Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PERGURUAN KOTA

BHARU-KELANTAN
(FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN)

NAMA PELAJAR : MOHD NAJIHUDDIN BIN JUSOH


890621-11-5415

KUMPULAN :PPISMP-BM2

NAMA M.P :TERAS KEMAHIRAN BERFIKIR

NAMA PENSYARAH : CHE OTHMAN BIN CHE WIL

TARIKH SERAHAN :16/03/2008


HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Pelajar : MOHD NAJIHUDDIN BIN JUSOH

(890621-11-5415)

Tarikh : 16 / 03 / 2008

2
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim……
Assalamualaikum w.b.t…..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah,kurnia dan hidayah-Nya


dapatlah kami menyiapkan tugasan kerja kursus TERAS KEMAHIRAN
BERFIKIR di bawah tajuk ALAT-ALAT BERFIKIR dengan jayanya dalam
tempoh yang telah ditetapkan.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
TERAS KEMAHIRAN BERFIKIR iaitu CHE OTHMAN kerana telah membantu
dan membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Segala pandangan, nasihat dan idea yang
diberi akan kami gunakan sebaiknya dan akan kami aplikasikan dalam
pembelajaran. Jasanya akan dikenang selagi hayat dikandung badan
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kerana memberi tunjuk ajar dan
pertolongan kepada saya ketika saya berada di dalam kesusahan dan
masalah. . Kenangan bersama kalian akan terpahat dalam lipatan kenangan
seumur hidup saya.
Saya berharap agar hasil kerja saya ini dapat dijadika panduan dalam
mengembangkan ilmu yang istemewa ini kepada semua yang memerlukan.
Semoga Allah memberkati usaha saya ini.

InsyaALLAH…

Sekian.. Terima Kasih

3
BIODATA

NAME : AHMAD SHAHIR NIZAM ADANG

I/C NUMBER : 880423-11-5343

ADDRESS : 332-P, Jln Kayu Tinggi, Kg. Tok Jamal

Wakaf Mempelam 20050 K. Terengganu.

MATRIX NUMBER : IPKB/Jul/06/00527

PHONE NUMBER : 012-9849094

4
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN 1

ISI KANDUNGAN 2

PENGHARGAAN 3

BIODATA 4

1.0 KOMPONEN

SOALAN 1 6-7

SOALAN 2 8

SOALAN 3 9

SOALAN 4 10

SOALAN 5 11

SOALAN 6 12

SUMBER RUJUKAN 13

REFLEKSI 14-15

LAMPIRAN 16

5
i. Konsep dan matlamat Falasah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Di antara konsepnya ialah pada tahun 1988, falasafah Pendidikan Negara telah
digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi Negara. Kini, FPN
telah di kenali pula sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK). Secara
ringkasnya FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan
dengan bidang pendidikan di Negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan
matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti
keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

Konsepnya juga adalah menunjukkan bahawa pendidikan adalah satu proses


yang memupuk kesempurnaan tingkahlaku seseorang manusia itu untuk
membolehkan mereka mencapai amalan-amalan yang terpuji atau baik yang
seperti mana dikehendaki oleh setiap individu yang lain. Ini bagi menunjukkan
sifat kesempurnaan itu wujud dalam diri. Di antara sifat yang ingin di capai
melalui amalan-amalan adalah seperti bersopan-santun, bertimbang rasa,
menghormati orang tua, menyayangi setiap orang terutama orang tuadan juga
amalan baik yang lain.

Amalam serta sikap ini biasanya dapat dipupuk dari sekolah lagi. Amalan ini
dapat dipelajari melalui kawan-kawan serta pendidikan yang diajar serta
diterapkan oleh pihak sekolah seperti cikgu. Ini memainkan peranan yang besar
bagi memupuk serta membimbing seseorang itu bagi melahirkan sifat yang
dikehendaki dan perlu di capai melalui amalan-amalan harian.

Di situlah pentingnya ‘Proses amalan pendidikan yang dapat mempengaruhi atau


membentuk seseorang itu’. Pendidikan memainkan peranan kearah mewujudkan
keseimbangan seeorang manusia. Pendidikan berfungsi seperti memupuk atau

6
membentuk jati diri seseorang itu. Dalam proses pendidikan inilah memberikan
murid peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka
menjadi dewasa yang berfungsi kelak.
Bagi pendapat saya Matlamat ‘Falsafah Pendidikan Kebangsaan’ adalah untuk
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ia
juga adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
masyarakat dan negara.

FPK juga adalah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan


pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan
(Kementerian Pendidikan Malaysia). Selain itu, matlamat falsafah pendidikan
kebangsaan juga adalah untuk memakmurkan dan memajukan negara. Ia adalah
untuk memastikan semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan
makmur, bebas daripada ancaman musuh dan bersedia menangani masalah
dengan bijak. Antara beberapa objektif lain adalah mengurangkan konflik iaitu
persekitaran masyarakat dalam sesebuah negara semakin kompleks. Pelbagai
faktor yang ada akan menimbulkan persaingan sengit untuk merebut peluang-
peluang dan sumber yang terhad.

Faktor-faktor seperti ekonomi, teknologi, politik dan sosio budaya akan


meningkatkan konflik di dalam masyarakat. Kecekapan menguruskan
masyarakat majmuk dan kompleks di Negara kita memerlukan perubahan
pendidikan kerana pendidikan merupakan agen perubahan masyarakat yang
penting. Kedua, meningkatkan daya pengeluaran iaitu pengetahuan dan
kemahiran rakyat sesebuah Negara perlu ditingkatkan mengikut peredaran
masa. Apabila ilmu setiap warganegara meningkat, produktiviti akan meningkat.
Selain itu ia juga perlu untuk meningkatkan motivasi. Motivasi luaran dan

7
dalaman menyumbang kepada peningkatan penerimaan perubahan. Semakin
besar motivasi dalaman semakin tinggi percubaan untuk menerima perubahan.

ii. Faktor-faktor pembentukan FPK

Faktor-faktor pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan bagi pendapat saya


pula adalah kerana kehendak seseorang itu atau masyarakat. Misalnya dalam
kehidupan masyarakat itu sendiri, pendidikan harus mempunyai strategi
terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut.
Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran
asas seperti membaca, menulis dan mengira. Konsep-konsep asas cara hidup
masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi serta teknik-teknik asas untuk
menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam
perbincangan, kepimpinan dan pemikiran krisis dalam suatu sistem. Ia juga
bertujuan untuk membina dan memupuk akhlak yang mulia seperti meningkatkan
ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam supaya mereka dapat bergaul
dalam masyarakat dan juga dapat memperkembangkan bakat dan daya
kepimpinan.

Faktor politik juga memainkan peranan dalam pembentukan falsafah pendidikan


kebangsaan. Ini mewujudkan persaingan yang sihat serta membawa perubahan
yang besar dalam negara kita. Perubahan adalah satu keperluan dan setiap
organisasi pasti akan menghadapinya. Perubahan adalah agenda khas dalam
pengurusan di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya
globalisasi Negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan
internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau negara semakin
meningkat.

Selain itu, gaya hidup juga menjadi faktornya. Setiap organisasi perlu mengambil
kira faktor gaya hidup. Masa kian berubah dan manusia tidak suka kepada
sesuatu yang sama. Antara perubahan dalam gaya hidup ialah corak pekerjaan,

8
status perkahwinan, keselamatan , umur dan lain-lain. Peluang pekerjaan yang
banyak dalam sektor kesihatan adalah disebabkan perubahan gaya hidup.

iii. Elemen-elemen dalam FPK

Antara elemen-elemen yang terdapat dalam FPK ialah, pendidikan merupakan


suatu usaha berterusan iaitu pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni seseoran itu. Proses pemerolehan
dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke
akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas
sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga
enam tahun. Ini merupakan peranan dan tanggungjawab yang amat penting
untuk ibu bapa bagi membentuk sikap anak mereka. Sahsiah yang dibentuk
akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan.

Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus perlu meningkatkan


ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi
membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.
Perkembangan potensi individu itu perlulah mengikut perubahan masa. Setiap
individu telah diberkati Tuhan dan di kurniakan dengan bakat, potensi dan
kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelok-
eloknya dicungkil, dipupuk , dikembangkan dan dipertingkatkan. Ia juga akan
terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling.

Pendidikan seharusnya memberi peluang kepada individu untuk


memperkembangkan bakat, potensi dan kebolehan mereka. Insan yang
seimbang dan harmonis amat pemting bagi individu memiliki (intelek), sahsiah
yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang
baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik. Sering berusaha untuk memperoleh
dan mengembang ilmu yang benar. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif,

9
kritikal, reflektif. Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan
persekitaran

iv. Peranan Sekolah dalam merealisasikan FPK

Bagi saya sekolah memainkan peranan penting dalam menjayakan hasrat FPK.
Ini kerana semuanya akan bermula dari sekolah. Oleh itu sekolah bolehlah
dianggap sebagai rumah kedua untuk para pelajar. Untuk melahirkan insan yang
menepati ciri-ciri yang terdapat dalam FPK, sekolah serta guru-guru amat
diperlukan bagi merealisasi apa yang ingi dicapai. Sekolah adalah agen yang
mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya.

Institusi pendidikan atau sekolah itu sendiri merupakan satu pertubuhan yang
ditubuhkan untuk mencapai objektif pendidikan secara berterusan. Faktor-faktor
persekitaran akan mempengaruhi atau membentuk organisasi pendidikan
tersebut dan akan digunakan oleh alam sekitarnya. Selain itu, penubuhan seperti
sekolah wawasan, sekolah bestari, penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran agenda nisbah sains, sastera merupakan perubahan pendidikan
yang perlu dilaksanakan segera. Dan semua ni telah dilakukan hampir seluruh
sekolah di negara kita. Sekolah juga memainkan peranan sebagai institusi sosial.

Sekolah sebagai tempat institusi masyarakat di mana masyarakat di sekeliling


sekolah boleh memberikan sumbangan wang ringgit, moral, material dan lain-lain
kepada pembangunan sekolah. Masyarakat dapat membantu membaiki disiplin
pelajar sekiranya ada pelajar yang ponteng dan menghisap rokok di luar
kawasan sekolah, pihak luar tidak harus berdiam diri, sebaliknya bekerjasama
dengan pihak polis.

Kemahiran yang dimiliki oleh ahli setiap ahli masyarakat juga boleh diguna dan
dapat dikongsi bersama dengan pelajar. Contohnya ahli masyarakat yang bijak

10
dalam permainan bowling, boleh menjadi jurulatih. Bank-bank yang ada di sekitar
sekolah pula boleh memberikan motivasi kepada pelajar yang kurang minat
kepada matematik. Oleh itu peranan sekolah amatlah besar untuk menjayakan
atau merealisasikan FPK.
v. Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan Negara

Antara implikasi FPK adalah pertama satu dokumen rasmi yang


menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara kita serta
matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah
dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat
Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat penting
agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan para pendidik semasa
mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan
masing-masing.

Implikasi yang kedua adalah para pendidik juga hendaklah memainkan


peranan aktif dalam merealisasikan FPK. Dalam hal tersebut, mereka
hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang
sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Sehubungan dengan itu, mereka seharusnya besedia untuk
menimba ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran
yang diajar.

Dan yang terakhir pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan
tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada
penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan pembentukan modal
insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius.Adalah diharapkan agar
generasi muda menjadi individu yang bekembang secara menyeluruh dan

11
seterusnyaberupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga
mereka demi keluarga, masyarakat dan Negara.

vi. Rumusan @ cadangan

Rumusanya bagi pendapat saya adalah, pendidikan merupakan


tanggungjawab bersama. Negara perlu dibangunkan bagi menghadapi cabaran
masa hadapan yang tidak menentu. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus
bersedia daripada sekarang untuk menaikkan nama Negara Malaysia ke mata
dunia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu tangga atau motivasi
kepada kita rakyat Malaysia untuk mencapai apa yang diinginkan.

Kita selaku rakyat Malaysia juga harus bekerjasama dalam melaksanakan apa
yang dirancang. Matlamat FPK tidak akan berjaya tanpa sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak terutamanya institusi pendidikan seperti guru
dan pelajar yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Ibu bapa
dan keluarga harus memberikan sokongan yang padu kepada anak-anak untuk
terus maju dalam pelajaran. Jika anak-anak tidak minat dalam akademik, ibu
bapa harus menggalakkan mereka menceburi bidang teknikal atau kemahiran.
Dengan cara ini akan melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang
berkebolehan dan berkemahiran bukan sahaja dalam bidang akademik juga
dalam bidang kemahiran.

Apabila kita atau semua pihak bergabung tenaga dalam merealisasikan apa
yang diinginkan dalam FPK, maka negara kita akan dapat melahirkan individu
atau insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Ini juga akan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

12
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Maka
jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka, sudah pasti
matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan
hanya satu impian sahaja.

SUMBER RUJUKAN

 WWW.GOOGLE.COM.MY, PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
 WWW.YAHOO.COM, FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN.
 http://www.homeolibrary.com

 http://go.to/homeolibrary.

 BUKU : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN &


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.

13
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya
menyiapkan kerja khusus FALSAFAH PENDIDIKAN ini. Saya telah menghantar
tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat
gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah saya, RAJA ANORO BIN RAJA KOB
untuk menyiapkan kerja khusus ini.
Melalui kerja khusus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak
pendedahan dan pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah
memantapkan pemahaman kami dalam subjek FALSAFAH PENDIDIKAN ini.
Saya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis sekaligus dapat menyelesaikan
semua masalah yang wujud dalam kehidupan seharian tanpa melalui banyak
masalah. Saya telah membuat dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan
Institut Perguruan Kota Bharu. Saya juga mencari bahan rujukan di
Perpustakaan Negeri Kelantan. Selain itu , kami juga mencari info tentang
FALSAFAH PENDIDIKAN melalui internet. Ini semua telah memudahkan kami
untuk menyempurnakan tugasan ini.

Walaupun begitu, saya tidak dapat lari daripada masalah. Saya


menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Saya agak tidak
faham akan cara - cara untuk melakukan tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan
saya. Syukurlah saya mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan
tidak mementingkan diri. Mereka banyak membantu saya dalam proses
menyudahkan kerja khusus ini. Saya juga berasa untung kerana pensyarah saya

14
sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana cara nutuk menyiapkan
tugasan ini terutama dalam bahagian yang tertentu. Ramai pelajar keliru dan
tidak faham akan tajuk ini. Walaubagaimanapun, setelah mendapat penerangan
yang mendalam daripada pensyarah, saya semua dapat menyelesaikan tugasan
ini dengan baik dan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Sedikit masalah lain telah menghantui saya semasa menyiapakan kerja
khusus ini. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat kami tetapi
membuatkan kami semakin bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk
melakukan kerja FALSAFAH PENDIDIKAN ini. Selain daripada masalah ini, saya
berasa lega kerana tidak menghadapi masalah–masalah lain yang lebih berat
lagi.

Saya berasa amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan kerja khusus
yang mencabar ini dengan sempurna. Saya berharap akan mendapat tugasan
seperti ini lagi di masa akan datang kerana tugasan seperti ini banyak membantu
saya untuk meningkatkan lagi kefahaman kami dalam subjek Teras Kemahiran
Belajar. Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa rugi kerana tidak
mendapat pelbagai faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan pengalaman dan
ilmu yang diperolehi hasil daripada tugasan ini , saya Ahmad Shahir Nizam Bin
Adang akan sedaya upaya mengamalkan konsep-konsep FALSAFAH
PENDIDIKAN apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu nanti.

-InsyaAllah........

-Wassalam….....

15
LAMPIRAN

16
JADUAL KERJA

Jenis aktiviti / Penglibatan/


Langkah tindakan Tempoh tanggungjawab Tarikh

Penerangan 1 hari Pensyarah dan 03.03.08


1 mengenai tugasan guru pelatih

Perbincangan Guru pelatih 04.03.08


2 mengenai tugasan- 1 hari
perpustakaan
05.03.08
Pencarian maklumat Rakan-rakan, Hingga
3 2 hari senior, internet. 07.03.08
09.03.08
Merangka kerja Individu Hingga
4 2 hari 10.03.08

11.03.08
Individu Hingga
5 Memulakan tugasan 5 hari 15.03.08

Mengemaskini
6 tugasan/ menghantar 1 hari individu 16.03.08
tugasan

17