Anda di halaman 1dari 4

TEKS PILIHAN

41
ANALISIS KESALAHAN

• Dari aspek morfologi

Ayat salah:

Kadang-kala mereka berpuasa sehingga waktu Asar dan akhirnya sehingga


mencapai waktu berbuka bersama keluarga.

Pembetulan ayat:

Kadang-kala mereka berpuasa sehingga waktu Asar dan akhirnya sehingga


mencapai waktu berbuka puasa bersama keluarga.

Huraian:

Ayat di atas ialah kata kerja tak transitif. Ayat di atas memerlukan pelangkap yang
menerangkan ayat.

Ayat salah:

Usia terbaik seorang kanak-kanak mula berpuasa ialah pada awal usia tujuh tahun.

Pembetulan ayat:

Usia terbaik bagi seorang kanak-kanak mula berpuasa ialah pada awal usia tujuh
tahun.

Huraian:

Ayat di atas tergantung kerana tidak mewujudkan kata hubung. Dengan adanya
perkataan untuk ayat di atas lebih mantap.

Ayat salah:

“Sehingga ini, belum pernah berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan dan
berharap tahun ini akan dilakukan dengan penuh keazaman”, katanya.

Pembetulan ayat:

“Sehingga kini, belum pernah berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan dan
berharap tahun ini akan dilakukan dengan penuh keazaman”, katanya.

Huraian:

Ayat di atas salah kerana penggunaan perkataan ‘ini’ lebih sesuai di ganti dengan
perkataan ‘kini’.

41
• Dari aspek sintaksis

Ayat salah:

Dalam menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadhan, kanak-kanak juga tidak
ketinggalan membiasakan diri menunaikan kewajipan itu.

Pembetulan ayat:

Dalam menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadhan, kanak-kanak juga tidak
ketinggalan untuk membiasakan diri menunaikan kewajipan itu.

Huraian:

Ayat di atas tergantung kerana tidak mewujudkan kata hubung. Dengan adanya
perkataan untuk ayat di atas lebih mantap.

Ayat salah:

“Ibu juga menggalakkan saya berpuasa kerana sudah menjadi amalan setiap umat
islam akan menunaikan ibadat itu jika memenuhi syarat,”katanya.

Pembetulan ayat:

“Ibu juga menggalakkan saya berpuasa kerana sudah menjadi amalan setiap umat
islam yang akan menunaikan ibadat itu jika memenuhi syarat,”katanya.

Huraian:

Ayat di atas tidak lengkap kerana tiada kata hubung yang menerangkan predikat
ayat.

41
• Dari aspek semantik

Ayat salah:

Seorang lagi kanak-kanak, Raja Nasimah Izah Haji Ahmad, 8, berkata ketika
menuntut dalam tahun satu dia hanya mampu berpuasa sehari sahaja.

Pembetulan ayat:

Seorang lagi kanak-kanak, Raja Nasimah Izah Haji Ahmad, 8, berkata ketika belajar
dalam tahun satu dia hanya mampu berpuasa sehari sahaja.

Huraian:

Perkataan menuntut dalam ayat di atas tidak sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah
rendah kerana kebiasaannya perkataan tersebut digunakan untuk pelajar institut
pengajian tinggi.

41