Anda di halaman 1dari 12

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK

AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

TAJUK : LAMPU PENDAFLUOR / LAMPU KALIMANTANG

OBJEKTIF:
1.Mengenal pasti fungsi lampu pendafluor.
2.Mengenal pasti bahagian-bahagian lampu pendafluor dan fungsi setiap bahagian tersebut.
3.Menterjemah litar skematik lampu pendafluor.
4.Membuat penyambungan lampu pendafluor dengan betul.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1.Peraturan di makmal.
Untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku, tiga perkara perlu diketahui iaitu tentang
keselamatan diri, keselamatan alatan dan keselamatan di tempat kerja.
2.Keselamatan diri
Keselamatan diri merupakan aspek paling penting yang perlu diingatkan kepada pelajar
sebelum melakukan sebarang kerja. Antara perkara yang perlu diamalkan adalah seperti berikut.
i.

Jangan memakai barang kemas seperti cincin, gelang tangan, rantai leher, loket, jam tangan
dan sebagainya.

ii.

Jangan pakai kasut bertapak nipis, bertumit tinggi atau berselipar didalam bengkel.Pelajar
harus menggunakan kasut yang bertutup dan bertapak getah.

iii.

Semasa melakukan kerja yang berbahaya seperti membuat kimpalan logam, pelindungan
mata hendaklah dipakai.

iv.

Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa berada di dalam bengkel

v.

Melengkapkan diri dengan pengetahuan asas pertolongan cemas dan cara menggunakan alat
pemadam api.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

vi.

Menumpukan perhatian terhadap kerja, memahami kerja yang akan dilakukan.

vii.

Menggunakan alatan yang betul dan tidak menggunakan alatan yang tumpul atau yang rosak.

viii.

Pastikan pintu laluan kecemasan tidak terhalang dan dapat dibuka dengan mudah semasa
kecemasan atau kebakaran.

ix.

Jangan lakukan kerja sendirian dimakmal atau bengkel.Pastikan peraturan bekerja dimakmal
atau bengkel selepasa waktu pejabat dipatuhi.

x.

Pastikan semua peralatan elektrik seperti lampu, kipas, mesin dan seumpamanya dipadam
dan ditutup suis sebelum keluar.

xi.

Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, matikan suis bekalan elektrik terlebih dahulu
kemudian alihkan mangsa kejutan dengan menggunakan penebat seperti kayu atau tali
kering.Lakukan pemulihan pernafasan dan dapatkan pertolongan dengan segera.

3.Peraturan keselamatan alatan dan bahan.


i.

Memastikan alatan dan bahan adalah selamat untuk digunakan.

ii.

Menggunakan alatan yang bersesuaian dengan kerja yang dilakukan

iii.

Membersihkan alatan yang digunakan dan menyimpan ditempat yang dikhaskan.

iv.

Menyimpan bahan yang mudah terbakar ditempat yang selamat.

v.

Melaporkan kehilangan atau kerosakan alatan kepada guru.

Peraturan IEE
i.

Seberapa yang boleh teras mestilah diwarnakan mengikut tugas masing-masing, tujuannya
ialah untuk memudahkan penyambungan dan pemeriksaan.

ii.

Jika kabel itu menggunakan kabel yang bersalut logam, sambungan alat tambahan mestilah
bersama-sama dengan logam tersebut.

iii.

Apabila kabel dibengkokkan jejarinya janganlah kurang daripada yang dibenarkan.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

Pengenalan

Lampu pendarfluor atau lampu kalimantang merupakan sejenis lampu nyahcas gas yang
menggunakan arus elektrik untuk mengujakan wap raksa. Wap raksa yang diujakan ini menghasilkan
sinar ultraungu gelombang pendek yang menyebabkan lapisan fosfor untuk menghasilkan cahaya
tampak. Lampu penderfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya yang boleh
dimanfaatkan lebih baik daripadamentol lampu. Kos penggunaan tenaga yang rendah mengatasi kos
awal lampu itu sendiri. Lampu ini lebih mahal daripada mentol lampu kerana ia memerlukan balast
elektrik untuk mengawal arus elektrik di dalam lampu.
Sementara jenis tiub biasa banyak digunakan di bangunan komersial dan institusi,lampu
pendarfluor padat kini boleh didapati dalam saiz yang sama seperti mentol lampu sebagai alternatif
penjimatan tenaga di rumah.
Prinsip operasi
Prinsip asas bagi penukaran tenaga elektrik kepada tenaga cahaya pada lampu pendarfluor
bergantung kepada serakan tidak kenyal elektron. Elektron bebas bertembung dengan atom gas. Jika
elektron bebas mempunyai cukup tenaga kinetik, ia memindahkan tenaga ke elektron luar atom,
menyebabkan elektron itu diujakan ke tahap tenaga yang lebih tinggi. Pertembungan tersebut adalah
'tidak kenyal' kerana sedikit kehilangan tenaga berlaku.
Keadaan tenaga tinggi ini tidak stabil, maka atom akan memancarkan foton ultraungu semasa
atom tersebut kembali ke tahap tenaga rendah yang lebih stabil. Kebanyakan foton yang dilepaskan
daripada atom raksa mempunyai panjang gelombang dalam lingkungan ultraungu iaitu sekitar
253.7 nm dan 185 nm. Cahaya ini tidak dapat dilihat oleh mata manusia, oleh itu ia mesti ditukarkan
kepada cahaya tampak. Ia dilakukan melalui penggunaan bahan pendarfluor. Foton ultraungu diserap
oleh atom bahan salutan pendarflour dalaman tiub lampu, menyebabkan lonjakan tenaga yang
serupa, kemudian menjunam, dengan keluaran satu lagi jenis foton sekali lagi. Foton yang
dibebaskan dalam interaksi kedua ini mempunyai tenaga yang kurang daripada interaksi pertama

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

tadi. Bahan kimia fosfor yang digunakan dipilih supaya foton yang dibebaskan adalah pada panjang
gelombang yang boleh dilihat dengan mata manusia. Perbezaan tenaga antara foton ultraungu yang
diserap dengan foton cahaya tampak menyebabkan sedikit pemanasan pada lapisan fosfor.
Apabila lampu dihidupkan, kuasa elektrik memanaskan katod sehingga ia cukup panas untuk
mengeluarkan elektron. Elektron ini bertembung dan mengionkan gas adi di dalam tiub mengelilingi
filamen untuk membentuk plasma melalui proses pengionan impak. Hasilnya, tahap konduktiviti gas
terion meningkat dengan pantas, membolehkan arus tinggi mengalir melalui lampu.
Bahagian lampu pendarfluor

Tiub lampu

Bara ultraungu yang tidak ditapis pada lampu pembasmi kuman dihasilkan oleh nyahcas wap
raksa bertekanan rendah (seperti pada lampu pendarfluor).
Tiub lampu mengandungi gas raksa bertekanan rendah serta argon, xenon, neon, ataukripton.
Tekanan di dalam tiub adalah sekitar 0.3% tekanan atmosfera.[1] Permukaan dalaman tiub disalut
dengan bahan pendarfluor terdiri daripada pelbagai campuran garamfosfor metalik dan unsur nadir
bumi. Elektrod tiub terdiri daripada lingkaran tungsten serta dirujuk sebagai katod kerana fungsinya
untuk memancarkan elektron. Bagi tujuan ini, ia disalut campuran barium, strontium dan kalsium
oksida yang dipilih kerana suhu pelepasan termionik yang rendah.
Balast/cok

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

Balast 230 V untuk lampu 1820 W

Lampu pendarfluor adalah peranti rintangan pembezaan rendah, yang bermaksud semakin
tinggiarus elektrik yang mengalir, semakin rendah rintangannya, membolehkan arus elektrik yang
lebih tinggi mengalir sehingga boleh merosakkan lampu tersebut. Untuk mengelakkan arus yang
membinasakan daripada mengalir ke dalam lampu, arus ini mesti dikawal dengan
menggunakan balast elektrik ataupun cok. Balast yang paling banyak digunakan ialah balast
jenis peraruh yang terdiri daripada gelung dawai yang dililit pada teras besi berlamina. Aruhan
elektromagnet yang dihasilkan mengehadkan arus elektrik. Namun demikian, cok jenis peraruh ini
menyebabkanfaktor kuasa menjadi rendah disebabkan sifat semulajadi peraruh yang melengahkan
arus elektrik (lagging). Penggunaan balast elektronik ataupun pemasangan kapasitor di samping
balast peraruh sedia ada boleh memperbaiki faktor kuasa.
Suis penghidup

Litar skema lampu pendarfluor dengan suis penghidup automatik. A: Tiub pendarfluor, B:
Bekalan kuasa (+220 volt), C: Penghidup, D: Suis (termostat jalur dwilogam), E: Kapasitor, F:
Filamen, G: Balas. Menghidupkan lampu menggunakan penghidup jenis pemanas. Suis penghidup
berkelip dengan cahaya jingga setiap kali ia cuba menghidupkan lampu.
Atom raksa di dalam tiub pendarfluor mesti diionkan terlebih dahulu sebelum ia boleh
"berlaga" di dalam tiub. Bagi lampu kecil, hanya sedikit voltan yang diperlukan, tetapi tiub yang

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

lebih besar memerlukan voltan yang lebih besar (sehingga beribu-ribu volt). Suis penghidup yang
paling lazim digunakan adalah jenis pemanas atau bara seperti yang telah ditunjukkan di dalam
gambar. Ia terdiri daripada tiub nyahcas gas neon, elektrod dwilogam serta kapasitor.
Apabila kuasa elektrik dihidupkan, satu nyahcas bara akan muncul pada elektrod penghidup.
Nyahcas bara ini akan memanaskan gas di dalam penghidup dan menyebabkan elektrod dwilogam
untuk membengkok ke elektrod yang satu lagi. Apabila elektrod ini bersentuhan, kedua-dua filamen
akan membara dan mengeluarkan elektron. Sentuhan elektrod ini menghentikan nyahcas bara,
menyebabkan gas menyejuk semula. Elektrod dwilogam turut menyejuk dan mula bergerak kembali.
Apabila kedua-dua elektrod tidak bersentuham, tendangan aruhan daripada balast menghasilkan
voltan tinggi untuk menghidupkan lampu. Suis penghidup turut mempunyai kapasitor yang
disambung selari dengan tiub nyahcas gas bagi memanjangkan hayat elektrod.
Setelah lampu menyala, nyahcas utama kemudian memastikan katod kekal panas,
membenarkan keluaran berterusan tanda memerlukan elektrod penghidup untuk bersentuhan lagi.
Elektrod penghidup tidak lagi bersentuhan kerana voltan yang merentasi tiub yang menyala tidak
mencukupi untuk menghidupkan nyahcas bara di dalam penghidup. Jika tiub gagal dihidupkan,
ataupun menyala tetapi kemudian padam kembali, prosedur menghidupkan lampu diulang semula.
Penghidup elektronik menggunakan kaedah yang lebih kompleks bagi memanaskan katod
pada tiub lampu. Ia menggunakan suis semikonduktor khas yang diaturcara dengan masa pemanasan
yang ditetapkan supaya katod dipanaskan sepenuhnya serta memanjangkan jangka hayat lampu.
Penghidup elektronik mempunyai satu siri kapasitor yang mampu menghasilkan denyutan voltan
tinggi merentasi lampu supaya ia dihidupkan dengan betul. Penghidup elektronik hanya perlu
melakukan cubaan menghidupkan lampu dalam masa singkat apabila bekalan kuasa dihidupkan serta
tidak akan berulang kali cuba menghidupkan tiub lampu yang sudah rosak. Penghidup elektronik
direka supaya mampu menghidupkan lampu dalam masa 0.3 saat.

Alatan tangan yang digunakan


Alatan
Pena ujian

Fungsi

Untuk menguji dan mengesan kebocoran

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

arus elektrik dan wayar hidup.

Memegang benda kecil

Memotong dan membentuk kaki


komponen

Mencapai sesuatu di ruang yang sempit.

Playar gabung

Memotong, memegang, mencengkam,


membentuk dan membengkok.

Pemotong sisi

Memotong wayar dan lebihan wayar pada


punca tamatan.

Pita pengukur

Untuk mengukur panjang wayar atau


kabel yang akan digunakan.

Playar muncung tirus

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

Kompenen Lampu Pendafluor


Komponen
Tiup pendarflour

Spesifikasi

Diperbuat daripada kaca yang berisi


merkuri dan gas argon.

Bahagian dinding disaluti lapisan fostor.

Kedua-dua hujung terdapat dua pin


elektrod.

Perumah

Mengandungi pemegang tiub, pemegang


suid penghidup,cok dan suis penghidup.

Ballast/cok

Membekalkan voltan tinggi pada awal


penyalaan dan menstabilkan voltan
selepas lampu menyala.

Pemegang tiub

Memegang tiub pendarfluor

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

Pemegang suis penghidup

Menempatkan suis penghidup

Suis penghidup / starter

Menghidupkan lampu.

Langkah-langkah kerja pemasangan lampu pendarfluor


Langkah 1
-

pensyarah memberi edaran gambarajah


litar skematik.

- pelajar diminta untuk memahami


sambungan litar sebenar.

Langkah 2
-

Longgarkan skru yang terdapat pada

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

penutup rumah.
-

Gunakan wayar teras tunggal bermula


dengan menyambung wayar dari tamatan
hidup ke cok.

Langkah 3
-

Dari cok wayar disambungkan ke


pemegang tiub pendafluor.pastikan aliran
keluar masuk wayar adalah betul.

Langkah 4
-

Dari pemegang tiub pendaflour wayar


disambungkan ke suis penghidup

Langkah 5
-

Seterusnya dari suis penghidup wayar


disambungkan ke pemegang tiub
pendaflour.

Sambungkan wayar dari pemegang tiub


pendaflour ke tamatan nutral.

Langkah 6
-

Potong penebat luar kabel teras tiga


dengan menggunakan pisau lipat.

Buangkan penebat luar kabel.

Langkah 7
-

Buka penutupplag 3 pin 13 ampere dan


longgarkan skru pengapit.

Masukkan kabel di bawah pengapit dan


ketatkan semula skrunya.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

Langkah 8
-

Jalurkan ketiga-tiga wayar.

Pintal hujung wayar yang telah


dijalurkan.

Langkah 9
-

Longgarkan skur pada setiap tamatan dan


selitkan wayar melalui lubang
tamatan.Pastikan kod warna adalah betul.

Selesai proses menyambungkan wayar,


tutup plag dan skrukan kembali.

Langkah 10
-

sambungkan wayar yang dipasang plag,


pastikan kedudukan wayar betul
mengikut arus laluan.

Tutup perumah dan ketatkan skru dengan


pena ujian.

Langkah 11
-

Pasangkan tiub dengan memasukkan pin


elektrod ke dalam pemegang tiub.Pusing
sehingga terdengar bunyi tik.

Uji pemasangan lampu kalimantang.

KESIMPULAN
Hasil daripada ujikaji ini barulah saya mengetahui dan memehami cara membuat pemasangan
lampu kalimantang ini.Saya juga dapat mengetahui kompenan-kompenan yang terdapat dalam lampu
kalimantang ini, sebelum ini saya asyik menyuruh dan memerhatikan orang lain yang membuat
pendawaian lampu ini, kina saya sendiri yang mempelajarinya hasil daripada tunjuk ajar pensyarah
dan rakan-rakan.

MAKMAL PENDAWAIAN ELEKTRIK


AMALI 2

PPG KOHORT 4 KH SM
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional

Setiap kompenan mempunyai fungsi tertentu yang berperanan menghidupkan lampu


kalimantang sehingga ia dapat berfungsi dengan baik.Saya juga dapat mengetahui cara mengatasi
kerosakan yang berlaku pada lampu kalimantang adalah pada tiga bahagian iaitu cok, suis penghidup
atau tiub.