Anda di halaman 1dari 17

TERAS KEMAHIRAN BELAJAR.

SOALAN A.

Seorang ibu berpendapat bahawa anak-anaknya terlalu banyak menonton


sehingga beliau meletakkan tabung syiling diatas televisyen dan sesiapa yang
ingin menonton mesti membayar mengikut jam.Apakah PMI ke atas idea ini?

Jawapan.

PMI atau dalam bahasa inggeris adalah “plus,minus,interesting” atau apa


yang baik,apa yang buruk dan apa yang menarik. Secara amnya, ini boleh
digunakan apabila membuat sebarang keputusan atau apabila cuba
menyelesaikan sebarang masalah. Ia membantu memperluaskan serta
menajamkan persepsi. Ia juga boleh membantu menyelesaikan sesuatu masalah
dengan kreatif. Justeru itu kesimpulant ialah alat berfikir PMI melatih kita menilai
sesuatu maklumat,kesimpulan dan tindakan.

Pada dasarnya untuk menjadi individu berdaya kreatif, mereka perlu


mempunyai sifat-sifat berikut iaitu sanggup mengambil risiko, mempunyai
keinginan untuk mengetahui yang tinggi, sensitif kepada keindahan dan emosi,
tidak akur (non-conforming) dan mempunyai daya humor yang baik. Dengan
memiliki sifat-sifat di atas, maka akan lebih mudah bagi individu untuk menerokai
tahap kreativitinya dan menghasilkan sesuatu yang kreatif.Seorang ibu yang
meletakkan tabung diatas televisyen akan memberikan kesan yang positif atau
“plus” seperti yang pertama menyebabkan anak tersebut kurang untuk menonton
televisyen.Ini akan memupuk sikap kurang untuk menonton televisyen dan
memberi perhatian kepada pelajaran dengan lebih baik.Dengan ini anak-anak
akan lebih berminat untuk belajar berbanding menonton televisyen.Oleh itu
prestasi akedemik anak tersebut akan meningkat dan semakin
baik.Kedua,tindakan ini akan menyebabkan anak memupuk sifat tabung

1
menabung dalam diri mereka.Anak-anak akan mula menabung dan menyimpan
untuk masa depan mereka.Masa depan mereka akan terjamin jika mereka mula
menabung dari kecil.Sifat menabung juga akan membantu mereka apabila
mereka memerlukan wang.Ibu bapa juga tidak perlu memberikan belanja kerana
mereka sudah mempunyai simpanan sendiri.

Ketiga,ibu bapa dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka dari segi


bil elektrik kerana apabila anak-anak kurang menonton mereka akan kurang
menggunakan televisyen.Maka dapat menjimatkan wang perbelanjaan dari segi
bil elektrik.Ini akan memudahkan pengeluaran perbelanjaan bulanan dan wang
yang dijimatkan boleh digunakan untuk kegunaan penting yang lain.Yang
keempat,anak-anak tidak akan menonton rancangan atau program televisyen
yang tidak berfaedah dan tidak bermoral.Ini kerana pada masa kini sesetengah
program televisyen menyediakan cerita yang mengandungi unsur-unsur yang
keterlaluan, lucah, keganasan dan yang terlalu mengkhayalkan.Minda anak-anak
akan rosak kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur tersebut dan juga akan
memudaratkan pemikiran mereka yang masih mentah.Oleh itu tindakan ibu
tersebut amat baik dan sangat berkesan.Oleh itu ibu bapa amat penting dalam
memainkan peranan ini dengan lebih berkesan lagi.Yang kedua guru-guru dan
masyarakat haruslah turut serta dan menjayakan tindakan ini.

Setiap kebaikan mestilah mempunyai beberapa kelemahan yang tersirat atau


dipanggil “minus”.Ini kerana tindakan ibu tersebut akan membawa kepada
beberapa keburukan dan masalah seperti yang pertama anak-anak akan
menentang tindakan ibu bapa kerana menyekat kemahuan mereka untuk
menonton televisyen.Mereka akan memberontak dan melawan cakap atau
arahan ibu bapa dan bersikap kurang ajar.Ini akan memburukkan hubungan
kekeluargaan dan menyebabkan anak bersikap menderhaka kepada ibu
bapa.Kedua,anak-anak akan belajar mencuri wang dari tabung tersebut.Tabung
yang dibiarkan akan menyebabkan anak-anak ingin mencuri wang yang
disimpan didalam tabung tersebut.Anak-anak akan mula belajar mencuri kecil-

2
kecilan dan lama-kelamaan mereka akan mencuri dengan secara besar-besaran
pula.Ini tidak harus berlaku dan ibu bapa juga patut memberikan mereka
kebabasan untuk menonton televisyen.Yang ketiga anak-anak akan merasa
bosan kerana seperti yang diketahui televisyen merupakan salah satu hiburan
bagi kanak-kanak.Anak-anak akan bosan dan mereka akan melakukan aktiviti
yang tidak berfaedah seperti bercampur dengan kanak-kanak nakal,lebih banyak
bermain berbanding belajar,bermain permainan video dan mungkin mereka akan
mencuba untuk belajar menghisap rokok atau menghisap dadah.

Selain itu mereka juga akan lebih banyak berada diluar rumah berbanding
didalam rumah.Ibu bapa pula akan menjadi sukar untuk memantau atau
mengetahui keadaan mereka dengan lebih dekat lagi.Anak-anak ini akan merasa
bebas dan melakukan apa yang mereka suka kehendaki sesuka hati sahaja.Ini
akan menyebabkan keruntuhan moral dikalangan kanak-kanak dengan lebih
teruk lagi.Apa yang menari disini atau “interesting” ialah anak-anak akan mula
berminat untuk menabung dan budaya ini amat digalakkan di kalangan
masyarakat Malaysia dan dunia.Menabung merupakan salah satu sikap yang
baik dan memberikan satu kesan yang positif dikalangan kanak-kanak.Selain itu
tindakan ibu tersebut merupakan satu idea baru yang baik dan bijak kerana
apabila anak-anak ingin menonton televisyen mereka akan mula menabung dan
mereka akan kurang untuk menonton program atau rancangan televisyen yang
tidak berfaedah.Ibu bapa juga dapat memberi perhatian kepada mereka dengan
lebih baik lagi ini kerana anak-anak akan lebih banyak menghabiskan masa
bersama keluarga berbanding menonton televisyen.Dengan itu hubungan
silaturrahim keluarga dapat dieratkan lagi.Yang terakhir ialah ini merupakan satu
kaedah untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga kerana bil-bil dapat
dijimatkan dengan lebih banyak dan wang yang dijimatkan dapat digunakan
untuk perbelanjaan anak-anak sekolah dan untuk kegunaan penting.

3
SOALAN B.

Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.

Jawapan.

CAF atau dalam bahasa inggeris adalah “consider all factors” atau kita mem
pertimbangkan semua faktor yang menyebabkan berlakunya perkara
tersebut.Secara amnya, ini boleh digunakan apabila membuat sebarang
keputusan atau apabila cuba menyelesaikan sebarang masalah. Ia membantu
memperluaskan serta menajamkan persepsi. Ia juga boleh membantu
menyelesaikan sesuatu masalah dengan kreatif. Justeru itu kesimpulannya CAF
ini melatih kita mempertimbangkan semua faktor-faktor penting sebelum
membuat sebarang keputusan.

Seperti yang dinyatakan oleh soalan diatas ia merujuk kepada cadangan


untuk berkongsi kereta ke tempat kerja dengan lebih efektif lagi.Oleh itu terdapat
beberapa faktor yang harus diambil kira dan dipertimangkan. Antara faktor-faktor
yang menyebabkan hal ini berlaku ialah yang pertama sekali ialah pengguana
jalan raya dapat menjimatkan wang perbelanjaan ke tempat kerja.Wang dapat
dijimatkan dari segi pembayaran tol yang semakin meningkat pada masa kini
dan penggunaan minyak petrol untuk kegunaan kereta juga dapat
dikurangkan.Kesannya ialah ini akan menjimatkan wang dan perbelanjaan
bulanan individu ke tempat kerja.
Wang yang dijimatkan boleh digunakan untuk kegunaan harian yang lain juga.
Faktor yang kedua ialah dengan cadangan perkongsian kereta ini maka akan
mengurangkan kesesakan jalan raya yang semakin banyak pada masa kini
terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur,Johor
Bharu dan lain-lain bandar besar lagi.Apabila kesesakan jalan raya berkurangan
maka akan berkuranglah juga kadar kemalangan dan kematian dijalan raya yang
semakin meningkat terutamanya kepada pengguna yang ke tempat kerja dan di

4
lebuh raya.Dengan ini masalah kesesakan jalan raya yang teruk dapat
dikurangkan dan pengguna akan berasa selamat untuk ke tempat kerja dan
selesa.Kadar kemalangan juga akan berkurang dengan lebih banyak lagi.

Faktor yang ketiga ialah ini akan menjimatkan masa perjalanan.Masa yang
diambil untuk perjalanan kesesuatu tempat dapat dikurangkan dan pengguna
jalan raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat.Jika tidak masa yang
dibazirkan untuk kesesakan jalan raya akan menganggu waktu-waktu pekerjaan
dan akan menyulitkan lagi keadaan,oleh itu pengkongsian kenderaan harus
dilakukan untuk mengelakkan pembaziran masa.Pengguna jalan raya pula akan
sampai awal ke tempat kerja.Ini berlaku kerana sudah tiada lagi kesesakan jalan
raya terutamanya dilebuh-lebuh raya yang sibuk.Masa yang diambil untuk
sampai ke tempat kerja juga dapat sampai lebih awal dan pengguna jalan raya
tidak akan lambat sampai ke tempat kerja.

Yang keempat dari segi faktor alam sekitar pula pengguna dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.Apabila menggunakan banyak
kenderaan ke tempat kerja,pencemaran udara akan berlaku kerana asap yang
dikeluarkan oleh kenderaan akan memenuhi ruang udara dan akan
menyebabkan berlakunya jerebu.ini akan menyebabkan jerebu semakin teruk
dan merosakkan pemandangan pengguna dan merosakkan kesihatan pengguna
jalan raya yang lain.Selain itu pencemaran bunyi juga berlaku kerana bunyi
bising yang dikeluarkan oleh kenderaan dan akan menyakitkan telinga
sahaja.Yang kelima ialah pengguna juga dapat mengurangkan permintaan untuk
tempat letak kereta.Ini berlaku kerana jumlah kenderaan yang banyak digunakan
untuk tempat letak kenderaan terlalu banyak dan padat oleh itu dengan cara
pengongsian kereta,pengguna dapat menjimatkan ruang tempat letak
kenderaan.Ini menjimatkan ruang dan kos pembayaran tempat letak
kenderaan.Yang terakhir,ini akan memupuk hubungan silaturrahim antara
pengguna jalan raya kerana perkongsian kereta membolehkan mereka bertukar-
tukar pendapat dan bergilir-gilir menggunakan kenderaan masing-masing ke

5
tempat kerja.Hubungan silaturrahim dapat disemai dan dieratkan lagi sesama
pengguna kenderaan terutamanya rakan pejabat.

Kesimpulannya dengan ini semua faktor-faktor di atas harus


dipertimbangkan dan digunakan untuk kebaikkan bersama dan keutamaan
pengguna jalan raya yang lain dapat diambil kira dan cadangan perkongsian ini
dapat dicontohi oleh pengguna yang lain.

6
SOALAN C

Pada sesetengah negara pengguna jalan raya membayar tol.Apakah cara-cara


lain untuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya.Buat APC.

Jawapan

APC atau dalam bahasa inggeris ialah “alternatives,possibilities,choices” atau


alternatif,kemungkinan dan pilihann untuk sesuatu perkara. Secara amnya, ini
boleh digunakan apabila membuat sebarang keputusan atau apabila cuba
menyelesaikan sebarang masalah. Ia membantu memperluaskan serta
menajamkan persepsi. Ia juga boleh membantu menyelesaikan sesuatu masalah
dengan kreatif. Justeru itu kesimpulannyan APC pula melatih kita melihat kepada
alternatif-alternatif yang kita ada serta kemungkinan-kemungkinan yang boleh
dipilih sebelum membuat sebarang keputusan.

Merujuk kepada soalan tersebut ia memerlukan cara-cara lain untuk mengutip


bayaran daripada pengguna jalan raya untuk membayar tol.Terdapat beberapa
alternatif yang mungkin berlaku antaranya ialah yang pertama pihak kerajaan
atau pihak PLUS boleh menyediakan pakej pembayaran tol secara tahunan
dengan berjumlah RM 300 hingga RM 500 setahun ataupun secara bulanan
berjumlah RM 40 hingga RM 50 sebulan.Ini akan memudahkan pengguna jalan
raya membayar tol dengan cepat dan sistematik.Pada kadar bayaran ini
pengguna jalan raya mampu untuk membayar dan ini tidak membebankan
pengguna jalan raya berbanding pembayaran tol atau harga tol yang semakin
meningkat pada masa kini.Pembayaran pakej ini harus dipersetujui oleh kerajaan
atau pihak PLUS dan juga oleh pengguna jalan raya juga.Kaedah ini juga akan
menjimatkan masa dan tenaga pengguna jalan raya.Dengan itu bayaran tol
dapat dikutip melalui cara ini.

7
Kedua pihak kerajaaan boleh juga menaikkan cukai pendapatan dan cukai
pintu serta cukai jalan.Kadar cukai yang dikutip mestilah berlebihan sedikit
sahaja iaitu pada kadar 20% daripada hasil cukai tersebut.Pada kadar tersebut
pengguna mampu untuk membayarnya dan selepas itu pembayaran tol tidak
perlu dilakukan.Hasil daripada pengutipan cukai tersebut akan digunakan untuk
menampung pembayaran to,maka pengguna tidak perlu membayar tol tetapi
hanya perlu membayar cukai yang berlebihan sedikit sahaja.Oleh itu tol tidak
perlu dikutip dan pengguna dapat menggunakan lebuhraya tanpa membayar tol
lagi.Yang ketiga pihak kerajaan juga boleh mengenakan pembayaran ditempat
letak kenderaan disemua tempat letak kenderaan di kawasan bandar dan
pekan.Kadar pembayaran tempat letak kenderaan adalah diambil pada setiap
jam dan dicaj dalam RM 2 atau RM 3 sejam.Pada setiap hari pembayaran akan
dikutip dan akan disalurkan kepada pihak PLUS.Pihak PLUS tidak perlulah
mengutip pembayaran tol selepas ini kerana sudah ada sumber kewangan yang
sudah disalurkan untuk kegunaan PLUS.Langkah ini dapat digunakan juga pada
seluruh negara dan tol tidak perlu dibayar lagi.

Kaedah yang keempat pula pihak kerajaan dan dengan kerjasama pihak
berkuasa seperti JPJ atau Polis.Pihak berkuasa boleh mengukit cukai melalui
saman yang dikenakan keatas pesalah jalan raya.Contohnya saman yang
dikenakan bertambah tinggi dan hasil yang lebihan digunakan untuk pembayaran
tol.Kadar saman yang tinggi pada musim cuti sekolah dan cuti perayaan dapat
digunakan untuk menampung pembayaran tol.Jika dengan cara ini saman yang
dikeluarkan mestilah bertambah tinggi dan bersempadan dengan kesalahan
yang dikenakan sahaja.Contohnya saman tersebut mestilah mempunyai kaitan
dengan kesalahan yang dilakukan diatas lebuhraya sahaja.Cara yang terakhir
ialah mengadakan kempen pembayaran cukai melalui kutipan tol di lebuhraya
dengan pembayaran RM 10 pada setiap hari tidak kira kemana-mana destinasi
di dalam negara.Pengguna hanya perlu membayar RM 10 sahaja dan tidak kira
masa menggunakan lebuhraya tersebut tetapi dalam masa sehari sahaja.

8
Tetapi semua cara diatas mendatangkan beberapa kemungkinan atau
“possibilities” yang tidak diduga seperti cara yang memerlukan penaikkan cukai
yang tinggi seperti cukai pintu,cukai pendapatan dan cukai jalan.Ini kerana akan
membebankan pengguna jalan raya.Pengguna jalan raya terpaksa mengumpul
simpanan yang banyak untuk membayar cukai tersebut pada setiap
tahun.Kerajaan pula harus memikirkan juga tentang soal pembayaran cukai
kerana kebanyakkan pengguna selalu menggunakan lebuhraya tol dan cukai
seperti cukai pintu.jalan dan pendapatan pula diwajibkan bayar pada setiap
tahun.Selain itu kadar bayaran yang tinggi di kawasan tempat letak kenderaan
pula akan membebankan pengguna jalan raya.Pengguna akan berkurangan
menggunakan kenderaan dan mengamalkan pengongsian kenderaan.Ini
mendatangkan nilai positif kepada pengguna jalan raya tetapi tidak kepada pihak
yang mengenakan pembayaran ini,ini kerana mereka sudah berkurangan kutipan
di tempat letak kenderaan dan pembayaran tol juga akan
berkurangan.Cadangan cara ini tidak perlu dilakukan dan merugikan semua
pihak sahaja dan caj pembayaran pula harus dikenakan ditempat-tempat awam
dan haruslah berpatutan.

Kemungkinan yang terakhir pula ialah pembayaran cukai melalui


saman.Saman yang dikenakan sememangnya tinggi bertambah pula dengan
penambahan untuk pembayaran cukai ini.Pihak Polis danJPJ pula mengenakan
cukai tambahan keatas tindakan saman.Oeh itu akan membebankan semua
pengguna dan mereka akan takut melakukan kesalahan.Ini bukan kerana
takutkan jumlah saman yang dikenakan tetapi disebabkan oleh caj tambahan
cukai tersebut.Tindakan yang diambil ini harus tidak diadakan kerana pengguna
jalan raya akan merasa beban yang amat tinggi sangat.Selain itu akan timbul
tunjuk perasaan yang menandakan tindak puas hati diantara pengguna jalan
raya dengan pihak kerajaan dan berkuasa.
Masalah kewangan yang membebani pengguna dan ditambah pula dengan
pembayaran tol berjumlah RM 10 pada setiap hari pula akan menjadikan
pengguna jalan raya kurang menggunakan lebuhraya dan meyulitkan urusan

9
pengangkutan dan perniagaan.Ini kerana apabila jumlah pembayaran tol sama
walaupun dekat jarak perjalanannya akan menyebabkan harga barangan dan
perkhidmatan meningkat.Kesimpulannya pengguna jalan raya turut merasa
kesan tersebut dan merugikan kerajaan juga.Kadar inflasi pula akan meningkat
secara mendadak dan prestasi ekonomi negara akan menjadi teruk dan
merundum.

Kerajan haruslah membuat pilihan yag terbaik seperti mengambil cara


pembayaran melalui pakej tahunan atau secara bulanan.Ini bukan sahaja
memudahkan pengguna jalan raya dan juga mempercepatkan bayaran cukai dan
menguntungkan kedua-dua belah pihak. Maka kerajan perlu membuat pilihan
yang tepat bagi mengekalkan kestabilan dan keaman negara. Kerajaan tidak
sepatutnya menerima alternative ini kerana ternyata lebih banyak kemungkinan
yang negatif berbanding kemungkinan yang positif dan seharusnya mengekalkan
alternative yang sedia ada sekarang.

10
SOALAN E

Pada masa akan datang manusia mungkin akan bekerja tiga jam sehari sahaja
disebabkan peningkatakan dalam penggunaan robot.Buat satu C&S untuk
jangka masa panjang untuk isu ini.

Jawapan

C&S atau dalam bahasa inggeris ialah “consequence and sequel” atau kesan
dan akibat dari kesan dari perkara tersebut. Secara amnya, ini boleh digunakan
apabila membuat sebarang keputusan atau apabila cuba menyelesaikan
sebarang masalah. Ia membantu memperluaskan serta menajamkan persepsi. Ia
juga boleh membantu menyelesaikan sesuatu masalah dengan kreatif.Justeru itu
kesimpulannya C&S ialah digunakan untuk meramal masa hadapan.

Berdasarkan dari tajuk kajian pada masa akan datang terdapat beberapa
“consequence” atau kesan dari jangka masa tersebut antaranya yang pertama
dapat dilihat ialah kurangnya tenaga mahir kerana banyak robot yang digunakan
dalam kegiatan pengindustrian.Robot yang digunakan akan menjalankan kerja
mengikut ketetapan yang ditetapkan melainkan manusia mempunyai daya
pemikiran yang kreatif dan mahir dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Selain itu
hasil kerja manusia yang mahir adalah lebih baik daripada hasil yang dibuat oleh
robot.Keduanya pula ialah pengangguran dikalangan manusia akan meningkat
kerana kilang sudah memerlukan tenaga buruh yang ramai atau tidak
memerlukan langsung tenaga buruh kerana robot dapat bekerja 24 jam tanpa
henti melainkan manusia.Manusia memerlukan waktu rehat berbanding robot
yang memerlukan hanya tenaga elektrik atau tenaga yang lain untuk berfungsi
sahaja.

Selain itu robot dapat mempercepatkan proses kerja dengan cepat


berbanding manusia.Sebuah kilang pula hanya memerlukan beberapa orang

11
sahaja untuk menggerakkan robot dan ini dapat menjimatkan kos tenaga
buruh.Tetapi yang menjadi teruk ialah kadar penganguran akan meningkat
secara mendadak dan bertubi-tubi.Kesan yang lain pula robot akan
mengeluarkan produk yang sama sahaja dan tidak akan berubah dan semuanya
sama.Melainkan manusia dapat mengeluarkan hasil kerja dengan berubah-
ubah.Proses pembahagian kerja atau pemprosesan mengikut khusus tak dapat
dijalankan kerana robot akan tetap membuat hasil kerja yang sama dan manusia
akan merasa bosan dengan keluaran hasil kerja dari robot.Kos yang digunakan
untuk penggunaan robot dan pembaikian pula adalah sangat mahal dan tinggi
berbanding manusia.Sebab itulah penggunaan robot pada masa kini banyak
terdapat di negara-negara yang maju seperti Jepun,Eropah dan Amerika
Syarikat berbanding negara yang kurang maju dan miskin.

Daripada kesan diatas terdapatnya “sequel” atau akibat daripada kesan


tersebut seperti pengangfuran disesebuah negara akan mendadak meningkat
dan ramai manusia terpaksa mencari kerja yang tidak memerlukan robot untuk
melakukannya.Jika disesebuah negara itu mempunyai penduduk yang ramai
maka tinggilah kadar pengangguran dinegara itu.Selain itu ini akan
menyebabkan manusia berkurangan kemahiran dalam melakukan sesuatu
kerja.Bakat-bakat yang ada dalam manusia pula tidak dapat dicungkil dan diasah
kerana peningkatan penggunaan robot dalam industri.Oleh itu jika robot tersebut
ditempatkan dalam industri kesenian maka robot ini tidak dapat menilai kesenian
sesuatu hasil kerja kerana robot tidak mempunyai perasaan.Robot juga tidak
boleh menunjukkan perasaan atau menilai sesuatu hasil kerja.Tenaga kerja
manusia amat diperlukan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Berdasarkan daripada kesimpulan diatas robot adalah tidak sesuai digunakan


tetapi teknologi pada masa hadapan amat memerlukan robot kerana robot dapat
membuat kerja dengan lebih cepat,kemas,sistematik dan teratur.Maka
penggunaan robot ada kebaikkan dan keburukan yang tidak dapat dielakkan.

12
SOALAN F

Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka,apakah lima
sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan?.Apalikasikan FIP untuk
soalan ini.

Jawapan

FIP atau dalam bahasa inggeris ialah “first important priorities” atau perkara-
perkara penting yang menjadi keutamaan. Secara amnya, ini boleh digunakan
apabila membuat sebarang keputusan atau apabila cuba menyelesaikan
sebarang masalah. Ia membantu memperluaskan serta menajamkan persepsi. Ia
juga boleh membantu menyelesaikan sesuatu masalah dengan kreatif.Justeru itu
kesimpulannya FIP akan mengingatkan kita kepada akan priority atau
keutamaan.Sifat dan ciri seorang guru sentiasa menjadi sasaran perhatian
segenap masyarakat kerana peranan mereka yang vital dan indespensible
dalam masyarakat.Meskipun pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara
on-line dan multimedia telah diperkenalkan dan mempunyai pengaruh yang
besar namun ia tidak dapat menafikan status dfan peranan guru dalam
membentuk warganegara. Ketidakupayaan guru dan tidak menunjukkan teladan
yang baik akan menjadi menjadi batu penghalang dalam pembentukkan pelajar
yang baik.Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru tersebut
dan profession perguruan.

Sifat yang baik yang terdapat dari guru ialah terbahagi kepada beberapa sifat.
Pertama,seorang guru itu mestilah mempunyai sifat rohaniah yang baik seperti
mempunyai keimanan yang kental terhadap Tuhan yang maha
sempurna,sentiasa melakukan suruhan Nya dan menjauhi larangan Nya.Sifat
yang kedua ialah sifat mempunyai sifat-sifat akhlak yang baik seperti benar dan
jujur,menepati janji,amanah,ikhlas dalam perbuatan dan perkataan,merendah
diri,sabar,tabah dan jujur.Guru juga haruslah mempunyai sifat pemaaf,toleransi

13
dan mementingkan orang lain.Ketiga,seorang guru juga perlu ada sifat mental
iaitu cerdas dari segi kepintaran,amali,teori dan sosal.Guru jugamempunyai
pengatahuan yang luas dan ilmu yang pengatahuan yang baik dan
banyak.Mencenderungkan diri kepada pelbagai bidang alkiah dan ilmiah yang
sihat.Selain itu guru harus petah,cekap dan fasih dalam peyampaian ilmu.

Sifat yang seterusnya ialah sifat kejiwaan.Mereka yang mempunyai sifat ini
adalah mempunyai emosi yang mantap dan sifat tenang.Selain itu,mereka
optimis dalam hidup,sentiasa berserah kepada Tuhan dan mempunyai jiwa
tenang apabila mengingati Nya,memberi kepercayaan kepada diri sendiri dan
mempunyai kemahuan yang kuat serta bersifat lemah lembut dan baik dalam
pergaulan tidak kira di sekolah dan dengan masyarakat.Sifat yang terakhir pula
yang ada pada guru ialah seseorang guru itu mempunyai sifat fizikal yang
baik.Contohnya sihat tubuh badan dan terhindar dari sebarang penyakit
berjangkit.Selain itu guru itu mempunyai perwatakan yang menarik,kemas,bersih
dan sistematik.

Kesimpulannya ialah cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar
murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan
kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam
memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan
persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan
pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin
kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua
pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik.

14
RUJUKAN

• http://www.homeolibrary.com

• http://go.to/homeolibrary.

• http://www.angelfire.com/in2/psychomed/obs.html

15
REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya kerana telah berjaya menyiapkan kerja

khusus Teras Kemahiran Berfikir ini. Saya telah menghantar tugasan ini tepat

pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat gembira kerana

dapat menyiapkan kerja kursus yang diberi oleh pensyarah saya, En. Che

Othman bin Che Wil.

Melalui kerja khusus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak

pendedahan dan pengetahuan tentang subjek teras kamahiran belajar ini. Saya

dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis sekaligus dapat menyelesaikan

semua masalah yang wujud dalam kehidupan seharian tanpa melalui banyak

masalah. Saya telah membuat dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan

Institut Perguruan Kota Bharu. Saya juga mencari bahan rujukan di

Perpustakaan Negeri Kelantan. Selain itu , kami juga mencari info tentang Teras

Kemahiran Belajar melalui internet. Ini semua telah memudahkan kami untuk

menyempurnakan tugasan ini.

Walaupun begitu, saya tidak dapat lari daripada masalah. Saya

menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Saya agak tidak

faham akan cara – cara untuk melakukan tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan

saya tetapi saya bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil

berat dan tidak mementingkan diri.

Saya juga berasa untung kerana pensyarah saya sudi menerangkan

dengan lebih terperinci bagaimana cara nutuk menyiapkan tugasan ini terutama

16
dalam bahagian yang tertentu. Ramai pelajar keliru dan tidak faham akan tajuk

ini. Walaubagaimanapun, setelah mendapat penerangan yang mendalam

daripada pensyarah, saya semua dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik

dan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, saya berasa amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan

kerja khusus yang mencabar ini dengan sempurna. Saya berharap akan

mendapat tugasan seperti ini lagi di masa akan datang kerana tugasan seperti ini

banyak membantu saya untuk meningkatkan lagi kefahaman kami dalam subjek

Teras Kemahiran Belajar. Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa

rugi kerana tidak mendapat pelbagai faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan

pengalaman dan ilmu yang diperolehi hasil daripada tugasan ini,saya akan

mengamalkan konsep-konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatif

apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu nanti.

InsyaAllah........ sekian

17