Anda di halaman 1dari 1

PENUTUP

Secara kesimpulannya setelah menjalani kerja tugasan ini, kumpulan kami dapat
menjelaskan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulna etnik. Kami juga dapat
membincangkan aspek kerjasama politik dan hubungan etnik. Kami juga dapat meramal
apakah cabaran yang akan dihadapi oleh pluraliti budaya dan hubungan etnik di
Malaysia. Selain itu, kami juga dapat membincangkan peranan masyarakat dan
kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik. Pihak kerajaan telah memberikan usaha
dalam memupuk perpaduan antara pelbagai etnik dalam Malaysia. Contohnya, slogan 1
Malaysia yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri kita. Kita harus menyahut
slogan supaya negara kita dapat bertambah maju dan dapat bertanding dengan negara
maju yang lain pada arus kemodenan ini.
Kami dapat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni dalam
memupuk hubungan etnik yang harmonis. Setiap kumpulan etnik dalam Malaysia
haruslah mengamalkan sikap bertoleransi, hormat-menghormati antara satu sama lain,
sikap keterbukaan dan lain-lain lagi bagi mengekalkan keadaan aman dan damai
masyarakat ini. Masyarakat Malaysia telah memupuk dan mengekalkan hubungan etnik
yang harmonis ini dengan pelbagai usaha yanng dilakukan oleh masyarakat dan pihak
kerajaan. Contohnya penerimaan pelbagai budaya, penyertaan program rukun tetangga,
amalan rumah terbuka dan sikap seperti budaya ziarah-menziarahi, memulia dan
hormat-menghormati, menghormati jiran, mengamalkan kemesraan serta sikap
mengambil berat. Kesemua usaha ini dilaksanakan adalah untuk mengelakkan
berlakunya lagi peristiwa 13 Mei 1969. Malah, kerajaan ingin meningkatkan lagi taraf
kehidupan masyarakat Malaysia dan membawa masyarakatnya ke arah pemodenan.