Anda di halaman 1dari 28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Soalan Tutorial 1:
Bezakan pengujian, pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaan, bentuk dan
proses.

PENGERTIAN

KEGUNAAN

PENGUJIAN
Merupakan proses
bagi menentukan
perubahan tingkah
laku.

PENTAKSIRAN
Merupakan proses
menentukan
peringkat pencapaian
dan kedudukan
antara murid.

PENILAIAN
Proses membuat
analisis dengan
mentafsir hasil
pengukuran.

-Menempatkan murid
dalam kumpulan
yang sesuai.

-Mengelaskan,
pensijilan, dan
menempatkan murid
dalam jurusan yang
sesuai untuk
penyelidikan.

-Membaiki rancangan
mengajar, kurikulum,
pengesanan punca
kelemahan, dan
membuat ramalan.

-Menentukan
pencapaian murid
dalam satu mata
pelajaran.

BENTUK

-Terdiri daripada
aspek pemerhatian,
ujian, lisan, dan
menulis.

PROSES

-Proses melibatkan
pelaksanaan yang
berikut:
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran
3. Pemeriksaan.

-Membuat
perbandingan
pencapaian dan
kedudukan antara
murid dalam
penguasaan
pelajaran.
-merangkumi ujian
bertulis dengan
markah dan gred.

-Merangkumi
pelaksaan berikut:
1. Proses pengujian
2. Merekod markah
atau gred

-Memberi maklumat
mengenai
pencapaian murid,
objektif pelajaran,
kaedah mengajar,
dan kurikulum.

-Jadual atau gred


berdasarkan teknik
perangkaan.

-Proses yang berlaku


adalah:
1. Proses
pengukuran
2. Proses
penganalisisan
3. Proses
interprestasi
4. Melapor
5. Tindakan

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Soalan Tutorial 2 :
Bezakan penialaian formatif dan penilaian sumatif dari segi makna, tujuan,
proses dan produk.
Penilaian Formatif
Makna

Penilaian Sumatif

Penilaian yang dibuat secara berterusan,

Penilaian yang dibuat pada akhir

iaitu sepanjang proses pengajaran dan

pengajaran yang bertujuan untuk

pembelajaran untuk menilai

menilai pencapaian akhir pelajar. Ia

keberkesanan pengajaran guru dan

lebih menumpukan kepada penilaian

pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk

penguasaan pelajar dalam sesuatu

sebelum meneruskan kepada

unit pembelajaran.

pengajaran seterusnya.
Tujuan

Mengesan kekuatan dan kelemahan

Menentukan kefahaman dan

penguasaan murid dalam sesuatu

pencapaian pelajar murid dalam

kemahiran yang telah diajar.

beberapa unit pembelajaran untuk


satu mata pelajaran.

Proses

-Menentukan topik pembelajaran.

-Membentuk jadual penentuan ujian.

-Menyatakan aspek dan tahap bagi

-Menggubal soalan-soalan yang

sesuatu topik pembelajaran.

berkaitan dengan isi dan perlakuan

-Menghubungkan elemen-elemen yang

yang ingin diuji.

terdapat dalam suatu topik.

-Mengumpul item secara sistematik.

-Membentuk soalan.

-Menyiapkan skema pemarkahan.

-Mencadangkan langkah susulan.

-Menyediakan arahan yang jelas


tentang apa yang harus calon
melakukan.
-Menguji item tersebut terlebih dahulu
melalui ujian rintis kepada sampel
pelajar.
-Menganalisis item yang telah ditadbir
secara rintis.

Produk Kuiz, sesi soal jawab secara lisan atau


ujian bertulis selepas satu waktu

Peperiksaan awam seperti UPSR,


PMR, SPM & STPM

pengajaran.

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Soalan Tutorial 3:
Terangkan kepentingan penilaian program dalam pendidikan.
Penilaian program boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang menghasilkan
keputusan, pengumpulan dan analisis data yang sistematik, menurut Pang dan Denis Lajium
(2008). Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pelbagai penilaian program telah dilaksanakan
bagi meningkatkan taraf pendidikan negara. Antara program yang dilaksanakan adalah
seperti Program NILAM, Program Celik Huruf, Program Motivasi, Program Gerak Gempur,
Program Bina Insan dan sebagainya.
Kepentingan penilaian program dalam pendidikan yang pertama ialah untuk
memastikan bahawa pengurusan dan pengoperasian program atau projek dapat dipantau
dengan baik. Pengurusan program yang baik dapat memberi maklumat tentang bilangan
peserta, ciri-ciri peserta, jenis aktiviti program yang akan dijalankan, peruntukkan sumber
tenaga dan kos program kepada pentadbir program. Contohnya, semasa mengadakan
Program Motivasi bagi pelajar sekolah yang menghadapi peperiksaan SPM, staf program dan
guru-guru yang terlibat boleh memperoleh maklumat tentang ciri-ciri peserta, masalah
tekanan dan kerisauan yang dihadapi oleh pelajar, menentukan aktiviti motivasi yang sesuai
dijalankan semasa program dijalankan, bilangan sumber tenaga yang diperlukan, jenis
pensyarah motivasi yang akan diundang dan kos Program Motivasi yang dibelanjakan.
Semua maklumat ini dapat membekalkan data-data pengoperasian program yang boleh
digunakan untuk menaksir hasil pelaksanaan program tersebut (Pang & Denis Lajium,
2008).
Kepentingan penilaian program dalam pendidikan yang kedua ialah untuk
memastikan bahawa sesuatu program yang dilaksanakan adalah mengikut arah tuju dan
objektif pendidikan yang telah ditetapkan. Keadaan ini bermaksud aktiviti-aktiviti program
atau projek yang dilaksanakan adalah menggambarkan rancangan dan matlamat projek.
Contohnya, pelaksanaan Program NILAM adalah berteraskan untuk memupuk amalan
membaca dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan program ini merupakan satu daripada hasrat
pendidikan negara Malaysia dalam memupuk budaya masyarakat yang berpengetahuan dan
membaca. Oleh sebab itu, bagi memastikan program NILAM ini mencapai arah tuju
pendidikan tersebut, semua pihak khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah,
pengetua, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar akan melibatkan diri bagi menjayakan
objektif tersebut. Pihak yang terlibat akan sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran dan

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


pengetahuan diri bagi menjamin matlamat program, objektif dan perkhidmatan dapat
dikekalkan (Pang, 2005).
Kepentingan penilaian program yang ketiga dan yang terakhir ialah untuk
memastikan bahawa keberkesanan pelaksanaan sesuatu program dijalankan (Pang & Denis
Lajium, 2008). Keberkesanan program bermaksud sama ada program yang dilaksanakan
dapat menghasilkan produk yang dikehendaki atau mencapai tahap pencapaian yang telah
ditetapkan. Penilaian program membolehkan kelemahan dan kekuatan sesuatu program
atau perkhidmatan dapat dikenalpasti. Kelemahan yang wujud membolehkan staf-staf
program mengambil inisiatif untuk mengatasi kelemahan tersebut semasa mengadakan
program. Contohnya, apabila didapati bahawa kemahiran asas (kemahiran menulis,
membaca dan mengira) yang dikuasai oleh murid-murid pedalaman yang terlibat dalam
Program Celik Huruf masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, guru-guru atau staf
program yang terlibat haruslah memikirkan langkah atau mengubahsuai aktiviti program
bagi meningkatkan keberkesanan program tersebut.

Soalan Tutorial 4:
Apakah perbezaan antara penilaian dan penyelidikan pendidikan? Berikan
contoh-contoh projek penilaian dan penyelidikan pendidikan.
Elemen
Definisi

Penilaian

Penyelidikan

Penggunaan kaedah-kaedah

Usaha yang dikehendaki secara

penyelidikan dalam menjelaskan

sistematik, objektif dan dinamik

sesuatu masalah yang yang berkaitan

menerusi langkah-langkah

dengan tindakan.

menentukan masalah dan alat


kajian, mengumpul dan
menganalisis data, mentafsir dan
melaporkan penyelidikan.

Motivasi

Membuat penilaian semata-mata

Hanya untuk memuaskan rasa ingin

Pengkaji

mencari penyelesaian masalah.

tahu.

Objektif

Dijalankan untuk mendapatkan

Dijalankan untuk memperolehi

keputusan.

rumusan.

Kajian

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Kriteria
Nilai yang

Mengutamakan kegunaan (utiliti dan

Mementingkan kesahan dalaman

kebolehpercayaan (kredibiliti).

dan kesahan luaran.

Mengutamakan faedah(worth) yang

Mementingkan kebenaran(truth)

dipentingkan diperolehi.
Contoh

yang harus dibuktikan.

Contoh jenis penilaian yang sering

Contoh jenis penyelidikan yang

dilakukan ialah penilaian terhadap

dilakukan adalah penyelidikan

projek, kajian kes, portfolio, bengkel

dalam penggunaan Bahasa Inggeris

dan seminar.

dalam mata pelajaran Sains dan


Matematik.

Soalan Tutorial 5:
Bandingkan model objektif dengan model goal free.
MODEL OBJEKTIF

MODEL GOAL FREE

Model objektif boleh ditakrifkan sebagai

Model goal free ini menekankan bahawa

kejayaan atau kegagalan sesebuah program

pertimbangan dan penilaian matlamat bukan

atau pengajaran dalam kadar kesepadanan

sahaja tidak diperlukan tetapi mungkin

di antara prestasi pelajar-pelajar yang

merupakan langkah yang menganggu

dijangkakan dengan prestasi yang sebenar.

penilaian.

Meneruskan model objektif, penilaian

Fokus utama dalam penilaian tanpa

dikaitkan dengan usaha menentukan nilai

matlamat adalah hasil sebenar dan bukannya

sesuatu hasil.

setakat hasil yang dihendaki oleh program.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

Menumpukan pada kesan sebenar tanpa

program.

menghiraukan matlamat.

Penggunaan kaedah kaedah kuantitatif

Tiada penggunaan kaedahkaedah

seperti statistik.

kuantitatif seperti statistik.

Dalam Model Objektif menyatakan bahawa penilaian dikaitkan dengan usaha dalam
menentukan nilai sesuatu hasil atau produk. Manakala, Model Goal Free menyatakan
bahawa pertimbangan dan penilaian matlamat adalah langkah yang bukan sahaja tidak
diperlukan dan kewujudannya berkemungkinan akan menganggu proses penilaian.

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Teras utama Model Objektif ialah membandingkan objektif-objektif sesuatu program
dengan hasil-hasilnya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program. Manakala,
teras utama bagi Model Goal Free ialah menumpukan pada kesan sebenar sahaja tanpa
menghiraukan matlamat.

Soalan Tutorial 6 :
Apakah model yang sering digunakan dalam penilaian pendidikan di Malaysia?
Berikan contoh-contoh yang sesuai.
Model yang sering digunakan dalam penilaian pendidikan di Malaysia ialah Model
Objektif. Melalui model ini, penilaian dapat dikaitkan dengan usaha menentukan nilai
sesuatu hasil dan ianya berfungsi untuk membandingkan objektif-objektif sesuatu program
dengan hasil-hasilnya. Antara contoh-contoh yang sesuai untuk model ini ialah :
i)

Pembinaan soalan ujian/peperiksaan mengikut Taksonomi Objektif Pendidikan


iaitu Taksonomi Kognitif Bloom),

ii)

Penggunaan konsep behavioral objectives dalam menilai dan mengukur tahap


pencapaian matlamat sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,

iii)

Perbandingan dibuat antara objektif dan hasil sesuatu pengajaran,

iv)

Penggunaan kaedah-kaedah kuantitatif seperti

statistik dalam mengukur

kekuatan dan kelemahan sesuatu bahan pengujian serta dalam menilai tahap
pencapaian pelajar.
Selain model objektif, model yang sering digunakan dalam penilaian pendidikan di
Malaysia adalah Model CIPP yang diperkenalkan oleh Stufflebeam pada tahun 1985. Model
tersebut berupaya menentukan kesesuaian persekitaran dalam membantu pencapaian
matlamat dan objektif program. Antara contoh program yang dilakukan oleh kerajaan ialah
program pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris
(PPSMI). Dari segi konteks, model ini adalah relevan dengan Falsafah Pendidikan Negara,
sikap pensyarah atau guru terhadap perubahan kurikulum ini adalah negatif kerana
ketidakfasihan dalam bahasa Inggeris dan tahap keyakinan pensyarah atau guru terhadap
pelaksanaan kurikulum adalah rendah. Dari segi input, jabatan pelajaran negeri mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi bagi mencetak buku baru, memberi latihan kepada

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


guru, penyediaan alat untuk pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan untuk
pengajaran dan sebagainya. Selain itu, guru juga tidak dilengkapi dengan pengalaman dan
pengetahuan yang tinggi bagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
Ini adalah disebabkan oleh mereka tidak menerima latihan dan kursus mengenai kemahiran
mengajar dalam Bahasa Inggeris sebelum ini. Dari segi proses, pelaksanaan PPSMI
menghadapi masalah ketidakfasihan Bahasa Inggeris bagi guru dan pelajar dan guru
terpaksa menggunakan strategi pembelajaran dan pengajaran yang menarik seperti CDrom, kaedah perbincangan, brain-storming dan sebagainya untuk menarik perhatian
pelajar. Dari segi produk, PPSMI telah dimansuhkan dan kembali kepada pengajaran dan
pembelajaran

sebelum

ini

disebabkan

pencapaian

akademik

pelajar

yang

tidak

memberangsangkan dan objektif tidak tercapai.

Soalan Tutorial 7:
Apakah kepentingan Taksonomi dalam pentaksiran pendidikan?
Pentaksiran pendidikan merujuk kepada langkah-langkah untuk menentukan sejauh
mana tahap seseorang pelajar itu memiliki sifat tertentu. Pentaksiran ini berguna dalam
menentukan kedudukan dan pencapaian seseorang murid. Dalam proses pentaksiran
pendidikan, taksonomi-taksonomi pendidikan memainkan suatu peranan yang sangat
penting.
Secara amnya, taksonomi pendidikan digunakan sebagai satu panduan semasa guru
menggubal item/soalan pengujian kepada murid-murid. Guru harus membina item/soalan
pengujian untuk pelajar mereka mengikut peringkat demi peringkat agar item/soalan yang
dibina mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
Kepentingan Taksonomi pendidikan membolehkan guru membina item/soalan
pengujian yang dapat menguji semua aras pelajar. Mengikut Taksonomi Bloom, aras-aras
yang diuji merangkumi aspek pengetahuan, kefahaman, analisis, aplikasi, sintesis dan
penilaian. Semua aspek pelajar dapat diukur sama ada memenuhi objektif pengajaran atau
sebaliknya.

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Soalan Tutorial 8:
Berikan contoh-contoh soalan dalam mata pelajaran major anda untuk semua
aras kesukaran.
Mata pelajaran major kumpulan kami ialah ekonomi. Contoh-contoh soalan dalam
aras kesukaran dapat ditunjukkan melalui jadual yang berikut:

Aras Kesukaran
1) Aras Pengetahuan

Contoh Soalan
Senaraikan tiga jenis sistem ekonomi yang
diamalkan pada masa sekarang?

2) Aras Kefahaman

Apakah perbezaan diantara perubahan kuantiti


diminta dengan perubahan dalam permintaan?

3) Aras Aplikasi

Berdasarkan kepada Teori Kuantiti Wang Fisher,


kira jumlah penawaran wang dalam ekonomi
tersebut tanpa mengambil kira kadar inflasi pada
masa itu.

4) Aras Analisis

Mengapakah Malaysia tidak mengamalkan sistem


ekonomi kapitalis?

5) Aras Sintesis

Dengan menggunakan gambar rajah, apakah


kemungkinan yang terjadi kepada keluk
permintaan kereta sekiranya harga minyak petrol
meningkat?

6) Aras Penilaian

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang


menyebabkan pengurangan permintaan telefon
bimbit di Malaysia.

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Soalan Tutorial 9:
Apakah mata pelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan Taksonomi Krathwohl?
Berikan contoh-contoh.
Taksonomi Krathwohl telah diasaskan oleh David R. Krathwohl pada tahun 1964
yang menitikberatkan domain afektif yang boleh dikelaskan dalam lima peringkat, iaitu
penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan. Salah satu mata pelajaran
yang boleh mengaplikasikan Taksonomi Krathwohl adalah mata pelajaran Pendidikan
Jasmani. Sebagai contoh, dalam

Pendidikan Jasmani guru akan mengajar mengenai

kepentingan nilai semangat kesukanan seperti menerima kekalahan dan menghormati pihak
lawan.
Dalam aras penerimaan, semasa guru menjelaskan mengenai kepentingan nilai
semangat kesukanan, para pelajar akan menyedari tentang kepentingan yang dijelaskan.
Kemudian pelajar sanggup memberi perhatian terhadap pengajaran dalam kelas dengan
mendengar dengan penuh perhatian sebagai tanda untuk kesudian menerima nilai tersebut.
Pelajar akan mula mendengar dengan berhati-hati semasa sesi pengajaran mengenai nilai
semangat kesukanan dan mengambil bahagian secara aktif seperti mengutarakan soalan.
Dalam aras tindak balas, berlaku penglibatan aktif pelajar dalam sesuatu perkara
serta kesanggupan bertindak balas terhadap rangsangan. Sebagai contoh, nilai semangat
kesukanan menarik perhatian pelajar kemudian membolehkan para pelajar dengan sukarela
mencari bahan berkaitan dengan nilai semangat kesukanan untuk memenuhi perasaan
kepuasan atau keseronakan dalam menimba ilmu tambahan mengenai nilai semangat
kesukanan.
Dalam aras menilai, pelajar akan memberikan nilai kepada sesuatu objek, fenomena
atau tingkah laku. Proses penilaian adalah berdasarkan penghayatan satu set nilai spesifik
pada pelajar. Sebagai contoh, pelajar menunjukkan kepentingan nilai semangat kesukanan
dengan menerima kekalahan dan menghormati pihak lawan dalam permainan yang diceburi
oleh pelajar.
Dalam aras organisasi, pelajar akan membina satu sistem yang konsisten. Sebagai
contoh, para pelajar mempercayai bahawa semangat kesukanan adalah penting dalam apa
jua jenis sukan. Oleh itu, menyedari kemenangan dan kekalahan bukanlah faktor paling
penting dalam permainan sukan dan mengetahui terdapat nilai yang lebih penting sepeti
semangat sepasukan agar mampu meningkatkan lagi kekuatan dan kelemahan pasukan.

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Dalam aras perwatakan, para pelajar akan menjaga mengekalkan semangat
kesukanan dalam gaya hidup seharian. Sebagai contoh, para pelajar akan mengamalkan
kehidupan yang sihat dengan mengamalkan kepentingan sukan dalam membentuk gaya
hidup yang sihat.

SOALAN TUTORIAL 10:


Dengan

menggunakan

contoh-contoh

yang

sesuai,

terangkan

aras-aras

Taksonomi Krathwohl dalam pendidikan moral.


Pendidikan

moral

merupakan

ilmu

yang

menekankan

dan

mementingkan

penyampaian maksud dan pengaplikasian pelbagai nilai. Mengikut Krathwohl, aras-aras


domain afektif boleh disusun dalam lima peringkat iaitu penerimaan, tindak balas, menilai,
organisasi dan perwatakan nilai. Aras-aras Taksonomi Krathworl boleh diterangkan
menggunakan nilai berdikari dalam mata pelajaran pendidikan moral.
Aras pertama bagi Taksonomi Krathwohl ialah penerimaan iaitu keinginan dan
kesanggupan pelajar bergerak balas kepada suatu rangsangan. Contohnya, pelajar yang
berdikari akan mendengar dengan penuh perhatian dan berhati-hati dalam kelas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana pelajar tersebut sedar dengan
kepentingan pelajaran. Hal ini juga kerana pelajar sudah mula dengan sifat ingin tahu
tentang perkara atau nilai yang dipelajari.
Pelajar yang berdikari dikatakan berada dalam aras kedua Taksonomi Krathwohl
apabila dia memberikan tindak balas. Dalam aras ini, pelajar akan bergerak balas iaitu
dengan mengambil perhatian, memberi tindak balas dan mengambil bahagian secara aktif di
dalam kelas. Contohnya, pelajar akan berasa seronok apabila melengkapkan kerja rumah
Pendidikan Moral dan mengambil bahagian dalam perbincangan kelas iaitu tentang isu
pembuangan bayi yang popular sejak akhir-akhir ini. Pelajar juga turut bersedia membantu
rakan yang lain dalam menyelesaikan tugasan dengan kurangnya bantuan daripada guru.
Aras ketiga dalam Taksonomi Krathwohl ialah menilai yang bermaksud memberikan
nilai kepada sesuatu objek, fenomena atau tingkah laku. Contohnya, pelajar yang berdikari
akan menunjukkan sikap penyelesaian masalah. Apabila pelajar tersebut menemui masalah,
pelajar tersebut akan menilai sama ada pelajar tersebut perlu mendapatkan pertolongan

10

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


daripada orang lain atau selesaikan sendiri. Pelajar berusaha dalam mendapatkan
penyelesaian dan mempunyai komimen menyelesaikan masalah yang tinggi.
Aras keempat dalam Taksonomi Krathwohl ialah organisasi iaitu mengumpulkan nilainilai yang berlainan, menyelesaikan konflik antara nilai-nilai den membentuk satu sistem
nilai yang konsisten. Terdapat banyak nilai yang mempunyai konflik antara satu sama lain.
Contohnya,

nilai

berdikari

dan

nilai

saling

menolong.

Pelajar

seharusnya

boleh

menyelesaikan konflik antara nilai ini dengan membina satu sistem di mana sesetengah
masalah boleh diselesaikan sendiri tetapi sesetengah masalah perlu berkongsi dan
diselesaikan dengan bantuan orang lain.
Aras kelima dalam Taksonomi Krathwohl ialah perwatakan di mana pelajar
mempunyai sistem nilai yang mengawal tingkah lakunya untuk membolehkannya
membentuk gaya hidup tersendiri. Contohnya, seorang pelajar yang berdikari akan
menetapkan rutin hariannya berdasarkan keperluan dan memastikan mental dan fizikalnya
terjaga. Setiap aktiviti yang telah ditetapkan seperti bersenam, buat kerja rumah,
mengulang kaji akan dilakukan oleh pelajar tersebut secare sukarela setiap hari untuk
menunjukkan daya usaha dan disiplin dirinya.

Soalan Tutorial 11:


Dengan menggunakan contoh-contoh, huraikan aplikasi Taksonomi Simpson
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Aras-aras domain psikomotor ialah peringkat-peringkat yang terdapat dalam bidang
kemahiran atau kebolehan melakukan sesuatu pergerakan.
Aras persepsi adalah penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan
sentuhan kepada pemainan bola untuk memandu aktiviti motor.
Aras set merujuk kepada kesediaan mental, fizikal dan emosi sebelum melakukan
aktiviti permainan bola. Kesediaan mental seperti bersedia belajar bagaimana menendang
bola, kesediaan fizikal seperti memanaskan badan sebelum menendang bola dan kesediaan
emosi seperti pemikiran yang positif dan optimis adalah contoh persediaan badan sebelum
menendang bola.

11

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Aras tindak balas terpandu adalah melakukan sesuatu berdasarkan kriteria yang
ditentukan sebagai contoh menendang bola seperti yang ditunjukkan. Pada aras ini, guru
akan terlebih dahulu menunjukkan cara menendang bola di depan pelajar.

Selepas itu

murid baru sendiri melakukannya (menendang bola).


Aras makenisme merujuk kepada tingkahlaku yang dipelajari dapat dipersembahkan
dengan yakin dan mahir. Sebagai contoh, pelajar dapat mendemostrasikan cara menendang
bola ke arah pintu gol. Murid mampu mempraktikkan semua teknik atau kemahiran
menendang bola dengan baik.
Aras tindak balas kompleks nyata yang mana murid mempersembahkan kemahiran
dengan pola pergerakkan yang kompleks. Contohnya, murid mampu berlari dengan cepat
dengan penguasaan bolanya dengan kemas, lancar, cepat dan tepat.
Aras adaptasi adalah murid sendiri mengubah atau menyusun corak atau teknik
permainan bola bagi mengalahkan lawan. Contohnya, murid mengubah teknik dan strategi
dalam permainan bola untuk mengatasi lawan.
Aras originasi merujuk kepada mengubahsuai pergerakkan yang lama untuk menjadi
pergerakkan baru yang lebih mantap dan hebat di peringkat yang lebih tinggi. Contohnya
menggunakan kepala untuk menendang bola dalam perlawanan bola sepak.

Soalan Tutorial 12:


Adakah Taksonomi-taksonomi Bloom, Krathwohl dan Simpson memadai dalam
menerangkan pencapaian objektif pendidikan? Mengapa?
Penggunaan Taksonomi Bloom, Krathwohl dan Simpson adalah memadai dalam
menerangkan pencapaian objekif pendidikan. Ketiga-tiga taksonomi ini merangkumi semua
peringkat pembelajaran murid.
Taksonomi pendidikan Bloom, Krathwohl dan Simpson sudah merangkumi tiga aspek
pembelajaran murid iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Taksonomi Bloom melibatkan
aspek pembelajaran kognitif yang merangkumi aras-aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Aspek ini lebih menekan kepada ilmu yang disalurkan
daripada guru kepada pelajar. Pelajar akan mempelajari dan mengetahui sesuatu istilah,

12

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara dan prosedur. Selain mempelajari, pelajar juga
boleh mengaplikasikan sesuatu ilmu dengan menterjemahkan dalam bentuk bahasa, rajah,
carta dan graf. Pelajar juga mampu merancang dan menilai sesuatu artikel, lukisan atau
persembahan.
Taksonomi Krathwohl melibatkan aspek pembelajaran afektif yang merangkumi aras
penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan. Melalui aspek pembelajaran
afektif, pelajar akan mempelajari nilai murni dan kelakuan yang baik dalam setiap mata
pelajaran yang di ajar disekolah. Melalui pembelajaran pada tahap ini, sikap positif dapat
diserap kepada semua pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Taksonomi Simpson pula melibatkan aspek pembelajaran psikomotor yang mana
dalam aspek ini, ia merangkumi aspek persepsi, set, tindak balas terpandu, mekanisme,
tindak balas kompleks nyata, adaptasi, dan originasi. Pada pembelajaran tahap ini, segala
peringkat pembelajaran pelajar boleh dijelaskan dan dicapai. Antara bidang psikomotor yang
terlibat ialah termasuklah hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan seperti
menulis, menaip, berlari, merangkak dan sebagainya.

Soalan Tutorial 13:


Terangkan empat jenis kesahan dalam pengujian pendidikan.
Menurut Pang dan Denis Lajium (2008), kesahan boleh dijelaskan sebagai benar
dan tepat. Sesuatu ujian yang yang benar-benar tepat mengukur semua perkara yang
hendak diukur adalah dikenali sebagai ujian yang sah. Kesahan dalam pengujian pendidikan
adalah penting kerana merujuk kepada setakat mana sesuatu ujian sama ada dapat
memenuhi objektif pendidikan atau sebaliknya. Terdapat empat jenis kesahan dalam
pengujian pendidikan iaitu kesahan kandungan (content validity), kesahan gagasan
(construct validity), kesahan ramalan (predict validity) dan kesahan serentak (concurrent

validity).
Kesahan kandungan atau kesahan isi merupakan prinsip ujian yang penting dan
selalu digunakan dalam proses pembinaan ujian di peringkat sekolah. Kesahan kandungan
merujuk kepada sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kesahan isi atau kesahan
kandungan sekiranya ujian itu benar dan tepat menguji isi kandungan mata pelajaram. Ini
13

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


bermaksud item-item dalam suatu ujian perlu mempunyai keupayaan untuk mengukur
objektif pengajaran.
Kesahan gagasan adalah ciri sah yang terkandung dalam sesuatu jenis ujian yang
digunakan untuk mengukur trait tingkah laku dan trait mental manusia. Ujian kesahan
gagasan ini adalah selalu digunakan dalam mengkaji tingkah laku dan interaksi manusia
dalam masyarakat. Item-item ujian kesahan gagasan adalah dibina mengikut hipotesishipotesis atau teori tertentu. Dalam bidang pendidikan, kesahan gagasan dapat digunakan
dalam menguji terhadap kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, motivasi, sikap dan
pencapaian pelajar. Sekiranya maklumat daripada kajian menunjukkan perkara yang
diandaikan dalam hipotests-hipotesis, jadi ujian itu dikatakan mempunyai kesahan gagasan
yang tinggi.
Kesahan ramalan pula merujuk kepada ciri ujian yang berkaitan dengan kebolehan
meramal keupayaan atau kelayakan seseorang calon dalam menjalankan sesuatu tugas atau
kerja pada masa depan. Contonya, peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM di
peringkat sekolah adalah digunakan untuk meramal keputusan peperiksaan awam yang
berkenaan. Sekiranya keputusan peperiksaan percubaan tersebut menunjukkan skor yang
serupa dengan peperiksaan yang sebenar, jadi peperiksaan percubaan tersebut dikatakan
mempunyai kesahan ramalan yang baik. Oleh itu, untuk memdapatkan ciri kesahan ramalan
yang tinggi, item-item ujian hendaklah benar-benar menguji perkara yang berkaitan dengan
keupayaan kemahiran, keupayaan dan kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada
masa depan.
Kesahan serentak bermaksud pencapaian seseorang dalam suatu ujian adalah
selaras dengan pencapaian terdahulu dalam sesuatu ujian yang lain tetapi serupa. Kesahan
serentak adalah berbeza dengan kesahan ramalan yang mempunyai selang masa. Menurut
Pang dan Denis Lajium (2008), ciri kesahan serentak dapat ditentukan dengan
mentadbirkan dua set ujian yang serupa pada masa yang hampir sama. Jika kedua-dua
ujian mempunyai keputusan yang serupa dan hampir sama, jadi ujian tersebut
mengandungi kesahan serentak yang tinggi.

14

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


SOALAN TUTORIAL 14:
Huraikan isu-isu yang berkaitan dengan prinsip-prinsip penilaian dalam Penilaian
prestasi Sistem Saraan Malaysia.
Sistem saraan berasaskan prestasi yang diamalkan secara meluas di sektor swasta
dan kemudiannya diperkenalkan di sektor awam sekitar tahun 70an dan 80an merupakan
satu sistem saraan yang berasaskan prestasi pekerja. Berdasarkan sistem ini, kenaikan gaji
ditentukan melalui satu penilaian yang subjektif terhadap prestasi kerja yang lalu dengan
tujuan untuk memotivasikan pekerja pada masa akan datang. Perkhidmatan awam Malaysia
juga tidak ketinggalan melaksanakan sistem ganjaran ini dengan memperkenalkan Sistem
Saraan Baru pada Januari 1992. Berdasarkan kepada rangka pelaksanaannya, sistem saraan
berasaskan prestasi yang menjadikan wang sebagai faktor motivasi dilihat seperti mampu
membawa pelbagai kebaikan seperti meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja serta
mengurangkan kadar lantikhenti. Walau bagaimanapun realitinya, perlaksanaan sistem ini
telah menimbulkan pelbagai rungutan dari pihak pekerja.
Kebolehpercayaan dan kesahan masih menjadi masalah utama dalarn kebanyakan
sistem penilaian prestasi semasa SSM baru diperkenalkan. Kebolehpercayaan merujuk
kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur
sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi. Manakala kesahan merujuk kepada sebagai konsep pengukuran prestasi kerja,
keberkesanan penilaian prestasi boleh dinilai dengan menggunakan petunjuk kecukupan
pengukuran seperti kesahan, kebolehpercayaan, ketepatan, kesilapan psikometrik dan
kepraktisan.
Namun, dalam PTK, penilaian yang subjektif dan sukar dinilai digugurkan dan salah
satunya adalah kebolehpercayaan. Hal ini disebabkan antara penilaian baru yang
diperkenalkan termasuklah temu duga bagi tahap kecekapan tertentu dan kajian
menunjukkan bahawa temuduga tidak berstruktur tidak menunjukkan prestasi sebenar
calon. Temu duga tidak berstruktur biasanya menunjukkan kebolehpercayaan yang rendah
dan kesahan yang rendah atau sederhana. Selain memberi kesan kepada kebolehpercayaan
dan kesahan penilaian, kekurangan dari segi keseragaman kaedah temu duga dan soalan
juga menyebabkan temu duga tidak berstruktur boleh dipertikaikan.
Dalam PTK, penemu duga terdiri daripada pegawai-pegawai yang dilantik oleh Panel
Penilaian bagi melaksanakan sesi temu duga, contohnya pengetua. Oleh itu, untuk

15

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dalam penilaian prestasi SSM,
kesesuaian PTK sebagai alat atau kaedah untuk menilai prestasi hendaklah diperbaiki.
Sebagai contoh, bagi memastikan sesi temu duga dilaksanakan dengan baik, adalah penting
untuk memastikan bahawa semua penemu duga mendapat latihan secukupnya. Latihan
kepada penemu duga akan meningkatkan keberkesanan dan ketepatan temu duga. Sebelum
berlangsungnya sesuatu temu duga, penemu duga seharusnya mendapat gambaran yang
jelas tentang pelaksanaan temu duga secara terperinci.

Soalan Tutorial 15 :
Apakah penggunaan JPU/JSU?
JPU/JSU ialah spesifikasi mengenai ujian yang dibina yang memberikan maklumat
mengenai taburan item mengikut topik atau subtopik pelajaran dan aras kesukaran item
(taksonomi) dalam setiap ujian yang dibina. JPU/JSU digunakan semasa proses penentuan
dan pembinaan item soalan sesuatu matapelajaran. Contohnya, seseorang guru akan
membuat JPU/JSU terlebih dahulu sebelum membina soalan peperiksaan untuk akhir tahun
dalam matapelajaran Ekonomi Asas tingkatan 4. Selain itu, JPU/JSU digunakan sebagai satu
panduan kepada pembina item untuk memastikan item yang dihasilkan adalah seimbang
dari segi tahap kesukaran atau seimbang dari taburan topik. JSU/JPU membantu pembina
memastikan taburan item tidak terdiri daripada soalan dari topik sahaja atau item tidak
terdiri daripada satu aras sahaja. Contohnya, sekiranya semua item terdiri daripada aras
pengetahuan sahaja, item tersebut adalah tidak seimbang kerana terlalu mudah.

Soalan Tutorial 16:


Bincangkan kesesuaian soalan objektif dalam pengujian di pendidikan tinggi.
Pada pandangan saya, soalan objektif dalam pengujian di pendidikan tinggi
mempunyai pro dan kontra iaitu sama ada sesuai atau tidak, ia bergantung kepada tahap
pengukuran dan tahap kesukaran soalan yang dibuat oleh pensyarah itu sendiri. Soalan
objektif sesuai digunakan dalam pendidikan tinggi jika pensyarah tersebut meletakkan aras

16

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


kesukaran soalan pada tahap yang tinggi yang boleh menggalakkan perkembangan idea dan
pemikiran yang tinggi bagi menjawab soalan tersebut. Kebiasaan soalan objektif digunakan
dalam peperiksaan pertengahan tahun yang mana pengujian soalan adalah untuk menilai
sama ada pelajar faham atau tidak tentang apa yang diajar dan dipelajari semasa kuliah.
Soalan objektif tidak juga sesuai untuk menguji pelajar di universiti kerana pelajar di
universiti kebiasaannya pelajar yang pandai dan pemikiran mereka juga sangat tinggi. Oleh
itu, soalan subjektif lebih sesuai diuji berbanding dengan soalan objektif kerana mereka
dengan menggunakan soalan subjektif, mereka boleh menggunakan pemikiran pada tahap
yang tertinggi dan segala jawapan yang diberikan memerlukan mereka belajar dengan
tekun. Selain itu, penggunaan soalan objektif juga tidak menggalakkan perkembangan idea
dan pemikiran pelajar kerana pelajar hanya akan belajar apa yang diberikan dam malals
untuk berfikir. Di samping itu, pemikiran kritikal juga tidak dapat dipraktikkan oleh pelajar
kerana soalan objektif tidak berupaya menguji kemahiran calon dalam menyusun dan
menghuraikan jawapannya berdasarkan kepada pemikirannya. Keadaan ini adalah kerana
soalan objektif telah diberikan jawapan yang mana pelajar hanya perlu memilih jawapan
sahaja yang mana pelajar hanya perlu meningat apa yang dipelajari kembali dan tahap
pencapaian pelajar untuk di ukur adalah tidak tepat kerana berkemungkinan markah yang
diperolehi hasil daripada penipu semasa peperikasaan.

Soalan Tutorial 17:


Apakah jenis soalan yang sesuai untuk digunakan di institusi pendidikan tinggi?
Mengapa?
Pada pandangan saya, jenis soalan subjektif lebih sesuai digunakan di institusi
pendidikan tinggi berbanding dengan jenis soalan objektif. Jenis soalan subjektif mudah
digubal dan sesuai digunakan dalam banyak mata pelajaran. Masa dan kos untuk jenis
soalan ini boleh dijimatkan. Ia boleh menguji kebolehan calon dalam menyususn,
menganalisis, dan mengintegrasi idea-idea.
Pelajar yang menuntut dalam insitusi pendidikan tinggi boleh menngendali soalan
yang beraras lebih susah dan tinggi seperti soalan dalam aras sintesis dan penilaian. Maka,
jenis soalan subjektif ini lebih berkesan untuk mengesan punca kelemahan calon dalam
sesuatu mata pelajaran. Kebaikan jenis soalan subjektif termasuklah mengurangkan

17

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


masalah peniruan. Peluang untuk calon meneka juga dapat dikurangkan berbanding dengan
jenis soalan objektif.

SOALAN 18:
Kebolehpercayaan (i) soalan objektif dan (ii) soalan subjektif.
Menurut Pang dan Denis Lajium (2008), kebolehpercayaan merujuk kepada
pencapaian calon yang tekal apabila dia mengambil soalan ujian itu beberapa kali.
Sekiranya bilangan soalan ujian adalah banyak dan berpatutan, jadi soalan ujian tersebut
mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi jika semakin tekal pencapaian pelajar dalam
ujian tersebut.
Soalan objektif mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi kerana banyak item
atau soalan boleh ditadbirkan dalam masa yang berpatutan. Contohnya pelajar telah diberi
masa selama 1jam untuk menjawab 40 soalan objektif. Tambahan pula, soalan objektif
adalah lebih sesuai digunakan sebagai soalan ujian sumatif kerana dapat menguji banyak
bidang dan topik pengajaran dalam satu masa yang berpatutan.
Namun begitu, ciri kebolehpercayaan bagi soalan subjektif adalah rendah. Keadaan
ini disebabkan bidang pengajaran yang hendak diuji dalam soalan subjektif adalah terbatas
sehingga boleh menyebabkan pelajar meramal soalan-soalan yang mungkin akan
dikeluarkan dalam ujian. Di samping itu, soalan subjektif adalah kurang sesuai digunakan
untuk menguji pencapaian pelajar dalam banyak topik yang dipelajari jika tujuan ujian
adalah mengukur aras pengetahuan sahaja dalam sesuatu bidang. Sebagai contohnya,
mengikut jadual spesifikasi ujian (JSU) yang dibuat didapati bahawa soalan subjektif yang
boleh ditadbir bagi sesuatu mata pelajaran adalah tidak banyak. Oleh itu, soalan subjektif
mempunyai ciri kebolehpercayaan yang rendah sedangkan bilangan soalan subjektif yang
boleh diberikan adalah terhad.

18

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Soalan 19 :
Sebagai setiausaha Peperiksaan sekolah, anda diminta untuk menerangkan
kepada guru baru tentang pemeriksaan jawapan subjektif. Tuliskan penerangan
anda.
Soalan subjektif merupakan soalan esei yang memerlukan pelajar untuk memberikan
jawapan dalam bentuk tulisan dengan perkataan sendiri. Dalam ujian ini, pelajar bebas
untuk memilih, menerangkan dan membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri..
Terdapat dua jenis soalan subjektif iaitu soalan jenis respons terhad dan soalan jenis
respons lanjutan. Soalan subjektif jenis respons terhad memerlukan calon untuk menjawab
dengan jawapan pendek manakalaa jenis respons lanjutan memerlukan calon untuk
menulis dan menyusun jawapan mengikut kefahaman, pendapat dan pandangan masingmasing.
Terdapat dua cara untuk pemeriksaan dan permarkahan jawapan subjektif, iaitu
kaedah analitik dan kaedah holistik. Kaedah analitik juga dikenali sebagai kaedah markah
point kerana ianya memerlukan skema permarkahan yang terperinci. Skema pemarkahan
yang terperinci akan memudahkan pemeriksa untuk memberi markah dengan lebih tepat.
Setiap unit jawapan akan diberi perhatian dan pemberatan. Pemarkahan juga diberikan
kepada organisasi dan intergrasi (kesepaduan) unsur-unsur seperti kriteria kandungan,
pengolahan dan proses. Secara tidak langsung, penggunaan kaedah ini boleh meningkatkan
keobjektifan dan kebolehpercayaan ujian subjektif tersebut.
Skema pemarkahan yang terperinci dalam kaedah analitik memudahkan pemberian
markah esei dengan lebih tepat. Ini akan memudahkan skrip jawapan diperiksa oleh
pemeriksa baru yang kurang berpengalaman dalam perihal memeriksa dan yang tidak
begitu menguasai bidang berkenaan. Selain itu, penggunaan kaedah ini juga dapat
memberikan gambaran yang jelas tentang taburan skor dan seterusnya dapat menjelaskan
punca pencapaian calon adalah tinggi atau rendah. Pemarkahan menggunakan kaedah
analitik juga kurang dipengaruhi oleh faktor-faktor tidak relevan seperti emosi atau oleh
kesan halo atau kesan horn. Oleh itu, skrip jawapan adalah memadai jika diperiksa sekali
sahaja. Namun begitu, pemeriksaan jawapan berasaskan kaedah ini memerlukan masa yang
agak lama. Pemeriksaan juga dilakukan secara fakta demi fakta dan tiada penekanan
terhadap kemahiran penulisan. Oleh itu, markah tambahan sukar untuk diberikan.

19

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Kaedah holistik pula merupakan pemarkahan secara global atau menyeluruh iaitu
keseuruhan esei adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei.
Kaedah ini menekankan aspek yang baik dalam sesuatu jawapan di mana skrip jawapan
yang mengandungi banyak kesilapan, maka markah yang diberikan akan dikurangkan.
Pemarkahan holistik sesuai digunakan untuk memeriksa karangan bahasa kerana skema
pemarkahan yang terperinci tidak disediakan, tetapi pemarkahannya bersifat subjektif. Ia
memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan mahir dalam bidang berkenaan. Ketua
pemeriksa boleh memeriksa beberapa contoh skrip jawapan bersama pemeriksa lain untuk
mengelakkan perselisihan dalam markah antara pemeriksa.
Pemeriksaan jawapan secara kaedah holistik dilakukan menggunakan dua skala iaitu
skala ordinal dan sakala norminal. Skala ordinal memerlukan pemeriksa untuk memeriksa
skrip jawapan secara menyeluruh pada peringkat pertama dan menyusun skrip-skrip
jawapan mengikut presatasinya. Skrip jawapan disusun dengan prestasi terbaik diletakkan di
atas dan prestasi yang kurang baik diletakkan di bawah. Kemudiannya, pemeriksa akan
menentukan peratus calon yang patut diberikan gred A,B,C,D dan sebagainya. Dan akhir
sekali pemeriksa memberikan gred kepada skrip jawpan mengikut kumpulan berdasasrkan
peratus calon yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred. Skala norminal pula
memerlukan pemeriksa untuk membaca skrip jawapan seimbas lalu pada peringkat pertama
berdasarkan kriteria kandungan, pengolahan dan proses untuk memperoleh gambaran
tahap jawapan calon. Kemudian, pemeriksa akan membaca skrip kali kedua untuk
menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip jawapan tersebut
berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan. Selepas itu, pemeriksa membaca skrip
kali ketiga bagi pengubahsuaian dan menentukan gred sebenar yang patut diberikan kepada
skrip jawapan tersebut.
Kaedah holistik boleh dilakukan dengan cepat kerana tidak melibatkan skema
pemarkahan yang terperinci. Ia juga dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam
aspek penguasaan pengetahuan dan dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya
kemahiran asas tinggi. Melalui kaedah holistik juga perselisihan markah dapat dikurangkan
kerana ia melibatkan penilaian jawapan yang dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa.
Walaubagaimanapun, pemarkahan yang dilakukan menggunakan kaedah ini adalah kurang
objektif kerana pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain tidak relevan seperti bentuk
tulisan, dan kekemasan skrip jawapan. Pemeriksaan juga hanya sesuai dijalankan oleh
orang yang menguasai bidang berkenaan dan yang berpengelaman. Kaedah holistik juga
bersifat subjektif dan pemeriksaan agak leceh di mana ianya perlu dibuat untuk kali kedua
20

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


dan ketiga. Selain itu, pemeriksa mudah dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar
belakang pelajar sekiranya wujud kesan halo dan kesan horn.

Soalan Tutorial 20:


Apakah jenis pemberian markah yang digunakan dalam Sistem Penilaian Prestasi
SSM? Global atau analitik? Terangkan.
Jenis pemberian markah yang digunakan dalam Sistem Penilaian Prestasi SSM
melibatkan kedua- dua kaedah sama ada global/ holistik atau analitik.
Semasa penilaian prestasi dijalankan kaedah analitik akan digunakan bagi penilaian
awal kerana kaedah analitik memperuntukkan markah kepada unsur-unsur penting
mengikut pemberatannya seperti kriteria, kandungan, pengolahan. SSM mempunyai satu set
kriteria yang membantu mereka menilai prestasi kakitangan untuk memastikan proses
penilaian ini adalah adil. Kaedah analitik ini membantu memberikan gambaran yang jelas
tentang asas taburan markah dalam penilaian.
Kemudian, kaedah holistik akan digunakan dalam Sistem Penilaian Prestasi SSM
untuk menekankan aspek yang baik dalam prestasi. Penilai akan menilai prestasi dengan
menggunakan skala ordinal dan nominal. Penilaian ini akan dijalankan oleh pakar atau pihak
yang sangat memahami sistem penilaian untuk memastikan sepanjang proses penilaian ini
dijalankan dengan berkesan.
Secara konklusinya, kaedah analitik digunakan untuk memberikan satu gambaran
jelas tentang kriteria yang perlu diambil kira dalam sistem penilaian prestasi SSM manakala
kaedah holistik digunakan untuk menilai prestasi secara keseluruhan.

21

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Soalan Tutorial 21:
Kirakan median untuk tabuaran di bawah
Skor (x) sempadan kelas

Frekuensi (f)

Frekuensi Kum.(cf)

59.5-64.5

64.5-69.5

10

13

69.5-74.5

20

33

74.5-79.5

15

48

79.5-84.5

50

N=jumlah f=50

Kirakan median untuk taburan di atas.


Formula bagi pengiraan median adalah seperti berikut:
M= L + (N/2 - S) x C/fm
L= Sempadan kelas bawah dalam kelas median
N= Jumlah frekuensi
S= Jumlah frekuensi sebelum kelas median
fm= Frekuensi dalam kelas median
C= saiz sempadan kelas
Berdasarkan informasi yang disediakan di jadual atas:
L = 69.5
M

N = 50

s = 10

C=5

= 69.5 + (50/2 - 10) x 5/20


= 72.5

22

fm = 20

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Soalan Tutorial 22:
Kirakan mod untuk taburan di atas (soalan 21).
Mod merupakan skor yang mempunyai frekuensi tertinggi dalam 1 taburan skor.
Skor

Min

Median

0,45,50,60,70

45

50

40,48,50,62,100

60

50

Dalam taburan di atas, mod ialah 50. Sebab frekuensi bagi skor ini mencapai dua kali, iaitu
tertinggi bagi skor yang lain.

SOALAN 23:
Kirakan skor Z dan Skor T untuk Ali dan Samad dalam mata pelajaran Matematik.

Mata Pelajaran

Geografi

Matematik

Min ujian

30

60

Sisihan piawai ujian

10

15

Skor x Ali

25

70

Skor x Samad

40

50

Skor Z = X- x

X= skor mentah, x = min, = sisihan piawai


Skor T = 50 + 10Z, Z = nilai skor Z
Mata Pelajaran

Geografi

Matematik

Skor z Ali

25 - 30 = - 0.5

70 - 60 = 0.67

10

15
23

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Skor z Samad

40 30 = 1

50 60 = - 0.67

10

15

Skot T Ali

50 + 10(- 0.5) = 45

50 + 10(0.67) = 56.7

Skor T Samad

50 + 10(1) = 60

50 + 10(- 0.67) = 43.3

Soalan 24 :
Ali mendapat pencapaian yang lebih baik dalam Geografi atau Matematik?
Samad mendapat pencapaian yang lebih baik dalam Geografi atau Matematik?
Berdasarkan kiraan skor T dan skor z, Ali mendapatkan pencapaian yang lebih baik
dalam Matematik manakala Samad mendapat pencapaian yang lebih baik dalam Geografi.

Soalan Tutorial 25:


Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk Item 7.
Indeks Kesukaran =

BT+BR
Jumlah calon yang mencuba item/soalan itu (J)

BT =

Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/ soalan dengan betul

BR =

Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/ soalan dengan betul
IK item 7 = 4 + 0
12
= 0.33

Berdasarkan indeks kesukaran item 7 iaitu 0.33, tahap kesukaran item ini adalah sederhana
dan item ini boleh diterima.

24

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Indeks Diskriminasi = BT- BR
0.5(NT+NR)
BT = Bilangan calon dalam kumpulan tinggi yang menjawab item/soalan dengan
betul
BR = Bilangan calon dalam kumpulan rendah yang menjawab item/soalan dengan
betul
NT = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi
NR = Jumlah calon dalam kumpulan rendah
ID item 7 = 4-0
0.5(12)
= 0.67
Berdasarkan indeks diskriminasi item 7 iaitu 0.67, diskriminasi positif item ini adalah tinggi
dan amat sesuai untuk pengujian dan harus diterima.
Kesimpulannya, sebagai tindakan akhir item 7 adalah diterima dan boleh dimasukkan
ke dalam bank soalan.

Soalan Tutorial 26:


Apakah julat indeks kesukaran dan indeks kesukaran yang terbaik? Mengapa?
Indeks kesukaran item/soalan digunakan untuk menunjukkan sama ada item/soalan
yang dibina itu telalu sukar, sederhana dan terlalu mudah. Indeks kesukaran di hitung
berdasarkan kepada nisbah calon yang memberi jawapan betul kepada jumlah keseluruhan
calon, atau markah purata dibahagikan dengan julat markah penuh.

Rumus pengiraan

indeks kesukaran ialah:


Indeks Kesukaran =

Bilangan calon yang menjawab dengan betul (B)


Jumlah calon yang mencuba item/soalan itu (J)

Antara julat indeks kesukaran yang boleh dijadikan sebagai panduan ialah seperti
jadual dibawah:

25

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


I.K

Pentafsiran

Keputusan

IK<0.25

Terlalu sukar

Ubahsuai

0.25=<IK=<0.75

Sederhana

Terima

IK>0.75

Terlalu mudah

Ubahsuai

Item/soalan yang mempunyai indeks kesukaran yang terbaik ialah berada pada
tahap IK 0.25=<Ik=<0.75 di mana merupakan soalan yang tidak terlalu mudah dan soalan
terlalu sukar. Jika nilai indeks kesukaran berada pada nilai IK < 0.25, ia telah menunjukkan
item/soalan yang dibina ini terlalu sukar untuk menguji calon hanya sedikit sahaja calon
yang mampu menjawab soalan ini. Selain itu, jika nilai IK > 0.75, ia menunjukkan
item/soalan yang dibina ini terlalu mudah untuk menguji calon dan jumlah calon yang
menjawab adalah terlalu ramai. Jika nilai IK terlalu mudah dan terlalu sukar, soalan ini tidak
boleh menguji dan membezakan pelajar yang keupayaannya rendah dan tinggi serta guruguru tidak dapat mengenal pasti dimana kelemahan dan kekuatan bahagian mata pelajaran
yang tidak dapat dikuasai oleh pelajarnya.

Soalan Tutorial 27. Terangkan kepentingan penilaian tidak formal berbanding


dengan penilaian formal.
Penilaian formal dibuat secara sistematik dan saintifik, lengkap dengan maklumat
yang diperlukan seperti data, bukti dan kritiria. Seterusnya, pertimbangan dilakukan
terhadap maklumat tersebut. Penilaian tidak formal melibatkan pengumpulan maklumat
yang dibuat dengan cara pemerhatian secara langsung dan tidak langsung.
Penilaian tidak formal turut memainkan satu peranan yang sama dengan penilaian
formal iaitu mengukur perkembangan pelajar dan memahami tingkah laku mereka. Namun
terdapat perbezaaan antara kedua-dua jenis penilaian ini. Terdapatnya keadaan sebegini,
pelajar dapat menghasilkan tugasan yang baik tetapi tidak dapat menunjukkan kebolehan
yang baik apabila mereka menghadapi tekanan peperikasaan. Dengan penilaian tidak fomal,
mereka berpeluang untuk menunjukkan kebolehan terbaik mereka dalam suasana yang
selesa.

26

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Penilaian tidak formal memberkan lebih fleksibiliti dalam membina tugasan penilaian.
Pelajar yang lemah dalam bidang akademik akan menghadapi masalah menjawab soalansoalan peperiksaaan, akan diberi peluang menjalankan tugasan dalam bentuk lain. Dalam
penilaian tidak formal, proses penilaian boleh digubal berdasarkan syarat calon yang dinilai.
Syarat calon tersebut termasuklah latar belakang, tahap pendidikan, personaliti dan lain-lain.
Penilaian tidak formal juga dapat membolehkan guru menjalakan penilaian tentang pelajar
dengan lebih komprehensif pada jangka waktu panjang.

SOALAN 28:
Bincangkan kesukaran-kesukaran dalam perlaksanaan penilaian tidak formal di
sekolah.
Penilaian tidak formal di sekolah bukan sahaja memerlukan seseorang guru itu untuk
memerhati gerak geri pelajar mereka malahan, guru juga harus membuat catatan tentang
perkembangan kendiri, sahsiah dan akademik murid mereka.
Antara kesukaran yang dihadapi termasuklah dari segi memerlukan tenaga dan
perbelanjaan yang banyak untuk dilaksanakan. Guru perlu mengekalkan momentum
pemerhatian terhadap muridmuridnya sepanjang mereka bersekolah di sekolah sehingga
mereka tamat persekolahan, di samping menelan belanja yang banyak kerana pemerhatian
juga harus dicatat dalam portfolio pelajar.
Di samping itu, adalah sukar untuk guru untuk mendapat kerjasama dan jawapan
yang tepat tentang pemerhatiannya terhadap seseorang murid itu kerana ia juga
dipengaruhi oleh pengaruh seperti personality, subjek kegemaran, keturunan, agama,
kepercayaan, sikap, jantina, tempat tinggal, bahasa, longhat dan sebagainya. Jika kekangan
ini menjadi satu masalah, adalah sukar untuk guru meneruskan pemerhatian dengan
mendapatkan hasil yang tepat.
Selain itu, pengaruh faktor luaran seperti keletihan, kebosanan, keupayaan
menjawab, kebolehan merekod, sikap dan pandangan penyelidik juga menyumbang kepada
ketidaktepatan hasil pemerhatian. Hasil yang tidak tepat memberikan pandangan yang salah
terhadap pencapaian mahupun prestasi sebenar seseorang murid itu. Sekaligus, ia bukan
sahaja memberikan hasil yang tidak tepat tetapi merendahkan motivasi murid untuk
berubah dari segi pencapaian mahupun sahsiah kerana mereka akan merasakan pemerhati
mahupun penyelidik mempunyai anggapan yang lain dari persepsi sebenar mereka.
27

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)


Rujukan
Pang, V. & Denis Lajium (2008). Penilaian dalam Pendidikan. Penerbit UMS : Universiti
Malaysia Sabah.

28

Anda mungkin juga menyukai