Anda di halaman 1dari 20

Guru Permulaan (novice)

Setelah berpenat lelah mengikuti kursus perguruan di institut perguruan selama hampir
5 hingga 6 tahun,akhirnya pasti anda akan merasai kepuasannya kerana akan
ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Perasaan seperti berasa tidak
sabar-sabar untuk bergelar guru dan menerima ucapan Selamat pagi,Cikgu. Detik
bersejarah itu merupakan pengalaman pertama bagi anda setelah tamatnya status guru
pelatih atau murid di IPG. Pada ketika itu anda bukan lagi guru pelatih, sebaliknya telah
bergelar sebagai guru seperti mana rakan-rakan guru yang lain. Pada peringkat awal
penempatan ini anda akan dikategorikan sebagai guru permulaan. Jika sebelum ini
anda dipanggil murid, maka tugas kini sudah berubah, anda perlu pula mengajardan
menjadi pengajar.
Kita sering mendengar teguran dan pandangan mengenai kualiti guru yang dihasilkan
oleh institut perguruan. Kebanyakan dari pandangan dan teguran itu adalah mengenai
kualiti guru yang tidak mencapai tahap yang diharapkan. Rasa tidak puas hati telah
didedahkan melalui media massa. Guru sibuk mengajar tetapi pembelajaran tidak
berlaku. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan tidak memuaskan di samping gejala
sosial remaja yang berleluasa semuanya diletakkan pada pihak guru. Guru dikatakan
tidak cekap. Ini memberi imej yang kurang baik kepada institut perguruan sebagai
institusi yang ditugaskan melatih guru. Pelatih yang cemerlang di institut perguruan
tidak pula cemerlang di sekolah.
Kebanyakan guru permulaan dikatakan pasif, tidak kreatif, membosankan, tidak inovatif,
tidak imaginatif dan tidak dapat merangsang pembelajaran murid. Mereka dikatakan
tidak dapat menggunakan ilmu dan idea yang dipelajari di institut perguruan di dalam
situasi bilik darjah yang sebenarnya. Mereka juga tidak boleh menyesuaikan ilmu dan
kemahiran yang didapati sertan menggunakannya di dalam pengurusan bilik darjah
secara berkesan. Guru permulaan ini boleh dikatakan hilang punca terutamanya di
tahun pertama mula mengajar.
Dalam hal ini, pihak sekolah sudah tentu beranggapan bahawa institut perguruan
kurang berkesan dalam melahirkan guru permulaan yang lengkap. Sebenarnya
memang diakui bahawa kualiti guru lepasan institut perguruan belum mencapai tahap
sebagaimana yang diharapkan oleh pihak sekolah. Persoalannya, selepas menamatkan
latihan di institut perguruan dengan mengikuti jadual yang padat bagi mata pelajaran
teras, elektif, kokurikulum dan penyuburan diri, bolehkah mereka menggunakan ilmu,
kemahiran dan pengalaman yang diperoleh itu dengan berkesan di sekolah? Mereka
memang telah dilatih dengan sempurna, tetapi kebolehan mereka untuk
mengaplikasikan dalam konteks sebenar menjadi isu yang diperkatakan sekarang.
Perubahan peranan daripada seorang guru pelatih kepada guru permulaan merupakan
satu pengalaman yang penuh dengan cabaran. Ini kerana guru permulaan menghadapi
suasana yang berbeza daripada suasana semasa latihan. Seringkali guru permulaan
terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah seperti kejutan realiti, penyusuaian diri
kepada persekitaran sekolah dan masalah berkaitan dengan proses pengajaran dan

pembelajaran. Justeru anda harus pandai memainkan peranan sebagai guru permulaan
dalam usaha untuk membentuk sikap dan amalan ke arah perkembangan yang positif
demi program latihan dalam perkhidmatan. Pihak sekolah pula harus memainkan
peranan untuk menbantu guru permulaan memperlengkapkan kemahiran profesional
guru permulaan yang telah diberikan oleh institut perguruan. Ini kerana ada aspek
tertentu yang tidak dapat disampaikan melalui kurikulum perguruan di institut perguruan
tetapi lebih sesuai disampaikan di peringkat sekolah.
Pada peringkat awal penempatan, mungkin anda akan mendengar pelbagai taklimat
demi taklimat yang akan diberikan oleh pihak institusi masing-masing termasuk pihak
pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta
pihak pentadbiran sekolah kepada guru-guru permulaan ini tentang tugas,
tanggungjawab serta tindakan masing-masing sebagai warga pendidik ke arah
mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai
guru permulaan serta guru baharu di sekolah yang ditempatkan, seharusnya banyak
lagi perkara yang perlu dipelajari sama ada dari aspek pengurusan mahu pun aspek
pengajaran. Walau bagaimanapun kejayaan kedua-dua aspek ini banyak bergantung
kepada keperibadian anda.
Kejayaan anda sebagai guru permulaan banyak ditentukan oleh tindakan anda ke arah
membentuk sikap diri sebagai seorang guru, khususnya seperti yang telah didedahkan
kepada anda semasa mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) oleh institut masingmasing. Anda sepatutnya menyedari dan mengetahui bahawa semasa mengikuti BIG,
anda sebenarnya sedang mengikuti satu program yang bertujuan untuk menyediakan
anda sebagai bakal guru yang akhirnya ke arah melahirkan anda sebagai guru yang
profesional . Perubahan sikap yang dinyatakan semasa anda mengikuti BIG haruslah
diterjemahkan dalam konteks sebenar, bukan retorik semata-mata semasa mengikuti
program berkenaan.
Sebagai guru permulaan anda perlu menyedari bahawa kerjaya keguruan satu bidang
profesion yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bukan
hanya berlaku di bilik darjah malah ia menjangkau masa, tempat dan bidang tugas.
Pengurusan jadual waktu, pengurusan bilik darjah, pengurusan pendaftaran,
pengurusan peperiksaan, pengurusan kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan
dengan bilik darjah, murid dan sekolah merupakan ruang lingkup tugas guru yang
sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Oleh itu sebagai guru permulaan, anda seharusnya
sedar akan tanggungjawab ini tanpa banyak persoalan serta bertindak secara proaktif
berlandaskan peraturan yang sedia ada.
Kerjaya guru sebagai pembina modal insan cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya
kreatif memang dicari-cari ibu bapa,murid dan masyarakat. Sebagai guru permulaan,
sudah pasti masyarakat menjangkakan bahawa anda sebagai orang baharu dalam
bidang keguruan ini mempunyai pelbagai idea dan daya kreatif yang tinggi kerana
baharu sahaja didedahkan dengan pelbagai inovasi dari pihak pensyarah. Kalu dilihat
pula perkataan guru ia tidaklah begitu glamour jika dibandingkan dengan pekerjaan
lain, contohnya peguam, pengurus, doktor dan seumpamanya. Manakala pengamatan

atau persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula turut membayangkan


tentang ruang cuti,masa kerja yang terhad dan bidang tugas yang mudah serta
terjamin. Persepsi yang sering didengar seperti Guru ibarat lilin membakar diri untuk
menerangkan (mencahayakan) orang lain. Memang begitulah nasib seorang guru.
Betullah dalam sebahagian kata-kata puitis nukilan penyair terkenal lagi tersohor,
Usman Awang memberi pengertian dan persepsi terhadap seorang guru:
Biarlah apa saja pandangan dan persepsi orang terhadap profesion dan kerjaya guru
tetapi sebagai seorang hamba Allah atau insan, seorang guru melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebenar-benarnya terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak
walau setinggi mana ijazah-ijazah, diploma yang dimiliki, tetapi jika seorang guru atau
pendidik tidak memiliki pengalaman dan kemahiran serta berakhlak mulia, maka
perkataan seperti pengajaran guru itu boring (membosankan) atau cikgu ajar tadi tak
seronok akan keluar dari murid atau penuntut-penuntut yang mungkin memberi
gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti atau tidak ada standard.
Status guru permulaan tidak seharusnya dilabelkan sebagai guru kosong dan tiada
sebarang pengetahuan berkaitan dengan tugas yang diberi. Anda perlu menerima dan
menghayati setiap tugas yang diserahkan kepada anda. Perkara pertama yang harus
dilakukan ialah menerima dan menghayati tugas yang diberikan dan seterusnya
berusaha ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Penghayatan perlu dibuat pada
prosedur serta tata cara pengendalian atau pelaksanaan sesuatu tugasan mengikut
jadual yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru permulaan harus juga menawarkan
diri membantu tugas-tugas lain terutamanya dalam bidang kokurikulum yang diceburi
ketika berada di institusi pendidikan. Personaliti dan kebolehan anda sebagai guru
permulaan akan dilihat dari pelbagai sudut oleh pihak pengurusan sekolah dan guruguru senior yang berpengalaman. Oleh yang demikian, anda haruslah menunjukkan
kebolehan dan keterampilan dari segenap sudut, khususnya dalam aspek yang berikut;
i. Kualiti diri dan kebolehan anda menyesuaikan diri
ii. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
iii. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah
iv. Pengurusan kerja di mana anda ditempatkan
Guru permulaan juga perlu menyesuai diri dengan budaya sekolah. Budaya di IPG tidak
sama dengan budaya di sekolah. Lain padang lain belalang, begitulah perumpamaan
yang membawa maksud setiap tempat itu mempunyai budaya kerja masing-masing.
Sebagai guru permulaan, anda harus menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
termasuk keadaan, tempat, cara berinteraksi dengan guru-guru lama sertakeseluruhan
warga pendidik di sekolah tersebut. Cuba wujudkan budaya yang mesra supaya
kehadiran anda disenangi oleh semua pihak,khususnya pihak pengurusan sekolah.
Elakkan daripada wujudnya suasana tegang akibat sikap anda yang tidak profesional
dan masih terbawa-bawa perwatakan sebagai pelajar ketika anda berada di IPG.

Sebagai guru permulaan anda harus juga peka dan sentiasa mendapat maklumat
tentang pelbagai aspek. Bermula daripada maklumat murid, maklumat yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran seperti kemudahan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), pusat sumber hinggalah maklumat berkaitan pegurusan pentadbiran
seperti takwim sekolah dan sebagainya. Maklumat ini akan dapat membantu anda
dalam proses perancangan pengajaran serta proses peningkatan profesionalisme.
Anda juga adalah diingatkan bahawa sebagai guru permulaan anda akan sentiasa di
bawah pengwasan dan pemantauan pihak sekolah, PPD serta JPN. Oleh itu anda
seharusnya menunjukkan prestasi yang baik, sentiasa bersikap positif tanpa banyak
membuat rungutan serta bersedia membuat transformasi diri ke arah mewujudkan
sistem penddikan yang mantap, berkualiti serta bertaraf dunia.
Sebagai guru permulaan, anda harus mempunyai kepelbagaian idea yang bukan
sahaja dilihat dari aspek isi pengajaran atau perancangan, bahkan juga dari aspek
pedagogi dan sistem penyampaian. Seorang guru terutamanya bagi mereka yang
baharu memulakan bidang perguruan harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai
nilai tambah dalam proses menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru permulaan
juga harus mewujudkan keseronokan dan keceriaan belajar dalan kalangan murid.
Antara langkah yang mampu menbantu kemahiran sistem penyampaian dalam
menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menceriakan lagi
menyeronokkan adalah seperti berikut;
i.Mengenali dan memahami ciri murid
Sebagai ibu atau bapa kepada murid, seorang guru bukan sekadar mengenali nama
sahaja akan tetapi harus memahami sedalam-dalamnya atau menjiwai mereka. Dalam
hal ini, ia bermaksud anda sepatutnya memahami kehendak (needs), sikap, perangai
atau tingkahlaku yang merangkumi aspek kekuatan (strength) dan kelemahan
(weakness) murid mengikut tahap umur masing-masing.
ii.Kreatif dan inovatif
Sebelum ini mungkin anda menganggap bahawa tugas guru untuk mengajar itu mudah.
Sebagai seseorang guru permulaan, anda memerlukan sukatan pelajaran, rancangan
pelajaran serta bahan pengajaran yang disesuaikan dengan murid anda.
Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk menyampaikan pengajaran agar ia dapat
difahami dan tidak membosankan. Oleh yang demikian, seseorang guru itu harus kreatif
dan inovatif dalam penyampaiannya.
Guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai keadaan untuk membolehkan
murid menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pendidik yang berdaya kreatif
dapat mengintegrasikan atau menggabungjalinkan pelbagai bahan, kaedah dan teknik
dalam penyampaian. Penciptaan, pengubahsuaian dan penghasilan bahan serta corak
pembelajaran menjadikan ia lebih inovatif serta mampu melibatkan murid dalam setiap
aktiviti yang diadakan. Teori yang anda peroleh semasa mengikuti kuliah di IPG

perlulah disesuaikan dengan kesediaan murid anda untuk menerima kehadiran anda
dalam pembelajaran mereka.
iii.Personaliti guru
Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan para
murudnya. Anda harus mengetahui bahawa setiap murid akan suka kepada guru yang
mempunyai unsur kecindan dalam penyampaian. Elemen kecindan ini ialah kata-kata
atau pelakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan semata-mata bertujuan
untuk menimbulkan rasa ceria dan seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini seharusnya berlaku
apabila seseorang guru baharu itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama
dan dilakukan secara santai melalui proses komunikasi dan interaksi dua hala. Namun
anda tidak seharusnya lebih kepada melawak kosong semata-mata dengan tujuan
untuk menarik perhatian murid, sedangkan pengajaran yang sepatutnya terabai begitu
sahaja.
Mulai sekarang anda perlu menyedari bahawa anda semua akan berhadapan dengan
situasi yang dibincangkan tadi. Oleh itu, tempoh perubahan peranan dari guru pelatih
kepada guru permulaan adalah merupakan satu tempoh yang amat penting yang perlu
diberi perhatian oleh anda kini. Anda harus mula mengatur strategi untuk menjadi guru
permulaan yang berkesan supaya tidak merugikan semua pihak terutamanya sekali
pihak sekolah dan khususnya para murid. Memang diakui bahawa sebenarnya
kurikulum penddikan guru tidaklah mungkin dapat menyediakan segala-galanya
sehingga guru yang keluar dari institut perguruan menjadi produk yang lengkap.
Anda sebagai seorang manusia yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya
keintelektualan yang tinggi harus memikul akauntabiliti untuk memperlengkapkan
kemahiran profesional guru supaya anda tidak dilabelkan sebagai guru permulaan yang
bermasalah dan tidak boleh diterima sekolah. Sebagai seseorang guru yang
profesional, anda harus berusaha untuk menjadi guru yang berkesan, disegani dan
dihormati oleh para murid, ibu bapa dan rakan sejawat. Prestasi guru yang cemerlang
pula bukan hanya terletak pada nama, pangkat atau gelaran jawatan tetapi mereka
yang mampu membuat penyampaian dengan amat menarik, kreatif serta berkebolehan
memberi pemahaman sepenuhnya kepada murid dengan penuh
prihatin,berakauntabiliti dan ambil peduli terhadap perkembangan murid sepenuhnya.
Guru Cekap (competent)
Dunia sekarang yang semakin berkembang dan maju telah membawa banyak
perubahan dalam pelbagai bidang. Sebagai guru yang berkecimpung dalam bidang
pendidikan, anda juga tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan dunia. Kemajuan
yang dimaksudkan merangkumi semua bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
kejiwaan, psikologikal dan kebudayaan. Bidang pendidikan turut mengalami arus
revolusi perindustrian yang berasaskan sains, teknologi maklumat dan telekomunikasi
bagi tujuan mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia.

Multimedia, ICT, Wawasan 2020 dan cabaran globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan
yang mana segala aktiviti yang dijalankan adalah tidak terkongkong oleh sempadan
geografi, bahasa, budaya dan ideologi politik sesebuah negara. Bagi menghadapi
semua ini, anda perlulah menjadi seorang guru yang cekap, khususnya dalam
mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran.
Sistem pendidikan negara telah mengalami reformasi ekoran daripada Wawasan 2020
yang bermatlamat untuk menjadi negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri
tanpa terikat dengan cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Pendidikan
amatlah penting bagi merealisasikan impian semua rakyat dan negara dalam Wawasan
2020 kerana ia merupakan suatu proses yang membawa perubahan kepada individu
mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Matlamat utama pendidikan adalah
menyediakan seseorang individu memainkan peranan positif dan berkesan dalam
masyarakat. Matlamat pendidikan ini tidak mungkin akan tercapai sekiranya anda tidak
dapat menjalankan amanah tersebut dengan cekap dan berkesan.
Profesionalisme keguruan merujuk kepada sifat yang ada dalam diri seseorang guru
untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, akauntabiliti, kecekapan dan kemahiran
untuk mengajar (Sufean, 1995). Jika seseorang guru itu mengamalkan tanggungjawab
dengan penuh dedikasi dan tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan,
maka guru berkenaan dianggap telah mengamalkan nilai murni dalam kehidupannya
(Hedderdof, 1971). Sesuatu tugas yang dilaksanakan tidak bertujuan bagi mendapatkan
pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah seseorang itu mempunyai komitmen untuk
memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta bermatlamatkan sumbangan
untuk masyarakat dan negara (Intan, 1995). Setiap penjawat awam harus
melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan cekap supaya produktiviti
akan meningkat.
Menurut Johnson (1972), profesionalisme keguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat
yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Seorang guru yang cekap
perlulah mempunyai komitmen terhadap pekerjaan atau sesebuah pertubuhan serta
dedikasi dalam menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai
kemahiran. Seseorang guru dikatakan profesional apabila beliau cekap menggunakan
strategi dalam menguruskan pekerjaan dan pengajarannya. Pada pandangan kasar,
profesion sebagai guru dianggap suatu kerja yang mudah dan remeh oleh masyarakat.
Mereka tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh guru untuk membimbing anak
bangsa supaya menjadi insan yang berilmu. Oleh yang demikian, anda perlu cekap
menguruskan tanggungjawab dan murid supaya anda tidak terus dipandang sinis oleh
masyarakat.
Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada
peningkatan kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil).
Perkara ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelopok dan organisasi tidak
cekap dan tidak berkesan. Oleh itu sumber manusianya perlu dibangunkan secara
bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapat
mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima

menerusi program pembangunan profesional, sama ada ianya bersifat latihan-latihan


khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah tentu membolehkan atau
mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan dengan cekap untuk
meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya.
Sebenarnya guru merupakan insan yang penting dalam pembentukan generasi akan
datang. Ekoran daripada reformasi pendidikan, perananan guru masa kini bukan sahaja
menyampaikan pengajaran tetapi juga sebagai fasilitator dan pemberi perangsang
kepada murid. Guru perlu cekap mendidik dan membimbing umtuk mengembangkan
potensi murid secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya
mereka menjadi seorang yang berpengetahuan luas dan berakhlak mulia.
Kecekapan seorang guru akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat dan
organisasi. Menjadi guru yang cekap bukanlah beerti cekap dari segi fizikal dan tenaga
sahaja tetapi yang lebih penting ialah kecekapan dari pelbagai aspek, antaranya adalah
seperti berikut;
i. Kecekapan profesionalisme
ii. Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
iii. Keutuhan keperibadian
iv. Kecekapan menggunakan teknologi maklumat
v. Kecekapan dan kecerdasan mental dan keintelektualan
vi. Kestabilan emosi dan spiritual
vii. Kebijaksanaan dan kepimpinan
Eilane (2000) telah mengenal pasti beberapa ciri seseorang guru yang amat cekap dan
dinyatakannya dengan mempunyai tiga ciri yang berikut iaitu;
i.Ciri peribadi
Seorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam
pekerjaannya. Kedua, ianya bersikap positif dan real yakni yakin dalam apa pun yang
dilakukan di samping sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan.
Ketiganya ia merupakan seorang guru pemimpin, disamping mengajar ia juga
membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan
sesiapa sahaja yang perlukan bimbingannya.
ii. Ciri mengajar

Seorang yang memiliku dan sentiasa menerapkan aspek dengannya (with-it-ness)


dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga
mempunyai gaya yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai
dan budaya, peraturan dan undang-undang. Guru juga memiliki kepakaran motivasi
serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii.Ciri intelektual
Seorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental life yang segar,
berkembang dan mempunyai kesungguhan kendiri (self-actualization) dengan minda
yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas
dan menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai
satu di dalam yang banyak.
Oleh itu menjadi seorang guru yang cekap amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau
rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya seperti teguh, tegas dan utuh atau
rapuh, lemah dan tidak tegas pegangan hidup dan prinsipnya luas, tinggi dan
mendalam atau sebaliknya dari segi intelektualnya yang digambarkan menerusi
kesedaran diri dan faham-kendiri yang mendasari kebijaksanaan dan hemah dalam
kepimpinan. Seorang guru yang cekap juga akan berupaya untuk menjalankan segala
tugasnya dengan berkesan dan seterusnya berupaya meningkatkan kualiti diri serta
pendidikan negara.
Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti guru. Peningkatan kualiti pendidikan guru
merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang cekap, kreatif,
berketerampilan dan berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan
sentiasa diubah suai supaya guru dapat membentuk keterampilan diri, pengetahuan
baharu dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif.
Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan memerlukan guru membuat
anjakan minda dan seterusnya meningkatkan kecekapan dalam penggunaan teknologi
dan yakin menghadapi perubahan untuk menangani cabaran persekitaran sekolah.
Untuk menjadi seorang guru yang cekap, terdapat beberapa prinsip yang boleh
dipertimbangkan oleh anda dalam melaksanakan tugasan di sekolah kelak, antaranya
adalah seperti berikut;
i. Do it Right First Time (DIRFT)
Pada peringkat ini setiap kerja yang anda lakukan mesti bebas daripada buat salah dan
silap kerana salah dan silap boleh dielak dan dicegah. Ini bermaksud setiap kerja dan
tugasan yang dilakukan mesti dilakukan dengan cekap dan mengurangkan kesilapan.
Pada tahap yang lebih tinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan cekap dan betul
manakala para murid mesti belajar dengan betul dan sentiasa buat betul.
Kesimpulannya semua guru dan murid mesti faham dan menjadikan prinsip ini sebagai
prinsip uatama untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
ii. Guru mengajar Murid Belajar

Pada peringkat ini pula semua guru mesti faham bahawa tanggungjawab utama guru
adalah untuk mengajar, bukan pergi ke sekolah sekadar untuk berbual kosong atau
meluaskan rantaian MLM mereka. Untuk mendapatkan mutu pengajaran yang
berkesan, setiap guru perlu membuat persediaan mengajar dari segi mental, fizikal dan
spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama tidak ada kelas yang
dibiarkan tanpa guru. Kemudian murid pula perlulah belajar dengan betul, bersungguhsungguh dan tidak main-main, tidak mengganggu rakan-rakan yang lain serta belajar
dengan penuh keriangan dan kefahaman. Situasi yang dinyatakan itu tadi memerlukan
anda menjadi seorang guru yang cekap dalam mengurus aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya para murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif.
iii. Berkongsi Visi Yang Sama
Seterusnya pada peringkat ini semua guru mesti memahami dan menghayati hala tuju
sekolah yakni hendak menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah
berwatak dan boleh menjadi sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah
normal dan berpotensi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang.
Apa jua visi yang hendak direalisasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang
tetapi menjadi hak kepunyaan semua guru dan berpegang teguh dengan kata-kata
keramat Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh. Bagi mencapai matlamat berkenaan,
semua guru di sesebuah sekolah haruslah menggembleng tenaga dengan berkongsi
kecekapan mereka demi menjayakan visi sekolah.
iv. Bakti Disemai Bukti Dituai
Prinsip ini bermaksud bahawa apa jua yang guru ajar (dan buat) itulah yang akan
menjadi hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengan sepenuhnya.
Oleh yang demikian setiap guru perlulah melaksanakan tugasnya dengan penuh
kecekapan supaya hasilnya juga nanti akan memuaskan hati semua pihak. Prinsip
utamanya apa jua yang guru buat (dan atau tidak buat) akan menentukan prestasi atau
pencapaian murid seterusnya.
v. Penambahbaikan berterusan
Prinsip ini menunjukkan bahawa untuk mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan.
Guru mesti sentiasa melakukan Kaizen (Continuous Improvement) dalam semua aspek
kerja terutamanya aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Prinsip
utamanya mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa
memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan segala-galanya supaya hasil kerja
kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan keselamatan
serta keceriaan fizikal dan persekitaran sentiasa dipertingkatkan sepanjang masa.
Sekiranya guru tidak melaksanakan tugas dengan cekap, mustahil penambahbaikan
akan dapat dilakukan. Oleh yang demikian, kecekapan guru sangat diperlukan untuk
membolehkan penambahbaikan secara berterusan akan terus berlaku.
vi. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah

Menerusi prinsip ini tidak cukup bagi seseorang guru jika sekadar boleh menyelesaikan
masalah sahaja lebih-lebih lagi sudah tahu perkara yang akan menjadi maslah. Jadi
yang diutamakan ialah kebolehan mencegah masalah suapaya tindakan awal yang
preventive bukan remedial dapat dibuat dengan berkesan. Kesimpulannya semua
guru mesti cekap bertindak serta ada sikap proaktif dan hasilnya semua orang tidak
akan menghadapi masalah. Melalui cara ini sekolah yang kondusif untuk proses
pembelajaran dan pengajraan yang berkesan akan dapat dibentuk.
vii. Guru Sebenar Guru
Ini memerlukan guru yang benar-benar cekap. Guru yang sebenar akan ke sekolah
tidak jemu dan mengajar pula tidak lesu. Untuk menjadi guru yang sebenar, anda
perlulah menjadi seorang guru yang cekap, dedikasi, komited dan bertanggungjawab
serta tidak akan mengkhianati tugas dan muridnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti
faham bahawa tugas mengajar dan mendidik satu pekerjaan yang sangat mulia. Guru
mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja
mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah.
Guru-guru yang cekap tidak akan cepat melatah atau menyalahkan keadaan dan
tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping berusaha
meningkatkan keterampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak akan
melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti selalu ponteng, bnyak
beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dan
tanggungjawab, menganggap sekolah hanya tempat kerja sementara atau beri alasan
tidak cukup masa. Guru sebenar guru tidak akan menunjukkan ciri-ciri orang malas
ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria, cekap
dan bersemangat.
Kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dalam usaha
membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia adalah satu tugas besar yang
perlu dihayati dan mendapat sokongan serta kerjasama seluruh anggota pendidikan
negara bagi membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral
dan beretika tinggi di samping melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan
berkemahiran. Oleh itu sebagai bakal guru yang akan bertugas di sekolah nanti, anda
perlu sedar bahawa anda mempunyai tugas yang besar dan mencabar bagi
memperkasakan bukan sahaja sekolah tetapi yang lebih penting lagi dapat
meningkatkan kecekapan diri sendiri menjadi guru yang sebenarnya guru.
Perkembangan profesionalisme keguruan harus menjadi prioriti dalam perancangan
kerjaya setiap guru. Cabaran-cabran yang dihadapi guru masa kini dan masa depan
semakin meningkat. Isu yang dihadapi bukan sahaja sekadar masalah murid dan
peralatan, tetapi lebih jauh daripada itu termasuk cabaran terhadap kemampuan
kecekapan guru menghadapi masyarakat berasaskan ilmu serta jati diri dalam
mengharungi isu-isu nilai yang lebih global. Profesion keguruan sentiasa tercabar
dengan pelbagai isu pendidikan. Guru masa kini tidak mungkin dapat bertahan dan

mempertahankan kredibiliti mereka tanpa menunjukkan ciri-ciri kecekapan


profesionalisme seperti profesion-profesion yang lain.
Guru Berkesan (effective)
Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama
harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu
bekerja keras bagi memastikan objektif stiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk
meningkatkan tahap pendidikan murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat
pengiktirafan masyarakat. Kerja keras dan semangat bekerja yang diberikan oleh
golongan guru ini akan meningkatkan kualiti martabat keguruan ke tahap yang
sepatutnya seiring matlamat yang telah ditetapkan oleh KPM.
Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan
seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam
banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan
kelompom dan komuniti. Kejayaan ini hanya boleh dicapai sekiranya setiap guru
berupaya untuk menjadi guru yang berkesan. Philip Van Hooser (1998) mendapati
bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait
rapat anatara satu sama lain dan ianya digelar sebagai Triangle of Success (yang
merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Berikut adalah huraian ringkas
bagi setiap aspek yang berkenaan;
i.Ilmu Pengetahuan
Pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil, diploma dan ijazah yang akan dimiliki
oleh seseorang. Ilmu pengetahuan bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka
gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di
tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam sesuatu
pengajaran, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh murid
daripada guru merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Pengetahuan ini akan
menentukan keberkesanan pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru berkenaan.
ii.Kemahiran
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan
bagi menentukan keberkesanan pengajaran guru. Ringkasnya, kemahiran sama erti
dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea
kepada sesetengah task merupakan satu kelebihan kepada guru yang tidak dapat
dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme,
ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar menjadi faktor
penentu kepada keberkesanan pengajaran guru.
iii.Sikap

Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak
(desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi
melaksanakan perkara-perkara besar dan hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang
mendorong dan mneggerakkan tingkah-laku dan perbuatan, maka hasil akhirnya adalah
potensi yang tidak dapat direalisasikan. Situasi di sekolah menunjuukkan bahawa
terdapat guru yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap,
kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang
mereka hadapi dengan jayanya. Malah kadang-kadang guru yang sebegini akan lebih
mudah berhadapan dengan sebarang masalah dan dapat menjalankan pengajaran
dengan lebih berkesan.
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan
itu? Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah
menyenaraikan bahawa antara ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut;
i. Bersikap profesional
ii. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
iii. Kaya ilmu
iv. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja
v. Bermoral teguh
vi. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
vii. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
viii.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
ix. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
x. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa
xi. Mempastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas
xii.Berupaya melahirkan persekolahan berwatak suapaya murid mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
xiii. Berupaya membina minda murid yang cemerlang akademik
xiv. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu)

xv. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat


profesionnya.
xvi. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi
xvii. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah
Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi,
mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin,
adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seorang guru itu untuk
menjadi pendidik yang berkesan. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan
inovatif bagi membolehkan mereka menjadi guru yang berkesan. Sifat kreatif dan
inovatif yang ada pada seorang guru akan mewujudkan pengajaran yang lebih
menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada murid dan secara tidak
langsung mempengaruhi murid untuk terus belajar.
Seorang guru yang berkesan haruslah mengutamakan tanggungjawabnya terhadap
ilmu, kebajikan dan keselamatan muridnya (Mok Soon Sang, 2002). Kebiasaannya
mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang guru disebabkan faktor
terpaksa tidak akan bertanggungjawab terhadap ilmu yang dimiliki, menjaga kebajikan
dan gagal meyampaikan pengajaran dengan berkesan.
Keadaan ini akan menyebabkan kesan negatif yang akan dilihat oleh masyarakat
sekeliling kepada bidang pekerjaan sebagai seorang guru (Prof. Dr. S. Nasution,
1995:61). Kesan negatif ini akan menimbulkan prasangka yang tidak baik oleh
masyarakat terhadap kerjaya sebagai seorang guru. Jika guru gagal menjadi guru yang
berkesan, maka ini akan mendatangkan masalah kepada proses pembelajaran yang
dijalankan di sekolah.
Selain itu untuk menjadi seorang guru yang berkesan, setiap guru harus mempunyai
budi pekerti termasuk berkelakuan sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat
atau semasa menyertai aktiviti kemasyarakatan. Guru yang sentiasa memelihara
kemuliaan profesion keguruan ini akan mudah diterima oleh murid dan akhirnya mereka
akan menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang dijalankan oleh guru. Tumpuan
yang diberikan oleh murid akan membolehkan guru berkenaan menyampaikan
pelajaran dengan berkesan. Guru pun bolehlah mengatur strategi yang sesuai kerana
mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada murid disebabkan murid berkenaan
menyenangi sikap dan keterampilan yang ditonjolkan oleh guru berkenaan.
Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada
pemerolehan kemahiran dan ketermpilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai
murni dalam kalangan murid sekolah. Guru perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki
segala kelemahan dan kekurangan dalam kalangan murid sama ada dari aspek mental
mahupun moral. Seorang guru yang berkesan akan mempunyai sifat merendah diri dan
jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Seorang guru yang berkesan juga harus pandai menyesuikan diri dan elakkan daripada
tidak suka bergaul dengan rakan sejawat yang lain. Mereka berasa bangga dengan
keupayaan yang ada pada diri sebagai seorang guru dan akan menjadi seorang guru
yang sombong dan tidak suka bergaul antara satu sama lain. Mereka menganggap diri
mereka lebih tinggi dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki jika dibandingkankan
dengan guru-guru yang lain. Keadaan ini akan menimbulkan kerenggangan hubungan
antara rakan sejawatan yang lain.
Setiap guru harus berusaha untuk melaksanakan pengajaran yang akan memberikan
kesan maksimum kepada para murid. Seorang guru yangberkesn juga perlulah cekap
menggunakan sumber maklumat yang ada bagi meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Semua sumber maklumat berguna yang diperlukan untuk meningkatkan mutu
pengajaran perlu digunakan sama ada yang diperoleh dalam pembacaan atau yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebolehan seorang guru dalam
mengolah segala sumber yang ada adalah faktor penting bagi memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan berjalan dengan berkesan dan tidak
menimbulkan masalah semasa proses ini berlangsung.
Setiap guru perlu merancang pengajaran dengan teliti dan sentiasa membuat reflektif
sebagai proses pengajaran suapaya boleh menjadikan proses pemgajaran adalah
sesuatu yang bermakna dan memberi kesan kepada pembelajaran murid.
Perkembangan murid juga dipengaruhi oleh tahap pendedahannya kepada sumber
teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Mok Soon Sang, 2002).
Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh daripada
bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan
komputer. Seorang guru yang berkesan seharusnya berupaya menggunakan setiap
sumber dan mengaplikasikan segala maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber
tersebut untuk dijadikan bahan pembelajaran dan pengajaran kepada muridnya (Mok
Soon Sang, 2002).
Selain itu juga seorang guru yang berkesan akan dapat menghasilkan prestasi kerja
yang baik dan tidak akan melakukan tugasan yang diberikan secara sambil lewa sahaja
(Drs. Syaiful Bahri Djamarah, 2000). Guru yang berkesan akan melibatkan diri secara
menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran murid, sekolah dan masyarakat.
Justeru itu, mereka akan memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjaya
memandangkan sebahagian besar masa seorang guru dihabiskan untuk memikir,
merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas (Sufean Hussin, 1993).
Kejayaan, keberkesanan dan kecemerlangan sekolah terletak pada seluruh sistem,
nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap
waktu oleh setiap murid, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus
kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya

terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru
sendiri. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru anda haruslah berupaya menjadi
guru yang berkesan demi membantu mencapai matlamat pendidikan negara.
Untuk menjadi guru berkesan kita perlu berubah. Kita perlu membuat anjakan
paradigma. Setiap guru perlu melakukan lonjakan quantum dengan merubah dan
meruntuhkan tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Memolak Perubahan
(Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku The One Minute Manager
menyatakan bahawa kita lumrahnya begitu sukar menerima perubahan, Beliau
menyatakan bahawa perubahan yang kita terima akan membolehkan kita mencapai
kejayaan, Untuk mencipta kejayaan, kita perlu mengubah diri dan mengubah sikap.
Plato berkata, Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri. Garfield
pula berkata, Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang
mengubahnya.
Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan
perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen
Covey (1989) dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People
menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status
orang-orang yang paling berkesan iaitu tahap kejayaan peribadi dan kejayaan
umum. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang yang ingin mencipta
kejayaan peribadi adalah;
i. Jadilah proaktif (Be Proactive)
ii. Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind)
iii. Buat dahulu perkara pertama (Put First Thnings First)
Bagi mencipta kejayaan umum (dalam hubungan interpersonal) tabiat (habit) yang perlu
diamalkan adalah;
i. Fikirkan menang/menang (Think Win/Win)
ii. Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand and then to be
understood)
iii. Sinergi (Synergize)
iv. Tahamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Untuk mencapai kejayaan peribadi, kita perlulah berkebolehan menguruskan hubungan
interpersonal. Ini bermaksud setiap guru perlu bijak berinteraksi dengan orang di dalam
organisasi, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Kemahiran hubungan interpersonal akan
memberikan kesan dan pengaruh terhadap perkembangan peribadi guru dan murid.
Kemahiran ini juga akan memberikan kesan kepada keberkesanan guru dalam konteks

yang lebih luas, sama ada untuk menguruskan bahan pengajaran mahupun
meningkatkan imej kendiri guru.
Guru yang berkesan seterusnya akan membuat dahulu perkara pertama (Put First
Thnings First) yang maksudnya kita mengamalkan pengurusan masa yang kemas dan
sistematik, mengutamakn prioriti tindakan serta tidak suka menangguh kerja.
Pengurusan kerja yang efisien akan menjadikan seorang guru menguruskan tugasan
harian dengan lebih berkesan dan segala tugas serta tanggungjawab dapat
disempurnakan dengan cemerlang. Guru yang berkesan akan berupaya menjadi
seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yang boleh
menjadi role model kepada orang-orang lain, sama ada kepada rakan sejawat mahupun
kepada para murid.
Guru yang berkesan seharusnya berupaya untuk memajukan sekolah dan setiap
tindakan yang diambil hendaklah berfokuskan kepada;
i. Pencapaian matlamat murid dan sekolah iaitu pelajaran dan pencapaian akademik
para murid
ii. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan murid dan kelas
menjadi tidak kondusif
iii. Membentuk atau mewujudkan budaya baharu bagi menggantikan budaya yang
sedia ada melalui atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif
iv. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian
matlamat-matlamat sekolah melalui pengajaran yang berkesan
Salah satu apek penting untuk menempa kejayaan dalam perkhidmatan ialah
pendekatan positif terhadap disiplin, keberkesanan dalam hubungan meningkatkan
mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya mutu output iaitu
pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam
bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa The positive approach to
discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next
time. Oleh yang demikian, anda seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga
kepada aspek next time ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan
tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan
konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA
(yakni Plan-Do-Check-Act).
Guru yang berkesan boleh menjadi model kepada murid dan rakan sejawat. Murid juga
akan lebih mudah mendekati guru yang berjaya melaksanakan pengajaran secara
berkesan. Keberkesanan seorang guru juga sentiasa didorong oleh motivasi yang tinggi
dan mampu menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada muridnya dengan cara yang
kreatif, proaktif, dan inovatif. Guru yang berkesan akan sentiasa mengamalkan
pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

Posted by galaduit at 9:21 PM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Friday, August 5, 2011
Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar
Cabaran Guru Permulaan
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru
Guru Cekap :
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi
khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.
Guru Mahir
- Terbaik dalam bidang
- Menjadi teladan profesionalisme
- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum
Guru Pakar
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.
Posted by galaduit at 12:40 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :


1) Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2) Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3) Ciri intelektual suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai
kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.
Prinsip Guru Cekap :
- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap
- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid
semangat belajar bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif
Guru Berkesan

Ciri guru berkesan :


- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai ilmu,
berpesonaliti sihat dan serba boleh.
Guru Mahir
- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan
sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan
maksima
- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.

Guru Berintelek
- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari
dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)

Guru mahir perlulah :


- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan
mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik
- Dapat memberikan motivasi yang berkesan
- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara
sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer.
Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah
Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran
tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.
Sahsiah guru pakar :
- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etikaperkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- role model kepada warga pendidikan
Pengetahuan guru pakar :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar
Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej
yang berkesan.
Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai
pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan
berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Guru Permulaan
1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG
atau university
2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam
konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.
3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.
Fokus isu :
- Guru baru sering menghadapi masalah :
guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid
Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan:
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial