Anda di halaman 1dari 3

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah untuk menerima


sesuatau bahasa. Walaubagaimanapun, pemerolehana bahasa ini bergantung pada
tahap kecerdasan kanak-kanak tersebut. Terdapat tiga teori yang membincangkan
pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

(B.F Skinner)

Teori yang pertama adalah teori behavioris. Teori ini menkankan kepentingan
persekitaran dalam pembelajaran bahasa. Teori pemerolehan ini berlandaskan teori
pelaziman operan yang menyatakan pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku
apabila ibu bapa mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan
memberi peneguhan setiap kali mereka dapat menyebut perkataan yang diajar.
Peneguhan yang diberi bertujuan mengukuhkan suatu perlakuan bahasa yang betul
dalam tatabahasa kanak-kanak. Ganjaran yang diberi boleh dalam bentuk premier,
sekunder atau sosial. Hal ini dapat merangsang perkembangan dan penguasaaan
bahasa kanak-kanak.

Selain itu, teori ini juga menyatakan bahawa manusia secara semula jadinya
dilahirkan dengan keupayaaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur manusia
adalah satu bentuk perlakuan yang dikenal sebagai perlakuan bahasa. Perlakuan ini
terbentuk berdasarkan prinsip rangsangan dan tindak balas.

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang amat


tinggi terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk
bahasa dan bukan bahasa akan membantu knk2 menguasai bahasa dgn lebih cepat.

(Noam Chomsky)

Seterusnya adalah teori mentalis yang menyatakan bahawa pemerolehan


bahasa berlaku secara mentalis. Menurut teori ini, knk2 dilahirkan dengan alat
pemerolehan bahasa yang bersifat unversal. Melalui alat ini, knk2 berpotensi secara
semulajadi untuk mempelajari bahasa dlam apa sahaja bahasa.

Teori ini merupakan satu hipotesis yang digelar hipotesis nurani. Hipotesisi ini
mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semulajadi untuk
berbahasa. Otak manusia telah dilengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang
dikenal sebagai language acquisition device.

Bagi menguatkan lagi teori ini, pengasasnya telah memberikan empat


kenyataan iaitu proses pemerolehan bahasa knk2 adalah sama. Seterusnya
pemerolehan bahasa initidak ada kaitan dengan kecerdasan minda. Beliau juga
menegaskan bahawa pemerolehan bahasa tidak dipengaruhi oleh emosi dan
tatabahasa yang diperoleh oleh knk2 adalh sama.

Beliau juga memberikan hujah pemerolehan bhs knk2 dalm bahsa ibundanya.
Beliau mengatakan bahawa wujud unsur kesejagatan dalam suatu bahasa iaitu
kesejagatan formal yang teridir dari ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang
berupa kategori tatabahasa. Seterusnya, bentu ujaran yang didengar knk2 tidak akan
diperoleh tanpa keupayaan sejadi dan knk2 dapat menguasai bhs ibunda dalam
tempoh antara 4 hingga 5 tahun.

(Jean Peaget)

Teori seterusnya adalah teori kognitif yang menyatakan bahawa perkembangan


bahasa knk2 berkait rapat dengan kedinamikan mentalnya. Teori ini berpendapat
bahawa bahasa knk2 adalah manifestasi penting dari perkembangan mental mereka.
Untuk menguasai pemerolehan bahsa, knk2 perlu melalui beberapa peringkat
perkembangan kognitifnya.

Aliran ini menganggap bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh


sesuatu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan buku dalam bentuk
perangsang daripada pancaindera. Apa yang perlu dikaji adalah proses yang terjadi
dalam otak dan saraf yang dapat merumus dan menghasilkan bahasa itu sehingga
bersifat agak abstrak. Kreativiti yang wujud di dalam otak atau pemikiran penutur
bahasa itu adalah keperluan dalam diri manusia yang dibawa sejak lahir dan
bukannya hanya alat luar.

Mengikut pandangan aliran ini lagi, bahasa yg diperoleh pada peringkat awal
tidak bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja seperti yang
dituntut oleh golongan behaviur, tetapi peranan kognitif turut sama. Tanpa peranan
kognitif perkembangan bahasa seperti sintaksis, morfologi dan fonologi hanya
terbatas kepada apa yang dapat dialami sahaja.

Peringkat Umur pemerolehan


Pertama 18 bulan hingga 2 Membentuk skema atau struktur kognitif hasil
tahun daripada interaksi yang aktif dengan
persekitaran

Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai


bentuk simbolik
Kedua 2 hingga 7 tahun Tahap pemikiran praoperasi konkrit

Pada usia sekitar 4 tahun, mereka sudah mula


boleh bercakap

Mampu membentuk ayat dan memahami


pecakapan orang lain
Ketiga 7 hingga 12 tahun Menguasai kemahiran hukum pengekalan,
konsep hubungan, pengkategorian, dan
persirian.

Melepasi usiaini mereka telah dikategorikan


dalm peringkat operasi formal
1. Jadual tahap pemerolehan bahasa