Anda di halaman 1dari 4

http://cikgusazali.blogspot.

com
SOALAN 3 (b) :
SPM 2005

KEMAHIRAN SINTAKSIS

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
(ii)
(iii)

Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.


Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan
kediaman semakin meningkat.
Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada
minggu lepas.

SPM 2006
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
(i)
(ii)
(iii)

Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?


Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

SPM 2007
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
(ii)
(iii)

Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000
hingga 2006.
Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
Pelatih Progran Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.

SPM 2008
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN + FN) +, Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau
Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Baju sutera ini untuk ibu.


Kuda putih itu berlari pantas.
Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM JUN 2009
Gabungkan dua ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Puan Jamaliah bukan guru. Puan Jamaliah kerani.


Dia memandang kami. Dia melambai-lambaikan tangannya.
Ayah membeli komputer riba. Komputer riba itu sangat ringan.
Dia mencapai kejayaan cemerlang. Dia rajin mengulang kaji pelajaran.
Dato Bahaman pejuang kemerdekaan. Mat Kilau pejuang kemerdekaan.
Rumah Pak Ali berbentuk tradisional. Rumah Encik Cheng berbentuk moden.

SPM 2009
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek
Predikat
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

:_____________________________________________________
:_____________________________________________________
Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
Ketinggian Gunung Kinabalu 4014 meter.
Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.
Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.

SPM JUN 2010


Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan
isi dalam dialog tersebut.
Aman :
Shimah :
Aman

Shimah :
Aman :
Shimah :

Hai, Shimah! Sudah lama kita tak jumpa.


Yalah, kali terakhir kita berjumpa ketika hari akhir persekolahan.
Awak masih belajar atau sudah bekerja?
Saya masih belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur dalam jurusan
perakaunan.
Saya pun masih belajar dalam jurusan yang sama.
Kalau begitu bolehlah kita bertukar-tukar nota melalui e-mel.
Bagus juga tu, ini alamat e-mel saya.

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2010
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata
tanya yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam
ayat-ayat yang diberi.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Mereka bersenam petang tadi.


Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.

SPM JUN 2011


Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat
seruan atau ayat perintah.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum.


Semua murid diminta supaya berkumpul di dewan sekolah selepas waktu rehat.
Apakah rancangan awak selepas tamat persekolahan nanti?
Janganlah merokok kerana amalan itu membahayakan kesihatan.
Wah, segaknya awak apabila berpakaian seragam pengakap ini!
Semangat patriotik anak-anak perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi.

SPM 2011
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung
yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpunca daripada
kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak yang
mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau menyebabkan air terpaksa
dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Hal ini dapat
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.
SPM JUN 2012
Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud
asalnya.
Seseorang itu mestilah sentiasa menilai dirinya dan cuba membaiki sebarang kelemahan. Walaupun
perubahan itu sukar dilaksanakan namun tidak mustahil untuk dicapai. Perubahan itu bukan sahaja
bermanfaat kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain.

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2012
Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud
asalnya.
(i)
(ii)
(iii)

Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.


Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.
Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan
ulang tahun hari kemerdekaan negara.

SPM JUN 2013


Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Penyambut tetamu itu mempersilakan beliau duduk di hadapan.


Kita perlu mengenal pasti potensi diri jika ingin mencapai kejayaan.
Aktiviti kokurikulum memperkukuh perpaduan murid berbilang kaum di negara ini.
Pasukan Kadet Polis sekolah itu akan menjalani latihan menembak pada minggu
hadapan.
Baginda mengurniakan darjah kebesaran kepada atlet yang telah mengharumkan nama
negara kita.
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) menggesa pengusaha kantin sekolah supaya
menyediakan makanan berkhasiat.

(v)
(vi)

SPM 2013
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN + FN) +, Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau
Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru.
Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.
Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan.
Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti
sempena Bulan Bahasa.

SPM JUN 2014


Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan
isi dalam dialog tersebut.
Sarina
Fairus
Sarina
Fairus

:
:
:
:

Sarina :
Fairus :

Apa yang kamu beli tu?


Jambu batu. Buah ini sangat berkhasiat.
Apa khasiatnya?
Jambu batu mengandungi vitamin dan kalium yang berfungsi sebagai agen
nyahtoksik yang dapat memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
Kalau begitu, saya akan selalu makan jambu batu.
Baguslah. Nah, ambil dua biji!

Anda mungkin juga menyukai