Anda di halaman 1dari 37

1

Tajuk 1 Konsep Perkembangan Fizikal

1.1 Sipnosis

Unit ini merupakan pengenalan kepada Konsep perkembangan fizikal yang merangkumi
dengan konsep pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta konsep perkembangan
motor kasar dan motor halus. Disamping itu unit ini juga menekankan tentang kaitan
beberapa teori perkembangan fizikal kanak-kanak. Antaranya ialah Teori kematangan oleh
Arnold Gesell dan Robert Havighurst serta Model motor persepsi oleh Piaget.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui konsep perkembangan fizikal kanak..


2. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang membentuk konsep pertumbuhan dan
perkembangan fizikal kanak-kanak.
3. Menyatakan perbezaan konsep perkembangan motor antara motor halus dengan
motor kasar.
4. Menyatakan perkaitan antara teori-teori perkembangan fizikal kanak-kanak.

1
2

1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Konsep
Perkembangan
Fizikal

Subtajuk 1 Subtajuk 2
Subtajuk 3
Konsep Pertumbuhan Konsep
Kaitan dengan teori
dan perkembangan Perkembangan Motor
Perkembangan
Fizikal Halus dan motor
Fizikal Kanak-kanak
Kasar

1.4 Konsep Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan
pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut “Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal
kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar,
keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-
kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti
harian.

Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi


perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya
aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat
mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau
persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam
cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.

Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri. Kanak-
kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan dan

2
3

berbahaya. Kanak-kanak juga perlu tahu bagaimana untuk menghindari tempat yang
berbahaya. Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjaga
keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali.

Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu peri pentingnya menjaga kebersihan tubuh
badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi. Mereka juga
harus diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat.
Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya dapat mengamalkan tabiat cara pemakanan yang
baik seperti jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan
malam.

Selain aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan, kanak-kanak juga perlu didedahkan
dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul. Pergerakan fizikal
dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota badan dapat berfungsi
dengan berkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas yang betul atau pergerakan
tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka.

1.5 Konsep Pertumbuhan dan perkembangan Fizikal

Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan adalah fokus kajian


bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-
aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya
dengan faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Kedua-dua ini
berkait rapat antara satu dengan lain

a. Konsep Pertumbuhan

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif
dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978).
Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan
kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan
saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram
semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun
(Lefrancois, 1990).

3
4

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri
seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya
semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang
dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan
terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja
( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

b. Konsep Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak
dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih
awal (Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada
berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development, the
orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning,
experience, nd maturation.” Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat
perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang
hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan &
Mahani Razali, 2000).

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa


dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada
persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya
menurut Slavin, perkembangan ialah “ Orderly and lasting growth, adaptation, and
change over the course of a lifetime.” (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks yang merangkumi


perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual,
bahasa, emosi, social dan moral seseorang individu (Berk, 2000).

Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

4
5

Secara ringkasnya perkembangan merupakan pengaliran yang saling berkait


antara perubahan kuantatif dengan kualitatif yang menuju kearah tertentu dan yang
dijangkakan.

c. Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah
ke tepi
2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.
3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.
4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya
adalah berbeza pada setiap individu.
5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku
secara berterusan hingga akhir hayat.
6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani
yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan
sosial.
7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut
peringkat-peringkat tertentu.
8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang
lain (Mok Soon
Sang, 2001)

1.6 PERKEMBANGAN MOTOR

a. Motor Halus
Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan motor? Istilah perkembangan motor
merujuk kepada perkembangan fizikal atau pertumbuhan dalam kebolehan kanak-kanak
menggunakan anggota badan dan kemahiran fizikal mereka. Perkembangan motor juga
kerap kali didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka
melakukan gerakan. Oleh itu apabila kita membincangkan tentang perkembangan motor

5
6

kanak-kanak kita tidak dapat lari daripada membicarakan perkembangan motor halus dan
motor kasar mereka.

Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat
gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran
seorang kanak-kanak. Pembelajaran di sekolah misalnya, menyediakan pelbagai
pengalaman bagi kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor mereka. Contohnya,
kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolah di ‘Tadika’, akan diminta untuk
mewarna, memegang berus lukisan ataupun diajar cara memegang buku yang betul.

Bukan itu sahaja, malahan sejak kanak-kanak lagi kita dapat lihat bagaimana seorang
kanak-kanak kecil cuba mengambil mainan mereka. Mereka juga akan cuba memasukkan
mainan tersebut ke dalam mulut mereka. Apabila mereka berjaya mereka akan tersenyum
tetapi apabila kita menegahnya mereka akan menangis. Semua aktiviti ini termasuk
manipulasi mimik muka mereka melibatkan penggunaan motor halus.

Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini


memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan
dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan
gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat
mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.

Perkembangan ini berterusan semasa kanak-kanak mula untuk belajar. Kanak-kanak akan
belajar memegang pensil, melukis dan menconteng menggunakan krayon akan
mengembangkan motor halus mereka. Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri
kanak-kanak tentang anggota badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait rapat
dengan apa yang mereka rasa selesa dengan diri mereka. Kekurangan yang mereka rasai
akan mempengaruhi cara kanak-kanak ini bergaul dengan rakan sebaya.

AKTIVITI 1

Jelaskan apakah aktiviti lain yang dapat membantu kanak-kanak


meningkatkan kemahiran motor halus mereka?

b. Motor Kasar
Apabila kita membincangkan tentang perkembangan fizikal, biasanya kita akan lebih
merujuk kepada perkembangan motor kasar berbanding motor halus. Perkembangan

6
7

motor kasar merujuk kepada aktiviti penggunaan kaki seperti berlari, melompat atau
menendang bola. Penggunaan motor kasar bagi tangan pula adalah seperti membaling,
memukul malah mengangkat objek yang berat.

Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti
yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat
menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan
kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak.
Pada peringkat awal ini aktiviti lantai amat sesuai bagi kanak-kanak ini. Aktiviti seperti
berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk
perkembangan motor kasar kanak-kanak ini ( Doherty & Brennan, 2008).

Apabila kanak-kanak semakin membesar, aktiviti yang disediakan perlulah melibatkan


penggunaan lebih banyak anggota badan mereka. misalnya, aktiviti seperti memanjat
mainan ‘sarang lelabah’ memerlukan penggunaan kemahiran motor kasar pada tangan,
kaki dan badan. Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak
untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak
secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga
akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk
memastikan mereka dapat memanjat.

Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka
untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak
menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka
juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang,
atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007) kebolehan motor termasuk
keseimbangan, kawalan postur badan, agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota
badan, dan kekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan kebolehan motor
anggota bdan.

Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan locomotor) juga dapat
mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk
merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan
motor kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam
aktiviti seperti ini.

7
8

Jadual 1. berikut merupakan contoh aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran motor
halus dan motor kasar kanak-kanak;

Jadual 1. Aktiviti motor halus dan motor kasar

Motor halus Motor kasar


Bermain pasir Berjalan (lurus atau bengkang-
bengkok)

Mengikat tali kasut Berkawad seperti askar

Memasang butang baju Berlari dan berhenti mengikut


arahan

Mengguna sudu dan garpu Melompat setempat

Membentuk objek dari plastisin Melompat seperti katak

Memotong kek atau mainan Meniru gerakan haiwan (kucing,


plastisin arnab, ular)

Melekatkan gambar Memegang palang dan berhayun

Menggunakan ‘mouse’ komputer Memanjat tempat mainan

Menulis nama Membaling dan menangkap bola

Melorek atau mewarna gambar Menendang dan menolak pelbagai


objek seperti gelung rotan

c. Senarai semak kemahiran motor kasar dan motor halus mengikut umur.

Dua Tahun

________ Berdiri di atas satu kaki untuk seketika

________ Melompat setempat dengan dua kaki bersama-sama

________ Menguntai empat manik besar

8
9

________ Membalik halaman buku sendiri

________ Menyusun objek daripada besar kepada kecil

________ Membina satu menara setinggi enam hingga tujuh blok

________ Menconteng, jarang terkeluar dari helaian kertas yang besar

________ Memegang gunting dan menggantung hujung kertas

Dua Tahun Enam Bulan

________ Melompat ke atas objek yang tinggi lebih dari 15 cm dan mendarat
dengan kedua-dua kaki.

________ Berlari kehadapan dengan baik, berhenti dan mula lagi dengan
mudah, jarang terjatuh.

________ Jalan berjengket.

________ Naik tangga sehingga empat hingga enam anak tangga dengan kaki
kiri dan kanan berselang seli.
________ Berjalan ke arah bola yang tidak bergerak dan menyepaknya.

________ Membaling bola dengan kedua-dua tangan dari kedudukan atas


kepala

________ Membina menara dari lapan buah blok

________ Buka dan tutup gunting dan mula menggunting kertas merentas
helaian kertas

________ memegang krayon dengan ibu jari dan empat jari bukannya
menggenggam

________ menggulung, menguli dan menekan dan menerap adunan atau tanah
liat

Tiga Tahun

________ Berdiri di atas satu kaki yang disukai selama lima hingga sepuluh
saat.

________ Berdiri di atas kaki sebelah lagi selama beberapa saat.

9
10

________ Berjalan naik turun tangga dengan kaki berselang seli dengan
memegang pemegang tangga

________ Berlari mengeliling halangan.

________ Melompat ke hadapan dengan kedua-dua kaki empat kali

________ Melompat dengan kaki yang dipilih selama lima kali

________ Melompat dengan kaki yang lain sekali

________ Menyepak bola ke belakaang dan ke hadapan dengan menghayunkan


kaki

________ Menangkap bola yang dilantun dengan mendakapnya ke dada.

________ Menolak, menarik dan mengemudikan mainan beroda dan berikat


roda tiga

________ Menggunakan papan longsor tanpa bantuan

________ Membina menara menggunakan lapan atau sembilan blok

________ Meniru satu garisan tegak , satu garisan mendatar dan bersilang

________ Meniru bulatan

________ menggunakan ke dua-dua tangan untuk menyelesaikan tugasan

________ Memegang kertas dengan satu tangan dan menggunakan gunting


untuk memotong sehelai kertas berukuran lima inci persegi kepada
dua
.
________ Membentuk bola, ular dan biskut dengan doh atau tanah liat

Empat Tahun

________ Berdiri di atas satu kaki 10 saat

________ Berjalan ke hadapan di atas garisan dengan tumit- ke hujung jari


sejauh 6 kaki

________ Berjalan ke belakang dengan berjengket

________ Melompat ke hadapan sepuluh kali

________ Melompat ke belakang sekali

________ Membuat sumersautt / bergolek ke hadapan

10
11

________ Membuat tendangan berkoordinasi dengan kaki hadapan dan


belakang terhayun serta tangan terhayun secara berlawanan dalam
satu masa

________ Menangkap bola yang dibaling dari jarak tiga kaki dengan kedua-dua
tangan

________ Membaling bola kecil dengan satu tangan kepada orang lain dengan
jarak empat hingga enam kaki.

________ Membina menara setinggi sebelas blok

________ Melukis apa-apa sahaja gambar yang boleh dikenali dan bermakna
kepada kanak-kanak

________ Menggunakan pergerakan jari individu semasa permainan jari

________ Meniru segi empat tepat

________ Menulis beberapa huruf

Lima Tahun

________ Berdiri di atas sebelah kaki selama sepuluh saat

________ Berjalan di atas batang imbangan ke hadapan, ke belakang dan sisi

________ Melompat ke belakang dua kali berturut-turut

________ Melompat sejauh dua meter dengan kaki yang disukai

________ Mengambil dua atau tiga langkah yang sesuai sebelum menendang
bola

________ Menangkap bola tenis dengan ke dua-dua tangan

________ Membaling bola dengan mumusingkan badan dan melangkah ke


hadapan

________ Menghayun secara bebas

________ Boleh menulis nama

________ Membina menara dengan 12 blok

________ Mewarna di dalam garisan

11
12

________ Memegang pensil dengan betul di antara ibu jari dengan dua jari

________ Melukis gambar orang dengan rambut dan hidung

________ Meniru segi empat bujur dan segi tiga

________ Menggunting bentuk- bentuk mudah.

ENAM TAHUN

________ Melompat tali

________ Menunjuk cara dua kemahiran menggunakan bola, menggolek,


melantun/menangkap, memukul bola dengan kayu pemukul

________ Melukis gambar orang termasuk: leher, tangan dan mulut

________ Melukis bentuk ’segi empat selari’

________ Menggunting objek-objek seperti patung-patung kertas atau gambar-


gambar binatang

3.0 Kaitan dengan Teori Perkembangan Fizikal kanak-kanak.

a. Teori Kematangan (Arnold Gesell).

Arnoll Gesell berpendapat perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola-pola


tertentu. Pekembangan juga adalah berbeza antara seseorang individu dengan
individu yang lain. Perkembangan individu adalah unik, ianya juga perlu dihormati
dan tiada paksaan dalam sesuatu perkembangan itu baik dari segi perkembangan
fizikal, perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.

5 Peringkat Perkembangan Gesell

1. Peringkat Satu dari 0 – 1 Tahun


 Pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada
orang dewasa yang menjaganya, samada meminta perhatian belaian atau
makanan.

12
13

 Pada usia 4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk
mengikut objek yang bergerak di hadapannya.
 Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam, merangkak, duduk.
 Pada umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari.

2. Peringkat 2 dari 1 tahun – 2 tahun


 Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan
dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.
 Kanak-kanak juga tahu perkataan ‘jangan’ dan memahami makna perkataan
itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang
mereka lakukan apabila mendengar perkataan ’jangan’
 Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat.

3. Peringkat 3 dari 2 tahun – 3 tahun


 Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa
 Mereka juga sudah mampu menggunakan ayat mudah.

4. Peringkat 4 dari umur 3 tahun - 4 tahun


 Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga
 Kanak-kanak juga sudah boleh mendengar arahan dan mematuhi arahan
ibu bapa.

5. Peringkat 5 dari usia 4 tahun ke atas.


 Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan.
 Mereka juga akan suka bertanya tentang perkara-perkara atau benda-benda
yang mereka tempuhi atau lihat di sekeliling mereka.
 Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk dihantar ke prasekolah

b. Teori Kematangan: Robert Havinghurts

13
14

Robert Havighurts menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi


oleh faktor budaya, biologi dan sosial. Ketiga-tiga faktor ini membentuk
perkembangan kanak-kanak.

Tahap Perkembangan Kanak-Kanak Havinghurst.

Perkembangan kanak-kanak 0 – 6 tahun.


 Kanak-kanak mengalami perkembangan yang pesat dan mereka mula
bercakap dan berinteraksi dengan orang dewasa sekeliling mereka.
 Pada umur 6 tahun kanak-kanak boleh bertolak ansur, bertimbangrasa dan
mendengar pendapat orang lain. Mereka juga dapat membezakan antara
betul dan salah namun pertimbangan mereka adalah kurang matang.

Perubahan saiz badan dan rupa paras.

Di usia prasekolah kanak-kanak sudah pun mengalami tumbesaran yang pesat.


Tubuh badan mereka sudah membesar dan tiada lagi ciri-ciri bayi dilihat. Di kala in
12 peratus dari berat badan adalah lemak badan, otot perut mereka agak kemas
tidak lagi buncit seperti ketika mereka masih bayi. Otot-otot mereka sudah kuat,
tangan dan kaki sudah menjadi lebih panjang dan saiz kepala adalah bersesuaian
dengan saiz badan.

c. Model Persepsi Motor: Piaget

Seperti yang tersedia maklum bahawa kanak-kanak perlu diberi latihan bagi menerima
maklumat dengan tepat melalui deria (sensori). Maklumat ini kemudiannya perlu
diinterpretasi dengan tepat yang dikenali sebagai proses persepsi. Kemahiran ini amat
penting dalam perkembangan gerakan dan tindakan kanak-kanak tersebut. Terdapat enam
bentuk persepsi iaitu; penglihatan, pendengaran, kepekaan anggota badan, sentuhan, bau
dan rasa. Antara kesemua ini, penglihatan dan kepekaan tubuh badan (kinestetik) adalah
persepsi yang sangat penting dalam perkembangan fizikal kerana kedua-duanya
berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor ( Gabbard, 2004).

14
15

Persepsi penglihatan mempunyai beberapa bahagian. Ini termasuklah; persepsi ketekalan,


orientasi ruang, corak persepsi/ kedudukan dalam ruang, persepsi mendalam, kawasan
penglihatan, persepsi gerakan dan koordinasi visual-motor. Persepsi terhasil apabila
kanak-kanak ini memperoleh maklumat atau rangsangan daripada persekitaran.
Rangsangan ini dikesan melalui organ deria mata dalam bentuk rangsangan penglihatan
cahaya.

Persepsi ketekalan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat pemerhatian dan


membandingkan. Perbandingan yang dibuat adalah bagi mengesan ciri sepunya, yang
sama atau berbeza antara dua objek. Melalui persepsi ketekalan ini, kanak-kanak dapat
membandingkan bentuk dan rupa antara dua objek yang diperhatikan. Misalnya, kanak-
kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka dapat menyatakan persamaan objek
tersebut iaitu berbentuk bulat. Mereka juga dapat memberikan perbezaan antara objek
tersebut iaitu seperti saiz, warna, lembut atau keras.

Orientasi ruang pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak melihat hubungan antara
sesuatu objek di suatu ruang kawasan dengan objek lain atau kepada orang lain yang
terdapat dalam persekitaran tersebut. Misalnya, kanak-kanak sedang bermain bola dan
bola tersebut tercampak ke bawah meja. Kanak-kanak akan membuat gerakan yang
bersesuaian seperti membengkokkan badannya untuk mengambil bola yang terdapat di
bawah meja tersebut.

Kedudukan dalam ruang pula adalah kebolehan menentukan secara menegak atau arah
apabila sesuatu objek diletakkan dalam kedudukan yang berbeza. Contohnya, dalam
permainan rebut bola. Seorang murid meletakkan bola diletakkan di atas kepala atau
dicelah kakinya. Murid yang lain dikehendaki merebut bola tersebut dari kedudukan yang
telah ditetapkan. Bagaimana kanak-kanak tersebut berusaha untuk cuba mengambil bola
dan mengawal keseimbangan badannya berkait dengan pemerhatian kedudukan ruang
bola tersebut.

Persepsi kedalaman (depth perception) adalah kebolehan kanak-kanak menganggarkan


jarak menegak (vertical) antara dua tempat. Contohnya kanak-kanak perlu menggunakan
persepsi ini ketika memanjat antara anak tangga untuk bermain gelongsor. Ketepatan
anggaran jarak antara anak tangga penting supaya kanak-kanak dapat melangkah dengan
luas yang betul. Begitu juga untuk melompat bagi melepasi halangan seperti lari lompat

15
16

berpagar. Kanak-kanak memerlukan persepsi jarak yang betul untuk melompat dengan
kadar daya yang sesuai.

Koordinasi visual-motor melihat bagaimana tindakan kanak-kanak dalam mengkordinasi


mata dan anggota badan. Contohnya kanak-kanak dapat membuat koordinasi yang tepat
antara tangan dan mata atau kaki dan mata. Dalam permainan bolasepak, kanak-kanak
yang menjadi penjaga gol perlu cekap dapat membuat koordinasi tangan dan
kaki(contohnya dalam menangkap bola) atau kaki dan mata (contohnya dalam menendang
bola).

Persepsi kinestetik pula merujuk kepada kebolehan deria atau kepekaan terhadap gerakan
dan kedudukan badan. Maklumat diperoleh daripada dalam badan melalui reseptor yang
terdapat di dalam otot, tendon dan sendi dan juga melalui sistem keseimbangan yang
terletak dalam sistem auditori telinga. Persepsi ini membantu kanak-kanak mengekalkan
kedudukan badannya yang seimbang dan stabil.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menerima maklumat atau rangsangan,


akan cuba menginterpretasi maklumat yang mereka terima. Mereka akan cuba
memadankannya dengan pengalaman atau maklumat dari persekitaran dan ini akan
menyebabkan mereka menunjukkan masalah dalam membuat sesuatu gerakan (Horvat et.
al., 2007).

Contohnya, apabila kanak-kanak sedang bermain lontar dan tangkap bola. Seorang
kanak-kanak yang cuba untuk menangkap bola akan mula bersedia apabila dia melihat
kawannya mula ingin melontar bola tersebut. Pada masa ini kanak-kanak ini menerima
maklumat dari deria penglihatannya. Dia mula bersedia untuk menangkap bola tersebut
dengan mendepakan tangannya dan matanya tepat melihat ke arah bola yang cuba
hendak dilontar.

Apabila bola tersebut dilontar, kanak-kanak ini akan membina persepsinya sama ada
kedudukan bola tersebut tinggi atau rendah, begitu juga sama ada bola tersebut berada di
sebelah kanan atau kiri. Dia juga akan membina persepsi terhadap kelajuab bola tersebut
dan arah lambungan bola itu. Pada masa yang sama kanak-kanak ini akan menyesuaikan
kedudukan tangan dan badannya untuk menyambut bola tersebut. Semua yang berlaku ini
merupakan interpretasi daripada maklumat yang diperoleh dari deria penglihatan. Bersedia
dan menyesuaikan kedudukan badan pula adalah interperetasi yang diperoleh dari deria
kinestetik.

16
17

Kanak-kanak ini perlu meyambut bola itu dalam masa yang singkat. Dan pada masa yang
sama dia juga perlu menyesuaikan kadar gengaman yang bersesuaian dengan kelajuan
bola tersebut. Proses menerima rangsangan maklumat, membina persepsi dan kemudian
bertindak ke atas maklumat tersebut memerlukan masa hanya beberapa saat sahaja. Oleh
itu, kebolehan untuk bertindak dengan tepat berdasarkan rangsangan maklumat dari
persekitaran (bola datang ke arahnya) dan memlilih gerakan yang sesuai berdasarkan apa
yang berlaku di persekitaran tersebut (bagaimana mengawal gerakan badan untuk
menangkap bola) merupakan tindakan yang sangat penting dalam perkembangan fizikal
seorang kanak-kanak.

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas teori-
teori perkembangan fizkal antara teori kematangan dengan teori persepsi
motor. Anda dikehendaki membuat banding beza antara kedua teori tersebut
dan menjelaskan sumbangannya terhadap perkembangan fizikal kanak-
kanak.

Mari kita sama-sama cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan


perkembangan motor halus..

Perkembangan motor halus: Kemahiran menulis dan


Tajuk 2
melukis

2.1 Sipnosis

Unit ini akan membincangkan tentang perkembangan perkembangan motor halus,


kordinasi mata-tangan, kebolehan memegang alat tulis, kebolehan membuat lakaran asas,
persepsi abjad/ nombor, orientasi kepada simbol yang tercetak dan aktiviti
mengembangkan motor halus. Manakala di dalam perkembangan kemahiran melukis anda
akan didedahkan tentang peringkat-peringkat perkembangan kemahiran melukis yang
merangkumi aktiviti menconteng, pergerakan corak terkawal, bentuk terkawal, bentuk
bermakna, bentuk simbolik dan lukisan bermakna.

17
18

2.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang membentuk kepada prasyarat kepada


kemahiranan menulis pendidikan awal kanak-kanak.

2. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang membentuk kepada perkembangan


kemahiran melukis pendidikan awal kanak-kanak.

3. Membuat hubungkait bagi setiap peringkat-peringkat perkembangan kemahiran


melukis..

2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Perkembangan motor halus:


Kemahiran menulis dan
melukis

Subtajuk 1
Subtajuk 3
Prasyarat kepada kemahiran
menulis Perkembangan kemahiran
melukis

2.4 Prasyarat Kepada kemahiran menulis

a. Perkembangan motor halus


Perkembangan motor halus yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat
gerakan malahan ianya merupakan satu keperluan asas yang perlu bagi pembelajaran
seorang kanak-kanak. Semasa di sekolah kanak-kanak telah disediakan pelbagai
pengalaman dengan bertujuan untuk mengembangkan kemahiran motor halusnya.
Contohnya apabila kanak-kanak memasuki taska atau tadika, kanak-kanak akan diminta
untuk membuat pelbagai aktiviti seperti bermain dengan warna, memegang berus lukisan,
memegang pensil atau pun diajar untuk cara memegang buku yang betul.

18
19

Apabila telah berusia 6 tahun kanak-kanak tersebut telah pun tahu memegang pensil
dengan betul dan memudahkan untuk mereka menulis dengan baik, mengenakan pakaian
atau membuat aktiviti harian. Kanak-kanak pada peringkat ini juga seharusnya telah
mempunyai kebolehan untuk memegang, membuka dan melepaskan genggaman yang
melibatkan kemahiran manipulatif dan kordinasi mata tangan dengan baik. Aktiviti seperti
melambai tangan dan membaling objek juga dapat mengembangkan kemahiran motor
halus.

b. Kordinasi mata-tangan

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang dapat mengawal pergerakan
jari dan tangan. Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan
tangan iaitu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis. Kemahiran kanak-kanak

menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan
‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot
kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-
kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak
tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis
atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan
baik.

Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami perkembangan motor
halus kanak-kanak. Selain itu, kita sebagai guru juga harus mengetahui ciri. Guru perlu
tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat perancangan pembelajaran
kanak-kanak. Sebagai contoh pembelajaran kemahiran menulis, adalah penting kita
memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensil untuk kanak-kanak ini
menulis. Guru harus tahu cara pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak. Sekiranya
guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat mengembangkan kemahiran
mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi
membantu kanak-kanak ini menulis dengan baik. Contohnya guru harus
mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanak-kanak ini
mula menulis.

19
20

c. Kebolehan memegang alat tulis

Pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak akan memegang alat tulis


dengan cara menggenggam alat tulis tersebut ini adalah disebabkan otot halus
mereka masih belum matang. Untuk itu amat penting bagi guru untuk memahami
dan mengetahui ciri-ciri perkembangan motor halus kanak-kanak. Sebagai contoh
pembelajaran kemahiran menulis adalah penting kita memahami perkembangan
motor halus dalam pengawalan pensel untuk kanak-kanak menulis. Guru juga
harus tahu cara pengawalan genggaman jari tangan kanak-kanak. Guru boleh
membantu kanak-kanak dengan membuat beberapa penyelarasan dan
penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini untuk boleh menulis dengan baik.
Setelah otot halus matang kanak-kanak akan di ajar cara yang sesuai untuk
memegang alat tulis dengan betul dan kemudian guru akan menyuruh mereka
menconteng dengan cara memegang alat tulis dengan betul. Guru juga harus
mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang yang sesuai untuk kanak-kanak ini
mula menulis.

d. Kebolehan membuat lakaran asas

Kanak-kanak yang berumur 2 tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka
untuk menconteng dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka. Contengan
adalah merupakan asas kebolehan menulis. Menurut Rhonda Kellorg, bagi kanak-
kanak yang berusia 2 – 8 tahun mendapati bakat artis atau melukis kanak-kanak
bermula dengan lakaran symbol yang tertentu dan gambar pokok. Pada peringkat
awal kanak-kanak untuk menulis dan melukis ianya akan diarahkan untuk
membuat contengan dan melukis pelbagai simbol seperti bulat, empat segi dan
pelbagai corak garisan. Pada usia 3 tahun, mereka sudah mampu untuk membuat
bentuk muka. Manakala pada usia 4 tahun, mereka telah boleh melukis gambar
orang. Seterusnya apabila usianya meningkat 5 tahun, lukisan gambar orang yang
telah dilukiskan menjadi lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang lebih

20
21

sempurna dan lengkap berserta dengan baju dan seluar. Pada tahap ini juga
mereka telah dapat melukis objek lain seperti rumah, haiwan dan sebagainya.

e. Persepsi abjad / nombor

Sambil kanak-kanak mempelajari tentang fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai


wakil bunyi (suara), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang
digunakan dalam bacaan. Kebolehan yang mereka dapati daripada contengan
lukisan itu digunakan dalam bacaan.

f. Aktiviti Motor Halus

Aktiviti motor halus adalah aktiviti yang menggunakan kecekapan koordinasi mata
dan tangan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk
membantu perkembangan motor halus kanak-kanak.

• Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas yang kecil. Bahan-
bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air, pasir dan
bijirin.
• Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran
motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk
menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya
guntinggan-guntingan yang lebih rumit.
• Kolaj ~ Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan pelbagai jenis bahan boleh
membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Kemahiran menampal
kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak.
• Aktiviti mengoyak kertas atau surat khabar boleh meningkatkan kecekapan
motor halus kanak-kanak.
• Menyulam manik
• Menekap gambar yang sedia ada
• Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua belah tapak tangan
• Membentuk plastisin menjadi biji menggunakan jari.

21
22

• Menggunakan penyepit membuat pelbagai corak pada plastisin.

Selain daripada aktiviti di atas cuba anda fikirkan beberapa aktiviti yang
sesuai untuk mengembangkan motor halus kanak-kanak.

2.5 Perkembangan Kemahiran Melukis

Bagi kemahiran melukis pula, kajian yang telah dijalankan oleh Rhonda Kellogg,
khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 – 8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak
bermula dengan lakaran simbol yang tertentu. Pada peringkat awal kanak-kanak akan
melukis simbol sepert bentuk bulat, empat segi dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak ini
berumur 3 tahun mereka mula membuat bentuk muka, umur 4 tahun melukis gambar
orang. Umur 5 tahun lukisan orang ini lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang lebih
lengkap beserta baju dan seluar. Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis objek lain
seperti rumah, haiwan dan pokok.

Oleh itu, kanak-kanak ini memerlukan bantuan kita bagi memperkembangkan kemahiran
menulis dan melukis mereka. Kita harus merangka strategi yang sesuai bagi membantu
meningkatkan kemahiran kanak-kanak ini. Contohnya di sekolah kita membantu kanak-
kanak yang baru mula menulis huruf dengan meminta mereka menulis huruf tersebut
berulang kali sehingga mereka mahir dengan gerakan motor menulis huruf itu. Selepas itu
baru kita kembangkan kemahiran ini dengan meminta mereka menulis satu perkataan
yang lengkap dengan menggabungkan huruf – huruf tersebut bermula dengan perkataan
yang memerlukan tiga atau empat huruf sahaja.

Satu lagi cara untuk membantu kanak-kanak mengembangkan motor halus mereka adalah
dengan menggunakan bahan bantu yang bersesuaian. Contohnya bagi kanak-kanak yang
baru hendak melukis penggunaan pensil krayon mungkin kurang sesuai memandangkan
saiz pensil krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz
pensil warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensil tersebut.
Pensil yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensil
dengan kemas. Kemahiran gengaman seperti ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan motor halus mereka.

Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga dapat meningkatkan
kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan badan ini sangat penting dalam

22
23

melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig dan Digdon (2001),
menyatakan .kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung,
lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90˚ dengan kedudukan badan mereka agak ke
depan sedikit. Kedudukan meja pula seharusnya 2 inci dari siku ketika tangan mereka
dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi mereka terlalu tinggi dan kaki mereka
tergantung, letakkan alas kaki agar mereka selesa. Apabila keadaan selesa kanak-kanak
dapat mengerakkan tangan, lengan, dan jari dengan stabil.

Peringkat perkembangan kemahiran melukis

1- 2 tahun : Peringkat cakaran (scribbling stage)


Membuat cakaran kemudian secara perlahan-lahan mula membuat
bentuk. Seperti bulat, segi tiga dan segi empat.

2- 3 tahun : Melukis simbol (Preshematic stage


Selepas berminggu kanak-kanak ini membuat cakaran dan mula
menampakkan kebolehan membuat bentuk berdasarkan
pemerhatian yang terdapat dipersekitarannya.

4 – 5 tahun : Melukis simbol


Pada tahap umur berikut kanak-kanak itu telah boleh melukis
sambil bercerita.

6 tahun : Melukis simbol (Schematic stage)

Simbol yang dilukis sangat memberi makna kepada kanak-kanak.


Kanak-kanak telah menjadi seorang yang kreatif berdasarkan
kepada pemerhatian dan pengalamannya. dapat

8 tahun : Kanak-kanak telah boleh melukis dengan bagitu baik sekali.

Aktiviti mengembangkan kemahiran melukis.

Terdapat pelbagai aktiviti yang digunakan untuk mngembangkan kemahiran melukis


antaranya ilah:

• Menulis huruf tersebut berulangkali sehingga mereka mahi


• memberi pendedahan tentang pelbagai perkara ( imajinasi)

23
24

• Menggunakan saiz pensel warna yang agak besar.


• Menggunakan pensel warna berbentuk tiga segi . Kanak-kanak dapat
pegangdengan lebih kemas.

Tajuk 3 Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak

3.1 Sinopsis

Unit ini akan membincangkan tentang penjagaan kesihatan kanak-kanak yang merangkumi
terhadap konsep kesihatan, cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak dan masalah lain
yang mengganggu kesihatan kanak-kanak. Untuk konsep kesihatan subtajuk ini akan
membincangkan mengenai kepentingan kesihatan dan kesihatan fizikal dan kebersihan
diri. Pada subtajuk cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak penekanan banyak
diberikan kepada imunisasi kanak-kanak, pengawalan penyakit, penjagaan gigi kanak-
kanak, peranan ibu bapa, peranan guru, peranan kanak-kanak dan peranan pusat
kesihatan dalam meningkatkan tahap penjagaan kesihatan kanak-kanak. Disamping itu
juga unit ini akan membincangkan subtajuk masalah lain yang mengganggu kesihatan
kanak-kanak yang merangkumi tentang kutu rambut, cacing dan kerosakan gigi kanak-
kanak.

3.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang menjaga kepentingan kesihatan kanak-


kanak.

2. Mengenal pasti cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak ketahap yang lebih baik.

3. Mengetahui masalah-masalah lain yang mengganggu kesihatan kanak-kanak.

3.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

24
25

PERKEMBANGAN
FIZIKAL,
KESIHATAN, DAN
KESELAMATAN
KANAK-KANAK

Subtajuk 1 Subtajuk 4
Subtajuk 2 Subtajuk 3 Subtajuk 5
Konsep Penjagaan
Perkembangan Pemakanan Keselamatan di
Perkembangan Kesihatan
motor halus. prasekolah
Fizikal Kanak-kanak

3.4 Penjagaan kesihatan kanak-kanak

a. Konsep kesihatan

Definisi kesihatan adalah banyak sepertimana kesan dari pelbagai faktor. Definisi awal
kesihatan adalah kesejahteraan fizikal dan penggunaan rawatan perubatan bagi pelbagai
kecelaruan dan penyakit. Bagi era yang semakin mencabar ini, kesihatan didefinasikan
sebagai kesejahteraan sempurna fizikal, emosi, sosial, ekonomi, budaya, dan kerohanian
(WHO, 2000). Jika salah satu elemen yang disebutkan tadi terjejas maka kesihatan
seseorang kanak-kanak itu tidak lengkap; umpama kereta yang mempunyai petrol tetapi
tidak mempunyai tayar untuk bergerak. Faktor dalaman yang mempengaruhi kualiti salah
satu elemen yang disebutkan diatas (fizikal, emosi, sosial, ekonomi, budaya dan
kerohanian) boleh memberi kesan terhadap elemen yang lain. Contoh, elemen ekonomi
yang tidak stabil boleh memberi tekanan kepada kanak-kanak dan ini boleh memberi
kesan terhadap kesihatan fizikal kanak-kanak seperti sakit demam, pening kepala dan
sakit perut. Apabila seseorang kanak-kanak mempunyai masalah fizikal seperti sakit
demam, maka kesan juga akan dirasai oleh keluarganya dari segi emosi, kewangan,
sosial dan sebagainya.

Definisi baru bagi kesihatan juga mengenalpasti bahawa kanak-kanak dan orang dewasa
tidak hidup dengan memencilkan diri tetapi berinteraksi dengan individu lain seperti
kelurga, rakan, jiran dan komuniti. Penglibatan diri seorang kanak-kanak dengan individu
lain boleh menjejaskan kesejahteraan dirinya secara positif atau negatif. Contoh, kanak-
kanak yang bersentuhan dengan kanak-kanak lain yang mempunyai penyakit demam
campak akan mendapat penyakit yang sama.

25
26

b. Kesihatan fizikal dan kebersihan diri

Komponen yang penting adalah seperti berikut:

Anggota

• Selain daripada kesihatan gigi, penjagaan anggota badan lain adalah juga
penting. Anggota badan yang dimaksudkan adalah rambut, telinga, mata,
hidung, dan kuku. Gaya rambut kanak-kanak haruslah sesuai dengan umur
dan persekitaran kanak-kanak. Gaya rambut yang pendek dan kemas sesuai
bagi kanak-kanak yang aktif dan suka bersosial dengan kanak-kanak lain.
Rambut yang panjang dan tak terurus boleh meningkatkan risiko mendapat kutu
rambut.
• Penjagaan bagi mata, hidung dan telinga perlu sentiasa diawasi oleh ibu-
bapa dengan memberikan pembersihan berjadual kepada anak-anak. Contoh,
pembersihan telinga hanya dilakukan seminggu sekali oleh ibu-bapa dengan
menggunakan putik kapas.
• Penjagaan kuku juga perlu diberi perhatian. Pemotongan berjadual perlu
dilakukan denagan pengawasan ibu-bapa. Kuku yang panjang boleh
mencederakan orang lain dan juga meningkatkan penyebaran kuman yang
terselit di bawah kuku.

Pakaian

• Pakaian yang bersih adalah penting untuk menjaga kesihatan kulit dan
mental kanak-kanak. Pakaian yang tidak dibasuh boleh menyebabkan
pembiakan kulat dan ini boleh merebak ke kulit. Pakaian yang kotor dan tidak
terurus juga boleh dipandang serong oleh masyarakat dan secara tidak
langsung akan memberi kesan atas emosi kanak-kanak. Kanak-kanak perlu
diajar cara pengurusan pakaian dari awal seperti tempat perletakan baju kotor,
baju bersih, tuala lembap dan sebagainya.
• Juga tidak kurang pentingnya, elak kanak-kanak daripada berkongsi tuala di
kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Tabiat berkongsi yang tidak sihat ini
boleh menyebabkan merebaknya penyakit kulit yang berjangkit.

26
27

Peralatan

• Peralatan perapian seperti sikat dan berus gigi boleh menjejaskan kesihatan
seseorang kanak-kanak jika tidak diawasi dengan sewajarnya. Sikat yang
dikongsi sesama kanak-kanak boleh menyebabkan jangkitan kutu dan penyakit
kulit dari seorang kanak-kanak ke kanak-kanak yang lain. Berus gigi yang
dikongsi pula boleh menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit yang lain
seperti demam campak, penyakit mulut dan lain-lain. Selain daripada itu, alat
permaianan juga merupakan peralatan yang sering kali digunakan oleh kanak-
kanak. Alat permaianan yang kotor boleh meningkatkan jangkitan kuman
kepada kanak-kanak. Ini seringkali terjadi di pusat penjagaan kanak-kanak dan
taska. Didikan awal akan cara penggunaan peralatan ini kepada kanak-kanak
boleh meinigkatkan kesedaran kesihatan kendiri yang lebih efektif.

c. Kepentingan kebersihan diri

Komponen yang penting adalah seperti berikut:

Pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi daripada pelbagai jenis


makanan

• Pemakanan yang seimbang boleh dikecapi dengan didikan ibu-bapa dan


guru. Galakan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti protin dari susu
dan kekacang jika dibandingkan dari ayam goreng boleh mengurangkan risiko
obesiti.

• Kalori pemakanan bertambah mengikut peringkat umur kanak-kanak.


Semasa bayi dilahirkan, keperluannya adalah 1000 kalori dan kalorinya
meningkat 100 kalori bagi setiap tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur 7
tahun jumlah keperluan kalorinya adalah sebanyak 1,700 kalori.

Berekrasi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti fizikal

27
28

• Selain daripada peningkatan kecergasan fizikal, penyertaan kanak-kanak


dalam rekreasi dan sukan juga boleh meningkatkan skil motor kanak-kanak dan
mencegah risiko obesiti (He & Beynon, 2006).
• Galakan yang berterusan dari ibu-bapa dan guru dapat meningkatkan
keyakinan kendiri kanak-kanak dan secara tidak langsung meningkatkan
kecerdasan minda dan emosi (Pica, 2006).

Mempunyai rehat dan tidur yang cukup

• Kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah memerlukan 8-10 jam waktu


tidur dan rehat agar pertumbesaran berlaku dengan optimanya.

Mempunyai kemudahan perubatan dan pergigian

• Peringkat umur 6-12 merupakan fasa umur emas bagi kanak-kanak kerana
pada masa ini kesakitan seperti demam dan selsema kurang berlaku
disebabkan peningkatan sistem imun dan kematangan fizikal. Namun
begitu, jika ada sebarang jangkitan segeralah bawa berjumpa doktor.

• Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi
tumbuh.

• Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan


mulut yang baik. Selia atau bantu anak memberus gigi sehingga mereka
berumur 6 hingga 7 tahun. Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-
kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
• Bagi penjagaan gigi yang rapi, bawa kanak-kanak untuk berjumpa doktor
gigi dua kali setahun.

Gambar hiasan: Berdiri atau


duduk di belakang kanak-kanak
dan dongakkan kepalanya ke
atas supaya semua permukaan
gigi dapat dibersihkan.

28
29

Mempunyai pertalian kekeluargaan yang sihat dan erat

• Kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perhatian yang tinggi


daripada ibu-bapa. Kehormatan diri sendiri yang positif adalah kunci utama
bagi kesihatan mental yang sihat. Kehormatan diri yang positif boleh
diperolehi dari pertalian keluarga yang erat dan sihat.

Mempunyai rumah, sekolah dan taska yang bersih dan selamat.

• Persekitaran fizikal seperti rumah adalah penting untuk menjamin


pembentukan mental kanak-kanak. Rumah yang kotor dan sempit boleh
menghalang perkembangan positif personaliti atau perwatakan kanak-
kanak.

d. Cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak:

- Imunisasi kanak-kanak
- Pengawalan penyakit
- Penjagaan gigi kanak-kanak
- Peranan ibu bapa
- Peranan guru
- Peranan kanak-kanak
- Peranan pusat kesihatan

e. Masalah lain yang menggangu kesihatan kanak-Kanak

- Kutu rambut

29
30

- Cacing
- Kerosakan gigi

Tajuk 4 Keselamatan di prasekolah

4. 1 Sinopsis

Unit ini akan membincangkan tentang Keselamatan kanak-kanak di prasekolah yang


merangkumi terhadap konsep kesihatan, cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak dan
masalah lain yang mengganggu kesihatan kanak-kanak. Untuk konsep kesihatan subtajuk
ini akan membincangkan mengenai kepentingan kesihatan dan kesihatan fizikal dan
kebersihan diri. Pada subtajuk cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak penekanan
banyak diberikan kepada imunisasi kanak-kanak, pengawalan penyakit, penjagaan gigi
kanak-kanak, peranan ibu bapa, peranan guru, peranan kanak-kanak dan peranan pusat
kesihatan dalam meningkatkan tahap penjagaan kesihatan kanak-kanak. Disamping itu
juga unit ini akan membincangkan subtajuk masalah lain yang mengganggu kesihatan
kanak-kanak yang merangkumi tentang kutu rambut, cacing dan kerosakan gigi kanak-
kanak.

4.3 Hasil Pembelajaran

5. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang menjaga kepentingan kesihatan kanak-


kanak.

6. Mengenal pasti cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak ketahap yang lebih baik.

30
31

7. Mengetahui masalah-masalah lain yang mengganggu kesihatan kanak-kanak.

7.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

PERKEMBANGAN
FIZIKAL,
KESIHATAN, DAN
KESELAMATAN
KANAK-KANAK

Subtajuk 1 Subtajuk 4
Subtajuk 2 Subtajuk 3 Subtajuk 5
Konsep Penjagaan
Perkembangan Pemakanan Keselamatan di
Perkembangan Kesihatan
motor halus. prasekolah
Fizikal Kanak-kanak

Keselamatan merujuk kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang
dewasa terhadap kemalangan, kecederaan dan ancaman yang selalunya berkaitan
dengan amalan, sikap dan persekitaran. Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca
kematian utama dan kejadian kurang upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke bawah (Pan et
al., 2006). Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan
kerana kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Selain
daripada rumah, pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dan sekolah boleh menjadi tempat
kecederaan atau kemalangan bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Dengan itu,
sudah menjadi kemestian supaya kesedaran keselamatan diserap dengan lebih awal
melalui program pendidikan awal untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini
daripada berlaku. Keperluan untuk menyediakan pengurusan keselamatan yang berkualiti
tinggi menjadi semakin penting. Seharusnya usaha-usaha untuk mencegah kecederaan
yang secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab utama setiap ibu bapa,
guru dan penjaga pusat penjagaan kank-kanak. Kemalangan yang menyebabkan hanya
kecederaan ringan pun dapat menyebabkan kesan yang serta merta kepada kesihatan
kanak-kanak. Kecederaan yang serius pula akan menyebabkan ketidakhadiran yang
berpanjangan ke kelas dan akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak dan aktiviti
hariannya. Hal ini juga boleh menjadi penyebab kepada peningkatan perbelanjaan
kesihatan dan sejurusnya meningkatkan stres terhadap keluarga kanak-kanak yang
terlibat.

31
32

- Kawasan

Kawasan yang terdapat disesebuah prasekolah perlulah berseh dan selamat dari segala
bahaya. Untuk itu guru perlulah mempastikan bahawa persekitaran luar dan dalam
prasekolah hendaklah bersesuaian dan kondusif untuk kanak-kanak. Bagi persekitaran
dalaman bangunan prasekolah ianya hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Terutama
dengan sudut-sudut pembelajaran. Seboleh-bolehnya eloklah ruangan dalaman
prasekolah tidak terlampau banyak dengan perabot memadai untuk kesesuaian
pengajaran dan pembelajaran sahaja. Ini secara tidak langsung akan memudahkan untuk
kanak-kanak bergerak dan menjalaqnkan aktiviti.

Bagi persekitaran luar prasekolah pula perlulah disusun dengan bagitu baik sekali. Elakkan
jangan terlampau sesak.

- Peralatan

Kebanyakan kematian dan kecederaan kanak-kanak yang melibatkan alat mainan adalah
disebabkan tercekik dan cara penggunaan yang salah (U.S Consumer Product Safety
Commision, 2003a; Nakamura, Pollack-Nelson & Chidekel, 2003). Kebanyakan
kecederaan ini dapat dielakkan dengan memilih alat mainan yang dibangunkan
sewajarnya. Minat kanak-kanak, ciri-ciri sikap kanak-kanak dan keupayaan perkembangan
kanak-kanak menjadi kunci terhadap faktor yang perlu dititikberatkan semasa memilih alat
permainan.

GARIS PANDUAN UNTUK MEMILIH BARANG MAINAN YANG SELAMAT

1. Ambil kira umur kanak-kanak, minat dan keupayaan perkembangan (menyelesaikan


masalah dan skil memberi sebab); teliti label pengeluar alat mainan untuk peringatan dan
saranan.

2. Pilih fabrik barang yang mudah dicuci dan dilabel kalis api dan tidak mudah terbakar.
3. Cari kualiti pembangunan produk; periksa jangka hayat, rekaan yang menarik, stabil,
tiada bucu tajam atau wayar dan juga tali yang melebihi 12 inci (30cm)

8. Pilih alat mainan yang diperbuat daripada bahan tidak bertoksik.

32
33

9. Elakkan alat mainan yang terdiri daripada bahagian-bahagian kecil yang boleh
menyebabkan kanak-kanak tercekik.

6. Pilih alat mainan yang bersesuaian dengan jumlah tempat bermain dan tempat
penyimpanan alat mainan.

7. Elakkan alat mainan yang mempunyai bahagian berelektrik.

8. Pilih alat mainan yang kanak-kanak boleh gunakan dengan pengawasan minima
daripada orang dewasa.

Amaran umur pada label produk tidak mengambil kira perbezaan kanak-kanak secara
individu dan maka, ia tidak selalu boleh diharapkan. Sesetengah alat mainan tidak
memenuhi standard keselamatan Amerika Syarikat dan boleh menyebabkan bahaya
kepada kanak-kanak yang masih belum berkembang sepenuhnya. Kecederaan
berkemungkinan terjadi apabila kanak-kanak mencuba untuk bermain permainan yang
direka untuk kanak-kanak yang lebih tua. Kualiti adalah penting untuk dipertimbangkan
semasa hendak membeli alat mainan. Bahan dan cara pembuatan alat mainan perlu
diperiksa dengan berhatihati dan tidak dibeli sekiranya alat mainan itu mempunyai wayar,
pin atau dawai kokot yang tajam, cat bertoksik, permukaan kasar, hujung tajam berbesi
dan lain-lain lagi. Tahap kebisingan yang dihasilkan oleh sesebuah permainan juga perlu
diambil kira. Pendengaran kanak-kanak lebih sensitif daripada pendengaran orang
dewasa dan senang mengalami kerosakan melalui pendedahan berulang kepada
kebisingan yang kuat. Banyak alat mainan kanak-kanak mengeluarkan bunyi yang melebihi
saranan paras untuk pendengaran selamat iaitu 85-desibel (OSHA, 2003). Orang dewasa
seharusnya bijak menilai dan berhati-hati semasa membeli alat permainan yang
mengeluarkan bunyi bising dan muzik untuk melindungi kanak-kanak kecil daripada
kehilangan pendengaran.

• Kawasan prasekolah

Trafik dan Laluan


Kecederaan lalu lintas adalah punca kepada kematian dan merupakan faktor
utama anak-anak dikejarkan ke hospital untuk kanak-kanak berumur bawah 14
tahun. Kebanyakan kecederaan tersebut berpunca dari kanak-kanak yang
dilanggar dengan kereta.

33
34

Fakta-fakta Menarik:
• Kebanyakan kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan sebagai pejalan
kaki, dua kali ganda lebih banyak berbanding perempuan.

• Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan sedikit mempunyai risiko


yang tinggi

• Kanak-kanak berumur 9 tahun ke bawah kurang menumpukan perhatian


ketika melintas jalan. Mereka masih belum dapat menentukan bila masa
yang sesuai untuk melintas jalan kerana mereka masih belum memiliki
keupayaan tersebut

Adakah Anda Tahu?


• Kecederaan selalunya berlaku antara 3:00 hingga 7:00 p.m iaitu ketika lalu
lintas sedang sibuk.
• Kawasan yang mempunyai banyak kenderaan akan meletakkan kanakkanak
dalam keadaan berisiko.
• Satu kajian menunjukkan lebih dari setengah daripada kecederaan pejalan
kaki yang melibatkan kanak-kanak berumur bawah 9 tahun berpunca
daripada kanak-kanak yang meluru keluar ke arah jalan raya tanpa
sebarang amaran
• Keletihan dan kurangnya perhatian merupakan antara punca yang
meningkatkan risiko kecederaan dialami oleh pejalan kaki kanak-kanak.

Mengelakkan Kecederaan Pejalan Kaki


• Ketika melintas jalan, kanak-kanak yang berumur bawah 9 tahun perlu
ditemani oleh orang dewasa.
• Ajarlah kanak-kanak untuk melihat kiri, kanan dan kiri lagi sebelum
melintas jalan. Apabila tiada kereta yang datang dari mana-mana arah,
barulah melintas jalan.
• Kanak-kanak harus sentiasa berjalan di tempat pejalan kaki yang telah
disediakan. Jikalau tiada, mereka hendaklah berjalan secara berlawanan
dengan arah kereta.
• Ajar kanak-kanak untuk mengenal tanda-tanda atau simbol-simbol jalan
raya.

34
35

• Pemandu harus sentiasa peka dengan kewujudan kanak-kanak dan


memandu berdasarkan kelajuan yang dibenarkan.

Susun atur perabut luar dan dalaman

- Pagar dan pintu prasekolah

- Peredaran udara

RUMUSAN

35
36

LATIHAN PENGUKUHAN KENDIRI

Latihan 1

Soalan 1:
Dapatkan maklumat mengenai kurikulum berpusat dan sediakan nota ringkas
mengenainya. (Panjang -2 mukasurat, tempoh masa yang perlu diperuntukkan
ialah 2 jam). Emelkan jawapan anda kepada tutor pada bulan Ogos.

Latihan 2

Soalan 2
Bermain merupakan satu cara terapi untuk kanak-kanak.
Bincangkan pernyataan tersebut dengan mengemukakan contoh-
contoh yang sesuai. Cuba laksanakan pendekatan belajar melalui
bermain di dalam bilik darjah.
(Sediakan huraian dan laporan anda sebanyak 4 muka surat.
Tempoh masa yang perlu diperuntukkan ialah 8 jam) Hantarkan
latihan ini semasa sesi interaksi pada bulan November nanti.

- Cari nota dari laman web. Cetak dan lampirkan bersama


laporan. Ia perlu dimasukkan ke dalam portfolio
anda.Contoh laman web yang boleh dilayari;

36
37

http://www.playtherapy.co.za/
www.playtherapyonline.net
http://www.hugenote.co.za/play.pdf

Selamat mencuba..........

37