolehinya. Jika timbal balik tidak diperolehi, ia jarang dilaksanakan oleh manusia.
Timbal balik mungkin dalam bentuk akan dilayan serupa, mendapat tempat dan pujian,
disegani kerana percakapan hebat dan mulia dan lain-lain.
4. Mukmin tidak sekali inginkan itu semua. Yang penting ialah Islam dipandang mulia
kerana amalinya dan juga perbuatan itu akan dapat menarik manusia kepada Islam yang
sukar diterima oleh manusia.
5. Rabtul Am (hubungan umum), tawassul ijtimaI (perhubungan dengan masyarakat) dan
perkara yang sama dengannya adalah satu yang sangat penting di dalam pergerakan
dakwah dan tarbiah. Masyarakatlah yang akan menyokong fikrah Islam yang kita bawa
dan seru nanti. Walaupun orang ramai kemungkinan tidak akan menyertai gerakan
dakwah, namum masyarakat perlu dibentuk supaya memahami, menyukai dan
menyokong setiap fikrah Islam yang kita bawa. Oleh itu watak, imej dan kewujudan
dakwah perlu dinampaki oleh masyarakat. Keunggulan Nabi Muhammad saw sebelum
membawa Islam yang digelar al-amin perlu di tauladani oleh kita semua.
6. Namun ia bukan beerti kita akan membuat fokus khusus kepada masyarakat semasa
awal pembinaan dakwah dan tarbiah. Ianya perlu dilakukan sepanjang masa kerana para
daI memang sentiasa bersama masyarakat di dalam belajar, kerja, kehidupan seharian
dan saudara mara. Oleh itu daI Islam hendaklah mempergunakan semua masanya
bersama masyarakat untuk digunakan membawa fikrah kepada manusia dan membawa
manusia kepada Islam. Itulah yang dikatakan rabtul am ! Tidak semestinya ia
mengadakan projek khusus atau program khusus Islam untuk masyarakat.
7. Bercakap adalah cara utama untuk menyampaikan mesej Islam. Jika seorang muslim
menganggap sudah tidak ada apa yang akan diperkatakan, maka ia adalah silap. Sangat
ramai manusia yang tidak mengetahui dan memahami apa yang dikatakan Islam dengan
betul. Oleh itu perlu diungkapkan kata demi kata. Tidak ada masa untuk berdiam diri dan
bisu. Jika dia seorang diri, ada alat-alat yang membolehkan dia berkata-kata samada
melalui SMS, Whatapps, Line, Chatting, Facebook, Youtube dll.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


Iman dan pengaruhnya dalam prilaku keseharian:
1. Menjaga perkataan

: 50 : 18,

2. Hubungan baik dengan tetangga

: 4 : 36,

58

3. Sikap mulia terhadap tamu

: 51 : 24-27

59


HADITH KEENAM BELAS



] [

:




Kosa kata / :


)(

: nasihatilah (aku)

: (engkau) marah

Terjemah hadith /

: Jangan
: mengulanginya
: berkali-kali

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah
sholallohu alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah aku. Beliau bersabda: Jangan engkau
marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda: Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhari )

Pokok perbincangan hadis:


i) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.
ii) Marah/murka Allah telah thabit sifat ini ada pada Allah dan tidak boleh ditawil lagi, (alFath:6) (Thoha : 81) - Cuma apa yang perlu diyakini ialah sifat marahNya tidak sama dengan
makhluk.
iii) Sifat marah yang dicela ialah marah yang lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu dan
diiringi dengan maki hamun, mencela, memukul dll.
iv) Sifat marah yang dipuji ialah apabila marah untuk mempertahankan yang haq, bila melihat
kemungkaran dan berdepan dengan apa yang dibenci oleh Allah. Contohnya ialah kisah Nabi
Musa as memarahi kaumnya yang telah menyembah anak lembu, Kesah Nabi Yunus as bersama
kaumnya dll.
v) Cara untuk menghilangkan sifat marah:
a. Doa - agar dibimbing oleh Allah.
b. Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
60

c. Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran,


pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
d. Tawiz dari syaitan dan ambil wudhu.
e. Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
f. Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Anjuran bagi setiap muslim untuk memberikan nasihat dan mengenal perbuatan-perbuatan
kebajikan, menambah wawasan ilmu yang bermanfaat serta memberikan nasihat yang baik.
2. Larangan marah.
3. Dianjurkan untuk mengulangi pembicaraan hingga pendengar menyedari kepentingnya dan
kedudukan perkataan itu.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Emosi dan apa yang lahir dari seseorang adalah antara cara penentu kepada penerimaan
seseorang terhadap fikrah yang kita bawa. Kadangkala pengertian yang baik tetapi jika
disampaikan dalam bentuk yang tidak dapat diterima akan menyebabkan penolakan yang
tidak sepatutnya.
2. Oleh itu pembinaan hubungan yang baik sebelum memulakan dakwah dan penyampaian
adalah penting dan lebih perlu didahulukan. Ianya boleh dilakukan melalui penyerlahan
identiti, gaya, cara cakap, sikap, karisma dan penampilan. First Impression kemungkinan
menjadi penentu sesuatu fikrah dapat di terima atau tidak.
3. Sesuatu itu hanya akan menjadi sikap luaran dan tidak disertai ikhlas dan tulus jika ianya
hanyalan lakunan dan hiasan. Barat telah berpura-pura untuk mendekorasikan cara, layanan
dan tunjukmuka yang baik tetapi keikhlasan ini dipertikaikan kerana kebanyakannya datang
dari upahan kewangan atau sebab duniawi yang bukannya iman hakiki. Kesopanan dan
penghargaan hanya disebabkan style cara hidup dan bukannya dari keimanan kepada yang
ghaib, dosa pahala dan pembalasan akhirat. Mukmin hendaklah berbeza dari ini semua
kerana setiap perlakuan dan sikapnya hendaklah datang dari iman yang berada di hatinya.
4. Perasaan marah dan kelahiran tanda marah adalah naluri manusia yang datang dari nafsu
ego. Ianya tidak boleh dihilangkan langsung tetapi perlu dialirkan dan disalurkan ke saluran
yang betul dan didatangi dari sebab yang betul. Cara kelahiran marah juga perlu dikontrol
agar ianya menepati kehendak Allah.
5. Pesanan Nabi saw agar kita tidak marah adalah nasihat besar yang ditujui kepada setiap kita
dan berbeza mengikut kadar naluri yang ada. Penjagaan dari marah dalaman dan apatahlagi
luaran adalah penting untuk kepentingan dakwah dan tarbiah.

61

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Meninggalkan sifat pemarah : 3 : 159, 3 : 134

62


HADITH KETUJUH BELAS

][
.

Kosa kata / :

: cara membunuh

)(

: pisau- (nya) / alat

: berlaku baik
: cara menyembelih

) (: (kalian) membunuh
) (: (kalian) menyembelih
: mengasah/
menajamkan

menyembelih

: senangilah
)(: haiwan
sembelihan(nya)

Terjemah hadith /

Dari Abu Yala Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya
Allah telah menetapkan ihsan atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka ihsanlah dalam
bunuhan itu. Jika kalian menyembelih, ihsankanlah dalam hal itu. Hendaklah kalian menajamkan
pisaunya dan rehatkanlah haiwan sembelihannya. (Riwayat Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Syariat Islam menuntut perbuatan ihsan kepada setiap makhluk termasuk diantaranya
adalah haiwan.
2. Tidak boleh menyiksa dan merusak tubuh sebagai sasaran dan tujuan, tidak juga boleh
menyiat-nyiat orang yang dihukum qisas.
3. Termasuk ihsan juga berbuat baik terhadap haiwan ternak dan belas kasih terhadapnya.
Tidak boleh membebaninya di luar kemampuannya serta tidak menyiksanya ketika
menyembelihnya.

63

Pokok perbincangan hadis:


1. Hukum Ihsan - wajib - mengikut istilah kitabah=diwajibkan yang digunakan. (Sama seperti
di dalam al-Baqarah:183, al- Nisa: 103 dll).
2.

Beberapa pengertian Ihsan:


a. memberi manfaat kepada yang lain - ada yang wajib/ ada yang sunat.
b. teliti & sungguh-sungguh - dalam masaalah melakukan ibadah wajib secara zahir
dan batin (yang paling sempurna).

3.

4.

Ihsan dalam hukuman bunuh ;


a.

perelokkan cara bunuh tersebut dengan menggunakan cara yang


paling mudah dan paling cepat mati.

b.

tujuannya untuk tidak menyiksa orang yang kena bunuh itu.

c.

cara terbaik untuk manusia - penggal leher (kajian saintifik antara


letrik, suntikan, gantung dan tembakan)

Ihsan pada sembelihan :

Dengan menjaga syarat-syarat wajib dan yang sunat seperti berikut :


a. Alat yang digunakan mestilah tajam - (bukannya tulang atau kuku).
b. Putus tiga urat (serentak) - halqum, marih dan wadajain.
c. Membaca bismillah (al-Anam: 121)
d. Berkeahlian untuk sembelih - muslim, beraqal, baligh atau ahli kitab.
e. Tidak mengacukan mata pisau atau lainnya di hadapan binatang tersebut.
f. Tidak memotong mana-mana bahagian binatang itu sehinggalah telah
sempurna matinya - tidak pula melampau semasa menyembelih (putus
kepala).

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Dai perlu mencari kesempurnaan dalam setiap kerjanya, samada untuk dakwah dan
tarbiahnya dan juga duniawinya yang juga tidak terpisah dari dakwahnya. Pensyariatan
sunat, afdhal, lebih baik dan lebih utama adalah tanda betapa deen ini betul-betul
menuntut dan memberi ruang luas kepada sesiapa yang ingin sempurna dan lebih baik.
Agama ini bukan hanya mengandungi ajaran buat atau tidak buat sahaja.
2. Ala kadar atau sekadar cukup makan adalah bukan sifat muslim apatahlagi sifat dai.
Mukmin adalah haqqa tuqatih sebaik-sebaik dan semampu mungkin. Sifat ala kadar ini
menjadikan kita merasai kenyang, puas dan cukup dengan apa yang ada dan dengan apa
yang telah dibuat. Sedangkan jahiliyyah disekeliling sentiasa mencari kehebatan, perfectness
dan high determination. Apakah islam akan tampak dah kelihatan kalau hanya cukup
dengan berlaku dan telah di buat?
3. Nabi saw membawa contoh yang mungkin tidak terpandang oleh kita. Menyembelih
binatang yang tidak berapa lama lagi akan mati sepatutnya tidak perlu dikasihani. Begitu
juga mereka yang telah thabit akan dibunuh, tidak perlu sangat untuk di layani dengan baik
64

dalam pembunuhannya. Tidak ada beza antara 2-10 saat masa matinya. Tetapi pengelokan
semasa membunuh dan menyembelih adalah diminta oleh Rasul saw.
4. Dalam semua amal dakwah dan tarbiah, setiap kita perlu membuat terbaik dan mengambil
apa cara yang terbaik walaupun dari si kafir. Pengurusan, cara sentuhan, pengendalian dan
penggunaan alat terkini adalah dituntut demi untuk mencapai ihsan ini.
* Sila lihat dan baca buku : Qabasat minar-Rasuul, oleh Prof Muhammad Qutb tentang hadis ini.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Profesionalisme : 28 : 77
2. Berbuat baik hingga kepada seluruh makhluk (ihsan) : 2 : 195

65


HADITH KEDELAPAN BELAS


][

Kosa kata / :

) (

: keburukan
: Ikutilah
) (: menghapus-(nya)

: pergaulilah
() : (dengan) akhlak

: Bertakwalah
(kepada Allah)

Terjemah hadith /

: Dimana saja

Dari Abu Zar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman, Muaz bin Jabal radhiallahu 'anhuma dari
Rasulullah saw beliau bersabda : Bertakwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, iringilah
keburukan dengan kebaikan niscaya ia akan menghapuskannya dan pergauilah manusia dengan
akhlak yang baik
(Riwayat Turmuzi, dia berkata hadithnya hasan, pada sebagian cetakan dikatakan hasan sahih).

Pokok Perbincangan Hadis :


1. Taqwa adalah wasiat Allah yang Agong:
a. untuk orang-orang terdahulu & kemudian (an-Nisa: 131).
b. Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini iaitu dengan taqwa. (Aali Imran : 102).
(an-Nisa: 1), (al-Ahzab:70) .
2. Taqwa
a. Sesuatu yang diletakkan oleh seseorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti
dari Allah iaitu murkaNya, pembalasanNya dan azabNya.

66

b. juga termasuk dalam taqwa ialah melakukan perkara wajib dan meninggalkan yang
haram.
3. Kelebihan sifat ini :
a. Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga.
b. Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya.
c. Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.
d. Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa.
e. Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat.
f. Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.
4. Taqwa yang dikehendaki :
a. ketika sunyi dan juga terang-terangan - rasa diperhatikan oleh Allah.
b. Jika tidak merasai muraqabah Allah walaupun dalam satu ketika, ini beerti ada
penyakit hati. (an-Nisa:108).
5. Maksud perkara yang baik memadamkan yang jahat:
a. Setengah pendapat mengatakan hasanah di dalam hadis ini bermaksud
taubat (an-Nisa:17).
b. Maksud taubat yang dikehendaki ialah Taubat Nasuha -jumhur (alFurqan:69)
c. Hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik. Dosa
besar hanya akan terhapus dengan taubat nasuha.
d. Dalil terhapus dosa kecil dgn taubat.(an-Nur:31).
6. Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa;
a. Antara tanda sempurna iman seseorang ialah tidak ada padanya sifat-sifat
mazmumah.
7. Cara memperelokkan akhlak:
a. mengambil qudwah dari nabi saw.
b. Mempelajari sirahnya - cara adab dengan Allah, adab dengan sesama
manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Takwa kepada Allah merupakan kewajiban setiap muslim dan ia merupakan asas
diterimanya amal soleh.
2. Bersegera melakukan ketaatan serta merta setelah keburukan, kerana kebaikan akan
menghapus keburukan.
3. Bersungguh-sungguh menghias diri dengan akhlak mulia.
4. Menjaga pergaulan yang baik merupakan kunci kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan di
dunia dan akhirat. Hal tersebut dapat menghilangkan kesan negatif pergaulan.
67

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Kesalahan dan dosa adalah suatu yang tidak dapat tidak bagi seseorang manusia. Tetapi
perasaan terhadap dosa itulah yang membezakan antara seorang muslim mukmin dengan
seorang munafiq atau fasik yang tidak menghiraukan agama. Muslim sangat takut dengan
dosanya dan merasai ia tidak akan selesai tanpa taubat nasuha dan sungguh-sungguh.
Munafiq pula tidak merasai apa-apa dengan dosanya atau hanya merasai ianya hanyalah
seekor lalat yang melintas dan hinggap di hidungnya.
2. Oleh itu mukmin sentiasa akan mencari jalan bagaimana untuk bertaqwa kepada Allah
dalamana keadaan, dimana, dengan siapa dan bagaimana jua. Tidak ada masa yang terlepas
tanpa ia dapat bertaqwa dan mempergunakan untuk jalan Allah. Jalan taqwa sangat banyak
dan terbentang luas tanpa terikat dengan tempat atau pakaian, style dan masa tertentu.
3. Dosa perlu ditakuti dan kemudiannya juga perlu diimbangi balik dengan kebaikan. Muslim
yang telah terdosa samada sengaja atau dibuat tanpa sedar dan ilmu perlu mencari jalan
untuk memperbanyakkan kebaikan selepas itu untuk membalas dendam kerana dosanya
itu. Ia perlu mencari kebaikan-kebaikan untuk memijak jiwanya yang kotor dan jahat
sebentar tadi.
4. Baik dan menampakkan baik adalah perlu untuk menunjukkan model Islam kepada manusia
dan kemudiannya menarik manusia itu kepada Islam. Menampakkan baik perlu kepada
manusia yang berintraksi dengan orang lain. Intraksi ini hendaklah berhadaf dan sentiasa di
ingatkan agar tidak terlarut dan menjadi sebaliknya (fitnah kepada Islam).

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


1. Takwa, bekal disetiap tempat dan waktu : 2 : 197
2. Akhlak mulia

: 68 : 4

68


HADITH KESEMBILAN BELAS




:

:


















[ : :





].






()
) : (aku) ajarkan (engkau
) : dihadapan-(mu()
: berkumpul.

()
()

: mendatangkan
)bahaya (kepadamu
: pena-pena, bentuk

jamak dari

: bentuk jamak dari


yaitu: catatan.

: Kosa kata /
: dibelakang
: Peliharalah

/jagalah

)
(

: (engkau) minta
pertolongan
: kering

()

()

: memberikan
)manfaat (kepadamu
: diangkat

()

Terjemah hadith /

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahu 'anhuma, beliau berkata : Suatu ketika aku
berada dibelakang Nabi shollallohu alaihi wa sallam. Beliau bersabda : Wahai budak, aku akan
mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah
Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika
69

kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika
satu umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu sesuatu, mereka tidak akan dapat
memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu. Jika mereka
berkumpul untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu
kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah
kering.
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : Hadithnya hasan sahih).
Dalam sebuah riwayat selain Turmuzi dikatakan : Jagalah Allah, niscaya engkau akan
mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senang, niscaya Dia akan mengenalmu di
waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan
apa yang ditetapkan akan menimpamu maka ia tidak akan luput darimu. Ketahuilah bahwa
kemenangan bersama kesabaran, pelepasan itu datang selepas kesukaran dan kesulitanitu akan
ada bersamanya kemudahan.

Pokok Perbincangan Hadis :


1. Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu:
a. melaksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan,menjaga
batas-batas dan hak-hak yang ditetapkan oleh Allah. Contoh:
a. solat(Al-Baqarah: 238)
b. Maruah-(Al-Ahzab: 35).
c. Janji dengan Maghfirah dan pahala yang besar.
b. Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi kesihatan/anak/keluarga/harta.
c. dipelihara din & iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara
haram.
2. Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:
a. jaga hak Allah pada diri dan keluarganya - menepati Quran dan Sunnah.
b. dalil bantuan/Allah bersama- Kisah nabi Musa dan Harun bersama
Firaun(an-Nahl : 128), Nabi bersama Abu Bakar di Gua Thur (at-Taubah :
40), (al-Mujadalah : 7 ).
3. Meminta pertolongan hanya pada Allah:
a. Memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat
adalah wajib ke atas orang muslim. (Al-Fatihah : 5)
b. Meminta hanya kepada Allah adalah dikira sebagai ibadah. Dicop oleh
Allah orang yang tidak meminta darinya sebagai Takabbur (Ghafir : 60).
c. Larangan meminta sedekah (Al-Baqarah: 272), Berhajatnya seorang
hamba hanya layak ditujukan kepada Allah.
d. Bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.

70

4. Beriman kepada Qadho dan Qadar :


a. Nabi bersabda : Sesungguhnya Allah telah menetapkan Taqdir semua makhluknya
50 ribu tahun sebelum diciptakan langit dan bumi. (Muslim)
b. Makhluk yang pertama diciptakan Allah ialah Qalam kemudian dikatakan
kepadanya : Tulislah..maka ia menulis sejak saat itu sehingga hari Qiamat. Riwayat
Imam Ahmad.
c. Tidak akan ditimpa sesaorang hamba dari kebaikan atau keburukan kecuali apa yang
telah di takdirkan ke atasnya. Dalilnya (At-Taubah : 51)
5. Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .
a. Caranya dengan melaksanakan kewajiban dan meninggalkan larangan ketika senang,
aman, sihat, kaya dan kuat.
b. Memperbanyakkan yang nawafil (sunat) untuk dekatkan diri padaNya.
c. Allah akan ingat kita ketika bersangatan susah, kesempitan dan sakit.
d. Nabi Muhammad ketika di Gua Thur, Badar, Ahzab d.l.l
e. Nabi Yunus ketika dalam perut ikan.
6. Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal : 66).
a. Allah menjelaskan betapa fiah yang kecil bilangannya dapat mengalahkan fiah yang
besar jumlahnya dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar.
b. Sabar adalah sifat yang hebat, seorang muslim amat perlu kepada sabar untuk
melaksanakan suruhan Allah.
a. Bala yang menimpa seorang muslim.
b. Mehnah di jalan Dakwah.
c. Untuk meninggalkan syahawaat dan yang haram.
d. Menjaga ketaatan kepada Allah.
c. Semuanya berhajat kepada Sabar, kerananya perlukan mujahadah melawan
kepayahan dan kebencian.
7. Bersama Bala (karb) itu ada jalan keluar:
a. Akibat dari musibah dan mehnah yang berterusan ke atas orang muslim
menyebabkan dunianya terasa sempit, murun dan sedih. Sekiranya dia muhasabah,
sabar dan yakin apa yang menimpanya adalah ketentuan qadho dan qadar Allah
serta tidak putus asa dengan Allah nescaya akan datang jalan keluar.(Baqarah:214).
b. Saat-saat keperitan memuncak :
a. Anak Adam (Qabil dan Habil).
b. Nabi Nuh dengan bah besar.
c. Nabi Ibrahim semasa dibakar dan saat menyembelih anaknya Ismail.
d. Musa ketika dikejar Firaun dan tenteranya.
71

8. Bersama kepayahan ada kesenangan (As-Syarh). Kenapa Allah jadikan bersama kesenangan
itu kepayahan?
a. Agar hambanya bergantung harap padaNya. Ikatan akan bertambah erat bila
keperitan makin kuat dan mendesak.
b. Seorang hamba akan bertawajjuh kepada Tuhannya dengan lurus dan ikhlas, kerana
itulah satu2nya jalan untuk menghilangkan kepayahan itu.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Perhatian Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam dalam mengarahkan umatnya serta


menyiapkan generasi mumin idaman.
2. Termasuk adab pengajaran adalah menarik perhatian pelajar agar timbul keinginannya
terhadap pengetahuan sehingga hal tersebut lebih terkesan dalam dirinya.
3. Siapa yang berterusan melaksanakan perintah-perintah Allah, niscaya Allah akan
menjaganya di dunia dan akhirat.
4. Beramal saleh serta melaksanakan perintah Allah dapat menolak bencana dan
mengeluarkan seseorang dari kesulitan.
5. Tidak mengarahkan permintaan apapun (yang tidak dapat dilakukan makhluk) selain kepada
Allah semata.
6. Manusia tidak akan mengalami musibah kecuali berdasarkan ketetapan Allah taala.
7. Menghormati waktu dan menggunakannya kepada sesuatu yang bermanfaat sebagaimana
Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam memanfaatkan waktunya saat beliau berkendaraan.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Kita perlu sentiasa mengambil peluang yang ada untuk mengajarkan kebaikan kepada
manusia lain. Pengajaran tidak perlu menunggu masa selesa, duduk dan majlis. Pengajaran
tidak langsung dan sempena kadangkala lebih efektif dan dalam kesannya kepada madu
dan mutarabbi. Nabi saw menggunakan sesi semasa menunggang ini untuk mengajar dan
membina satu pemikiran yang besar kepada Ibnu Abbas r.a.
2. Merasai kehadiran Allah dalam semua keadaan adalah kemuncak dari iman yang mendalam.
Kehadiran dan kebesaran Allah bila telah di perolehi akan menjadikan semua perkara di
hadapan kita ini kecil dan tidak bermakna (kecualilah atas arahan dan suruhan Allah).
Makhluk langsung hilang kekuasaannya di dalam hati yang telah dipenuhi oleh kuasa Allah.
3. Perasaan kehadiran kuasa Allah ini tidak mungkin tercapai dengan angan-angan dan
pengetahuan semata-mata. Ia perlukan amali dan praktikal. Menjaga hudud (batasan) Allah
adalah antara tanda kita telah yakin dengan kekuasaan Allah. Takutnya kita untuk
melaksanakan perintah Allah di hadapan makhluk adalah tanda kita belum merasai
kebesaranNya.

72

4. Makhluk tidak mempunyai apa-apa kuasa tanpa izin dari Allah. Allah yang menggerakkan
mereka, maka bagaimana mereka mampu mengatasi kuasa Allah? Perasaan ini jika telah
kuat tertanam dalam diri mukmin, maka ia akan mengubah individu ini menjadi satu insan
baru yang meletup, memancar dan meledak untuk melaksanakan arahan Allah tanpa ragu
dan takut kepada makhluk (kecuali demi menjaga kemaslahatan Islam).
5. Muslim yang yakin kepada qada dan qadar akan memandang remeh segala gertakan dan
usaha musuh Islam untuk menghalang mereka. Semua perkara telah terangkat, tidak akan
berubah lagi, dakwat telah kering untuk diubah. Cuma dia hanya tidak mengetahui apa yang
berlaku. Tetapi dia tahu apa yang dituntut darinya dari alam ghaib iaitu tuntutan syarak.
Oleh itu dai akan berterusan untuk beramal dan beramal mematuhi syarak tanpa gementar.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Menyiapkan generasi beriman

: 4 : 9, 25 : 74, 46 :15

2. Allah tempat bergantung dan berlindung : 1 : 5, 112 : 2


3. Musibah dan keberuntungan hanya datang dari Allah : 64 : 11, 9 : 51, 7 : 188, 10 : 49.

73


HADITH KEDUA PULUH


] [ .

Kosa kata / :

: diketahui, didapatkan
: kenabian
: huruf nafi, artinya: tidak ) (: (engkau)
(): (maka) perbuatlah
Terjemah hadith /

malu .

) (

: (yang engkau)

sukai

Dari Abu Masud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahu 'anhu dia berkata: Rasulullah
shollallohu alaihi wa sallam bersabda: Antara ungkapan yang telah diketahui orang-orang dari
ucapan nabi-nabi terdahulu adalah: Jika engkau tidak malu, maka perbuatlah apa yang engkau
suka. (Riwayat Bukhari)

Pokok Perbincangan Hadis :


1) Malu adalah akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).
2) Makna suruhan dalam hadis ialah:
a) Suruhan sebagai tahdid (ancaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
b) Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
c) Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara
maksiat).
3) Malu terbahagi dua:
a) yang boleh diusahakan - mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
b) yang tak boleh diusahakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg
dikehendaki(kebaikan).

74

4) Malu yang dicela - yang tidak menepati syarak ialah seperti malu bertanya tentang agama
dan kemudiannya beribadat dalam keadaan jahil.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Malu merupakan tema yang telah disepakati oleh para nabi dan tidak terhapus ajarannya.
2. Jika seseorang telah meninggalkan rasa malu, maka jangan harap lagi (kebaikan) darinya
sedikitpun.
3. Malu merupakan landasan akhlak mulia dan selalu bermuara kepada kebaikan. Siapa yang
banyak malunya lebih banyak kebaikannya, dan siapa yang sedikit rasa malunya semakin
sedikit kebaikannya.
4. Rasa malu merupakan perilaku dan dapat dibentuk. Maka setiap orang yang memiliki
tanggungjawab hendaknya memberikan bimbingan terhadap mereka yang di bawahnya.
5. Tidak boleh merasai malu dalam mengajarkan hukum-hukum agama serta menuntut ilmu
dan kebenaran . Allah taala berfirman : Dan Allah tidak malu dari kebenaran (33 : 53).
6. Diantara manfaat rasa malu adalah Iffah (menjaga diri dari perbuatan tercela) dan Wafa
(menepati janji)
7. Rasa malu merupakan cabang iman yang wajib diwujudkan.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Ajaran Nabi-nabi sejak dahulu adalah dari sumber yang satu ; ALLAH. Kadangkala perbezaan
berlaku kerana perbezaan zaman dan perkembangan hidup manusia yang telah dikehendaki
oleh Allah sejak azali untuk ianya berlaku. Perkembangan ini memerlukan Rasul, Nabi dan
syariat yang agak berbeza dari sebelumnya. Namum deen dan agama yang dibawa mereka
adalah tetap sama iaitu membawa manusia kembali tunduk kepada Allah yang esa.
2. Oleh kerana deen dan ajaran mereka adalah sama, maka pokok ajaran juga adalah sama
walaupun berlaku sedikit kelainan dalam amalan. Banyak persamaan pada prinsipnya
kerana manusia tetap juga manusia. Yang berubah hanya bentuk kehidupan dan
kemudahan. Malu adalah satu prinsip yang tetap wujud dan ada di dalam jiwa manusia
walaupun pelbagai cara dibuat dan digunakan untuk menghilangkan sifat naluri ini.
3. Malu ada baik dan buruknya. Malu biar bertempat. Tetapi tanpa kewujudan sifat malu,
hilanglah segala alat untuk menahan seseorang dari melakukan sesuatu yang buruk. Ketika
manusia telah hilang sebahagian dari akalnya samada secara mabuk atau penyakit, bermula
proses hilang malunya dan dia akan mula melakukan sesuatu yang tidak normal atau
memalukan.
4. Malu yang berlebihan pula akan menghalang dari melakukan kebaikan atau menyerlahkan
segala kelebihan atau akan menahan dari menegur kesalahan dan mungkar. Di sini malu
tidak dibenarkan kerana ia bukan suatu yang diperlukan.

75

5. Kadangkala Nabi saw menggunakan uslub perli atau reverse saikologi. Buatlah apa yang
kamu suka bukan beerti boleh dibuat tetapi ia beerti mengherdik pembuatnya. Kadangkala
uslub direct tidak disedari atau tidak kuat untuk menghalang pembuat keburukan. Mencari
pelbagai uslub untuk difahami maksud yang ingin disampaikan adalah perlu dibuat dan
digunakan.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1) Menumbuhkan rasa malu sesuai tempatnya : 33 : 53

76


HADITH KEDUAPULUH SATU


:
:

:



:




.

][

Kosa kata / :
: istiqomah-lah, berpegang
teguhlah.

: (aku) bertanya

Terjemah hadith /

Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- : Abu Amrah, Sufyan bin Abdillah Ath-thaqofi
radhiallahuanhu dia berkata, aku berkata : Wahai Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam, katakan
kepada aku tentang Islam, satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan kepada seorangpun
selainmu. Beliau saw bersabda: Katakanlah: aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah .
(Riwayat Muslim).

Pokok Perbincangan Hadis :


1. Makna Istiqomah :
a. perbetulkan aqidah dan beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
b. Imam Qurtubi berkata: Bila dibetulkan Itiqad, kata-kata dan perbuatan, maka itu adalah
beriltizam. (Fusshilat : 30).
2. Kelebihan Istiqomah :
a. diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
b. diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
c. dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
d. didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).
3. Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
a. perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepati syara (Hud : 112).
4. Jenis istiqomah:

77

a. Istiqomah Hati : sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah
yg lain.
b. Istiqomah Lidah :
i. sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
ii. sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra : 36).

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Iman kepada Allah taala harus mendahului ketaatan.


2. Amal saleh dapat menjaga keimanan
3. Iman dan amal saleh keduanya harus dilaksanakan.
4. Istiqomah merupakan derajat yang tinggi .
5. Keinginan yang kuat dari para shahabat dalam menjaga agamanya dan merawat
keimanannya.
6. Perintah untuk istiqomah dalam tauhid dan ikhlas beribadah hanya kepada Allah semata
hingga mati.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Bertanya adalah tanda keperluan dan keinginan. Berani bertanya adalah tanda
kesungguhan dan kemampuan menolak malu. Tidak menyoal adalah tanda kefahaman
atau mungkin juga masih wujud barrier penghalang. Ia juga mungkin menunjukkan sifat
malu masih kuat dan belum dibuang.
2. Bertanya pada perkara yang patut menghasilkan banyak kefahaman dan membetulkan
silap faham. Tidak bertanya meninggalkan pendengar dalam kebingungan dan kabur
blur. DaI dan murabbi perlu sensitif terhadap yang bertanya dan yang lansung tidak
bertanya.
3. Terlebih tanya pula juga akan mengganggu yang ditanya. Ia juga mungkin akan
melahirkan suatu yang lebih berat. Larangan quran terhadap ini perlu di amali sungguhsungguh (Al-Maidah 5:101, al-Mujadilah 58:13).
4. Dorongan bertanya juga perlu ditelitii sebelum bertanya. Adakah ia datang dari hati
ingin tahu untuk di amalkan atau datang dari hati yang tidak ingin untuk beramal. AlQuran menceritakan hal Bani Israel dan lembu yang menghasilkan surah al-Baqarah.
Soalan dan permintaan mereka menjadi tanda bukti kecerewetan dan kesongean
mereka sendiri (al-Baqarah 2:67-71)
5. Tidak semua muslim sama. Ada yang boleh memahami perkara yang berat dan detail
tetapi terdapat sesetengah mereka inginkan mudah dan simple. DaI dan murabbi perlu
78

meraikan semua bentuk ini dan memberi jawaban mengikut keperluan madu dan
mutarabbi tersebut.
6. Kesimpulan islam ialah iman dengan penuh yakin dan sanggup mengiklankan kepada
orang lain dan keduanya selepas itu beramal dengan sungguh-sungguh dengan apa yang
diperintahkan. Tanpa salah salah satunya atau tanpa melaksanakan keduanya dengan
penuh lengkap, maka ia dianggap belum memenuhi ciri-ciri mukmin muslim yang
dimintai oleh badwi tersebut.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /

1. Bertanya untuk mendapatkan kebaikan : 2 : 149, 2 : 512, 2 : 217, 2 : 219, 2 : 219, 2 :220.
2. Iman dan istiqomah : 41 : 30, 46 : 13, 72 : 16, 15 : 99

79


HADITH KEDUAPULUH DUA




( adakah/apakah) :







( tu:saya)
. :

][

Kosa kata / :

: Shalat-shalat

fardu

)
: (aku)
(

mengharamkan

Terjemah hadith /

)
( : (aku)

menghalalkan

: Apakah

Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al Anshary radhiallahuanhuma : Seseorang bertanya kepada
Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam, seraya berkata : Bagaimana pendapatmu jika aku
melaksanakan shalat yang wajib, berpuasa Ramadhan, Menghalalkan yang halal dan
mengharamkan yang haram1) dan aku tidak tambah sedikitpun, apakah aku akan masuk surga ?.
Beliau bersabda : Ya.
(Riwayat Muslim)

Pokok Perbincangan Hadis :


1. Yang bertanya ialah :
Numan bin Qauqal(sahabat) - menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud.Keimanannya
terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi
tentang hadis ini.
2. Menunaikan Solat Fardhu :
1. Maksud mengharamkan yang haram adalah: menghindarinya dan maksud menghalalkan yang halal adalah :
mengerjakannya dengan keyakinan akan kehalalannya .

80

- wajib berjamaah di masjid - pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang khilaf.
- solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (( Isyak dan Subuh)) - kalau mereka tahu
fadhilatnya nescaya mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun dalam keadaan
merangkak.(antara fadhilat isya berjemaah: mcm bangun separuh mlm atu,klu subuh berjemaaah,
mcm menghidupkan seluruh malam)
3. Wajib puasa Ramadhan.
4. Yakin - mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah - hukumnya kufur.
5. Yakin - menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah - hukumnya kufur.- sebab telah
mengubah hukum Allah
6. Bentuk-bentuk haram diungkapkan dengan nama yang berlainan:
i) Larangan (nahyu) - misal (Hujuraat : 12 )
ii) Janji buruk ke atas pembuat (waiid) - (Aali Imran : 77 ).
iii) Lafaz tahrim - An-Nisaa : 23 ) .
7. Penghalalan dan pengharaman adalah hak Allah - dia yang mengetahui apa yang baik bagi
manusia di dunia dan di akhirat - sesiapa yang menceroboh haknya-hak menghalal dan
mengharamkan - akan diazab.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada ulama tentang syariat Islam, tentang
kewajibannya dan apa yang dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal tersebut tidak
diketahuinya.
2. Penghalalan dan pengharaman merupakan aturan syariat, tidak ada yang berhak
menentukannya kecuali Allah taala.
3. Amal saleh merupakan sebab masuknya seseorang kedalam syurga.- tak cukup sekadar
dua kalimah syahadah,amal adalah buah/bukti kpd keimanan
4. Keinginan dan perhatian yang besar dari para shahabat serta kerinduan mereka
terhadap syurga serta upaya mereka dalam mencari jalan untuk sampai kesana.- kita
kena ambil semangat dari sahabat,sahabat sebagai motivation.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Jawaban Nabi saw berbeza ketika menjawab soalan pelbagai dari orang yang pelbagai
lapisan dan latarbelakang. Ini menunjukkan keseriusan daI dalam memahami waqi
orang yang berada di hadapannya-tengok watak madu tani. Tidak semua manusia sama.
Hati, perasaan, latarbelakang, pengetahuan dan segala persekitaran hidupnya
membentuk manusia yang pelbagai. Oleh itu apa yang akan diberi, jawaban yang akan di
jawab dan cara pengendalian mereka adalah berbeza. Seriusan ertinya meletakkan

81

sungguh-sungguh sesuatu pada tempatnya dan menentukan suatu yang perlu dibuat itu
dibuat dengan betul dan memenuhi.
2. Di dalam soalan yang lain, Nabi saw tidak dapat menerima seseorang yang akan masuk
syurga tanpa adanya jihad dan infaq: jika tanpa sedeqah
dan tanpa jihad, maka bagaimana kamu akan masuk syurga? Soalan ini menunjukkan
syurga bukan suatu yang mudah di capai bahkan memerlukan pengorbanan harta dan
tenaga/nyawa. (Hadis petikan dari satu hadis yang panjang riwayat Hakim 6/30, Ahmad
48/38, Majma al-Zawaid 1/47, Baihaqi 9/20 dll)
3. Nabi saw sentiasa memudahkan umatnya. DaI mesti mencari jalan untuk memudahkan
madu beramal dengan Islam dan bukan mencari jalan untuk menyukarkan mereka
mengikuti dan gembira dengan kebenaran. Walaupun kadangkala langkah yang diambil
kurang sampai ke tahap minima yang diperlukan atau maksima yang diinginkan, suasana
memudahkan hendaklah diwujudkan untuk beramal. Kesah Nabi saw yang bersembang
baik dengan seorang sahabat yang meminta izin untuk berzina menjadi contoh yang
indah untuk kita fahami dan ikuti. (Kesah terdapat dalam hadis riwayat Ahmad 48/318,
Tabrani Kabir 8/162)
4. Memahami, meyakini dan mengiklani sesuatu dari islam adalah berbeza dengan hanya
beramal tanpa faham dan yakin. Islam bermula dengan faham (Surah Muhammad 47:19)
dan kemudianya yakin (iman) dan seterusnya mengiklani dan beramal dengan apa yang
telah di yakini. Oleh itu sesiapa yang hanya beramal dengan sesuatu amalan islam tanpa
memahaminya perlu untuk duduk kembali memahami (yufaqqih) agar ia tidak hanya
beramal tanpa faham.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Evaluasi diri / muhasabah
2. Rindu syurga

: 59 : 18

: 3 : 133, 66 : 11

3. Memperhatikan halal haram dalam kehidupan: 9 : 29, 66 : 1, 7 : 157

82


HADITH KEDUAPULUH TIGA

.
][



Kosa kata / :

: Bersuci
) (: Memenuhi

: Berangkat (pagi
hari)

: Setengah/ separuh
: Bukti
: menjual

: Menghancurkan
: Memerdekakan
pada kalimat dan kembali kepada kalimat ( jiwa).
Terjemah hadith /

Dari Abu Malik Al Haritsy bin Ashim Al Asyari radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu
alaihi wa sallam bersabda : Tuhur(bersih) setengah dari iman, Al-Hamdulillah dapat memenuhi
timbangan*, Subhanallah dan AlHamdulillah dapat memenuhi antara langit dan bumi, Sholat
adalah cahaya*, sodaqoh adalah bukti*, sabar itu sinaran, Al Quran dapat menjadi hujjah untukmu
atau ke atasmu. Semua manusia berangkat pada pagi-pagi, ada yang menjual* dirinya (dari
kehinaan dan azab) dan ada juga yang menghancurkan dirinya .
(Riwayat Muslim).
* Maksudnya:
*Adalah timbangan kebaikan seorang hamba pada hari kiamat.
*Dikatakan cahaya kerana shalat dapat menunjukkan seseorang kepada perbuatan yang baik.
*Bukti akan kebenaran keimanannya.
*Menjual dirinya baik kepada Allah taala dengan mentaati-Nya atau kepada syetan dengan bermaksiat kepada-Nya.

83

Pokok Perbincangan Hadis :


1. Tuhur sebahagian iman. Apa maksud tuhur? (pendapat ulama)
a) pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman.- besarnya
pahala orang yang menjaga kebersihan
b) meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56). bersih daripada dosa
dan maksiat
c) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun dan yang
dikehendaki iman itu ialah solat. bersih sebahagian daripada iman, bersuci atu
syarat sah solat sahaja tapi apa yang di inginkan dari iman atu adalah solat.
d) yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu - menghapuskan dosa-dosa
kecil.

2. Galakkan mengingati Allah ;- sebenarnya mudah saja kan dapat pahala. Buat zikir yang ringan
pada sebutan tapi berat pada timbangan atu pun sudah besar ganjarannya.
a) Kalimah Walhamdulillah tamlaal Miizan () wa Subhaanallah walhamdulillah
tamlaaaani au tamlauu Maa bainas SamaaI wal Ardh.- subhanallah dan
alhamdulillah boleh memenuhi langit dan bumi
b) Besarnya ganjaran pahala disediakan hanya dengan menyebut beberapa
kalimah ini.
c) Hadis Nabi : Dua kalimah yang ringan pada sebutan lidah tapi berat pada
timbangan dan dikasihi oleh ArRahman iaitu Subhaanallah wabihamdihi,
Subhaanallahil adzim.- hadith lain
d) Rujuk Al-Anbia : 47 , Al-Muminun : 103-104. Ayat ini menunjukkan kewujudan
al-Mizaan. Ahli Sunnah mewajibkan iman dengan al-Mizaan. Ia boleh dilihat
dengan mata kasar nanti.
2. Solat adalah Cahaya
(a) Dicampak ke dalam hati orang yang solat nur hidayah yang boleh membezakan
yang hak dan batil.- Allah akan nampakkan cahaya atu di wajah manusia yang
solat.
(b) Di dunia cahaya pada wajah Al- Fath :29.
(c) Cahaya di akhirat Al-Hadid : 12
3. Sodaqoh sebagai dalil
(a) Nafsu manusia cintakan harta Ali-Imran :14 , Al- Fajr : 20.
(b) Mujahadah melawan kebakhilan hujjah ke atas iman di hari kiamat.- gunakan
nikmat harta benda yang Allah bagi utk jalan dakwah
4. Sabar sebagai Dhiya- cahaya dhiya memberi haba/bahang

84

(a) Ibarat Cahaya Matahari yang memberi bahang kepanasan dan boleh membakar. Ia
berbeza dgn cahaya bulan (Nur) yang hanya menerangi tanpa membakar.
(b) Kesabaran :
(i) Adalah sesuatu yang sukar bagi jiwa.
(ii) Memerlukan mujahadah dan penguasaan diri serta menyekat hawa nafsu dari
keinginannya.- e.g. marah.
(iii) Sabar para Nabi/ para sahabat.- dalam menghadapi umat mereka.
5. Sabar yang Terpuji
(a) Sabar dalam melakukan ketaatan: istiqamah melakukan ketaatan
(b) Sabar dalam meninggalkan maksiat: mesti berperang dgn nafsu
(c) Sabar dalam menerima ketentuan takdir:
6. Sabar yang Paling Afdhol ialah puasa :
(a) Kerana menghimpunkan ketiga-tiga jenis kesabaran.
(b) Hadis Sahih : Puasa untuk Allah dan Allah akan membalasnya, kerana hamba
meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaNya.
(c) Nabi S.A.W menamakan Bulan Puasa sebagai Bulan Kesabaran.
(d) Puasa adalah separuh (nisfu) Sabar.
7. Al-Quran sebagai Hujjah pada hari Qiamat (Diriwayatkan dari Amru bin Syuaib ) :
(a) Al Quran mendakwa orang yang menghafal Al Quran tapi melanggar perintah,
meninggal ketaatan dan melakukan maksiat.
(b) Allah menyerahkan urusan lelaki tersebut kepada Al Quran.
(c) Lelaki tersebut dihumbankan mukanya kedalam Neraka.
(d) Al Quran menjadi Hujjah kepada orang yang menghafal Al Quran dan menjaga batasbatasnya, menjaga ketaatan dan meninggalkan laranganya.-hafal kandungannya
(e) Allah menyerahkan urusan tersebut kepada Al Quran.
(f) Dipimpin lelaki tersebut dan terus dibela sehingga dipakaikan pakaian sutera yang
tebal, disarungkan mahkota kerajaan dan diberi minum arak.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Iman merupakan ucapan dan perbuatan, bertambah dengan amal saleh dan ketaatan
dan berkurang dengan maksiat dan dosa.
2. Amal perbuatan akan ditimbang pada hari kiamat dan dia memiliki beratnya.
3. Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah, kerana itu harus diperhatikan.

85

4. Menjaga shalat akan mendatangkan petunjuk dan memperbaiki keadaan seorang


muslim terhadap manusia, membedakannya dengan akhlaknya dan perilakunya,
kewarakannya dan ketakwaannya.
5. Seruan untuk berinfaq pada jalan-jalan kebaikan dan bersegera melakukannya dimana
hal tersebut merupakan petanda benarnya keimanan.
6. Anjuran untuk bersabar tatkala mengalami musibah, khususnya apa yang dialami
seorang muslim kerana perbuatan amar maruf nahi munkar.
7. Semangat membaca Al Quran dengan pemahaman dan mentadabburi (merenungkan)
mananya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat
bagi seorang hamba pada hari kiamat.
8. Seorang muslim mesti menggunakan waktunya dan umurnya dalam ketaatan kepada
Allah taala serta tidak mengabaikannya kerana kesibukan lainnya.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Membawa Islam adalah suatu yang sukar dan membebankan. Allah mengambil kira hal ini
dan menyebutkannya di dalam surah Al-Syarh (rujuk surah al-Syarh).
2. Beratnya membawa Islam bukan hanya di alami oleh Nabi Muhammad saw sahaja, tetapi
semua Nabi-nabi terdahulu mengalami perkara yang sama dan ia telah menjadi satu
kelaziman kepada semua pembawa Islam dan kebenaran. Hal ini perlu difahami oleh semua
pembawa Islam dan perlu di jangka se awal-awal mereka memulakan langkah untuk
menjejakkan kaki ke jalan dakwah dan tarbiah. Ia tetap perlu di lalui kerana itulah jalan ke
syurga (hadis Nabi saw: Dipagari neraka dengan perkara yang menyeronokkan dan di
pagari syurga dengan perkara yang menyukarkan dan dibenci rujuk Riyadhussolihin)
3. Kerana itu daI dan mutarabbi memerlukan kepada bekalan yang banyak dan mencukupi
untuk menghadapi bebanan ini. Selepas berharap kepada Allah, bekalan yang disebutkan di
dalam hadis ini adalah perkara besar yang perlu di ambil dan di amalkan dengan sefahamfahamnya.
4. Pembersihan, zikir, solat, sodaqoh, sabar, Quran dan kesedaran muhasabah harian atas
perbuatan adalah perkara utama yang perlu diiringi oleh muslim pada setiap masa. Lebih
lagilah untuk para daI dan murabbi ke jalan Allah. Oleh kerana kerja yang berat dan sangat
perlukan bekalan, dan begitu juga hubungan yang kuat dengan Allah maka tiada ada lain
yang dapat membantu daI dan murabbi melainkan Allah swt.
5. Quran tidak akan tinggal begitu sahaja bahkan ia samada akan menjadi pencela kita atau
menjadi penyokong kita di hari qiamat nanti. Oleh itu daI dan murabbi perlu sentiasa
berfikir bagaimanakan Quran ini akan menjadi penyokongnya di hari qiamat nanti. Semua
isinya perlu di fahami dan di amalikan. Begitu juga ia perlu di ajari kepada semua manusia
kerana semua manusia tidak akan ada yang kosong begitu sahaja bahkan akan di tanya
dengan pemberian percuma dari Allah yang banyak ini.

86

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Keutamaan bersuci

: 9 : 108, 2 : 222

2. Keutamaan dan kekuatan zikir : 8 : 45, 13 : 28


3. Shadaqah

: 2 : 261, 57 : 18, 33 : 35.

4. Interaksi dengan Al Quran

: 4 : 82, 7 : 204, 25 : 30

5. Perbuatan manusia kembali kepada dirinya

: 17 : 7

87


HADITH KEDUAPULUH EMPAT


.







.

.

.


[ ]

: Kosa kata /

: Hendaklah kalian

: (aku) berikan()()

: (Aku) berikan()()

: sesat

minta hidayah dariku

)makan (kepadanya

: Telanjang
: Mintalah pakaian
kepada-Ku.

: (kalian) sampai, dapat


88

: (kalian) saling
menzalimi
)hidayah (kepadanya
: Lapar

: Mintalah makan

kepada-Ku

()()

: (Aku) memberi
)pakaian (kepadanya
: (kalian) melakukan

kesalahan
: Yang paling

bertaqwa

: Orang yang paling


durhaka

: Tempat, bukit.
) (: (Aku)

: Menambah
: Mengurangi
: Jarum
) (: (Aku) sempurnakan
(balasannya)(kepada kalian)

menghitung(nya)

Terjemah hadith /

Dari Abu Dzar Al Ghifari radhiallahuanhu dari Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam
sebagaimana beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza Wajalla bahwa Dia berfirman 1): Wahai
hambaku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah
menetapkan haramnya (kezaliman itu) diantara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim.
Wahai hambaku semua kalian adalah sesat kecuali siapa yang Aku beri hidayah, maka mintalah
hidayah kepada-Ku niscaya Aku akan memberikan kalian hidayah. Wahai hambaku, kalian
semuanya kelaparan kecuali siapa yang aku berikan kepadanya makanan, maka mintalah makan
kepada-Ku niscaya Aku berikan kalian makanan. Wahai hamba-Ku, kalian semuanya telanjang
kecuali siapa yang aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku niscaya Aku
berikan kalian pakaian. Wahai hamba-Ku kalian semuanya melakukan kesalahan pada malam dan
siang hari dan Aku mengampuni dosa semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku niscaya akan
Aku ampuni. Wahai hamba-Ku sesungguhnya tidak ada kemudharatan yang dapat kalian lakukan
kepada-Ku sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang kalian berikan kepada-Ku. Wahai hambaku
seandainya sejak orang pertama diantara kalian sampai orang terakhir, dari kalangan manusia dan
jin semuanya berada dalam keadaan paling bertakwa diantara kamu, niscaya hal tersebut tidak
menambah kerajaan-Ku sedikitpun . Wahai hamba-Ku seandainya sejak orang pertama diantara
kalian sampai orang terakhir, dari golongan manusia dan jin diantara kalian, semuanya seperti
orang yang paling durhaka diantara kalian, niscaya hal itu mengurangi kerajaan-Ku sedikitpun juga.
Wahai hamba-Ku, seandainya sejak orang pertama diantara kalian sampai orang terakhir
semunya berdiri di sebuah bukit lalu kalian meminta kepada-Ku, lalu setiap orang yang meminta
Aku penuhi, niscaya hal itu tidak mengurangi apa yang ada pada-Ku kecuali bagaikan sebuah jarum
yang dicelupkan di tengah lautan. Wahai hamba-Ku, sesungguhnya semua perbuatan kalian akan
diperhitungkan untuk kalian kemudian diberikan balasannya, siapa yang banyak mendapatkan
kebaikaan maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah dan siapa yang menemukan selain
(kebaikan) itu janganlah ada yang dicela kecuali dirinya.
(Riwayat Muslim)

1. Hadits seperti ini disebut hadits qudsi, yaitu hadits yang maknanya dari Allah dan redaksinya dari Rasulullah j.

89

Pokok Perbincangan Hadis :


1. Kedudukan Hadis
2. Hadis Qudsi Perawi hadis adalah Nabi s.a.w sendiri dan diriwayatkan dari Allah s.w.t.
a) Beza Quran dan Hadis Qudsi
-

Al-Quran : lafaz dan makna dari Allah s.w.t. Adapun Hadis Qudsi : makna dari
Allah s.w.t , dan lafaz dari Nabi s.a.w.

Al-Quran dikira taabbud(dapat pahala) membacanya dan dibaca dalam


solat,setiap huruf diganjari 10 pahala, sebaliknya Hadis Qudsi tidak.

Al-Quran diberi jaminan tidak berubah, manakala Hadis Qudsi ada Sahih, Dhoif
dan Maudho.

b) Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi


-

Semua hadis Nabi adalah wahyu yang ditabirkan dalam percakapan baginda,
kerana dia ditaklifkan untuk menjelaskan Al-Quran dan menetapkan Syariat di
bawah Naungan Al-Quran. Rujuk An-Najm : 3 .

3. Tarif Zalim :
a. Meletak sesuatu bukan pada tempatnya/ jahat/melampaui batas.
b. Dua Jenis :
a) Zalim pada diri sendiri syirik, melakukan dosa besar dan kecil Al-Baqarah :
231.
b) Zalim terhadap yang lain Banyak Nas yang datang untuk melarang hal ini.
4. Haramnya berlaku zalim
-

Hadis ini menunjukkan haramnya bersikap zalim dalam apa bentuk sekali pun.

Janji Allah terhadap orang yang berlaku zalim ; Al-Furqan : 19, Hud : 102.

5. Allah bersih dari berlaku zalim


a) Maksud Hadis Sesungguhnya Aku telah mengharamkan zalim ke atas diriKu.
b) Penjelasan beberapa ayat ; Qaf : 29 , Ali-Imran : 108 , Fushilat : 46 , An-Nisa : 20.
6. Seorang hamba amat berhajat kepada Kekayaan Allah s.w.t.
-

Dia yang memberi hidayah ketika hambanya memerlukan, memberi makan


ketika hambanya berhajat, memberi pakaian dan mengampunkan dosa ketika
berlaku silap. Al-Kahfi : 17, Hud : 6 , Al-Araaf : 23 , As-Syuaraa : 82.

7. Fitrah manusia menerima Islam


a)

Manusia dilahirkan dengan fitrah boleh menerima kebenaran. Sesiapa yang Allah
bagi hidayah, akan dimudahkan untuk memperolehinya. Begitu juga sebaliknya.

b)

Minta diberi hidayah adalah satu tuntutan syara ; Al-Fatihah : 6, dan wajib berusha
mengambil asbab untuk sampai padanya.

8. Memohon ampun dari Allah s.w.t


90

Kita disuruh memohon ampun dari Allah dari segala dosa dan kesalahan, kerana
Rasulullah sendiri sentiasa beristighfar tidak kurang dari 100 kali sehari.

9. Allah tidak berhajat kepada makhluknya


-

Tidak ada satu pun makhluk yang mempu memberi kesan samada manfaat atau
mudhorat kepada Allah s.w.t. Rujuk Ali-Imran : 3, Al-Hajj : 37.

Allah mewajibkan hambanya untuk taat dan bertaqwa kepadaNya, malah Ia


murka terhadap maksiat hamba dan tidak redho dengan kekufuran.

10. Khazanah Allah tidak akan habis


-

Hanya dengan pemberian Allah kepada semua hambanya tidak akan


mengurangkan sedikit pun Khazanah Allah s.w.t walaupun pemberian tersebut
bermula dari yang awal dan yang akhir di kalangan manusia dan jin.

11. Amalan yang dikira


-

Balasan baik bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, sebaliknya akibat
buruk bagi mereka yang kufur dan berbuat maksiat. Az-Zalzalah : 8 , Al-Kahfi : 49
, Al-Mujadalah : 6.

Ada Mukmin yang dibalas dengan kehinaan di dunia dan ditangguhkan amalan
baiknya di akhirat kelak. Manakala Kafir disegerakan nikmat di dunia dan
ditangguhkan kejahatannya di akhirat kelak.

12. Pujian untuk Allah atas kebesaranNya.


-

Apabila dikurnia kebaikan disebabkan amal soleh maka hendaklah memuji Allah;
An-Nahl : 97. Sekiranya ditimpa musibah atas kesalahan, hendaklah mencela diri
sendiri dan beristighfar memohon ampun dan bertaubat kepadaNya. As-Sajadah
: 21,

Ahli Syurga memuji Allah atas nikmat kurniaanNya, Al-aaraf : 43, manakala ahli
neraka mencela diri sendiri, Ibrahim : 22.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / :


1. Menegakkan keadilan diantara manusia serta haramnya kezaliman diantara mereka
merupakan tujuan dari ajaran Islam yang paling penting.
2. Wajib bagi setiap orang untuk memudahkan jalan petunjuk dan memintanya kepada Allah
taala.
3. Semua makhluk sangat tergantung kepada Allah dalam mendatangkan kebaikan dan
menolak keburukan terhadap dirinya baik dalam perkara dunia maupun akhirat.

91

4. Pentingnya istighfar dari perbuatan dosa dan sesungguhnya Allah taala akan
mengampuninya.
5. Lemahnya makhluk dan ketidakmampuan mereka dalam mendatangkan kecelakaan dan
kemanfaatan.
6. Wajib bagi setiap mumin untuk bersyukur kepada Allah taala atas nimat-Nya dan taufiqNya.
7. Sesungguhnya Allah taala menghitung semua perbuatan seorang hamba dan
membalasnya.
8. Dalam hadith terdapat petunjuk untuk mengevaluasi diri (muhasabah) serta penyesalan
atas dosa-dosa

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /

1. Besarnya bahaya kezaliman : 7 : 44, 10 : 13


2. Allah sumber hidayah dan rezeki

: 18 : 17,

3. Kemurahan dan ampunan Allah taala : 39 : 53, 7 : 156


4. Kebaikan dan keburukan akan kembali kepada manusia : 17 : 7, 47 : 38, 7 : 160

92


HADITH KEDUAPULUH LIMA




:

:

.



][

Kosa kata / :

bentuk jamak dari : : dosa


harta yang banyak

: kemaluan (maksudnya
: sesuatu yang berlebih
adalah: jima)

: jamak dari :
pahala

Terjemah hadith /

Dari Abu Dzar radhiallahuanhu : Sesungguhnya sejumlah orang dari shahabat Rasulullah
shollallohu alaihi wa sallam 1) berkata kepada Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam: Wahai
Rasululullah, orang-orang kaya telah pergi dengan membawa pahala yang banyak, mereka shalat
sebagaimana kami shalat, mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan
kelebihan harta mereka (sedang kami tidak dapat melakukannya). (Rasulullah shollallohu alaihi
wa sallam) bersabda : Bukankah Allah telah menjadikan bagi kalian jalan untuk bersedekah ? :
1. Yang dimaksud dengang mereka adalah para shahabat Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam yang fakir dari
kalangan Muhajirin.

93

Sesungguhnya setiap tashbih 1) merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, setiap
tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, amar maruf nahi munkar
merupakan sedekah dan setiap kemaluan kalian2) merupakan sedekah. Mereka bertanya : Ya
Rasulullah masakah dikatakan berpahala seseorang diantara kami yang menyalurkan syahwatnya
?, beliau bersabda : Bagaimana pendapat kalian seandainya hal tersebut disalurkan dijalan yang
haram, bukankah baginya dosa ?, demikianlah halnya jika hal tersebut diletakkan pada jalan yang
halal, maka baginya mendapatkan pahala.
(Riwayat Muslim)

Pokok Perbincangan Hadis :


1. Hadis ini mengandungi beberapa perkara penting :
a) Keharusan Qias
b) Perkara yang Mubah boleh menjadi Qurbah dengan niat yang betul.
c) Medan yang patut dijadikan perlumbaan.
d) Banyaknya cara untuk berbuat baik, sekiranya sesaorang itu tidak mampu buat
dengan cara itu, mungkin dapat buat cara lain.
2. Medan Perlumbaan Salaf
a) Golongan Salaf berlumba-lumba membuat sesuatu yang boleh mendekatkan diri
atau menaikkan darjat di sisi Allah s.w.t.
b) Sahabat-sahabat yang miskin datang mengadu pada Nabi saw kerana mereka
tidak mampu berbuat sebagaimana sahabat yang berharta, lalu lahirlah hadis ini.
c) Rujuk As-Soffaat : 61, At-Taubah : 92.
d) Islam mencela tanaafus pada hal duniawi.
3. Ghibtoh
a) Keinginan sesaorang untuk menjadi seperti orang yang dicemburui tanpa
menginginkan kelebihan tersebut hilang dari tuannya.
b) Ini adalah digalakkan oleh Syara, lebih-lebih lagi dalam urusan akhirat.
c) Dua perkara dibolehkan (ghibtoh) :
(i) Lelaki yang dikurniakan harta dan membelanjakan pada jalan yang hak.
(ii) Lelaki yang dikurniakan ilmu dan dia beramal serta mengajarkan kepada
orang lain.
4. Sodaqah dikira pada semua yang Maruuf
(a) Dikira sodaqah pada semua jenis yang maruuf dan Ihsan hatta kurniaan Allah
bagi hambanya pun dikira sodaqah.

2. Tashbih adalah ucapan Shubhanallah.


1. Maksudnya adalah melakukan jima dengan istri.

94

(b) Tersembunyi di sebalik mana yang luas bagi sodaqah ke atas para sahabat yang
miskin yang datang mengadu di atas ketidak mampuan mereka untuk
bersedekah.
(c) Al-Baaqiyaatus Solihaat adalah Sodaqah - Al-Kahfi : 46 iaitu Tasbih Sucikan
Allah, Tahmid Pujian baginya , Takbir - Mengagungkannya dan Tahlil.
(d) Pada setiap satu itu adalah sodaqah.
(e) Semua ini jalan yang paling hampir dan mudah untuk diperolehi oleh semua
muslim.
(f) Al-Amru bil Maaruf wa An-Nahyu anil Mungkar adalah Sodaqah

5. Dua perkara ini dianjurkan oleh Rasul s.a.w kepada Fuqara us-Sohaabah .
-

Berlaku ihsan kepada makhluk Allah yang lain pun sodaqah dan bolehjadi lebih
baik dari sodaqah dengan harta.

Ali-Imraan : 110

b) Memberi hak untuk Alat Kelamin(Budhi) pun adalah Sodaqah


(1) Ada dua maksud : 1) Jima . 2) Faraj.
(2) Satu pendapat menyatakan bahawa diganjari pahala bergantung kepada niat.
(3) Hadis Nabi s.a.w Sesungguhnya kamu tidak akan menginfaqkan sesuatu sematamata mengharapkan redho Allah melainkan diberi pahala atasnya.
(4) Sesuatu yang harus akan berubah menjadi taat dengan niat yang benar.
c) Harus Qias
-

kalau berlaku pada yang haram itu dosa, demikian juga kalau berlaku pada yang
halal adalah pahala.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Sikap bijak dalam menanggapi berbagai kondisi serta mendatangkan kabar gembira bagi
jiwa serta menenangkan perasaan.
2. Para shahabat berlomba-lomba untuk berbuat kebaikan.
3. Luasnya keutamaan Allah taala serta banyaknya pintu-pintu kebaikan yang dibuka bagi
hamba-Nya.
4. Semua bentuk zikir sesungguhnya merupakan shodaqoh yang dikeluarkan seseorang
untuk dirinya.
5. Kebiasaan-kebiasaan mubah dan penyaluran syahwat yang disyariatkan dapat menjadi
ketaatan dan ibadah jika diiringi dengan niat saleh.
95

6. Anjuran untuk meminta sesuatu yang dapat bermanfaat bagi seorang muslim dan yang
dapat meningkatkan dirinya ke derajat yang lebih sempurna.
7. Didalam hadith ini terdapat keutamaan orang kaya yang bersyukur dan orang fakir yang
bersabar.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Dsdad
2. Sda
3. dasdada

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


1. Iri terhadap kebaikan orang lain:
2. Pintu-pintu kebaikan terbuka luas

: 2 : 177, 5 : 2

3. Mencari yang halal dan menjauhkan yang haram :


Menggunakan sesuatu sesuai yang telah ditetapkan:

96


HADITH KEDUAPULUH ENAM


:
:



] [ .




Kosa kata / :

: menolong
) (: harta benda (nya)
: berlaku adil,

: tulang pada
telapak tangan dan jari-jari
(yang dimaksud adalah semua
anggota tubuh)

mendamaikan

Terjemah hadith /

: mengangkat

: langkah
: gangguan, rintangan

: menyingkirkan,
menghilangkan

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam
bersabda : Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari dimana matahari terbit lalu
engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong
seseorang yang berkendaraan lalu engkau bantu dia untuk naik kendaraanya atau mengangkatkan
barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau
berjalan menuju shalat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pokok perbincangan hadis:


1) Perhatikan pada diri kamu
-

Az-Zaariyaat : 21 : Dan pada dirikamu tidakkah kamu perhatikan.

97

Susunan Jasad(kullu sulami) tulang belulang manusia merupakan nikmat


terbesar dan juga merupakan tanda-tanda kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t.

2) Syukur Allah atas segala kurniaNya


-

Kerana ia merupakan nikmat terbesar bagi manusia maka setiap ruas tulang
perlu disyukuri.

Rujuk surah Al- Infithor : 7 , An-Nahl : 78 dan Al-Balad : 9

3) Mendamaikan manusia
-

Juga merupakan sodaqah, An-Nisa : 114

Usha untuk merawat luka-luka dalam masyarakat supaya terbentuk seperti satu
jasad yang salim.

Juga merupakan qurbah bagi orang bertaqwa.

Mendamaikan pasangan suami isteri dari berlaku penceraian kerana banyak


mudhoratnya kalau bercerai. An-Nisa : 128

Kerana ia adalah penting maka diharuskan berdusta dengan qosad untuk


mendamaikan manusia.

4) Saling Membantu
-

Menbantu seorang Muslim menaiki tunggangannya atau membantu membawa


barang keperluannya dikira sodaqah sebagai tanda kesyukuran atas nikmat
anggota yang Allah berikan.

Demikian juga diberi pahala membantu saudara seislam Al-Maidah : 2

Manusia tidak mampu menguruskan segala kehidupannya sendirian tanpa


bantuan orang lain.

Dengan Taaawun akan akan berkembanglah rasa mahabbah di kalangan orang


muslim.

5) Baik Percakapan
-

Termasuk dalam kategori ini ialah Menjawab Salam, Zikir, Berkata Benar,
Mengajak kepada yang Maruuf, Melarang yang Mungkar, Memberi Nasihat dan
Tunjuk Ajar dan Menjinakkan Hati ke arah Kebaikan.

Rujuk Al-Baqarah : 263 , Faathir : 10, An-Nisaa : 85.

6) Kelebihan Berjalan untuk Solat


-

Galakan hadir ke rumah Allah untuk berkumpul dan berjemaah, mempelajari


ilmu, nasihat serta itikaf.

Kisah Bani Salamah yang ingin berpindah berhampiran dengan masjid, dilarang
oleh nabi dan dijelaskan lebih jauh atau terpaksa melalui kepayahan untuk
datang, lagi besar ganjaran pahala yang diberi.

7) Membuang Sesuatu yang menyakiti dari Jalan

98

Membuang segala yang menyakiti seperti duri, najis dan lainnya dari laluan
orang muslim merupakan sodaqah dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah
dan juga merupakan cabang iman.

Hadis Iman itu ada 71 cabang, yang paling tinggi Penyaksian tiada tuhan
melainkan Allah, dan yang rendah ialah Membuang sesuatu yang menyakiti di
jalan .

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Bersyukur kepada Allah taala setiap hari atas kesehatan anggota badan.
2. Allah telah menjadikan -sebagai rasa syukur terhadap nimat-Nya- setiap anggota badan
untuk menolong hamba-hamba Allah taala, bersedekah kepada mereka dengan
menggunakannya sesuai kemaslahatannya.
3. Temasuk sedekah adalah : Menahan tangan dan lisan untuk tidak menyakiti orang lain,
justru seharusnya digunakan untuk menunaikan hak-hak setiap muslim.
4. Jasad harus dikeluarkan zakatnya sebagaimana harta ada zakatnya. Zakat badan adalah
melakukan perbuatan baik, bersedekah dan pintu-pintunya banyak.
5. Anjuran untuk mendamaikan kedua belah fihak, tolong menolong, mengucapkan kalimat
yang baik, berjalan menuju shalat dan menyingkirkan penghalang dari shalat.
6. Anjuran untuk membersihkan sarana-sarana umum.
7. Anjuran untuk melakukan keadilan, kerana dengan keadilanlah ditegakkan langit dan bumi.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Perhatikan pada diri kamu kerana setiap tulang yang diciptakan bukanlah sia-sia dan boleh
melakukan sodaqoh Dan pada dirikamu tidakkah kamu perhatikan (az-Zariyat: 21).
a. Susunan jasad(kullu sulami) tulang belulang manusia merupakan nikmat terbesar dan
juga merupakan tanda-tanda kebesaran dan kehebatan Allah taala.
b. Setiap tulang/sendi ada fungsinya dan setiap nikmat adalah perkara yang akan
dipersoalkan dan dituntut untuk mensyukuri pada hari Kiamat Kemudian demi
sungguhnya, kamu akan dipersoalkan pada hari tersebut (Kiamat) tentang segala
nikmat (yang Allah berikan) (at-Takatsur: 8)
2. Daie senantiasa memiliki action plan untuk dakwah dan tarbiyah setiap kali bangun
daripada tidur kerana memberikan sodaqoh itu adalah tuntutan harian.
3. Kita hendaklah berfikir akan sumbangan yang boleh kita berikan kepada ummah yang luas
ruang lingkupnya, dari tulang kepala hingga ke tulang kaki.
4. Berusaha memperbaiki diri-pun adalah sodaqoh. Sekiranya dia tidak mampu melakukan
(kebaikan), dia hendaklah menegah dirinya daripada melakukan kejahatan. Sesungguhnya
itu adalah sodaqoh baginya. (HR Bukhari dan Muslim)

99

5. Daie adalah opportunist - melihat apa yang ada di sekitar sebagai opportunityuntuk
melakukan kebajikan dan dakwah (cth orang yang mempunyai kemaslahatan dll)

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Menolong sesama manusia

: 5 : 2, 107 : 1-7

2. Menjaga kepentingan bersama :


3. Perkataan yang baik

: 17 : 23, 33 : 32, 4 : 9

100


HADITH KEDUAPULUH TUJUH


:




.

. ]
[


:


:



:


"






][

Kosa kata / :

: Kebaikan
: Mengganggu

Terjemah hadith /

: Dosa
: Diketahui, diselidiki

Dari Nawwas bin Saman radhiallahuanhu , dari Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam beliau
bersabda : Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengaggu jiwamu
dan engkau tidak suka jika diketahui manusia Riwayat Muslim. Dan dari Wabishah bin Mabad
radhiallahuanhu dia berkata : Aku mendatangi Rasulullah saw, lalu beliau bersabda : Engkau
datang untuk menanyakan kebaikan ?, aku menjwab : Ya. Beliau bersabda : Mintalah pendapat
dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang
terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang
memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.
(Hadith hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi
dengan sanad yang hasan.

Pokok perbincangan hadis:


1. Al-Birr (Kebaikan)
-

Merangkumi semua perbuatan yang baik dan sifat-sifat yang maruf,


persahabatan atau pergaulan yang baik.

Pergaulan seorang hamba secara ihsan samada terhadap kedua ibubapanya atau
orang lain. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah :177.
101

Digandingkan Al-Birr sekali dengan Taqwa ; Al-Maidah : 2 .

Al-Birr Melakukan perkara yang diwajibkan, At-Taqwa Menjauhi dari perkara


yang dilarang.

2. Al-Ithmu (Dosa)
-

Melakukan sesutu yang tidak halal baginya (pendapat).

(Qurtubi) perbuatan yang layak bagi si pelakunya dicela.

(Ibnu Hajar) Semua perbuatan yang jahat dan buruk samada besar atau kecil.

Hadis ini menjelaskan sebahagian tanda-tanda dosa.

Dalaman Perasaan gelisah, tidak senang hati dan hati tidak tenang.

Luaran - Tak suka kalau orang nampak.

3. Kedudukan Akhlak
-

Sesuatu yang diajak oleh Al-Quran dengan kelebihan yang ada padanya.

Sayyidatina Aisyah r.a berkata : Adalah akhlak Nabi s.a.w adalah Al-Quran.
Iaitu beradab dengan adab-adab Al-Quran , melaksanakan suruhan dan menjauhi
segala larangan. Pujian Allah : Al-Qalam : 4 , Al-Mumtahanah : 6

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Tanda perbuatan dosa adalah timbulnya keragu-raguan dalam jiwa dan tidak suka kalau hal
itu diketahui orang lain.
2. Siapa yang ingin melakukan suatu perbuatan maka hendaklah dia menanyakan hal tersebut
pada dirinya .
3. Anjuran untuk berakhlak mulia kerana akhlak yang mulia termasuk unsur kebaikan yang
sangat besar.
4. Hati seorang mumin akan tenang dengan perbuatan yang halal dan gusar dengan
perbuatan haram.
5. Melihat terlebih dahulu ketetapan hukum sebelum mengambil tindakan. Ambillah yang
paling dekat dengan ketakwaan dan kewaraan dalam agama.
6. Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam ketika menyampaikan sesuatu kepada para
shahabatnya selalu mempertimbangkan kondisi mereka.
7. Perhatian Islam terhadap pendidikan sisi agama yang bersifat internal dalam hati orang
beriman dan meminta keputusannya sebelum mengambil tindakan.

102

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Fitrah manusia kenal dan ingin akan kebenaran,Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah
(Islam). (HR Bukhari, Muslim, Ahmad) dan kebenaran itu adalah perkara yang tidak dapat
disangkal kecuali mereka yang menolak kebenaran.
2. Manusia tidak akan bahagia dengan jahiliyah yang menutup fitrah dan sentiasa mencari apa
sahaja yang boleh membahagiakannya (kembali fitrah)
3. Apa yang dakwah dan tarbiyah offer ? Perbersihan qolbu supaya tidak dikotori noda hitam
yang memberikan kesan negatif kepada jiwa
4. Pentingnya amaliyah qalbi dalam hati setiap mumin khususnya aktivitis dakwah kerana qalbu
merupakan bashirah yang dapat menunjukkan jalan antara al-haq dan al-bathil. Justru wajib
bagi kita untuk menjaga qolbu daripada dikotori maksiat
5. Seringkali kita berhadapan dengan keadaan serba salah baik dalam kehidupan cthnya dalam
pergaulan di office. Ketika kita menemukan keraguan dan keresahan di hati, maka segeralah
tinggalkan hal tersebut meskipun di mata umum orang memfatwakannya halal tetapi tidak
bagi jiwa yang wara. Qolbu yang bersih sensitif kepada kemunafikan dan keburukan.
6. Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam ketika menyampaikan sesuatu kepada para
shahabatnya selalu mempertimbangkan keadaan mereka:
a. Menyapa dengan pembukaan kata-kata yang positif
b. Mengambil kira keresahan/kegusaran madu (tahu latar belakang)
c. Memberikan saranan/penyelesaian sehingga madu puas tanpa membiarkannnya
terpinga-pinga

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Kebenaran melahirkan ketenangan hati : 8 : 10, 13 : 28
2. Hati-hati dalam memberi fatwa : 17 : 36
3. Hati yang sehat sensitif terhadap keburukan :

103


HADITH KEDUAPULUH DELAPAN





:

:




] : [

Kosa kata / :

)(
)(

: menasihati (kami)
: takut


: Memerintah
) (: Kalian harus
Terjemah hadith /

: Nasihat
bentuk jamak dari :
hati

) (: hidup
) (: Kalian jangan

Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu alaihi wa
sallam memberikan kami nasehat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami
bercucuran. Maka kami berkata : Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasehat perpisahan,
maka berilah kami wasiat. Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam bersabda : Aku wasiatkan
kalian untuk bertakwa kepada Allah taala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun
yang memimpin kalian adalah seorang budak. Kerana diantara kalian yang hidup (setelah ini) akan
menyaksikan banyaknya perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan
ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan
geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara bidah
adalah sesat
(Riwayat Abu Daud dan Turmuzi, dia berkata : hasan sahih)
104

Pokok perbincangan hadis:


1) Membimbing antara tugas penting para Daie
-

Yang dikehendaki dengan waiezh ialah nasihat atau peringatan dengan akibat.

Memberi peringatan kepada`sesaorang dengan


melembutkan hatinya daripada dosa dan pahala.

Tanda bahawa ianya ada disyariatkan kerana merupakan perbuatan nabi s.a.w.

An-Nisa : 63 , Nabi disuruh memberi mauiezhoh bagi orang munafiq An-Nahl


:125 .

sesuatu

yang

boleh

2) Sifat Bimbingan yang berjaya :


a) Mengenakan Tajuk yang Sesuai yang diperlukan orang ketika itu contohnya :
Bila melihat banyak manusia mengutamakan dunia dari mengingati akhirat dan
temggelam dari melakukan ketaatan.
b) Bahasa yang cukup mantap Bahasa yang fasih dan mudah difahami serta
memberi kesan pada hati. An-Nisa : 63 .
c) Pembimbing menyampaikan sesuatu darinya dalam bentuk yang paling menarik
dengan gaya bahasanya yang cukup memberi kesan kepada hati pendengar.
d) Memilih Masa dan Waktu yang Sesuai Di mana orang yang akan dibimbing itu
memang lapang dan tidak sibuk dengan hajat lain.
e) Saranan Nabi adalah waktu selepas solat Fajar kerana tika itu otak berada di
tahap kecergasan yang tinggi.
f) Ringkaskan Penyampaian tapi mantap(bernas)
i. Ceramah yang terlalu panjang akan menyebabkan pendengar mudah
jemu dan malas.
ii. Pesan Rasul agar panjangkan bacaan solat dan ringkaskan khutbah.

3) Sifat Pembimbing yang Memberi Kesan :


(a) Nasihat yang memberi kesan terus kepada hati dan menghidupkan hati yang
mati sebagaimana hujan menghidupkan tanah yang kontang.
(b) Yakin dengan apa yang diucapkan.
(c) Rasulullah apabila memberi peringatan, dinyaringkan suaranya, merah kedua
matanyanya dan mengalir air matanya sehingga sahabat bimbang takut beliau
gugur dari mimbar. cara ini amat memberi kesan di hati sahabat.
(d) Tidak ada penyakit dalam hatinya:
1. Kata-kata yang lahir dari hati yang salim akan sampai kepada hati orang
yang mendengarnya.
2. Adapun Hati yang berpenyakit, kata-katanya hanya didengar tapi tidak
meresap ke hati pendengar
105

(e) Qudwah yang baik bagi orang yang mendengar ucapannya dan tingkahlakunya.
1. Ini adalah orang yang mendengar akan memperhatikannya, sekiranya
bercanggah tingkah laku dengan ucapan, maka mereka akan mencela
dan berpaling darinya. Al-Baqarah:44 dan As-Sof:3.
Mauidzoh muwadda
i) Wasiat Taqwa
ii) Wasiat Taat kepada Pemimpin
iii) Wasiat Berpegang dengan Sunnah

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

8. Bekas yang dalam dari nasehat Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam dalam jiwa para
shahabat. Hal tersebut merupakan tauladan bagi para dai di jalan Allah taala.
9. Taqwa merupakan yang paling penting untuk disampaikan seorang muslim kepada muslim
lainnya, kemudian mendengar dan taat kepada pemerintah selama tidak terdapat
didalamnya maksiat.
10. Keharusan untuk berpegang teguh terhadap sunnah Nabi dan sunnah Khulafaurrasyidin,
kerana didalamnya terdapat kemenangan dan kesuksesan, khususnya tatkala banyak terjadi
perbedaan dan perpecahan.
11. Hadith ini menunjukkan tentang sunnahnya memberikan wasiat saat berpisah kerana
didalamnya terdapat kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
12. Larangan untuk melakukan hal yang baru dalam agama (bidah) yang tidak memiliki
landasan dalam agama.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Meminta nasihat adalah gaya hidup para Daie. Sahabat Nabi saw. berkata
(Berikanlah nasihat kepada kami). Meminta nasihat bukanlah satu keaiban

melainkan ianya akan mensucikan jiwa, menjernihkan hubungan dan memantapkan gerak
2. Memberikan penghayatan ketika mendengar nasihat atau bimbingan sehingga ianya
memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa. Firman Allah Dan apabila mereka
mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasul, engkau melihat air mata mereka
bercucuran disebabkan kebenaran yang mereka ketahui (al-Maidah: 83)
a. Meskipun kita telah mengetahui akan gambaran nasihat, Daie akan bermuhasabah
akan kebenaran yang diketahui
b. Hati orang beriman lunak mendengar firman Allah (al-Anfal: 2)
3. Membimbing antara tugas penting para Daie
a. Yang dikehendaki dengan waiezh ialah nasihat atau peringatan dengan akibat.
b. Memberi peringatan kepada seseorang dengan sesuatu yang boleh melembutkan
hatinya daripada dosa dan pahala.
c. Tanda bahawa ianya ada disyariatkan kerana merupakan perbuatan nabi saw.
d. An-Nisa : 63,An-Nahl :125 - Nabi disuruh memberi mauiezhoh bagi orang munafiq
106

4. Sifat bimbingan yang berjaya:


a. Mengenakan tajuk yang sesuai yang diperlukan orang ketika itu contohnya : Bila
melihat banyak manusia mengutamakan dunia dari mengingati akhirat dan
tenggelam dari melakukan ketaatan.
b. Bahasa yang cukup mantap Bahasa yang fasih dan mudah difahami serta
memberi kesan pada hati. An-Nisa : 63 .
c. Pembimbing menyampaikan sesuatu darinya dalam bentuk yang paling menarik
dengan gaya bahasanya yang cukup memberi kesan kepada hati pendengar.
d. Memilih masa dan waktu yang sesuai Di mana orang yang akan dibimbing itu
memang lapang dan tidak sibuk dengan hajat lain.
i. Saranan Nabi adalah waktu selepas solat Fajar kerana tika itu otak berada di
tahap kecergasan yang tinggi.
e. Ringkaskan penyampaian tapi mantap(bernas)
i. Ceramah yang terlalu panjang akan menyebabkan pendengar mudah jemu
dan malas.
ii. Pesan Rasul agar panjangkan bacaan solat dan ringkaskan khutbah.
5. Sifat Pembimbing yang Memberi Kesan :
a. Nasihat yang memberi kesan terus kepada hati dan menghidupkan hati yang mati
sebagaimana hujan menghidupkan tanah yang kontang.
b. Yakin dengan apa yang diucapkan
i. Rasulullah apabila memberi peringatan, dinyaringkan suaranya, merah
kedua matanyanya dan mengalir air matanya sehingga sahabat bimbang
takut beliau gugur dari mimbar Cara ini amat memberi kesan di hati
sahabat.
c. Tidak ada penyakit dalam hatinya
i. Kata-kata yang lahir dari hati yang salim akan sampai kepada hati orang
yang mendengarnya.
ii. Adapun hati yang berpenyakit, kata-katanya hanya didengar tapi tidak
meresap ke hati pendengar.
d. Qudwah yang baik bagi orang yang mendengar ucapannya dan tingkahlakunya.
Ini adalah orang yang mendengar akan memperhatikannya, sekiranya bercanggah
tingkah laku dengan ucapan, maka mereka akan mencela dan berpaling darinya (AlBaqarah:44 dan As-Sof:3)

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /

Anjuran berwasiat menjelang kematian : 2 :180


Berpegang teguh kepada sunnah Rasul dan menjauhi bidah : 59 : 7, 57 : 27
Patuh kepada pimpinan : 4 : 59

107


HADITH KEDUAPULUH SEMBILAN

..

:


:


-



.

:



:

:
.
:




:
.
:
.

[ : ]

: Kosa kata /
: Tameng, pelindung

: Mudah

: Pertengahan malam

: Memadamkan

: : jamak dari()

: jauh.

: tempat jamak dari

Pinggang
: tiang

berbaring, tempat tidur

: Punuk onta

: Puncak

: Tahanlah

: : jamak dari()

: kunci semuanya

hidung

: jamak dari

108

: Dimasukkan
: : jamak dari
panen, buah, akibat

Terjemah hadith /

Dari Muaz bin Jabal radhiallahuanhu dia berkata : Aku berkata : Ya Rasulullah, beritahukan aku
tentang perbuatan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari
neraka, beliau bersabda: Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut
mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah taala, : Beribadah kepada Allah dan tidak
menyekutukannya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi
haji. Kemudian beliau (Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam) bersabda: Maukah engkau aku
beritahukan tentang pintu-pintu syurga ?; Puasa adalah benteng, Sodaqoh akan mematikan
(menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di tengah
malam (qiyamullail), kemudian beliau membacakan ayat (yang artinya) : Lambung mereka jauh
dari tempat tidurnya.. Kemudian beliau bersabda: Maukah kalian aku beritahukan pokok dari
segala perkara, tiangnya dan puncaknya ?, aku menjawab : Mau ya Nabi Allah. Pokok perkara
adalah Islam, tiangnya adalah shalat dan puncaknya adalah Jihad. Kemudian beliau bersabda :
Maukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua
itu ?, aku berkata : Mau ya Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lisannya lalu bersabda: Jagalah
ini (dari perkataan kotor/buruk). Aku berkata: Ya Nabi Allah, apakah kita akan dihukum juga atas
apa yang kita bicarakan ?, beliau bersabda: Ah kamu ini, adakah yang menyebabkan seseorang
terjungkel wajahnya di neraka atau sabda beliau : diatas hidungnya- selain buah dari yang
diucapkan oleh lisan-lisan mereka .
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Hadithnya hasan shaheh)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Perhatian shahabat yang sangat besar untuk mela-kukan amal yang dapat memasukkan
mereka ke syurga.
2. Amal perbuatan merupakan sebab masuk syurga jika Allah menerimanya dan hal ini tidak
bertentangan dengan sabda Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam Tidak masuk syurga
setiap kalian dengan amalnya . Makna hadith tersebut adalah bahwa amal dengan
sendirinya tidak berhak memasukkan seseorang ke syurga selama Allah belum
menerimanya dengan karunia-Nya dan Rahmat-Nya.
3. Mentauhidkan Allah dan menunaikan kewajibannya adalah sebab masuknya seseorang
kedalam syurga.
4. Shalat sunnah setelah
hambanya.

shalat fardhu merupakan sebab kecintaan Allah taala kepada

5. Bahaya lisan dan perbuatannya akan dibalas dan bahwa dia dan mencampakkan seseorang
ke neraka kerana ucapannya.

109

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Menerangkan/Menegaskan kepentingan untuk menyelesaikan dan mengukuhkan perkara
yang paling asas sebelum cabang, wajib sebelum sunat meskipun kepada seorang sahabat
yang lama dalam dakwah.(Islam, Solat dan seterusnya Jihad)
a. Hal yang paling utama adalah pembinaan iman (Binaul iman), kemudian
seterusnya dakwah kepada orang lain (at-Tahrim: 6)
2. Sifat bimbingan yang berjaya:
a. Flow bahan yang tersusun daripada perbahasan utama hingga seterusnya dan tidak
memeningkan pendengar untuk mengikut
b. Memberikan khabar-khabar gembira sebelum ancaman (motivasi terhadap amalan
yang memadam dosa sehingga ke bahaya lidah)
c. Membuka
topik
seterusnya
dengan
melihat
kepada
keadaan/pemahaman/penerimaan audience Mahukah kalian aku beritahukan
sesuatu
3. Puasa dan Qiyamullail adalah sarana penting dalam pembinaan jiwa seorang Daie dan
bekal untuk berdakwah
a. Qiyam al-lail merupakan solat sunat yang terbaik

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


1. Hakekat keselamatan; masuk syurga dan terhindar dari neraka : 3 : 185
2. Allah memudahkan setiap upaya kebaikan : 2 : 185
3. Qiyamullail : 17 : 79
4. Keutamaan Jihad : 61 : 11, 9 : 19
5. Menjaga lisan

: 50 : 18

110


HADITH KETIGAPULUH











:


.

. ][

Kosa kata / :
: Batas

Terjemah hadith /

: Melanggarnya

Dari Abi Tsalabah Al Khusyani Jurtsum bin Nasyir radhiallahuanhu, dari Rasulullah
shollallohu alaihi wa sallam dia berkata : Sesungguhnya Allah taala telah menetapkan kewajibankewajiban, maka janganlah kalian mengabaikannya, dan telah menetapkan batasan-batasannya
janganlah kalian melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka janganlah kalian
melanggarnya, Dia mendiamkan sesuatu sebagai kasih akung buat kalian dan bukan kerana lupa
jangan kalian mencari-cari tentangnya .
(Hadith hasan riwayat Daruquthni dan lainnya).
(Hadith ini dikatagorikan sebagai hadith dhoif 1). Lihat Qowaid wa Fawaid Minal Arbain An
Nawawiah, karangan Nazim Muhammad Sulthan, hal. 262. Lihat pula Misykatul Mashabih, takhrij
Syekh Al Albani, hadith no. 197, juz 1. Lihat pula Jami Al Ulum wal Hikam,oleh Ibnu Rajab).

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Hukum terbahagi kepada empat:


a. Perkara yang difardhukan
b. Perkara yang diharamkan
c. Hudud Boleh diertikan dalam tiga maksud:
(1) Yang dilarang daripada melampauinya dalam semua perkara yang
diizinkan baik wajib, sunat atau harus (65: 1, 2: 229, 4:13-14)

1. Hadits dhoif adalah hadits yang lemah kedudukannya dan tidak dapat dijadikan sebagai dalil.

111

(2) Perkara-perkara yang diharamkan (2: 187)

(3) Hukuman yang ditetapkan oleh syarak untuk mencegah daripada


perkara-perkara haram yang berat seperti zina, mencuri dan minum
arak
d. Perkara yang didiamkan (tidak jelas hukumnya)
2. Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi titah perintah Allah swt. sama ada
berbentuk suruhan fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut mengingatkan
setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu yang Allah swt.
fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan begitu sahaja.
3. Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram,
maka setiap mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini,
jangan sampai dia mencabuli perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan
perkara haram.
4. Di samping itu, Allah swt. mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal
haramnya secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya.
Allah berbuat demikian bukan kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia
demi memberi kemudahan bagi manusia. Hukum perkara yang ditinggalkan hukum
halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Ketetapan yang berupa hudud Allah adalah bukti kasih sayang Allah taala kepada
makhluknya. Allah tidak membiarkan kita meraba-raba di atas muka bumi tanpa garis
panduan kerana setiap sesuatu ada hadnya dan sekiranya perlaku perlanggaran
terhadap had, nescaya akan berlaku kerosakan. Cth makan atau bekerja tanpa had
boleh rosakkan tubuh badan, riba memporak-perandakan sistem ekonomi
2. Hudud Allah taala yang paling minima adalah mengerjakan segala yang fardhu dan
meninggalkan segala yang diharamkan. Perlanggaran mengundang dosa (al-Baqarah:
229) dan azab (an-Nisa: 13-14).
3. Islam adalah agama yang lurus dan jelas dalam batas-batasnya tanpa bengkangbengkok. Sistemnya jelas, pagarnya tidak tersembunyi. Tidak seperti yahudi yang
hingga sekarang mempertuhankan rabbi mereka yang mengharamkan apa yang
dihalalkan Allah, dan menghalalkan apa yang diharamkan Allah.
4. Apa yang didiamkan Allah taala adalah lebih luas berbanding apa yang diharamkanNya. Dakwah terkadang membawa fitnah kepada Islam akibat kejahilan Daie dalam
memahami batas-batas hudud Allah.
5. Kita mestilah berhati hati dalam mengeluarkan atau memberikan fatwa terhadap
sesuatu melainkan perkara yang jelas haram atau halal melalui nas yang qatie. Para
salafus salih (ulama tiga kurun awal ke Islaman) sangat takut menetapkan hukum halal
dan haram melainkan jika ada dalil yang pasti.
Al Rabi' Bin Khaitham seorang tabi'iin yang terkemuka berkata: "Hendaklah salah
seorang kamu takut daripada berkata bahawa aku halalkan ini dan aku haramkan
itu, kerana nanti Allah berkata kepadanya: Engkau pembohong! Aku tidak pernah
halalkan ini dan haramkan itu".
6. Tidak dibenarkan untuk menyelidik perkara yang ghaib yang hanya diketahui melalui
pemberitahuan syarak dan diperintahkan supaya diimani, di samping hakikat
112

sebenarnya tidak diterangkan. Cth: Allah cipta semua makhluk, siapa yang cipta Allah?
Di mana zat Allah?
7. Berkata Ustaz Hassan al-Banna di dalam Usul Isyrin (kelima),
Asal pada ibadat ialah taabbud tanpa melihat kepada makna-makna. Dan asal
pada adat ialah melihat kepada rahsia, hikmah dan tujuan.

Tema-tema hadith /

Batasan Allah : 65: 1, 2: 229, 4: 13,14

113


HADITH KETIGAPULUH SATU



:
.




][

Kosa kata / :
) (: Tunjukkan
(kepadaku)

Terjemah hadith /

) (: Mencintai(-ku)

: Bersikap zuhud-lah

Dari Abu Abbas Sahl bin Saad Assaidi radhiallahuanhu dia berkata : Seseorang mendatangi
Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam, maka beliau berkata : Wahai Rasulullah, tunjukkan
kepadaku sebuah amalan yang jika aku kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku, maka
beliau bersabda: Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah dan zuhudlah terhadap
apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia.
(Hadith hasan riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan) .

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

Menuntut kecukupan terhadap dunia adalah perkara wajib, sedang zuhud adalah tidak adanya
keter-gantungan dan terpusatnya perhatian terhadapnya .
Bersikap qanaah terhadap rizki yang halal dan ridho terhadapnya serta bersikap iffah dari
perbuatan haram dan hati-hati terhadap syubhat.
Jiwa yang merasa cukup dan iffah serta berkorban dengan harta dan jiwa di jalan Allah
merupakan hakekat zuhud.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Zuhur adalah perisai kepada orang yang beriman. Akhlak inilah yang membezakan
Daie daripada orang awam sewaktu segala kenikmatan dunia berada di dalam
genggamannya baik harta, pangkat, kedudukan mahupun segala macam materials
114

2. Untuk memahami zuhud dan menghayatinya, penghayatan terhadap fitnah dunia yang
bersifat sementara, tidak tetap, seringkali berubah, rendah, hina dan membawa bahaya
yang besar ketika manusia menyintainya (penyakit wahn). Sesungguhnya akhirat
itulah kampung kediaman kita yang kekal abadi. (al-Ala: 16-17, al-Anfal: 67, kisah
Qorun al-Qoshosh: 79-83, ar-Rad: 26, an-Nisa: 77, Ghofir: 38-39)
3. Zuhud bukan bermaksud meninggalkan harta dan menagih sedekah. Zuhud terpancar
ketika Allah taala menguji kita dengan nikmatnya, baik harta, pengkat mahupun
populariti ketikamana kita sedang melaksanakan perintahnya untuk memakmurkan
bumi Allah dengan Islam.
Nabi saw. adalah qudwah dalam kerajinan kerja, bersungguh dalam melakukan amal
soleh, paling tekun dalam beribadah dan paling terkehadapan dalam jihad. Tetapi
beliau tidak mengambil kesempatan terhadap manfaat dunia hasil jerih payahnya dan
menikmati hidup yang sangat sederhana.
Rasulullah saw. bersabda, Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku takuti atas
kalian, tetapi aku takut pada kalian dibukakannya dunia bagi kalian sebagaimana
telah dibuka bagi umat sebelum kalian. Kemudian kalian berlomba-lomba
sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan menghancurkan kalian sebagaimana
telah menghancurkan mereka. (Muttafaqun alaihi)
4. Ya Allah, jadikanlah dunia di tangan kami, bukan di hati kamikata Abu Bakar.
Beliau menginfakkan hartanya untuk medan Tabuk, khalifah pertama kaum
muslimin dan di tangannya seluruh bangsa Hijjaz.
5. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati
terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati
harta milik orang. lni bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang
lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.
6. Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud
sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup,
walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman
Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang
mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.
Rasulullah bersabda, Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau
musafir.(HR Bukhari).

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


Zuhud

: 18 : 45-46, 29 : 64, 102 : 1-5

Menghindari penyakit hasad (dengki) :

115


HADITH KETIGAPULUH DUA

Kosa kata / :
:membahayakan diri

Terjemah hadith /

:menimbulkan bahaya
terhadap orang lain

Dari Abu Said, Saad bin Sinan Al Khudri radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :
Tidak boleh melakukan perbuatan(mudharat) yang mencelakakan diri sendiri dan orang lain
(Hadith hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Daruqutni serta selainnya dengan snad yang
bersambung, juga diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwattho secara mursal dari Amr bin
Yahya dari bapaknya dari Rasulul-lah saw, dia tidak menyebutkan Abu Said. Akan tetapi dia
memiliki jalan-jalan yang menguatkan sebagiannya atas sebagian yang lain).

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

Larangan melakukan sesuatau yang berbahaya.


termasuk sesuatu yang diharamkan adalah sesuatu yang berbahaya seperti rokok, mengendarai
kendaraan dengan ceroboh

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Syariat Allah taala tidak pernah memudharatkan manusia meskipun sesetengah
manusia memandangnya sebagai extreme. Tidak mungkin apa yang Allah syariatkan
mendatangkan mudharat sedangkan Allah taala mengharamkan kita mendatangkan
mudharat baik terhadap diri mahupun kepada orang lain.
2. Islam mengutamakan kesejahteraan dan keadilan untuk berlaku kepada semua
makhluk, baik muslim mahupun tidak. Islam sama sekali menolak sebarang bentuk
niat, rancangan dan tindakan yang memberikan kemudharatan kepada setiap makhluk
hatta terhadap binatang. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara.
116

3. Seseorang mukmin dilarang mencari susah atau mudharat yang boleh menimpa
dirinya sendiri atau menimpa orang lain. Agama lslam menggalakkan umatnya
mencari keharmonian hidup. Sebarang angkara yang membawa mudharat sama ada
secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera atau lambat, sedikit atau
banyak semuanya dilarang.
4. Syariat membenarkan rukhsah dalam beberapa perkara atas kasih sayang Allah taala.
Ini memberikan kemudahan kepada hamba-Nya yang beriman untuk menunaikan
ibadah meskipun di atas pembaringan.
Cth: Tidak perlu menggunakan air untuk bersuci jika mengalami kesakitan (alMaidah: 6, Gugur kewajipan berpuasa daripada orang sakit dan bermusafir (alBaqarah: 185)
5. Nabi saw. dalam berdakwah memilih pendekatan yang memudahkan madunya dan
melunakkan hatinya untuk menerima Islam.
Sesungguhnya saya diutuskan dengan agama Nabi Ibrahim as. yang mudah
(HR Ahmad). Begitu juga,

Pemudahkanlah, jangan memayahkan. Berikan khabar gembira, bukannya


membuatkan mereka lari (HR Bukhari)
6. Fiqh Taysir (Fiqh Yang Memberikan Kemudahan) Dr. Yusuf al-Qardhawi menulis
sebuah buku khas yag membahaskan hal ini untuk kita rujuk dengan lebih details. Ia
mencakupi 8 hal:
a. memperhatikan aspek kemudahan
b. memperhatikan keadaan dharurat dan kondisi/situasi yang perlu diberi
keringanan
c. memilih yang lebih ringan
d. mempersempit ruang-lingkup halal dan haram
e. melepas diri dari ta'asub (fanatik) madzhab
f. melepas diri dari kongkongan madzhab
g. memudahkan hal-hal yang menyebabkan kesulitan
h. memperhatikan maqosyid (tujuan) syari'at
i. mengikuti perubahan fatwa
7. Daie hendaklah bersabar terhadap mehnah dan ujian yang berlaku di jalan dakwah.
Berkata Ustaz Hassan al-Banna,
Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu,
kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum
Tema-tema hadith /

1. Larangan mendatangkan kecelakaan: 2: 195

117



HADITH KETIGA PULUH TIGA


:

. ((



] [

Kosa kata / :

: Diberikan

: Bukti

: Orang yang

menuduh

: Sumpah
Terjemah hadith /

: Menuduh

: Mengingkari

Dari Ibnu Abbas radhiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah saw : Seandainya setiap pengaduan
manusia diterima, niscaya setiap orang akan mengadukan harta suatu kaum dan darah mereka,
kerana itu (agar tidak terjadi hal tersebut) maka bagi pendakwa agar mendatangkn bukti dan
sumpah bagi yang mengingkarinya .
(Hadith hasan riwayat Baihaqi dan lainnya yang sebagiannya terdapat dalam As Sahihain)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith /

1. Seorang hakim harus meminta dari kedua orang yang bersengketa sesuatu yang dapat
menguatkan pengakuan mereka.
2. Seorang hakim tidak boleh memutuskan sebuah perkara dengan menghalalkan yang
haram dan mengharamkan yang halal.
3. Pada dasarnya seseorang bebas dari tuduhan hingga terbukti perbuatan jahatnya.
4. Seorang hakim harus berusaha keras untuk mengetahui permasalahan sebenarnya dan
menjelaskan hukumnya berdasarkan apa yang tampak baginya.
5. Bersumpah hanya diperbolehkan atas nama Allah.

118

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Kehidupan seorang muslim senantiasa diwarnai oleh syariat Allah taala. Islam adalah
perundangan dan kehakiman di mana Allah menetapkan kaedah yang rabbani dalam
menentukan sesuatu. Fiqh perundangan Islam sangat komprehensif berbanding
perundangan ciptaan manusia yang tidak lepas daripada pengaruh al-hawa
2. Allah taala mengajarkan kepada kita bahwa penilaian terhadap sesuatu sewajarnya
dilakukan secara objektif dan berdasarkan kepada bukti.
3. Daie perlu berhati-hati dalam hal yang membabitkan harta benda dan kekayaan yang
menjadi faktor kebanyakan masalah baik dalam organisasi mahupun hubungan
individu. Terlalu banyak kes yang kita dengar dalam hal ini. Cth: pecah amanah,
perebutan harta, pemilikan business, pemilikan intellectual property dll
4. Sumpah wajib yang diberikan atas nama Allah agar kita merasa bahwa Allah taalayang
Maha Bijaksana dan Mengetahui mengawasi kita dalam setiap keadaan. Kebenaran
mutlak adalah di sisi Allah yang tiada siapa boleh lari daripada-Nya
5. Urgensi tabayun, ertinya adalah mencari kejelasan hakikat sesuatu atau kebenaran
suatu fakta dengan teliti, seksama dan hati-hati. Perintah untuk tabayyun merupakan
perintah yang sangat penting di mana kehidupan antara sesama kita sering dihinggapi
prasangka. Allah memerintahkan kita untuk bersikap hati-hati dan mengharuskan
untuk mencari bukti yang terkait dengan isu mengenai suatu tuduhan atau yang
menyangkut tentang seseorang.
Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan
terburu-buru). (an-Nisa 4: 94) (al-Hujurat 49: 6)

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /

1. Hukum harus ditegakkan : 4 : 65, 24 : 51


2. Penegakkan hukum harus berdasarkan prinsip yang jelas : 24 : 4, 24 : 23

119


HADITH KETIGA PULUH EMPAT




][

Kosa kata / :

: Merubah

: Yang paling lemah

Terjemah hadith / :
Dari Abu Said Al Khudri radiallahu anhu dia berkata : Aku mendengar Rasulullah shollallohu
alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemunkaran, maka hendaklah diubah dengan
tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu juga, maka
ubahlah dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.
(Riwayat Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / :


1) Menentang pelaku kebatilan dan menolak kemunkaran adalah kewajiban yang dituntut dalam
Islam atas setiap muslim, sesuai mengikut kemampuan dan kekuatannya.
2) Redha terhadap kemaksiatan adalah termasuk diantara dosa-dosa besar.
3) Perlu sabar menanggung kesulitan dalam melaksanakan amar maruf nahi munkar.
4) Amal merupakan buah dari iman, maka menghalang dan menghapuskan kemunkaran juga
merupakan buahnya keimanan.
5) Mengingkari dengan hati diwajibkan kepada setiap muslim, sedangkan pengingkaran dengan
tangan dan lisan berdasarkan kemampuannya.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Kewajipan dakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya
atau mampu perlulah difahami dengan betul. Ia bukanlah bermakna dengan mudah kita
memilih untuk tidak berdaya lalu membuat pilihan membenci dengan hati dalam setiap hal.
120

Kemampuan dan tidak mampu untuk melakukan sesuatu perlulah mempunyai sandaran dan
hujjah yang kuat samada ketidak mampuan dalaman atau ketidak mampuan luaran. Dalaman
ertinya kita sendiri tidak mampu kerana ketakutan yang memudaratkan diri yang berat dan
bahaya. Luaran ertinya kebimbangan ia akan membawa kemungkaran yang lebih besar atau
penolakan yang lebih teruk dari asal.
2. Walaupun begitu, bukti dan tanda iman adalah membenci maksiat dengan hati dan hukumnya
adalah wajib ke atas setiap individu. Sesiapa yang menyetujui dan merasai tidak kesah
dengan sesuatu kemungkaran, bererti dia telah bersekongkol dengan kemungkaran itu. (Jika
hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar
biji sawi.(HR Bukhari dan Muslim)
3. Kemungkaran wajib diubah dan dihilangkan walau apa-pun keadaannya. Mengubah
bermaksud tindakan atau perbuatan untuk menghapuskan kemungkaran tersebut. Kerana
mencegah kemungkaran ditujukan untuk menyelamatkan dan mewujudkan yang maslahat
atau yang lebih maslahat, bukan sebaliknya yakni mudhorat. (Hadis tebuk dek bawah kapal, HR
Bukhari)
4. Saksi adalah merupakan salah satu bentuk usaha menghapuskan. Seorang yang tahu terhadap
sesuatu kemungkaran, tidak boleh diam kerana dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan
Allah taala atas kesaksiannya terhadap kemungkaran, ketidakadilan, kezaliman dan
penyelewengan terhadap agama Allah yang berlaku di atas dunia ini.
5. Untuk melakukan amar makruf nahi mungkar ini secara amali (praktikal) maka perlulah dai
mempelajari ilmu hukum hakam Islam. Ini untuk mengelakkan diri dari melarang suatu
perbuatan yang tidak benar-benar haram atau perkara yang tidak sepakat pada haramnya. Ini
akan membawa keburukan dan memberi nama buruk kepada Islam.
6. Wajib juga belajar bagaimana cara untuk merubah kemungkaran berdasarkan sunnah Nabi
saw. kerana di situ terdapat syarat, kaedah dan juga manhaj tertentu.

Umar bin Abdul Aziz pernah mengatakan, Siapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu,
maka kerusakannya akan lebih besar daripada kebaikannya.

7. Mungkar dan maruf tidak sama. Ada yang besar dan ada yang kecil. Antara yang perlu di
fahami oleh daI ialah akbar dan asghar. Perlu di ketahui dan tahu mana satu yang perlu di
mulai dan di kedepankan.
8. Mungkar al-Akbar, al-Maruf al-AkbarTitik tolak dawah Islamiyyah ialah memerangi
mungkar terbesar (al-munkar al-akbar) dan sekaligus menegakkan maruf terbesar (al-maruf
al-akbar). Dengan kata lain peranan dawah Islamiyah yang utama ialah meruntuhkan
jahiliyyah daripada memimpin alam dan menggantikannya dengan pimpinan Allah SWT.
9. Syarat pelaksanaan nahyi munkar :
a. Pertama: ada atau terjadinya kemungkaran. Maksud kemungkaran ialah segala
kemaksiatan yang diharamkan atau dilarang oleh Islam.
b. Kedua, kemungkaran yang dimaksud hadis di atas dan wajib diperangi adalah perbuatan
yang secara qati (tegas, eksplisit) dinyatakan sebagai kemungkaran dalam Al-Quran atau
Sunnah, atau berdasarkan ijma dan bukan yang diperselisihkan. Kemungkarankemungkaran yang qati itu adalah yang disebutkan dalam Al-Quran sebagai fahsya atau
munkar, seperti zina, mencuri, riba, dan melakukan kezaliman.
121

Contoh - Jauhilah tujuh hal yang membinasakan. Para sahabat bertanya, Apa
itu? Rasulullah saw. menjelaskan, Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa
yang Allah haramkan kecuali dengan cara haq, makan riba, makan harta yatim,
lari dari gelanggang saat jihad, dan menuduh zina kepada wanita suci. (HR
Muslim, Abu Dawud, dan Baihaqi)
c. Ketiga, kemungkaran itu tampak kerana dilakukan secara terbuka dan bukan hasil
dari tajassus (mengintip, mencari-cari kesalahan). Rasulullah saw. bersabda,
Sesungguhnya kamu jika mencari-cari aurat (kesalahan-kesalahan) manusia, maka kamu
menghancurkan atau nyaris menghancurkan mereka. (HR Ibnu Hibban)
10. Tahapan dalam merubah kemungkaran.
a. Pertama, memberikankesedaran dan pemahaman. Allah swt. Berfirman, Dan Allah
sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada
mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (at-Taubah: 115)
b. Kedua, menyampaikan nasihat dan pengarahan. Jika penjelasan dan maklumat tentang
ketentuan-ketentuan Allah yang harus ditaati sudah disampaikan, maka langkah
berikutnya adalah menasihati dan memberikan bimbingan. Cara ini dilakukan Rasulullah
terhadap seorang pemuda yang ingin melakukan zina dan terhadap orang Arab yang
kencing di Masjid.
c. Ketiga, peringatan keras atau kecaman. Hal ini dilakukan jika ia tidak menghentikan
perbuatannya dengan sekadar kata-kata lembut dan nasihat halus. Dan ini boleh dilakukan
dengan dua syarat: memberikan kecaman hanya manakala benar-benar dibutuhkan dan
jika cara-cara halus tidak ada pengaruhnya. Dan, tidak mengeluarkan kata-kata selain yang
yang benar dan ditakar dengan kebutuhan.
d. Keempat,
dengan
tangan
atau
kekuatan.
Ini
bagi
orang
yang
memiliki walayah (kekuasaan, kekuatan). Dan untuk melakukan hal ini ada dua catatan,
yakni:
catatan pertama, tidak secara langsung melakukan tindakan dengan tangan
(kekuasaan) selama ia dapat menugaskan si pelaku kemungkaran untuk
melakukannya. Jadi, janganlah si pencegah kemungkaran itu menumpahkan sendiri
arak, misalnya, selama ia boleh memerintahkan peminumnya untuk
melakukannya.
Catatan kedua, melakukan tindakan hanya sebatas keperluan dan tidak boleh
berlebihan. Jadi, kalau bisa dengan menarik tangannya, tidak perlu dengan
menarik janggotnya.
e. Kelima, menggunakan ancaman pemukulan. Ancaman diberikan sebelum terjadi
tindakannya itu sendiri, selama itu mungkin. Dan ancaman tentu saja tidak boleh dengan
sesuatu yang tidak dibenarkan untuk dilakukan. Misalnya, Kami akan telanjangi kamu di
jalan, atau Kami akan menawan isterimu, atau Kami akan penjarakan orangtua kamu.
(Lebih lanjut lihat Fahmul-Islam Fi Zhilalil-Ushulil-Isyrin, Jumah Amin Abdul-Aziz, DarudDawah, Mesir).
11. Mengabaikan kewajipan dakwah akan menjadi sebab kepada kedatangan azab,
122

a. Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka
yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya. (alAnfal: 25)
b. Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia
tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas
mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.
c. Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, adakah kita akan dimusnahkan sedangkan
golongan yang soleh masih ada di kalangan kita? Nabi menjawab, ya, apabila kekejian
berleluasa. (HR Muslim)

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran


1. Keutamaan mengatasi kemunkaran : 5 : 78, 7 : 165
2. Realisasi iman : 2 : 278, 3 : 139, 5 : 23,
3. Tingkatan iman : 8 : 2

123


HADITH KETIGAPULUH LIMA


:


:




.





.


[ ]

Kosa kata / :
: (kalian) saling dengki

(kalian)

membenci

: (kalian) saling menipu

saling : (kalian) saling memutuskan hubungan

( ): menjual

( ): Merendahkan-(nya)

( ): Menghina-(nya)

( ): dada (nya)

: Cukup
Terjemah hadith / :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu alaihi wa sallam bersabda :
Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan.
Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hambahamba Allah yang bersaudara. . Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia)
tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa
itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan
buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim . Setiap muslim atas muslim yang lain; haram
darahnya, hartanya dan kehormatannya (Riwayat Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / :


1. Larangan untuk saling dengki .
2. Larangan untuk berbuat keji dan menipu dalam urusan jual beli.

124

3. Diharamkan untuk memutuskan hubungan terhadap muslim. Sebaliknya harus dijaga


persaudaraan dan hak-haknya kerana Allah taala.
4. Islam bukan hanya aqidah dan ibadah saja, tetapi juga didalamnya terdapat urusan
akhlak dan muamalah.
5. Hati merupakan sumber rasa takut kepada Allah taala.
6. Taqwa merupakan barometer keutamaan dan timbangan seseorang.
7. Islam memerangi semua akhlak tercela kerana hal tersebut berpengaruh negatif dalam
masyarakat Islam.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Islam bukanlah sekadar laungan kata-kata, tetapi ia mencakupi akhlak yang
merupakan manifestasi dalam bentuk perbuatan yang lahir daripada keimanan yakni
orang yang bersih hatinya.
2. Petanda hati yang kotor lahir daripada perbuatan dengki, khianat, menipu, pemarah, ,
menzalimi, berkata kotor yang akhirnya akan memutuskan hubungan silaturrahim.
Memutuskan silaturrahim hukumnya haram dan dikira sebagai maksiat yang besar
(Surah 47: 22-23) dan dipercepatkan hukumannya di dunia, Tidak ada dosa yang
lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah
baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan
silaturrahim (HR Ibnu Majah dan Tirmizi)
3. Dibenarkan cemburu dalam dua perkara ... seseorang yang Allah berikannya harta,
lalu dia menginfaqkannya pada waktu malam dan waktu siang, dan seseorang yang
Allah kurniakannya al-Quran, lalu dia bangun dengannya pada waktu malam dan
waktu siang. (HR Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah) ataupun
membenci kerana Allah atas kemaksiatan yang berlaku
4. Pentingnya tarbiyah ruhiyah untuk memastikan para Daie mampu untuk mengawal
emosi.
Emosi yang tidak terkawal hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan
diri sendiri. Dikala marah, kemarahannya meluap-luap, tubuhnya gementar, mudah
memaki hamun sesiapa saja, seluruh isihati akan ditumpah luahkan, nafasnya
tercungap-cungap dan dia akan berbuat sekehendak hatinya.
Rumahtangga pun runtuh kerana kegagalan suami-isteri mengawal emosi masingmasing (an-Nisa: 19).
5. Banggunan jamaah kaum muslimin akan runtuh bukan disebabkan oleh kekurangan
material, tetapi atas kemiskinan akhlakahlinya yang mengikut al-hawa(Surah 49: 10).
Bahkan kedengkian itu merosakkan amalan peribadi, Jauhilah olehmu sekalian sifat
dengki, kerana dengki itu akan memakan segala kebaikan seperti api yang
membakar kayudan mencukur agama Akan menjalar kepada kamu penyakit umatumat yang terdahulu; hasad dan benci membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku
tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama
6. Apa tindakan kita ketika ada sangkaan buruk tersebar?
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa (al-Hujurat: 12)
125

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu


adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang
disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya.
Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :Sangkaan ini mestilah disokong oleh
ijtihad (usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang
dalam (Tafsir Ar-Razi, 28/115)
7. Takwa merupakan ikatan yang mengikat jiwa agar tidak lepas control mengikuti
keinginan dan hawa nafsunya. Dengan ketakwaan seseorang dapat menjaga dan
mengontrol etika dan budi pekertinya dalam detiap saat kehidupannya kerana
ketakwaan pada hakikatnya adalah muroqabah dan berusaha keras mencapai
keredhoan Allah serta takut dari adzabNya
8. Jangan menyerang kesalahan peribadi secara terang-terangan melainkan
menggunakan kaedah yang lebih hikmah. Apatah lagi dalam perhubungan antara
pimpinan dan ahli, murabbi dan mutarabbi, seringkali berlaku kegoncangan apabila
murabbi tersilap langkah dalam teguran sehingga memburuk-burukkan mutarabbi di
hadapan orang lain. Setiap manusia itu ada kehormatan yang Allah berikan.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


1. Menciptakan pergaulan yang baik dan harmonis : 49 : 10
2. Realisasi ukhuwah Islamiyah : 9 : 71
3. Barometer kehidupan; Taqwa : 49 : 13
4. Dihormatinya hak dan martabat seorang muslim: 5 : 32, 22 : 30

126


HADITH KETIGAPULUH ENAM


Kosa kata / :

: Meringankan atau
menghilangkan

( ): Cobaan berat

: Orang yang

kesulitan

: Memudahkan

: Pertolongan

: Menutupi

: Memudahkan

: Menempuh

( ): (Mereka) saling

: Berkumpul

: Ketenangan

mempelajari-(nya)

()

( ): mengelilingi (mereka)
: Segera

: Liputi, curahkan
(kepada mereka)

: Lambat

Terjemah hadith / :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah saw bersabda : Siapa yang menyelesaikan
kesulitan seorang mumin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan
memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang
kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib)
seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya
selama hambanya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu,
akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Sebuah kaum yang berkumpul di salah satu rumah
Allah membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya diantara mereka, niscaya akan diturunkan
kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi
127

malaikat serta Allah sebut-sebut mereka kepada makhluk disisi-Nya. Dan siapa yang lambat
amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / :


1. Siapa yang membantu seorang muslim dalam menyelesaikan kesulitannya, maka akan
dia dapatkan pada hari kiamat sebagai tabungannya yang akan memudahkan
kesulitannya di hari yang sangat sulit tersebut.
2. Sesungguhnya pembalasan disisi Allah taala sesuai dengan jenis perbuatannya.
3. Berbuat baik kepada makhluk merupan cara untuk mendapatkan kecintaan Allah taala.
4. Membenarkan niat dalam rangka mencari ilmu dan ikhlas didalamnya agar tidak
menggugurkan pahala sehingga amalnya dan kesungguhannya sia-sia.
5. Memohon pertolongan kepada Allah taala dan kemudahan dari-Nya, kerana ketaatan
tidak akan terlaksana kecuali kerana kemudahan dan kasih akung-Nya.
6. Selalu membaca Al Quran, memahaminya dan mengamalkannya.
7. Keutamaan duduk di rumah Allah untuk mengkaji ilmu.
8. Keturunan tidak membantu apa-apa di sisi Allah Taala jika amalan yang
dilakukan adalah sedikit

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Hadis ini memberikan motivasi yang sangat besar kepada para daie untuk terus
memberikan khidmat kepada siapa sahaja yang berada di sekelilingnya, lebih-lebih lagi
kepada madu dan ikhwan yang memerlukan kerana;
a. Orang yang dibantu boleh memberikan syafaat dikala kita memerlukannya untuk
menampung kekurangan amal kita
b. Mendapat keampunan daripada Allah (cth - menangguh pembayaran hutang
kepada pemiutang atau menggugurkan hutang tersebut)
Ada seorang peniaga yang memberi hutang kepada orang ramai. Apabila dia
melihat orang yang berada dalam kesulitan, dia berkat kepada anak-anaknya:
Biarkanlah dia. Semoga Allah akan mengampunkan kita. Lalu Allah
mengampunkannya. (HR Bukhari dan Muslim)
2. Wajib bagi kita untuk menutup keaiban yang berlaku pada saudara kita seperti
mengumpat terhadap kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Akhlak yang mulia ini
akan memelihara keharmonian saff harokah Islam kerana setiap daripada ahli harokah
adalah tidak masum (terpelihara daripada melakukan dosa) seqowi manapun dia.
Mendedahkan keaibannya yang kecil (cth tertinggal solat subuh berjamaah) kepada
ikhwan yang lain tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan melainkan kerosakan.
Sedangkan akh tersebut bukanlah ahli maksiat1 yang tidak boleh kita maafkan.

Pelaku maksiat ada dua kategori (1) Orang yang sekadar melakukan satu kesalahan atau kesilapan Perlu di maafkan
(2) Ahli maksiat yang terang-terang serta tidak kisah dengan maksiatnya

128

3. Kita perlu senantiasa mencari peluang untuk memberikan khidmat kepada akh yang
memerlukan kerana Dan sesiapa yang memenuhi hajat atau keperluan saudaranya,
Allah akan memenuhi hajat atau keperluannya. Mentaliti problem solver adalah
slogan para daie meskipun terhadap keperluan-keperluan yang kecil. Terkadang kita
meremehkan permasalahan atau hajat akh kita kerana berbeza sudut pandang walhal
hajat tersebut merupakan satu beban atau kerunsingan kepada beliau. Sedangkan Abu
Bakar ra. tetap memerah susu kepada untuk sekumpulan penduduk kampung
walaupun dia busy menguruskan sebuah negara Islam. Begitu juga Umar ra. yang
sentiasa menjaga hal ehwal para balu. Dikisahkan beliau mengambil air pada waktu
malam untuk seorang wanita tua yang buta dan lumpuh.
4. Ilmu adalah jalan ke syurga kerana ilmu menunjukkan hamba kepada Allah melalui
jalan yang paling singkat dan Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari AlQuran dan mengajarkanya. Adalah menjadi kewajipan untuk senantiasa
memperbaiki dan meningkatkan kualiti keperibadian muslim daripada setahap
ketahapan yang seterusnya. Dan Allah akan menambah hidayah (dengan bertambah
keyakinan) kepada orang-orang yang telah mendapat hidayah Surah Maryam: 76
5. Seorang daie yang benar semestinya adalah orang yang paling banyak zikirnya kepada
Allah, ahlul masjid, dan banyak melakukan tilawah Al-Quran. Dengan itu dia
mendapatkan bekalan, dan Allah memberikan kepadanya as-Sakinah.
6. Seorang daie yang benar tidak hidup sendirian di mana dia berusaha untuk
menghidupkan liqo Al-Quran1 dan mabit di mana sahaja dia berada dan teruja untuk
menghadiri liqo untuk dirinya. Sesuatu kumpulan manusia tidaklah duduk sambil
mengingati dan menyebut Allah Azza wa jalla, melainkan mereka akan dilindungi
oleh para malaikat, dan diselubungi oleh rahmat. As-Sakinah akan turun ke atas
mereka. Allah akan menyebut (dan memuji) mereka di kalanagan para malaikat
yang di sisiNya. HR Muslim

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


1. Menumbuhkan kepekaan sosial : 107 : 1-7, 70 : 24
2. Menjaga nama baik seseorang : 49 : 11
3. Menumbuhkan tradisi ilmiah : 96 : 1, 170 : 36.
4. Berinteraksi terhadap Al Quran : 73 : 4, 47 : 24, 33 : 36

Majoriti ulama berdalil disunatkan berkumpul untuk tadarus Al-Quran secara umum

129


Hadith ketigapuluh tujuh




"

][

Kosa kata / :
: Menjelaskan

: Menjelaskan
: Keburukan

( ): Kelipatan

Terjemah hadith / :
Dari Ibnu Abbas radhiallahuanhuma, dari Rasulullah saw sebagaimana dia riwayatkan dari
Rabbnya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi : Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan
keburukan, kemudian menjelaskan hal tersebut : Siapa yang ingin melaksanakan kebaikan
kemudian dia tidak mengamalkannya, maka dicatat disisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Dan
jika dia berniat melakukannya dan kemudian melaksanakannya maka Allah akan mencatatnya
sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat bahkan hingga kelipatan yang banyak. Dan
jika dia berniat melaksanakan keburukan kemudian dia tidak melaksanakannya maka baginya satu
kebaikan penuh, sedangkan jika dia berniat kemudian dia melaksanakannya Allah mencatatnya
sebagai satu keburukan.
(Riwayat Bukhori dan Muslim dalam kedua sahihnya dengan redaksi ini).

Pelajaran yang dapat diambil dari hadith/ :


Kasih akung Allah terhadap hamba-Nya yang beriman sangat luas dan ampunannya menyeluruh
sedang pemberian-Nya tidak terbatas.
Sesungguhnya apa yang tidak kuasa oleh manusia, dia tidak diperhitungkan dan dipaksa
menunaikannya.
Allah tidak menghitung keinginan hati dan kehendak perbuatan manusia kecuali jika kemudian
dibuktikan dengan amal perbuatan dan praktek.
130

Seorang muslim hendaklah meniatkan perbuatan baik selalu dan membuktikannya, diharapkan
dengan begitu akan ditulis pahalanya dan ganjarannya dan dirinya telah siap untuk
melaksanakannya jika sebabnya telah tersedia.
Semakin besar tingkat keikhlasan semakin berlipat-lipat pahala dan ganjaran.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Ibnu Rajab berkata bahwa penggandaan amal kebaikan melebihi 10 kali ganda (hingga
yang diketahui Allah melainkan puasa) adalah berdasarkan:
a. Keelokan keislaman seseorang, sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas
dalam hadis Abu Hurairah ra. dan selainnya
b. Kesempurnaan keikhlasannya
c. Kelebihan dan kemuliaan amalan itu sendiri
d. Keperluan kepada amalan berkenaan
2. Kita hendaklah senantiasa mengisi hati kita dengan niat dan keazaman untuk
melakukan amal kebaikan kerana tiada apa yang dirugikan daripada niat dan
keazaman tersebut melainkan ianya akan diganjari Allah swt.. Ruangan hati yang
dikuasai oleh charge-charge yang positif akan melonjakkan kita untuk beramal soleh
dan menghindari daripada dikuasai bisikan syaithan (cth sombong, takabbur, ujub,
hasad dengki dan buruk sangka tanpa sebab, zina hati).
3. Selagimana niat untuk melakukan kejahatan tidak dizahirkan dengan perbuatan, ia
tidak ditulis1. Sesuatu amalan jahat ditulis sebagai satu kejahatan seumpamanya tanpa
digandakan. Dan sesiapa yang melakukan sesuatu amalan jahat, dia tidak akan
dibalas melainkan dengan balasan seumpamanya, tanpa mereka dizalimi (alAnam: 160).
4. Amal soleh yang memberi manfaat yang banyak adalah lebih afdhal seperti perbuatan
jihad lebih utama daripada haji kerana haji manfaatnya adalah individu sedangkan
manfaat jihad dirasakan oleh ummat (at-Taubah:19-20). Untuk meraih ganjaran yang
lebih besar (syurga firdaus), kita perlu berazam dan melakukan amal kebaikan yang
paling priority dan tinggi darjatnya di sisi Allah.
"Barangsiapa mengajar orang lain kepada suatu petunjuk,maka dia akan
mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melaksanakan petunjuk itu, tanpa
mengurangi pahala mereka sama sekali." (HR Bukhari)
"Shadaqah, yang paling utama ialah memberikan khemah,atau memberikan
seorang pembantu, atau seekor unta untuk perjuangan di jalan Allah swt." (HR
Ahmad & Tirmidzi)

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


Anjuran berlomba-lomba untuk kebaikan : 2 : 148, 23 : 61

Jika lintasan hati yang berupa kejahatan yang dilayan dan diazamkan, dikira sebagai amalan dan usahanya dan ia
tidak dimaafkan

131


Hadith Ketigapuluh delapan



:
:

Kosa kata / :
: Memusuhi
: Mendekatkan diri,
beribadah

( )(): (Aku) izinkan,


umumkan (kepadanya)

jamak dari ( perkara-

( )(): (Aku) wajibkan

perkara sunnah)

(padanya)

( ): Minta perlindungan

: Memukul, menampar.

(kepada-Ku)

( ): (Aku) lindungi (dia)

Terjemah hadith / :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata : Rasulullah saw bersabda : Sesungguhya Allah taala
berfirman : Siapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak
ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah
dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkan diri
kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan
mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia
gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang
digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta
kepadaku niscaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku
lindungi Riwayat Bukhori.

Pelajaran yang dapat diambil dari hadith/ :


1. Besarnya kedudukan seorang wali, kerana dirinya diarahkan dan dibela oleh Allah taala.
2. Perbuatan-Perbuatan fardhu merupakan perbuatan-perbuatan yang dicintai Allah taala .
132

3. Siapa yang kontinyu melaksanakan sunnah dan menghindar dari perbuatan maksiat
maka dia akan meraih kecintaan Allah taala .
4. Jika Allah taala telah mencintai seseorang maka dia akan mengabulkan doanya.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Wajib kita untuk mengasihi dan menolong wali Allah Taala (iaitu orang yang
mengikuti syariat-Nya) sementara memusuhi mereka hukumnya haram. Sifat orang
yang beriman itu keras dan tegas terhadap orang-orang kafir, serta berlemah
lembut dan belas kasihan sesama mereka (al-Fath:29) (al-Maidah:54). Begitulah
juga tata-cara hidup orang yang beriman, sentiasa memuliakan para pendahulu
mereka, para pemimpin, para mujahid dan para daie al-murabbi kerana Allah
mengasihi mereka atas ketaqarruban dan kecintaan mereka kepada-Nya
2. Kita wajib berusaha untuk bertaqarrub kepada Allah taala pertama dengan
melaksanakan seluruh amalan yang fardhu dan meninggalkan segala yang haram,
kemudian pula dengan amalan yang sunat. Golongan muqarrobin senantiasa ingin
dekat kepada Allah swt., tidak bosan menyebut nama Allah dan bersungguh dalam
mengerjakan ibadah nawafil. Uthman ra. berkata, Jikalau hati kamu bersih, nescaya
kamu tidak akan kenyang dan rasa cukup dengan kata-kata Tuhan kamu (AlQuran). Mereka juga tidak takut dan bimbang Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali
Allah tidak ada sebarang rasa takut dan bimbang, dan mereka tidak akan bersedih.
(Yunus:62)
3. Para daie yang benar tidak akan membenarkan sama sekali penglihatan, pendengaran,
tutur kata dan gerak langkahnya melakukan perkara maksiat dan lagho melainkan
hidup selari dengan tuntutan syariat-Nya kerana semua maksiat adalah perbuatan
memerangi Allah Azza wa jalla

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


1. Pemahaman yang benar tentang wali : 10 : 62-64
2. Keutamaan ibadah nawafil (sunnah) : 35 : 32
3. Kekuatan dari Allah : 22 : 40, 18 : 39,

133


HADITH KETIGAPULUH SEMBILAN

:
:




:
][

Kosa kata / :

Melewatkan, : Lupa

memaafkan

: (Mereka) dipaksa
Terjemah hadith / :
Dari Ibnu Abbas radiallahuanhuma : Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah
taala memafkan umatku kerana aku (disebabkan beberapa hal) : Kesalahan, lupa dan segala
sesuatu yang dipaksa
(Hadith hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dan lainnya)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / :


1. Allah taala mengutamakan umat ini dengan menghilangkan berbagai kesulitan dan
memaafkan dosa kesalahan dan lupa.
2. Sesungguhnya Allah taala tidak menghukum seseorang kecuali jika dia sengaja berbuat
maksiat dan hatinya telah berniat untuk melakukan penyimpangan dan meninggalkan
kewajiban dengan sukarela .
3. Manfaat adanya kewajiban adalah untuk mengetahui siapa yang taat dan siapa yang
membangkang.
4. Ada beberapa perkara yang tidak begitu saja dimaafkan. Misalnya seseorang melihat
najis di bajunya akan tetapi dia mengabaikan untuk menghilangkannya segera, kemudian
dia shalat dengannya kerana lupa, maka wajib baginya mengqhada shalat tersebut.
Contoh seperti itu banyak terdapat dalam kitab-kitab fiqh.

134

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Sedangkan Allah taala memaafkan orang yang silap dan lupa, apatah lagi sesama para
daie yang ikhlas berjuang di jalan Allah. Manusia memang tidak pernah terlepas
daripada lupa, dan seringkali perlu diingatkan sebagaimana Allah taala seringkali
memberikan peringatan kepada kita di dalam Al-Quran. Penyakit ini memerlukan
rawatan yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan manusia dan Allah tidak akan
membebani seseorang itu kecuali sesuai dengan kemampuannya. (al-Baqarah: 286)
2. Kita hendaklah beristighfar memohon ampun kepada Allah taala tatkala sedar. Para
daie perlu pertama kali mengajarkan hal demikian kepada mutarabbinya dan semoga
Allah mengampuni kecuaian kita dalam melaksanakan tuntutan-Nya
3. Tidak boleh seseorang yang mempunyai pengaruh di kalangan kaum muslimin tunduk
kepada kalimah kufur atau paksaan yang boleh menjadi fitnah besar kepada Islam (cth
kes Imam Ahmad dan Syed Qutb). Berkata Ustaz Mustafa Masyhur, Sesungguhnya
dakwah yang benar tidak mungkin berdiri di atas rukhsah (kemudahan) dan tidak
boleh dijual beli dengan murah. Sebaliknya ia mesti dibangunkan di atas uzmah
(keazaman) oleh orang-orang yang mempunyai keazaman dan ketangkasan. Oleh
itu, sudah menjadi sunnah Allah dalam memperbezakan dan membersihkan serta
menyucikan mukmin. (Jalan Dakwah)
Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan
kepadamu sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan Al-Quran itu
benar-benar suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan
dipertanggungjawabkan Az-(Zukhruf: 43-44)

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


Toleransi hukum Islam : 22 : 78, 2 : 196
Manusiawi dalam penerapan hukum : 64 : 16

135


Hadith Keempat Puluh

:
:



.

:




][

Kosa kata / :
: Orang asing

: Pengembara

( ): (engkau berada) di ( ): (Engkau berada) di


sore hari

pagi hari.

( ): (kedua) pundak (ku)


Terjemah hadith / :
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma berkata : Rasulullah saw memegang pundak kedua pundak aku
seraya bersabda : Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara , Ibnu Umar
berkata : Jika kamu berada di sore hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari
jangan tunggu sore hari, gunakanlah kesehatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan
kehidupanmu untuk kematianmu (Riwayat Bukhori)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / :


1. Bersegera mengerjakan pekerjaan baik dan memperbanyak ketaatan, tidak lalai dan
menunda-nunda kerana dia tidak tahu kapan datang ajalnya.
2. Menggunakan berbagai kesempatan dan momentum sebelum hilangnya berlalu .
3. Zuhud di dunia berarti tidak bergantung kepadanya hingga mengabaikan ibadah kepada
Allah taala untuk kehidupan akhirat.
4. Hati-hati dan khawatir dari azab Allah adalah sikap seorang musafir yang bersungguhsungguh dan hati hati agar tidak tersesat.
5. Waspada dari teman yang buruk hingga tidak terhalang dari tujuannya.
6. Pekerjaan dunia dituntut untuk menjaga jiwa dan mendatangkan manfaat, seorang muslim
hendaknya menggunakan semua itu untuk tujuan akhirat.
7. Bersungguh-sungguh menjaga waktu dan mempersiapkan diri untuk kematian dan
bersegera bertaubat dan beramal shaleh.
136

8. Rasulullah memegang kedua pundak Abdullah bin Umar, adalah agar beliau memperhatikan
apa yang akan beliau sampaikan. Menunjukkan bahwa seorang pelajar harus diajarkan
tentang perhatian gurunya kepadanya dan kesungguhannya untuk menyampaikan ilmu
kedalam jiwanya. Hal ini dapat menyebabkan masuknya ilmu, sebagaimana hal itu juga
menunjukkan kecintaan Rasulullah kepada Abdullah bin Umar, kerana hal tersebut pada
umumnya dilakukan oleh seseorang kepada siapa yang dicintainya.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Para daie seharusnya memendekkan cita-cita terhadap dunia dan menganggap dunia
bukanlah permanent resident melainkan tempat persinggahan ibarat tempat RnR
sewaktu jaulah untuk memperbaiki kelengkapan. Dia ingin pulang ke tanah airnya
yakni negeri akhirat yang kekal abadi. Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan
dunia ini hanyalah nikmat dan keseronokan yang sementara. Sesungguhnya akhirat
itulah negeri tempat tinggal yang kekal. (Ghofir: 39)
2. Allah memerintahkan kita untuk bersegera dalam menuai kebajikan, tidak bertangguh
dalam berurusan dan melakukannya dengan penuh kesungguhan. Apabila selesai satu
urusan, maka bekerlah untuk urusan seterusnya. (al-Insyirah: 7). Selesai satu
program, kita teruskan dengan program yang lain tanpa henti hingga ajal menjemput.
Sehinggakan solat pun kita diajarkan untuk serius, Solatlah seperti solat orang yang
mengucapkan selamat tinggal (mati) (HR Ahmad)
3. Kita dituntut untuk merebut peluang yang ada di dunia buat bekal akhirat. Bukankah
harta yang terbaik itu adalah harta yang berada di tangan orang yang beriman ?
Rebutlah peluang daripada lima perkara sebelum lima perkara; remaja sebelum
tua, sihat sebelum sakit, kaya seebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup
sebelum mati (HR Bukhari)
4. Rasulullah memegang kedua bahu Abdullah bin Umar, adalah agar beliau
memperhatikan apa yang akan beliau sampaikan. Menunjukkan bahwa seorang
mutarabbi harus diajarkan tentang perhatian murabbinya kepadanya dan
kesungguhannya untuk menyampaikan ilmu kedalam jiwanya. Hal ini dapat
menyebabkan masuknya ilmu, sebagaimana hal itu juga menunjukkan kecintaan
Rasulullah kepada Abdullah bin Umar, kerana hal tersebut pada umumnya dilakukan
oleh seseorang kepada siapa yang dicintainya.

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


1. Hakikat kehidupan : 3 : 185, 10 : 24
2. Optimalisasi setiap kesempatan : 103 : 1-3, 94 : 7.

137

((

:

Kosa kata / :
: hawanya, keinginannya

: mengikut

Terjemah Hadith / :
Dari Anas Radhiallahuanhu dia Dari Abu Muhammad Abdillah bin Amr bin Ash
radhiallahuanhuma dia berkata : Rasulullah saw bersabda : Tidak beriman salah seorang diantara
kalian hingga hawa nafsu/keinginannya mengikuti apa yang aku bawa
Hadith hasan sahih dan kami riwayatkan dari kitab Al Hujjah dengan sanad yang sahih.
(Hadith ini tergolong dhoif. Lihat Qowaid Wa Fawaid minal Arbain An-Nawawiyah, karangan
Nazim Muhammad Sulthan hal. 355, Misykatul Mashabih takhrij Syekh Al Albani, hadith no. 167,
juz 1, Jami Al Ulum wal Hikam oleh Ibn Rajab)
Pelajaran yang terdapat dalam hadith / :
1. Menyukai apa yang diperintah oleh Allah taala dan membenci apa yang dilarang-Nya
adalah wajib
2. Mengawal nafsu agar tunduk dan patuh kepada Allah taala dan Rasul-Nya saw.
3. Menurut al-hawa punca kepada segala maksiat

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Hanya ada dua pilihan: Wahyu (syariat), atau al-hawa. Tiada yang ketiga. Oleh itu,
kedua-duanya adalah berlawanan. Apabila al-haq hanya terletak pada wahyu, maka
kebatilan secara otomatik terletak pada al-hawa. Dan secara langsung, pengikut alhawa adalah bertentangan dengan al-haq.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa beliau berkata:
Bila mana Allah menyebut perkataan al-hawa di dalam al-Quran, pasti Dia
mencelanya. Dari sini jelaslah maqasid dari syariah diturunkan ialah untuk
mengeluarkan kita dari menjadi pengikut al-hawa. (Al-Muwafaqat, Juzu 6, m.s. 121)
2. Hak Allah dan Rasul-Nya lebih utama daripada bapak, anak dan semua manusia
hinggakan Nabi saw. berperang melawan sanak-saudaranya, Abu Ubaidah membunuh
bapaknya kerana menyakiti Rasulullah saw. dan Abu Bakar hampir-hampir membunuh
anaknya Abdurrahman ketika perang Badar. (at-Taubah: 24)

138

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


1. Kesempurnaan iman : 4 : 65, 33 : 36
2. Cinta Allah dan Rasul : 9 : 24
3. Menolak al-Hawa : 38 : 26, 79 : 40,41

139


HADITH KEEMPATPULUH DUA

:

:








:






] [

Kosa kata / :
( ) (): (engkau) berdoa, ( ) (): (engkau) mengharap
memohon (kepada-Ku)

(kepada-Ku)

: (aku) pedulikan

: awan (yang dimaksud

: Sepenuh

bentuk jamak dari

adalah banyaknya)
(kesalahan)

( )(): (engkau) mendatangi- ( ) (): (engkau) menemui(Ku)

(Ku)

Terjemah Hadith / :
Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah taala
berfirman: Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku,
maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu).
Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta
ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau
datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak
menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : hadithnya hasan shaheh).

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / :


1. Berdoa diperintahkan dan dijanjikan untuk dikabul-kan.
2. Maaf Allah dan ampunannya lebih luas dan lebih besar dari dosa seorang hamba jika dia
minta ampun dan bertaubat.
140

3. Berbaik sangka kepada Allah taala, Dialah semata Yang Maha Pengampun bagi orang yang
bertaubat dan istighfar.
4. Tauhid adalah pokok ampunan dan sebab satu-satunya untuk meraihnya.
5. Membuka pintu harapan bagi ahli maksiat untuk segera bertaubat dan menyesal betapapun
banyak dosanya.

Fi Zilal an-Nawawiyyah (Fiqh Dakwi dan Tarbawi):


1. Kita diperintahkan untuk hanya berharap kepada Allah taala dalam setiap hal dengan
memanjatkan doa Dan Tuhan kamu telah berfirman: Berdoalah kepada-Ku, pasti
Aku memperkenankannya untuk kamu (Ghofir: 60) dan doa itulah ibadah. Sehebatmanapun manusia, syarikat atau kerajaan, semuanya hidup dengan rezki daripada
Allah swt. dan sentiasa bergantung kepada rahmat dan kasih sayang Allah.
2. Allah taala maha pengampun meskipun dosa yang kita lakukan banyak hingga sampai
ke awan di langit. Pemurah-Nya Allah swt. dalam memberikan pengampunan jauh
melebihi manusia. Manusia mungkin susah menghalalkan kesilapan kita tetapi tidak
bagi Allah taala Dan sesiapa yang membuat kejahatan atau menzalimi diri sendiri
kemudian dia meminta pengampunan Allah, nescaya dia akan mendapati Allah
Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (an-Nisa:110). Justru menjadi kewajipan
kepada kita untuk menjaga perhubungan sesama manusia, menutup keaiban orang lain
dan semoga Allah mengampunkan apa yang kita zalimi diri kita sendiri.
3. Dosa mematikan hati, melambatkan perjuangan dan memudahkan musuh:
Ibn al-Qayyim al-Jawziyah: Dosa dan kemaksiatan itu merupakan senjata dan
bantuan yang diberikan oleh seseorang kepada musuh.Dengannya dia telah
menolong musuh untuk mengalahkan dirinya.Hasilnya musuh mengalahkan
seseorang itu dengan senjata darinya, kerana itu ia bekerjasama dengan musuh
mengalahkan dirinya sendiri. Inilah satu puncak kebodohan. (al-Daawa wal-Dawaa
hal.138-9)
4. Beristighfar (memohon ampun) kepada Allah swt. merupakan satu kewajipan dan
sebahagian daripada mutabaah harian yang wajib adalah memperbanyakkan istighfar
minima 70 kali sehari Demi Allah, sesungguhnya saya (Nabi saw.) memohon
keampunan Allah da bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih daripada 70 kali.
(HR Bukhari). Meskipun Nabi saw. seorang yang masum dan sibuk melayani urusan
umat, dalam HR Muslim baginda saw. tetap tidak meninggalkan istighfar
Sesungguhnya saya beristighfar kepada Allah dalam sehari 100 kali.
5. Syarat diterima taubat:
a. Meninggalkan perbuatan maksiatnya, menyesali yang sudah terjadi dan
bertekad untuk tidak mengulangi
b. Jika sesama manusia, hendaklah dia segera menunaikan apa yang menjadi hak
orang lain atau minta dihalalkan
c. Jika berkaitan dengan Allah, dan ada kaffarah dosa hendaklah dia segera
menunaikan kaffarah tersebut

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran /


4. Kemurahan Allah taala : 23 : 118, 6 : 133, 7 : 56
5. Tidak putus asa untuk bertaubat : 39 : 53, 5 : 74, 3 : 135
141