Anda di halaman 1dari 5

J4011

SOALAN 1

a) Lakarkan DUA (2) simbol menggerakkan injap bagi setiap satu daripada kaedah berikut:

i. Mekanikal
ii. Pneumatik
iii. Elektrikal
iv. Gabungan
(8 markah)

b) Lakarkan simbol-simbol bagi komponen-komponen pneumatik berikut:

i. 3/2-way, single pilot, normally closed


ii. 3/2-way, double pilot, normally open
iii. 5/2-way, single solenoid and pneumatic actuation, manual override,
iv. 5/2-way double pilot
(8 markah)

c) Lakarkan litar asas sistem pneumatik bagi satu selinder pneumatik berdasarkan:

i. Kaedah langsung
ii. Kaedah tidak langsung
(9 markah)

2/6
J4011

SOALAN 2

a) Satu selinder dua tindakan , digunakan untuk mencengkam dua komponen bergam.
Apabila butang tekan ditekan, selinder pencengkam akan bergerak keluar dan
menyentuh suis had. Apabila sampai di kedudukan keluar sepenuhnya, selinder itu akan
kekal di kedudukan tersebut selama T=6 saat dan kemudian terus kembali ke kedudukan
asal. Kitaran semula hanya akan berlaku apabila selinder telah kembali sepenuhnya
kekedudukan asal dan kekal selama 5 saat. Kelajuan selinder semasa keluar dan masuk
dikehendaki perlahan.
(15 markah)

b) Satu produk plastik dibentuk dengan menggunakan acuan yang ditenagakan dari
sebuah selinder pneumatic dua tindakan. Acuan penekan ini dikehendaki keluar dan
membentuk produk plastik itu apabila satu butang tekan ditekan. Acuan penekan hanya
akan kembali ke kedudukan asal (tidak menekan) selepas selinder pneumatik keluar
sepenuhnya dan tekanan yang di set dicapai. Suis had digunakan untuk mengenalpasti
kedudukan keluar sepenuhnya. Tekanan yang di set dikehendaki boleh dilaras.

(10 markah)

3/6
J4011

SOALAN 3

Dengan menggunakan stesen pemindah dalam RAJAH 3 dibawah, barangan akan dipindahkan
daripada “vertical magazine” ke dalam satu bekas. Barangan tersebut akan ditolak keluar
daripada “vertical magazine” oleh silinder pneumatik A dan kemudian akan dipindahkan ke
dalam bekas (chute) oleh silinder pneumatik B. Silinder A hanya akan kembali pada kedudukan
asal selepas silinder B kembali pada kedudukan asal. Untuk memulakan proses, suis butang
tekan perlu ditekan. Suis penghad digunakan untuk memastikan kedudukan silinder.

i. Lukiskan rajah masa/rajah pergerakan silinder.


( 5 markah )

ii. Lukiskan litar pneumatik.


(15 markah )

iii. Terangkan litar pneumatik tersebut.


(5 markah)

Rajah 3 : Stesen pemindah

4/6
J4011

SOALAN 4

a) Anda dikehendaki merekabentuk satu rajah tangga (sistem US) bagi sistem
elektropneumatik untuk dengan merujuk kepada jujukan pergerakkan DUA unit selinder
jenis dua tindakan seperti berikut; A+B+A-B-.
(15 markah)

b) Terangkan operasi litar sistem elektropneumatik diatas.


(10 markah)

SOALAN 5

a) Senaraikan LIMA (5) komponen asas Sistem Hidraulik dan nyatakan fungsi bagi setiap
komponen tersebut.
(10 markah )

b) Apakah yang dimaksudkan dengan operasi sistem pusat terbuka? Nyatakan kebaikan
bagi operasi sistem ini.
(5 markah )

c) Bina dan labelkan litar bagi operasi sistem di atas.


(10 markah )

5/6
J4011

SOALAN 6

a) Senaraikan EMPAT (4) peralatan tambahan bagi sistem hidraulik.


(4 markah)

b) Terangkan kesan beban lebih ke atas pam dan nyatakan bagaimana cara untuk
memanjangkan jangkahayat pam.
(4 markah)

c) Kirakan jangka hayat baru galas sekiranya sebuah pam yang beroperasi pada tekanan
200 bar mempunyai jangka hayat 5000 jam telah dikenakan tekanan tambahan kepada
250 bar.
(5 markah)

d) Berdasarkan Gambarajah S6d di bawah, namakan dan nyatakan fungsi setiap peralatan
yang ditandakan dengan nombor 1 hingga 6.
(12 markah)

Gambarajah S6d

6/6

Anda mungkin juga menyukai