Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN

Menurut Weiner (1967) dalam penulisannya telah mengatakan bahawa sesuatu

penulisan itu berkait rapat dengan individu yang ingin mempelajari penulisan dengan cara

yang betul dan serius. Murray (1969) pula berpendapat bahawa sesuatu penulisan itu

merupakan salah satu bentuk penyelidikan apabila sesorang itu telah menemui makna dan

menghasilkan idea dalam cakna pemikirannya. Manakala Juriah Long et.al (1990) sangat

berlainan dan telah mendefinisikan penulisan itu sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi

melalui bentuk grafik. Comprone (1978) pula mengatakan bahawa sesuatu penulisan itu

adalah satu transkripsi tentang proses yang mengungkap gagasan dalam bentuk karangan,

iaitu satu proses dalam mengaktualisasikan fikiran diatas kertas. Flower (1980) pula

menyatakan penulisan itu merupakan salah satu proses untuk menyelesaikan masalah iaitu

segala maklumat yang diperolehi akan dapat diproses bagi mencapai matlamat.

Menurut kamus dewan, Objektiviti timbul dari kata asal objektif. Kamus

Dewan memberi maksudnya sebagai suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak

dipengaruhi atau dikuasai oleh perasaan atau prasangka sendiri. Garraghan menyatakan

dalam penulisannya bahawa objektif sebagai sikap yang neutral dan tidak memihak kepada

mana-mana pihak. Begitu juga menurut Donald V. Garowski yang menyatakan bahawa

objektiviti bermaksud menggunakan fakta sejarah tanpa ada perasaan yang memihak dan

prasangka individu. Sartono pula menjelaskan bahawa kajian sejarah dalam erti lain bahawa

objektif menunjukkan kepada kejadian atau peristiwa itu sendiri, iaitu proses sejarah dalam

keadaan yang sebenarnya berlaku.1 Sebagai suatu istilah sejarah, maka timbul konsep objektif

itu dan dapat dilihat melalui dari segi dua perspektif yang berbeza iaitu pengertian asas dan

pengertian yang lebih kontroversi. Dari sudut pandangan pengertian asas itu, objektif

bermakna tujuan atau sasran sesuatu sejarah itu dikaji atau ditulis. Untuk apa sejarah itu
1 Ishak Saat, Penulisan Sejarah, 2010, Utusan Publication and Distributors, Cheras, Kuala Lumpur, Hlm. 94.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


ditulis? Sebagai contoh dalam penulisan pensejarahan Melayu seperti Tun Seri Lanang telah

memperbaiki semula Hikayat Melayu yang dari Goa dan telah menamakannya semula

sebagai Sulalatus Salatin (1612). Tujuan ini adalah untuk menurut perintah Sultan

Abdullah Maayah Syah. Selain itu, karya ini jugak telah menyukakan hati Baginda dan juga

sebagai teladan dan ikhtibar kepada keturunan yang akan datang.2

Dalam penulisan essei ini penulis akan membincangkan topik mengenai soal keobjektivitian

seseorang penulis dalam menghasilkan sesebuah tulisan dalam penulisan. Topik ini juga

membincangkan bagaimana seseorang penulis itu seharusnya tidak dipengaruhi oleh

pemikiran ideologi, pengaruh latar belakang dan pegangan tertentu oleh sesorang penulis itu

dalam menghasilkan fakta-fakta yang dikajinya seterusnya kerja deskripsi yang dihasilkannya

dapat diukur ketepatan dan kesahihannya. Oleh itu dengan mengambil contoh pentadbir dan

pemikiran British pada abad kurun ke 19 essei ini akan membahaskan tentang cara penulisan

mereka sama ada mereka bersikap objektif mahupun bersikap subjektif dalam karya

penulisan mereka. Antara contoh penulis dan pemikir british pada kurun ke 19 yang menjadi

contoh dalam topik perbahasan essei ini ialah Stamford Raffles, R.O Windsteadt, R.J.

Wilkinson, J..M. Gullick, J.Rigby, Frank Swetenharm dan lain-lain lagi. Disamping itu,

dalam essei ini juga kami menunjukkan perbandingan bagaimana seseorang penulis itu harus

menulis dalam karya penulisannya. Hal ini kerana dalam penulisan itu harus ditunjukkan

bukti bagaimana kesahihan fakta itu boleh berlaku dan bukan hanya berdasarkan kepada teori

semata-mata.

2.0 OBJEKTIVITI SEJARAH

2 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Hj, Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan, 1988, Dewan bahasa dan
pustaka, hlm. 231.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


Objektiviti timbul dari kata asal objektif. Kamus Dewan memberi maksudnya sebagai

suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh perasaan atau

prasangka sendiri. Penulisan sejarah sememangnya perlu ditulis secara objektif. Namun,

keobjektifan penulisan sejarah tidak dapat dicapai kerana wujudnya penulisan secara

subjektif.3

Penulisan sejarah secara objektif diasaskan oleh Leopold Von Ranke (1795-1886). Bagi

Ranke matlamat penulisan sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian

sebagaimana sebenarnya berlaku (wie es eigentlich gewesen) yang membiarkan fakta-

fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan sejarawan. Beliau menggariskan

beberapa panduan seperti mempersembahkan fakta yang tulen, mengikis prasangka,

mengelakkan pengadilan moral dan sebagainya.4 Melalui kaedah ini beliau percaya ahli

sejarah pasti akan menghasilkan karya sejarah yang objektif. Bagi Lord Acton (1834-1902)

menyatakan bahawa biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristiwa itu serupa

sahaja dan memuaskan hati setiap pihak tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat

sebelah (bias)5. Ini membuktikan perjuangan Ranke untuk menulis sejarah secara objektif

diteruskan oleh sejarawan yang lain.

3 Objektif dan Subjektif mengikut Kamus Dewan ialah kenyataan berasaskan kepada fakta yang sebenarnya
dimana fakta tersebut dipengaruhi oleh perasaan dan prasangka diri sendiri, Kamus Dewan edisi keempat, 2005,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1092-1529.

4 K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), 1995. Isu-isu Pensejarahan.Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia. hlm.44.

5 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, 1994, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm, 106.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


3.0 SUBJEKTIVITI SEJARAH

Subjektiviti pula timbul dari kata dasar subjektif. Kamus Dewan memberi makudnya

sebagai sesuatu yang terbit daripada atau berasaskan pandangan orang atau pihak yang

melihat atau menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau dinilai). 6 Konsep

subjektif menurut Muhd. Yusof Ibrahim ialah merujuk kepada pensejarahan tradisi yang

ditulis secara bebas atau sesuka hati sejarawan sahaja. Penulisan-penulisan mereka adalah

bersifat memihak dan bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang

dikaji, menyerapkan nilai budaya atau 'world-view", mahupun ideologi serta memuatkan

pelbagai unsur kesusasteraan.Walaupun Leopold Von Ranke berusaha untuk menjadikan

sejarah sebagai satu obektiviti, namun ada segelintir sejarawan yang masih mahu

mempertikaikan objektiviti sejarah tersebut. Misalnya sejarahwan Carl Becker dan Charles

Beard. Mereka mengatakan bahawa ahli sejarah tidak mampu untuk menghasilkan penulisan

sejarah yang bersifat objektiviti. Hal ini kerana menurut Charles Baerd, objektiviti dalam

sejarah merupakan satu impian sahaja.7 Beliau mengatakan bahawa sejarah tidak boleh

menjadi objektif selagi ahli sejarah tidak dapat memisahkan diri secara mutlak daripada

subjek yang dikaji.8 Oleh itu, mereka telah memperkenalkan subjektiviti sejarah bagi

mengantikan objektiviti. Hal ini kerana, mereka menganggap sejarah sebagai sesuatu kajian

atau penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan. Tambahan pula, kajian itu akan ditulis dan

dihurai mengikut perspektif penulis itu sendiri. Misalnya, penulisan subjektiviti bersifat

6 Subjektif mengikut kamus dewan ialah fakta yang terbit berasaskan pandangan orang atau pihak yang melihat
atau menilai peristiwa tersebut. Kamus Dewan edisi keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.
Hlm. 1529.

7 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, 1985, Marican, Hlm. 121.

8 K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr.R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan, Pulau Pinang, Penerbit
Universiti Sains Masyarakat, hlm. 44-46.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


memihak, bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau peristiwa yang dikaji,

menerapkan nilai budaya atau pandangan dunia mahupu ideologi.9

4.0 PEMIKIRAN DAN PENULISAN TOKOH BRITISH KURUN KE-19

Pemikiran dan penulisan British pada kurun ke-19 dapat dilihat dari segi pensejarahan

Malaysia yang merujuk kepada penulisan dan sejarah negara ini dan telah dilakukan oleh

para penulis barat. Penulisan mereka ini adalah bersikap sebagai mengkaji dan menyelidik

mengenai masyarakat tempatan yang dijajah mereka dari segi budaya, bahasa, kesusasteraan,

Cara hidup dan segala yang berkaitan dalam kehidupan masyarakat tempatan. Antara pegawai

British yang telah melakukan pengkajian dan penyelidikan mengenai masyarakat tempatan

ini ialah Stamford Raffles, R.O Windsteadt, R.J. Wilkinson, J..M. Gullick, J.Rigby dan lain-

lain lagi. Kemunculan mereka ini yang telah menulis tentang pensejarahan Malaysia telah

mewujudkan satu penulisan sejarah yang bercorak bias atau dikenali sebagai bersikap

subjektif dalam pensejarahan Malaysia. Disebabkan konsep pensejarahan yang di bawakan

oleh Leopold Von Ranke ini mementingkan sumber dan fakta dalam pensejarahan oleh itu

penulis pada kurun ke-19 telah menjalankan kajian dan penulisan terhadap pensejarahan

Malaysia dan telah menulis berdasarkan pensejarahan yang telah dikemukakan oleh Leopold

Von Ranke. Kebergantungan penulisan terhadap fakta ini dapat dilihat melalui penolakan

peristiwa yang bersifat lagenda dan mitos dalam sebahagian besar karya sejarah Melayu

tradisional. Sebagai contoh dalam tulisan R.O Winstedt dalam bukunya A History of Malay

Literature (1939) telah mengkaji teks Hikayat Hang Tuah sebelum dimuatkan dalam bukunya

9 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah; Falsafah Pengertian Kaedah dan Pensejarahan edisi ke-2, 2013, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 24.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


dan telah membuat perbandingan dan telah mendapati bahawa hikayat tersebut mempunyai

pengaruh dari epik Ramayana.

Walaubagaimanapun, dalam penulisan sejarah pada kurun ke-19 oleh pemikiran

pemerintahan British adalah bersikap subjektif dan ini boleh dilihat dalam penulisan para

penulis pada ketika itu. Antara pemikir pada kurun ke-19 iaitu Stamford Raffles, R.O

Windsteadt, R.J. Wilkinson, J.M. Gullick, J.Rigby, Frank Swetenharm dan lain-lain lagi. Oleh

itu, dalam esei ini kita akan memperlihatkan bagaimana cirri-ciri seseorang sejarawan itu

bersikap subjektif dalam penulisannya. Antaranya ialah....

4.1 FRANK SWETENHARM

Frank Swetthenham atau nama sebenarnya Frank Athelstane Swetthenham

adalah salah seorang pegawai kolonial British yang terkenal dalam zaman penjajahan British

di Tanah Melayu. Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1850 di Belper, Derbyshire, England.

Menjelang usia 20 tahun, beliau telah dihantar ke Singapura bagi mengikuti latihan sebagai

pelatih pegawai kolonial. Ketika ini, menyedari tugasnya yang sentiasa berhubungan dengan

masyarakat sekeliling yang majoritinya Melayu, beliau telah mula mempelajari Bahasa

Melayu yang menjadi bahasa perhubungan utama masyarakat ketika itu. Ini dijelaskan oleh

William R. Roff (1967):

his first task were to famililiarize himself with the work of

the various government department and learn Malay, he applied himself

with particular diligence to the latter, passing his Interpreters

examination..

Disebabkan kebolehannya berbahasa melayu Frank Swetenharm telah melakukan penulisan

terhadap tanah melayu dalam tulisannya. Oleh itu, dalam penulisan-penulisan yang dihasilkan

Copyright @ 2013 Rd Davidson


oleh Swetthenham, kebanyakannya adalah berkaitan dengan orang-orang Melayu. Ini dapat

dilihat dari buku-buku yang dihasilkannya seperti Malay Sketches, Footprint in Malaya,

Also and Perhaps, dan The Real Malay. Tulisan-tulisan beliau meliputi pelbagai aspek

kehidupan masyarakat Melayu ketika itu seperti sosial, kepercayaan, kehidupan, politik,

ekonomi, kebudayaan, dan pendidikan. Ini dapat dilihat dari kandungan-kandungan buku

yang dihasilkan oleh beliau, seperti The Real Malay, Meng-Geluncor, Amok, The Joget,

Latah, Ber-Hantu, Malay Sports, dan Malay At Home.

Frank swettenham menyatakan bahawa Melayu itu sederhana, primitif, malas,

suka melawan dan menentang perubahan (Swettenham, 1967:208). Selain itu, Frank

Swettenhem turut mengatakan bahawa orang Melayu ini suka berjudi dan menjadikan aktiviti

melagakan ayam sebagai cara terbaik untuk mereka berjudi. Frank juga menyatakan bahawa

orang Melayu mempunyai sifat enggan bekerja dan sukar menerima perubahan. Tambahan

lagi, beliau turut berpendapat di mana orang Melayu merupakan seorang Muslim yang fatalis

iaitu tidak mengikut ajaran sebenar Islam dengan mempercayai tahyul dan berjudi.

Disamping memberikan presepsi buruk kepada orang Melayu, beliau juga tidak ketinggalan

ada memuji sifat orang Melayu iaitu dengan menyatakan bahawa orang Melayu mempunyai

kesetiaan yang tinggi kepada pemerintah, ramah tamah, bermurah hati. Namun, diakhir

pujian itu, beliau sekali lagi mengaitkan Melayu dengan sikap yang buruk iaitu boros dan

tidak berjimat cermat.10 Disitu dapat kita lihat melalui tulisannya bahawa lebih menuju kearah

penulisan subjektif di mana beliau telah menunjukkan sikap yang berat sebelah (bias). Ini

dapat kita lihat melalui apa yang telah beliau tulis dalam penulisanya stories and sketches.

Judul buku Sir Frank Swettenham, British Malaya: an account of the origin and progress of

British influence in Malaya 13 telah menunjukkan corak penulisan kolonial. Judul buku ini

10 Swettenhem, Frank Stories and sketches by Sir Frank Swettenhem, 1967, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, hlm. 208.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


bermaksud betapa pentingnya kerjaya yang dilakukan oleh British terhadap Tanah Melayu.

Judul buku tersebut banyak memberi gambaran tentang isi kandungan, idea utama atau

temanya yang sudah pasti tidak lari dari menghuraikan peranan dan kejayaan pihak imperialis

British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba mendakyahkan kepada rakyat tentang

kebagusan dan kehebatan sistem penjajahan.

4.2 R.O WINDSTEADT

Beliau merupakan seorang pakar pengaji dari Timur Inggeris dan Pentadbir kolonial British.

R.O Winstedt menjadi kadet dalam perkhidmatan Awam Persekutuan TanahMelayu pada

tahun 1902. Beliau telah ditempatkan di negeri Perak di mana tempatyang beliau belajar

tentang budaya Melayu. Winstedt telah dilantik sebagai pegawai Daerah di Kuala Pilah dan

seterusnya berkhidmat sebagai Presiden pertama Kolej Raffles pada tahun 1921. Beliau

diamanahkan tugas sebagai Penasihat Umum Johor pada tahun 1931. Beliau telah banyak

menulis pelbagai karya penting yang melibatkan Melayu, contohnya dalam A History of

Malaya dan A Dictionary of Malay Language. Walaupun telah banyak melakukan

penyelidikan serta menulis tentang kesusasteraan melayu dan sejarah tanah melayu, namun

beliau tetap percaya dan yakin bahawa catatan orang barat sendiri daripada bahan tempatan

dan dalam penulisannya terdapat unsur-unsur yang bersikap Euro-Centric.11 Hal ini dapat di

lihat dalam penulisannya iaitu, A History of Malay Literature (1939) beliau hanya

berdasarkan daripada perasaan dan tanggapannya sahaja. Dalam penulisannya R.O Winsteadt

itu adalah seorang colonialist yang amat buruk, semata-mata menjadi penindas jahat kepada

bangsa Melayu dengan membataskan pendidikan Melayu hanya setakat darjah 3 rendah.

11 Mohd Yusof Irahim, Op. Cit, Hlm. 233.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


Segala tulisannya mengenai sastera Melayu semata-mata bermotifkan penindasan dan

penaklukan minda Melayu dan meyakinkan orang bahawa bangsa dan tamadun Melayu amat

kecil, terbatas, cetek dan tiruan atau ambilan dari kebudayaan asing, tanpa sebarang kreativiti

asli atau pencapaian mendalam yang dapat dibanggakan. Dalam penilaiannya terhadap

sastera tradisional Melayu dari ayat pertama lagi, dalam preface (prakata) karya terkenal

beliau, A History of Classical Malay Literature (Suatu Sejarah Sastera Klasik Melayu) beliau

sudah menggunakan banyak superlative yang sengaja mengeji, menghina dan meremehkan

bangsa Melayu:

Anyone who surveys the field of Malay literature will be struck by

the amazing abundance of its foreign flora and the rarity of indigenous

growths. Malay folklore, even, is borrowed, most of it, from the vast store-

house of Indian legend, an early crop garnered in the Hindu period, and

later in the Islamic. (A History of Classical Malay Literature, MBRAS,

revised ed. Y. A. Talib, 1996, halaman ix.

Cuba kita perhatikan betapa ganas dia menyorokkan kejian dan penghinaannya dengan

metafora bahasa yang amat kononnya halus namun amat kasar terhadap pencapaian

kesusasteraan bangsa Melayu dan sengaja menjatuhkan air muka serta jati diri bangsa

Melayu. Inilah kolonialis yang disanjung sebagai pembela peradaban Melayu tetapi tidak

pernah disanggah untuk mendedahkan penghinaan serta penindasannya terhadap bangsa

Melayu. Malah ramai yang menyanjung tinggi, termasuk penerbitan kembali semua karyanya

untuk menegaskan kembali sikap dan penaklukan minda Melayu di zaman pergolakan

kebudayaan dan jatidiri zaman kolonial itu. Winsteadt yang hidup berlegar di kalangan raja

serta bangsawan Melayu pada awal abad ke 20 sudah pasti memandang hina akan mereka itu

sehingga beliau menganggap dirinya dengan jati diri panggilan beta dalam tulisannya.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


Penilaian kembali dalam suasana pascakolonial pasti saja mengubah gagasan jati diri yang

muncul itu. Namun masih ada golongan yang tidak melihat essensi jati diri akan mengalami

perubahan. Golongan ini terkenal sebagai essentialist yang mempertahankan intisari jati diri

sebagai kekal dan mutlak. Terdapat pula golongan penentang yang bercanggah serta melihat

jati diri sentiasa mengalami perubahan mengikut konteks, suasana dan keadaan.

4.3 R.J. WILKINSON

Richard James Wilkinson, ataupun dikenali sebagai R.J Wilkinson telah dilahirkan

pada tahun 1867. Beliau tiba di Tanah Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai seorang

pegawai pentadbiran kolonial. Beliau pernah betugas sebagai nazir sekolah di jabatan

pelajaran NNMB (negeri-negeri melayu bersekutu). Pada tahun 1903M, beliau telah dilantik

menjadi setiausaha Sir Ernest Birch. Ini telah memberi kesempatan kepada beliau untuk

menerbitkan sebuah buku yang berjudul Paper on Malay Subjects. Melalui kenyataan Dr.

C.Hooykaas dalam bukunya Perintis Sastera mengatakan pantun Melayu yang dikumpulkan

oleh R.J Wilkinson dalam buku Malay Liteature mengandungi lebih kurang 1500 rangkap

pantun. Wilkinson menghasilkan beberapa buku yang kenal, antaranya adalah A History of

Perak dan A Vocabulary of Central Sakai.

R.J Wilkinson dalam penulisannya telah menunjukkan sikap yang begitu subjektif,

sinis dan dikongkong oleh nilai budayanya dalam menulis dan menafsir beberapa sejarah

tempatan. Oleh kerana dia seorang pentadbir yang mewakili pentadbiran, politik dan

kepentingan barat, dia sebenarnya tidak bermaksud untuk menghasilkan satu karya yang

ilmiah.12 Apa yang nyata ialah beliau sendiri telah memutar belitkan kenyataan atau laporan

12 R.J Wilkinson, Malay Literature. London: Oxford University Press, 1907.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


yang didapati tentang empayar Melaka. R.J Wilkinson yang mengkaji Undang-undang Adat

Perpatih dan Temenggung menolak undang-undang Melayu seperti Undang-undang 99 Perak

dan beberapa yang lain sebagai sebuah undang-undang lengkap seperti legal code dalam perundangan

Barat. Mereka berpendapat, undang-undang adat di Tanah Melayu sebaliknya hanya bersifat digest iaitu

hanya bersifat intisari terhadap sebuah perundangan yang boleh diterima pakai seperti di Barat.

Sebenarnya para orientalis ini jahil dalam menjalankan penyelidikan tentang latar

sosial budaya masyarakat Melayu, tentang pemikiran dan norma-norma sosial yang

berhubung dengan alam sekelilingnya. Persoalannya ialah, mengapa penulis-penulis Barat itu

menulis tentang Malaysia mengikut 'lenggang' Barat dan tidak lenggang Malaysia. Tetapi jika

kita perhatikan, kebanyakkan daripada mereka sememangnya tidak boleh bertutur dan

membaca dalam bahasa Melayu, malah kebanyakkannya bukan penyelidik sejarah tetapi

terdiri dari para pegawai atau pentadbir dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya melihat

sejarah Melayu dari konteks fahaman masyarakat Melayu sendiri kerana hanya kita sahaja

yang memahami selok-belok adat dan kebudayaan Melayu.

5.0 PERBANDINGAN PENULISAN TOKOH BARAT DENGAN PENULISAN

TEMPATAN ABAD KE-19

Dalam penulisan dan pemikiran tokoh barat terhadap tanah melayu pada abad ke-19 pada

ketika itu yang bercorak kolonial, maka muncul tokoh penulisan dan pemikiran tempatan

yang lantang dan berani menolak segala penulisan yang telah dilakukan oleh pemikir barat.

Mereka ini adalah golongan yang mendapat pendidikan yang tinggi dan mempunyai ilmu

seterusnya berani mengkritik pandangan sarjana barat tersebut. Antara sarjana yang muncul

ialah Syed Hussien Al-Attas, R. Bonney, Andaya & Andaya dan lain-lain lagi. Oleh itu,

Copyright @ 2013 Rd Davidson


dalam penulisan esei ini kami telah membuat perbandingan penulisan dan pemikiran sarjana

barat dengan sarjana tempatan.

5.1 SYED HUSSIEN AL-ATTAS

Syed Hussin Al-Attas didalam bukunya iaitu Mitos Pribumi Malas banyak

membincangkan tentang pendapat beliau yang tidak bersetuju 100% dengan pendapat dan

pandangan Barat yang mengatakan orang Melayu sebagai bangsa yang malas dan tidak

berusaha. Pada pendapat Syed Hussin Al-Attas, beliau berpendapat bahawa orang Melayu

memperolehi jolokan malas kerana tidak mahu menjadi alat dalam sistem perdagangan

kapitalisme kolonial. Hal ini bermakna, orang Melayu tidak mahu menjadi hamba untuk

mengkayakan bangsa Eropah dan mereka juga tidak mahu menjalinkan hubungan fungsional

dengan orang Barat yang pada pandangan mereka merupakan pengikis harta bangsa serta

penjajah yang dibenci sama sekali. Situasi inilah yang menyebabkan Barat tidak berpuas hati

serta mengecap bangsa Melayu sebagai pemalas kerana tidak mahu memenuhi keperluan dan

kehendak mereka untuk meningkatkan ekonomi Barat.13

Beliau juga menyangkal pendapat sarjana Barat yang mengatakan Melayu adalah

bangsa yang malas dengan menjadikan contoh orang Melayu yang telah terlibat dalam

jawatan di era pentadbiran Barat iaitu dengan bertugas menjadi sebagai penghantar surat,

polis, ahli bomba dan sebagainya. Hal ini jelas pada pendapat beliau iaitu jika malas itu

diukur dari segi malas bekerja, maka pendapat sarjana Barat yang mengatakan Melayu malas

ternyata salah sama sekali kerana terdapat ramai orang Melayu yang telah terlibat dalam urus

tadbir kerajaan Barat misalnya British terutama sebagai orang tengah atau penghubung antara

kerajaan dengan rakyat.

13 Syed Hussien Al-Attas, Mitos Peribumi Malas, 1991, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor
Darul Ehsan, hlm. 45-59.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


5.2 ISMAIL NOOR & MUHAMMAD AZAHAM

Ismail Noor dan Muhammad Azaham di dalam buku mereka Takkan Melayu Hilang

di Dunia, juga ada menceritakan serba sedikit tentang jiwa Melayu. Mereka mengatakan

bahawa kerangka pemikiran Melayu adalah agak mudah untuk ditinjaui tetapi sukar diselami.

Seorang bukan Melayu yang mempunyai pemikiran cetek dan perhubungan superfisial

mengenai orang Mealyu berkemungkinan menyalah tafsir profilnya. 14Mereka mencela

kelemahan Frank Swettenham dan Hugh Clifford yang seringkali menyalah tafsirkan

perwatakan bangsa Melayu.

Di dalam penulisan Ismail Noor dan Muhammad Azaham ini, mereka turut

mempersoalkan tindakan para penulis Barat yang membuat catatan dan andaian bercorak

imperialis iaitu dengan mengabaikan disiplin penulisan yang tidak menggalak seseorang

bersikap berat sebelah bias dalam menyampaikan buah fikiran. Dalam buku ini juga,

mereka turut menjadikan contoh Jospeh Conrad seorang kelasi British yang gemar menulis

mengenai cerita-cerita yang beralaskan kehidupan dan pengembaraan orang Melayu.

Diantaranya ialah Al-Mayers Folly, Lord Jim dan Captain Tom Lingard. Penulisan Conrad

berkenaan orang Melayu adalah sangat berbeza di mana beliau sangat memuji orang Melayu

sebagai bangsa yuang bersikap romantik dan sukakan keindahan serta kecantikan. Ini dibuat

berdasarkan gaya penulisan beliau yang berorientasikan pendirian anti-imperialisme. Beliau

menyangkal sama sekali apa yang ditulis oleh rakan-rakan sezamannnya dan menuduh

mereka berkecenderungan terhadap kepentingan kuasa penjajah dalam penulisan mereka.15

14 Ismail Noor dan Muhammad Azaham, Takkan Melayu Hilang Di Dunia, 2000, Pelanduk Publications Sdn.
Bhd. Selangor. hlm. 21.

15 Ismail Noor dan Muhammad Azaham, Op. Cit, Hlm. 23-24.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


6.0 ANALISIS

Secara Praktikalnya bahawa penulisan sejarah yang berbentuk ilmiah harus mendasari setiap

pelosok pengkajian yang dipentaskan di kaca mata dunia. Setiap penulisan itu harus bersifat

valid dan rasional bagi mendapat pengiktirafan global. Pengkajian bidang sejarah meliputi

pelbagai aspek yang amat ditekankan dalam melahirkan penceritaan yang relevan. Namun,

sejarah merupakan naratif peristiwa yang berlaku pada masa lampau yang harus

dikemukakan secara murni dan benar-benar berlaku bagi mewujudkan kesinambungan dan

moral sensiviti yang mempengaruhi pembaca sejarah. Penulisan sejarah yang berbentuk

objektif harus tidak mempercayai, termasuklah unsur ghaib, mitos, dan lagenda, seperti yang

dikemukan oleh Voltair.16 Pertembungan idea yang dipentaskan dalam penulisan sejarah

sama ada aliran objektif, relative, dan juga subjektif menjadi bahan peperangan dalam

pentaksiran penulisan sejarah oleh tokoh-tokoh sejarawan. Sungguhpun demikian, harus

diakui dalam penulisan sejarah ini haruslah tidak di pengaruhi oleh oleh mana-mana sentimen

yang membolehkan penulisan sejarah itu dipertikaikan. Hal ini kerana unsur-unsur seperti ini

tidak perlu dika1tkan dalam penulisan sejarah sesuatu peristiwa itu berlaku. Oleh iut,

sesebuah tulisan itu akan mampu membuka mata dan menjadi salah satu wadah kepada

saentero manusia dewaa ini bahawa sejarah merupakan satu medium yang mencakna minda

dan meneraju kepimpinan yang tidak dapat melupakan jatuh bangunnya sesuatu bangsa itu.

16 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, 1985, Marican, hlm. 43.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


KESIMPULAN

Matlamat setiap sejarawan adalah menulis, mentafsir sejarah yang objektif. Hal ini kerana

demi mewujudkan hasil karya sejarah yang bersifat objektif, oleh itu sejarawan haruslah

melengkapi diri dengan sikap jujur, adil dan tidak pilih kasih semasa penulisan. Selain itu,

ahli sejarawan juga perlu mempunyai pengetahuan luas dalam kaedah penyelidikan sejarah

dan mengamalkannya dan penulisan sejarah. Hal ini adalah untuk membuktikan kesahihan

dan kewibawaan sesuatu fakta itu. Penulisan sejarah adalah membiarkan dokumen itu

bercakap dengan sendirinya. Ini jelas membuktikan bahawa ahli sejarawan tidak memerlukan

penjelasan untuk menulis sejarah. Selain itu harus diakui juga terdapat ahli sejarah yang yang

bersifat objektif dan subjektif. Sebagai contoh terdapat ahli sejarawan yang dipengaruhi oleh

ideologi dahulu sebelum memulakan kajian itu. Tetapi semua kajian itu tidak semuanya

dipengaruhi oleh prasangka. Kepentingan peribadi walaupun andaian dan rumusan itu

berbeza. Kajian J. M. Gullick (AS), Jan Pluvier misalnya mungkin berasaskan andaian

ilmiah, namun ianya tidak sama sekali berkaitan dengan soal prasangka. Oleh itu jelas disini

bahawa soal objektiviti dalam sejarah sepatutnya di ukur dengan kerja deskripsi ahli sejarah

dan kebolehannya untuk mencatat dengan tepat fakta-fakta yang dikaji bukan berdasarkan

ukuran terhadap pengaruh latar belakang aliran, ideologi, dan pegangan tertentu demi untuk

menulis sejarah itu. Apa yang cuba ditulis oleh sarjana barat ini sebenarnya hanyalah cuba

mendakyahkan kepada rakyat tentang kebagusan dan kehebatan sistem penjajahan. Pegawai

kolonial di tanah jajahan telah dipengaruhi oleh pemikiran kolonial dan menyebabkan mereka

membuat penulisan yang sentiasa mewakili sudut pandang dan kepentingan kuasa kolonial.

Mereka juga tidak perlu sensitif pada sudut pandang dan kepentingan masyarakat tempatan.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Abd. Rahman Hj Abdullah, 2000.Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur.

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributributors Sdn. Bhd.

Abdul Samad Ahmad, 2003. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Thobie. 2001. Ibn Khaldun Muqaddimah. Jakarta: Penerbit Pustaka Firdaus.

Anbalakan. K. 1995. Isu-isu Pensejarahan (esei penghargaan kepada Dr. R. Sutharalingam).

Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Andaya, B.W. & Andaya, L.Y.1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: MacmillanPublication

(M).

Arbaiyah Mohd. Noor. 2002. Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Bala. B. 2000. Penyelidikan dan penulisan sejarah. Selangor: Pusat Pengajian Jarak Jauh,

Universiti Sains Malaysia.

Carr E. H. (terjemahan oleh Abdul Rahman Hj. Ismail). 1998. Apakah Sejarah? Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fauziah Shafie & Ruslan Zainuddin. 2001. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti.

Copyright @ 2013 Rd Davidson


Ishak Saat, 2010, Penulisan Sejarah, Utusan Publication and Distributors, Cheras, Kuala

Lumpur, Hlm. 94.

Ismail Noor dan Muhammad Azaham. 2000. Takkan Melayu Hilang di Dunia. Pelanduk

Publications Sdn. Bhd. Selangor.

Muhd Yusof Ibrahim. 2013. Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.195.

Objektif dan Subjektif mengikut Kamus Dewan ialah kenyataan berasaskan kepada fakta

yang sebenarnya dimana fakta tersebut dipengaruhi oleh perasaan dan prasangka diri

sendiri. Kamus Dewan edisi keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Hlm. 1092-1529.

Swettenhem, Frank. 1967. Stories and sketches by Sir Frank Swettenhem, Kuala

Lumpur: Oxford University Press.

Syed Hussien Al-Attas. 2009. Mitos Peribumi Malas, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.

Walsh W.H. 1967. An Introduction to Philosophy of History.London: Hutchinson University

Library London.

Wilkinson, R.J. 1907. Malay Literature. London: Oxford University Press.

Copyright @ 2013 Rd Davidson

Anda mungkin juga menyukai