Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar
arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami
masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar
saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen.
Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan
krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu,
masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.
Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul
kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar.
Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap
secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa
ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya
lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana sudah terhantuk baru
tengadah. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus
dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan
masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya
memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk
dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah
menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen
kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan
orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen
tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut
diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya,
kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan
cara yang efektif.
Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialah pembenihan
awanperlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada menular. Akibat daripada
fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda Malaysia. Keadaan ini
memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan demikian, kerja pembenihan awan terpaksa
dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air
menjadi ringan, Titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu,
iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal
akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan
bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh
memainkan peranan penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat
membawa bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan
pembenihan
awan.
Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu bapa
dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah
masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah,
anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk
membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka,
mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu
tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan,
bak kata pepatah, alah bias tegal biasa. Berpegang pada prinsip bagaimana acuan begitulah
kuihnya, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan
kebersihan udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya menjadi individu yang
mengamalkan sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilainilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam
jiwa anak-anak untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam
memelihara kebersihan udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata
anak-anak mereka terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran
kerajaan. Melalui langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak
umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu terhadap negara
supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka,
peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan impak positif
kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda.
Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin dari
negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran hutan serta
mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh
memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara
mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut
melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang
melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang
tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan.
Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar sampah
sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran sampah sarap
merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan
terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma,
pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam
aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan
rumah. Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani
sebelum nasi menjadi bubur.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah
tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pelbagai
langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya
Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat
berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya
berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu
dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.