Anda di halaman 1dari 1

Cadangan kajian seterusnya

Untuk kajian yang seterusnya, teknik ini akan diperkenalkan kepada murid tahun 2 kerana pendedahan
awal mengenai teknik ini sangat membantu murid meningkatkan prestasi mereka pada usia yang muda.
Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Dengan memberi pendedahan awal
kepada mereka, murid dapat mengamalkan teknik dengan masa yang cukup lama. Disamping itu juga,
dengan menggunakan teknik, guru lebih mudah mengajar murid-murid kerana guru tidak perlu membuat
alat bantu mengajar untuk mengajar dan merangakan algoritma penolakan kumpul semula.
Selain itu juga, memandangkan teknik dapat membantu murid menjawab soalan dalam masa yang
singkat, saya mencadangakan agar teknik ini didedahkan kepada murid-murid yang akan menghadapi
peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Teknik ini sesuai digunakan walau
untuk kertas 2 matematik. Teknik ini telah mendapat persetujuan daripada ramai ketua pemeriksa soalan
UPSR bahawa ianya boleh digunakan dalam peperiksaan.
Akhir sekali, teknik ini juga boleh didedahkan kepada semua murid tidak kira murid yang lemah
mahupun murid yang cemerlang. Hal ini kerana teknik ini sangat berguna dan memberi banyak manfaat
kepada mereka. Sebagai contoh, bagi murid yang lemah, mereka boleh menggunakan jari untuk membuat
pengiraan. Pengiraan dengan menggunakan jari lebih mudah dan praktikal kerana ianya boleh digunakan
pada bila-bila masa. Bagi murid yang cemerlang pula, semasa menggunakan teknik ini, mereka boleh
mengira dengan hanya mencongak tanpa menggunakan jari. Kesannya, kemahiran mencongak murid
pastinya dapat diasah dengan lebih tajam.
Kesimpulannya, teknik PlusMinus boleh membantu guru dalam meningkatkan dan memperbaiki
amalam pengajaran dan pembalajaran mereka. Disamping dapat meningkatkan prestasi murid, penanaman
minat yang mendalam dikalangan murid untuk mempelajari tajuk penolakan pastinya dapat dilakukan
dengan mudah. Menanam minat dalam diri murid sangat penting kerana dengan minat murid akan
melakukan apa sahaja untuk menguasai sesuatu perkara. Semoga teknik PlusMinus ini dapat
diperluaskan lagi penggunaannya dan diperkenalkan sebagai salah satu algortima penolakan kumpul
semula dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Anda mungkin juga menyukai