Anda di halaman 1dari 17

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

1.0

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

Gaya pengajaran berpusatkan guru seperti arahan secara langsung dan tidak langsung
selalu dipraktikkan oleh kebanyakan guru Pendidikan Jasmani. Guru kebiasaannya membuat
keputusan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran selepas meneliti keperluan dan
kehendak murid. (Fauziah Bt. Ahmad, 2005).
Permulaan yang baik dapat membina suatu perkembangan pergerakan dalam kehidupan
mereka menggunakan sesuatu yang mereka sukai melalui aktiviti kolaboratif, interaktif , fizikal
dan kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran. (Pickup, Haydn-Davies, & Jess, 2007, hlm.9).
Justeru adalah wajar sekiranya elemen ini ditekankan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani .
Physical Education Standards in Texas State Board for Educator Certification (hlm.10)
menyatakan bahawa guru boleh menggunakan isyarat verbal dan bukan verbal yang sesuai dan
wajar untuk menggalakkan pembelajaran murid dalam konteks pendidikan jasmani. Isyarat
verbal bersifat konventional dan selalu digunakan oleh guru guru Pendidikan Jasmani. Isyarat
bukan verbal adalah menjurus kepada isyarat badan, penggunaan alat bantu mengajar dan boleh
menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid khususnya melalui penggunaan bahan bantu
belajar.
Richard A. Magill (2001), latih tubi dapat meningkatkan keupayaan melaksanakan
sesuatu kemahiran tersebut kelak. Kepelbagaian latih tubi ialah satu cara yang dapat
meningkatkan peluang untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dengan jayanya. Kepelbagaian
latih tubi ialah variasi pergerakan dan konteks pengalaman seseorang semasa melakukan sesuatu
kemahiran.
Selain itu, teori peniruan Albert Bandura juga turut ditekankan dalam kajian ini. Hal ini
kerana kemahiran banyak dipengaruhi oleh aspek peniruan tingkah laku. Contohnya, kaedah
demonstrasi dan tunjuk cara banyak diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Proses
peniruan mempunyai empat langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan
motivasi. (http://notapismpks.blogspot.com, 2011).

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

Mok Soon Sang (2008), peniruan gabungan iaitu meniru dan melakukan tingkah laku
model model yang berlainan. Peniruan gabungan ini merangkumi beberapa peniruan langsung,
peniruan tidak langsung atau kedua duanya.
Kesimpulannya, kemahiran hantaran bola aras bahu dapat ditingkatkan melalui
pengajaran prinsip dan konsep yang diajar guru dengan mengambil kira aspek kepelbagaian latih
tubi, penggunaan gambar dan butiran lakuan melalui aktiviti peniruan secara langsung dan tidak
langsung daripada gambar dan kata lakuan melalui pengintegrasian unsur kecerdasan pelbagai.
1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran hantaran bola aras bahu bagi permainan
bola baling telah dijalankan bagi murid Tahun 3 Kemahiran ini dipilih bagi memenuhi Standard
Pembelajaran KSSR. Jumlah murid seramai 36 orang (18 lelaki dan 18 perempuan). Kelas ini
terdiri daripada pelbagai tahap kognitif kerana pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) tidak mengelaskan murid mengikut keputusan peperiksaan. Saya telah memulakan
pengajaran dengan aktiviti gerak kerja kelas.
Apa yang saya dapat lihat, murid tidak fokus dan serius terhadap lakuan hantaran yang
betul. Saya mendapati konsentrasi mereka juga mudah hilang apabila penyampaian kata kendiri
disampaikan satu persatu. Mereka gemar untuk bermain main dan bergelak ketawa dengan
rakan rakan daripada terus mengikuti pengajaran saya. Justeru, saya mengandaikan bahawa
bilangan murid yang terlalu ramai telah menyebabkan konsentrasi mereka mudah terganggu
kerana keadaan yang bising dan jarak antara murid dengan saya yang jauh.
Malah, bilangan murid yang ramai dalam kelas juga menyebabkan arahan yang
disampaikan kurang memberi kesan dan tidak memberi impak kepada murid , murid lebih
banyak peluang untuk bermain mengikut kehendak diri selain fokus mereka mudah hilang.
Tambahan pula, aktiviti menghantar dan menerima bola merupakan aktiviti kebiasaan buat
mereka.
Memetik artikel daripada Europe Intelligence Wire, 19 Julai 2005

oleh Leicester

Mercury, pengajaran yang tidak berkesan dan kurang memuaskan menyebabkan murid bosan
dan bertingkah laku kurang baik disebabkan mereka menyedari bahawa kemahiran terlalu
mudah dan ada yang beranggapan ianya terlalu sukar.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

Selain daripada itu, masalah lain juga timbul. Meskipun butiran mengajar disebut
berulang kali dan kesalahan ditegur, murid masih mengulangi kesilapan yang sama. Murid
sememangnya gagal memahami dan mengaplikasikan arahan dan demonstrasi saya dengan baik.
Demonstrasi berpusatkan murid yang mengikut lakuan yang betul juga dilakukan namun
masalah yang sama tetap berulang.
Berdasarkan kepada pengalaman pengajaran dan pembelajaran lalu, saya menghadapi
masalah dari segi kemahiran memberi arahan dan demonstrasi yang kurang berkesan. Arahan
secara langsung saya tidak begitu jelas dan tidak bersifat progresif. Dalam memberi arahan
verbal dan demonstrasi, murid perlu didedahkan secara progresif. Menurut Marilyn M Buck et.
al, (hlm. 99, 2007), kaedah latihan yang biasa ialah kaedah bahagian progresif. Murid
mempelajari satu bahagian ke satu bahagian. Contohnya, bagi mempelajari bahagian tulang
dalam badan, dimulakan dari bahagian tapak kaki dan jari seterusnya bahagian buku lali dan
bahagian tulang kaki.
Melalui pemerhatian berstruktur, murid hanya melakukannya sekadar menyelesaikan
hantaran tanpa mengikut lakuan dan teknik yang betul. Bola hanya dihantar kepada rakan dan
kadang kala tidak sampai langsung atau tidak terjangkau oleh rakan. Hal ini merencatkan
pencapaian hasil pembelajaran objektif psikomotor pada hari itu. Buktinya, hanya 27 orang
murid dapat melakukan hantaran dengan teknik dan lakuan yang betul setelah diperhatikan
melalui aktiviti gerak kerja berpasangan. Ada juga murid yang melambung bola dari bawah ke
atas dan kedudukan tangan ketika hantaran berada di sisi kanan.
Kejayaan pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani bergantung kepada bagaimana
seseorang guru menggunakan pendekatan pengajaran yang dapat memenuhi objektif dan
kehendak pelajar. Bagi setiap guru, persediaan sebelum menjalankan sesuatu sesi pengajaran
amat penting. Ini termasuk objektif pengajaran, persediaan rangka pengajaran, peralatan yang
diperlukan, latar belakang pelajar dan peruntukan masa pengajaran itu sendiri. Kejayaannya
bergantung kepada kaedah yang diamalkan oleh seseorang guru. Guru seharusnya memilih
kaedah pengajaran berdasarkan kepada objektif pelajaran. (Basir bin Ahmad, 2007).

1.3

Pengumpulan Data Awal

Melalui pemerhatian secara rawak sewaktu gerak kerja kelas, saya dapat melihat hampir
separuh daripada jumlah sebenar gagal mengikut lakuan yang betul seperti mengikut lajak dan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

siku bengkok sebelum hantaran dibuat. Murid hanya membuat hantaran mengikut fahaman
mereka sendiri meskipun telah diajarkan melalui demonstrasi yang dilakukan oleh guru.
Oleh kerana disebabkan masalah yang timbul seperti arahan dan demonstrasi yang
kurang berkesan dan sukar difahami murid, murid mudah hilang tumpuan dan konsentrasi ketika
peneguhan kata kendiri dilakukan guru serta lakuan yang kurang tepat masih berlaku meskipun
telah ditegur dan dibetulkan Maka saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu bagi
mengatasi masalah ini.
Menyedari masalah ini, saya telah menggunakan dua kaedah bagi mengumpul data awal
iaitu melalui pemerhatian berstruktur dan penilaian bertulis.

1.3.1

Pemerhatian Berstruktur

Menyedari keadaan ini, saya menggunakan pengajaran aktiviti gerak kerja berpasangan
untuk mengenal pasti dengan lebih jelas dan tepat. Hasil pemerhatian berstruktur , terdapat murid
yang gagal menyempurnakan hantaran yang baik serta mengikut lakuan yang betul kepada
pasangan. Seramai 4 orang murid lelaki dan 5 murid perempuan dapat dikenalpasti. Hal ini
mempengaruhi pencapaian objektif pembelajaran psikomotor.

Antara masalah yang dapat dikesan ialah bahu tidak menghala ke sasaran, tangan tidak
dibawa ke belakang dan tangan dan kaki tidak dibawa ke hadapan. Berikut merupakan item
item yang terdapat dalam pemerhatian berstruktur. ( Amran Lee Abdullah dan P. Sundaralingam,
2007) :

i.
ii.

Pegang bola dengan jari dibuka.


Bahu kiri mengadap sasaran.

iii.

Tangan dibawa ke belakang dan siku bengkok.

iv.

Berat badan atas kaki kanan.

v.
vi.

Tangan dan kaki digerakkan ke hadapan.


Ikut lajak.

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian berstruktur ini, terdapat sembilan orang


murid yang gagal membuat hantaran sempurna mengikut item item yang disenaraikan.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan


1.3.2

Penilaian Bertulis

Kaedah terakhir yang digunakan ialah penilaian bertulis. Penilaian ini dijalankan dalam
bentuk soalan kuiz. Jenis soalan adalah soalan tertutup yang menguji item item yang terdapat
dalam lakuan hantaran bola aras bahu. Murid masing masing diedarkan dengan satu kertas
soalan yang mengandungi tujuh soalan dengan pilihan jawapan betul atau salah. Masa yang
diperuntukkan ialah lima minit. Rujuk lampiran 1 untuk melihat soalan penilaian bertulis.
Cara mengumpul data bagi penilaian bertulis pula dibuat berdasarkan item item yang
terdapat dalam lakuan hantaran bola aras bahu. Ujian betul salah ini dipilih kerana mudah
untuk ditadbir.
Hasil daripada penilaian ini, terdapat sembilan orang murid gagal menjawab dengan baik
iaitu mendapat betul hanya satu hingga empat soalan sahaja. Malah, borang penilaian bertulis
yang diedarkan untuk dijawab secara kuiz juga tidak mencapai standard prestasi iaitu band 1
iaitu tahu mengikut Standard Prestasi KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 3.
Berdasarkan kepada hasil pengumpulan data awal yang dijalankan melalui kaedah
pemerhatian bestruktur dan penilaian bertulis telah disediakan data awal seperti berikut:

______________________________________________________________________________
Kaedah Pengumpulan Data Awal

Bilangan Murid

______________________________________________________________________________
Pemerhatian berstruktur

Penilaian bertulis

______________________________________________________________________________
Jumlah

18

Jadual 1: Bilangan Murid Mengikut Kaedah Pengumpulan Data Awal

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

Pengumpulan Data Awal

Penilaian
Bertulis
50%

Pemerhatian
Berstruktur
50%

Carta 1: Bilangan Murid yang Gagal


Kesimpulannya, hasil daripada kedua dua kaedah pengumpulan data ini, 18 orang
murid dikenalpasti menghadapi masalah dalam kemahiran hantaran bola aras bahu samada dari
aspek psikomotor dan kognitif. Hasil pembelajaran murid juga tidak tercapai sepenuhnya.

2.0

FOKUS KAJIAN
2.1

Huraian Fokus Kajian

Kajian ini berfokus untuk meningkatkan kemahiran hantaran bola aras bahu melalui latih
tubi, gambar dan butiran lakuan bagi murid tahun 3. Berdasarkan pemerhatian saya sebelum ini,
budaya pembelajaran murid tahun 3 lebih terarah kepada permainan bola jaring (perempuan) dan
bola baling (lelaki).
Hal ini relevan kerana murid tahun 3 ini akan dapat menggunakan kemahiran yang
dipelajari ini pada masa akan datang terutamanya untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
bola jaring dan bola baling. Selain itu, kemahiran ini terdapat dalam silibus KSSR iaitu dalam
Standard Pembelajaran 1.6.1: Menghantar bola menggunakan tangan, kaki dan alatan dan 1.6.2:
Menerima bola menggunakan tangan, kaki dan alatan.
Pemerhatian secara rambang telah dibuat pada gerak kerja kelas untuk mengenalpasti
murid murid yang mempunyai kelemahan terhadap hantaran bola mengikut teknik dan lakuan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

yang betul. Murid telah menunjukkan kesediaan untuk melakukan aktiviti kemahiran ini dari
aspek mematuhi arahan namun sebahagiannya bukan dari aspek lakuan yang betul. Murid
membuat lambungan dari bawah dan bukannya hantaran aras bahu malah murid turut
mengabaikan fasa ikut lajak. Selain itu, kedudukan tangan sebelum membuat hantaran juga turut
diabaikan.
Selain itu, aktiviti latih tubi, gambar dan butiran lakuan dipilih sebagai alternatif
intervensi bagi mewujudkan suasana baru terhadap proses pembelajaran agar murid lebih peka,
berdikari dan berdaya saing ketika melakukan hantaran bola aras bahu. Pemahaman terhadap
butiran lakuan dilihat amat penting kepada perlakuan hantaran yang betul. Menurut Norkhalid
bin Salimin (2007), pelajar yang ingin mendalami kemahiran bola baling mempelajari dahulu
ciri-ciri kemahiran secara teori, manakala pentaksiran komprehensif digunakan oleh guru untuk
menilai sejauh mana tahap pencapaian kognitif.
pelajar dalam mempelajari kemahiran tersebut secara teoretikal.
Murid dapat belajar dan meneroka kemahiran hantaran bola aras bahu melalui aktiviti
aktiviti yang dirancang guru sesuai dengan naluri kanak kanak iaitu ingin mencuba sesuatu
yang baru dan berada di luar kebiasaan dan hal ini amat bertepatan dengan penggunaan alat
bantu belajar seperti gambar dan butiran lakuan. Peneguhan dan konsep ulangan telah
diaplikasikan melalui aktiviti latih tubi hantaran samada secara individu, berpasangan atau
berkumpulan.
Kajian terhadap meningkatkan penguasaan kemahiran hantaran bola aras bahu melalui
aktiviti latih tubi, kad gambar dan butiran lakuan dipilih kerana mudah untuk ditadbir, alatan
yang digunakan mencukupi dan mudah diperoleh, tidak melibatkan penggunaan kos yang tinggi
dan bersifat praktikal. Peralatan seperti bola baling banyak terdapat di sekolah. Penggunaan
marker atau skitel pula hanya untuk menanda stesen sahaja.
Selain itu, intervensi ini dapat meningkatkan pemahaman murid secara berperingkat dan
melalui pengalaman secara langsung dengan aktiviti yang telah dirancangkan. Contohnya, latih
tubi hantaran aras bahu diperkukuh dengan penggunaan gambar dan butiran lakuan. Menurut
Deborah dan Charles, (2009, hlm.59), prinsip yang berkaitan dan konsep kemahiran patut diajar
agar murid boleh melakukan kemahiran dengan lebih berkesan. Contohnya, murid patut tahu
yang hantaran lebih efektif apabila satu kaki menghala ke arah sasaran dan mengikut lajak ke
arah sasaran. Hal ini juga mengambil kira pemahaman murid terhadap butiran lakuan yang betul

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

dalam sesuatu kemahiran. Proses ini akan diperkemas lagi dengan latih tubi lakuan secara
individu, berpasangan dan berkumpulan.
Aktiviti latih tubi, kad bergambar dan butiran lakuan disokong dan diperkemas dengan
mengambil kira elemen kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran. Elemen kecerdasan
pelbagai yang terlibat ialah kinestetik, visual- ruang dan interpersonal. Kesemua elemen ini
mempengaruhi minat murid terhadap sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran sekaligus
meningkatkan kefahaman mereka terhadap lakuan hantaran yang betul. Penggunaan kad
bergambar dan butiran lakuan yang menyentuh elemen ini amat memberi kesan terhadap
penglibatan murid secara aktif ketika aktiviti latih tubi sekaligus dapat menarik minat murid
untuk fokus terhadap pembelajaran dari aspek kognitif dan psikomotor.

2.2

Tindakan / Intervensi

Berdasarkan kepada masalah tersebut, satu intervensi telah dicadangkan yang mana
menggabungkan tiga jenis aktiviti yang melibatkan elemen kecerdasan pelbagai seperti
kinestetik, visual ruang

dan interpersonal. Kemahiran visual ruang membolehkan murid

belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi
sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. (Faizal Hj. Yusuf, 2011).
Intervensi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran hantaran bola aras bahu mengikut teknik
dan lakuan yang betul dan tepat.
Tiga aktiviti yang dimaksudkan ialah latih tubi, butiran lakuan dan gambar. Menurut
Marilyn M. Buck et. al (2007, hlm. 255), murid boleh diajar untuk menggunakan isyarat atau
butiran lakuan untuk membantu mereka fokus dan memberi perhatian terhadap tugasan atau
aktiviti selain memotivasikan murid untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam situasi yang
berbeza. Murid akan melakukan aktiviti secara stesen mewakili dua stesen aktiviti iaitu aktiviti
latih tubi, gambar bersama butiran lakuan. Jadual di bawah merupakan perancangan aktiviti
mengikut minggu dan dijalankan sebanyak enam sesi.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan


Minggu

Sesi

Pertama

tidak dijalankan
sebarang

Aktiviti
persediaan bahan bantu belajar
ujian pra

intervensi
Kedua

Ketiga

Empat

gambar ilustrasi dan latih tubi

butiran lakuan dan latih tubi

gambar ilustrasi berserta butiran lakuan dan latih tubi

gambar dan latih tubi

butiran lakuan dan latih tubi

gambar berserta butiran lakuan dan latih tubi


ujian pos

Jadual 2 : Pembahagian Aktiviti Intervensi Mingguan

Memandangkan jumlah murid yang akan diberi latihan ialah 18 orang, maka
pembentukan dua kumpulan akan dibuat dengan setiap ahli kumpulan seramai sembilan orang.
Intervensi ini dilaksanakan selama 30 minit dengan pembahagian masa lima minit untuk
memanaskan badan dan aktiviti gerak kendur. 15 minit lagi dibahagikan sama banyak untuk
pergerakan kumpulan dari satu stesen ke satu stesen yang lain. Satu stesen mengambil masa
selama tujuh minit. 5 minit lagi diperuntukkan untuk permainan kecil bagi hantaran aras bahu.
Isyarat wisel akan dibunyikan bagi pertukaran stesen. Setiap stesen akan didemonstrasikan oleh
guru dan diberi peneguhan terhadap lakuan hantaran yang betul.

Langkah
Taklimat Ringkas
(4 minit)
Permulaan
(2 minit)

Aktiviti

Catatan/Alatan

Penerangan mengenai proses intervensi dan Pembahagian


demonstrasi setiap stesen

kumpulan

Memanaskan Badan

9 orang 1 kump

i.

Lari

mengikut

jumping jack

nombor,

lari

setempat,

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan


1

Dengan bola kertas

Stesen 1 (Gambar dan Kata Lakuan)

(7 minit)

i.

Membuat setiap lakuan mengikut urutan

i.

Membuat setiap lakuan penuh hantaran

Penilaian lakuan (pemerhatian berstruktur)

(5 minit)

i.

Penutup

dan bola getah


Dengan bola getah

Stesen 2 (Latih Tubi)

(7 minit)

10

Permainan kecil (sistem liga)

Dengan bola
sebenar

Gerak Kendur

(2 minit)

i.

Kelonggaran sendi tangan dan kaki

Jadual 3 : Perancangan Setiap Sesi

2.2.1 Kad Gambar


Bagi sesi satu hingga tiga, gambar ilustrasi lakuan akan diletakkan dalam sampul surat.
Manakala, bagi sesi empat hingga enam akan digunakan gambar sebenar. Secara keseluruhannya
terdapat enam keeping gambar yang akan dibekalkan kepada murid. Gambar ini akan diletakkan
di atas meja. Gambar ilustrasi ini akan digunakan bagi sesi 1 dan sesi 3 intervensi.
Tugas subjek ialah meniru dan melakukan setiap lakuan yang terdapat dalam gambar
tersebut dan cuba mengaitkan antara satu gambar dengan satu gambar yang ada. Berikut
merupakan butiran lakuan yang akan digunakan pada stesen satu.

Sesi

Gambar

1) Satu dan tiga

1. Pegang bola dengan jari mengembang.

(Gambar Ilustrasi dan bola kertas) 2. Bahu kiri mengadap sasaran.


3. Tangan dibawa ke belakang dan siku bengkok.
2) Empat dan enam

4. Berat badan atas kaki kanan.

(Gambar sebenar dan bola getah)

5. Tangan dan kaki digerakkan ke hadapan.


6. Ikut lajak.

Jadual 4: Gambar Lakuan Mengikut Sesi

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

11

2.2.2 Butiran lakuan


Bagi sesi dua dan empat, hanya butiran lakuan digunakan. Manakala, sesi tiga dan sesi
enam, butiran lakuan digunakan bersama gambar samada gambar ilustrasi dan gambar sebenar.
Secara keseluruhannya terdapat enam kata kendiri dan enam gambar yang ada dalam lakuan
penuh kemahiran bola hantaran aras bahu berserta sembilan biji bola kertas.
Tugas subjek ialah melakukan setiap lakuan yang terdapat pada butiran lakuan tersebut
menggunakan bola kertas dan cuba mengaitkan antara satu butiran lakuan dengan satu butiran
lakuan yang ada. Berikut merupakan butiran lakuan yang akan digunakan pada stesen 1.

Sesi

Butiran Lakuan

Warna
Kertas

1) Dua dan empat


(Kertas putih dan bola kertas)

2) Tiga dan enam


(Kertas warna dan bola getah)

1. Pegang bola dengan jari mengembang.

Biru

2. Bahu kiri mengadap sasaran.

Merah

3. Tangan dibawa ke belakang dan siku bengkok.

Hijau

4. Berat badan atas kaki kanan.

Kuning

5. Tangan dan kaki digerakkan ke hadapan.

Pink

6. Ikut lajak.

Oren

Jadual 5 : Butiran Lakuan dengan Warna yang Berbeza

2.2.3 Latih Tubi


Bagi aktiviti latih tubi, aktiviti yang dipilih dipelbagaikan dari aspek bilangan subjek,
alatan yang digunakan, tempat latih tubi dan organisasi latih tubi yang dibuat. Masih
menekankan kepada kemahiran yang sama namun divariasikan dengan persekitaran yang
pelbagai disamping variasi arah hantaran dan penyusunan subjek yang berbeza.
Subjek dikehendaki melakukan hantaran aras bahu mengikut masa yang telah ditetapkan
dan menukar ke stesen seterusnya. Bimbingan daripada guru lebih ditekankan ketika aktiviti latih
tubi ini. Bilangan ulangan tidak ditetapkan dan hanya bergantung sepenuhnya pada tempoh masa
iaitu selama tujuh minit.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan


Minggu

Sesi

Kedua

Hantaran pada dinding (individu)

Hantaran pada dinding (berpasangan)

Halangan di tengah ( satu halangan)

Halangan di tengah (dua halangan)

Hantaran pelbagai arah (diagonal)

Hantaran pelbagai arah ( tiga penjuru)

Ketiga

Empat

12

Aktiviti Variasi Latih Tubi

Jadual 6 : Aktiviti Variasi Latih Tubi

3.0

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


3.1.1

Objektif Umum

Kajian ini dibuat dengan tujuan agar murid tahun 3 dapat meningkatkan lakuan hantaran bola aras
bahu melalui latih tubi, gambar dan kata lakuan.

3.1.2
i.

Objektif Khusus
Meningkatkan kefahaman murid terhadap lakuan hantaran yang betul melalui
aktiviti kad gambar dan membuat lakuan mengikut butiran lakuan.

ii.

Meningkatkan lakuan hantaran bola aras bahu yang betul seperti mengikut lajak
dan bahu kiri/ kanan menghadap sasaran melalui aktiviti latih tubi, kad gambar
dan butiran lakuan.

3.2
i.

Soalan Kajian
Adakah aktiviti kad gambar dan membuat lakuan mengikut butiran lakuan
dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap hantaran kemahiran bola aras
bahu ?

ii.

Adakah aktiviti

latih tubi, gambar dan butiran lakuan dapat meningkatkan

kemahiran lakuan hantaran bola aras bahu yang betul seperti mengikut lajak, dan
bahu kiri/ kanan menghadap sasaran?

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan


4.0

13

KUMPULAN SASARAN
Subjek kajian terdiri daripada 18 orang murid tahun 3 Cemerlang iaitu 10 orang

perempuan dan lapan orang lelaki berdasarkan hasil keputusan daripada dua kaedah
pengumpulan data awal iaitu pemerhatian berstruktur dan penilaian bertulis. Murid juga berasal
daripada keluarga yang sederhana status sosioekonominya. Melalui temubual dengan guru kelas,
terdapat juga murid mempunyai tahap pemikiran yang setara.

5.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN


5.1

Langkah Langkah Tindakan

Pelaksanaan kajian ini dibuat setelah mengenalpasti kelemahan kelemahan dari segi
hantaran aras bahu yang kurang tepat lakuannya dengan menggunakan kaedah pengajaran arahan
dan demonstrasi. Masalah yang dikenalpasti dibuktikan melalui kaedah pemerhatian berstruktur
dan penilaian bertulis.
Intervensi diperlukan memandangkan hantaran bola aras bahu dapat diaplikasikan dalam
sukan bola baling, bola jaring dan bola keranjang. Murid perlu diberi latihan untuk
meningkatkan kemahiran hantaran bola aras bahu dengan kaedah dan pendekatan berbeza
melalui latih tubi, kad gambar dan butiran lakuan.
Intervensi dan fokus kajian diperkukuh melalui pembacaan penulisan ilmiah dari pelbagai
sumber melalui carian di internet, jurnal jurnal yang berkaitan, pembacaan buku buku
Pendidikan Jasmani dan buku pembelajaran motor selain bimbingan daripada pensyarah penyelia
serta melalui perbincangan dengan rakan rakan dan guru guru.
Intervensi ini menekankan kepada kecerdasan pelbagai murid iaitu kinestetik melalui
aktiviti latih tubi yang pelbagai.Selain itu, intervensi mementingkan kepada kemahiran visualruang yang mana penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk visualisasi, warna dan
penyusunan dalam bentuk grafik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001, hlm. 37) iaitu aktiviti
kad gambar.
Dari aspek kebolehtadbiran intervensi pula, alatan seperti bola baling mencukupi. Tempat
dan lokasi untuk melaksanakan intervensi juga selamat dan sesuai. Selain itu, bahan yang
digunakan dalam intervensi amat mudah diperoleh dan kosnya berpatutan serta tidak terlalu
membebankan.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan


5.2

14

Cara Mengumpul Data

Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data ialah melalui pemerhatian berstruktur
dan penilaian bertulis. Bagi membandingkan peningkatan lakuan hantaran aras bahu yang betul,
saya telah menggunakan bantuan video bagi menganalisis lakuan hantaran secara tepat. Hal ini
sebagai alternatif lain bagi memastikan analisis data yang dibuat tepat dan selari dengan
pemerhatian yang saya jalankan sendiri. Malah, kaedah ini sebagai medium untuk murid
meningkatkan kemahiran ini secara psikomotor dan afektif.
Berdasarkan hierarki taksonomi Dave (1970), terdapat lima aras iaitu (i) meniru; (ii)
manipulasi; (iii) ketepatan perlakuan; (iv) menghubungkait dan (v) tindakbalas semula
jadi.(Norkhalid, 2007). Borang penilaian pemerhatian berstruktur dibuat berdasarkan skor rubrik
di atas dan dimodifikasi mengikut tahap murid sekolah rendah untuk menilai ketepatan perlakuan
hantaran bola aras bahu sebelum dan selepas intervensi. Rujuk Lampiran 5.

Jadual 7 : Modifikasi Skor Rubrik Pentaksiran Psikomotor Permainan Bola Baling


_________________________________________________________________________
Skala Aras
Kriteria Pentaksiran
_________________________________________________________________________
3
Ketepatan perlakuan kemahiran asas
Ketepatan

Manipulasi kemahiran asas

Perlakuan

Meniru kemahiran asas

2
Manipulasi

Manipulasi kemahiran asas


Meniru kemahiran asas

1
Meniru

Meniru kemahiran asas

__________________________________________________________________________
Sumber: Pentaksiran Komprehensif Bagi Permainan Bola Baling dalam Pendidikan Jasmani
(Norkhalid, 2007).
5.3

Cara Menganalisis Data

Hasil daripada kajian yang dijalankan, proses menganalisis data mentah diterjemahkan
dalam bentuk jadual taburan kekerapan. Secara asasnya, data dianalisis dalam bentuk min, mod
dan median bagi mewakili jumlah murid lelaki dan perempuan. Perbandingan skor min sebelum

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

15

dan selepas intervensi bagi penilaian bertulis dan pemerhatian berstruktur mengikut jantina.
Malah perbandingan skor sebelum dan selepas intervensi untuk item lakuan hantaran yang betul
akan dibuat. Data kemudiannya diinterpretasikan dalam bentuk graf bar.
x

////

////

////

///

Jadual 8 : Contoh Jadual Taburan Kekerapan

5.4

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Rujuk Lampiran 3

5.5

Kos Kajian

Bil

Perkara

Harga Seunit (RM)

Jumlah

1.

Kertas warna

20 x RM 0.20

RM 4.00

2.

Filem laminate

20 x RM 0.50

RM 10.00

3.

Sampul surat putih

2 x RM 0.50

RM 1.00

4.

Gambar

6 x RM 1.00

RM 6.00

JUMLAH

Jadual 9: Kos Kajian

RM 21.00

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

16

RUJUKAN
Amran Lee Abdullah & P. Sundaralingam.(2007). Bola baling dan bola keranjang. Siri
pendidikan jasmani dan sukan. Selangor. Sutrapadu (M) Sdn. Bhd.
Darst, P. W. & Pangrazi, R. P. (1990). Dynamic Physical Education for Secondary School
Student 9th ed. Macmillan Publishing Company. New York.
Faizal bin Hj Yusof. (2011). Teori Kecerdasan Pelbagai. Retrif pada 25 Februari 2013 daripada
http://faizalhjyusof.blogspot.com
Hein. V., Ries. F. & Pires. F. (2012). The Relationship Between Teaching Styles And
Motivation To Teach Among Physical Education Teachers. Journal of Sports Science and
Medicine (2012) 11, 123-130.
Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub. (2010). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam
pelaksanaan kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21
32, 2010
Magill. R. A. (2001). Practice conditions. Motor learning concepts and applications.
Singapore. McGraw- Hill.
Marilyn. M. B., Jacalyn. L. L., Joyce M. H. & Cook C.B. (2007). Instructional Strategies for
Secondary School Physical Education. Mc Graw Hill. New York.
Mohd Sofian Omar Fauzee.(2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani. Karisma Publication.
Sdn. Bhd. Shah Alam.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan dan pedagogi- murid dan alam belajar. .Selangor.
Multimedia Sdn. Bhd.
Norkhalid bin Salimin & Julismah Jani. (2007). Pentaksiran Komprehensif Bagi Permainan Bola
Baling Dalam Pendidikan Jasmani. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jasmani.
Texas State Board for Educator Certification. (2003). Physical Education Standards. Texas.
PISMP Kajian Sosial. (2011)Teori Pembelajaran Sosial. Retrif pada 25 Februari 2013 daripada
http://notapismpks.blogspot.com
Verducci. F. M.(1980). Suggestions for constructing true- false items. Measurement concepts in
Physical Education. USA. The C.V. Mosby Company.
Wuest. D.A & Bucher. A.C. (2009). Foundations of Education, Exercise Science, and Sport.
McGraw Hill. New York.

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan

17

Zuber Hassan. (2005). Evaluating the KPLI Physical Education Programme. Jabatan Pendidikan
Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.