Anda di halaman 1dari 6

Motor Tiga Fasa Arus Ulang Alik

PENERANGAN
1.

Memberikan kecekapan yang lebih baik, faktor kuasa yang lebih tinggi, mempunyai ciri permulaan
yang lebih baik dan harga yang lebih murah berbanding motor 1 fasa.

2. Penggunaan motor ini digalakkan untuk mengelakkan ketidakimbangan beban pada sesalur
bekalan.

gambarajah motor tga fasa arus ulang alik

Motor Aruhan Tiga Fasa Sangkar Tupai


1.

Mempunyai pemegun berbelit dengan 3 set belitan, setiap fasa mempunyai satu set belitan.

2. Ia menggunakan pemutar sangkar tupai. Pada pemutar tiada sambungan belitan, hanya terdapat
palang-palang yang diperbuat daripada aluminium atau kuprum yang dipateri keduadua hujungnya agar berlitar pintas.

3. Kendaliannya:-

Apabila pemegun motor ini

dibekalkan dengan bekalan 3 fasa, dengan sendirinya pemutar medan magnetterbentuk pada pemegun itu. Laju
putaran magnet yang terbentuk bergantung pada frekuensi bekalan dan bilangan kutub.

N5 = f X 60 putaran seminit
P
f
= frekuensi
P = bilangan pasang kutub
N5 = laju segerak (laju putaran medan magnet)

4. Belitan pemegun merupakan belitan utama pengubah sementara pemutar menjadi setaraan belitan
sekunder pengubah.

5.

Ini menjadikan aruhan saling berlaku antara dua belitan menyebabkan wujudnya arus teraruh
pada pemutar.

6. Arus yang terbentuk cukup kuat untuk membentuk medan megnetnya sendiri kerana belitan ini
berlitar pintas.

7.

Medan magnet yang baru wujud di pemutar ini akan bertindak balas dengan medan magnet
pemegun yang sedang berputar diatas prinsip kutub yang serupa dan berlainan.

8. Pemutar itu akan berputar dengan kelajuan Nr mengikut arah yang sama denagan arah putaran
medan, N5 tetapi kelajuan putaran pemutar ini pelahan sedikit lebih-lebih lagi apabila beban
dipasangkan pada pemutar motor.

9.

Kelengahan putaran pemutar disebut gelinci(s) atau dinyatakan dalam formulasebagai:-

S = Ns - Nr
Ns

Ns = laju segerak
Nr = laju pemutar
ciri - ciri:i) Mempunyai kelajuan yang tunggal.
ii) Kelajuan seakan-akan dengan ciri kelajuan motor belitan medan pirau.
iii) Kilas permulaan motor amat kecil
iv) Faktor kuasa permulaan rendah
vi) Faktor kuasa akan beransur naik apabila beban ditambah sehingga ke beban penuh
dan nilainya boleh mencapai sehingga 0.85 atau 0.9

Kelebihan motor 3 fasa sangkar tupai ialah:i) Motor ini ringkas, tahan lasak dan tidak mudah dimusnahkan terutamanya pada
pemutar sangkar tupainya.
ii) Harganya murah dan penjagaannya mudah.
iii) Motor ini boleh digerakkan tanpa memrlukan belitan tambahan.

Kelemahan motor aruhan 3 fasa sangkar tupai ialah:i) Kelajuan tidak boleh diubah sesuka hati kecuali dengan mengubah kecekapannya.
ii) Kelajuan motor akan berkurang dengan pengurangan beban.
iii) Kilas permulannya serupa dengan motor belitan medan pirau.

Motor Aruhan Tiga Fasa Dwisangkar Tupai


1.

Pemutar motor dibina daripada dua sangkar tupai yang berasingan iaitu satu dipasang diluar dan
satu lagi didalam.

2. Sangkar tupai didalamnya mempunyai rintangan yang rendah tetapi renggangannya tinggi
berbanding sangkar tupai di luar yang berkeadaan sebaliknya.

3. Kendaliannya:- Apabila bekalan 3 fasa diberikan kepada pemedun motor itu, putaran medan
magnet akan wujud pada pemegun tersebut.Dengan proses aruhan saling, pemutar mendapatarus
teraruhnya dan seterusnya berbentuk fluks pemutar.

4. Fluks yang dihasilkan akan bertambah baik daripada motor 3 fasa yang mempunyai satu sangkar
tupai sahaja.

5.

Kelajuan semakin bertambah, frekuensi arus gelincir dalam pemutar adalah di dalam akan
berkurang.

6. Oleh sebab itu arus yang lebih besar akan teraruh dan seterusnya akan mengambil alih
pengendalian pemutar itu.

7.

Walaupun kilas permukaan dapat ditingkatkan tetapi untuk pergerakan yang berterusan, nilainya
agak rendah sedikit daripada motor 3 fasa sangkar tupai. Kecekapan dan faktor kuasa pada beban
penuh akan berkurang.

8. Motor ini biasanya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan kilas permulaan
yang tinggi.

9. Motor ini tahan lasak dan harganya murah.


10. Untuk menyongsangkan arah putaran adalah sama dengan mator aruhan 3 fasa sangkar tupai iaitu
dengan menukarkan sambungan urutan bekalan 3 fasa yang masuk ke motor.

11. Biasanya dihidupkan dengan menggunakan pemula 3 fasa seperti pemual bintang delta,
autopengubah dan sebagainya.

Motor Aruhan Tiga Fasa Pemutar Berbelit


1.

dikenali juga motor gelang gelincir.

2. mempunyai pemutar yang berbelit dan disambungkan kepada 3 perintang 3-fasa yang boleh
dilaraskan oleh gelang gelincir.

3. Dari gelang gelincir ini motor disambungkan ke litar luar dengan perantaraan 3 berus karbon.
4. Kendaliannya:- Apabila pemegun motor diberikan bekalan, putaran medan magnet akan wujud di
pemegun pemutar itu.

5.

Dengan proses aruhan saling antara pemegun dan pemutar, arus teraruh akan wujud pada
pemutar berbelit.

6. Sekiranya perintang boleh laras pada pemutar itu berada pada nilai maksimum motor akan
berputar perlahan. Apabila perintang tersebut dikurangkan, motor akan beransur laju.

7.

Kalajuan putaran pemutar menjadi perlahan disebabkan oleh kecilnya arus yang teraruh oleh
penambahan perintang boleh laras pada pemutar.

8. Ia akan berputar pada kelajuan maksimum apabila perintang boleh laras berada pada nilai yang
terendah.

9. Apabila kelajuan maksimum dicapai gelang-gelang gelincir akan dilitar pintaskan dan berus-berus
karbon akan diangkat daripada menyentuh gelang-gelang gelincir tersebut dengan menggunakan
alat khas yang dikendalikan dengan tangan untuk menjimatkan penggunaan berus-berus karbon
itu.

Ciri-cirinya:i) Kelajuannya dengan mengubah nilai perintang yang disambung


kepada pemutar.
ii) Jika nilai perintang bertambah besar, kelajuan menjadi semakin
perlahan tetapi bagi mencapai tujuan perintang boleh laras
hendaklah dari jenis yang boleh menahan arus tugas berat dan
tahan untuk penggunaan pelarasan yang berterusan.
iii) Kawalan kelajuan dengan cara ini tidak begitu cekap kerana
banyak kehilangan tenaga yang berlaku pada perintang
iv) Perbelanjaan penyelenggaraan motor agak mahal

Motor Segerak
1.

Pemegunnya dibelitkan dengan belitan 3 fasa sementara pemutarnya dibuat 2 bentuk iaitu sama
ada kutub tertonjol atau kutub silinder rata.

2. Memerlukan voltan ujian arus terus dari luar dan dan voltan ujaan ini dibekalkan ke pemutar
melalui gelang gelincir dan berus karbon.

3. Pemegunnya dibelitkan dengan belitan 3 fasa sementara pemutarnya dibuat 2 bentuk iaitu sama
ada kutub tertonjol atau kutub silinder rata.

4.
5.

Memerlukan voltan ujian arus terus dari luar dan dan voltan ujaan ini dibekalkan ke pemutar
melalui gelang gelincir dan berus karbon.

6. Kendaliannya:- Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan kepada pemegun putaran medan magnet akan
berlaku pada pemegun itu.Pemutar akan terus berputar mengikut arah putaran magnet di
pemegun pada laju segerak kerana pemutar itu telah terkunci dengan dengan ikatan medan
magnet pemegun.

7.

Bagi pemutar motor berukuran sederhana. Semasa motor mula-mula dihidupkan, putaran pemutar
diwujudkan dengan cara aruhan pemutar di sangkar tupai. Motor itu akan terus berputar dengan
cara aruhan sehinggalah kelajuan motor ini hampir-hampir mencapai laju segerak.

8. Bagi pemutar motor berukuran basar. Pemutar motor itu akan dipusingkan dahulu dengan bantuan
pergerak luar pada arah yang sama dengan arah putaran medan magnet pemegun. Apabila laju
pemutar itu hampir-hampir mencapai laju segerak barulah bekalan arus terus diujakan kepada
pemutar itu dan motor akan terus berputar kerana fluks pemutar telah terikat oleh pautan medan
magnet pemegun yang berputar. Motor akan terus berputar pada laju segerak.

Ciri-cirinya:i) Kelajuan motor ini malar semasa berbeban penuh atau tidak.
ii) Laju pemutar motor ini sama dengan laju segera (Nr = Ns).
iii) Faktor kuasa motor ini boleh dilaraskan dengan mengubah voltan
ujaan. arus terus yang diberikan kepada pemutar itu.
iv) Jika voltan ujaan tinggi, faktor kuasa akan mendahulu, jika
voltan rendah, faktor kuasa akan menyusul.
vi) Semakin besar voltan yang diuja ke puncak semakin tinggi
kecekapan motor.
vii) Motor ini tidak perlu dibebani dengan beban yang berat kerana
kecekapan tinggi

Kegunaan:i) Menjalankan mesin yang memerlukan kelajuan yang malar seperti


pam.
ii) Digunakan juga untuk menjalankan kerja yang berterusan seperti
pada unit pendingin udara pusat
iii) Digunakan untuk memperbaiki faktor kuasa bekalan dan
memperbaiki voltan pada talian.