Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NIBONG

96500 BINTANGOR SARAWAK


MALAYSIA

LAPORAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN


Tarikh
Hari
Waktu
Tempat

Laporan

: 02-10-2013
: Rabu
: 11.10 pagi
: Sekolah Kebangsaan Bukit Nibong
96500 Bintangor, Sarawak,
Malaysia.
:

Pada 02-10-2013 bersamaan dengan hari Rabu bertempat di SK Bukit Nibong, satu sesi latihan
kecemasan kebakaran telah diadakan pada pukul 11.10 pagi. Sebelum latihan dimulakan, satu lampiran
Peta Laluan Latihan Kecemasan Kebakaran dan Protokol Latihan Kecemasan Kebakaran telah dibekalkan
ke setiap kelas dan kepada semua kakitangan sekolah.
Setelah dipersetujui oleh Guru Besar SKBN, Encik Abang Saini Abang Harun, latihan kecemasan
kebakaran telah diadakan pada pukul 11.10 pagi dengan deringan loceng sebanyak 10 kali. Guru-guru,
kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar telah menunjukkan komitmen yang baik apabila berjaya
mengosongkan bangunan hanya dalam masa 2 minit 42 saat sahaja. Diharapkan di masa hadapan, latihan
ini dapat memperolehi masa yang lebih pantas.
Apabila sesi latihan kecemasan kebakaran selesai, pelajar-pelajar dan guru-guru kembali ke kelas masingmasing dan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) telah disambung seperti biasa. Hasil latihan ini
dianggap sebagai berjaya kerana dapat dilakukan dalam tempoh bawah 5 minit.
Guru Besar mencadangkan agar sesi latihan kecemasan kebakaran ini akan dilakukan semula pada masa
hadapan supaya pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah sentiasa berada dalam keadaan
bersedia dan berjaga-jaga. Hal ini penting dalam memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat
tentang aspek-aspek keselamatan di sekolah.
Laporan disediakan oleh,
...........................................................................
(EN. ABDUL SYAHRIN BIN ABDULLAH)
Guru Penyelaras Latihan Kebakaran,
SK Bukit Nibong.

Tarikh : 02-10-2013
Hari : Selasa
Waktu : 1.03 petang

Disahkan oleh,

................................................................
(EN. ABANG SAINI ABANG HARUN)
Guru Besar,
SK Bukit Nibong.

Anda mungkin juga menyukai