Anda di halaman 1dari 6

Model Kurikulum Tyler

Ralph Tyler telah memperkenalkan Model Kurikulum Tyler pada tahun 1949 dan dianggap sebagai
model klasik. Model Kurikulum Tyler merupakan model kurikulum terawal dan banyak digunakan
dalam perkembangan kurikulum di Malaysia.

Model ini memberikan penekanan kepada suatu

pembelajaran yang terarah, dirancang dan dikelola oleh pihak sekolah. Tyler menegaskan bahawa
untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum sangat
mustahak. Menurut beliau, penekanan yang perlu dititikberat dalam proses pendidikan ialah
pembentukan tingkah laku. Berdasarkan model ini, terdapat perubahan yang signifikan terhadap pola
tingkah laku pelajar di mana perubahan yang beralaku ialah apabila setiap kali perubahan pernyataan
objektif sekolah.
Persoalan-persoalan yang tedapat dalam Model Tyler dapat diperhatikan melalui rajah di bawah:

Rajah 1 : Empat Dasar Utama Model Tyler


Untuk Tujuan menilai kurikulum, persoalan-persoalan utama yang disarankan oleh Model Kurikulum
Tyler, akan dijadikan dasar utama perbincangan penilaian. Sudah semestinya, kefahaman berkaitan
keempat-empat persoalan Model Tyler perlu mantap agar sesuatu bahan pengajaran yang direka oleh
seseorang pendidik mencapai objektif yang ditetapkan. Untuk memenuhi pencapaian matlamat
kurikulum, Model Kurikulum Tyler menetapkan empat persoalan utama yang harus diikuti:

1.OBJEKTIF
Objektif yang dinyatakan oleh Tyler dalam modelnya bermaksud matlamat yang hendak dicapai oleh
guru terhadap pelajarnya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan
menetapkan matlamat dan objektif yang diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan.
Tyler menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif, seseorang pendidik harus memastikan
bahawa objektif pelajaran yang dipilih mestilah selaras dengan keperluan pelajar di samping isi
kandungan yang sesuai dengan keperluan masyarakat. Satu ciri objektif yang jelas baik pula haruslah
realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat pelajar. Untuk merangka suatu pengajaran
yang bersistematik, Dokumen Standard Prestasi dan dokumen Standard Kurikulum haruslah menjadi
rujukan. Dalam menentukan objektif, pertimbangan yang harus diambilkira ialah penglibatan pelajar
( audience ) , peringkat boleh diukur (behavior) , keadaan (condition) dan tingkat prestasi pelajar
(degree).
2. KANDUNGAN
Kandungan kursus merupakan aras kedua dalam pembentukan kurikulum Model Tyler. Kandungan
kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan dan perancangan pembelajaran oleh pendidik.
Dalam memilih kandungan, menuntut kreativiti yang mendalam seseorang pendidik. Perancang
kurikulum harus mengambilkira aspek pengalaman sedia ada pelajar. Untuk mencapai objektif yang
telah ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari
aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Ini bagi menghasilkan penerimaan pengajaran yang
seoptimanya daripada seseorang pendidik. Dalam penyusunan kandungan, Tyler menyarankan tiga
prinsip utama yang perlu dijadikan dasar iaitu prinsip kesinambungan, prinsip ketertiban dan prinsip
kesepaduan.
i.Prinsip Kesinambungan

Prinsip kesinambungan berdasarkan Model Tyler bermaksud peningkatan ilmu, kemahiran dan nilai
yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan mentgal pelajar
seiring dengan peningkatan umur pelajar. Menurut Tyler, kesinambungan perlu ada dari peringkat
asas sehinggalah pelajar menguasai dan menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut ke peringkat yang
lebih tinggi.
ii. Prinsip Ketertiban (principe of sequence)
Prinsip ketertiban pula membawa pebgertian bahawa pelajran yang diterima haruslah berterusan dan
berturutan. Ini bermakna, pengalaman pelajaran diterima melalui kemahiran dan nilai yang diterapkan
merentasi waktu. Prinsip ini memberikan peluang kepada seseorang pelajar mendalamai dan
meluaskan ilmu yang telah dipelajari ke suatu peringkat yang lebih tinggi.
iii. Prinsip Kesepaduan
Prinsip kesepaduan pula bermakna pengalaman yang diperoleh oleh seseorang pelajar dapat
dihubungkaitkan antara satu ilmu atau kemahiran yang lain.

Dalam hal ini, model ini akan

menampakkan keberkesanan dan bersifat holistik.


3.KAEDAH (Select Method).
Kaedah dalam model Tyler berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah pengajaran yang dipilih oleh
seseorang guru. Pemilihan kaedah pengajaran merupakan suatu yang sangat penting kerana pemilihan
kaedah yang bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan akan membawa kesan terbaik
kepada pembelajaran pelajar. Pemilihan buku-buku rujukan yang sesuai di samping pemilihan alat
bantu mengajar yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan impak
yang terbaik.
4.PENILAIAN
Aras keempat dalam Model Tyler ialah penilaian. Untuk melihat kesan ketercapaian objektif dan
matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya, maka penilaian akan dilakukan. Penilaian ini
pula boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai kaedah dan pada pelbagai peringkat bagi mendapatkan

pembuktian keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Penilaian
yang biasanya dilakukan ialah penilaian secara formatif atau sumatif. Penilaian formatif merupakan
penilaian secara berterusan yang dilakukan selepas selesai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
manakala penilaian sumatif ialah penilaian penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir tahun dan
peperiksaan umum seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penambahbikan kurikulum pula akan dilakukan secara berterusan melalui kaedah penilain sumatif.
Kekuatan Model Tyler
1.Sistematik dalam mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran
Penentapan objektif dan matlamat yang jelas di awal perancangan pengajaran memberikan seseorang
guru membolehkan idea dan gambaran yang jelas berkaitan hasil yang diharapkan dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan dan kaedah yang dipilih dapat
disepadukan serta membolehkan sesuatu hasilan tersebut dinilai.
2. Logik, mudah dan praktik
Penyusunan aras kurikulum yang dimulakan dengan penetapan matlamat dan objektif pengajaran
menjadikan model ini mudah diterima dan praktik. Dengan ini dapat menghasilkan maklumat yang
relevan secara langsung.
3. Pelajar Dapat Berinteraksi Dengan Persekitaran Luaran
Model ini sangat mementingkan pengalaman pembelajaran aktif oleh pelajar sebagai asas kejayaan
model ini. Justeru itu, para pelajar berpeluan untuk berinteraksi dengan persekitaran luaran semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan ini, para pelajar akan dapat membina kemahiran
berfikir secara kritis, membantu mencari maklumat dan menanam minat dan sikap positif dalam diri
pelajar .
4. Berorientasikan Penilaian Untuk Keberkesanan Pengajaran

Model Tyler sangat mementingkan penilaian dalam usaha menambahbaik sesuatu kurikulum. Justeru
itu, penilaian dilakukan bagi melihat keberkesanan sesuatu kandungan dan kaedah berdasarkan
matlamat dan objektif yang telah ditentukan. Hasil penilaian yang dilakukan tentu sekali akan
menambahbaik prestasi yang kurang baik sebelum ini. Maka dengan itu, model ini masih digunapakai
secara meluas dalam perkembangan kurikulum di negara kita dalam usaha menyusun suatu kurikulum
yang mantap dan berkualiti.
5. Menentukan Hala Tuju Organisasi
Model Tyler juga dapat menentukan arah atau hala tuju sesebuah organisasi kerana sifat model ini
sendiri yang dapat membuat pengesahan tentang keberkesanan organisasi.

Selain itu, mampu

menyusun objektif dan matlamat organisasi mengikut keutamaan dan objektif terhadap objektif
penilaian.
KELEMAHAN MODEL TYLER
Model Tyler telah menjadi model terawal yang digunakan secara meluas dalam pembangunan
kurikulum di negara ini. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang telak dikesan oleh para
pengkritik terhadap model ini:
1.Terlalu Tertakluk Kepada Objektif
Model Tyler yang membuat penetapan objektif pengajaran pada peringkat awal ternyata mengehadkan
objektif kurikulum. Kesannya ialah menghalang para pendidik untuk menyerlahkan kreativiti.
2.Terlalu Linear
Model Tyler juga dikatakan terlalu linear kerana mana-mana kurikulum yang mengimplementasikan
model ini terlalu terikat dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan. Para pendidik harus mengikut
langkah-langkah yang ditetapkan seperti menentukan objektif terlebih dahulu kemudian memilih isi
kandungan, menetapkan kaedah kurikulum dan akhir sekali membuat penilaian.Jelasnya, model ini
tidak memberikan kebebasan kepada pendidik untuk menyusun dan mengolah bahan pengajaran.

3. Terdedah Dengan Unsur-Unsur Politik


Model ini juga dikatakan terlalu terbuka dan terdedah dengan unsur-unsur luaran seperti pengaruh
politik yang mudah memanipulasikan pendidikan.

Impaknya ialah, individu dan pihak yang

bertanggungjawab dalam pendidikan kehilangan kuasa untuk membuat keputusan dan menentukan
hala tuju pembangunan pendidikan negara.
4. Terlalu Terikat Dengan Mata Pelajaran dan Peperiksaan
Memandangkan Model Tyler terlalu memberi tumpuan kepada kurikulum sesuatu mata pelajaran dan
peperiksaan untuk tujuan penilaian maka, kesukaran timbul untuk menulis objektif tingkah laku
Yang....pada peringkat yang lebih tinggi.

Penilaian Model Tyler Dalam Keberkesanan Sesuatu Subjek

Anda mungkin juga menyukai