Anda di halaman 1dari 10

KESELAMATAN DAN KECERIAAN

Sekolah

[Sekolah]
[Tajuk kursus]

Pengenalan
Penggunaan bilik-bilik khas serta tempat-tempat di dalam kawasan sekolah adalah
tertakluk berdasarkan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan bertujuan untuk menjaga
keselamatan pengguna dan peralatan yang terlibat. Keutamaan adalah diberikan terutamanya
terhadap keselamatan penggunanya ini kerana akibat dari penyalahgunaan peralatan dan tempat
boleh mengakibatkan kecederaan serius dan mungkin juga mengancam nyawa. Disetiap kawasan
sekolah terutama bilik-bilik khas dan tempat-tempat yang sering digunakan perlulah mempunyai
tatacara atau peraturan penggunaannya. Peraturan-peraturan serta tatacara dibuat bagi
membolehkan keselamatan dan kemudahan yang ada digunakan secara maksimun dan dalam
keadaan yang terkawal. Di sini peraturan penggunaan beberapa bilik dan tempat seperti stor
sukan, kantin, dewan dan bilik komputer dibuat berdasarkan maklumat sedia ada di sekolah dan
hanya digunakan di sekolah di mana penulis sedang berkhidmat. Maklumat lain adalah yang
dipetik dari sumber bacaan dan carian data dari pengkalan data terbuka.
Tatacara keselamatan penggunaan stor sukan dibuat bertujun untuk melicinkan
perjalanan aktiviti sukan yang dirancang dan menjaga keselamatan murid semasa menjalani
latihan sukan. Guru bertugas sebagai pelaksana setiap arahan yang telah dibuat demi menjaga
keselamatan dan kebajikan murid.
Tatacara keselamatan dan penggunaan kantin dibuat bertujuan untuk menjaga
keselamatan pelajar dari kecederaan dan penyakit yang boleh mendatangkan kemudaratan
terhadap kesihatan serta fizikal murid. Guru dan pengawas yang dilantik akan bertindak sebagai
pemerhati dan petugas yang akan melaksanakan peraturan-peraturan dan tatacara keselamatan
dan penggunaan kantin.
Tatacara keselamatan dan penggunaan dewan dibuat adalah bagi memastikan
keselamatan murid dan guru. Walaupun dewan sekolah adalah satu kawasan yang luas dan
mempunyai peralatan yang minimum tetapi bahaya yang kita tidak sedari mungkin berlaku
sekiranya langkah keselamatan tidak diambil atau diikuti dengan betul.
Tatacara penggunaan bilik komputer pula dibuat bagi memastikan keselamatan dan
keberkesanan penggunaan kemudahan komputer oleh murid-murid disamping memupuk sikap
sayangkan harta benda, berdisiplin dan berjimat. Setiap cara perlu diamalkan demi menjaga

keselamatan dan menghindari dari bahaya yang mungkin berlaku tanpa disedari oleh pengguna.
Langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan perlu diikuti dengan sepenuhnya supaya
perkara yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku. Guru juga perlu mengamalkan
sikap tegas dan bertimbangrasa dalam melaksanakan segala peraturan dan amalan di bilik
komputer.

1. Tatacara Penggunaan Stor Sukan

1.1 Tatacara Am
i.

Sentiasa menjaga kebersihan stor sukan

ii.

Stor sukan hendaklah dikunci selepas mengeluarkan dan mengembalikan


peralatan sukan.

iii.

Memastikan semua suis dipadam sebelum meninggalkan storsukan.

iv.

Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.

v.

Pengawasan rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.

vi.

Meletakkan peralatan sukan di tempat yang telah ditetapkan.

vii.

Mengisi borang keluar masuk peralatan di dalam buku rekod peralatan sukan.

viii.

Peralatan sukan hanya boleh dikeluarkan oleh guru penasihat atau jurulatih
sahaja.

ix.

Membuat laporan berkaitan peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang perlu
dibaiki.

x.

Peralatan yang merbahaya perlu ditempatkan di tempat yang selamat.

xi.

Memastikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada


ditempatnya dan dalam keadaan yang selamat.

1.2 Tatacara Murid


i.

Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam stor sukan.

1.3 Tatacara Guru


i.

Sentiasa memastikan stor sukan dalam keadaan bersih.

ii.

Memastikan pintu stor sukan sentiasa dikunci.

iii.

Memadamkan semua suis sebelum meninggalkan dari stor sukan.

iv.

Memastikan stor sukan mempunyai pelan keselamatan.

v.

Mengisi buku rekod keluar masuk peralatan sukan dan keluar masuk.

vi.

Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.

vii.

Menyimpan peralatan sukan ditempat yang telah ditetapkan.

2. Tatacara Keselamatan dan Penggunaan Kantin


2.1 Tatacara Am
i.

Sentiasa menjaga kebersihan kantin.

ii.

Buangkan sisa makanan di dalam tong yang disediakan.

iii.

Meletakkan pinggan dan gelas yang digunakan di dalam bekas yang disediakan.

iv.

Sentiasa menjaga disiplin ketika membeli makanan dan minuman.

v.

Membuang pembungkus makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.

vi.

Menutup pili air setelah digunakan.

vii.

Menutup suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan kantin.

2.2 Tatacara Murid


i.

Sentiasa menjaga kebersihan kantin dan tempat makan.

ii.

Sentiasa makan di tempat yang disediakan.

iii.

Sentiasa beratur ketika membeli makanan dan minuman.

iv.

Jangan berebut-rebut ketika membeli makanan dan minuman.

v.

Jangan menjerit-jerit ketika membeli makanan.

vi.

Jangan bercakap ketika makan.

vii.

Basuh tangan sebelum makan.

viii.

Sentiasa membuang sisa makanan dan pembungkus makanan ke dalam tong


sampah yang disediakan.

ix.

Pastikan pili air ditutup selepas membasuh tangan.

x.

Dilarang masuk ke ruang makan guru.

xi.

Sentiasa mematuhi arahan guru atau pengawas bertugas.

xii.

Jangan berlari di dalam kantin.

2.3 Tatacara Guru


i.

Sentiasa memastikan murid menjaga kebersihan.

ii.

Memastikan murid makan ditempat yang disediakan

iii.

Memastikan murid beratur ketika membeli makanan dan minuman.

iv.

Memastikan murid tidak berebut dan menjerit ketika membeli makanan.

v.

Memastikan murid membuang sisa makanan ke dalam tong sampah yang


disediakan.

vi.

Memastikan murid menutup pili air selepas membasuh tangan.

vii.

Memastikan murid sentiasa mematuhi arahan pengawas bertugas.

viii.

Memastikan murid tidak berlari di dalam kantin.

3. Tatacara Penggunaan Dewan/Foyer


3.1 Tatacara Am
i.

Semua pengguna mestilah menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras


dewan sebelum menggunakannya,

ii.

Mematuhi segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta


arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

iii.

Mendapatkan kebenaran penyelaras dewan sebelum menggunakan kemudahan


dewan.

iv.

Mengikut jadual penggunaan dewan yang telah dibuat.

v.

Menggunakan kemudahan dewan mengikut langkah-langkah yang telah


ditetapkan.

vi.

Mematuhi panduan yang betul semasa menghidupkan dan mematikan peralatan


sistem PA.

vii.

Murid hendaklah diiringi oleh pengawas atau guru ketika berada di dewan.

viii.

Tidak dibenarkan masuk ke bilik sistem bunyi.

ix.

Mencatatkan maklumat penggunaan dewan pada buku log penggunaan dewan


(guru bertugas)

x.

Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan,


perkakasan dewan kepada penyelaras atau guru bertugas,

xi.

Dilarang mengalihkan atau memindahkan peralatan dan perkakasan dalam dewan


tanpa kebenaran daripada penyelaras.

xii.

Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

xiii.

Menjaga disiplin sepanjang berada di dewan.

3.2 Tatacara Murid


i.

Murid mestilah menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras dewan


sebelum menggunakannya.

ii.

Murid mestilah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturanperaturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

iii.

Murid perlu mengikut jadual penggunaan dewan yang telah dibuat.

iv.

Murid dilarang memasuki bilik peralatan bunyi.

v.

Murid hendaklah diiringi oleh pengawas atau guru ketika berada di dewan.

vi.

Pengawas bertugas perlu mmemastikan murid sentiasa menjaga tingkah laku


semasa di dalam dewan.

vii.

Murid dilarang mengalihkan atau memindahkan peralatan dan perkakasan dalam


dewan tanpa kebenaran daripada guru bertugas.

viii.

Murid perlu menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

ix.

Murid dilarang membuat bising semasa berada di dalam dewan.

x.

Murid dilarang berlari semasa berada di dalam dewan.

3.3 Tatacara Guru


i.

Memastikan murid menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras dewan


sebelum menggunakannya.

ii.

Memastikan murid mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan


peraturan-peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

iii.

Memastikan murid mengikut jadual penggunaan dewan yang telah dibuat.

iv.

Memastikan murid tidak memasuki bilik peralatan bunyi.

v.

Memastikan murid diiringi oleh pengawas atau guru ketika berada di dewan.

vi.

Memastikan pengawas bertugas berada dalam keadaan mengawal murid.

vii.

Memastikan murid tidak mengalihkan atau memindahkan peralatan dan


perkakasan dalam dewan tanpa kebenaran daripada guru bertugas.

viii.

Memastikan murid menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku


kebakaran.

ix.

Memastikan murid tidak membuat bising semasa berada di dalam dewan.

x.

Memastikan murid tidak berlari semasa berada di dalam dewan.

4. Tatacara Penggunaan Bilik Komputer


4.1 Tatacara Am
i.

Semua pengguna mestilah menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras


bilik komputer sebelum menggunakannya,

ii.

Mematuhi segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta


arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

iii.

Mendapatkan kebenaran penyelaras bilik komputer sebelum menggunakan


kemudahan komputer.

iv.

Mengikut jadual penggunaan bilik komputer.

v.

Menanggalkan kasut dan menyusun dengan teratur sebelum memasuki bilik


komputer.

vi.

Menggunakan kemudahan bilik komputer mengikut langkah-langkah yang telah


ditetapkan.

vii.

Mematuhi panduan yang betul semasa menghidupkan dan mematikan peralatan


komputer.

viii.

Murid hendaklah diiringi oleh guru ketika menggunakan kemudahan di bilik


komputer.

ix.

Tidak dibenarkan masuk ke Bilik Pelayan (server)

x.

Meminta kebenaran dari guru untuk menggunakan kemudahan internet dan


pencetak.

xi.

Mencatatkan maklumat penggunaan bilik komputer pada buku log penggunaan


bilik (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer (pelajar).

xii.

Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan,


perkakasan dan perisian komputer kepada penyelaras atau guru bertugas,

xiii.

Dilarang mengalihkan atau memindahkan peralatan dan perkakasan dalam bilik


komputer tanpa kebenaran daripada penyelaras.

xiv.

Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

xv.

Menjaga disiplin sepanjang berada di dalam bilik komputer.

4.2 Tatacara Murid


i.

Murid mestilah menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras bilik


komputer sebelum menggunakannya,

ii.

Memastikan segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta


arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

iii.

Murid mestilah mendapatkan kebenaran penyelaras bilik komputer sebelum


menggunakan kemudahan komputer.

iv.

Murid mestilah mengikut jadual penggunaan bilik komputer seperti yang telah
ditetapkan.

v.

Murid hendaklah menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan teratur sebelum


memasuki bilik komputer.

vi.

Murid hendaklah menggunakan kemudahan bilik komputer mengikut langkahlangkah yang telah ditetapkan.

vii.

Murid hendaklah ematuhi panduan yang betul semasa menghidupkan dan


mematikan peralatan komputer.

viii.

Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik komputer tanpa diiringi oleh guru.

ix.

Murid tidak dibenarkan sama sekali masuk ke Bilik Pelayan (server)

x.

Murid hendaklah meminta kebenaran dari guru untuk menggunakan kemudahan


internet dan alat pencetak.

xi.

Murid hendaklah mencatatkan maklumat penggunaan bilik komputer pada buku


log penggunaan komputer (pelajar).

xii.

Murid hendaklah melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua


peralatan, perkakasan dan perisian komputer kepada guru bertugas,

xiii.

Murid dilarang sama sekali mengalihkan atau memindahkan peralatan dan


perkakasan dalam bilik komputer.

xiv.

Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

xv.

Murid tidak berebut-rebut memasuki bilik komputer,

xvi.

Dilarang membuat bising dan berlari di dalam bilik komputer.

4.3 Tatacara Guru


i.

Memastikan murid menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras bilik


komputer sebelum menggunakannya,

ii.

Memastikan segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta


arahan yang diberikan diikuti dari semasa ke semasa.

iii.

Memastikan kebenaran menggunakan bilik komputer dibuat kepada penyelaras


sebelum menggunakan kemudahan komputer.

iv.

Memastikan murid mengikut jadual penggunaan bilik komputer seperti yang telah
ditetapkan.

v.

Memastikan murid menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan teratur


sebelum memasuki bilik komputer.

vi.

Memastikan murid menggunakan kemudahan bilik komputer mengikut langkahlangkah yang telah ditetapkan.

vii.

Memastikan murid mengikut panduan yang betul semasa menghidupkan dan


mematikan peralatan komputer.

viii.

Mengiringi murid semasa berada di bilik komputer.

ix.

Memastikan murid tidak memasuki Bilik Pelayan (server)

x.

Memastikan murid mendapatkan kebenaran dari guru untuk menggunakan


kemudahan internet dan alat pencetak.

xvi.

Memastikan maklumat penggunaan bilik komputer dicatat dalam buku log


penggunaan bilik (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer (pelajar).

xvii.

Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan,


perkakasan dan perisian komputer kepada penyelaras bilik komputer.

xviii. Memastikan murid tidak sama sekali mengalihkan atau memindahkan peralatan
dan perkakasan dalam bilik komputer.

xix.

Memastikan pelan laluan kebakaran sedia ada digunapakai sekiranya berlaku


kebakaran.

xx.

Memastikan murid tidak membuat bising dan berlari di dalam bilik komputer.

xxi.

Memastikan semua suis ditutup sebelum meninggal bilik komputer.

Rumusan
Peraturan-peraturan keselamatan semasa berada di bilik-bilik serta tempat-tempat khas
adalah sangat perlu dibuat dan diikuti berikutan banyak kejadian yang tidak diingini berlaku
tanpa kita sedari. Peraturan-peraturan serta tatacara penggunaan ini membolehkan setiap
penggunanya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga demi keselamatan diri dan harta benda
yang terlibat. Peraturan-peraturan ini membolehkan murid sentiasa mengamalkan sikap
berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka. Manakala ianya boleh
dijadikan panduan oleh guru bagaimana bertindak dan sentiasa dalam perhatian supaya semua
aktiviti yang dijalankan berada dalam keadaan terkawal. Justeru itu peraturan-peraturan serta
tatacara penggunaan yang dibuat perlulah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Bagi
pihak sekolah garis panduan yang ditetapkan adalah mengikut surat siaran atau pekeliling yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Soalan 2
1. Risalah Tatacara Penggunaan Kantin
2. Poster