Anda di halaman 1dari 21

BIOLOGI

TINGKATAN

BAB 1: PENGANGKUTAN
TAJUK: TRANSPIRASI
KONSEP:
Faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kadar transpirasi ialah
keamatan cahaya, suhu, kelembapan bandingan dan pergerakan udara.
Kadar transpirasi akan meningkat bila suhu, keamatan cahaya, halaju angin
meningkat atau kelembapan berkurang.
Pergerakan udara / halaju angin dapat meningkatkan dan mengekalkan
kecerunan kepekatan wap air di antara dalam daun dan luar daun yang
akan meningkatkan kadar transpirasi
Objektif:
Untuk mengkaji kesan pergerakan udara ke atas kadar transpirasi dengan
menggunakan potometer berat
Pernyataan Masalah:
Apakah kesan pergerakan udara ke atas kadar transpirasi?
Pembolehubah:
1. Pembolehubah Dimanipulasi:
Pergerakan udara
2. Pembolehubah Bertindakbalas:
Kadar transpirasi // Berat air yang hilang dalam masa 20 minit
3. Pembolehubah Malar:
Suhu persekitaran // keamatan cahaya // kelembapan bandingan // jenis
tumbuhan yang diguna // masa

MODUL AMALI SAINS 1

BIOLOGI
TINGKATAN

Pernyataan Hipotesis:
1. Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi.
2. Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi berat air yang hilang dalam
masa 20 minit
Bahan dan Radas:
Anak pokok bersama akar, air, minyak masak, kapas, kertas tisu, neraca
penimbang, kelalang kon 250ml, kipas
Teknik:
1. Timbang dan rekod berat awal dan akhir radas dalam masa 20 minit dengan
menggunakan neraca penimbang
2. Mengira kadar transpirasi menggunakan formula:
Perbezaan berat (g)
Masa(min)
Kaedah:
1. Masukkan air sebanyak 200 ml ke dalam kelalang kon.
2. Basuh akar anak pokok dan masukkan ke dalam kelalang kon. Berhati-hati
jangan membasahkan daun anak pokok.
3. Masukkan sedikit minyak masak sehingga menutupi lapisan permukaan air
dalam kelalang kon.
(Nota: minyak adalah untuk mencegah peruapan air melalui permukaan air
dalam kelang kon)
4. Tutup mulut kelalang kon dengan menggunakan kapas bagi menyokong
kedudukan anak pokok dalam kelalang kon.
5. Dengan menggunakan kertas tisu keringkan daun-daun yang basah.
6. Timbang dan rekodkan berat awal keseluruhan radas tersebut dengan
menggunakan neraca penimbang.
7. Letakkan radas di tempat yang tidak berangin / tenang selama 20 minit.
8. Selepas 20 minit timbang dan rekod berat akhir keseluruhan radas tersebut
dengan menggunakan neraca penimbang.
9. Letakkan radas di tempat berangin (kipas meja dengan halaju tinggi)
selama 20 minit
10. Selepas 20 minit timbang dan rekod berat akhir keseluruhan radas tersebut
dengan menggunakan neraca penimbang.
11. Rekod keputusan ke dalam Jadual 1.

Keputusan:
2

MODUL AMALI SAINS

BIOLOGI
TINGKATAN
Pergerakan udara

Berat awal
(g)

Berat
akhir (g)

Perbezaan
berat (g)

Kadar transpirasi
(g/min)

Keadaan tenang
Keadaan berangin
Jadual 1
Perbincangan:
1. Kira kadar transpirasi dengan menggunakan formula berikut;
Perbezaan berat (gm)
Kadar transpirasi

=
Masa (min)

2. Nyatakan perkaitan di antara pergerakan udara dengan kadar transpirasi.


3. Terangkan kesan pergerakan udara ke atas kadar transpirasi.
Kesimpulan:
Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi // berat air
yang hilang dalam masa 20 minit
Nota:
1. Guru perlu menghubungkaitkan antara perubahan berat dan pengiraan kadar
transpirasi. Kadar transpirasi boleh dikira dengan pelbagai cara.
2. Guru perlu menerangkan atau membuat tunjuk cara untuk menentukan kadar
transpirasi dengan menggunakan potometer.
3. Guru juga perlu menerangkan cara untuk mengubah faktor-faktor
persekitaran yang lain yang mempengaruhi kadar transpirasi dan kadar
transpirasi dapat diukur dengan menggunakan radas / kaedah yang sama.

MODUL AMALI SAINS 3

BIOLOGI
TINGKATAN

BAB 3: KOORDINASI DAN


GERAKBALAS
TAJUK: Homeostasis (Kesan Perbezaan Kuantiti Air
Yang Diambil Ke Atas Pengeluaran Air Kencing)
KONSEP:
Apabila seseorang kurang minum air, tekanan osmotik darah akan meningkat.
Peningkatan tekanan osmotik darah akan dikesan oleh osmoreseptor di
hipotalamus otak dan akan dihantar melalui impuls saraf ke pusat kawalan.
Kelenjar pituitari akan merembeskan lebih banyak hormon ADH menyebabkan
tubul berlingkar distal dan salur pengumpul lebih telap kepada air.
Lebih banyak air akan diserap ke dalam kapilari darah menyebabkan air kencing
yang terhasil sedikit dan pekat.
Objektif:
Untuk menyiasat kesan pengambilan air mineral yang berbeza kuantiti ke atas
isipadu air kencing.
Pernyataan Masalah:
Adakah kuantiti air yang diambil mempengaruhi isipadu air kencing?
Pembolehubah:
1. Pembolehubah Dimanipulasi: Isipadu air mineral / air diminum
2. Pembolehubah Bergerakbalas: Isipadu air kencing yang dikeluarkan
3. Pembolehubah Dimalarkan: Pelajar yang sama / sama jantina / sama umur

Pernyataan Hipotesis:
Semakin banyak isipadu air mineral / air yang diminum, semakin tinggi isipadu
air kencing yang dikeluarkan.
4

MODUL AMALI SAINS

BIOLOGI
TINGKATAN

Bahan dan Radas:


Pelajar, air mineral, bikar, gelas, silinder penyukat, jam randik, bilik berhawa
dingin / kipas, buku catatan, kertas tisu
Teknik :
Mengukur dan merekod isipadu air kencing yang dikeluarkan selepas satu jam
meminum air mineral dengan menggunakan silinder penyukat.
Kaedah:
1. Lima orang pelajar yang sama jantina dan sama umur dari kelas yang sama
dipilih dan diarahkan untuk membuang air kecil sebelum eksperimen.
2. Setiap pelajar diberi minum 200ml air mineral dan terus mulakan jam randik.
3. Pelajar tersebut ditempatkan di dalam bilik berhawa dingin.
4. Selepas satu jam, pelajar diminta untuk membuang air kecil dan
mengumpulnya ke dalam bikar.
5. Air kencing yang dikumpul disukat dengan menggunakan silinder penyukat
dan direkodkan.
6. Ulang langkah 2 hingga 5 dengan menggunakan jumlah air mineral yang
berbeza iaitu 400ml, 600ml, 800ml dan 1000ml
7. Air kencing yang telah disukat perlu dibuang dengan berhati-hati.
8. Semua keputusan direkodkan ke dalam jadual 1
9. Plotkan graf isipadu air mineral yang diminum melawan isipadu air kencing.
Keputusan:
Isipadu air
mineral (ml)
200
400
600
800
1000

Lelaki 1

Isipadu air kencing yang dihasilkan (ml)


Lelaki 2
Lelaki 3
Lelaki 4
Lelaki 5

Jadual 1
Perbincangan:
a. Nyatakan dua pemerhatian tentang hubungan di antara isipadu air mineral
yang berbeza dengan penghasilan isipadu air kencing.
b. Nyatakan inferens yang berkaitan dengan setiap pemerhatian di (a).
c. Huraikan bagaimanakah kaedah untuk mengendalikan pembolehubah
MODUL AMALI SAINS 5

BIOLOGI
TINGKATAN

i)
ii)
iii)

yang dimanipulasikan
yang bergerakbalas
yang dimalarkan

d. Berdasarkan graf yang diplotkan, terangkan perkaitan diantara isipadu air


yang diminum dengan isipadu air kencing yang dihasilkan.
e. Berdasarkan eksperimen, apakah yang boleh dirumuskan tentang maksud
pengosmokawalaturan.
f.

Dalam satu eksperimen yang berlainan, seorang pelajar meminum 2.5%


natrium klorida dan dibiarkan di dalam bilik berhawa dingin selama satu jam.
Ramalkan tentang penghasilan isipadu air kencing pelajar tersebut dan
terangkan.

g. Jika sampel air kencing setiap pelajar tersebut diuji dengan larutan
Benedicts, air, bikar, penunu Bunsen dan tabung uji, kelaskan radas
berdasarkan fungsinya dalam eksperimen tersebut.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Semakin banyak air yang diminum, semakin banyak air
kencing akan dihasilkan.

Nota:
1. Guru-guru juga boleh mengelas pelajar kepada lima kumpulan. Setiap
kumpulan minum kuantiti air yang berbeza. Dapatkan nilai purata bagi air
kencing yang dikumpulkan.

MODUL AMALI SAINS

BIOLOGI
TINGKATAN

BAB 4:
TAJUK:

TUMBESARAN
Memahami Lengkung Tumbesaran

KONSEP:
Pola lengkungan tumbesaran tumbuhan adalah jenis graf sigmoid / graf
bentuk S.
Lengkungan tumbesaran boleh diperolehi menggunakan ukuran tinggi atau
jisim kering. Pola lengkungan tumbesaran adalah seperti dibawah:
Ketinggian (cm) / jisim

II

III

IV

Jangka masa /
hari

I :

Menunjukkan jisim kering berkurangan kerana tumbuhan belum


menghasilkan daun untuk melakukan fotosintesis, maka biji benih
menggunakan makanan yang terdapat dalam endospermanya .
Makanan membekalkan tenaga untuk pembentukan daun dan akar.
II : Tumbuhan sudah menghasilkan daun dan boleh melakukan
fotosintesis. Jisim kering bertambah kerana makanan yang disintesis
adalah lebih daripada makanan yang dioksidakan. Tumbesaran
adalah secara eksponen.
III : Kadar tumbesaran adalah perlahan kerana semua tisu telah terbentuk
dengan lengkap apabila tumbuhan menjadi matang. Ini adalah fasa
stationari
IV : Tumbuhan memasuki fasa kematian . Jisim kering atau tinggi
tumbuhan berkurangan . Tumbuhan mengalami penuaan dan
tumbuhan kematian.

Objektif:
1. Mengkaji pola tumbesaran pokok jagung.
MODUL AMALI SAINS 7

BIOLOGI
TINGKATAN

2. Mengkaji kesan jisim kering atau tinggi pokok jagung dalam tempoh sela masa
10 hari selama 4 bulan.
Pernyataan Masalah:
Adakah jisim kering/ tinggi pokok jagung meningkat / bertambah dalam sela masa
setiap10 hari selama 4 bulan?
Pembolehubah:
1. Pembolehubah Dimanipulasi:
Sela masa 10 Hari / Sela masa / Umur jagung
2. Pembolehubah Bertindakbalas:
Tinggi pokok jagung / jisim kering pokok jagung
3. Pembolehubah Malar:
Jenis pokok jagung / isipadu air yang disiram / keamatan cahaya
Pernyataan Hipotesis:
Semakin meningkat umur / sela masa pokok jagung, semakin meningkat jisim
keringnya / tinggi sehingga mencapai tahap optimum.
Bahan dan Radas:
Radas
Ketuhar / oven / pembaris
Bikar / besen rendaman
Neraca penimbang
Dulang biji benih
Tanah kebun
Kalendar
Pisau
Pen marker
bikar
Penyodok

Bahan
Biji benih jagung
8

MODUL AMALI SAINS

BIOLOGI
TINGKATAN

Air suling
Baja
Racun serangga

Teknik:
1. Rekod jisim kering jagung dengan menggunakan neraca penimbang
2. Rekod tinggi jagung dengan menggunakan pembaris
Kaedah:
1. 150 biji benih jagung dari baka yang sama, direndam dalam besin berisi air
selama satu malam
2. Dulang semaian biji benih diisi dengan tanah kebun yang sama banyak
Biji benih ditanam pada jarak 10 cm di antara satu sama lain di dalam dulang
semaian
3. Biji benih disirami dengan kandungan air yang sama dan diletakkan di bawah
cahaya matahari yang sama.
4. Selepas ditanam,
5 biji jagung diambil, dibersihkan akarnya kemudian
dipanaskan ke dalam ketuhar bersuhu 105 OC selama 24 jam .
5. 5 biji benih dikeluarkan daripada ketuhar dan ditimbang jisim kering
menggunakan neraca.
6. Biji benih tersebut dipanaskan semula ke dalam ketuhar selama 24 jam dan
ditimbang semula sehingga tiada pengurangan jisim. Jisim kering jagung
direkodkan dengan menggunakan neraca.
7. Purata jisim kering benih jagung juga dikira dengan menggunakan formula:
Jisim kering
5
8. Langkah 4 hingga 7 diulangi untuk sela masa 10 hari selama 4 bulan.
9. Kesemua jisim kering dicatatkan dalam jadual mengikut kalender yang
ditandakan.
10. Radas eksperimen adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1:

MODUL AMALI SAINS 9

BIOLOGI
TINGKATAN

Rajah 1
Keputusan:

Sela Masa /
hari

Jisim kering jagung


(g)
Tinggi/jisim
Tinggi/jisim
kering awal
akhir

Purata
Kadar
Jisim Kering (g) tumbesaran g/h

0
10
20
30
.....
120 hari
(4 bulan)
Jadual 1
Perbincangan:
1. Bagaimana anda tahu yang biji benih sedang membesar?
2. (i)

Cadangkan satu kaedah untuk mengukur tumbesar biji benih?

(ii) Nyatakan satu kebaikan dan keburukan kaedah yang dicadangkan pada
2(i).
3. Apakah inferens yang boleh dibuat dalam eksperimen ini.
10

MODUL AMALI SAINS

BIOLOGI
TINGKATAN

4. Apakah nama pola tumbesaran pokok jagung ini?


5. Sekiranya pokok jagung tersebut ditinggalkan selama 5 bulan, ramalkan apakah
yang berlaku kepada tumbesaran pokok tersebut?
6. Peringkat fasa yang mana, pembahagian sel dan peringkat pemanjangan adalah
aktif?
7. Apakah langkah berjaga-jaga dalam eksperimen ini?
Kesimpulan:
Semakin meningkat umur / sela masa pokok jagung, semakin meningkat jisim
keringnya / tinggi sehingga mencapai tahap optimum.
Nota:
Langkah berjaga-jaga dalam eksperimen ini adalah:
1.

Pokok jagung perlu disiram dengan kandungan air yang sama banyak juga perlu
mendapat cahaya matahari / yang sama banyak/ bekalan baja yang sama.

2.

Pada dulang semaian juga perlu dibuat cabutan rumput supaya tiada
persaingan dengan biji benih jagung.

MODUL AMALI SAINS 11

BIOLOGI
TINGKATAN

BAB 5 : PEWARISAN
TAJUK : Hukum
Monohibrid)

Mendel

Pertama

(Pewarisan

KONSEP:
Hukum Mendel I atau Hukum Segregasi yang berdasarkan kepada pewarisan
monohibrid
Pewarisan monohibrid ialah:
a) Pewarisan ciri-ciri dalam satu organisma ditentukan oleh gen yang
berpasangan yang dipanggil alel
b) Semasa pembentukan gamet, setiap gamet hanya membawa satu alel
sahaja
Organisma heterozigot mempunyai sepasang alel yang berbeza. Dalam
keadaan heterozigot, hanya alel dominan yang akan menampakkan
fenotipnya dalam organisma tersebut.
Organisma homozigot mempunyai sepasang alel yang sama, sama ada
kedua-dua alel resesif (homozigot resesif) atau kedua-dua alel dominan
(homozigot dominan).

Objektif:
Menjalankan aktiviti menggunakan kacang berwarna untuk menggambarkan
eksperimen pembiakbakaan tumbuhan kacang pea
12

MODUL AMALI SAINS

BIOLOGI
TINGKATAN

Pernyataan Masalah:
Adakah nisbah fenotip yang diperoleh daripada gabungan kacang daripada dua beg
plastik mematuhi nisbah Hukum Mendel I?
Pembolehubah:
1. Pemboleh ubah Manipulasi
2. Pemboleh ubah Bergerak balas
3. Pemboleh ubah Malar

: Jenis/ warna kacang


: Genotip generasi F1 / Nisbah fenotip
: Saiz beg plastik

Bahan dan Radas:


Dua beg plastik kecil, 100 biji kacang hitam dan 100 biji kacang soya, tangan untuk
mengambil biji kacang
Teknik:
Merekodkan genotip dan fenotip generasi F1 berdasarkan warna kekacang yang
diambil dari dua beg plastik berbeza dengan menggunakan tangan dan mengira
nisbah fenotip F1 berdasarkan Hukum Mendel I
Kaedah: Kacukan di antara dua tumbuhan heterozigot:
1. Masukkan 50 biji kacang hitam dan 50 biji kacang soya ke dalam beg plastik
pertama. Ini mewakili satu pokok kacang pea yang mempunyai ciri ketinggian
yang heterozigot. Warna hitam mewakili alel dominan, tinggi (T) manakala
warna putih mewakili alel resesif, rendah (t).
2. Masukkan 50 biji kacang hitam dan 50 biji kacang soya yang lain ke dalam
beg plastik kedua.
3. Kedua-dua beg digoncang untuk mencampurkan kacang-kacang itu secara
sekata.
4. Jangan melihat ke dalam beg-beg plastik tersebut. Masukkan tangan ke
dalam beg plastik pertama dan keluarkan satu biji kacang. Keluarkan satu biji
kacang yang lain dari beg plastik kedua. Letakkan kedua-dua kacang di atas
meja. Ini mewakili percantuman dua gamet.
5. Rekodkan genotip dan fenotip untuk generasi F1 yang terhasil oleh dua
tumbuhan induk dalam Jadual 1:

MODUL AMALI SAINS 13

BIOLOGI
TINGKATAN
Cabutan
1
2
3
..
50

Beg plastik 1

Beg plastik 2

Jadual 1
6. Masukkan semula kedua-dua biji kacang ke dalam beg plastik masingmasing. Pastikan biji kacang dimasukkan ke dalam beg plastik yang betul.
7. Ulang langkah 3 -6 sebanyak 50 kali
Keputusan:
Genotip tumbuhan induk
Fenotip induk
Gamet
Genotip anak
Bilangan genotip
Fenotip anak
Bilangan fenotip
Nisbah fenotip

Tt
Tall

Tt
Tall

Jadual 2
Perbincangan:
1) Apakah jenis pewarisan yang ditunjukkan berdasarkan ciri yang dikaji dalam
eksperimen ini?
2)

(a) Adakah keputusan yang diperoleh mematuhi nisbah yang dijangkakan


dalam Hukum Mendel I?
(b) Terangkan jawapan anda di 2(a)

3) Mengapakah biji kacang dikembalikan semula ke dalam beg plastik selepas


setiap kali pemerhatian direkodkan?
4) Cadangkan dua
eksperimen ini

cara

bagaimana

Kesimpulan:
14

MODUL AMALI SAINS

anda

dapat

meningkatkan

ketepatan

BIOLOGI
TINGKATAN

Nisbah fenotip bagi kacukan di antara dua induk heterozigot yang diperoleh
mematuhi nisbah yang dijangkakan dalam Hukum Mendel I iaitu 3:1 di mana fenotip
dominan adalah 3 kali ganda fenotip resesif.
Nota:
Andaian yang perlu dibuat semasa menjalankan aktiviti ini:
1)

Setiap beg plastik mewakili satu tumbuhan induk

2) Kekacang yang digunakan mewakili gamet-gamet yang dihasilkan oleh


tumbuhan induk
3)

Warna hitam kacang hitam mewakili alel dominan, tinggi (T)

4)

Warna putih kacang soya mewakili alel resesif, rendah (t)

BAB 6: VARIASI
MODUL AMALI SAINS 15

BIOLOGI
TINGKATAN

TAJUK: Kepentingan variasi dalam kemandirian


spesies
KONSEP:
Sebahagian organisma mempunyai sifat penyamaran yang bersesuaian
dengan persekitaran
Sifat ini penting untuk kemandirian spesies di mana ianya melindungi spesies
dari pemangsa
Sifat ini merupakan satu variasi yang terhasil dalam beberapa contoh
organism akibat perubahan persekitaran
Sebagai contoh spesies rama-rama Biston betularia wujud dalam dua bentuk:
berwarna cerah dan berwarna gelap
Populasi rama-rama berwarna cerah banyak sebelum Revolusi Industri tetapi
semakin berkurang selepas Revolusi kerana telah dimakan oleh pemangsa
kerana batang pokok dan bangunan berubah menjadi lebih gelap.
Variasi penyamaran warna telah meningkatkan populasi rama-rama kerana
tidak dapat dikesan oleh pemangsa
Objektif:
Untuk mengkaji kepentingan penyamaran dalam kemandirian spesies
Pernyataan Masalah:
1. Apakah kesan warna kain yang digunakan ke atas bilangan butang berwarna
yang diambil?
2. Apakah kesan penyamaran warna ke atas organisma?
Pembolehubah:
1. Pembolehubah Di manipulasi

: Warna kain yang digunakan

2. Pembolehubah Bertindakbalas : Bilangan butang berwarna yang diambil


3. Pembolehubah Malar : Saiz kain, bilangan setiap butang berwarna

Pernyataan Hipotesis:
16

MODUL AMALI SAINS

BIOLOGI
TINGKATAN

1. Bilangan butang berwarna yang diambil semakin kurang jika kain yang
digunakan berwarna
2. Penyamaran warna membantu kemandirian spesies
3. Bilangan butang hitam adalah banyak pada kain berwarna putih // sebaliknya
Bahan dan Radas:
Kain berwarna putih, hitam dan kain berbunga pelbagai warna, yang setiap satunya
berukuran 55cm x 55 cm. 15 butang merah, 15 butang hitam, 15 butang putih, 15
butang berjalur kuning, 15 butang berjalur hijau dan kepingan marmar putih.
Teknik:
Mengira dan merekodkan bilangan butang berwarna yang diambil di atas kain
berwarna.
Kaedah:
1. Buat amali dalam kumpulan terdiri tiga atau empat orang
2. Pelajar P berdiri membelakangi meja
3. Pelajar Q menaburkan butang berwarna ke atas helaian kain putih yang
ditempatkan di atas meja.
4. Pelajar P berpaling ke meja dan mengambil sebiji butang dengan cepat.
Butang itu diletakkan di atas kepingan marmar putih.
5. Langkah 2 4 diulang sebanyak 9 kali
6. Ulangi kaedah, gantikan kain putih dengan kain hitam, diikuti oleh kain
berbunga pelbagai warna.
7. Rekod data di dalam jadual.
Keputusan:
Warna butang
Putih
Warna kain
Putih

Bilangan setiap butang yang diambil


Hitam
Merah
Berjalur
kuning

Berjalur
hijau

Hitam
Bunga pelbagai
warna
Jadual 1
Perbincangan:

MODUL AMALI SAINS 17

BIOLOGI
TINGKATAN

1. Terangkan bagaimana perbezaan pemboleh ubah dalam eksperimen ini di:


(a) manipulasi
(b) bergerak balas
(c) malar
2. Nyatakan tiga pemerhatian dari eksperimen ini (satu untuk setiap warna kain
yang digunakan) mengikut bilangan butang bagi setiap warna yang diambil oleh
pelajar P.
3. Apakah inferens yang boleh dibuat dari pemerhatian anda?
4. Jika anda diminta untuk menerangkan situasi dalam habitat semula jadi, apakah
yang diwakili oleh butang, kain berwarna dan tindakan pelajar P?
5. Namakan hubungan yang ditunjukkan dalam habitat semula jadi seperti yang
dilakukan dalam eksperimen ini?
6. Apakah jenis variasi di kalangan organisma yang diwakili oleh eksperimen ini?
7. Jika kain putih digantikan dengan kain hijau, apakah warna butang yang paling
sedikit akan diambil oleh pelajar P?
Kesimpulan:
1. Bilangan butang berwarna yang diambil semakin kurang jika kain digunakan
berwarna
2. Penyamaran warna membantu dalam kemandirian spesies.

BAB 6: VARIASI
18

MODUL AMALI SAINS

BIOLOGI
TINGKATAN

TAJUK:Variasi dalam organisma


KONSEP:
Fenotip organisma dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran
Kedua-dua faktor ini menyebabkan variasi di kalangan individu
Dua jenis variasi adalah variasi selanjar dan tak selanjar
Objektif:
Mengkaji bilangan pelajar dengan tinggi yang berbeza dan jenis cap jari.
Pernyataan Masalah:
Adakah semua pelajar mempunyai ketinggian dan jenis cap jari yang sama ?
Pembolehubah:
1. Pembolehubah Manipulasi

: Ketinggian dan jenis cap jari

2. Pembolehubah Bertindakbalas : Bilangan pelajar


3. Pembolehubah Malar

: Usia pelajar/ jantina pelajar

Pernyataan Hipotesis:
Bilangan pelajar yang berbeza menunjukkan ketinggian dan jenis cap jari yang
berbeza.
Bahan dan Radas:
Bahan: Pelajar
Radas: Kertas graf, kertas A4, pad cap jari, kanta tangan, pen dan pembaris meter
Teknik
Merekod ketinggian pelajar menggunakan pembaris meter dan menghitung bilangan
pelajar yang mempunyai jenis cap jari berbeza dengan menggunakan kanta tangan
Kaedah:
MODUL AMALI SAINS 19

BIOLOGI
TINGKATAN

1. Mengenal pasti bilangan pelajar dalam kelas


2. Setiap pelajar dalam kelas mengukur ketinggian dengan menggunakan
pembaris meter
3. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebanyak dua kali dan dapatkan
purata bacaan ketinggian
4. Rekod bacaan dalam jadual
5. Eksperimen diulangi bagi jenis cap jari
6. Dengan menggunakan pad cap jari, setiap pelajar meletakkan ibu jari ke
atas pad dan letakkan ke atas kertas A4 sebanyak dua kali
7. Dengan menggunakan kanta, jenis cap jari diperhatikan dan dikenal pasti
8. Rekod bacaan dalam jadual
9. Dua graf bilangan pelajar melawan jenis variasi diplot
Keputusan:
Nama
pelajar

Jenis cap jari


Lengkung Komposit

Gelungan

Pusaran

Ketinggian
(m)

Jadual 1

Julat
Ketinggian
(m)

130134

135139

140144

145149

150154

155159

160164

Bilangan
pelajar
Jadual 2

Jenis cap jari


Gelungan

Lengkung

Bilangan
pelajar
Jadual 3

Perbincangan:

20

MODUL AMALI SAINS

Komposit

Pusaran

BIOLOGI
TINGKATAN

1. Adakah anda mendapat jenis lengkuk yang sama di antara kedua-dua graf?
Terangkan jawapan anda.
2. Apakah yang menyebabkan variasi ciri yang diperhatikan dalam eksperimen
ini?
3. Adakah dua orang pelajar mempunyai jenis cap jari yang sama?
4. Adakah cap jari kita akan berubah apabila kita tua?
5. Daripada pengetahuan genetik anda, senaraikan trait dominan dan resesif
dari eksperimen ini.
6. Nyatakan perbezaan antara dua jenis variasi yang dikaji dalam eksperimen
ini.
Kesimpulan:
Bilangan pelajar yang berbeza menunjukkan ketinggian dan jenis cap jari yang
berbeza.
Nota:

Ketinggian adalah variasi selanjar


Cap jari adalah variasi tak selanjar

MODUL AMALI SAINS 21