Anda di halaman 1dari 9

1

MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR


32020 SITIAWAN PERAK
NO PENDAFTARAN : JAPK/DWH/M/MJG/14
Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir Sitiawan Perak adalah salah sebuah masjid dalam Daerah Manjung Mukim Lekir
Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok Laji
pada tahun 1218 Hijrah bersamaan tahun 1798 Masihi.

( Sila Rujuk Gambar 1 Pusara Tok Gondah ).

Tinggalan sejarah yang masih terpahat di lekir ini khususnya di kawasan perkarangan masjid ini adalah Batu Asas
Lekir. ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) .Batu bersurat ini telah dibina oleh Ahmad Shahruddin b Mohamad Sidi
pada 31 Ogos 1957 Masihi. ( Sila Rujuk Gambar 3 Pengasas Batu Asas Lekir )
Masjid ini menjadi tempat wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan sembahyang jamaah, aktiviti
keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk penduduk setempat. Masjid
ini hingga kini, berperanan besar dalam urusan dakwah sekitar Lekir yang dikenali sebagai masjid tertua di Mukim Lekir.
Kuliah agama sentiasa memenuhi ruang pengajian pada setiap malam bagi memenuhi tanggungjawab agama dan
syiar Islam agar tuntutan Syariat Allah dapat dipenuhi oleh seluruh penduduk Mukim Lekir.
Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah )
Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

Layari : www.masjidlekir.blogspot.com

SEJARAH MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR


1. Masjid Pertama : Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir telah dibina seawal tertubuhnya kampung Lekir sekitar tahun
1798 Masihi di tepi muara Sungai Lekir atau Parit Besar Lekir. Masjid pertama ini digelar sebagai Masjid Belukar
Cabai. Namun Masjid tersebut telah musnah ke ka banjir besar melanda Lekir pada tahun 1926 Masihi.
2. Masjid Kedua : Banjir besar telah mengakibatkan kerosakan besar pada keseluruhan asas binaan masjid. Maka
terbinalah Masjid Al-Rahmaniah yang baru di tapak baru yang berada di atas Lot 5576 seluas 0.1600 Ha atau 0.3954
ekar. Masjid kedua ini digelar sebagai Masjid Tebing Tinggi pada awalnya kemudian diberikan nama baru iaitu
Masjid Al-Rahmaniah . Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Duli yang Maha Mulia Sultan Perak Raja Alang
Iskandar Shah al-Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshid al-Adzam Shah 1 Rahmatullah ( Sultan Perak Ke30 mulai 26 Oktober 1918 - 14 Ogos 1938 ) . ( Sila Rujuk Gambar 4 Baginda Sultan merasmikan Masjid ) Beliau
telah merasmikan pada tahun 1927 Masihi. ( Sila Rujuk Gambar 5 Masjid Al-Rahmaniah pada tahun 1927 Masihi )
Penambahbaikan berlaku setelah 30 tahun berlalu dengan menukarkan binaan dinding papan kepada dinding
batu ( Sila Rujuk Gambar 6 Masjid Al-Rahmaniah pada tahun 1957 Masihi ) dan selepas itu menambah sebuah
menara tinggi berbentuk bulatan selinder sebagai mercu tanda masjid telah berjaya didirikan pada tahun 1959
Masihi.

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah )


Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

Layari : www.masjidlekir.blogspot.com

PROJEK MELUASKAN KAWASAN MASJID AL-RAHMANIAH


Keluasan Masjid Al-Rahmaniah yang berada di atas Lot 5576 hanyalah seluas 0.1600 Ha atau 0.3954 ekar. ( Sila Rujuk
Gambar 7 Gambar dan Tapak Masjid ) . Oleh itu, usaha perlu dijalankan untuk meluaskan kawasan masjid agar
kemudahan dan keperluan asas masjid dapat dinaiktaraf pada masa akan datang.
Berikut adalah proses projek meluaskan kawasan masjid :
1. Kawasan masjid yang terhad menyebabkan AJK Masjid memohon tapak masjid kali pertama ( 1 ) yang bersebelahan
yang merupakan rizeb laluan sungai telah diluluskan pada tahun 1990-an. Jumlah tambahan kawasan masjid adalah
seluas 0.1337 Ha atau 0.3304 ekar. ( Sila Rujuk Gambar 8 Perluasan Kawasan Tanah Masjid 1 )
2. Pembesaran tapak tanah masjid kali kedua ( 2 ) telah diluluskan pada awal tahun 2014. Jumlah tambahan kawasan
masjid kali ini adalah seluas 0.5928 Ha atau 1.4646 ekar. ( Sila Rujuk Gambar 9 Perluasan Kawasan Tanah Masjid 2 )
3. Pada 5 November 2014, Masjid juga memperolehi tanah di Lot 5571, ( bersebelahan kawasan masjid ) apabila
seorang individu telah membeli tanah dengan nilai RM250,000.00 seterusnya diwakafkan untuk tapak masjid
baru.Beliau yang dimaksudkan Tn Haji Isa b Ahmad.Tanah tersebut adalah seluas 0.3968 Ha atau 0.9868 ekar. ( Sila
Rujuk Gambar 10 Perluasan Kawasan Tanah Masjid 3 )

Jumlah keseluruhan tapak masjid kini adalah seluas 1.2833 Ha atau 3.1772 ekar.
Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah )
Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

Layari : www.masjidlekir.blogspot.com

GAMBAR 1 PUSARA TOK GONDAH

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah )


Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

GAMBAR 2 BATU ASAS LEKIR

Layari : www.masjidlekir.blogspot.com

GAMBAR 3 PENGASAS BATU ASAS LEKIR

GAMBAR 4 BAGINDA SULTAN


MERASMIKAN MASJID AL-RAHMANIAH

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah )


Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

Layari : www.masjidlekir.blogspot.com

GAMBAR 5 MAJLIS PERASMIAN MASJID ALRAHMANIAH PADA TAHUN 1927

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah )


Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

GAMBAR 6 MASJID AL-RAHMANIAH TAHUN 1957

Layari : www.masjidlekir.blogspot.com

GAMBAR 7 GAMBAR MASJID TAHUN 2014

GAMBAR 7 KAWASAN TAPAK MASJID

Lot 5576 seluas 0.1600 Ha atau 0.3954 ekar.

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah )


Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

Layari : www.masjidlekir.blogspot.com

GAMBAR 8 PERLUASAN KAWASAN TANAH


MASJID 1 ( 1990 )

Keluasan 0.2937 Ha atau 0.7258 ekar

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah )


Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

GAMBAR 9 PERLUASAN KAWASAN TANAH


MASJID 2 ( JAN 2014 )

Keluasan 0.8865 Ha atau 2.1904 ekar

Layari : www.masjidlekir.blogspot.com

GAMBAR 10 PERLUASAN KAWASAN TANAH MASJID 3 ( DIS 2014 )

Jumlah keseluruhan tapak masjid kini adalah seluas 1.2833 Ha atau 3.1772 ekar.

Terkini Kawasan Masjid berkeluasan 1.2833 Ha atau 3.1772 ekar.

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah )


Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

Layari : www.masjidlekir.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai