Anda di halaman 1dari 4

Tips Lulus Matematik Tambahan

Nov 2
Posted by Cikgu Rainul
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pelajar semua.
Berikut sedikit tips untuk lulus matematik tambahan :-)
Tips Lulus Kertas 1 :
1. Kertas 1 terdiri daripada 25 soalan. Setiap soalan diberi 2 4 markah. Nilai markah
menunjukkan panjang atau pendek langkah penyelesaian. Maka jawab mengikut nilai markah.
2. Empat bab berikut tidak pernah keluar dalam kertas 1, iaitu :
a. Penyelesaian segi tiga (tingkatan 4)
b. Nombor indeks (tingkatan 4)
c. Gerakan pada garis lurus (tingkatan 5)
d. Pengaturcaraan linear (tingkatan 5)
3. Corak soalan kertas 1 kelihatan sama saja. Soalan 1 & 2 biasanya soalan fungsi, kemudian
diikuti dengan soalan persamaan kuadratik, kemudian disusuli soalan fungsi kuadratik, soalan
logaritma, soalan janjang dan seterusnya. Soalan akhir biasa dari bab taburan kebarangkalian.
Wujud corak khusus. Manfaatkan corak soalan ini.
4. Lazimnya satu soalan keluar dari setiap bab, kecuali bab-bab berikut lazimnya lebih daripada
satu soalan :
a. Fungsi (2 3 soalan), lazimnya 3 soalan.
b. Fungsi kuadratik (2 soalan).
c. Indeks dan logaritma (2 3 soalan).
d. Pembezaan (1 3 soalan), lazimnya 2 soalan.
e. Janjang (2 3 soalan), lazimnya 3 soalan.
f. Vektor (2 soalan).
Beri penekanan kepada bab-bab di atas dalam ulangkaji kerana banyak markah di situ. Rujuk
soalan-soalan tahun lepas, buku model SPM dan soalan percubaan semasa membuat ulangkaji.
5. Jangan tinggalkan kosong. Jawab semua soalan sekalipun dengan hanya menulis/menyatakan
maklumat yang terdapat dalam soalan, umpamanya menyatakan a = 1, d = 3 atau p = 0.3, q = 0.7,
n = 10. Tinggalkan kosong confirm dapat 0, tetapi jika tulis sesuatu peluang untuk dapat markah
sudah terbuka.
6. Tetap tunjukkan langkah kerja untuk setiap penyelesaian kerana sekiranya jawapan akhir salah
masih ada peluang untuk dapat markah pada langkah penyelesaian.

7. Usahakan anda mendapat sekurang-kurangnya 25/80 markah untuk kertas 1. Peluang lulus
anda cerah sekiranya mendapat markah ini.
8. Sekiranya anda mendapat 60 markah ke atas untuk kertas 1, peluang anda mendapat gred
cemerlang (A-, A atau A+) sangat cerah :-)
Tips Lulus Kertas 2 :
Untuk lulus, beri fokus kepada bab-bab berikut untuk kertas 2 :
Bahagian A :
a. Persamaan serentak :
Soalan ini 5 6 markah. Pastikan anda menjadikan x atau y (atau apa-apa pemboleh ubah lain
yang digunakan dalam soalan) sebagai perkara rumus. Sentiasa gunakan kaedah penggantian.
Mesti tunjukkan kaedah penyelesaian sama ada guna pemfaktoran atau rumus. Sensitif dengan
kehendak soalan. Umpamanya, sekiranya diminta menjawab kepada 3 tempat perpuluhan
jawablah kepada 3 tempat perpuluhan dan guna rumus. Sekiranya soalan umum, jawab kepada 4
angka bererti. Semak dengan menggunakan kalkulator.
b. Fungsi trigonometri :
Usahakan untuk melakar graf. Lakaran fungsi trigo sebenarnya agak mudah. Hati-hati dengan
julat untuk sudut. Jangan terkurang atau terlebih ketika melakar. Lazimnya akan diminta melakar
satu lagi graf dan biasanya graf ini adalah garis lurus. Jangan lupa menyatakan bilangan
penyelesaian.
c. Bab-bab lain yang lazim keluar pada bahagian A ialah statistik, pembezaan, janjang,
pengamiran dan vektor. Kena ingat, bahagian A wajib jawab semua. Namun untuk lulus, fokus
pada bab persamaan serentak dan fungsi trigonometri.
d. Rujuk soalan-soalan tahun lepas, soalan model SPM dan soalan-soalan percubaan untuk
melihat bentuk soalan bahagian A ini.
e. Peruntukkan 1 jam untuk menjawab 6 soalan dalam bahagian A ini. Secara purata, 10 minit
satu soalan untuk bahagian A.
Bahagian B :
Beri tumpuan kepada dua bab berikut yang lazimnya keluar dalam kertas 2 :
a. Hukum linear :
Pastikan jadual diisi dengan sekurang-kurangnya 2 tempat perpuluhan. Tuliskan juga persamaan
linear yang diperoleh daripada persamaan non-linear. Maka sudah dapat 2 markah mudah.
Markah yang lain berpandukan graf yang anda lukis. Lazimnya graf garis lurus penyuaian
terbaik sangat mudah dilukis. Semak betul-betul jika ada titik yang terkeluar jauh. Ianya
mungkin disebabkan anda tersalah kira atau tersalah plot. Lazimnya ada 6 titik yang perlu diplot.

Jangan ada yang tertinggal. Pastikan anda ada menulis Daripada graf, untuk mencari nilai
pemboleh ubah dalam soalan. Baca graf dengan teliti.
b. Taburan kebarangkalian :
Corak soalan hampir sama setiap tahun. Selalunya dibahagikan kepada dua bahagian, (a) dan (b).
Bahagian (a) selalunya taburan binomial manakala bahagian (b) lazimnya taburan normal piawai.
Kita sudah banyak membuat latihtubi bab ini.
Seperti bahagian A, peruntukkan 1 jam untuk menjawab bahagian B. Perlu ingat, anda perlu
menjawab 4 daripada 5 soalan pada bahagian ini. Secara purata, 15 minit satu soalan.
Bahagian C :
Cikgu sarankan pelajar-pelajar cikgu memilih bab nombor indeks dan bab gerakan pada garis
lurus. Bab nombor indeks adalah bab yang paling mudah mendapat markah. Bab gerakan pada
garis lurus pula adalah bab yang boleh dijawab dengan pantas. Walau pun bab gerakan pada
garis lurus memerlukan kemahiran pembezaan dan pengamiran, tetapi pembezaan dan
pengamiran di sana dalam bentuk yang begitu mudah saja. Jadikan bab penyelesaian segi tiga
sebagai back up. Kita juga sudah banyak membuat latihtubi untuk ketiga-tiga bab ini.
Peruntukkan 30 minit untuk menjawab 2 soalan dari bahagian ini. Secara purata 15 minit satu
soalan.
Pastikan anda meluangkan 30 minit terakhir kertas 2 anda sudah mula bahagian C. Bahagian ini
adalah bahagian yang mudah mendapat markah.
Tips Umum :
a. Jawapan hendaklah kepada 4 angka bererti kecuali soalan menyatakan yang lain.
b. Manfaatkan senarai rumus yang diberi. Sentiasa semak senarai rumus bagi memastikan anda
menggunakan rumus yang betul.
c. Gunakan kalkulator untuk menyemak jawapan seperti untuk soalan menyelesaikan persamaan
kuadratik dan soalan trigonometri.
d. Soalan trigo yang menyatakan tanpa menggunakan kalkulator, bermakna anda perlu
menggunakan sudut-sudut khas yang melibatkan sudut 30, 60 dan 45 darjah. Lukiskan segi tiga
yang berkenaan untuk mendapatkan nilai bagi sudut-sudut ini. Boleh semak jawapan
menggunakan kalkulator.
e. Gunakan kalkulator yang ada fungsi untuk menyelesaikan persamaan kuadratik. Jika anda
tidak ada kalkulator ini, ikhtiarkan untuk mendapatkan sebuah sebelum peperiksaan bermula.
f. Conteng gambar rajah dalam soalan dengan maklumat dan jawapan yang sudah diperoleh. Ini
membantu anda memahami soalan dengan lebih baik.

g. Jangan tinggalkan kosong. Tulislah sesuatu sekalipun hanya menulis maklumat dari soalan.
h. Cara terbaik membuat ulangkaji pada saat ini ialah dengan terus membuat soalan-soalan
percubaan, soalan-soalan model SPM dan soalan-soalan tahun lepas. Sekiranya anda membuat
soalan-soalan tahun lepas, dahulukan dengan soalan-soalan tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011.
Soalan-soalan model SPM pula cukup dari sebuah penerbit sahaja dan dibuat set demi set.
i. Sentiasa berdoa minta dipermudahkanNya.
Okey. Tips akhir sudah diberi. Sekarang keep fighting till the end ;-)

Anda mungkin juga menyukai