Anda di halaman 1dari 30

PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SINOPSIS

Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan


dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-
kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta
550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/
prasekolah ke tahun 1.

This course covers the introduction to early childhood education, growth and child
development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars
of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition
process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools
to Year 1 of Primary School

RINGKASAN UNIT
HASIL PEMBELAJARAN:
Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:
1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-
Kanak

2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan


1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah
perkembangan pendidikan awal kanak- kanak-kanak
kanak
3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak
2. Menghuraikan konsep pertumbuhan,
perkembangan dan pendidikan awal kanak- 4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas
pendidikan Awal Kanak-kanak
kanak
5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan
3. Menjelaskan matlamat dan falsafah
pelbagai program pendidikan awal kanak- konvensyen Hak Kanak-kanak 1989.
kanak
6.0 Akta 308 dan Akta 550
4. Membuat refleksi menggunakan model
pendidikan awal kanak-kanak didalam 7.0 Transisi dari Rumah ke
Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke
pelaksanaan pembelajaran
Tahun Satu.

Rangka Isi Pelajaran

1
Pengenalan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak

Pertumbuhan dan Perkembangan


kanak-kanak

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-


kanak

Hak Asasi kanak-kanak


PRA 3101 berdasarkan konvensyen Hak
ASAS PENDIDIKAN Kanak-kanak 1989
AWAL KANAK-KANAK

Transisi dari Rumah ke Taska,


Tadika/ Prasekolah dan ke
Tahun Satu.

Pandangan tokoh-tokoh
pengasas pendidikan Awal
Kanak-kanak

Akta 308 dan Akta 550

2
Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak

Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari
masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan
Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program
pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari
lahir hingga ke umur lapan tahun:

• Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat


berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan
Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah
Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika
adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan
program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika
secara ringkas.
Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu
tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

Aktiviti 1.

Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika?

Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

3
Aktiviti 2.
Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan
konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanak-
kanak ?

Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

Konsep Pertumbuhan:

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu
peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya
adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari
segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan
kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa
berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang
contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu
membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat
perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan
seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

Konsep Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur
tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).
Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi
putih pada peringkat akhir dewasa.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development, the orderly,
durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, and
maturation.” Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah
perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan,
pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

4
Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan
bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan
bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah
“ Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.” (Ramlan
Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara
kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral
seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah
laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Aktiviti 3.

Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antara


konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan.

Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.
2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.
3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.
4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza
pada setiap individu.
5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara
berterusan hingga akhir hayat.
6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang
kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat
tertentu.
8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.
(Mok Soon Sang, 2001)

5
Aktiviti 4.
Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep
perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?

Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)

Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada
kesudahannya. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.
Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia
dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih
kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi
ileh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh
dipengaruhi oleh pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang
lain. Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh
perwarisan.

Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah
memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu
itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting. Banyak
faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak
termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan
keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat
dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan
faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia
seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)

Aktiviti 5:

Jelaskan apa yang dimaksudkan “Nature” vs” Nuture”

6
Unit 3.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada
abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi,
Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di
dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang
bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan
oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.

Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan
seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.
Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari
golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat
pendidikan awal.

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua.


Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja.
Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia


• Zaman Sebelum Merdeka

Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan
berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang
berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru
sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

• Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-
Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika
Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg.

7
Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang
beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

Pada tahun 1970,


KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika
untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh
FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat
Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah
membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru
KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan
Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada
masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan
miskin.

Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat
Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya.
Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai
program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan
daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai
pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan
prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program
peluasan prasekolah.

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan
prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari
setahun ke setahun.
Aktiviti 6:
1. Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.
2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
8
secara umum.
Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah
pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada
peringkat awal?

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;


1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori

4.1 IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di


sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di
Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun
484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti
dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.
Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi
ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah
Ihya Ulumuddin

Pandangan / Idea-idea beliau


• Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada
orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
• Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci
badan, berwuduk dan bersembahyang.

9
• Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak
berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan
tidak berbangga.
• Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang,
jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
• Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan
menimbulkan kebencian mereka.
• Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
• Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.
• Nasihat beliau kepada guru supaya:
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model
tingkah laku yang baik.

4.2 IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada


zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan
pendidik.
Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar,
pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu
dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:


• Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
• Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:
- Berperingkat-peringkat

10
- Mengadakan latih tubi
- Menggunakan benda-benda maujud
- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
• Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan
mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:
- Tidak mahu belajar
- Mencerca pengajaran yang diberi
• Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-
contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
• Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran
barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
• Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami
apa yang disampaikan.
• Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang
rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi
pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu
helah dan tidak berperikemanusiaan.
• Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam
waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.
• Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah
dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.
• Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk
peribadi kanak-kanak.
4.3 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)

Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka


sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof”
pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di
rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan
dan tulisan.

11
Idea-idea beliau mengenai pendidikan
• Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada
padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang
abstrak.
• Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria.
Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.
• Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran
konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa
dan menyentuh.
• Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.
• Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).
• Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

4.4 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)

Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai


“Bapa Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman
kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah
seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara
semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan
manifestasi terhadap Tuhan.

Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun,
kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam
persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”

Antara idea-idea Froebel ialah:


1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian
kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik
yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-
gambar.

12
2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah
sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek
untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada
pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.
5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial
kanak-kanak.
6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.
7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi
kebebasan.
9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.
10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya
menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah
penting bagi kanak-kanak.
12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama
lain.

4.5 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)

Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik


kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau
menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori
menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak
belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya
penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi
membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan
menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam
mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu,
persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting

13
dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-
kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak


pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima
melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang
kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman
ini daripada saat kelahiran lagi.

B. Persekitaran yang tersedia


Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang
lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan
kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara
menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

C. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti
yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan
pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka
apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-
kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal.
Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas
kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut
Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak
daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan
susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran
praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan

14
dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman
berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui
pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e.Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan
minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa
tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori;

1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan
pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak
menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar
perkembangan seseorang kanak-kanak.
3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada
orang dewasa.
4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara
demikian apabila dewasa kelak.
5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.
6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak
berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan
kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.
7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan
bersaiz kanak-kanak.
9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak
belajar secara bebas.
10. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah
pembelajaran mereka.

15
Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu
berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah:
- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
- Konsep kebebasan
- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
- Pentingnya disiplin diri
- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak
mengajar diri mereka sendiri.
- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan
hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

Aktiviti 7:
Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam
iaitu Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal
kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang


dinyatakan oleh Friedrich Froebel?

Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak


oleh Maria Montessori.

Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Hak Asasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga


meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh
keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan

16
perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir,
kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu
peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-
kanak.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai
untuk kanak-kanak?

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan
Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1
hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan
kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak


sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh
kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan


Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi
untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk


memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai
tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa
atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang,
mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.
Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

17
Tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara
hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini,
Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa
dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran
anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan
perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk


memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat
faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.
PERKARA 27

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang
mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-
kanak itu.

Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan
fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang
mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh
dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan
anak-anak mereka.

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak
itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan
keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-
kanak itu.

18
3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka,
hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan
orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini
dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program
sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk


menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau
orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik
dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang
mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara
yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah
menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian
sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan


tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang
yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada
semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk,
termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan
terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya
seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan
kewangan jika diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-
tiap cara yang sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan
terbuka kepada semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di
sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

19
Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan
bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam
berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan
pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah
selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam
kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan
kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama


antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan
tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh
dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah
pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan
kepada keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah


dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada
tahap potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi
prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa
dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu,
negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada
tamadunnya sendiri;

20
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang
bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan
persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan
orang yang asal usulnya penduduk asli;

Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan
peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta
Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?

“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat
hingga enam tahun.

FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
(a) Pendidikan prasekolah
(b) Pendidikan rendah
(c) Pendidikan menengah
(d) Pendidikan lepas menengah
(e) Pendidikan tinggi
Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.

FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN


TADIKA
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan
jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu
kesalahan.

FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.


Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

21
FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH
SEMUA TADIKA
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah
menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi
oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum
sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah,
sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua
Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duanya.

FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA

Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan
boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan
bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai
mata pelajaran wajib.
FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh Aktiviti
membuat 8: peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.
Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan,
pengendalian atau pengurusan tadika?
Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan
apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.


2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
secara umum.
22
Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu.

• Lawatan awal ibubapa dan kanak-kanak


• Taklimat dan penerangan program Taska,Tadika/ Prasekolah dan Tahun Satu
• Peranan dan tanggungjawab Guru dalam membantu kanak-kanak menyesuaikan diri
• Perancangan dan pengurusan Institusi

TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH


Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan
kepada satu keadaan yang lain.
Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi


perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau
prasekolah.

Tujuan program Transisi:

• Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru
serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
• Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
• Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa
banyak masalah.

Peranan guru prasekolah


a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan
merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.
b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-
kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai
model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di
prasekolah seperti di rumah mereka.

23
c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan
dan persekitaran yang baru di prasekolah.
d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan
pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.
e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan
amalan yang berlaku di rumah mereka.
Peranan pembantu prasekolah

a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak


berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.
b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan,
rehat dan bermain.
c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.
d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.

Aktiviti 9:
1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan
pendapat anda jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan.

Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan


program transisi dari rumah ke prasekolah

24
RUJUKAN

Bergstrom, J.M., Margosian, R.K. & Olson, F.A (1976) Enhancement of growth and for young
children, Columbus, O.H: Merill. Pub.

Brewer, J.A. (1995). Introduction to early childhood education. NY: Allyn & Bacon.

Charlesworth, R., (2004). Understanding Child Development (6th ed.). NY: Thomson Delmar
Learning

Essa. L. E. (2003). Introduction to Early Childhood Education. 4th ed. NY: Thomson Delmar
Learning

Berk, L. E. (2002). Child Development (6th Ed.).MA: Allyn & Bacon.

Chesla, E. & Malic, J. (2002). Early Childhood Education Teacher.NY: Thomson Delmar
Learning.

David Whitebread, (2003) Teaching and learning in the early years. Routledge-Falmer- Taylor
& Francis Group Pub.

Gordon, A.M., & Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood
Education. (6 th ed). N.Y : Thomson Delmar Learning

Morrison, G.S. (1995). Early childhood education today. Prentice Hall.Inc.

Patricia H Miller (1996), Theories of development psychology. W.H. Freeman and


Company N.Y.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) Kurikulum pendidikan prasekolah Malaysia. PPK.

Rohaty Mohd. Majzub & abu Bakar Nordin, (1989). Pendidikan prasekolah, Petaling jaya: Fajar
Bakti.

Rohaya Hj. Yahya (1996). Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors Sdn.

Seefeldt, C. & Barbour, N. (1990) Early childhood education; An Introduction, Colombus:


Merill Publishing.

Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. MDC Publishers


Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

http://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htm

http://www.dph.gov.my/survelans/Guidelines%202007/BUKU%20PANDUAN%20%20TASKA
%20PRASEKOLAH%202007.pdf
PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

25
(PENDIDIKAN PRASEKOLAH)

NAMA KELAYAKAN

En.Baharuddin bin Abd Latif Kelulusan:

Penolong Pengarah
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

En. Zulkiply bin Yaakob Kelulusan:


M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)
Pensyarah, B.Ed. Hons. (Muzik)
Institut Perguruan Tun Hussein Onn Sijil Guru Khas (Muzik)
Km 7.75 Jalan Kluang Sijil Guru (PPAK)
83000 Batu Pahat,
Johor. Pengalaman:
Pesyarah Prasekolah IPTHO (7 tahun)
Pesyarah Prasekolah MPTAA (10 tahun)
zulkiplyyaakob@oum.edu.my Guru Sekolah Menengah (2 tahun)
zulky54@yahoo.com Guru Sekolah Rendah (7 tahun)

Kelulusan:
Vennila Veerappan Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM
Pensyarah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM
Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia Sijil Perguruan Asas, MPRM
Jalan Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur Pengalaman:
Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah (5 tahun)
vvnila05@yahoo.com

Pn. Umi Kalsom bt. Takriff Kelulusan:


M Ed. (Pendidikan Prasekolahl), UKM
Pensyarah Bac. Perakaunan, UPM
Institut Perguruan Raja Melewar Diploma Pendidikan, MPPPP
Jalan Sikamat
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan ( 5 tahun )

26
NAMA KELAYAKAN
Guru Sekolah Menengah (9 tahun)

Pn Noor Miza binti Abdul Rahman Kelulusan:


Pensyarah MSc.Edu (Pengurusan Pendidikan), UUM
Institut Perguruan Tuanku Bainun B.A.(Hons) Universiti Malaya
14000 Mengkuang Diploma Pendidikan (Universiti Malaya)
Pulau Pinang
Pengalaman:
puterimiza@yahoo.com Pensyarah Ilmu Pendidikan (5 tahun)
Pensyarah Pengajian Prasekolah (5 tahun)
Guru Sekolah Menengah (10 tahun)

LAMPIRAN

27
ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PRA 3101)

Nama Calon : _____________________________________________________


No. Kad Pengenalan :_____________________________________________________
Nama Pensyarah :_____________________________________________________

Jadual Agihan Tugasan dan Pemarkahan

Aktiviti Tugasan Tarikh Hantar Markah


Unit 1
Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika? Individu / 10M
.
Unit 2
Nyatakan apa yang anda faham dengan konsep pertumbuhan dan konsep
perkembangan pendidikan awal kanak-kanak ? Individu
/ 10M
Unit 3
Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antar antara Individu / 10M
konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan.

Unit 4
Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep Berpasangan / 10M
perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?

Unit 5
Jelaskan apa yang dimaksudkan “Nature” vs” Nuture”. Berpasangan / 10M
Unit 6
6.1 Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah. Berpasangan / 10M
6.2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
secara umum.

Unit 7
7.1 Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu Berkumpulan / 10M
Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-
kanak.
7.2 Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang
dinyatakan oleh Friedrich Froebel?
.
Kerja Kursus Individu / 30M

Kaedah Penilaian: Penilaian bagi kursus ini melibatkan dua komponen iaitu penilaian berterusan dan
penilaian akhir. Perinciannya adalah seperti berikut;
1. Tugasan Berasaskan Panduan Pembelajaran - 40%

2. Kerja Kursus - 50 %

3. Penglibatan dan perbincangan - 10 %

4. Peperiksaan Akhir - 100%

Jumlah - 100%

28
LAMPIRAN

ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PRA 3101)

Nama Calon : ____________________________________________________


No. Kad Pengenalan :_____________________________________________________
Nama Pensyarah :_____________________________________________________

Jadual Pembentangan Kumpulan (Penglibatan dan Perbincangan)

Aktiviti / Soalan Tugasan Tarikh Markah


Pembentangan
1. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang
penting dalam dunia persekolahan kepada kanak-kanak. Berkumpulan 10

a) Huraikan lima objektif utama pendidikan prasekolah di


Malaysia
2. Akta Pendidikan 1996 menegaskan semua tadika
yang beroperasi di Malaysia wajib menggunakan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan sebagai satu garis panduan.
Berkumpulan 10
a) Nyatakan tiga rasional mewajibkan semua
tadika menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
3. Pendidikan prasekolah adalah penting kepada pertumbuhan
dan perkembangan optimum kanak-kanak. Berkumpulan 10

Apakah perkara utama yang perlu diberi perhatian


semasa merancang pendidikan awal kanak-
kanak?

4. Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam


menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak? Berkumpulan 10
Huraikan pandangan anda berdasarkan contoh kes yang
sesuai.

5. Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari Berkumpulan 10


satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Program Transisi
sangat penting bagi kanak-kanak prasekolah.
.
(a) Nyatakan tiga tujuan Program Transisi kanak-kanak
prasekolah ke tahun 1.

Kaedah Penilaian
Penilaian bagi aspek penglibatan dan perbincangan secara berkumpulan adalah berdasarkan kriteria
berikut;
1. Kematangan hujahan

2. Kreativiti Persembahan

3. Penglibatan dan perbincangan

29
4. Ketepatan Fakta

Jumlah - 10%
Catatan: Soalan perbincangan ini hanyalah cadangan sahaja. Soalan / tajuk pembentangan boleh
diubahsuai oleh tenaga pengajar jika difikirkan perlu.

LAMPIRAN

SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk
anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah taska. Anda diminta
membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin keselamatan, hak
dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya.

Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara berikut :

(a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) dengan memberikan
penerangan yang tepat dan bersesuaian.

(b) Nyatakan syarat, kelayakan dan jumlah bilangan penjaga yang diperlukan mengikut
kumpulan umur kanak-kanak. Penerangan ini boleh dinyatakan melalui pengurusan
grafik

(c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada didalam bangunan taska serta
nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada.

(d) cadangkan program aktiviti harian di taska

(e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan taska yang diberikan itu berkualiti dan
dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak.

[100 markah]

30