Anda di halaman 1dari 29

CATATAN DATO ROSLAN AB HAMID DIFB

Dengar dan dengar. Belajar berulangkali. Ibu kepada kejayaan itu adalah
pengulangan. Usah jemu. Usah bosan. Belajar berguru.
Ilmu itu tidak mendatangi. Ia perlu didatangi. Esok ke KL. Belajar lagi. Peluang
datang pada minda yang bersedia. Tidak kira usia.
NOTA BISNES TIGA PERKARA.
1. KEPIMPINAN. Lebih banyak "minta maaf" dari "minta kebenaran". Usahawan
adalah tentang redah. Redah dan redah. Kadang kadang kita tersangkut kaki orang.
Ada yang tersepak tanpa sengaja. Ada yang terluka rasa. Kadang kadang kita
tersinggung. Minta Maaf.
Kita bukan warga terlalu "minta kebenaran". Saya yang menurut perintah. Ini
Planet Bisnes. Sentiasa berparut luka. Rempuh dinding. Kaca pecah berderai.
Andai kata tidak berani redah, keluar dari Planet Bisnes. Belantara berpuaka ini
tidak sesuai untuk kita.
2. METRIKS. Startup bermula dengan tiada apa apa. Kita bukan korporat besar yang
bahasa mereka adalah accounting.Income statements. Balance Sheets. Cash Flow.
Semua itu hanya ada makna apabila ada duit. Ada jualan. Tiada duit, tiada jualan,
usah cakap tentang itu semua. Metrik ini tidak relevan. Saat kita bermula, kita
tidak tahu apa apa pun tentang metrik. Apa yang utama bermula.
Adalah "ok" untuk bercakap tentang berapa likes, berapa shares, berapa page view
saat mula, apatah lagi ada bisnes online.Lepas ada jualan, dalam tempoh 6 bulan,
mula aplikasi metrik yang menggerakan syarikat. Ianya tiga pada permulaan,
Income Statement, Balance Sheets dan Cash Flow.
3. VISI DAN MISI.
Tahu sejarah mula. Samada kita domain insider atau outsider perlu tahu sejarah
mula. Sebagaimana saya dan teman teman memulakan EKONOMI PERSAHABATAN.
Khemah ini mengamalkan "persahabatan bersyarat". Ada sebabnya. Hanya yang
pernah ke Pulau Jutawan dan pernah bakar "Buang Ego dan Buat Duit" sahaja yang
mengerti akan hakikat yang inti.
Ia tidak semestinya terpakai bagi semua orang. namun ia terpakai bagi Tribe itu.
Hormati peraturan disitu.

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.


1. Kata Puan Guru Ainon Mohd, ramai orang membuka bisnes dengan mindset yang
salah.
KESALAHAN 1: Mereka menyamakan 'membuka bisnes' dengan 'membuka kedai'.
Belum apa-apa kita sudah berfikir di mana mahu membuka kedai.
Kita sudah memikirkan duit yang diperlukan bagi menyewa kedai dan merenovasi
kedainya.

2. Sambung Puan Guru, TUJUAN BISNES adalah membuat keuntungan $$$. Bukan
membuka kedai. Banyak peniaga membuka kedai. Kemudian kedai terpaksa
ditutup. Jika kedai itu kedai francais kita rugi ratus ribu riban ringgit!
3. Telusur Puan Guru lagi, KESALAHAN 2: Bisnes mesti menjual produk sendiri.
Belum apa-apa kita sudah memikirkan produk apa yang mahu dijual.
Kita membayangkan benda itu adalah benda yang kita keluarkan sendiri.
Mahu keluarkan produk kecantikankah? Mahu keluarkan produk kesihatankah? Mahu
keluarkan pakaian muslimahkah?
4. Sambung Puan Guru, TUJUAN BISNES adalah membuat keuntungan $$$. Bukan
menjadi pengeluar produk. Selepas mengeluarkan produk, produk berlonggok di
dalam setor. Hutang bank tidak dapat dibayar.
5. Puan Guru merangkaikan kebijaksanaannya, dalam bisnes, kita mahu untung
$$$.
Dalam bisnes, barang-barang yang dijual hanyalah alat bagi membuat keuntungan
$$$. Kita tidak perlu membuat barang-barang itu sendiri. Kita boleh menjual
barang yang dikeluarkan oleh pihak lain.
6. Pesan akhir Puan Guru, Pilih bisnes yang mendatangkan keuntungan $$$.
Modalnya pula kecil, supaya tidak perlu berhutang dengan bank. Pilih bisnes yang
mudah dikembangkan.
7. Alangkah benarnya kata kata Puan Guru Ainon Mohd.

NOTA BISNES TIGA PERKARA.


1. OPERASI BISNES. Sentiasa ada jawapan. jawab dalam real time.Orang datang
mahu jawapan. Kita besarkan lagi keraguan. Itu cara tercepat bunuh masa depan
syarikat. Ada dua keputusan - "revocable decision dan irrevocable decision". Buat
keputusan segera pada hal yang revocable. Pada hal irrevocable ambil masa,
berfikir dan kaji teliti.
2. PERSAINGAN. Usah masuk dalam pasaran yang tepu dengan abang besar. Boleh
mati kena kerat 18. Masuk dalam pasaran yang belum ada capaian abang besar.
Ataupun ambil kerja secara kecil kecilan. Tapi banyak. Bukan besar tapi sedikit.
Inilah content yang disebut jelas dalam Blue Ocean Strategy.
3. PEMBANGUNAN PELANGGAN. Tiada BMC yang jadi nyata tanpa ada hubungan
terus dengan pelanggan. Usah banding dengan syarikat besar. Untuk buat Bisnes
Plan mereka ada segala sumber. Mereka boleh bermesyuarat berminggu minggu
dengan otak otak terbaik dalam pelbagai lapangan. Kita, yang startup mahu buat
benda serupa. Kita boleh masuk longkang dengan langkahan pertama.
Apa yang utama, masuk dalam medan.Belajar cara mahu buat BMC. Buat.
Kemudian masuk medan. Ubahsuai semasa dalam medan dalam pada kita ada
hubungan terus dengan pelanggan.

Ini bukan teguran tapi ingatan untuk saya juga. Kita selalu letak CEO pada gelaran.
dalam istilah korporat CEO mesti ada COO dan CFOnya. Baru terbentuk Exco.
2

Apbila letak gelaran kita boleh letak Executive Director, Marketing Director,
Finance Director, baru nampak company kita besar. Ini adalah gambaran yang
perlu dalam dunia korporat.
Ramai ingin berbisness gaya korporat. Belum apa apa.lagi ceo dan coo dah perasan
duduk di syarikat abang besar walaupun hakikat syarikat sendiri baru nak mula....
akhirnya ceo dan coo banyak minum minum kopi dan teh drpd buat kerja...
Idea idea dato ni akan disimpan dalam buku buku catatan utk sentiasa dirujuk,
diperhalusindan diamalkan.

Manusia boleh berubah. Mereka hanya berubah apabila belajar. Waktu itu minda
mereka terbuka. Manusia juga berubah apabila tertiarap. Jatuh . Hati mereka
telah luka. Dua perkara ini, mida terbuka dan hati terluka menjadikan manusia
berubah.
Kata kuncinya: Minda yang Bersedia. Level of Understanding manusia berbeza.
Diikuti kemampuan manusia tukarkan apa yang dicatat jadi actionable knowledge.
Itu yang utama. Bertindak dengan ilmu.
idak ada ketuhanan jika tiada ujian, tidak ada rasa kehambaan jika tiada
kepasrahan, tiada rasa kebergantungan jika tiada kepayahaan. Tunjangkan
resahmu dgn solat
Himpunkan peritmu di genganman doa
Tutupi kekecewaa mu dgn ketakwaan
Sucikan hatimu dgn keiklasan hati
Serahkan sepenuh jiwa dan raga mu pada maha Pencipta.

KEPINTARAN.
Ada macam macam. Bagi usahawan ada beberapa kepintaran yang kita kena
kuasai. Antaranya:
1. Emotional Intelligence adalah upaya untuk faham dan bertindak balas kepada
perasaan diri dan orang lain.
2. Fluid Intelligence adalah upaya untuk selesaikan masalah.
3. Crystallized Intelligence adalah ilmu yang kita miliki.
4. Perceptual Intelligence adalah pintar melihat peluang.

Baca buku menjadikan kita ada Crystallized Intelligence yang tinggi.Namun ia


membeku kat situ. Sebab itu kita perlukan MENTOR untuk cairkan ia jadi
bercampur dengan Fluid Intelligence dan Perceptual Intelligence. Apabila kita buat
kita tambah Emotional Intelligence.
Setuju Puan Norhanita Kayat. Panjangkan lagi kepada Spiritual Intelligence,
Financial Intelligence, Dan banyak lagi.

NOTA BISNES TIGA PERKARA.


1. BAKAT. Pada mula bisnes, kita tidak mampu bayar pekerja. Kita buat semua
perkara. Selalunya lepas 2 tahun, kita sudah mampu ambil pekerja. Ambil mereka
yang berbeza. Mereka yang melengkapkan apa yang kita tidak suka buat.
Kuasa dan kekuatan orang yang kita ambil itu mestilah melengkapkan titik lemah
diri kita.Selalunya sebagai usahawan kita suka keluar. Kita suka apada
pemasaran.Cari orang yang dapat jaga kewangan dan akaun syarikat. Andai kita
kreatif, cari pengurus yang efektif.
2. DUIT. Duit adalah kanta pembesar diri kita. Apabila kita tamak, duit jadikan kita
lebih tamak dan jahat. Duit berikan energi dan kuasa. Andai kita baik, duit jadikan
kita bertambah warak dan baik. Perbaiki diri. Besarkan modal diri yang baik.
Apabila kaya kita jadi lebih budiman.
3. LEMBAGA PENGARAH. Kita selalu cakap kepakaran. Kita juga kena adun dengan
pengalaman. Cerdik pintar tapi muda. Kita perlukan orang matang usia yang
banyak pengalaman. Ini penting. Pengalaman, "domain of decades" dalam bidang
keusahawanan amat penting. Masukan orang yang ada pengalaman dalam BOA kita.
Mereka selalunya tidak mahu jadi BOD.
Nota tambahan: Ada sekumpulan anak muda mencabar perkataan, "Buang Ego Buat
Duit". Saya tidak perlu berdebat dengan pembaca buku. Cukup saya katakan
pengalaman 25 tahun saya menjelaskan, buang ego amat perlu.
Nanti apabila anak muda pintar terdidik ini telah capai umur 50 tahun, mereka
akan temui jawapan yang sama. Saya dulu juga menentang perkataan mentor
mentor saya yang telah berumur 70an sekarang.

THE POWER OF MICROPHONE.


Public Speaking Pengucapan Awam adalah satu kemahiran mikro yang perlu bagi komunikasi
berkesan baik dalam apa bahasa sekalipun. Ramai orang mengalami phobia sosial.
Mereka menunjukan rasa takut dan ragu ragu. Mereka bimbang ucapan mereka
bakal dinilai dan mereka akan dicemuh oleh audiens.
Perasaan ini perlu diperbaiki dan ianya boleh diatasi. Serang yang mahu jadi
pengucap yang baik perlu tahu seni , strategi dan kemahiran bagi meninggalkan
impak yang tinggi kepada audiens.
Public Speaking adalah satu proses berucap, dengan sekumpulan orang
4

secara terancang untuk menyampaikan maklumat membujuk atau meraikan


pendengar.

PESAN PAPA.
Anak anak ku fahami ini baik baik.
Salah satu sebab utama seseorang tidak dapat, "apa yang dia mahu".,adalah dia
tidak tahu apa yang dia mahu.
5K - Kejelasan, Ketepatan, Keterujaan, Komitmen dan Konsisten.
Belum terlewat. Peluang akan datang kepada "prepared mind"

TEORI LIMA MERIAM RETORIK CICERO.


Antara teori yang perlu dipelajari oleh protege Public Speaking Mastery.

Inventio,Dispotio,Memoria, Elocutio, Pronounciatio,elocutio:


the skill of clear and expressive speech, especially of distinct pronunciation and
articulation."lessons
in
singing
and
elocution"synonyms:pronunciation,
enunciation, articulation, diction, speech, voice production,intonation, voicing,
vocalization, modulation.

Pendekatan pro aktif kepada kesilapan adalah memperakuinya secara serta merta.
Perbetulkan dalam tempoh segera.Belajar darinya. Ini akan menukar apa yang
tersurat dan secara tersiratnya membentuk perilaku seorang pejaya.

DARI WALL DR AZIZAN OSMAN.


1. Kata Dr Haji Azizan Osman "Saya dapat ini dari WA, panjang betul nak baca dan
rajin pula orang ini kaji hukuman untuk pelbagai negara. Bukan salah orang lain
masuk ke tanah kita.....
Hukuman menyeberangi sempadan.
1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan
mendapat 12 tahun kerja keras.
2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.
3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan
ditembak.
4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.
5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak
akan dilihat lagi.
6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan
dikenakan bayaran sebagai pengganas.
7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan
sebagai mata-mata dan dihukum gantung.
8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap,
didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.
9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke
dalam penjara politik reput.
10) Jika anda seorang Indonesia / bangladesh / dan sewaktu dgnnya, dan secara
haram menyeberangi sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:
Status PR Penduduk Tetap
Lesen Memandu
Tempahan Kerja
Keistimewaan Khas Bumiputera
Kad kredit
Pendidikan Percuma
Penjagaan kesihatan Percuma..
Sama2 dapat menikmati segala subsidi Kerajaan.
Mampu bina rumah kediaman lebih besar dan selesa drpd rakyat tempatan.
Boleh jalankan aktiviti perniagaan kecil tanpa diganggu oleh PBT.
Boleh bercucuk tanam di Cameron Highland tanpa diganggu PBT.
Welcome to Malaysia.."
2. KOmen DAO pula yang saya petik,
"Mesej ini sepatutnya buat kita berfikir, orang luar mahu dapatkan PR Malaysia
untuk bina kehidupan, kewangan dan perniagaan mereka, kenapa kita yang
memang so-called rakyat Malaysia especially orang Melayu yang dah siap dengan
6

pelbagai suapsidi tidak mampu nak berniaga dan harapkan kerja di Putrajaya atau
yang sewaktu dengannya. Tak gitu Dato Roslan Ab Hamid?

9 PERKARA UNTUK 2015.


1. Simpan. Ada 6 tabung. Kita aset utama masa hidup di Planet Bisnes. Raikan
kejayaan walaupun kecil. Bercuti, rehatkan diri. Usah sampai terkena wabak
"dimishing marginal productivity"
Revenues kita kan bertambah apabila kita boleh delegasi. Elakan rutin. Ia
menggodam diri kita sampai penat dan tidak larat.
2. Berkongsi dengan staf. Praktiskan "ghanimah". Ia amat membantu. Ia adalah
cara nabi (bacalah selawat). Ia lebih baik dari profit sharing ataupun defined
benefit plan.
3. Melabur. Labur adalah 80:20 risiko. Bukan 50:50. Melabur dalam bidang yang
kita tahu. Belajar dahulu sebelum melabur. Andai tidak tahu apa itu saham atau
tiada ilmu dalam hartanah, usah cuba cuba. nanti tangan kita terbakar. Pedih dan
perit. Labur dalam bidang yang kita tahu sahaja.
4. Bayar Bulanan. Tambahbaik "debt to income ratio". Tingkatkan cashflow.
Perbaiki credit rating.
5. Gabubgkan loan yang ada. Samada ia car loans, credit cards, loans rumah dan
ofis. Tanya pakar bagaimana mahu melakukannya.
6. Strukturkan bisnes kita. Entreprise, PLT, Sdn Bhd mahupun Bhd. Belajar cara
menstrukturkan syarikat. Ia bukan bidang kepakarantax accountant. Cari orang
yang terlatih dalam bidang penstrukturan syarikat.
7. Taxes. Jumpai penyedia tax kita pada pertengahan April hingga Disember.
Waktu ini mereka tidak sibuk. Ruang minda mereka lapang untuk menyusun atur
apa yang perlu untuk kita. Edah masa Januari - April adalah masa sibuk mereka.
8. Perbelanjaan. Fahami apa itu produktif, consumptif,destruktif. Ini tiga bentuk
perbelanjaan yang berbeza dan beri pulangan berbeza.
9. Credit Score. Buat mental checkmark untuk tahu lebih lanjut tentang credit
score.
Tuan Haji Jerry Zafrul Rizal Mat kita kena sebarkan secara dalam ilmu ilmu ini.

Mendidik hati adalah kritikal.


Ia pelantar panjang untuk minda terdidik mendarat selepas terbang tinggi di awan.
Semua milik Tuhan. Ia pinjaman untuk kita. Masa dalam pinjaman kita jaga dengan
doa pada Tuhan. Hati itu berbolak balik. Maka jaga ia supaya tidak terbalik. Usaha
kita. Doa pada Tuhan.

NOTA BISNES 3 PERKARA.


1. KEPEMIMPINAN: Ketabahan adalah bertindak walaupun dalam ketakutan.
Seseorang yang kaya dan berjaya tidak capai sesuatu kerana mereka tidak ada
ketakutan. Mereka juga ada ketakutan yang menerpa.Cuma mereka "bertindak"
Gugup. Gementar.Takut terketar. Apa yang membezakan mereka adalah mereka
nekad dan tabah. Meeka salurkan ketakutan itu ke tempat lain. Ketakutan adalah
tenaga. Ia adalah energi. Ia tidak boleh dimusnahkan. Ia cuma dapat dipindahkan.
2. PEMBANGUNAN PRODUK. Usah jual produk atau khidmat dengan harga murah.
Jual ia dengan nilai tambah. Kata kata yang popular adalah. " Don't Make It
Cheaper. Make It Better". Sentiasa teruja untuk memimpin pasukan bagi melakukan
sesuatu dengan cara yang lebih baik.
3. PERHUBUNGAN AWAM: Kita adalah pegawai terbaik untuk mengetuai
perhubungan awam. Ingat 5 Modal Bisnes. Modal petama, modal diri. Kita hadir
dan bercakap. Bertemu, bersemuka. Terangkan dari hati dan ianya bakal
menambat hati. Sungguh berkesan apabila orang dapat membaca bahasa badan
kita tatkala atas pentas.

NIKMAT ILMU BISNES DAN KEHIDUPAN YANG PADAT.


APA KATA DAO.
"Setahun lagi bakal berlalu dan setiap tahun persoalan besar yang kita perlu tanya
diri kita adalah beberapa soalan penting untuk kita melihat apakah peningkatan
yang kita telah capai.
Kegagalan terbesar di dalam hidup ramai orang adalah kegagalan mengenalpasti
peningkatan hidup dalam setiap aspek kehidupan mereka samada lebih baik atau
tidak.
The largest room in the world is the room for improvement, tapi provided that kita
perhatikan di mana kita hari ini dan apakah yang boleh kita perbaiki"
Sangat menarik dan teruja saya apabila akan hadir dan dapat bertemu dengan
Dr Azizan Osman yang baru kembali dari Toronto setelah menghadiri sesi 4-hari
world-class Leadership Summit bersama Robin Sharma dan Richard Branson,
seorang billionaire pemilik Virgin Group dan ramai lagi.
Menurut DAO.
"Susah saya mahu terangkan di sini tentang betapa impactful sesi-sesi saya
bersama mereka serta dihadiri oleh 140 orang multi-millionaire dan billionaire dari
seluruh dunia, 35 buah negara.
Pendek kata, saya telah melihat dimensi lebih tinggi tentang matlamat hidup saya
serta perniagaan saya dan perspektif yang sangat berbeza tentang betapa
bernilainya dan pentingnya saya memperbaiki tahap kesihatan saya serta beberapa
aspek kehidupan saya ke tahap world-class player.
Saya lebih jelas tentang hala tuju organisasi saya Insya Allah for the next 100 years
walaupun saya tiada lagi nanti. Legasi yang saya boleh tinggalkan buat generasi
akan datang.
8

Setiap orang yang bermain pada tahap world-class, mereka pasti mahu buat
sesuatu atau capai sesuatu 100 kali ganda lebih baik dari apa yang mereka lakukan
sekarang dan komitmen yang mereka berikan juga berbeza"
DAO bertanya, "Adakah sama cara mereka berlatih di antara jaguh kampung dan
jaguh dunia?"
Untuk mengakhiri tahun 2014 ini adalah tekad saya bagi menyedut elmu yang DAO
perolehi:
1. DAO bakal berkongsi dengan peserta-peserta Advanced kami di dalam kelas
marketing seperti Millionaire Marketing Mastery (MMM), Advanced Marketing Power
(AMP) ataupun Intensif Jutawan Industri (IJI) untuk hadir satu sesi Reunion MMM
yang saya bakal adakan pada 20 Disember 2014 ini di Wisma MCA.
Saya telah sediakan buku nota untuk mendapat maklumat terperinci tentang apa
yang DAO belajar di Toronto. Kos pelaburan DAO mencecah RM200,000 untuk
keseluruhan trip tersebut.
2. Reunion IMKK- Program khas ini adalah sesi reunion untuk kita yang pernah hadir
ke Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan ataupun Intensif Mentor Kekayaan &
Kejayaan (IMKK) selama beberapa tahun ini. Sesi ini adalah pada 27 Disember 2014
di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Sesi ini diadakan untuk berkongsi
sedikit sebanyak apa yang saya dapat di Toronto tetapi fokus paling utama adalah
untuk reset minda dan fokus anda untuk mencapai kejayaan yang lebih luar biasa
pada tahun 2015.
3. DAO dan pasukannya juga telah melancarkan Majalah Online AO Tribe Edisi 8
yang terbaru yang memberikan kita perkongsian Richard Branson Billionaire Virgin
Group tentang formula kejayaan beliau serta banyak lagi.
Kita
boleh
download
Majalah
AO
Tribe
dihttp://aotribe.com.my/majalah-ao-tribe-edisi-8/..

ini

secara

Percuma

NOTIS MAKLUMAN.
Saya pohon maaf secara terbuka kepada cikgu June Mohd Som atas kekhilafan saya
berkongsi ilmu OP beliau yang saya temui dalam dunia maya FB ke dalam wall
saya.
Niat saya mahu merekemen ramai teman teman ke kelas beliau. Namun, ianya
tidak selaras dengan mazhab beliau. Saya silap.
Saya akur pada permintaan beliau untuk deletekan ilmu OP yang saya kongsikan
itu. Saya juga mohon teman teman yang terambil ilmu OP cikgu June yang saya
kongsikan itu agar delete segera.
Setiap sekolah ada mazhab masing masing.. Kita wajib raikan mazhab cikgu June.
Saya hormati beliau.
Tulus Luhur saya pohon maaf. Saya terkhilaf dengan bacaan sendiri, "memberi
tanpa nanti, berkongsi tanpa henti". Ampunkan dosa saya mengambil tanpa
bertanya.
MAAFKAN SAYA CIKGU JUNE. Maafkan saya cikpuan Salzaida Zainul Abidin

SEMAI DAHULU BARU TUAI.


Bersabar dengan peredaran masa, mulberi akan jadi gaun sutera. Rama rama yang
cantik datang dari tumbesaran perlahan penuh kesabaran. Pada hari kelima selepas
menetas, ulat bulu tergantung dalam keadaan metamorfosis. Selepas berminggu
minggu membesar dalam kepompong, barulah muncul rama rama yang cantik.
Kita orang kampong pun tahu, anak ayam diperolehi dengan menungggu telor
menetas, bukan dengan memecahkannya.
Kita hanya dapat tukar buah apabila kita tukar akar.
2015 tahun tukar akar.

Akar yang mahal tak semestinya elok,


Akar yang elok tak semestinya bagus,
Akar yang murah tak semestinya kotor,
Akar yang kotor tak semestinya buruk

STATUS FENINGG.
Psikologi disebalik sistem perakaunan - accounting system adalah pelik. Manusia
dikatakan perbelanjaan (expenses). Bangunan dan benda dikatakan pelaburan
(investment). Sepanjang yang terjangkau dek akal saya manusia dalah pelaburan
terbaik dan semua benda lain adalah perbelanjaan.
Apa kata sahabat IBC saya Tuan Haji Jerry Zafrul Rizal Mat.
Dalam konteks perakauan, setiap perbelanjaan yang digunakan untuk menjana
untung kasar perniagaan adalah perbelanjaan yang dibenarkan- expenses dan
pembelian aset syarikat pula adalah expenditure yang akan dikira elaun modal dan
dimasukkan di dalam kunci kira- kira (balance sheet) syarikat.

Gaji pekerja R&D yang membuat kajian keatas produk baru yang ada harapan
untuk dikomersilkan boleh dikira aset. Gaji Mak Cik buat kopi, susahlah nak
dijadikan aset melainkan pelanggan datang balik nak minun kopi dia sambil
membeli barangan lain.
Perinsipnya, setiap perbelanjaan yang menghasilkan aliran tunai masa depan boleh
dikategorikan sebagai aset. Yang hangus tu kenalah jadi belanja.

10

NOTA BISNES 3 PERKARA:


1. KEGAGALAN. Kita tidak gagal apabila mencuba. Ianya pengalaman berharga.
Ianya laluan bermakna. Setiap minggu tuliskan satu "ketidakcapaian" maksud yang
telah kita lalui. Tidak mengapa. Itulah aturan kehidupan.
Lihat pada cermin setiap pagi, dan apabila ada waktunya kita mula berkata " saya
tidak mencuba lantaran saya takut" - tatkala itu tahu diri, kita telah GAGAL.
2. FOKUS MASA DAN TENAGA. Tambah baik tawaran kita dan "Revenues" akan
mengekori kita. Amat malang andai kita berdoa mahu Allah kayakan kita. Itu
mudah bagi Allah yang Maha Kaya.Apa yang payah dapatkan rahmat Allah.
Begitu juga kehidupan ini. Dengar apa masalah manusia. Bantu mereka selesaikan
masalah berdasarkan kepandaian kita dan tambah nilai dalam hidup mereka. Lepas
itu duit akan datang dengan sendiri.
3. SUMBER MANUSIA. Kenalpasti "areas of improvement". Sentiasa tanya apakah
yang staf kita dan kita boleh lakukan lebih baik. Tuliskan 3 perkara. Tuliskan juga 3
perkara yang syarikat kita boleh buat lebih baik. Selepas itu lakukan.
Keluar dari kotak dan biar mereka rasa suara didengari. Inilah permulaan kepada
syarikat mengganda setiap tahun. Kita bekerja dalam pasukan.

NOTA UNTUK DIRI.


10 hari lagi genaplah 10 bulan saya tanpa talian telefon. Ini proses mendidik diri.
Tanpa WA dan tanpa SMS. 10 bulan saya hilang dari pentas politik. Tidak ke
Eropah, tidak ke Indonesia, tidak ke Makkah bersama Tan Sri Annuar Musa.
Saya belajar untuk tidak layan ajakan bertumbuk. Tidak juga mengajak orang
bertumbuk. Namun, harus saya garisbawahi kepakaran "bertumbuk" masih ada.
Usah tolak saya rapat ke dinding. Jangan.
Mulai akhir bulan ini saya akan mula proses sehari kenyang, sehari lapar. Dulu masa
berkongsi ilmu kehidupan di UMKI, saya janji dengan diri untuk sertai kelab 4 pagi
dan juga puasa Nabi Daud a.s. Apabila saya tidak dapat buat secara konsisten, saya
tidak menulis. Saya pohon maaf pada Prof DrMuhd Kamil Ibrahim yang saya
hormati.
Akhir bulan ini saya kembali boleh dihubungi. Saya rasa sudah ada disiplin kawal
diri. 2014 : Kawal diri - tiada debat dan bertumbuk dalam politik dan kehidupan.
Pedang setiawan tersarung kemas pada dinding. Belum buang, sekadar sarung.
2015: Sehari lapar, sehari kenyang. InsyaAllah.

EKONOMI PERSAHABATAN.
Kata Tuan Faz Reen:
"WeChat lebih power daripada WhatsApp.
Saya predict 2016 marketer Malaysia akan beralih kepada WeChat.

11

2015, saya sedang melihat segerombolan online marketers baru mahu berjinak
dengan Instagram"
Ini yang menjadikan saya lebih berminat dengan konsep The Vocket dari membuat
majalah biasa. The Vocket menarik 2.1 juta pengunjung.
Halusi perkara ini Tuan Norlukmal Mat Ghani dan Tuan Shuhairy Norhisham

Strategist di Belakang The Vocket


Strategi Internet Marketing untuk kumpulan anak-anak syarikat di bawah ABS
Holdings Sdn Bhd adalah didesain oleh Tuan Mohd Fazreen Jasni.
Mengapa The Vocket dibangunkan?
Apa agenda tersembunyi yang ada di sebalik The Vocket?
Gen-Y adalah pasaran yang menjadi target ABS.
The Vocket adalah tool ABS mahu berhubung dengan Gen-Y.
The Vocket menyediakan konten yang memenuhi keperluan dan citarasa Gen-Y
sehingga mereka menjadikan The Vocket sumber bacaan harian mereka.
Pada saat post ini ditulis, jumlah pembaca The Vocket sudah lebih 2.1 juta orang.
The Vocket berfungsi sebagai channel yang menyampaikan informasi tentang
pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh anak-anak syarikat ABS.
Generasi-Y akan mempunyai anak-anak kecil yang memerlukan perkhidmatan:
Rangkaian Tadika ABS
Rangkaian Akademi Al Quran ABS
Rangkaian Sekolah Bakat ABS
Rangkaian Sekolah Rendah ABS

Dalam ucapan di syarahan Ekonomi Persahabatan siri satu Tuan Nik


Hasyudeen menerangkan tentang crowd funding: Mungkin kata kata Tuan Muda Faz
Reen ini boleh kita jadikan pedoman.
Kadang kadang audience website kita sendiri boleh dijadikan funder.
Sebagai contoh, website The Vocket yang mempunyai pembaca seramai 2.1 juta
boleh ditawarkan saham the vocket.

12

Dengan mengambil contoh seorang membeli satu unit saham pada harga RM1, The
Vocket akan menerima dana tambahan sebanyak RM2.1 juta. (contoh saja)." cc
Tuan Norlukmal Mat Ghani dan Tuan Shuhairy Norhisham

KENAPA TOLAK HUDUD? Apabila rasa mampu siap dengan segala persediaan dan
tidak menimbulkan fitnah pada kesempurnaan Islam - buat.
Penerapan nilai Islam bermula seawal tahun 1981. Tun M kata kita sedang buat
persiapan.
Masa
itu
buat
UIAM.
Bank
Islam
dan
banyak
lagi.
34 tahun telah masa berlalu. Dari era orang tak pakai tudung kepada era hampir
semua dah pakai tudung. Apabila rasa siap kita buat.
Peduli apa pada DAP.

NOTA BISNES TIGA PERKARA.


1. Tatkala orang bercakap tentang "follow your passion". Saya berfikir, passion
menjadikan kita seronok berbuat sesuatu. Namun yang harus digarisbawahi,
apakah perkara yang kita pandai. Kita suka, namun tidak pandai, tiada banyak
makna. Kita pandai dan kita buat buat buat sampai dapat. Tentu kita suka.
Kemungkinan mencipta peluang. Kemungkinan untuk berjaya tinggai apabila kita
pandai.
2. Leverage komuniti. Apa yang penting adalah kemampuan daya dorong.
Kemamapuna menyebar idea. Ianya mewujudkan "network effect". Lebih baik kita
berbuat, lebih ramai orang minat. Lebih terangkat reputasi kita. Hasilnya "upward
spiral". Ia berjaya bawa kita ke tempat tinggi.
3. Bina untuk "niche". Kekalkan daya tarikan. Melebar. Fahami market psychology.
Human psychology. Customer psychology. Menguasai teknologi itu baik, namun
tanpa perbekalan psychology kita boleh lemas dalam perjalanan. Kita suka
perkataan "cool".
Cool yang sebenarnya perlu di hidang dalam acuan yang menarik juga supaya ia
menarik sebilangan kecil manusia. Tugas pertama orang bisnes adalah berkongsi
ilmu ilmu bisnes. Mereka yang datang dalam kelas kita akan bercakap tentang kita.
"Those selective people will tell others" dan idea mula tersebar. Idea akan tumbuh
membugar apabila tersebar.

Kekanda saya Tuan Roslan Latif menggarap cantik tentang Psikologi Manusia:
"Zaman ekonomi meleset ni hanya " feel good factor " yg boleh membantu. Di
takdir Rimau kalahkan Gajah , sah 2 minggu rakyat tak bincang pasal harga barang,
tak bincang 1MDB tak bincang GST tapi asyik kagum dgn Dolah Salleh - sentuhan
berbisa orang tua. Tapi kalau sebalik nya, tunggu je le , bukan saja Dollah, KJ di
suruh letak jawatan silap silap Datin Rosmah pun di libatkan sama"
Itulah manusia. Terlalu lama diajar berfikir ala Greek Gang of Three. Melihat
sesuatu samada hitam atau putih. Kelabu tarak suka.
13

Benar Puan Guru Ainon Mohd. Anak anak Bangsawan ini naik tidak bertangga. Pakai
Lift. Itu yang menjadikan parti yang ayah Datuk Nur Jazlan Mohamed pernah jadi
SUA hampir tertiarap. Nurjazlan junior saya setahun dalam ANSARA. Dia jadi EXCO
PEmuda UMNO masa umur 30 tahun masa ayah dia SUA UMNO. Saya tabik pada
keberanian dia sekarang selepas berbelas tahun dia diam.

BERI KAMI PELUANG.


Apabila kita pakai baju PRIBUMI, kita mudah berkata "BERI KAMI PELUANG". Apalah
sangat istimewanya Bumiputera saat masa langit terbuka sekarang ini.
Hakikat Nyata dalam hidup siapakah yang mahu beri peluang kepada kita. Kita
yang perlu desain dan cipta peluang.
Benar, Pada mulanya tiada siapa mahu beri peluang kepada kita. Usah merungut.
Buat buat buat. Akhirnya apabila kita buat dengan penuh minat tanpa rasa penat.
Tidak berkira beri khidmat. Kita akan mula dapat perhatian. Peluang mula
terbuka.
Lakukan dengan sebaik mungkin. Buat persediaan. Berlatih. Apabila sampai
masanya persembahkan. Itu detik memisahkan antara amatur dengan profesional.
Profesional akan dipanggil berulang kali. Peluang sekali datang mengetuk pintu dan
kita layan dia dengan hidangan terbaik akan datang berulangkali menyapa kita
setiap hari.

CATATAN PAGI.
Dr Mohamad Kamil menulis:
"Sekitar tahun 1930an, menurut kata MALEK BENNABI jalan raya belum ada di
padang Pasir negara Arab. Apabila minyak ada orang kaya Arab sudah beli kereta
mewah di Barat. Tetapi kereta tak boleh di guna kerana tiada kemudahan jalan
raya. Akhirnya kereta mewah seperti cadillac jadi reban ayam.
Di Malaysia pun apabila harga getah naik selepas perang dunia kedua orang kaya ke
bandar membeli peralatan letrik seperti peti sejuk. Namun tak dapat guna sebab
belum ada kemudahan letrik. Akhirnya dijadikan almari kain"
Apa yang menarik dari catatan ini adalah ia berlaku juga sekarang. Ramai dari kita
berlumba lumba masuk kelas itu dan ini belajar ilmu dan cari pengetahuan.
Apabila pulang kita tidak "ubah mindset" dan masih terperangkap dengan kawan
kawan yang tidak mendorong kita ke hadapan. Akhirnya walhasil balik asal. Kita
mula marah dengan tanggapan apa yang dipelajari tidak menjadi. Hakikatnya kita
sukar sedari faktor 5%. Hanya 5% manusia berjaya lantaran mereka telah sediakan
"jalanraya dalam minda" dan "janakuasa elektrik dalam jiwa" terlebih dahulu.
Hubaya hubayalah.

14

CARA BERFIKIR.
Semuanya bermula dari cara kita berfikir. Pemikiran "melombong emas" seperti
yang diajar oleh Greek Gang of Three ataupun pemikiran "membina rumah" yang
diperolehi dalam Parallel Thinking.
Melombong emas adalah pemikiran gali dan cari. Cari dan temui.
Membina rumah adalah pemikiran desain dan buat.
GGT mengajari pemikiran "Apakah ini". Benar atau Salah. Ya atau Tidak.
Parallel Thinking berkongsi "Apakah Boleh Jadi". Ianya kemungkinan tanpa
penilaian. Ianya Tangguh Peniaian. Ianya adalah logik air yang sentiasa mengalir.
GGT adalah logik batu. Membeku dan kekal disitu. Tidak beralih. Sukar diganjak.

TUAN NORIZAN BIN SHARIF MENULIS.


Ada kawan tanya, mengapakah saya menulis mengenai aktiviti rasmi saya di sini.
Jawapan saya ialah:
1. Saya ingin transparen. Saya tidak ada apa-apa kepentingan peribadi dan apa
saja yang saya lakukan adalah dengan niat ingin mempromosikan "pertumbuhan
berketerangkuman" atau "inclusive growth" di mana kelompok majoriti harus
berpartisipasi dan merasai impak ekonomi sewajarnya.
2. Saya ingin katakan bahawa kerajaan komited dengan agenda ekonomi
Bumiputera. Apa yang menyebabkan berlaku jurang yang besar ialah sikap tidak
amanah dalam masyarakat. Saya melihat terlalu banyak yang kerajaan lakukan.
Sebahagian besar tidak dapat saya tulis kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.
3. Saya ingin komuniti Bumiputera berhenti menuding jari kepada orang lain. Cuba
lihat kelemahan sendiri. Dengan cara itu, kita lebih mudah mengubah diri. Usah
laungkan Melayu! Melayu! Melayu! sekiranya kita Ali-Baba atau jadi proksi orang
lain.
4. Saya ingin membawa "bahasa" baru dalam diskusi agenda ekonomi Bumiputera.
Saya fikir ini lebih dekat dengan hati generasi muda. Agenda ekonomi Bumiputera
bukanlah agenda pertentangan, sebaliknya ia adalah agenda muafakat. Saya
pernah menulis mengenai perkara tersebut sebelum ini.
5. Saya ingin komuniti Bumiputera mencium peluang yang saya sediakan. Seperti
yang saya sebutkan dulu - saya tidak agih projek, saya tidak buat surat sokongan
dan saya juga tidak lobi projek untuk sesiapa. Peranan saya sediakan peluang.
Apabila saya sediakan peluang, ambillah. Saya tak minta apa-apa. Saya cukup
gembira apabila dapat bantu. Tak perlu berterima kasih apa-apa.
Semoga niat saya ini difahami.

EP BUAH POTONG.
Bisnes Kecil, Jualan Besar :

15

Dulu saya selalu himpit dan berdepek dengan menteri mahu dapat projek.
Juta juta. Sekarang saya hanya berdepek dengan teman ekonomi persahabatan,
mahu jual buah potong dengan perolehan EP Buah Potong rm1,000,000 sebulan.
On Your Mark, Get Set. GO Zulhairi Ibrahim dan Firdaus Yasin.

INTENSIVE BUSINESS COACHING RICHWORKS.


Cikpuan Munirah Fuzi adalah protege saya. Beliau buat catatan pati beberapa
perkara penting yang diajar oleh Tuan Haji "Jerry" semasa Intensive Business
Coaching.
Catatan itu adalah sebilangan kecil sahaja dari banyak perkara yang TuanZafrol
Rizal Mat "Jerry"sampaikan. Walaupun ia nampak sempurna namun ada lompang
disana sini. Apa yang Munirah buat terpuji.
Ianya diviralkan oleh Tuan Muda Firdaus Yasin dan hari ini nampaknya telah
merebak dalam FB. Saya suka. Saya teruja. Cuma, andai ada perdebatan tidak
perlu, saya minta Mun dan Fir rujuk pada saya untuk klarifikasi.
Subjek ini kering. Hj J telah memasak ranggup untuk peserta IBC. Harapnya ianya
tidak liut apabila disaji sedikit untuk kefahaman teman teman FB.

Ini dunia SYMP "Saya Yang Menurut Perintah. Selamat dan Berpencen".
Tulus Luhur tanpa mereka bahtera negara berantakan.
Hargai dan muliakan Pegawai Kerajaan.
Mereka dalam tamadun Cina, warganegara kelas pertama.
Usah masuk Planet Bisnes. Redah. Pecah Kepala. Luka dan hampa.
Ini dalam tamadun Cina, warganegara kelas tiga.
Parut luka bertepek seluruh badan. Tiada harga selagi belum berjaya.
NOTIS MAKLUMAN.
Pada 11hb ini pembukaan cawangan Tam Nasi Ayam Seremban 2.
Sementelahan saya datang ke KL, saya kendalikan Bengkel Master Your Public
Speaking pada 9 dan 10hb. Januari.
9hb Januari, 2015.
Tajuknya: Speaking For Impact - Connecting with Every Audience.
1. Apakah yang Audiens mahukan hari ini?
2. Buka Jendela Diri.
3. Apakah mesej. Carian kediaman mudah huni dalam dunia kompleks.
4. Apakah passion kita?
5. Apakah yang audiens mahu dengar dan ingat?
6. 4 Wajah pada setiap audiens. Bagaimana mahu menepati diri dalam dunia
pelbagai.
16

7. Kuasai tiga intipati utama untuk penyampaian berimpak tinggi.


Program percuma hari pertama ini untuk semua protege Public Speaking Mastery
dan SAM. Ianya adalah pembelajaran berterusan. Ianya program boleh hadir
dengan bayaran rm100 sehari kepada yang mahu mendalami ilmu Public Speaking
pengetahuan spesifik.
10hb Januari, 2015
Tajuk: Choosing Powerful Words. Eloquence That Works.
1. Pertuturan Lisan, Retorik dan Kefasihan.
2. Susunan abjad kata. Bagaimana merenda bahasa.
3. Content dan credibility.
4. Metafora. Tandatangan Pengucap berkualiti.
5. RO: Repeating and Omitting. Point dan counterpoint.
6. Kuasa penempatan.
7. Tentang Penyampaian.
Program hari kedua ini juga percuma untuk semua protege Public Speaking Mastery
dan SAM. Ianya adalah pembelajaran berterusan. Ianya program boleh hadir
dengan bayaran rm100 untuk hari kedua kepada yang mahu mendalami ilmu Public
Speaking pengetahuan spesifik.
Nota Public Speaking Mastery sahaja ada 365.
Semua modul yang diberi meliputi teori dan praktikaliti.
Ilmu dan kemahiran public Speaking sangat luas. Walaupun kami sudah
memulakannya 8 hari namun setiap lapis kulit itu ada lagi cambahan urat yang
perlu di hadam.
Belajar untuk menguruskan diri seorang public Speaking dari mutu ketahanan di
atas pentas, suara dan pernafasan yang betul, kawalan kegugupan itu sahaja ilmu
yang luas.
Selepas pandai mengawal diri belajar pula untuk urus diri dan penampilan diri di
atas pentas. Dari posture, gesture, intonasi suara, nada suara, bermain dengan 100
pemula kata, hafal bidalan kata dan banyak lagi.
Beralih kepada kenal pasti audiens kita. Apa yang audiens mahu. Bagaimana
mengenali audiens. Bagaimana melontarkan perkataan yang dicampurkan dengan
mesej dapat memberi impak pada audiens. Belajar tentang audiens sahaja pun
sudah mengambil masa.
Ada lagi. Strategi dan senjata di atas pentas juga perlu di hadam.
Tidak boleh pandai hanya dengan salin nota. Perlu terus buat buat buat apa guru
kata. Kerja keras untuk pandai.
Bukan mudah untuk buat duit air liur.
17

Namun segala yang dilabur pasti berbaloi.


Beginilah ringkasan kupasan ditulis di sela nafas berperang dengan anak anak yang
masih kecil di malam dini Dato Roslan Ab Hamid.

NOTA PETANG.
Pasaran saham sepi. Pekerja diberhenti terima VSS. Ini petanda 3 tahun yang
suram. 1998 -2000. Dulu 2001 mula naik balik.
2015 - 2017. 2018 Ekonomi naik semula. Perkemaskan kuda kuda. Ini masa ikat
perut. Usah takut. Apa yang perlu rapatkan ikatan persahabatan. Jemaah akan
mengangkat kita.
Saya mahu keluar dari perbincangan yang diselubungi unsur pesimis ini. Saya
memberitahu hujan akan turun. Mungkin ribut juga. Itu saja. Bukan suruh takut.
Inilah musim menjala ikan. Inilah musim memukat lampan jawa. Inilah musim buat
tuai dan serkup. Inilah musim menggali telaga menangkap puyu dan sepat. Aduhaii
Aduhh anak bangsaku.

CATATAN PERJALANAN.
Hari Sabtu 20hb Disember: Saya hadir program reunion MMM DAO di Wisma MCA.
Sedut ilmu yang segar dari Canada. Beliau balik berguru dengan Robin Sharma dan
Richard Branson.
Hari Ahad 21hb Disember: Saya hadir program ABS di Pusat Sains Negara. Menekuni
ilmu Hal Ehwal Syarikat dari Puan Guru Ainon Mohd dan pasukannya.
Mencari masa mahu ke Restoran Ayam Madoo, Putrajaya milik CikpuanFaizati
Mohamed, warga Pulau Jutawan Ekonomi Persahabatan.
Minggu ini saya bercadang mahu berguru dengan Tuan Muda Faisal
Abdullah tentang shogun e mail, namun kami bertuah apabila Timbalan Presiden
SAM ini telah berpakat dengan Tuan Shuhairy Norhisham, Presiden SAM, mahu buat
Shogun e mail edisi istimewa di MPWS untuk semua teman teman Ekonomi
Persahabatan pada bulan Februari nanti. Perghhh.
Hari Isnin mahu jumpa Dato' Dr Zuraidi Ishak di ofis. Apakah Dato' ada di Putrajaya.
Apakah sahabat saya Tuan Ahmad Lotfi Zubir juga ada di pejabat?

BERANI BERMULA.
Ada anak muda tanya mahu baca buku apa apabila mahu mula bisnes. Saya jawab
dalam akronim BERANI.
B = Bermula.
18

E = Emosi (kawal)
R = Redah.
A = Ambil Berat (staf, pelanggan yang telah beli, pelanggan yang bakal membeli).
N = Nekad.
I = ILMU.
Saya berikan 5 buku wajib baca pada saya:
1. The Lean Startup by Eric Ries.
2. Delivering Happiness by Tony Hsieh.
3. Purple Cow by Seth Godin.
4. Start Something That Matters by Bale Mycoskie.
5. The Four Step To The Epiphany by Steve Blank.
Syarikat paling parah apabila staff telah kutuk syarikat dari belakang. Itu tanda
syarikat terus menjunam.
PILIH 5 MENTOR PADA SATU MASA.
5 Mentor dalam bidang yang mahu diceburi.
5 mentor dalam ilmu kehidupan.
Pilih pilih tempat mandi. Pertama teluk kedua pantai.
Pilih pilih tempat menjadi, pertama elok kedua pandai.
Tentukan siapa mentor kita. Usah salah pilih. Nanti buang masa buang tenaga.
Mentor mesti orang yang telah capai kejayaan. Mesti orang yang telah banyak
pengalaman. Mesti tulus luhur.
Saya bukan mentor. Saya hanya orang desa yang mahu berkongsi. Tidak lebih dari
itu. Dari bersembang di kedai kopi, baik berkongsi di FB.
Suka kata-kata itu..
Pilih pilih tempat mandi, pertama teluk, kedua pantai;
Pilih pilih tempat menjadi,
Pertama elok kedua pandai.
TED TALK>
Ada orang PM saya,
"Dato' selalu kata tengok TED. Berikan saya 5 yang terbaik pada tontonan Dato'
untuk kami tonton"
Saya berikan 8 lah...
1. Simon Snek. How Great Leaders Inspire Action.
2. Col. Chris Hadfield. What I Learned From Going Blind in Space.

19

3. Amy Cuddy. Your Body Language Shapes Who You Are.


4. Dan Gilbert. The Surprising Science of Happiness.
5. Seth Godin. On the Tribes We Lead.
6. Gary Vaynerchuck. Do What You Love (No Excuse)
7. John Gerzima. The Post Crisis Consumer.
8. Susan Cain. The Power of Introverts.
Seth Godin, dato ade sebut mase ibc
when talking about introvert. Since im one of them. Dan apabila saya dengar TED
Talk ke #8, saya berbahagia menjadi seorang introvert walaupun orang mungkin
nampak pelik. Since I choose to be different
SUMPAHAN BERPUAKA TIGA TAHUN PERTAMA.
25% startup gagal pada tahun pertama mereka beroperasi.
36%
dari
75%
yang
tinggal
gagal
pada
Ini bermakna 27% lagi telah tumbang dalam dua tahun pertama.

tahun

kedua.

Tinggal 48% sahaja yang survive pada tahun ketiga. dari 48% yang tinggal, 44% lagi
tumbang. Dari 100% yang asal tinggal 21,2% sahaja. Ini bermkana 78.8% syarikat
tutup kedai dalam 3 tahun pertama. Mudah cakap 80 dari 100 tutup kedai.
Dari 80 yang tutup kedai itu pula , menurut bacaan dan pengalaman Puan
Guru Ainon Mohd., 82% syarikat bungkus adalah akibat ALIRAN TUNAI mereka
tercekik.Bukan disebabkan produk mereka tidak berkualiti. Bukan disebabkan
produk mereka tidak laku.
1. Duit dibelanjakan pada tempat yang salah.
2. Duit tersangkut di tangan orang:
3. Hutang tidak dikutip secara berdisiplin.
4. Kredit tidak diuruskan dengan betul.
5. Invois tidak di-trek dengan sistematik.
Alangkah benarnya pernyataan ini.
Saya dah 11 tahun urus bisnes sendiri, y
apa yg dato bagi fakta itu adalah tepat sekali, problem bagi bisnesman/woman yg
blum establish ni dsbbkan modal pusingan tak cukup sbb hutang org tak bayar,
selalu kena tipu serta spend pada mende2 tak kena waktu, satu lagi dato nak
tambah, ramai org buat bisnes ikut org, tengok jual tudung nak tudung jual
tudung gak, must be specialist skit, baru ada ummphh
DEPAN MAYBANK WAKAF SIKU, KELANTAN.
20

Sambil tunggu isteri, saya minum. Dalam warung itu ada ramai orang. Duduk satu
meja ada 3 orang. Seorang kata, "The more you give, the more you get". Segera
saya berpaling.
Seorang lagi kata, "Haaaa, itu yang Dr Azizan Osman kata"
Saya dengar dengan tekun. Apa lagi mereka nak kata.
Yang berkata mula mula terus sambung. "Mahu lebih, beri lebih. Mahu pulangan
lebih, labur lah lebih". Hati saya berdebar. Kata hati saya, perangkap cantik ni.
Yang kata DAO kata, terus sambung berkata, "Labur aja rm100,000. Pulangannya
sejuta. MLM ni memang macam tu. Mesti Labur Manyak Manyak".
Yang ketiga masih diam. Yang pertama tadi terus berbicara, "Faham konsep. Ini
bukan skim. Ini adalah peluang sekali seumur hidup.Rancangan kerajaan nak atasi
gawat yang bakal datang"
Saya bayar air dan keluar. Terasa panas pula Teh O Beng yang dimunum.
Penyelewengan fakta tahap gaban. Sembang temberang.
PEMBELAJARAN PUBLIC SPEAKING 16.12.2014
Tuan Erman Abdurrahman:
Cuba tuan terangkan kepada saya kefahaman tuan tentang Ethos. Pathos dan
Logos.
Bijak berkata kata itu adunan tiga perkara: Pertama, perasaan yang halus,
tersusun
bermakna. Kedua, fasih berkata, panjang nafasnya, jelas kesan letupan, geseran
dan kemerduannya. Ketiga, kaya bahasanya. Ada dua bentuk bahasa.
Dipertuturkan
dan digayakan. Apabila kongruen, terjelma lah "al bayan". Ia mempesonakan orang
yang mendengar.
Dato mengikut penyampaian saya tempoh hari tu Ethos ialah penyampaian
mengenai diri penyampai kadar perlu tak melebihi 10% dari jumlah masa yang
diberi. Logos ialah olahan 3 babak yang berturutan dan ikut kefahaman yang logik
25% dari jumlah waktu yg diberi. Pathos pula penyampaian diolah dengan emosi.
Juga umpama kuah kepada keseluruhan topik pada kadar 65% masa.
Bagusss Tuan Erman Abdurrahman. Logos adalah logik. Data dan fakta. Pathos
adalah tenunan cerita, wisdom orang tua, cantik bahasa, kiliran jenaka, adunan
sabda dan firman Tuhan yang menggemerlapkan lagi fakta dan data kering yang
mahu dihidangkan.

21

Bijak
berkata kata itu adunan tiga perkara: Pertama, perasaan yang halus, tersusun
bermakna. Kedua, fasih berkata, panjang nafasnya, jelas kesan letupan, geseran
22

dan kemerduannya. Ketiga, kaya bahasanya. Ada dua bentuk bahasa.


Dipertuturkan dan digayakan. Apabila kongruen, terjelma lah "al bayan". Ia
mempesonakan orang yang mendengar.
Ada masa mood serious. Ada masa mood happy. Ada masa mood sedih.Ada masa
mood selamba ceria. Lambakan fakta pada setiap mood yang kita ada.
Kita takut pada sesuatu yang kita tak tahu.
Kita gementar pada sesuatu yang kita belum cuba.
Kita gubra pada berita yang separuh fakta.
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.
Pada hari Ahad ini Puan Guru Ainon Mohd. akan mengendalikan program
membangunkan syarikat. Antara tajuknya :Bagaimanakah kita dapat menjadi ahli
lembaga pengarah sesebuah syarikat?
Syarikat sendirian berhad wajib mempunyai ahli lembaga pengarah (ALP).
Jumlah paling minimum adalah 2 orang ALP.
Kedua-dua orang itu wajib memiliki saham dalam syarikat. Minimum saham yang
wajib dimiliki adalah RM1.
Jumlah maksimum adalah 9 orang ALP.
Bagi syarikat sendirian berhad yang baru hendak didaftarkan, siapakah yang
melantik ALPnya? Apabila kita yang hendak mendaftarkan syarikat sendirian berhad
itu, maka kitalah yang memilih siapa yang hendak kita lantik menjadi ALP dalam
syarikat kita.
Kita pilih sesiapa yang kita mahu. Minimum usia individu yang layak menjadi ALP
adalah 18 tahun. Kita berikan nama-nama bakal ALP itu kepada company
secretary.
Company secretary yang akan menguruskan pendaftaran syarikat dengan namanama itu sebagai ALPnya.
Ringkasan nota untuk memudahkan kefahaman.
1. Jumlah ALP adalah antara 2 - 9 orang sahaja.
2. 2 orang sahaja yang wajib memiliki saham dalam syarikat itu. Yang lain
tidak perlu memiliki saham sewkiranya tidak perlu. Sekiranya perlu, pun
boleh.
3. Pemilik saham tidak wajib menjadi ALP.
4. Usia layak menjadi ALP adalah 18 tahun.
5. ALP boleh memegang jawatan dalam syarikat, dan menerima gaji bulanan
macam staff lain.
6. Staff pun boleh dilantik sebagai ALP. Selalunya dilantik bersandarkan
kepakaran.

23

7. Jawatan yang lazim dipegang oleh ALP adalah:


Pengerusi eksekutif - executive chairman
Pengarah urusan - managing director
Pengarah eksekutif - executive director
CEO hadir. Dia kan bentang bagi pihak mangement. Masa BOD mahu buat
keputusan, CEO keluarlah sebab dia tiada kuasa mengundi. Yang ada kuasa
mengundi hanya BOD.
Hidup ini bagai selimut singkat. Tutup kaki nampak kepala. Tutup kepala nampak
kaki. Pandai pandai lah bawa diri. Kita nanti yang kena tanggung dan jawab
sendiri.
Bersihkan kolam jiwa biar sanubari berseri. Buang hasad dan dengki. Tiada iri hati.
Insaf diri. Usah sombong diri. Jadi orang pintar bistari. Kepada Allah kita berserah
diri.
NOTA UNTUK WARGA EKONOMI PERSAHABATAN.
Kata Tuan Aqif Azizan.
Dia dengar dari Tuan Azizi Ali tentang 4 tindakan utama orang luar biasa.
1. Tindakan #1 - Buku berilmu. Bukan buku bernafsu.
Orang luar biasa akan gunakan masa mereka untuk membaca buku.
Bukan buku yang melalaikan. Tetapi buku yang menambahkan ilmu pengetahuan.
Orang luar biasa percaya, ilmu itu adalah penyuluh kehidupan. Tanpa ilmu, kita
mudah sesat dan mudah gagal.
2. Tindakan #2 - Hari minggu adalah hari majlis ilmu.
Orang luar biasa menggantikan perkara hiburan di hujung minggu dengan
menghadiri majlis ilmu. Mereka sanggup laburkan wang beribu ringgit dan masa
berjam-jam untuk belajar dengan orang lain menerusi:
1) Seminar.
2) Kursus.
3) Coaching.
3. Tindakan #3 - Tidak jadi super hero.
Orang luar biasa jarang buat semua kerja seorang diri.
Mereka bijak menguruskan kehidupan dan kelemahan. Apa sahaja yang mereka
lemah, mereka akan:
1) Cari pakar.
2) Minta pakar untuk uruskan hal itu.
4. Tindakan #4 - Membina ekonomi persahabatan bersama pakar.
Orang luar biasa juga akan luangkan masa bersama dengan orang-orang pakar.

24

Mereka percaya nilai persahabatan. Seperti kata-kata Pengerusi syarikat


penerbitan buku PTS, iaitu Puan Ainon Mohd, "Zaman sekarang adalah zaman
ekonomi persahabatan."
Seminggu sekali, mereka akan pastikan diri mereka bergaul dengan orang-orang
yang mempunyai kepakaran yang spesifik.
Ermmm warga EKONOMI PERSAHABATAN - inilah yang kita lakukan sekarang.
BERKONGSI TIDAK BERHENTI.
Masa di IBC saya janjikan 3 hingga 4 pedoman bisnes dari pengalaman setiap
minggu kepada peserta IBC sepanjang tahun 2015. Saya akan e mail kepada
mereka. InsyaAllah.
Sekarang saya buka satu lagi perkongsian. Setiap hari sepanjang tahun 2015, bagi
yang berminat dengan Public Speaking saya akan e mailkan tips sederhana
panjang. 365 tips. InsyaAllah. Hantarkan alamat e mail bagi yang berminat kepada
ideatalk@yahoo.com dan katakan dalam paparan ini, "365 tips PSM"
GENERASI ITU BUKAN PADA UMUR. IA PADA JIWA.
FACEBOOK. Guru saya adalah Puan Guru Ainon Mohd.. Dia kata content Marketing.
Kongsi dan kongsi. Saya buat. Dia kata TRIBE MARKETING. Dapatkan follower
sampai 20,000. Saya buat. Dia kata baca buku Seth Godin. Saya telah baca 10
buah. Apalagi perlu saya buat Puan Guru?
INSTAGRAM. Cikpuan Suraya Ali buatkan untuk saya. Sue kata posting gambar dan
foto. Berikan saya masa sepanjang 2015. Saya akan buat buat dan buat.
BLOG. Dalam proses. King Raja Safuan diam aja. Mahu minum kopi dengan sahabat
lama Denaihati Ilhamku.
E mail marketing: Tunggu berguru dengan Tuan Faisal Abdullah.
Apapun berlaku usah salahkan sesiapa atas salah dan silap yang terjadi. Kita
tanggung dan jawab 100%. Matang usia itu tandanya kita sedia di palu. Kita bangkit
atas pengalaman yang telah di lalui.
40% dari apa yang kita lakukan setiap hari datangnya dari TABIAT HARIAN kita.
Teori tingkahlaku mengatakan apabila kita berbuat sesuatu 20 kali ianya menjadi
perbuatan yang melekat diri kita. Bila dibuat 40 kali ia sudah jadi habit kita.
Apabila tret tingkahlaku dilakukan ianya menjadi personaliti kita
Jarak Usia Muhammad Muda
Muhammad Muda memulakan bisnesnya sendiri pada usia 18 tahun. Partner dan
pemodalnya berusia 33 tahun.
Mereka tidak sama usia.
Kata Puan Guru Ainon Mohd.:
Implikasi bagi orang muda yang baru pertama kali hendak memulakan bisnes:
+ Jangan mulakan bisnes secara solo-solo.
25

+ Berpartner dengan partner yang lebih tua dan mempunyai modal.


+ Pilih partner yang sudah mempunyai kejayaan dalam bisnes.
Nota: Statistik di US menunjukkan usia purata pendiri syarikat-syarikat teknologi
yang berjaya adalah 39 tahun.
Tuan Norlukmal Mat Ghani - Koperasi Ekonomi Persahabatan.
Ini target kita - Koperasi Besar dalam tempoh tiga tahun.
Nota dari Tuan Norizan, Teraju.
"Dato Roslan Ab Hamid - Koperasi besar (perolehan lebih RM5 juta) ada 176,
manakala koperasi sederhana ada 475. Daripada RM32 bil perolehan keseluruhan
koperasi (11,000), sekitar 94% adalah dari koperasi besar. Dua koperasi iaitu Bank
Rakyat dan KPF mencatatkan perolehan RM21 bil. Purata perolehan koperasi
sederhana ialah RM2.3 juta"
Kita tidak buat sesuatu sekadar untuk "hidup segan mati tak mahu"
JAWAPAN SAYA>
Ramai PM mahu berhenti kerja "Putrajaya" dan mahu berniaga.
Tanya, saya jawab "JANGAN". Usah masuk dua belah kaki dalam Planet Bisnes.
Kerja 8 jam di Putrajaya. Ambil masa lepas jam 6 petang -4 jam untuk mula
berniaga.
Apabila kita dapat kerja 12 jam sehari selama 3 tahun tanpa merungut penat, itu
tanda telah bersedia. Apabila pendapatan kerja 4 jam itu melebihi 3 kali ganda
dari kerja 8 jam di Putrajaya, maka berhentilah.
Bisnes ini belantara berpuaka. Belajar dahulu menangani usikan jembalang dan
lembaga sebelum masuk ke hutan ini.
Demikian lah adanya jawapan saya.
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.
Saya ikut sahaja apa Puan Guru kata. Ianya tentang "Risiko Membela Diri"
Kata Puan Guru Ainon Mohd, apabila kita menuliskan sudut pandangan kita post
dalam media sosial, salah satu risikonya adalah apa yang pendapat kita itu belum
tentu disetujui oleh semua friend-FB kita.
Mereka mungkin mengulas dan mengkritik, malah mungkin menghentam sudut
pandangan kita itu. Apabila itu berlaku:
Pertama, Diam sahaja. Jalan terus.
Kedua, Jangan mempertahankan sudut pandangan kita itu.
Ketiga, Jangan membela diri sendiri.
Keempat, Jika memang sudut pandangan kita itu salah, jangan mengaku salah,
tidak perlu meminta maaf. Baiki kesilapan itu. Baiki sahaja diri kita. Baiki sahaja
penulisan kita seterusnya. Jalan terus.
Berdamailah dengan Diri.

26

NOTA BISNES.
Kunci kejayaan dalam bisnes adalah ketangkasan.
Sesiapa yang memperlahankan larian, bakal ketinggalan.
Bisnes itu ada dua ilmu:
ILMU BISNES
ILMU MENGURUS BISNES.
MBA adalah ilmu mengurus bisnes. Ianya banyak tentang Individualistic Focus.

Ianya ilmu sukatan.


Ilmu BIsnes adalah tentang "company first" not a "me first" attitude.
Ianya ilmu dapatan.
Usahawan mesti tahu banyak tentang Ilmu Bisnes. Tugas pertama orang bisnes
adalah mengajar ilmu bisnes. Tugas kedua orang bisnes adalah mengambil
pengurus pengurus terlatih terutamanya lulusan MBA untuk menguruskan bisnes
kita secara profesional.
Dalam Ilmu Bisnes ini ada dua pula:
ILMU BERNIAGA. Ini ibarat ilmu 'menyusun bata'.
ILMU MEMBANGUNKAN SYARIKAT. Ini ibarat ilmu 'mendirikan menara'.
Untuk membangunkan syarikat kita mesti ada ketangkasan untuk survive. Banyakan
membayar Yuran Kebijaksanaan dari terpaksa membayar Cukai Kebodohan.
Belajar tentang "STRATEGI". Strategi adalah apa yang ada dalam minda. Taktik
adalah apa yang nampak depan mata. Kita boleh meletakan target. Namun, tanpa
sistem yang betul, target adalah angan angan kosong belaka.
Belajar tentang "MELIHAT". Melebar, mendalam dan berterusan melihat
persekitaran. Perubahan yang berlaku dan bakal berlaku mencabar kebiasaan
seorang usahawan. Usah jatuh cinta dengan produk buatan sendiri. Tatkala orang
mahu "jeruk berapi" kita usah bertahan dengan "mee kari"
Belajar tentang "PERCUBAAN". Test and learn strategy. Inilah yang dipanggil risiko
yang boleh dipertimbangkan dan inovasi yang diurus sempurna.
Belajar tentang "PERLAKSANAAN". Keupayaan dan kebolehan untuk berbuat. Buat
dan buat sampai dapat.
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.
1. Kata Puan Guru Ainon Mohd, kita mesti pandai santun berbeza pendapat dalam
FB. Orang hanya akan menyerahkan duitnya kepada orang bisnes yang disukainya.
Berbisnes adalah berkawan-kawan. Semakin banyak kawan, semakin mudah
menjalankan bisnes. Orang bisnes berkawan dengan semua orang.
27

2. Puan Guru memberikan "Tip menambah kawan dalam FB":


Apabila ada Friend-FB mengemukakan pendapatnya dalam post di wallnya, kita
LIKE apabila sudah membacanya.
Setuju ataupun tidak setuju, LIKE sahaja. Tanda kita sudah membaca postnya.
Friend kita itu akan sukacita kita sudi membaca pendapatnya.
3. Tambah Puan Guru, Tip jangan hilang kawan dalam FB:
Apabila kita tidak setuju dengan pendapat Friend-FB kita, lakukan begini:
Jangan kita tulis komen dengan mengatakan pendapatnya itu salah. Ia
menjatuhkan air mukanya. Kita telah memberitahu semua kawan-kawan FB-nya
bahawa pendapatnya itu salah.
Jika ada fakta yang disebutnya salah, cara yang betul memberitahunya adalah
dengan menulis nota di dalam inboxnya fakta yang betul. Dengan itu kita menjaga
air mukanya.
Jika kita menolak pendapatnya, jangan tulis pendapat kita di wallnya. Kita tulis
pendapat kita di wall FB kita sendiri. Jangan sebut namanya. Tulis sahaja pendapat
kita.
4. Puan Guru menyambung pula tentang "Pengaruh Cerita".
Pakar-pakar psikologi US sudah lama mengetahui fakta bahawa cerita sangat
mudah mempengaruhi orang. Manusia suka mendengar cerita. Manusia mudah
percaya kepada cerita-cerita.
5. Kata Puan Guru, Cerita lebih kuat daya pengaruhnya dibandingkan dengan fakta!
Apabila orang sudah percaya kepada cerita, mereka menolak fakta yang tidak
menyokong cerita itu.
6. Menurut Puan Guru, hasil kajian pakar-pakar psikologi di US itu telah
diekploitasi oleh dunia kejurujualan. Mereka telah mempergunakan cerita-cerita
dan teknik-teknik bercerita sebagai alat-kerja bagi menaikkan angka jualan.
Demikianlah adanya.
Saya tidak mengajak orang bertumbuk. Saya hanya orang kecil.
Saya juga tidak layan ajakan bertumbuk. Tiada dendam di hati saya.
Masa saya di dunia amat singkat. Waktu untuk berangkat telah hampir.
Sesiapa yang tidak dapat mengawal emosi dan dialog dalamannya tidak akan dapat
mencapai potensinya.
Satu perkara yang hanya ada dalam pentas DAO, pelajar berlari mengambil
tempat. ENERGI sungguh tinggi.
LIMA RISIKO ATAS PENTAS.
Ada Lima Risiko apabila kita buka mulut atas pentas:

28

1. Risiko "terdedah" kita tentukan berapa banyak orang (audiens) perlu tahu
tentang "private life" kita. Manusia tanpa wajah dan rupa tidak suka pada "virtual
spotlight".
2. Risiko kedua adalah kita mungkin melakukan perkara yang berbeza dari perkara
yang biasa kita lakukan. Diatas pentas kita dapat kembali semula kepada zaman
kanak-kanak, penuh kreativiti. Kita keluar dari dunia yang didominasi oleh proses
dan prosedur.
3. Risiko ketiga adalah kita mungkin boleh gagal dan kita bakal dicemuh. Dalam
bahasa mudah, semua yang berlaku adalah peristiwa, bukan "gagal atau berjaya".
Berdamai dengan diri - semuanya sekadar "interpretation on an observation".
Apakah semasa kecil tatkala jatuh basikal kita definasikan ia sebagai "kegagalan".
(Bersambung).
Kuda yang diajar secara jerit dan laung tidak akan akur pada bisikan arahan..

29