Anda di halaman 1dari 47

1.

0 PENGENALAN
"Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduan
kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untuk
mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem
fidlot.
Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala
aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan
sistematik. Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu
fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan
membaca dan berpandukan manual ini sahaja.
Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang
usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana
Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah
yang berdekatan. Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan
di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH
kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembu
fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya
saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa
menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang
mengusahakan projek ternakan lembu fidlot.
Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPH
berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yang
diusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan
menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti
ternakan yang "standard"
1.1 Definasi fidlot
"Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara
intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu
daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan
yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam
tempoh yang tertentu.
Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu
fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan atau
peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat
deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait
rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai
contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang di
fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan
berat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah terlalu kecil.
Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya
untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging
lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di
lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat keuntungan
yang maksimum
1.2 Sistem Fidlot
Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia:
i. Sekali masuk - Sekali keluar

Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa


sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas
semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan
dipelihara kumpulan ternakan berikutnya
ii. Masuk-Keluar Berterusan
Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat
mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap
kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan
(dijual) secara berterusan.
1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot
Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi
bidangusaha fidlot. Faktor berkenaan adalah :i. Faktor ternakan
a. Harga belian feeder
b. Harga jualan finisher
c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan
ii. Faktor makanan (harga)
Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Ini
bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan
keuntungan. Market Timing kadangkala amat penting bagi operasi
yang berskala besar. Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan
peluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi. Adalah
sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu
pemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini. Pembaziran
makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk
kandang yang standard
2.0 PEMASARAN
Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yang
menentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu berdaya
maju atau sebaliknya.
Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan
menentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atau
sebalinya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan
dan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelum
memulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan fidlot adalah
merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakan
segala sumber tempatan yang ada secekap mungkin.
2.1 Jenis-jenis Pemasaran
Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:
i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)

ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqah


iii. Jualan lembu hidup untuk korban
iv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)
Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran
utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk
penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau
melalui peraih.
Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada
permintaan.
Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan, pengusaha fidlot
perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori
pasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk
menjalankan sistem fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakan lembu
fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.
Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi
operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari)
pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:
Peningkatan Target
Bulan Berat
Target
Kumpulan@
Berat Badan Berat
Ternakan Masuk
Jualan
Peringkat
harian
Jualan
Masuk
(kg)
(bulan)
(Kg/hari)
(kg)
230350- Hari Raya
Pertama
Ogos
1.0 kg/hari
260 kg
380 kg Aidil Fitri
Hari Raya
180300Kedua
Oktober
1.0kg/hari
Korban
230 kg
350 kg
(Februari)
Jualan
Sepanjang 230350- hidup/daging
Ketiga
1.0kg/hari
masa
260 kg
380 kg segar (JanDis)

2.2 Networking
Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah
pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui oleh
pembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimana
pengusaha menghadapi masalah menetapkan harga jualan hasil
mereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikan
pengusaha. Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha
ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan.
Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha
baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding
bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang
sediada.
Dengan mengamalkan networking sedemikian. pemasaran lembu fidlot
akan menjadi lebih lancar dan terjamin. jaringan pemasaran ini juga
boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembulembu feeder dan juga harga makanan yang baik.
2.3 Penjualan Secara Tunai
Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila

terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan


aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutang
adalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos
tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara
tunai.

Pengusaha fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka


terus kepada pelanggan secara jualan tunai.
Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan
aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar
tempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagi
memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan
dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan.
Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatan
tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiap
ekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat
rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam
dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutan
khas.
Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualan
lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan dan
seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot
berdaya maju dan mapan.
3.0 PEMILIHAN TERNAKAN
3.1 Asas Pemilihan
Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada
keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:
i. Permintaan . keperluan pasaran
ii. Penetapan berat awal
iii. Peningkatan berat badan
iv. Target berat akhir atau berat jualan

3.2 Baka dan Jantina


Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan
fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciriciri tumbesaran yang baik seperti :
i. Baka import
Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan
Nellore.
ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import
Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore
iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)*
* Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan
berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau
kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan
bagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti
memberikan pulangan yang baik.
3.3 Umur dan Berat Badan
Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi
kriteria-kriteria berikut:
i.
Umur antara satu hingga satu setengah tahun
ii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150200 kg (baka tempatan atau KK), Bagaimanapun, penentuan berat
awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target
pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki)
Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot
(feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badan harian
dan target berat akhir (berat jualan)
Peningkatan
Tempoh Berat
Berat Berat Badan
Pemeliharaan Akhir
Awal
Harian
(hari)
(kg)
(kg/hari)
200
1.0
120
320
230
1.0
120
350
3.4 Status Kesihatan
Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari
sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dari
jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:
i.

Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut
serta penyakit
hawar berdarah dan telah diberi suntikan
vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.

ii.
Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta
iii. telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing
Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta
tidak bantut dari segi pertumbuhan badan
Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi
perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan
Perkhidmatan Haiwan

Lembu-lembu yang dipilih untuk penternkan fidlot perlu dipastikan


sihat, bebas jangkitan kutu dan cacing serta tidak cacat
4.0 PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi
menjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yang
maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan
yang optimum.
4.1 Pengurusan Personel
Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan
pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga
pekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengurusan personel
adalah mustahak
Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:
i.

ii.

Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan


lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadar
pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan
jenis operasi fidlot adalah seperti berikut:
a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor
b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400
ekor
Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk
kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan
pengurusan harian lebih mudah dan cekap.

4.2 Pengurusan Ternakan


Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurangkurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat
stress). Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera
pemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badan
harian yang tinggi.
Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa
kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan
prestasi peningkatan berat badan ternakan.
Seeloknya setiap
ternakan ditimbang
pada minggu
pertama
kemasukan bagi
merekod berat
awal, bulan
pertama atau
kedua tempoh
pemeliharaan bagi
merekod
peningkatan berat
badan dan minggu
terakhir tempoh
pemeliharaan bagi
merkod berat akhir
sebelum jualan.
Pengurusan lembu fidlot yang cekap menjamin
kejayaan dan keuntungan pengusaha
4.3 Pengurusan Kandang
Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan
kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan
infrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali
sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.
Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan
penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit
pernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalah
kuku.
4.4 Pengurusan Pemakanan
Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya
merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan
harian (daily weight gain). Ini seterusnya akan menentukan samada
projek ternakan fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau
kerugian,.
Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada
peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.),
sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir

pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg). Bagaimanapun,


kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis
makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput
atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.
Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian
makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan
selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya
selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnyalewatnya jam 3 petang.
Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang
mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan
mineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu
sentiasa tersedia.

Lembu
Fidlot perlu
diberi
makanan
berkualiti
yang
secukupnya
secara
cekap dan
ekonomik

4.5 Pengurusan Kenderaan


Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan,
makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan
baik. Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori,
minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.

4.6 Pengurusan Rekod


Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek
fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat
badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos
ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding
keuntungan-kerugian.
Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:
i. Rekod pembelian lembu 'feeder'
ii Rekod pemberian makanan harian
iii Rekod peningkatan berat badan harian
iv Rekod kesihatan dan kematian
v Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot
vi Rekoid personel
vii Rekod kewangan
Contoh rekod stok ternakan. rekod purata kenaikan berat badan

(ADG), rekod jualan ternakan dan rekod tunai ternakan boleh


dijadikan panduan

CONTOH
REKOD STOK TERNAKAN

NAMA LADANG :______________________________________


KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________
TARIKH MASUK :______________________________________

TARIKH

BELIAN MASUK
(ekor)

MATI
(ekor)

SINGKIR
(ekor)

JUAL
(ekor)

STOK
SEMASA
(ekor)

DISEDIAKAN OLEH : ___________________________


DISEMAK OLEH :______________________________

CONTOH
REKOD PURATA KENAIKAN BERAT BADAN (ADG)

NAMA LADANG :______________________________________


KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

CATATAN

TARIKH MASUK :______________________________________

BIL

NO. TAG

BERAT PERBEZAAN TEMPOH


BERAT
SEKARANG BERAT
PELIHARA
AWAL (kg)
(kg)
BADAN (kg)
(Hari)

ADG (kg)

CATATAN

DISEDIAKAN OLEH : ___________________________


DISEMAK OLEH :______________________________

CONTOH
REKOD JUALAN TERNAKAN

NAMA LADANG :______________________________________


KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________
TARIKH MASUK :______________________________________

TARIKH

NO. TAG

JANTINA

BERAT
HARGA
BADAN (kg) JUALAN (kg)

PEMBELI
(NAMA &
ALAMAT)

CATATAN

DISEDIAKAN OLEH : ___________________________


DISEMAK OLEH :______________________________

CONTOH
REKOD TUNAI (CASH FLOW) TERNAKAN

NAMA LADANG :______________________________________


KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________
TARIKH MASUK :______________________________________

TARIKH

BILANGAN
BILANGAN
KOS
BILANGAN
JUALAN
STOK
BILANGAN MATI &
OPERASI UNTUNG
STOK SEMASA TUNAI
AWAL JUAL (ekor) SINGKIR
SELURUH RUGI (RM)
(ekor)
(RM)
(ekor)
(ekor)
(RM)

5.0 INFRASTRUKTUR
5.1 Lokasi
Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi,
jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan,
sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis.
Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radius
daripada kawasan kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir

dengan sungai atau sistem tali air. Ini bagi mengelakkan lempahan apabila berlaku
banjir atau hujan lebat. Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter)
dan disulami dengan pokok-pokok tanaman /buahan.
Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikan
jalan keluar-masuk ke kawasan ladang boleh dilalui sepanjang musim serta dapat
menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.

Tapak projek lembu fidlot perlu dikawasan yang strategik dari aspek
topografi, persekitaran dan kemudahan prasarana
5.2 Topografi
Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang
baik. Bagi kawasan yang kerap hujan penempatan projek fidlot di kawasan berbukit
adalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di samping
mengurangkan masalah tanah berbecak.
Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan
kos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan lain dibandingkan dengan kawasan
berbukit.
5.3 Bekalan Air Dan Elektrik
Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa
memilih tapak untuk projek fidlot.
Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minuman
sebanyak 25-40 liter sehari. Oleh yang demikian, penternak yang memelihara 100 ekor
akan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air minuman sehari. Air diperlukan juga
untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau parit pengairan merupakan
sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air.
Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa
hadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilang
makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin dan
peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal.
5.4 Reka Bentuk Kandang
Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk
penempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos
pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan.

Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan
perkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas dan
hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang
terbuka.

Contoh rekabentuk kandang yang praktikal dan ekonomik untuk projek lembu fidlot skala
sederhana (semi-komersil)
5.5 Kandang Kurungan
Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek
kemudahan infrastruktur yang 'standard' seperti berikut:

i. Bumbung
Bumbung kandang fidlot perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakan
semasa hujan dan panas. Bumbung boleh dibina sama ada dengan menutup
keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan lantai kandang, bergantung pada
modal yang ada.
Kandang yang di tutup sebahagiannya dengan bumbung membolehkan cahaya
matahari mengeringkan lantai, justeru mengurangkan pertumbuhan organismaorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada ternakan.
Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink,
atap, asbestos dan lapisan getah tar.
ii. Lantai
Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atau
berlumpur. Prestasi ternakan akan menurun sekiranya ternakan dipelihara di
tempat yang berbecak kerana keadaan sebegini akan memudahkan serangan
penyakit.
Lantai simen yang dibina mestilah mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya
10cm(4 inci) dan ini juga tertakluk kepada kepadatan tanah dengan kecerunan 2%
menghala ke parit.

iii

Rekabentuk kandang menunjukkan bumbung dan lantai konkrit yang praktikal dan
ekonomik untuk projek lembu fidlot komersil
iv Sistem Saliran
Kandang fidlot mestilah disediakan dengan sistem saliran (parit) yang lengkap
supaya air dan najis ternakan dapat disalirkan dengan sempurna
Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencuci
kandang. Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan pembiakan parasit dan
seterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot.
v Palung Makanan
Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungan
supaya pemberian makanan mudah dijalankan.
Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 60cm (24inci) lebar dan 45cm
(18inci) tinggi.
Seekor lembu memerlukan 15cm (6inci) ruang makanan. Lantai simen di bahagian
tempat makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang
terbuang dapat dibersihkan dengan mudah di samping mengelakkan kawasan
kandang menjadi lembab dan berbecak.
Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palung
makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang.
vi Palung Air Minuman
Kedudukan palung air minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan
jenis takungan air yang digunakan. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak,
palung airnya perlu ditempatkan diantara petak.
Kadang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air
minuman yang tersendiri. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran
46cm (18 inci) dan 60 cm(24 inci) tinggi.
Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain
daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai alternatif.

Contoh rekabentuk palung makanan dan air minuman yang praktikal dan ekonomik
vii Kolam Takungan Najis
Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untuk
mengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan
persekitaran. Dengan adanya kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkan
dapat dikumpulkan setempat.
Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan ternakan yang dipelihara dan
kegunaannya, (maklumat terperinci, sila rujuk Chapter 8: Sisa Buangan Fidlot) .
viiiTempat Rawatan
Tempat atau lorong rawatan (travis) diperlukan untuk memudahkan rawatan
ternakan dan boleh juga digunakan sebagai tempat untuk menimbang ternakan.

Kandang lembu fidlot perlu dilengkapi dengan loading ramp & travis untuk kemudahan
memunggah dan mengawal lembu

Tangki air perlu disediakan bagi menjamin bekalan


air bersih yang berterusan dan mencukupi untuk
minuman lembu

RAJAH A

RAJAH B

CONTOH PELBAGAI RUPA BENTUK BUMBUNG

CONTOH PALUNG MAKANAN DAN MINUMAN


6.0 PEMAKANAN
Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratus
daripada kos pengendalian/operasi. Oleh itu perancangan yang teliti bagi
memilih penggunaan bahan-bakan makanan yang ekonomik dan cekap
adalah kritikal.
6.1 Keperluan Nutrien
Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinya
terhadap kehidupan lembu adalah seperti berikut:-

i.

Air

mengawal suhu badan, memindah nutrien lain ke dalam


tubuh dan membantu dalam penglihatan dan pendengaran

ii

Protein

Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan


pengemukkan

iii

Karbohidrat

Sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan semua


aktiviti tubuh

iv

Lemak

Galian

Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak


tertentu
}
Penting untuk pembinaan tulang, gigi, otot dan sel-sel
darah

vi

Vitamin

A - Membantu dalam penglihatan

D - Pencernaan Kalsium dan fungsi proses pembiakan


E - Untuk menguatkan otot
Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnya
kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksimum.
Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal
lembu. Lembu fidlot memerlukan zat-zat nutrien ini secukupnya setiap hari,
daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan. Zat-zat nutrien
berkenaan perlu ada di dalam bahan-bahan terumus dalam rangsum
makanan yang diberikan.
Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah
seperti berikut:

Zat protein
Tenaga Metabolisma
Zat Galian Kalsium
Zat Galian Fosforus
Garam
Vitamin A & D
Zat serat
Air

- Minima 14%
- Minima 10.6 Mj/kg
- Minima 0.65%
- Minima 0.45%
- Diantara 0.50 - 1.0%
- MInima 2200 dan 300 i.u/kg
- Minima 15%
- Semahunya

6.2 Jenis Bahan Makanan


Terdapat pelbagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk ternakan
lembu fidlot. Umpamanya foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian
dan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :-

i) Foraj
ii) Bijirin
iii) Bahan protein
iv) Bahan sisa pertanian
Kelapa sawit
Padi
Tebu
Kelapa
Sisa dapur
Jagung manis
Ikan
Koko
Rumbia

- Rumput segar, rumput kering, silaj


- Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi
- Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang
hijau
-:
- Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit,
pelepah sawit
- Dedak padi, beras hancur, jerami padi
- Gula hitam (molas), Hampas tebu,,pucuk tebu
- Dedak kopra
- Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan
- Batang jagung (Dipotong, di silaj)
- Ikan baja
- Lenggai koko
- Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia

6.3 Jumlah Makanan


Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor lembu fidlot adalah bergantung
kepada berat lembu semasa. Secara purata mereka boleh memakan jumlah
bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat
badan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan.
Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makanan
yang ada, biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Ini
bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan

bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehingga


mencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400
kg.
Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula
menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5%
sahaja daripada persamaan berat badan sehari.
Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap
(konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang
diperlukan atau konsentrat biasa,
Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti
rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit
yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk
(silage) untuk mendapatkan zat serat.
Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot,
jumpah zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat tumbesaran lembu
perlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harian
yang tinggi.
Pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah
mengandungi kesemua zat-zat nutrien yang diperlukan, termasuk konsentrat,
bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk
projek fidlot berskala besar (komersil) kerana kesukaran mendapatkan unsur
rumput atau serat.
Bagi projek fidlot berskala kecil atau sederhana dimana pengusaha tidak
sukar mendapatkan unsur serat, penggunaan kaedah kedua adalah lebih
digalakkan. dalam kaedah ini, campuran bahan-bahan makanan biasa
(konsentrat) diberi bersama sedikit serat seperti rumput atau lain-lain bahan
sisa pertanian dan galian/garam jilat yang boleh disediakan sendiri dengan
mudah dan pada kos yang lebih murah.
Bagaimanapun, bagi kedua-dua kaedah yang dicadangkan tersebut, perlu
dipastikan rangsum makanan lembu fidlot mengandungi tidak kurang daripada
15% kandungan serat setiap hari. Ini penting kerana ternakan ruminan
memerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan kepada
ternakan adalah seperti berikut:i. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada
zat tenaga dan berbagai jenis Vitamin B
ii Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat
yang cukup, perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akan
memakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebih
banyak masa berada di dalam rumen untuk dicerna oleh bakteria
iii Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa jua jenis
bahan serat, tanpa perlu dicampur dengan vitamin komersil (tambahan)
. Vitamin A adalah penting untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.
6.4 Bahan-Bahan Makanan
Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak
begitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek.

Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu


mengandungi zat-zat nutrien yang cukup. Campuran lengkap zat-zat nutrien
yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan
yang mampu dimakan oelh ternakan
Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada
jenis makanan dan khususnya kepda berat badan yang dicapai, seperti
ditunjukkan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga
boleh didapati dalam Jadual 3.
Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantung
kepada persekitaran atau kawasan/daerah di negara ini. Kosnya juga adalah
berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain, mengikut kawasan
dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh
bahan-bahan makanan dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah
seperti ditunujkkan di Jadual 4.
Jadual 3 menunjukkan keperluan harian zat nutrien dan kemampuan
pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot:

Berat
Kadar
Pengambilan
Protein Tenaga Kalsium Fosforus Vitamin
Lembu Tumbesaran
Bahan
(kg) Metabolisma (g)
(g)
A (i.u)
(kg) (g/sehari) Kering (kg)
100
500
2.8 0.361
30.0
16
8 4200
150
500
4.0 0.476
39.4
18
11 6400
200
700
5.8 0.640
52.7
21
14 8500
250
700
6.3 0.718
61.2
23
17 10600
300
700
7.3 0.777
64.6
24
18 12700
350
800
7.4 0.811
73.3
26
19 12700
400
600
9.0 0.902
83.6
27
21 17000
450
600
9.5 0.898
91.3
28
22 19100
Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan zat
nutriennya :
Nama Bahan
Tenaga
Protein
Bahan Kering
Metabolisma Kalsium Fosforus
(%)
Makanan (%)
(Mj/kg)
Rumput
18.4 12.2 8.0
0.30
0.24
Napier
R.Napier,
30.0 6.6
7.0
0.25
0.30
silaj
Petai
19.1 40.4 6.7
0.37
0.51
Belalalng
Jerami
98.8 6.7
4.9
0.10
0.10
padi
Pucuk
30.9 6.2
7.3
0.26
0.11
Tebu
Hampas
25.4 26.6 7.5
0.67
0.53
barli
Dedak
88.0 14.4 11.2
0.20
0.68
gandum
Dedak
91.8 15.3 10.1
0.20
0.52
sawit (Exp)
Dedak
88.2 16.8 10.30
0.21
0.61
sawit (Sol)

Jagung
89.7
kisar
Dedak
88.4
soya
Dedak padi 91.6
Cip ubi
88.2
kayu
Kepala bilis 34.6
Batang
37.6
jagung
B.jagung,
23.2
silaj
Hampas
15.5
tauhu
Pelepah
36.4
sawir
Enapcemar
91.1
sawit
Beras
89.1
hancur
Hampas
14.7
sagu
Hampas
45.9
tebu
Gula hitam 76.4
Najis ayam 85.6

9.3

12.48

0.32

0.35

45.5

11.20

0.33

0.75

12.0

9.03

0.10

0.49

2.4

13.00

0.20

0.10

54.7

5.18

4.00

0.43

12.2

7.50

0.32

0.34

8.2

7.82

0.37

0.86

30.4

11.90

0.41

0.32

4.1

4.89

0.32

0.10

11.1

6.52

0.70

0.50

11.2

11.78

0.03

0.43

2.4

11.11

0.19

0.04

2.0

6.93

0.10

0.03

4.2
24.0

11.21
8.32

0.91
5.16

0.09
1.11

6.5 Rangsum Makanan Lembu Fidlot


Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah seperti
ditunjukkan di Jadual 5:
Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan (rujuk
Jadual 3) sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj
tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat
didalam rangsum makanan hariannya seperti kiraan berikut:Jadual 5 menunjukkan contoh kiraan rangsum makanan unutk lembu
fidlot:

Bahan
Dedak Isirong
sawit
Hampas soya
Hampas sagu
rumbia
Batang jagung,
diracik
JUMLAH

Jumlah Basah Persamaan Berat


(kg)
Kering (kg)
3.4

3.0

3.2

0.5

10.1

1.5

4.0

0.5
5.8 kg

Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap


lembu fidlotyang boleh diguna pakai sekiranya mahu. Jenis bahan-bahan
makanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum
makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenis
bahan yang boleh dan mudah diperolehi dengan memberikan kandungan

nutrien yang serupa.


Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi serta
yang ternurah diantara yang ada adalah penting. Untuk contoh yang diberikan
ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galian
Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan
13.4 gm, bersamaan dengan campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gm
Kapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya. Ia juga
memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari. Adalah lebih
baik sekiranya campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya lebih
mudah dan murah, menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dengan
mudah di negara ini.
Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6.
Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan
yang mudah bagi mendapatkan keperluan zat nutrien masing-masing,
bergantung kepada berat badan lembu semasa.
Jadual 6 menunjukkan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot :

Jenis Bahan Peratus


Trikalsium
fosfat
Garam biasa
Kapur (Ground
limestones)
JUMLAH

Rumusan Rumusan
10 kg
100 kg

40%

4.0

40.0

40%

4.0

40.0

20%

2.0

20.0

100%
atau

10.0 kg
atau

100.0 kg

Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30


sentimeter x 30 sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan
biarkan lembu fidlot menjilat semahunya . Dijamin ternakan tidak akan
memakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan
mendatangkan apa-apa mudarat kepada mereka.
6.6 Bahan Makanan Tambahan
i. Galian Jilat:
Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh
diberikan kepada ternakan, secara ad-libitium atau semahunya bagi
menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi.
ii. Blok Urea Molas (Urea Molasses Block)
Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian
yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada
ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika
diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat
tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping
meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang
berfungsi sebagai perangsang selera.
6.7 Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot

Campuran makanan untuk lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakan


berbagai kaedah formulasi : secara mesin kira biasa atau menggunakan
program-program komputer yang lebih tepat dan canggih. Pemakaian
program komputer dapat menjamin campuran konsentrat yang menepati
piawaian serta mengandungi segala zat nutrien yang diperlukan.
i. Kaedah Formulasi Makanan
Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkan
campuran makanan atau rangsum unutk lembu fidlot, diantaranya ialah:
a) Kaedah Silang (Pearson Square Method)
b) Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation)
c) Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation)
ii. Contoh Kaedah Silang
Kaedah Silang adalah suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat
praktikal. Suatu perkiraan rangsum dengan menggunakan kaedah ini amat
ringkas, seperti ditunjukkan dibawah.
Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein - 16%)
dan hampas sagu rumbia (Protein - 2.0%) disediakan untuk mendapatkan
purata kandungan protein sebanyak 14%.
Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandunbgi
14% protein yang diperlukan diletakkan ditengah-tengah "Silang" seperti
berikut :-

Dedak
isirong
sawit (16%)

11.5

11.5 x 100
13.5
= 85.0%

Hampas
sagu rumbia
(2.5%
Protein)

2.0
13.5

2x100 = 15.0%
13.5
100%

Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedak


isirong sawit dan hampas sagu rumbia dengan kandungan protein sebanyak
14% seperti berikut:Dedak isirong sawit : 85%

Hampas sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah)


Jumlah :
: 100.00%
Contoh yang sama boleh digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lain
untuk mendapatkan jumlah protein atau tenaga seperti yang diperlukan. Jika
diperhatikan campuran diatas tidak temasuk bahan galian. Dengan mudah
bahan galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut dengan
mengurangkan sedikit peratusan bahan-bahan diatas dan digantikan dengan
bahan galian seperti berikut:

Dedak isirong sawit


83.5%
Hampas sagu rumbia
14%
Trikalsium fosfat
1.0%
Garam
1.0%
Kapur (Ground limestone) 0.5%
Jumlah
100%
Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untuk
mendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahan
makanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang
perlu. Program komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan
boleh menepati apa saja kehendak pengguna.
6.8 Pemprosesan Makanan
Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang
kalanya perlu diproses terlebih dahulu. Ada juga bahan makanan yang boleh
digunakan terus seperti sedia ada. Ada bahan yang perlu dikisar halus seperti
bijirin , iaitu jagung atau diempingkan seperti oat, diproses minyaknya seperti
kacang soya dan kacang tanah atau diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit
dan batang jagung
Bahan-bahan makanan pula boleh dicampurkan menjadi makanan terumus
atau dicampur sebati dan boleh diberikan kepada ternakan dalam bentuk abuk
(mash), dipellet atau boleh juga dijadikan "wafer" atau ketulan empat segi
berukuran 1" x 1" x 1"
Untuk lembu fidlot adalah memadai jika makanan diberikan dalam bentuk
abuk sahaja bagi menjimatkan kos. Makanan dalam bentuk abuk hanya
memerlukan sebuah "mixer" yang tidak begitu mahal kosnya.
6.9 Jenis-Jenis Formulasi Makanan Lembu Fidlot.
Contoh kombinasi beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakan
untuk lembu fidlot, dimana bersesuaian adalah sperti disenaraikan di Jadual 7.
Jadual 7 menunjukkan contoh formulasi makanan untuk lembu fidlot:

Jenis Bahan
Formulasi 1 :
Dedak isirong sawit
Hampas sagu
rumbia (Basah)
Hampas soya

Pemberian untuk
Campuran
lembu 200 kg
(%)
(Bersamaan 5.8 kg
bahan kering)

50.0
30.0
17.5

2.9 kg
11.6 kg

(Tauhu, basah)
Trikalsium fosfat
Garam biasa
Kapur (Ground
limestone)
Formulasi 2 :
Dedak isirong sawit
Dedak padi
Gula hitam (Molas)
Beras hancur
Campuran 3 galian
Formulasi 3 :
Dedak padi
Beras hancur
Hampas kacang
hijau
Campuran 3 galian
Formulasi 4 :
Dedak isirong sawit
Enapcemar sawit
Gula molas
Corn gluten feed
Campuran 3 galian
Formulasi 5 :
Corn gluten feed
Hampas kacang
hitam
Dedak padi
Gula molas
Campuran 3 galian

1.0
1.0
0.5

6.8 kg
58.0 g
58.0 g
29.0

47.5
20.0
5.0
25.0
2.5

2.76 kg
1.16 kg
0.29 kg
1.45 kg
145 g

42.5
30.0
25.0
2.5

2.50 kg
1.75 kg
1.45 kg
145 g

47.5
20.0
5.0
25.0
2.5

2.75 kg
1.16 kg
0.29 kg
1.45 kg
145 g

32.5
30.0
30.0
5.0
2.5

1.90
1.75
1.75
0.29
145 g

Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembu
fidlot. Bahan-bahan didalam setiap formula tersebut perlu digaul rapi apabila
dicampurkan. Sekiranya campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus,
campuran kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam guni dan disimpan untuk
digunakan kemudian.
Jika alat mixer digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2 atau 5 tan
sekali dan tidak perlu dibuat setiap hari
Secara praktikal, pemberian dan keperluan makanan kepada lembu fidlot
tidah perlu disukat atau ditimbang setiap hari. Sebagai contoh, untuk lembu
yang beratnya sekitar 200 kg yang memerlukan sebanyak 5.8kg makanan
setiap hari, makanan boleh diberikan secara ad-libitium atau dibiarkan ia
makan mengikut kemampuannya, asalkan ia mendapat cukup makanan setiap
hari. Bagaimanapun, jangan dibiarkan makanan terdedah lama didalam
palung makanan atau sehingga melimpah dan membazirkan.
Jumlah keperluan makanan yang ditunjukkan di Jadual 3 itu adalah hanya
sebagai panduan sahaja supaya jumlah makanan yang perlu diberikan dapat
dianggarkan dengan cekap.

PKC adalah contoh makanan ternakan yang boleh diberi


kepada lembu fidlot samada secara 100% makanan
lengkap atau dirumus dengan bahan-bahan buangan
pertanian seperti hampas sagu atau soya

7.0 KESIHATAN

7.1 Sebelum Menerima Ternakan


Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya
2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk.
Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi
kuman). contoh disinfektan yang boleh digunakan :
Lindores
Omnicide
Mefarol
Lysol
Jadual 8 menunjukkan jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk
rawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fidlot:
Jenis
rawatan
i Rawatan
luka
ii Rawatan
sokongan

Contoh Ubat-Ubatan
Tinktur iodin 2%
Gusanex Spray
Serbuk Negasunt
Antistress - Stress Pak
Catasol/fercobsang/Tonophosphan/
Fercobsang/Vitamin B12/Dextrose
Kaolin, pectin
Beacosin/ Scourban Plus/Scour-X

Rawatan
antidirea
Antiinflamatori Dexa-tomanol
iv
(Rawatan Dexadresson
bengkak)
Rawatan
sakit mats
Eye ointment
v
Terramycine
pink eye
iii

spray
Rawatan
vi
Bloat remedy
kembung
Oxytetracycline
vii Antibiotik
berspektrum Penicilin
Streptomycine
luas
7.2 Sewaktu Menerima Ternakan
Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda
penyakit seperti:a. Diarea
b. Pernafasan tidak normal
c. Cecair daripada hidung (nasal discharge)
d. Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar
e. Bulu tidak kemas dan pudar
f. Kehadiran kutu pada badan ternakan
g. Tanda-tanda lain yang tidak normal
Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan
segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat
JPH terdekat untuk tujuan ini.
Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubat
antistress (Stress pak)
7.3 Semasa Tempoh Pemeliharaan
Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagi
mengelakkan jangkitan penyakit.
Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi
meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat
makanan.
Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut:
i. Pemberian ubat cacing (deworming)

Dilaksanakan jika perlu berdasarkan-

a. Tanda-tanda bebanan cacing seperti :

Kurang selera makan


Kurus/lemah
Berak cair/diarea
Najis berbau
Bulu tidak kemas dan pudar
Perut buncit/abdomen besar
Selaput basah pucat
Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu
b. Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)

bilangan telur cacing dalam tinja

Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral :
Systemic.Synantic
Chanaverrn Plus
ii. Pembasmian kutu (Deticking)

Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing pada


badan ternakan.
Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan- Asuntol,
Melathion, Tactic, Greenade : secara mandian/spray, Bayticol : secara
pour-on, Ivomec : secara suntikan
Bebanan kutu boleh mengugat tumbesaran ternakan disamping
menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit
seperti Babesiosis
iii. Rawatan

Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit


Pastikan rawatan itu ekonomik, berpotensi untuk sembuh, bukan
penyakit yang menular dengan cepat dan bukan penyakit zoonotik.
7.4 Penyakit-penyakit yang lazim
a. Diarea (cirit-birit)

Etiologi (Agen penyebab)

Pengurusan : pemakanan tidak sesuai


o Peralatan/air tidak bersih
o Parasit : cacing
o Bahan kimia : keracunan
o Penyakit : bakteria, viris, protozoa

Tanda klinikal

Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi


Pyrexia (demam), septicaemia, toxemia
o Anorexia (tiada selera, lemah)
Najis cair/lembik, berubah bau/warna

o
o

Diagnosis

o Pemeriksaan klinikal
o Perubahan pada najis
Calitan najis, serum, sampel najis, kikisan rektal, sumber
makanan (Ujian di makmal hubungi JPH)

Rawatan

o Antidiarea : contoh kaolin, pectin


Antibiotik : contoh neomycin (Scour-X, Scourban Plus
mengandungi kaolin dan neomycin)
o Coccidiostat : contoh Sulphadimidine 33 % (untuk rawatan
diarea akibat coccidiosis)
o Rawatan sokongan: Elektolit/cecair : contoh dextrose,
o

Metabolic stimulant /haematinic; contoh Catasol, Fercobsang,


Tonophosphan
Kawalan
o Kawal pergerakan keluar masuk
ternakan/orang/kenderaan untuk mencegah sebaran penyakit
o Jaga kebersihan kandang, program disinfectan
o Perbaiki pengurusan: kebersihan peralatan, air bersih,
asingkan ternakan sakit.
b. Pneumonia

Etiologi (Agen penyebab)


o Virus, bakteria, parasit, bahan kimia
Tanda klinikal
o Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea)
o Demam (pyrexia)
o Batuk, bersin, terdapat cecair daripda hidung (nasal
discharge)
o Lemah, kurus, tiada selera (anorexia)
Diagnosis
o Bunyi paru-paru
o Pemeriksaan klinikal
Rawatan
Jangkitan bakteria: Asingkan ternakan sakit, rawat dengan
antibiotik berspektrum luas (brad spectrum) seperti
oxytetracycline 20%
Kawalan
o Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat
(overcrowded)
o Asingkan ternakan sakit
o Pengudaraan kandang (ventilasi) baik
o Rawat tanda-tanda awal penyakit

c. Luka berulat

Etiologi (Agen penyebab)


o Kesan luka yang tidak dirawat
o Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria
menghasilkan bau busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia
bezziana untuk bertelur. Larva-larva yang dihasilkan
memakan dan merosakkan tisu. Jangkitan sekunder oleh
bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.
Tanda Klinikal
o Terdapat luka yang berulat
o ternakan gelisah, gatal
o Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun
Diagnosis
o Pemeriksaan/tanda klinikal
Rawatan
o Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen
peroksida 3%)
o Keluarkan ulat ( dengan forcep)
o Bunuh ulat dengan meggunakan serbuk Negasunt
o Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil
o Cegah lalat dengan Semburan Gusanex

Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkita


kedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh
Oxytetracycline 20% L.A
Kawalan
o Elakkan ternakan daripada luka
Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah
hinggapan lalat pada kawasan luka

d. Kembung (bloat)

Etiologi (agen penyebab)

Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan rketikulum melebihi kadar
pembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation). Gas yang
terkumpul menyebabkan rumen/retikulum membesar. Kadar gas yang
dikeluarkan secara berlebihan ini mungkin disebabkan :
o

Gangguan fizikal : sekatan pada esofagus, kedudukan


abomasum (abomasums displacement ) atau radang perut
(gastritis)
Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC). sensitiviti pada
ubat, kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayu
beracun
o Gangguan enterotoxamia/keracunan nitrat

Tanda klinikal

o Pembesaran bahagian kiri abdomen


Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk
o Kurang selesa, sakit bahagian abdomen
o Kadar penafasan meningkat
Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring
kesakitan
o Dyspnea (kesukaran bernafas)
Diagnosa
o Pemeriksaan /tanda klinikal
Rawatan
o

Pemberian ubat penahan kembung:


o
o

Beri "bloat remedy" terus ke dalam rumen atau secara oral


Minyak masak (100-500ml) boleh diguna untuk memendak
buih lantas menggalakkan pengeluaran gas.
o Halia dan turpentine juga boleh digunakan
Pengeluaran gas daripada rumen:

o
o

Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terus ke


dalam rumen
Bagi keadaan serius, guna tochar dan canula untuk menebuk
lubang di bahagian para-lumbar fossa di bahagian kiri
abdomen.
Kawalan
o Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus

o Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar


makanan dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum
memberi 100% PKC
NOTA:
Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukkan secara fidlot
mestilah sesuai dengan keadaan cuaca yang panas, mempunyai daya
ketahanan terhadap parasit dan penyakit.
Ternakan fidlot yang sering terdedah kepada kecederaan fizikal dan
asidosis laktik (rumenitis). Kecederaan fizikal pada amnya
disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yang
tidak mencukupi seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup
mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang kandang, kuantiti
makanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang
salah serta berlaku pergaduhan antara ternakan dalam kandang.
Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagian
kaki dan badan. Tabiat lembu jantan suka memanjat boleh
menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam seperti
paku dan serpihan kayu yang terdapat dikandang juga boleh
menyebabkan kecederaan pada ternakan.
Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap atau
pun cara memperkenalkan makanan konsentrat pada ternakan tidak
betul. Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauh
melebihi keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan
boleh mengalami asidosis laktik.
8.0

SISA BUANGAN FIDLOT

Keperhatinan masyarakat mengenai kualiti alam sekitar adalah amat peka dan
merupakan sesuatu yang sensitif. Disamping sistem pemasaran yang
kompetitif dan mengamalkan perdagangan bebas, maka pengurusan sisa
buangan/kumbahan dari ladang fidlot yang efisen adalah sangat penting.
8.1 Piawaian Air Buangan
Air buangan dari kandang fidlot terdiri daripada air cucian kandang dan tahi
lembu. Di Malaysia, nyahcas air buangan dikawal di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 - mengguna pakai Peraturan Kualiti Alam Sekeliling : Effluen,
Kumbahan dan Indsutri, 1979
Had-had parameter yang termaktub dalam kawalan dan piawaian Akta Kualti
Alam Sekeliling adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 9.
Jadual 9 menunjukkan had-had parameter penting Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974
Parameter
Piawaian A Piawaian B
Suhu, Celsius
40
40
PH
6.0-9.0
5.5-9.0
BOD (Permintaan
20 mg/L
50 mg/L
oksigen biokimia)
Suspended solids
50 mg/L
100 mg/L
(Pepejal

terapung)
Oil and grease

Not
detected

COD (Permintaan
oksigen kimia)

50 mg/L

10 mg/L

Nota : Piawaian A - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di dalam kawasan
tadahan
Piawaian B - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di luar kawasan
tadahan
8.2 Ciri-ciri Buangan Fidlot
i. Ciri-Ciri Tahi Lembu
Kandungan tahi lembu bergantung kepada kandungan bahan makanan yang
telah diberi. Walau bagaimanapun, pada umumnya ciri-ciri tahi lembu fidlot
adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 10
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri tahi lembu
Total solids, %
Total volatile solids, %
TS
Total Kjeldahl nitrogen,
%
Cellulose, %
Lignin, %
Hemicellulose, %

3-6
80 - 90
2-4
15 - 20
5 - 10
20 - 25

ii. Ciri-ciri Air Buangan


Air buangan terbentuk daripada air kencing dan air cucian najis/tahi lembu dari
kandang fidlot. Setengah bahan terlarut dalam air dan apa yang dikeluarkan
ialah "slurry"
Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan yang biasa dihasilkan oleh ladang
ternakan lembu fidlot. Jika dibandingkan dengan piawaian yang terkandung
dalam Jadual 9 di atas, potensi pencemaran air buangan adalah sangat tinggi.
Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan ladang fidlot :
Total solids, %
BOD, mg/L
COD, mg/L
Total Kjeldahl nitrogen, mg/L
Ammoniacal nitrogen, mg/L

3-6
5000- 9000
30000 - 60000
2000 - 3000
500

8.3 Pengolahan Sisa Buangan


Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal"
atau "air buangan"
Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air yang digunakan adalah
minimum. Objektif utamanya adalah untuk menstabilkan tahi supaya boleh
digunakan (contoh sebagai baja tanaman) tanpa risiko kesihatan/penyakit

Apabila air buangan atau "slurry" telah terbentuk kerana pencairan, maka cara
pengolahan air pula diperlukan untuk mengurangkan potensi pencemaran di
sungai atau saliran
i. Pembuatan Kompos
Di ladang ternakan yang mempunyai sistem untuk mengumpulkan najis,
pembuatan kompos boleh dilakukan sebagai saru cara untuk mengawal
pencemaran.
Proses kompos melibatkan aktiviti mengurai bahan organik secara aerobik
dan termofilik sehingga terdapat humus yang agak stabil. Suhu kompos yang
tinggi akan memusnahkan organisma patogen, benih rumput dan juga larva
serangga.
Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian
yang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman
menyerap nutrien yang telah dipertingkatkan. Nutrien akan diserap ke dalam
akar tumbuhan secara perlahan jika dibandingkan dengan baja kimia yang
mudah dilarut lesap
Di samping itu, baja kompos juga boleh memperbaiki keadaan tanah yang
berpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepasa akar
tanaman. Pengairan didalam tanah juga boleh diperbaiki supaya air tidak
bertakung.
Satu cara yang mudah untuk membuat kompos daripada najis yang berbentuk
pepejal ialah dengan mengumpulkan najis supaya menjadikan satu longgokan
yang berukuran 1.5m tinggi, 2m lebar dan 2m panjang. Proses pembentukan
kompos dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasukklah kandungan
lembapan, pengudaraan dan nisbah karbon nitrogen. Kandungan lembapan
yang sesuai untuk pembuatan kompos ialah antara 40% dan 60% Jika bahan
mentah terlalu kering, air boleh disiramkan. Jika terlalu basah pula, keadaan
anaerobik akan terjadi.
Untuk mengetahui samada kandungan lembapan mencukupi atau tidak ialah
dengan meramaskan bahan tersebut dengan tangan. Jika bahan kompos
melekat pada tangan, kandungan lembapan boleh dikatakan terlalu
tinggi. Sekiranya bahan itu peroi, ini menunjukkan bahawa kandungan air
sudah mencukupi. Pengudaraan diperlukan untuk membekalkan oksigen bagi
mikroorganisma aerobik. Pengudaraan boleh dilakukan dengan membalikkan
longgokan atau menggunakan kaedah mekanikal.
Pada minggu yang pertama dan kedua, kompos perlu dibalikkan setiap tiga
hari sekali. Ini adalah kerana suhu yang tinggi boleh menurunkan kuantiti
oksigen yang terdapat dalam longgokan tersebut. Pembalikan selanjutnya
dibuat hanya semiggu sekali hingga kompos menjadi matang. Kompos akan
matang dalam tempoh 40-60 hari jika keadaan sesuai.
Pengudaraan secara mekanikal boleh menyingkatkan masa yang diperlukan
kepada 2-3 minggu. Pengudaraan secara mekanikal boleh dilakukan dengan
mengepamkan udara ke dalam longgokan atau menggunakan jentera untuk
membalikkan longgokan.
ii. Sistem Lagun Untuk Pengolahan Air Buangan
Salah satu kaedah bagi mengurangkan pencemaran air buangan ialah dengan
menggunakan sistem lagun. Pengurangan bahan pencemar berlaku melalui

dua proses, iaitu pengenapan pepejal dan penstabilan bahan


organik. Beberapa jenis lagun berbentuk bergantung kepda ejnis-jenis
penjelmaan biologi.
a. Lagun Aerobik
Di dalam lagun aerobik, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahan
organik secara simbiosis. Oleh keranan cahaya matahari sangat mustahak
dalam pengeluran oksigen dan alga, kekeruhan air dan kedalaman lagun
merupakan dua faktor penting dalam operasi lagun aerobik.
Oleh itu, kedalaman lagun aerobik biasanya tidak melebihi 1.5m. Kedalaman
air tempat alga tumbuh adalah terhad pada jarak 50 cm dari permukaan air.
b. Lagun Yang Diudarakan
Apabila kandungan lagun diudarakan, pemindahan oksigen ke dalam air akan
bertambah dan kedalaman lagun boleh ditambah sehingga 4m. Pengudaraan
boleh dilakukan dengan mengepam air ke udara atau pun mengepam udara
ke dalam air. Kebanyakan alat pengudaraan yang terapung mengepam air ke
udara. Sebahagian besar daripada bahan pepejal menenap ke bawah lagun
tempat berlakunya penuraian anaerobik.
Pengudaraan boleh mengurangkan bau busuk yang biasanya di wujudkan dari
lagun anserobik. Walu bagaimanapun, kos alat pengudaraan serta kos
penyelenggaraan adalah tinggi
c. Lagun Fakultatif
Lagun fakultatif mengandungi dua zon, iaitu zon aerobik di bahagian atas dan
zon anaerobik di bahagian bawah. Di lapisan aerobik, alga yang
berfotosintesis menghasilkan oksigen. Bakteria aerobik menggunakan
oksigen untuk menstabilkan bahan organik. Lebih banyak lagi karbon akan
dihapuskan di zon anaerobik melalui fermentasi dan penghasilan
metana. Kedalaman lagun fakultatif adalah antara 1.2 hingga 2.5 m.
d. Lagun Anaerobik
Lagun anaerobik menerima air buangan yang banyak mengandungi bahan
organik sehingga zon aerobik tidak terwujud. Penguraian bahan organik
berlaku melalui pencernaan anaerobik di mana bakteria menurunkan asid
meruap kepada karbon dioksida dan gas metana.
Umumnya, lagun anaerobik digunakan untuk bahan organik dan bukan untuk
membersihkan air. Lagun anaerobik boleh dikorek agak dalam tetapi
sebaik=baiknya tidak menebusi aras air tanah.
iii. Pengeluaran Biogas
Pencernaan anaerobik yang dapat menghasilkan biogas juga boleh
mengurangkan BOD air buangan, Biogas ialah satu bahan bakar yang boleh
digunakan untuk memasak dan memasang lampu. Nilai kalori biogas lebih
tinggi daripada kayu dan arang.
Biogas ialah gas yang dihasilkan oleh mikrob apabila bahan organik
mengalami proses fermentasi dalam satu keadaan anaerobik yang sesuai
daripada segi sushu, kandungan kelembapan dan keasidan.

Komponen utama biogas ialah metana (CH4)(60 - 70%) dan karbon dioksida
(CO2). Selain daripada gas tersebut, biogas mengandungi sedikit hidrogen
sulfida, nitrogen, hydrogen dan karbon monoksida.
Untuk menghasilkan biogas, logi atau alat penghadam diperlukan. Ianya
merupakan satu tanki tempat proses fermentasi dijalankan. Penghadaman
mestilah berlaku didalam keadaan tidak telap udara dan tidak telap air. Alat
penghadam boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut cara bahan
baungan tersebut dimasukkan ke dalam penghadam, iaitu samada secara
berperingkat (batch-fed) atau secara berterusan (continuous-fed)
Dalam penghadaman secara berperingkat, bahan mentah dimasukkan sekali
gus sehingga penuh, kemudian alat penghadam ditutup untuk proses
fermentasi dan pengelauran gas. Lama kelamaan, pengeluaran biogas akan
berkurangan dan akhirnya berhenti disebabkan kekurangan bahan
mentah. Pada masa itu, penghadam dikosongkan dan kemudian dipenuhkan
semula dengan bahan mentah yang baru.
Dalam penghadaman secara berterusan, alat penghadam pada mulanya
dipenuhkan dengan bahan mentah, kemudian sejumlah bahan mentah yang
tertentu dimasukkan setiap hari. Bahan harian akan mengeluarkan bahan
yang telah dihadam bersamaan dengan isipadu yang dimasukkan.
Tangki gas juga diperlukan untuk menyimpan biogas. Tangki gas dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu tangki tetap (fixed dome gas holder) dan tangki
terapung (floating gas holder)
Dalam tangki tetap, alat penghadam juga digunakan sebagai penyimpan
gas. Isipadu kebuk penyimpan tersebut (Iaitu bahagian di atas aras bahan
yang di fermentasikan) tetap dan tidak berubah mengikut isipadu gas yang
ada.
Tangki terapung pula boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama
ialah tangki yang diletakkan di atas bahan mentah yang sedfang
berfermentasi di dalam alat penghadam. Jenis kedua ialah tangki yang
diletakkan di atas air dalam satu tangki yang berasingan. Tiang-tiang
penunjuk perlu digunakan supaya tangki terapoung tidak senget.
iv. Kegunaan Keladi Bunting
Salah satu daripada cara mengurangkan potensi pencemaran air buangan
ialah menggunakan tumbuhan seperti keladi bunting. Keladi bunting
(Eichornia crassipes) didapati boleh mengurangkan BOD air
buangan. Tumbuhan ini boleh digunakan bersama sistem lagun.
Di samping mengawal pencemaran, hasil biojisim (dianggarkan sebanyak 66
tan.ha tahun) boleh diperolehi. Keladi bunting boleh digunakan sebagai
makanan ternakan, atau dikomposkan bersama-sama dengan najis ternakan.
v. Integrasi Dengan Pengeluaran Ikan
Pengeluaran ikan yang menggunakan najis ternak (itik, ayam dan babi) telah
lama dipraktikkan di Asia. Kajian menunjukkan bahawa najis ruminan juga
boleh digunakan untuk pengeluaran ikan.
Satu sistem integrasi yang melibatkan kambing dan ikan berdasarkan 400
ekor kambing/ha dapat menghasilkan sebanyak 5.5 hingga 7 tan/ha tahun.

Sebahagian daripada najis ternakan yang dipelihara secara intensif boleh


digunakan di dalam kolam ikan. Pengusaha yang berminat menggunakan
sistem berkenaan boleh merujuk kepada pihak yang pakar seperti Jabatan
Perikanan atau Technology Park Malaysia (TPM) yang juga ada menjalankan
kajian secara saintifik dalam teknologi integrasi ternakan dengan pengeluaran
ikan.
vi. Sistem Bersepadu
Kawalan pencemaran di sesuatu ladang ternakan tidaklah terhad kepada satu
cara pengolahan sahaja. Sistem bersepadu yang merangkumi beberapa
kaedah adalah digalakkan.
Prinsip yang harus diamalkan ialah dengan menganggap najis/tahi ternakan
sebagai bahan mentah sekunder dan menggunakan sumber-sumber lain yang
terdapat di ladang ternakan secara maksimum.
Satu contoh sistem bersepadu ialah sebagaimana yang ada diamalkan di
Filipina. Di ladang tersebut, najis ternakan digunakan untuk
pengeluaran biogas yang digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu, pam,
alat-alat pembancuh dan penghancur di kilang makanan dan juga alat
pembakar. Selepas pencernaan anaerobik, sistem lagun digunakan sebagai
baja untuk tanaman. Sebahagian daripada enapcemar juga digunakan
sebagai bahan makanan.
vii. Pengeringan
Pengeringan ialah pembuangan air yang terdapat pada najis untuk
menghalang aktiviti mikrob supaya menghasilkan bahan sampingan
(berbentuk baja atau humus) yang stabil dan berisipadu rendah. Kos input
bagi kaedah ini adalah tinggi kerana tenaga (bahan bakar) yang banyak
diperlukan untuk menurunkan kelembapan daripada najis.
Untuk menghasilkan satu kilogram najis kering daripada najis/tahi lembu,
pembaungan air sebanyak 54.2 loter dikehendaki, ini tidak termasuk air
basuhan.
Pengeringan boleh dilakukan dalam tanur pengering. Berbagai-bagai jenis
alat pengeringan tersebut boleh didapati dalam pasaran. Walau
bagaimanapun, oleh sebab kos modal yang sangat tinggi penggunaan cara ini
adalah kurang ekonomik, kecuali sekiranya ladang fidlot diusahakan secara
komersil (besar-besaran) dan hasil baja dapat dijual dengan harga yang agak
tinggi.
viii. Penunuan
Penunuan atau insinerasi ialah proses pembakaran najis sehingga bahan
organik yang asal dijadikan gas-gas dan abu. Cara ini tidak memerlukan
kawasan yang besar, tetapi mempunyai dua kelemahan.
Pertama, kos modal yang amat tinggi dan kedua, tidak ada peluang untuk
menghasilkan bahan sampingan (baja atau humus). Kaedah punuan hanya
boleh dipertimbangkan apabila kaedah-kaedah lain tidak dapat diamalkan
secara pratikal.

8.4 Penggunaan Enapcemar


Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan najis biasanya
digunakan untuk salah satu daripada kegunaan berikut:a.

Penggunaan tanaman : sebagai baja atau pengkondisi


tanah dan juga pembuatan "potting mixture"
Pemulihan tanah:enapcemar digunakan unutk
b
menmabah bahan organik kepada tanah seperti tanah
lombong
c
Ditaburkan di kawasan hutan
Pemeliharaan ikan: digunakan dalam kolam ikan sebagai
d
baja untuk alga
Rajah C
menunjukkan lakaran plan susunatur dan rekabentuk lagun (oxidation
pond) untuk pengolahan air buangan fidlot

9.0 EKONOMI
Selain daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan, perancangan projek yang
cekap akan menentukan kejayaan dan keuntungan sesuatu projek fidlot yang
diusahakan. Aspek ekonomi merupakan faktor utama yang sangat penting
dan perlu dikaji dengan teliti oleh pengusaha-pengusaha fidlot sebelum
membuat keputusan untuk meneruskan projek yang dirancang atau
sebaliknya.
Parameter yang perlu diambil kira dalam menentukan kos projek fidlot dengan
model yang dinyatakan (200 ekor lembu setiap pusingan) adalah seperti
ditunjukkan di Jadual 12.
Perancangan projek fidlot memerlukan kajian teliti beberapa aspek ekonomi
yang penting seperti berikut:a. Unjuran aliran fizikal ternakan (Jadual 13)
Bahagian ini meliputi unjuran aliran fizikal ternakan bulanan dan tahunan
b. Unjuran aliran tunai (Jadual 14)
c. Unjuran penyata pendapatan (Jadual 15)
d. Analisis kepekaan (Jadual 16)
e. Analsis margin kasar (Jadual 17)
Kajian dan penelitian mengenai aspek-aspek diatas sangat perlu terutamanya
dalam menentukan dayamaju projek, seterusnya membuat keputusan untuk
membuat pelaburan dalam bidangusaha ternakan lembu fidlot atau
sebaliknya.
9.1

Dayamaju Projek (Projek Viability)

a. Dayamaju Teknikal (Technical Viability)


Dayamaju teknikal lebih menekankan kepada aspek-aspek teknikal dalam
projek yang dirancangkan. Ia lebih menitikberatkan pengurusan projek secara
teknikal.

Parameter penting yang perlu diambil kira adalah seperti kadar kematian,
jumlah muatan stok, berat ternakan, kadar tumbesaran (peningkatan berat
badan) dan tempoh pemeliharaan. Ia juga perlu mengambilkira sumbersumber yang ada serta boleh diperolehi seperti tanah, buruh, modal dan
pengurusan supaya projek boleh dijalankan. (technically feasible) (Rujuk
Jadual 13a & b : Unjuran Aliran Fizikal Ternakan)
b. Dayamaju Kewangan (Financial Viability)
i. Aliran Tunai Bersih (Net cash flow)
Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan samada angka positif
atau negatif pada aliran tunai bersih. Lebih banyak tahun-tahun yang
menunjukkan angka positif memberikan petunujk projek itu lebih
berdayamaju. (Rujuk Jadual 14a, b & c : Unjuran Aliran Tunai ).
ii. Tempoh Pulangan Balik Modal (Pay-back period)
Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan lebihan atau
kurangan terkumpul pada setiap tahun. Angka positif pada tahun tertentu
akan menunujkkan tahun dimana berlaku tempoh pulangan balik modal.
Dalam contoh yang diberikan, tempoh pulangan balik modal adalah pada
tahun keenam. (Rujuk Jadual 14b & C : Unjuran Aliran Tunai)
iii. Nilai Kini Bersih : NKB (Net present value : NPV)
NKB adalah satu nilai aliran tunai bersih yang telah didiskaunkan dengan satu
kadar diskaun, untuk sesuatu tempoh perancangan projek. yang dicadangkan
dianggap berdaya maju. Semakin tinggi nilai NKB semakin berdayamaju
projek yang dicadangkan.
Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman, NKB pada kadar diskaun 10%
adalah RM 486,106.97 dan pada kadar diskaun 15% adalah RM
243,937. Nilai NKB adalah positif dalam kedua-dua keadaan dan projek
dianggap berdayamaju (Rujuk Jadual 14b & c : Unjuran Aliran Tunai.)
iv. Kadar Pulangan Dalaman : KPD (Internal rate of return : IRR)
KPD adalah satu kadar yang menyamakan Nilai Kini Bersih (NKB) dengan
sifar (0). Semakin tinggi nilai KPD semakin berdayamaju projek dari segi
ekonomi. Biasanya KPD akan dibandingkan dengan kadar faedah semasa
(base lending rate). Sekiranya KPD lebih tinggi dibandingkan dengan kadar
faedah semasa, projek adalah berdayamaju. Dalam Contoh yang diberikan,
KPD adalah 20.63% tanpa pinjaman dan 23.33% dengan pinjaman. Keduaduanya adalah melebihi kadar faedah semasa (6%) dan projek dianggap
berdayamaju ( Rujuk Jadual 14b & C : Unjuran Aliran Tunai)
v. Nisbah Faedah Kos : NPK (Benefit-cost ratio : BCR)
Nisbah faedah kos adalah satu nilai yang menunjukkan nilai pulangan kepada
setiap RM kos setelah mengambilkira faktor NKB dan kadar diskaun.
Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman bank NFK pada kadar faedah
10% adalah 1.07 dan pada kadar faedah 15% NFK adalah 1.05. Manakala
dengan pinjaman bank NFK pada kadar faedah 10% adalah 1.05 dan NFK
pada kadar faedah 15% adalah 1.03

Semakin tinggi kadar faedah semakin rendah NFK dan semakin tidak
berdayamaju projek yang dirancangkan. Secara umumnya, NFK yang
melebihi 1(satu) menunjukkan projek boleh dijalankan dan berdayamaju
(Rujuk Jadual 14b & c : Unjuran Aliran Tunai)
vi. Penyata Pendapatan (Income statement)
Penyata pendapatan menunjukkan keuntungan/kerugian tahunan yang
dijangka dalam projek yang dicadangkan. Ia mengambilkira jualan, kos tetap
serta kos operasi tahunan sesuatu projek yang dirancangkan. Penyata
pendapatan juga akhirnya akan membolekhan pengusaha mengirakan kos
pengeluaran ternakan serta membuat strategi harga jualan supaya
mendatangkan margin keuntungan yang dikehendaki.
Dalam contoh rancangan projek yang diberikan, projek secara puratanya akan
memberikan keuntungan tahunan sebanyak RM178,437 atau RM 14,870
sebulan bermula dari tahun pertama projek (Rujuk Jadual 15 : Unjuran
Penyata Pendapatan)
vii. Analisis kepekaan (Sensitivity analysis)
Analisis kepekaan adalah satu kaedah mengukur dayamaju projek sekiranya
berlaku perubahan harga input atau output dalam projek yang
dicadangkan. Ukuran dayamaju akan dikirakan melalui petunjuk ekonomi aitiu
KPD, NKB, NFK dan tempoh pulang balik modal.
Beberapa parameter kritikal diambilkira seperti harga anak lembu, makanan
ternakan, tenaga kerja dan harga jualan lembu ex-farm. Secara umumnya
sekiranya harga input meningkat sementara faktor lain adalah tetap projek
semakin tidak berdayamaju.
Sekiranya harga output meningkat sementara faktor lain tetap projek semakin
berdayamaju. Biasanya pinjaman bank akan menjadikan projek lebih
berdayamaju tetapi sekiranya berlaku penurunan harga output dan
peningkatan harga input, risiko kewangan projek semakin besar iaitu projek
semakin tidak berdayamaju (Rujuk Jadual 16 : Analisi Kepekaan)
viii. Analisis MArgin Kasar : AMK (Gross Margin Analysis)
AMK adalah perkiraan kasar yang mengambilkira Hasil dan Kos Berubah
sahaja. Hasil akan ditolakkan dengan kso berubah untuk mendapatkan
Margin/Keuntungan Kasar. Kegunaan utama AMK adalah untuk
mendapatkan gambaran kasar mengenai untung-rugi projek bagi setiap unit
pengeluaran. Ia juga penting untuk menentukan sasaran pendapatan bulanan
seseorang pengusaha.
Dalam contoh yang diberikan, Margin Kasar seekor lembu fidlot dengan
parameter-parameter yang dicadangkan adalah RM170.20/ekor/pusingan
(tempoh penggemukkan 6 bulan). Ini bermakna untuk mendapatkan
pendapatan tetap bulanan sebanyak RM2,000 sebulan, seseorang
pengusaha perlu memelihara sebanyak (minimum) 70 ekor lembu fidlot dalam
sesuatu ,masa/pusingan (Rujuk Jadual 17 : Analisis Margin Kasar)
JADUAL 12
Parameter digunakan untuk pengiraan ekonomi Lembu Fidlot

Parameter
Input anak lembu
Bilangan pusingan pemeliharaan
Purata tempoh pemeliharaan
Purata berat awal anak lembu
Purata berat akhir lembu
Purata kenaikan berat
Kadar kematian
Harga jualan (ex-farm)
Purata pengambilan makanan (PKC)
Purata pengambilan makanan (bahan
lain)
Purata pengambilan foder (Napier)
Harga anak lembu
Harga makanan PKC
Harga purata kesemua bahan makanan
Garam
Vitamin
Perubatan
Tenaga kerja
Utiliti & Bahanapi
Pembaikan dan senggaraan
Baja & bahan kimia
Pelbagai
Belanja pengurusan

200
6
200
200
350
0.75
2%
RM5.00
6

ekor pusingan
ekor pusingan
kali setahun
hari
kg
kg

kg/ekor/hari

10
RM1,000.00
RM 0.30
RM0.32
5.00
4.00
2.00
23.17
4.28
6.92
1.70
15.55
12.73

kg/ekor/hari
seekor
se kg
se kg
seekor/pusingan
seekor.pusingan
seekor/pusingan
seekor/pusingan
seekor/pusingan
seekor/pusingan
seekor/pusingan
seekor/pusingan
seekor/pusingan

Kos Modal/Pelaburan
Sewa tanah
Persediaan tapak
Penanaman foder

RM12,000
RM8,000
RM10,000

II Prasarana
Kandang
Kuarters pekerja
Kandang pengendalian (Control yard)
Ambin pemungahan (Loading ram)
Stor
Tangki air
Perpaipan
Rumah pam
Jalan & Pemagaran
Sistem pembuangan najis

RM70,000.00
RM30,000.00
RM10,000.00
RM5,000.00
RM12,000.00
RM6,000.00
RM7,000.00
RM1,000.00
RM5,000.00
RM15,000.00

III Mesin & peralatan


Pam air
Alat penimbang

RM1,800.00
RM
12,000.00
RM40,000.00

Traktor
Gerabak pengangkut makanan (Feeding
RM15,000.00
wag)

kg/hari
se kg

Pemotong rumput (chopper)


Peralatan-peralatan lain

RM7,000.00
RM5,000.00

PROJEK : LEMBU FIDLOT


JADUAL 1 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN

JADUAL 13(a)

Parameter teknikal

200 ekor / 2 bulan

Baka

Kacukan

Kemasukan ternakan

200 kg

Kadar tumbesaran

0.75 kg/hari

Berat awal

350 kg

Tempoh penternakan

200 hari

Berat akhir

2%

Kadar kematian
JADUAL 1.1 : ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN (
BULANAN )

PUSINGAN/BULAN
1
1 200
2

3
197
200

5
196
197

7
0
196

9
0
0

200

197
200

4
5

11
0
0

13
0
0

15
0
0

17
0
0

19
0
0

21
0
0

23
0
0

196

197

196

200

197

196

200

197

196

200

197

196

200

197

196

200

197

196

200

197

196

200

197

196
593

200
196
593

6
7
8
9
10
11
12
PENGELUARAN
JUMLAH STOK

0
200

0
397

0
593

196
593

196
593

196
593

196
593

196
593

196
593

196
593

JADUAL 1.2 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN (TAHUNAN)


JADUAL 13(b)
Tahun
Jumlah Pembelian
(ekor)
Stok akhir (ekor)
Jumlah kematian (ekor)
Jumlah jualan (ekor)
Jumlah jualan (kg)
Jumlah kenaikan berat
badan (kg)

10

1200

1200

1200

1200

1200

1200

1200

1200

1200

1200

593
18
589
206227

593
18
1178
412453

593
18
1178
412453

593
18
1178
412453

593
18
1178
412453

593
18
1178
412453

593
18
1178
412453

593
18
1178
412453

593
18
1178
412453

593
18
1178
412453

142748

172453

172453

172453

172453

172453

172453

172453

172453

172453

PROJEK : LEMBU FIDLOT


JADUAL 2 : UNJURAN ALIRAN TUNAI
TAHUN

A.

TUNAI MASUK

1.

Jualan

Nilai lupus

Berat
(kg)
350

harga/unit

RM 5.00 RM/kg

1031134 2062267

2062267 2062267 2062267 2062267 2062267 206226

1031134 2062267

2062267 2062267 2062267 202267 2062267 206226

Jumlah Tunai masuk

TUNAI KELUAR

B1

KOS MODAL

Kuantiti

Sewa tanah

12

1000 RM/ekar

12000

Persediaan tapak

10

800 RM/ekar

8000

Penamanan foder

10

1000 RM/ekar

10000

II Prasarana
1

Kandang

70000

Kuarters pekerja

30000

Kandang pengendalian (Control yard)

10000

Ambin pemungahan (Loading ram)

5000

Stor

12000

Tangki air

6000

Perpaipan

7000

Rumah pam

1000

Jalan & Pemagaran

5000

10

Sistem pembuangan najis

15000

III

Mesin dan peralatan

Pam air

1800

18000

Alat penimbang

12000

12000

Traktor

40000

Gerabak pengangkut makanan (Feeding wagon)

15000

Pemotong rumput (chopper)

7000

Peralatan-peralatan lain

5000

Jumlah Kos Modal

271800 0

B.2

KOS OPERASI

Anak Lembu

200

RM 5.00 RM/kg

1200000 1200000

1200000 1200000 1200000 1200000 1200000 120000

Makanan lembu

RM0.32 RM/kg

383078

527940

527940 527940

527940 527940 527940 527940

Garam

RM/ekor

4129

5892

5892

5892

5892

5892

5892

5892

Vitamin

RM/ekor

3540

4714

4714

4714

4714

4714

4714

4714

Perubatan

RM/ekor

1870

2357

2357

2357

2357

2357

2357

2357

Tenaga kerja

3000

RM/bulan 0

39000

40950

42998

45147

47405

49775

52264

54877

500

RM/bulan 0

6000

6300

6615

6946

7293

7658

8041

8443

8154

8154

10872

10872

10872

10872

10872

10872

250

RM/ekar/th0

2500

2500

2500

2500

2500

2500

2500

2500

7000
5000
0

25800

JADU

Utiliti & Bahapi


Pembaikan
Baja & Bahan kimia
Pelbagai

16483

17988

18039

18064

18090

18117

18146

18176

Pengurusan

20000

20000

20000

20000

20000

24000

24000

24000

1684753 1836795

1841927 1844432 1847063 1853825 1856725 185977

271800 1684753 1836795

1841927 1844432 1872863 1853825 1856725 185977

Jumlah kos operasi


Jumlah Tunai Keluar (B1 + B2)

Aliran Tunai Bersih

Lebihan/Kurangan

-271800 -653619

225472

220341 217835

189404 208442 205542 202497

Lebihan/Kurangan Terkumpul

-271800 -925419

-699947

-479607 -261772

-72367

DAYAMAJU KEWANGAN (TANPA PINJAMAN)


KADAR PULANGAN DALAMAN
(KPD)
NILAI KINI BERSIH (NBK)
df

136075 341617 544114

20.63%
NISBAH FAEDAH KOS

(NPV)

(NFK)

10.00%

RM 486,106.97

1.07

15.00%

RM 198,239.55

1.05

Pinjaman

80%

217440

Bayaran balik pinjaman (5 tahun)


Bayaran Faedah (baki akhir)

4%

Jumlah bayaran balik Pinjaman

43488

43488

43488

43488

43488

8697.6

6958.08

5218.56 3479.04

52185.6

50446.08

48706.5646967.04 45227.52

1739.52

F.

Jumlah kos termasuk pinjaman

271800 1736938 1887241.381890633 1891399.11918090 1853825 1856725 185977

Hasil (dengan pinjaman)

217440 1031133.62062267.2 2062267 2062267.22062267 2062267 2062267 206226

Lebihan/kurangan (dengan pinjaman)

-54360 -705805

175026

171634 170868

Lebihan/Kurangan terkumpul (dengan pinjaman)

-54360 -760165

-585139

-413505 -242636.8 -98459.9 109982.4315524.2518020

DAYAMAJU KEWANGAN (DENGAN PINJAMAN)


KADAR PULANGAN DALAMAN
(KPD)
df

144177 208442 205542 202497

23.33%

NILAI KINI BERSIH (NKB)

NISBAH FAEDAH KOS

NPV

(NFK)

10%

514790

1.05

15%

243937

1.03

JADUAL 15
JADUAL 3 : UNJURAN PENYATA PENDAPATAN
1
A

JUALAN

KOS JUALAN

10

1031134 20622672062267 2062267

2062267 2062267 2062267 2062267 2062267 206226

+ Stok permulaaan

792605 792605

+Pembelian

1200000 12000001200000 1200000

1200000 1200000 1200000 1200000 1200000 120000

792605 792605

792605

792605 792605 792605 792605

- Stok Akhir

792605

792605 792605

792605

792605 792605

792605 792605 792605 792605

UNTUNG KASAR

623739

862267 862267

862267

862267 862267

862267 862267 862267 862267

KOS OPERASI

D1

Kos Tetap (Susutnilai)


Sewa tanah & foder

10%

/tahun

3000

3000

3000

3000

3000

3000

3000

3000

3000

3000

Bangunan & Prasarana

5%

/tahun

8050

8050

8050

8050

8050

8050

8050

8050

8050

8050

Mesin dan peralatan

20%

/tahun

5160

5160

5160

5160

5160

5160

5160

5160

5160

5160

Traktor & gerabak

10%

/tahun

5500

5500

5500

5500

5500

5500

5500

5500

5500

5500

21710

21710

21710

21710

21710

21710

21710

21710

21710

21710

Jumlah kos tetap


D2

Kos langsung

Makanan lembu

383078

527940 527940

527940

527940 527940

527940 527940 527940 527940

Garam

4129

5892

5892

5892

5892

5892

5892

5892

5892

5892

Vitamin

3540

4714

4714

4714

4714

4714

4714

4714

4714

4714

Perubatan

1870

2357

2357

2357

2357

2357

2357

2357

2357

2357

Tenaga kerja

39000

40950

42998

45147

47405

49775

52264

54877

57621

60502

Utiliti dan Bahanapi

6000

6300

6615

6946

7293

7658

8041

8443

8865

9308

Pembaikan

8154

8154

10872

10872

10872

10872

10872

10872

10872

10872

Baja & bahan kimia

2500

2500

2500

2500

2500

2500

2500

2500

2500

2500

Pelbagai

16483

17988

18039

18064

18090

18117

18146

18176

18208

18241

10

Faedah pinjaman

8698

6958

5219

3479

1740

Jumlah kos langsung

473450

623753 627145

627911

628802 629825

632725 635771 638968 642326

Kos pengurusan

20000

20000

20000

20000

24000

Jumlah kos operasi (D1 + D2 + D3 )

515160

665463 668855

669621

670512 675535

678435 681481 685678 689036

UNTUNG / RUGI (C-D)

108578

196804 193412

192646

191755 186732

183832 180787 176589 173231

D3

20000

24000

24000

PROJEK : LEMBU FIDLOT


JADUAL 4 : ANALISIS KEPEKAAN
JADUAL 16

Harga jualan lembu


(tanpa pinjaman)

+ 10%
- 10%

44.54%
- 3.89%

1,580,645.00
(608,431.00)

1.18
0.96

Tempoh
pulang balik
modal (tahun)
3.90
9.02

(dengan pinjaman)

+ 10%
- 10%

55.77%
- 449.00%

1,609,329.00
(579,749.00)

1.15
0.95

2.80
tiada

Kos anak lembu


(tanpa pinjaman)

+ 10%
- 10%

5.98%
36.79%

(190,912.00)
1,163,126.00)

1.01
1.15

9.50
3.40

(dengan pinjaman)

+ 10%
- 10%

6.18%
45.41%

(162,229.00)
1,191,810.00

0.99
1.12

9.45
1.20

Kos makanan lembu + 10%


(tanpa pinjaman)
- 10%

14.34%
27.06%

200,343.00
771,870.00

1.04
1.10

7.20
4.30

(dengan pinjaman)

+ 10%
- 10%

15.74%
31.35%

229,027.00
800,554.00

1.02
1.08

7.30
4.30

Kos tenaga pekerja


(tanpa pinjaman)

+ 10%
+ 20%

20.05%
21.21%

449,465.00
512,748.00

1.07
1.07

5.5
5.3

(dengan pinjaman)

+ 10%
+ 20%

22.62%
24.05%

488,149.00
541,432.00

1.05
1.05

5.6
5.4

Parameter asal (tanpa pinjaman) 20.63%


Parameter asal (dengan pinjaman) 23.33%

486,106.00
514,790.00

1.07
1.05

5.6
5.5

KPD
%

mailto:NKB@10%25
NFK
(RM)

25000

25000

PROJEK : LEMBU FIDLOT


JADUAL 5 : ANALISIS MARGIN KASAR
Kemasukan ternakan
Berat permulaan
Berat akhir
Kadar kematian

200 ekor/ 2 bulan


200 kg
350 kg
2%

Baka
Kadar tumbesaran
Tempoh pemeliharaan

Kacukan
0.75 kg/hari
200 hari

JADUAL 17

A.

HASIL
Jualan lembu fidlot

B
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12

KOS BERUBAH
Feeder Cattle
Pembelian makanan
Garam
Vitamin
Perubatan
Tenaga kerja
Utiliti & Bahanapi
Pembaikan dan senggaraan
Baja dan Bahan kimia
Pelbagai
Belanja pengurusan
Kos faedah pinjaman
Jumlah kos berubah

C
D

MARGIN KASAR
JUMLAH MARGIN KASAR

10.0

Unit

Kuantiti

Harga/unit RM/ekor/pusingan

kg/ekor

343

5.00

1715.00

kg/ekor
kg/ekor
"lump sum"
"lump sum"
"lump sum"
"lump sum"
"lump sum"
"lump sum"
"lump sum"
"lump sum"
"lump sum"

200
1400

5.00
0.32

1000.00
448.00
5.00
4.00
2.00
34.75
5.35
6.92
2.12
15.26
16.97
4.43
1544.80

5892
4714
2357
40950
6300
8154
2500
17988
20000
5219

RM/ekor
RM/ladang/tahun

170.20
204,239.37

PENUTUP

Projek ternakan lembu fidlot sekiranya diusahakan secara komersil


(tahap komersil adalah sekurang-kurangnya 600 ekor setahun)
menggunakan hasil buangan industri pertanian sebagai sumber
makanan dengan penggunaan teknologi terkini dan secra mekanikal
adalah berdaya maju dan menguntungkan.
Pihak atau individu yang berhasrat untuk mengusahakan projek
ternakan lembu fidlot disaran supaya meneliti dan merujuk "Manual
Penternakan Lembu Fidlot" sebagai panduan.
Sepertimana yang dimaklumkan, manual ini disediakan hanya sebagai
panduan secara umum sahaja. Penternak atau bakal pengusaha
dinasihatkan supaya menghubungi dan merujuk pegawai di pejabat
Jabatan Perkhidmatan Haiwan (Negeri atau Daerah) yang terdekat
untuk mendapatkan penerangan dan maklumat yang lebih

terperinci. Khidmat nasihat secara berterusan adalah penting bagi


menjamin kemapanan dan dayamaju projek ternakan lembu fidlot yang
diusahakan untuk berdaya saing bukan sahaja bagi pasaran tempatan
bahkan jua untuk pasaran eksport.
Pengusaha atau penternak juga dinasihatkan supaya merujuk buku
panduan "Amalan Baik Penternakan Fidlot (GAHP Fidlot)" yang
diterbitkan oleh Jabtan Perkhidmatan Haiwan sebelum mengusahakan
projek/ladang ternakan lembu fidlot.

[ Menu Utama ]

Anda mungkin juga menyukai