Anda di halaman 1dari 9

2014

KAMPUS TEKNIKAL B
KOLEJ YAYASAN SABAH
By rasmundo

[WHEEL ALIGNMENT,
CAMBER, TOE AND CASTER]
TUJUAN MODUL INI ADALAH BAGI MEMBANTU PARA PELAJAR DIPLOMA SANDWICH MENJALANI
LATIHAN PRAKTIKAL PERSEDIAAN VERIFIKASI SKM BAGI TAJUK WHEEL ALIGNMENT.

KOLEJ YAYASAN SABAH


VERIFIKASI SKM SANDWICH DIPLOMA
RASMUNDO

PENJAJARAN RODA, CAMBER, TOE DAN CASTER


1.0 Pengenalan kepada penjajaran roda (wheel alignment)
Kesemua roda suatu kenderaan yang selesai melalui proses penjajaran roda (wheel
alignment) telah dilaras supaya menuju ke arah yang sama.
1.1 Masalah-masalah yang disebabkan oleh penjajaran roda yang tidak betul pada kenderaan:

Kehausan tayar yang berlebihan.


Penggunaan bahan api berlebihan disebabkan oleh peningkatan rintangan bergolek
(rolling resistance).
Ciri-ciri kawalan kenderaan (handling) yang tidak selamat.
Kehausan komponen sistem gantungan (suspension) berlebihan.

Kita memeriksa dan membaiki tiga sudut utama semasa melakukan penjajaran roda. Sudutsudut ini ialah toe, caster dan camber. Sudut toe akan menyebabkan tayar haus dengan
cepat sekiranya tidak dilaras dengan betul. Melaras sudut-sudut camber dan caster
membolehkan kenderaan dipacu lurus ke depan dan membantu mengurangkan kehausan
tayar. Melaras setiap sudut mengikut spesifikasi tidak cukup. Untuk melakukan penjajaran
roda dengan sebaiknya, kita perlu memahami bagaimana sudut-sudut utama penjajaran
roda berkait antara satu sama lain.
2.0 Apakah camber?

Camber adalah sudut yang terbentuk oleh condong ke dalam atau ke luar suatu tayar
merujuk kepada garisan tegak dari permukaan jalan (rajah 1).
Sudut ini diukur dalam darjah (degrees).
Camber adalah positif bila bahagian atas roda condong ke luar (menjauhi badan
kenderaan)
Camber adalah negatif bila bahagian atas tayar adalah condong ke dalam (mendekati
badan kenderaan).
Zero camber (camber pada sudut 0) bermaksud roda adalah tegak dan tidak condong
ke dalam atau ke luar.

Rajah 1 Kanan camber positif, kiri camber negatif.


1

KOLEJ YAYASAN SABAH


VERIFIKASI SKM SANDWICH DIPLOMA
RASMUNDO

Zero camber membolehkan beban diagihkan dengan sekata ke setiap bunga tayar.
Pada camber negatif , beban dikenakan ke atas bunga tayar sebelah dalam (rajah 2).
Pada camber positif, beban dipindahkan ke bahagian luar tayar.

Rajah 2 Kanan kehausan tayar di sebelah luar tayar pada camber positif, kiri kehausan tayar di
sebelah dalam tayar pada camber negatif.
2.1 Camber dan fenomena kenderaan tertarik (vehicle pull)
Selain kehausan pada tayar, pelarasan camber yang tidak tepat juga memberi kesan kepada
kawalan pemanduan (handling).Sekiranya semua faktor yang lain adalah sama, kenderaan
akan tertarik ke bahagian yang mempunyai camber paling positif. Sebagai contoh, roda
sebelah kiri mempunyai camber 0 sementara roda sebelah kanan mempunyai camber
positif 1 maka kenderaan akan tertarik ke sebelah kanan (rajah 3).

Rajah 3 Kenderaan tertarik ke roda dengan camber yang lebih positif

KOLEJ YAYASAN SABAH


VERIFIKASI SKM SANDWICH DIPLOMA
RASMUNDO

Rajah 4 Roda tertarik ke roda yang lebih positif secara bandingan. (Zero camber adalah lebih
positif berbanding camber bernilai negatif)
Walaupun camber tidak bernilai positif pada kedua-dua bahagian, ia masih akan tertarik ke
bahagian yang lebih positif. Sebagai contoh, roda sebelah kanan adalah -1 manakala roda
sebelah kiri adalah 0. 0 adalah lebih positif daripada -1, maka kenderaan akan tertarik ke
sebelah kiri (rajah 4).
Camber menyebabkan kenderaan tertarik (pulling) disebabkan conicity (kekonan). Ini
bermakna bentuk kon terhasil apabila kita mengambil kira titik pertemuan garis tengah roda
dengan permukaan kenderaan. Sekiranya kita menggolekkan kon, ia akan berpusing di
dalam satu bulatan. Perkara yang sama akan berlaku bagi kon yang terhasil akibat camber
positif. Kenderaan akan berpusing di dalam suatu bulatan di sekeliling titik pertemuan garis
tengah roda dengan jalan (rajah 5).

Rajah 5 Kenderaan berpusing di dalam bulatan akibat roda yang berbentuk kon
Juruteknik berpengalaman mengambil kira pelarasan camber serta kesan kekonan untuk
memampas rekabentuk road crown pada jalan dan beban penumpang.
3

KOLEJ YAYASAN SABAH


VERIFIKASI SKM SANDWICH DIPLOMA
RASMUNDO

3.0 Apakah Toe?


Total toe (jumlah toe): sudut yang dibentuk oleh dua garisan melintang yang melalui
bahagian tengah kedua-dua tayar (rajah 6).

Rajah 6 Kanan toe in bagi total toe, kiri toe out bagi total toe
Toe in (bagi total toe): garisan-garisan melintang bertemu di hadapan kenderaan.
Toe out (bagi total toe): garisan-garisan melintang bertemu di belakang roda.

Rajah 7 Kiri toe in bagi individual toe, kanan toe out bagi individual toe
Individual toe: Sudut yang dilukis dengan suatu garis dilukis melalui satah satu roda bertemu
dengan *thrust line kenderaan (rajah 7).
Toe in (bagi individual toe): Garisan-garisan melintang bertemu di hadapan roda.
Toe out (bagi individual toe): Garisan-garisan melintang bertemu di belakang roda.
*Thrust line adalah pembahagi total toe bagi axle kenderaan (rajah 8).

Rajah 8 Thrust line


4

KOLEJ YAYASAN SABAH


VERIFIKASI SKM SANDWICH DIPLOMA
RASMUNDO

3.1 Kesan toe kepada tayar


Toe yang berlebihan akan menyebabkan kehausan pada bahagian tepi tayar.

Rajah 9 Toe-in berlebihan menyebabkan kehausan pada bahagian tepi tayar sebelah luar.

Toe-in yang berlebihan menyebabkan kehausan di bahagian luar tayar (rajah 9).

Rajah 10 Toe-out berlebihan menyebabkan kehausan pada bahagian tepi tayar sebelah dalam.
Toe-out yang berlebihan menyebabkan kehausan di bahagian dalam tayar (rajah 10).

4.0 Apakah dia caster?


Caster adalah sudut yang terbentuk oleh garisan yang melalui titik-titik pangsi roda merujuk
kepada garisan menegak. Apabila menerangkan tentang sudut caster, lihat roda daripada
bahagian tepi (rajah 11). Sekiranya titik pangsi atas berada betul-betul di atas pangsi bawah,
roda berada pada caster 0.
Caster positif: Titik pangsi atas adalah lebih dekat kepada bahagian belakang kenderaan
berbanding pangsi bawah (rajah 11 - atas).
Caster negatif: Pangsi atas lebih dekat ke bahagian hadapan kenderaan berbanding titik
pangsi bawah (rajah 11 bawah kanan).
5

KOLEJ YAYASAN SABAH


VERIFIKASI SKM SANDWICH DIPLOMA
RASMUNDO

Hampir kesemua kenderaan moden ditetapkan supaya mempunyai caster positif. Caster
negatif pernah ditetapkan pada kenderaan lama untuk mengurangkan daya mengawal
stereng.
Sudut caster kenderaan yang positif berfungsi sama seperti caster pada shopping cart
(kereta sorong yang digunakan di pusat membeli belah)(rajah 11 bawah kiri). Pangsi
garisan roda bertemu dengan lantai, di hadapan garis tengah roda. Dengan sudut positif
caster, roda mengikut arah kita menolak. Ini menyebabkan roda-roda kenderaan untuk ikut
bergerak lurus dan kembali ke tengah semasa membelok.

Rajah 11 Atas caster positif, Bawah kanan caster negatif,


Bawah kiri Caster pada shopping cart

4.1 Caster dan kesan tarikan pada kenderaan (vehicle pull)


Kenderaan akan tertarik ke bahagian caster yang lebih negatif. Caster tidak menyebabkan
kehausan tayar secara langsung, tetapi sudut caster boleh menyebabkan toe untuk berubah.
Lebih positif sudut caster, roda-roda akan menjadi toe in. Sudut caster yang terlalu sedikit
atau berlebihan boleh menyebabkan toe berubah. Sudut caster yang lebih positif
menyebabkan roda-roda menjadi toe in.
6

KOLEJ YAYASAN SABAH


VERIFIKASI SKM SANDWICH DIPLOMA
RASMUNDO

Caster juga boleh mengubah camber. Disebabkan sudut caster, roda-roda akan condong
apabila dipusingkan menjauhi bahagian tengah kenderaan. Disebabkan ini, caster perlu
dilaras terlebih dahulu mengikut spesifikasi, sebelum camber dan toe dilaras.
Sudut caster merupakan sudut yang tidak begitu mempengaruhi kehausan tayar, oleh itu ia
boleh digunakan untuk memastikan kenderaan bergerak lurus pada jalan raya yang
mempunyai road crown. Dengan melakukan pelarasan caster mengikut spesifikasi, kita boleh
membuatkan kenderaan tertarik ke mana-mana bahagian kenderaan.
5.0 Apakah road crown?

Rajah 12 Road crown pada jalan raya bagi membolehkan air mengalir ke dalam parit.
Road crown adalah keadaan jalan yang sedikit condong ke bahagian tepi jalan. Rekabentuk
jalan ini bertujuan untuk memudahkan air mengalir ke bahagian tepi jalan dan terus ke parit
(rajah 12). Oleh itu, jurutera membuat pelarasan supaya penjajaran roda membuatkan
kenderaan tertarik sedikit ke satu bahagian kenderaan supaya apabila berada pada
permukaan jalan kenderaan akan bergerak lurus ke hadapan. Sekiranya semasa penjajaran
roda (wheel alignment) semua roda lurus ke hadapan, apabila kenderaan berada pada
permukaan jalan seperti dalam rajah 12, kenderaan boleh tertarik ke sebelah kanan.
Seorang juruteknik yang mahir akan memandu kenderaan ke laluan yang diketahui, sebelum
melakukan penjajaran roda. Daripada uji pandu tersebut, mereka akan menilai kesan road
crown pada kenderaan tertentu. Juruteknik tersebut mungkin akan melaras caster dan/atau
camber untuk mendapatkan pemanduan yang lurus tanpa menyebabkan kehausan pada
tayar.

KOLEJ YAYASAN SABAH


VERIFIKASI SKM SANDWICH DIPLOMA
RASMUNDO

Contoh soalan-soalan penilaian semasa verifikasi


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Apakah tujuan utama melakukan wheel alignment?


Apakah maksud camber, camber positif dan camber negatif?
Bagaimanakah camber mempengaruhi keadaan tayar?
Bagaimanakah camber menyebabkan vehicle pull?
Apakah maksud total toe, individual toe, toe-in dan toe-out?
Apakah kesan toe-in yang berlebihan kepada kenderaan?

Rujukan
http://www.agcoauto.com/content/news/p2_articleid/176
http://www.hunter.com/alignment/hd/995T-2.pdf

SELAMAT BERJAYA!