Anda di halaman 1dari 21

Penafian Penulis

E-book ini adalah hasil dari sumber rujukan (dibenarkan) oleh mereka yang
ahli dalam bidang ini, ditokok tambah dan diubahsuai mengikut
pemerhatian, dan pengalaman penulis sendiri. Tiada jaminan bahawa info
dalam e-book ini dapat digunapakai sepenuhnya. Sila rujuk kepada yang
pakar dalam industri berkaitan untuk dijadikan rujukan dan sandaran yang
sebenar.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang maklumat yang
disalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan, liabiliti sama ada secara
langsung atau tidak langsung sepanjang penggunaan material serta
informasi di dalam produk ini.

Prakata
Jual di Facebook kini semakin popular di kalangan usahawan Malaysia tidak kira yang
baru belajar berniaga mahupun mereka yang sudah otai.
Medium facebook kini menjadi medan jual beli yang aktif walaupun tujuan asalnya
adalah untuk bersosial.
Konsep di mana terdapat ramai manusia, maka akan terdapat ramai prospek yang
mana berpotensi menjadi pelanggan. Maka, tidak hairanlah para usahawan
menggunakan kelebihan berfacebook untuk mendapatkan pembeli untuk produk
mereka.
Sejauh mana, konsep menjual di facebook ini berkesan?
Jawapannya terpulang pada anda. Jika anda menggunakan pendekatan berkesan dan
berjaya menarik lebih ramai pengguna facebook menjadi pelanggan anda, maka
menjual di facebook memang menguntungkan lagi menjimatkan.
Sebaliknya, taktik dan teknik anda tidak berjaya memujuk pengguna facebook
memberikan wang kepada anda untuk produk atau servis yang anda tawarkan, maka
anda perlu mencari stratergi menjual yang lebih berkesan.
Rezeki Allah Maha Luas dan ada di mana-mana. Tidak kira berniaga di facebook
mahupun di platform lain, jika memang kena dengan caranya serta memang rezeki
anda, maka anda pasti dapat menghasilkan jualan... in shaa Allah.
Laporan PERCUMA ini hanyalah sebagai warm-up minda anda. Saya cuba
memberikan anda cadangan dan idea untuk anda memperhalusi serta meluaskan skop,
stratergi dan teknik yang berkesan supaya dapat diaplikasikan dengan cara yang benar,
sesuai dengan perniagaan anda.
Diharapkan, anda berjaya menghasilkan jualan demi jualan serta dapat memajukan
perniagaan anda dengan memanafaatkan segala kelebihan yang ada pada medium
facebook ini.
Akhir kata, selamat maju jaya. Semoga anda berjaya menjadi usahawan terbilang
dengan konsep jurujual jutawan.

Kandungan
Penafian Penulis ................................................................................................................. 2
Prakata ................................................................................................................................ 3
Pengenalan ......................................................................................................................... 5
#Stratergi 1 Bina Brand, Populariti dan Kredibiliti ............................................................. 6
#Stratergi 2 Tarik Trafik Kualiti dan Targeted ................................................................ 7
#Stratergi 3 Tangkap Prospek Berkualiti .......................................................................... 8
#Stratergi 4- Bina Hubungan Berkesan ............................................................................... 9
#Stratergi 5- Gubah Ayat Power Menjual .......................................................................... 10
#Stratergi 6 Buat Offer Impak Maksima ......................................................................... 11
#Stratergi 7 Beri Kejutan demi Kejutan .......................................................................... 12
#Stratergi 8 Testimoni Berkesan dan Berterusan ........................................................... 13
#Stratergi 9 Kemahiran Close Deal Berkesan ............................................................. 14
#Stratergi 10 Beri Khidmat Pelanggan Tip Top .............................................................. 16
#Stratergi 11 Bina Pelanggan Tegar .............................................................................. 17
#Stratergi 12 Jalin Kerjasama (JV) ................................................................................. 18
#Stratergi 13 Buat Bajet untuk Pemasaran .................................................................... 19
#Stratergi 14 Bertindak segera, usah berlengah ............................................................ 20
#Stratergi 15 Fokus, ushakan sampai menjadi .............................................................. 21
Penutup ............................................................................................................................. 22

Pengenalan
Menggunakan medium facebook untuk mendapatkan wang? Ya, semua orang kini
boleh berniaga di facebook. Apa yang diperlukan untuk menghasilkan wang ialah
produk atau servis.
Kini untuk mendapatkan produk semakin mudah malah ada yang tanpa modal. Konsep
berniaga semakin dipermudahkan. Orang kita juga kini semakin yakin serta semakin
ramai membeli belah secara online serta jarak jauh. Jadi, di mana sahaja lokasi anda
tidak menjadi masalah. Pasaran anda juga semakin luas. Jadi, apa tunggu lagi. Jom
Berniaga!
Pun begitu, ramai juga buntu. Produk sudah ada, pasaran memang ada... tapi tidak
berjaya mendapat pembeli.
Untuk berjaya tidak akan dapat dikecapi dalam masa sehari dua. Ianya adlah suatu
proses yang perlu kita tempuhi. Mereka yang kini berjayapun pernah mengalami
proses buntu seperti ini juga dulu.
Mereka berjaya kini kerana berjaya belajar dari situasi itu serta tidak jemu menimba
ilmu. Apa yang kita perlu buat ialah selongkar rahsia, tips dan taktik mereka.
Aplikasikan dan perluaskan pelbagai stratergi berjaya menjual itu. Kenal pasti stratergi
yang menjadi dan mengulangi proses itu sehingga terbukti. Maka, proses ini kini
menjadi resepi kejayaan anda suatu hari nanti.
Maka, di sini saya cuba mengetengahkan #15 stratergi Lariskan Jualan sebagai idea
kepada anda untuk anda aplikasi kepada perniagaan anda nanti.
Sebelum itu ingin saya menegaskan di sini, bahawa ini adalah pendapat peribadi saya
berdasarkan pengamatan, hasil cedok dari pelbagai sumber dan pengalaman sendiri.
Tiada jaminan ianya berkesan kepada perniagaan anda. Ini hanyalah perkongsian
semata-mata dan terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk mengolahnya menjadi
resepi kejayaan anda.
Semoga perkongsian ini bermanafaat dan merangsang idea anda untuk melariskan
jualan anda nanti.

#Stratergi 1 Bina Brand, Populariti dan Kredibiliti


Kenapa orang sanggup membeli dengan anda? Produk anda hot? Servis anda tip top?
Ramai lagi pesaing anda di luar sana yang turut menawarkan produk atau servis yang
sama atau hampir sama dengan anda. Jadi kenapa mesti membeli dari anda?
Mereka suka membeli dari orang yang mereka jelas identitinya atau dikenalinya. Jadi
anda perlu tampilkan diri anda dengan cara yang meyakinkan prospek anda.
Cuba lihat pada facebook profile atau facebook fanpage anda. Sejauh mana maklumat
yang anda dedahkan itu meyakinkan pengguna facebook atau prospek anda bahawa
anda pilihan terbaik untuk mereka membeli.
Pastikan, mereka yang baru tiba di ruangan facebook page anda teruja untuk klik LIKE
atau add friend kerana mereka dapati ada yang istimewa dari anda. Mereka jelas
tentang anda dan yakin anda orang yang dicari untuk solusi mereka.
Brandkan perniagaan anda atau diri anda. Tampilkan secara professional dan
meyakinkan. Mengunjungi page anda walau untuk pertama kali sudah memberikan
gambaran bahawa anda berniaga bukan sekadar melepaskan batuk di atas tangga.
Jelas memperlihatkan anda sepenuh hati menguruskan page anda sumber lubuk rezeki
anda.
Cuba kunjungi dan lawati page-page mereka yang berjaya membuat jualan. Cari pointpoint yang menjadikan page mereka berjaya menjual. Tiru dengan cara anda. Jadikan
diri anda unik. Uruskan page anda sebaik mungkin bagi menjelmakan populariti dan
serlahkan kredibiliti anda dengan cara brand anda sendiri.
Jika anda berjaya dalam menampilkan diri, maka sudah ada peratusan tertentu untuk
prospek membeli walau hanya dengan melawat ke page anda.

#Stratergi 2 Tarik Trafik Kualiti dan Targeted


Nak jual di facebook pun nak kena tarik trafik? Ya! Walaupun kita tahu medan
facebook memang sangat tinggi trafiknya. Bagaimana orang yang singgah ke page
anda? Ramai ke? Siapa yang selalu sangkut atau tersesat ke page anda?
Jika dibaca dari formula: makin banyak pelawat ke page anda, makin tinggi potensi
jualan anda. Ya! Dari segi logiknya begitulah. Tapi harus diingatkan bahawa banyak
faktor-faktor lain yang mempengaruhi pelawat anda menjadi pelanggan.
Oleh itu, anda kena pandai merancang dan memasang stratergi untuk menarik pelawat
yang berkualiti ke page anda. Jarang mereka yang pertama kali singgah dan terus
membeli. Jadi anda perlu umpan pelawat anda untuk datang lagi ke page anda.
Bagaimana caranya? Terpulang pada kebijaksanaan dan kreativiti anda.
cadangan anda boleh buat seperti di bawah:-

Sebagai

1- Rancang Post update anda.


2- Buat Post Viral
3- Bina Tab dengan masukkan opt-in untuk menjadi subscriber anda.
4- Buat Pertandingan sesuai dan tawarkan hadiah.
5- Bina aplikasi gate pada Tab fanpage anda.
6- Tulis artikel / perkongsian / maklumat produk atau perniagaan anda dalam nota
sesuai dengan keyword perniagaan anda
7- Guna FB Ads.

#Stratergi 3 Tangkap Prospek Berkualiti


Seperti pendapat sesetengah orang, facebook tak sesuai untuk menjual kerana ramai
ke facebook untuk bersosial, berkawan, berbincang dan berkongsi hobi mahupun
aktiviti semasa. Pun begitu, ada juga yang menggunakan platform facebook untuk
mencari dan membeli produk. Malah, banyak iklan promosi dan offer yang boleh kita
dapati melalui facebook.
Jadi, kita kena pandai menggunakan medium facebook agar dapat memanafaatkan
segala kemudahan dan kelebihan yang ada padanya.
Setiap hari, ramai orang login ke facebook. Jadi, antara ramai-ramai yang login ke
facebook ini pasti ada yang sesuai menjadi bakal prospek kita. Tangkap seberapa
ramai yang dapat dan kenalpasti antara mereka itu adalah prospek targeted untuk kita
kumpul dalam satu tempat khas. Jadi, kerja kita seterusnya adalah lebih fokus iaitu
tukarkan mereka menjadi pelanggan.
Bagaimana nak tangkap dan di mana nak tempatkan mereka?
Antaranya anda boleh:1- Bina Fanpage khusus untuk niche produk tertentu.
Seperti stratergi sebelum ini, tarik trafik targeted dan dapatkan LIKE berkualiti.
Mereka ini adalah peratusan besarnya adalah orang yang berminat mahu mengetahui
perkembangan semasa page dari niche kita.
2- Kumpul Subscriber dari pelbagai pecahan niche lebih khusus.
Bina opt-in form pada custom tab fanpage atau wujudkan laman squeeze page khas
dengan menawarkan sesuatu yang menarik dengan pecahan niche yang lebih khusus
mengikut katogeri produk anda. Promosikan link tab tersebut pada fan anda dan
kumpul mereka yang berminat dalam satu kempen autoresponder anda. Jadi, lepas ini
anda boleh sentiasa follow-up mereka dan sajikan mereka dengan formula : 3G1T iaitu:
3 kali beri sesuatu percuma seperti tips / nasihat / laporan percuma dan lian-lain
sebelum anda memulakan ayat promosi produk anda.
Give + Give + Give = Take
3- Group Tertutup / Rahsia.
Hanya offer kepada mereka yang berminat dalam niche atau tajuk tertentu sahaja.
Peluang ini anda boleh gunakan untuk bina kredibiliti, educate mereka dan berikan
solusi kepada permaslahan atau apa yang mereka perlukan.

#Stratergi 4- Bina Hubungan Berkesan


Siapa anda? Tiada yang kenal siapa anda.. kecuali mereka yang rapat dengan anda
dan sudah menenali anda. Untuk berniaga dengan berkesan dan jangka panjang, anda
perlu tampil dan perkenalkan diri anda kepada bakal-bakal prospek anda.
Kalau setakat beberapa kali memperkenalkan diri anda, belum ada jaminan mereka
akan ingat akan anda.
Anda mahu mereka kenal anda sebagai apa? Ianya juga penting kerana ingat anda
ingat....(produk / perniagaan anda).
Anda perlu ketengahkan apa kepakaran anda atau apa kelebihan produk yang anda
jual. Bukan dengan cara sentiasa mengiklan produk anda semata-mata, tetapi dengan
cara halus dan memberi kesan positif kepada prospek anda.
Mereka pasti suka berkawan dan mengenali anda lebih lanjut jika anda sering
memberikan sesuatu yang bermanafaat kepada mereka.
Contohnya seperti
perkongsian dan pendapat berguna.
Jangan hanya muncul dalam masa-masa tertentu dan senyap dalam masa lain. Seperti
syarikat berjenama, mereka sentiasa melaburkan sejumlah wang tertentu bagi
memastikan mereka sentiasa diingati dengan cara iklan di media massa dan menaja
program-program tertentu. Produk atau brand mereka sentiasa cuba disematkan dalam
minda-minda prospek mereka.
Maka, dengan teknik yang sama walaupun dengan cara yang berbeza, maka kita perlu
cari jalan yang berkesan supaya kita sentiasa diingati dan dikenali. Ketengahkan diri
anda / produk anda / perniagaan anda serta keunikannya supaya kita kekal bersaing
dengan pesaing-pesaing kita.
Anda juga boleh kongsikan aktiviti-aktiviti perniagaan semasa anda dan memasukkan
gambar-gambar atau rakaman video jika ada.
Tedapat banyak cara berkesan. Selain dari post di wall / fanpage / group, mungkin
adakalanya menggunakan iklan berbayar dengan kos budget anda dan teknik follow-up
melalui email dan lain-lain. Semuanya terpulang pada anda dalam memperkenalkan
diri anda pada prospek-prospek anda.

#Stratergi 5- Gubah Ayat Power Menjual


Saya bukan minta anda jadi pakar jika ianya bukan bidang pengkhususan anda. Tapi
untuk menjual dengan berkesan, anda perlu tahu beberapa teknik dan kemahiran
menggunakan ayat jualan yang power.
Apa itu ayat jualan?
Ianya adalah susunan ayat untuk memikat, memukau, mempengaruhi prospek anda
untuk bertukar menjadi pembeli produk anda. Dalam ayat promosi anda, boleh
digabungkan elemen gambar dan informasi menggunakan perkataan power yang
diadun sesuai dengan offer yang sedang anda promosikan.
Elemen yang perlu ada dalam ayat jualan berkesan.
1- Kenalkan diri anda atau pengenalan produk anda menggunakan ayat yang ringkas,
padat dan mencakupi apa yang sedang anda mahu tawarkan kepada prospek.
Pelanggan biasanya hanya lihat sepintas lalu apa yang sedang kita prmosikan. Jika
ayat pengenalan yang digunakn itu cathy atau menarik serta menjurus kepada
permasalahan atau solution yang sedang mereka cari, maka baru mereka mahu
mendengar lanjut dari anda. Dengan itu jimat masa anda kerana berjaya menangkap
prospek yang sesuai dan targeted untuk membuat penerangan lanjut yang lebih
berkesan.
2- Penerangan selanjutnya adalah sebagai huraian atau sokongan kepada pengenalan
produk anda. Usah cerita panjang tentang produk anda semata-mata tetapi tekankan
kepada cerita kelebihan produk anda. Terangkan apa produk anda mampu buat atau
bagaimana produk anda dapat menyelesaikan permasalahan prospek anda dan
sebagainya.
3- Pilih perkataan atau guna perkataan yang mampu mempengaruhi emosi pembeli.
Ayat berpengaruh mampu menukarkan prospek anda kepada pembeli produk anda.
Mainkan emosi prospek anda dengan gambaran yang jelas dan bawa mereka berada
dalam situasi sebenar seperti perkataan bayangkan, andainya dan lain-lain.
4- Berikan bukti atau testimoni sebenar sebagai pengukuhan dengan apa yang sedang
anda perkatakan. Dapatkan kepercayaan prospek anda untuk mendapatkan produk
anda.

#Stratergi 6 Buat Offer Impak Maksima


Sekali sekala anda perlu guna teknik promosi tak masuk akal iaitu menjual produk anda
pada harga yang mereka tidak jangkakan. Dengan cara ini mereka pasti rasa rugi jika
tidak membelinya kerana tahu pasti selepas ini tidak berpeluang mendapatkan harga
sedemikian atau produk tersebut tidak lagi akan dijual (jika produk ini hanya ada pada
anda).
Tetapkan masa contoh untuk masa 3 hari sahaja atau bilangan seperti hanya untuk 30
orang pertama sahaja dan lain-lain.
Teknik Gesaan ini membuatkan mereka tidak senang duduk atau tidur lena selagi
belum membelinya dari anda. Mereka tidak mahu rugi atau terlepas peluang dengan
offer anda.
Pastikan anda disiplin dan tunaikan apa yang anda janjikan dan tidak mudah-mudah
memberikan mereka peluang sekiranya tempoh offer sudah tamat. Jadi, mereka sudah
yahu anda seorang yang serius bila membuat offer. Ianya berguna apabila anda
membuat offer-offer lain selepas ini kerana mereka tahu offer anda benar-benar
muktamad.
Produk yang sesuai untuk menjadikan teknik offer sebegini berkesan bergantung
kepada bagaimana anda mampu menggunakan ayat-ayat promosi menimbulkan emosi
ingin memiliki atau mesti kena milikinya. Ataupun, produk tersebut produk hot yang
mana anda tak perlu cerita panjang kerana mereka sudah jelas tentangnya dan mereka
memang mahukan produk tesebut. Dengan Offer yang susah untuk dapatkan di
tempat-tempat lain dan pada masa-masa lain maka, pasti mereka berebut-rebut
mendapatkannya dari anda pada harga offer tersebut.

#Stratergi 7 Beri Kejutan demi Kejutan


Jangan biarkan diri anda membosankan. Untuk memikat pelanggan anda terus
mengikuti perkembangan anda, anda perlu sentiasa memberikan kejutan. Mereka pasti
suka jika anda sentiasa ada idea dalam mengetengahkan diri anda kepada mereka.
Selain buat offer demi offer, anda boleh berikan atau kongsikan sesuatu yang mereka
suka seperti kupon dan voucher, ebook percuma, tips dan panduan dan lain-lain.
Selain itu, sentiasa kemaskini fanpage anda dan tampil dengan cara berbeza sebulan
ke tiga bulan sekali. Contohnya dengan menukar cover timeline, profile dan lain-lain.
Bina Tab baru atau kemaskini tab sedia ada sesuai dengan offer atau aktiviti semasa
anda. Buat praduan / kuiz / pertandingan tertentu dan lain-lain. Pelbagaikan aktiviti di
fanpage anda. Jangan kedekut untuk melaburkan sejumlah wang sebagai menghargai
sahabat fanpage atau pelanggan-pelanggan anda.

#Stratergi 8 Testimoni Berkesan dan Berterusan


Salah satu teknik berkesan dalam menjual ialah menunjukkan bukti bahawa produk
anda memang berkesan.
Testimoni berkesan adalah testimoni dari pelanggan anda sendiri atau dari anda
sendiri. Jika produk jualan anda adalah produk hot dan sudah banyak testimoni di
pasaran yang anda boleh kemukakan, namun jika anda dapat mengedakan testimoni
sendiri maka ianya lebih unik dan berkesan.
Anda boleh bercerita dengan lebih berkesan kerana ianya bersumberkan dari
pengalaman anda sendiri dan anda kenal dengan pelanggan yang memberi testimoni.
Lebih banyak testimoni hasil pengalaman anda menjadikan prospek anda lebih
mempercayai anda dalam menyelesaikan permasalahan mereka. Sekiranya anda
mampu menjadi bahan rujukan mereka bagi setiap permasalahan mereka, dan apabila
anda dilabelkan pakar dalam bidang anda, maka lebih mudah produk anda dijual dan
perniagaan anda dikembangkan.

#Stratergi 9 Kemahiran Close Deal Berkesan


Kemahiran ini perlukan ilmu tertentu. Mungkin kita mempunyai situasi yang mana
terdapat ramai prospek yang berminat dengan produk kita tetapi tak ramai yang betulbetul beli dengan kita.
Keadaan ini pastinya buatkan kita rugi kerana tidak berjaya menjual pada akhirnya.
Bebrapa teknik close deal boleh kita cuba praktikkan antaranya:1- Layan pertanyaan pelanggan dan berikan jawapan yang memuaskan.
Proses sebelum membeli, adalah normal untuk bakal pelanggan bertanya itu dan ini
kepada kita. Mereka nak pastikan yang mereka belanjakan wang mereka ke atas
perkara yang betul dan perlu sahaja. Jadi peranan kita untuk melayan dan berikan
jawapan yang terbaik kepada mereka. Jika mereka berpuas hati dengan jawapan dan
layanan kita, tidak mustahil mereka membelinya.
2- Berikan maklumat tepat tentang produk dan harga kita.
Jangan banyak berselindung dalam memberikan harga produk / servis kita. Kita
sepatutnya ada skema harga yang sudah kita tetapkan supaya harga yang diberikan
sesuai dan seragam bagi setiap pertanyaan pelanggan. Jelaskan apa yang akan
mereka dapat dari kita dengan harga yang telah kita tetapkan tersebut. Jika harga kita
jekas dan munasabah serta mereka dapat nila tambah yang sesuai dari kita, maka
kemungkinan besar untuk pelanggan membeli dengan kita pasti tinggi.
3- Bantu mereka untuk lakukan pembayaran.
Berikan maklumat jelas bagaimana mereka boleh bayar harga produk / servis tersebut
kepada kita. Kalau dapat adakan pelbagai pilihan cara bayar supaya memudahkan
mereka membuat bayaran kepada kita.
4- Berikan Jaminan Kepusan Pelanggan.
Tawarkan jaminan tertentu yang sesuai supaya mereka rasa tidak rugi membeli dari
kita. Jika kita menjual produk berkualiti dan sesuai dengan apa yang dimahukan
pelanggan, maka tidak perlu takut memberi jaminan tertentu kepada pelanggan.
Jaminan seperti ini menunjukkan kita serius tentang kelebihan produk kita serta
betapa kita rekemenkannya kepada mereka.

5- Adakan pack / servis yang hampir sama pada harga yang lebih mampu milik sebagai
backup jika mereka tidak sanggup laburkan pada harga yang telah ditetapkan.
Terdapat pelanggan yang tidak sanggup atau ragu-ragu untuk meiliki produk / servis
pada harag yang sudah ditetapkan. Mereka mungkin hanya mahu cuba-cuba dan sajasaja tanya. Jika mereka benar-benar ingin mencuba tetapi tidak sanggup membayar
pada harga penuh, adakan pakej untuk trial atau pakej basic untuk ditawarkan pada
harga percubaan. Dengan ini mereka tidak rasa rugi mencuba pada harga percubaan
sebelum membeli pada harga penuh.
6- Tawarkan servis lepas jualan.
Fikirkan apa jua servis lepas jualan yang sesuai dengan produk / servis kita sebagai
nilai tambah kepada pembelian pelanggan kita. Dengan itu, pelanggan akan merasa
suka dan setuju unuk mendapatkan produk atau servis kita.
7- Sediakan sesuatu percuma yang sesuai untuk pembelian pelanggan.
Sekiranya pelanggan nampak seperti ragu-ragu membeli dan belum membuat bayaran
setelah setuju membeli, apa kata anda hubungi mereka dan tawarkan nilai tambah
sepeti sesuatu percuma jika buat belian segera dalam tempoh masa tertentu. Pasti
pelanggan anda tidak lagi berfikir panjang untuk membelinya.
Dan lain-lain cara close deal berkesan yang anda boleh fikirkan.

#Stratergi 10 Beri Khidmat Pelanggan Tip Top


Walaupun kelihatan objektif mendapatkan jualan sudah berjaya, namun jangan
pandang rendah kepada kuasa pelanggan. Dalam ilmu perniagaan, pelanggan
sentiasa benar dan penyebab kejayaan dan kegagalan perniagaan kita.
Jika kehebatan perniagaan atau produk kita mampu tersebar dengan cara viral dan
tidak dijangka, maka prestasi buruk perniagaan kita juga menjadi tersebar secara
meluas.
Menjaga pelanggan dengan memberikan khidmat terbaik sebaik sahaja menerima duit
mereka serta menunaikan janji jika pernah berjanji manis kepada mereka sebelum ini
bukan sahaja memuaskan hati pelanggan, malah jiwa kita turut lapang dan berasa
bersemangat untuk terus majukan diri.
Lebih-lebih lagi mendapat ucapan terima kasih dan peghargaan dari pelanggan yang
merasakan nilai wang yang dibayar kepada mereka amat berbaloi dan memberikan
penyelesaian yang mereka cari.
Malah, berniaga dengan ikhlas dan mengutamakan pelanggan menjadi asbab untuk
perniagaan kita semakin maju dan jualan kita semakin laris.
Pelanggan-pelanggan kita juga akan mengulangi pembelian dari kita dan
mengesyorkan produk kita kepada rakan-rakan mereka yang lain.
Jualan kita semakin meningkat dan pembayaran terus menerus masuk ke akaun bank...
tidak mampu nak uruskan?
Ya jika sampai ke tahap ini, anda perlu memikirkan pengurusan perniagaan secara
yang lebih profesional dan sistemati. Order pelanggan anda direkod dalam sistem
database khas dan mempunyai No Rujukan order. Jika anda mempunyai banyak
produk jualan, sistem database mampu merekod setiap butir order pelanggan anda dan
jumlah RM bersih yang patut mereka bayar termasuk caj pos dikenakan serta ditolak
diskaun jika ada.
Ya, anda perlu pengurusan perniagaan profesional pada tahap ini bagi memastikan
jualan anda yang laris itu bukan penyebab kehancuran perniagaan anda.

#Stratergi 11 Bina Pelanggan Tegar


Untuk membolehkan perniagaan anda semakin berkembang, anda bukan sahaja perlu
mencari prospek-prospek baru dan menukarkan sebahagian besar dari mereka menjadi
pelanggan-pelanggan baru anda, malah anda perlu menjaga pelanggan-pelanggan
sedia ada supaya mereka terus mendapatkan produk anda dari masa ke semasa.
Malah mereka bukan sahaja melanggan hanya satu produk dari anda, tetapi membeli
produk-produk lain yang anda tawarkan. Untuk sampai ke peringkat ini, anda perlu
kemahiran khusus dalam seni menjual.
Perniagaan anda makin cepat berkembang sekiranya pelanggan-pelanggan anda
berpuas hati dengan prestasi anda dalam memberi khidmat kepada mereka serta
produk jualan yang mampu menyelesaikan masalah mereka atau menepati ciri-ciri yang
mereka mahukan. Jika ini berlaku, maka sudah pasti mereka sudi menjadi testimoni
kepada produk dan kredibiliti anda. Malah mereka menjadi agen-agen yang akan
rekemen kan produk anda kepada rakan-rakan mereka atau orang yang mencari solusi
yang sama seperti mereka. Jadi, anda kini menjadi brand atau rujukan kebanyakan
prospek untuk mendapat apa yang mereka cari.

#Stratergi 12 Jalin Kerjasama (JV)


Sebagai orang baru, tentu sukar meraih kepercayaan dari pelanggan. Tetapi jika anda
JV dengan IM berpengalaman, ianya menjadi mudah. Pada pandangan pelanggan, IM
berpengalaman ini sudah pasti memilih dengan teliti rakan JV mereka dan mereka
memilih anda sebagai rakan JV kerana anda memiliki reputasi dan kredibiliti yang baik.
Selain daripada ber- JV dengan IM berpengalaman, anda juga boleh bekerjasama
dengan usahawan seangkatan atau kenalan anda. Untuk lebih berjaya dan mencipta
nama, anda usah berusaha seorang diri. Dapatkan kerjasama dalam bentuk win-win
situation.
Mungkin anda menjual produk kevantikan muka yang mana sahabat anda menjual
produk kuruskan badan. Anda boleh minta sahabat anda mempromosikan produk anda
kepada pelanggan beliau jika ada yang mahu produk kecantikan muka juga.
Sebagai balasan, anda juga turut membantu mempromosikan produk kurus badan milik
sahabat anda kepada pelanggan-pelanggan anda. Produk yang sesuai dan saling
berkait boleh anda bekerjasama untuk manafaat bersama.
Begitu juga jika nada ada mengumpul list, katakan di bawah 5000 orang. Sahabat anda
juga mempunyai list di bawah 5000 orang. Anda bantu blast email sahabat anda untuk
promosi produk mereka dan begitu juga sahabat anda akan blast email promosi anda
kepada subscriber beliau.
Kini email promosi anda beredar dalam list yang lebih besar berbanding hanya list anda
sendiri. Jika sebelum ini. Potensi jualan hanya 10 unit, dengan usahasama sebegini
tidak mustahil anda dapat jualan yang lebih berganda.
Kesan jangka panjang, subscriber sahabat anda mungkin mejadi sebahagian
pelanggan tegar anda jika anda berjaya membuat follow-up dan memberikan servis
terbaik kepada mereka.

#Stratergi 13 Buat Bajet untuk Pemasaran


Adakah anda kedekut melaburkan wang untuk membuat promosi produk anda secara
labih berkesan?
Gunakan segala tools yang berkesan mempromosikan produk atau servis anda.
Melalui FBAds bukan sahaja kos pengiklanan lebih murah, tetapi berbaloi jika anda
berjaya melakukan secara betul dan berkesan.
Jika tidak pandai, buat permulaan jangan buat bajet besar dulu. Sekadar try and error
untuk lihat prestasi kesan dari jualan, cuba bajet seminima yang mungkin.
Jangan hanya tumpu pada satu jenis iklan sahaja. Anda perlu merangka banyak versi
iklan dan pantau versi mana yang dapat menghasilkan jualan yang berkesan.
Tidak tahu, boleh rujuk kepada pakar-pakar FBAds yang ada dan selongkar bagaimana
mereka berjaya menghasilkan jualan berlipat kali ganda dari kos pengiklanan mereka.
Ya! Penting untuk kita kuasai atau sekurang-kurangnya, belanjakan wang untuk upah
mereka yang mahir dan kita yakin akan kebolehan mereka.
Untuk melariskan jualan, anda perlu ada bajet untuk memasarkan produk anda dengan
cara yang efektif.

#Stratergi 14 Bertindak segera, usah berlengah


Sekiranya anda merancang projek untuk dilancarkan, usahakan segera dan usah
berlengah-lengah. Anda perlu cepat bertindak dan usahakannya menjadi nyata.
Kelemahan usahawan yang tidak berapa nak berjaya atau gagal ialah tidak merancang.
Kalau yang merancang pun tidak melaksanakannya atau melengah-lengahkannya.
Anda perlu disiplin dengan time frame yang anda buat. Jika tersasar dengan tempoh
masa yang sepatutnya, sekurang-kurangnya ianya berjaya dilaksanakan kerana anda
berssungguh menghasilkannya.
Berniaga bukan setakat mempamerkan produk dan tinggal. Anda perlu melakukan
sesuatu seperti mempromosikannya dan membuat aktiviti promosi tertentu bagi
menjadikan perniagaan anda meriah dan di luar jangkaan prospek.
Katakan ada cuti umum sempena perayaan atau peristiwa tertentu, anda merancang
memberikan bonus istimewa kepada pembeli anda dalam tempoh masa tertentu, maka
bertindak menyiapkan bonus tersebut dan bersedia untuk kempen iklan anda supaya
dapat diwar-warkan pada masa yang tepat.
Jika anda merancang untuk membuat promosi di beberapa platform lain yang ada
potensi, maka segerelah membina ayat promosi yang sesuai serta segera membuat
promosi tersebut.
Anda tentu ada cadangan dan idea melariskan jualan anda, maka segera merancang
dan jayakannya... usah bertangguh dan melengah-lengahkannya kerana situasi
berniaga online sekarang terdapat terlalu ramai pesaing. Kita harus sentiasa ke
hadapan dengan idea dan stratergi yang sentiasa dimajukan.

#Stratergi 15 Fokus, ushakan sampai menjadi


Terdapat banyak peluang berniaga di internet. Terdapat banayak juga promosi menjana
wang di internet.
Untuk berjaya, kita perlu fokus kepada satu-satu perkara dan usah melompat-lompat
dan mahu buat kesemuanya.
Jika kita orang baru dalam pengkhususan kita, maka beri tumpuan kepada perkara
yang kita ada kelebihan. Cari dan gali serta buat kajian secara serius bagaimana kita
dapat menjayakan perniagaan kita.
Ambil perkara paling asas dan kukuhkannya. Kemudian baru kita kembangkan sedikit
demi sedikit.
Buat sesuatu perkara sehingga kita sampai kepada matlamat awal dan lihat bagaimana
kejayaan awal ini boleh membawa kepada kejayaan yang lebih besar dalam industri
kita. Usahakan sehingga kita berjaya membina nama tersendiri dalam dunia
pengkhususan kita. Sampai satu masa, anda akan dilabelkan sebagai pakar. Anda
kini akan menjadi rujukan mereka yang lain. Maka, dari sini baru mudah untuk anda
mula menyusun langkah-langkah kejayaan susulan yang lain.
Pastikan anda konsisten dengan prestasi yang semakin menaik. Mendapat
pendapatan luar biasa di internet boleh kita capai jika kita sabar, tekun dan sanggup
belajar serta fokus.
Selepas mula mencipta bukti pendapatan meyakinkan, mempunyai pengalaman serta
kemahiran terbukti membawa kejayaan, maka apa jua bidang yang anda mahu susuli
selepas ini akan menjadi lebih mudah. Tambahan pula anda sudah mempunyai
pengaruh yang besar dalam perniagaan anda.

Penutup
Terima kasih kerana sudi membaca e-book jual di facebook siri #15 Stratergi Lariskan
Jualan ini. Kami harap semoga kandungan yang terdapat dalam e-book ringkas ini
mampu memberi idea dan inspirasi kepada anda dalam mengendalikan bisnes
facebook anda.
Segala yang ditulis hanyalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan penulis
sendiri. Jika terdapat kekurangan pihak kami memohon maaf. Apapun, penulis
berharap ebook ini mampu memberi suntikan motivasi buat pembaca untuk
merealisasikan suatu bisnes yang gah, popular dan berjaya serta dapat bersaing
sehingga ke pentas antarabangsa.
Tidak kira besar mana perniagaan kita sekarang, tidak kira banyak mana modal yang
kita ada sekarang, tidak kira setakat mana ilmu dan kemahiran yang kita ada sekarang,
mulakan bisnes online anda setakat apa yang anda mampu sekarang.
Jangan lengah-lengahkan hasrat anda. Jangan berputus asa sekarang. Bangkitlah!
Bangunlah! Bermula dari sekarang walaupun kecil. Bermulalah dengan apa sumber
yang ada sekarang.
Kemudian perlahan-lahan kita akan kembangkannya menjadi yang lebih baik. Kita
kembangkan idea dan straterginya. Kita kembangkan skop perniagaan kita. Kita
kembangkan dan tidak mustahil, sampai masanya kita mampu merealisasikan
impian dan hasrat kita. Insya Allah! Segalanya bermula dengan apa yang kita ada
SELAMAT MAJU JAYA
Dwen Rasid
www.dwenrasid.com