Anda di halaman 1dari 9

Cadangan

Penilaian Program
Sekolah Agama Integrasi Jabatan Agama Islam Selangor
Oleh: Othman bin Lebar
1.

Pengenalan
Kerajaan Negeri Selangor melalui mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal
Ehwal Agama Islam dan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Agama Islam
Selangor telah bersetuju dengan konsep Sekolah Rendah Agama Integrasi
(SRAI) dan bersetuju untuk melaksanakannya sebagai satu bentuk
persekolahan rendah yang menggabungkan KBSR dan kurikulum sekolah
agama yang sedia ada. SRAI merupakan satu inovasi dalam pendidikan
agama di Negeri Selangor.
Ianya direkabentuk bertujuan untuk
membolehkan pelajar memperolehi Pendidikan Islam yang mampan dan
mantap yang dapat memenuhi keperluan masyarakat yang semakin
meningkat. Matlamat jangka panjang SRAI ini adalah untuk menyediakan
sistem persekolahan agama di Negeri Selangor yang lebih teratur bermula
daripada peringkat rendah dan menengah. Pelajar-pelajar daripada sistem
persekolahan ini dijangka akan lebih bersedia untuk meneruskan pengajian
di peringkat tinggi di dalam dan di luar negara. Setelah 5 tahun
dilaksanakan, maka satu penilaian yang menyeluruh perlu dijalankan
untuk menilai keberkesanan nya dalam mencapai objektif dan matlamat
jangka pendek yang digariskan. Maklumat dan cadangan daripada
penilaian boleh digunakan sebagai asas untuk membuat ubahsuaian yang
perlu bagi meningkatkan lagi keberkesanan nya.

2.

Definisi dan Jangkaan


Penilaian adalah kajian tentang apa yang dibuat dan yang difikir oleh
orang-orang atau kelompok orang-orang tertentu dalam masa dan di
tempat tertentu. Ia merupakan kajian kes tentang tindakan sosial. Misinya
adalah untuk menjelaskan sejauhmanakah tindakan berkesan, untuk
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pencapaian objektif dan
matlamat, serta mencadangkan cara-cara bagaimana nilai-nilai yang
mendasari tindakan boleh ditingkatkan dengan lebih berkesan.

3.

Tujuan
i.
ii.
iii.

Untuk menyediakan deskripsi tentang setiap peringkat perlaksanaan


Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)
Untuk membandingkan asas teori dengan teori dalam amalan serta
mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya
Mengenalpasti kesan SRAI ke atas pelajar di setiap peringkat
persekolahan dan membandingkan kesan sebenar dengan kesan yang
dijangkakan

iv.
v.
vi.
vii.
4.

Menganalisis kekuatan dan kelemahan SRAI termasuk organisasi,


pengurusan, kakitangan, kurikulum, penyampaian dan pentaksiran
Meneliti sumber yang digunakan dalam SRAI dari segi kecukupan dan
keberkesanan penggunaannya
Menjelaskan proses-proses pembuatan keputusan berkaitan dengan SRAI,
keupayaannya darisegi pembelajaran dan perkembangan, serta kecukupan
maklumat yang boleh diperolehi oleh pembuat keputusan berkaitan SRAI
Menyediakan laporan bertulis tentang semua aspek yang dinilai dan
membuat cadangan-cadangan yang sesuai

Perancangan Penilaian
Apa yang dijangkakan adalah proses berterusan pembinaan pengetahuan tentang
SRAI melalui kerja lapangan dan penyediaan laporan. Pada setiap fasa dan kerja
lapangan, satu deraf laporan akan ditulis oleh penyelidik dan akan diedarkan
kepada ahli-ahli pasukan penyelidik yang lain untuk dijadikan asas perbincangan
di tempat penyelidik. Sebarang kekurangan, kelemahan akan dikesan dan akan
ditambah pada agenda kerja lapangan fasa selanjutnya, dan kemungkinan
semakan kepada perancangan penilaian akan dibuat berdasarkan isu-isu dan
keperluan yang timbul.
Perancangan kajian lapangan mengikut pola-pola seperti berikut:
Fasa 1:
Kajian tinjauan soal selidik untuk mendapatkan maklumat umum tentang
perlaksanaan SRI. Sebanyak 3 soal selidik akan disediakan untuk
pentadbir, guru dan murid-murid. Kesemua 10 buah sekolah akan terlibat
dalam kajian soal selidik ini. Murid-murid yang terlibat ditumpukan
kepada murid Tahun 5, yang difikirkan telah mengalami 5 tahun
pengalaman dalam sistem persekolahan yang diperkenalkan melalui
program SRI. Fasa ini akan dijalankan selama 5 bulan yang melibatkan
kerja-kerja menyediakan soalselidik, membuat kajian rintis, mentadbir
soalselidik, menganalis dan menulis laporan. (Jun 2004 hingga Nov.
2004)
Fasa 2:
Kajian kes yang akan mengkaji secara mendalam dan terperinci perkaraperkara berkaitan dengan organisasi, pengurusan, sumber, struktur,
strategi, prosedur, peranan dan budaya sekolah. Ini akan dijalankan
melalui temubual dengan pentadbir, guru dan pelajar. Pemerhatian secara
langsung dan tidak langsung akan juga dilakukan terhadap perkara-perkara
dan peristiwa-peristiwa yang dikira penting dalam operasi seharian
sekolah seperti perhimpunan, pengelolaan aktiviti-aktiviti kokurikulum,
mesyuarat ibubapa guru, latihan dalam perkembangan staf dan lain-lain.
Fasa ini akan dijalankan dalam masa 3 bulan (dari Jan Mac 2005) dan

sebanyak 4 buah sekolah akan dipilih sebagai kes dalam fasa ini.
Pemilihan sekolah berdasarkan kepada lokasi (bandar/luarbandar) dan saiz
sekolah (Gred A/B). Difikirkan kriteria pemilihan ini dapat mewakili
kesemua sekolah yang terlibat dalam projek SRAI.
Fasa 3:
Kajian kes yang akan menumpukan kepada perkara-perkara berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran, di dalam dan di luar bilik
darjah, serta pendekatan dan proses pentaksiran yang dijalankan.
Temubual dengan pentadbir, guru, dan murid-murid akan dijalankan.
Pemerhatian secara langsung tentang proses pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah akan dilakukan bagi beberapa mata pelajaran. Penelitian ke
atas dokumen-dokumen berkaitan seperti perancangan pengajaran, kerja
pelajar, bahan-bahan pengajaran juga akan dibuat. Analisis keputusan
ujian dan peperiksaan akan dibuat untuk meneliti pencapaian pelajar
mengikut tahun dan semester bagi semua mata pelajaran yang diajar.
Proses pentaksiran yang dijalankan dalam bilik dan di luar bilik darjah
juga akan diperhati dan diteliti. Fasa ini akan dijalankan selama 3 bulan
(dari April Jun 2005)
Fasa 4:
Mengesah, merunding, memperbaiki dan mengemukakan laporan
penilaian. Melibatkan perbincangan dan perundingan dengan pihak
sekolah, pentadbir, guru dan murid untuk mempastikan ketepatan
maklumat dan laporan. Perbandingan laporan soalselidik dan kajian
lapangan akan dibuat dengan keputusan peperiksaaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah 2005 untuk melihat prestasi pelajar dan sekolah.
Penulisan laporan akhir akan dibuat dan dikemukakan kepada pihak
penganjur. Cadangan-cadangan akan dikemukakan dalam laporan untuk
perhatian dan tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak yang berkaitan.
5.

Metodologi
a.

Rekabentuk

Penyiasatan tentang sesuatu inovasi dan pembaharuan dalam pendidikan seperti


dalam program SRAI yang melibatkan program pembangunan manusia dalam
latar pemikiran dan situasi yang tertentu memerlukan metodologi yang lebih
fleksibel. Apabila sesuatu program yang dikaji masih lagi baru dan sedang dalam
perlaksanaan, kami memerlukan lebih kepekaan kepada bukti-bukti tentang
perubahan-perubahan (dalam nilai, sikap, persepsi dan kecekapan). Sekiranya
penilaian ini diharapkan dapat mempengaruhi tindakan, maka pengumpulan
pelbagai bentuk data yang dapat memberi maklumat yang relevan dan berguna
kepada pembuatan keputusan tentang SRAI adalah diperlukan.

Atas sebab-sebab di atas dan perkembangan dalam penilaian program akhir-akhir


ini yang bukan sahaja terhad kepada penggunaan indikator prestasi yang boleh
diukur, tetapi telah berkembang kepada pendekatan yang lebih naturalistik
kepada analisis program dan polisi, kepada pembentukan pernyataanpernyataan
yang boleh membantu dalam menentukan merit dan tindakan dalam penilaian
mereka. Penggunaan dan faedah pernyataan seperti itu biasanya bergantung
kepada bukti-bukti yang lebih dapat membantu dan menarik daripada sematasemata berbentuk saintifik, yang hanya boleh menawarkan pembolehubah yang
terhad dan kurang dapat membantu dalam menjelaskan atau memaklumkan polisi.
Naturalistik bermaksud satu bentuk penyiasatan yang berdasarkan kepada
pemerhatian langsung, temubual dan analisis dokumen dan bahan yang sangat
rapat kaitannya dengan realiti inovasi serta responsif kepada isu-isu yang timbul
dalam penyiasatan. Satu pendekatan penyiasatan yang menekankan lebih kepada
pembelajaran daripada pengumpulan data tentang manusia atau program. Untuk
mencapainya, pendekatan ini akan bergantung kepada interaksi bersemuka dan
penglibatan secara langsung, oleh itu ianya mestilah berbentuk kolaboratif dan
berasaskan percaya mempercayai. Ini menunjukkan bahawa penilaian naturalistik
berjalan melalui perundingan berkaitan dengan akses dan penggunaan data. Ini
membolehkan dicapai kesahan tindakbalas dan analisis yang mendalam, yang
biasanya kurang dalam penyelidikan berbentuk tinjauan. Satu ujian dari segi
kesahan penilaian naturalistik adalah berkaitan dengan keupayaaan nya menarik
minat dan perhatian kepada maklumat yang terperinci dan berkaitan dengan realiti
sebenar sesuatu isu dan fenomena, serta keaslian bukti first-hand yang tidak
boleh dinafikan.
Penilaian yang dicadangkan akan meneliti isu-isu tentang kedalaman dan
keluasan data yang dikaji.
Penyelidikan berbentuk naturalistik mungkin
kekurangan dari segi keluasan sampelan seperti yang terdapat dalam kajian
tinjauan dan metod pengujian yang lain. Bagaimanapun, penilaian tentang
perubahan polisi dan perlaksanaan program bukan sahaja memerlukan liputan
darisegi populasi yang berkaitan, tetapi juga analisis mendalam serta liputan
terperinci tentang isu-isu yang penting, ciri-ciri kritikal persekolahan dan latar
sekolah dan pembelajaran yang berbeza. Ini bersesuaian dengan apa yang
disarankan oleh Stake dalam model Penilaian Responsif yang menekankan
pentingnya penilai memberi perhatian dan tindak balas terhadap apa yang
sebenarnya berlaku di lapangan. Oleh itu, strategi yang digunakan akan meliputi
langkah-langkah berikut untuk mempastikan liputan yang sesuai dan kesahan
dapatan:
- tinjauan soal selidik untuk mendapatkan pandangan umum tentang
pemahaman, perlaksanaan dan nilai SRAI mengikut perspektif
pentadbir sekolah, guru dan murid
-

siri temubual dengan pelajar mengikut kelompok tahun persekolahan


siri temubual dengan guru-guru yang dipilih berdasarkan pengalaman,
umur, tanggungjawab pentadbiran dan kurikulum
4

pemerhatian yang terperinci tentang ciri-ciri utama sistem


persekolahan termasuk interaksi bilik darjah, metod-metod pengajaran,
aspek-aspek praktik, proses pentaksiran.
Fokus kepada (sama ada melalui pemerhatian atau temubual) tentang
ciri-ciri utama perubahan dan inovasi yang berlaku. Ini akan dipilih
dengan pandangan daripada guru dan pengurus sekolah.
Sampelan peristiwa-peristiwa tipikal persekolahan dalam konteks
integrasi pendidikan sekular dan pendidikan agama serta aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh pelajar dan guru-guru melalui
pemerhatian dan analisis kerja pelajar dan guru. Penekanan nya bukan
untuk mensampel populasi tetapi sampelan tuntutan operasi sekolah
berbentuk integrasi

Bentuk persampelan yang sebegini bergerak daripada dimensi yang


mewakili ciri-ciri formal sistem persekolahan kepada tumpuan ke atas ciriciri yang lebih kritikal dan dominan. Pemilihan elemen dalam kerangka
persampelan bergantung kepada perbincangan dan perundingan dengan
partisipan kajian terutama individu-individu yang mempunyai autoriti
dalam memberikan akses kepada partisipan dan latar kajian.
b.

Fokus penilaian tema, isu dan tumpuan penilaian

Berdasarkan kepada skop perubahan dan inovasi yang dilaksanakan dari segi
organisasi, pengurusan, kurikulum dan penyampaiannya, maka penilaian yang
dicadangkan ini perlu mengenalpasti dan memberi tumpuan kepada isu-isu dan
tema-tema tertentu. Senarai isu, tema dan tumpuan yang dinyatakan di bawah
menandakan satu tumpuan atau fokus penilaian yang dijangkakan, dan ianya tidak
termasuk isu-isu yang mungkin timbul daripada pengalaman kajian lapangan dan
kepentingan serta minat tertentu stakeholders.
-

Pengurusan sekolah

Pengurusan sekolah merupakan pihak yang penting dalam mempastikan kejayaan


SRAI.
Komitmen pihak pengurusan dalam menyokong dan melaksanakan
perubahan adalah merupakan elemen penting dalam menentukan hasil yang
diharapkan dengan hasil sebenar dapat dicapai. Keupayaan pihak pengurusan
menyelesaikan masalah serta kreativiti merancang dan melaksanakan program
dan aktiviti akan diteliti yang akan dapat menunjukkan keupayaan sekolah dalam
menghadapi perubahan.
-

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Prosedur dan proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting


dalam menyokong keberkesanan sesuatu pembaharuan yang dilakukan.
Keupayaan guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai dan kreatif akan diteliti bagi melihat kesan nya ke
atas murid dan keseluruhan sistem SRAI.

Kurikulum rekabentuk dan struktur

Kurikulum pada asasnya melibatkan proses dan prosedur yang tersurat dan yang
tersirat. Di samping kurikulum KBSR dan kurikulum agama JAIS yang
digunakan di SRAI, aspek-aspek kurikulum yang informal dan tersirat adalah
penting dalam menyokong kurikulum formal. Aspek informal dan tersirat ini lah
yang akan membezakan sesebuah institusi dengan institusi yang lain. Ia
melibatkan aspek nilai, budaya yang spesifik kepada sekolah-sekolah tertentu.
Aspek ini juga akan diberi tumpuan di samping KBSR dan kurikulum agama
JAIS.
-

Pentaksiran pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran dalam sistem persekolahan SRAI adalah bertujuan untuk


menggambarkan apa yang pelajar tahu dan telah belajar dan apa yang dijangkakan
mereka belajar. Penilaian ini akan memberi perhatian kepada sejauhmana sistem
pentaksiran dapat menyokong pembelajaran dan pengajaran di SRAI. Fokus
awalan penilaian ini adalah kepada perkara-perkara berikut:
Pandangan guru dan pelajar tentang bagaimana metod-metod
pentaksiran yang berbeza menggambarkan pengalaman mereka
Kesan pentaksiran ke atas pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana guru dan pelajar menggunakan pentaksiran dan
hasilnya
Keseimbangan di antara pentaksiran formatif dan sumatif dari
segi pentadbiran dan penggunaannya
Apa kah yang ditumpukan, dinilai dan diukur oleh pentaksiran
Kesinambungan di antara pengajaran, pembelajaran dan
pentaksiran
-

Peranan baru dan perkembangan staf

Penilaian akan meneliti secara lebih dekat bentuk-bentuk kekangan dan sokongan
untuk guru-guru dalam meneroka peranan baru yang mereka perlu lakukan.
Peranan baru tidak wujud secara berasingan dengan peranan yang sedia ada,
sesetengahnya mungkin akan mewujudkan suasana konflik atau pun keserasian
dalam perkembangan antara satu sama lain. Dalam situasi perubahan dan inovasi,
akan menampakkan pihak-pihak yang cepat atau lambat dalam menerimanya.
Sejauhmanakah pihak-pihak yang terlibat dimaklumkan tentang perubahan yang
diperkenalkan dan setakatmanakah kesediaan mereka menerima dan
melaksanakannya.
-

Isu-isu Inovasi dan Perlaksanaan

Sesuatu perubahan dan inovasi yang diperkenalkan sudah tentu memerlukan


beberapa perubahan ke atas amalan, perhubungan dan pemahaman individu-

individu yang terlibat dalam melaksanakannya. Dalam konteks SRAI ini,


sejauhmanakah perubahan-perubahan yang diperkenalkan memberi kesan ke atas
amalan, minat, motivasi dan kecekapan pentadbir dan guru. Ia juga akan
melibatkan pengurusan dan penggunaan sumber seperti kewangan, tenaga
manusia dan masa yang berkesan. Perkara-perkara berikut akan diteliti:

6.

Bagaimanakan perubahan-perubahan tersebut disebarkan dan


bagaimanakah penerimaan orang-orang yang terlibat dalam
melaksanakannya?
Dalam keadaan-keadaan yang bagaimanakah perubahanperubahan tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan?
Apakah tuntutan-tuntutan baru ke atas pentadbir dan guru?
Bagaimanakah perubahan-perubahan tersebut difahami dan
dilaksanakan?
Apakah risiko dalam menerima perubahan atau sekiranya gagal
melaksanakan perubahan tersebut?

Jadual Kerja

Adalah dijangkakan penilaian ini akan mengambil masa selama satu setengah tahun dan
akan dijalankan dalam 3 fasa. Tempoh ini dikira dapat memberikan masa yang
mencukupi untuk penilai mendapatkan maklumat dan data yang banyak, kaya dan
pelbagai berkaitan dengan SRAI. Matlamat penilaian ini adalah dapat membandingkan
di antara proses dan hasil jangka pendek dan jangka panjang. Perbandingan proses dan
hasil jangka pendek akan dilakukan mengikut semester. Misalnya proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di SRAI akan dibandingkan dengan hasilnya berdasarkan
keputusan peperiksaan akhir semester dan juga pencapaian lain-lain aspek pelajar.
Perbandingan proses dan hasil jangka panjang akan dibuat apabila keputusan peperiksaan
UPSR dikeluarkan iaitu di akhir tahun 2005. Untuk maklumat yang lebih terperinci
tentang jadual penilaian, sila lihat Jadual 1.

Jadual 1: Jadual Kerja


Bil.
1.

FASA
Fasa 1

Bi
l
2.

FAS
A
Fasa
2

3.

Fasa
3

4.

5.

AKTIVITI (TAHUN 2004)


Penyediaan soal selidik dan kajian rintis
Pentadbiran soal selidik
Mengurus dan Analisis data
Penulisan laporan awal
Perbincangan laporan awal dengan
pihak penganjur

AKTIVITI
(TAHUN 2005)
Kajian kes: (4
buah sekolah
2 sekolah
bandar, 2
sekolah luar
bandar)
Fokus:
organisasi,
pentadbiran,
sumber,
struktur,
strategi,
prosedur,
peranan,
budaya sekolah
Kajian kes:
Fokus: proses
pengajaran dan
pembelajaran
dan pendekatan
pentaksiran
Menganalisis
dan
menginterpretas
i data
Menulis
laporan dan
mengesah,
merunding,
mengubahsuai
dan
mengemukakan
laporan

Ja
n

Fe
b

Ma
c

Ap
r

Jun

Me
i

Ju
n

Julai

Ju
l

Ogos

Ogo
s

Sept

Se
p

Ok
t

Okt

No
v

Nov

Dis

Anda mungkin juga menyukai