Anda di halaman 1dari 14

PEMARKAHAN

PPG PJJ SEMESTER 1


SESI 2014/2015
KRB3063
PENGHAYATAN KARYA AGUNG

TAJUK
TUGASAN B

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NOORLIES BINTI SUKUR

KUMPULAN : UPSI30(A141PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK GHAZALI BIN DIN


TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2014

NO. MATRIK
D20112054887

BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.

PENGENALAN

2.

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

3.

AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA

4.

AKTIVITI PENERAPAN KEDUA

12

5.

RUMUSAN

13

6.

RUJUKAN

14

4-9

10 - 11

1.

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya
membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat
menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak
menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya
mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.
Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan,
teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga
berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan
pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya
pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak
disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin
dipupuk.

2.

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk
mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian pengajaran
tertentu (Mangantar Simanjuntak,1981:57)
Teknik pengajaran merupakan ciri-ciri khusus yang ada pada sesuatu prosedur
pengajaran seperti langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan, cara penyampaian bahan
dan alat bantu mengajar. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan
dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Tujuan teknik- teknik ini digunakan dalam
pengajaran bahasa adalah kerana untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan
membangkitkan rasa ingin tahu murid.
Antara teknik-teknik pengajaran bahasa ialah :
2.1 Teknik latih tubi
Teknik ini merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuannya adalah
untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini
boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,
ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu.
Teknik ini berasaskan kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut (audio lingual) yang
biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Berdasarkan teknik ini, perhatian
diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu sebutan, tatabahasa,
perbendaharaan kata, kefasihan, dan kefahaman.
Teknik ini dikenali juga dengan menghafaz. Antara pengalaman teknik ini ialah ia
mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu,
teknik ini amat dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan
ulangan.
2.2 Teknik simulasi
Teknik simulasi boleh didefinisikan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini, pelajar akan dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat
isi penting.
Dalam proses ini, pelajar digalakkan untuk memberikan pendapat, cadangan,
membuat

keputusan

dan

menyelesaikan

masalah

berdasarkan

peranan

yang

dipertanggungjawabkan. Teknik ini memberi pelajar peluang untuk mengalami sendiri situasi
dan masalah. Terdapat pelbagai kemahiran yang dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
dalam teknik ini terutamanya kemahiran lisan, membaca dan menulis. Melalui teknik ini,
pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.
2.3 Teknik main peranan
Main peranan boleh ditakrifkan sebagai melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa
yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tidak
memerlukan penghafalan skrip. Pelakon-pelakon perlu menyelesaikan atau menjelaskan
situasi kepada pelajar-pelajar yang lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka
berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan
pemikiran

masalah

yang

sesuai.

Masalah

dikemukakan

kepada

pelajar

dengan

membacakannya atau memperlihatkan melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan


sebagainya.
2.4 Teknik sumbang saran
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu
sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan
idea. Teknik ini boleh dimulakan dengan aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah
rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada
peringkat sekolah menengah, universiti, dan latihan profesional. Teknik sumbang saran ini
menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran
secara bertulis.
2.5 Teknik permainan bahasa
Permainan bahasa merupakan salah satu cara adalah mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan pelajar dalam permainan telah memberikan mereka peluang untuk
memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa


pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Hala tuju ini di interpretasikan melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan
keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
2.7 Teknik soal jawab
Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan popular dalam dunia pendidikan.
Pemilihan teknik ini adalah kerana bentuknya yang mampu mewujudkan interaksi yang lebih
berkesan antara guru dengan murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran yang memerlukan pelajar
berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar dan pelajar dikehendaki
memberikan tindak balas yang sewajarnya. Soalan yang terancang dan bermutu dapat
menajamkan pemikiran pelajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik dan berkesan. Tujuan utama teknik soal jawab adalah untuk mengesan pengetahuan
berbahasa murid, menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, inovatif, logik dan kritis serta
untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
2.8 Teknik bercerita
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang menarik minat dan perhatian
pelajar. Melalui teknik ini, latihan pemahaman , perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan
murid dapat dipertingkatkan.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberikan kepada teknik persembahan, suara,
gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting. Ia haruslah dikawal
supaya tidak mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah guru perlulah memilih
cerita-cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid serta sesuai dengan isi
pelajaran yang hendak disampaikan. Selepas itu guru perlu mengkaji cerita itu dan
memasukkan aspek-aspek bahasa. seterusnya guru perlu menghafaz frasa atau ayat-ayat

penting dan berlatih bercerita sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Langkah yang seterusnya ialah guru perlu bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh
menggunakan gambar, objek sebenar atau lain-lain BBM. Akhir sekali guru perlu
menyediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan.

2.9 Teknik drama


Teknik ini sering kali digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audio lingual. Tujuan utama teknik ini
adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur para linguistik (jeda, nada,
intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat
mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata
pelajaran yang dipelajarinya.
Melalui teknik ini pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi
dan berkongsi sesuatu serta dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. Teknik drama berperanan
sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
2.10 Teknik Inkuiri
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Teknik ini merangkumi aspek soal selidik
untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Melalui teknik
ini, daya refleksi dalam kalangan pelajar dapat ditimbulkan. Teknik ini merupakan satu
kaedah pengajaran yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti dalam
kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat
melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Teknik ini dapat memberi latihan sebenar
dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik ini adalah
proses mengenali masalah, mengkaji ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis, dan
membuat rumusan.
2.11 Teknik perbincangan

Teknik perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluarkan dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuan teknik ini adalah untuk melatih pelajar mengeluarkan
fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
Teknik ini merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang
dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah pemantauan seorang guru. Pelajar akan
bekerjasama antara satu sama lain dalam melontarkan pandangan masing-masing mengenai
sesuatu topik atau perkara yang diberi misalnya dalam mesyuarat, forum, seminar, bengkel,
bahas dan debat. Melalui perbincangan, murid mempunyai peluang dan ruang untuk bercakap
terutama ketika dalam aktiviti separa normal. Latihan ini bukan sahaja dapat menajamkan
minda murid malah dapat melatih murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
Peranan guru akan sentiasa berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar
sendiri. Bagi menjalankan teknik ini, terlebih dahulu guru perlu menarik minat murid
terhadap tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Kemudian, guru membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan dan memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan
untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Seterusnya guru
menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli
ahli kumpulan. Ketika proses perbincangan berlaku,guru harus bergerak dari satu kumpulan
ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan
mengarahkan perbincangan menghala ke arah yang betul. Setelah tamat sesi perbincangan,
guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatat di
papan tulis mengikut kepentingan. Setelah di bincang, guru bolehlah menjalankan aktiviti
penulisan dan sebagainya.
2.12 Teknik forum
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk
mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk yang dilakukan secara
formal. Teknik forum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai dijalankan kerana
pelajar akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan secara langsung untuk meningkatkan
kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Bagi
menjalankan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar
selaras dengan kemahiran, pencapaian dan peringkat umur mereka. Teknik ini memerlukan
persediaan yang rapi sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
2.13 Teknik perbahasan

Teknik perbahasan sesuai diajar di semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Bahas
merupakan pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan
alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik ini mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Antara manfaat penggunaan teknik ini ialah dapat memperkembangkan kecekapan
berkomunikasi dengan berkesan, melatih murid berfikir dengan pantas dan melahirkan buah
fikiran dengan tepat, teratur dan bernas, membolehkan murid menguasai kemahiran
berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Selain itu melalui teknik ini juga dapat melatih murid untuk mengemukakan hujah
secara rasional, kritis dan membidas, melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan
membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas
dalam kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya dapat
membantu perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif,
peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
2.14 Teknik kuiz
Aktiviti kuiz merupakan aktiviti pertandingan yang meliputi pertandingan antara pelajar.
Tujuan teknik ini diperkenalkan adalah kerana guru dapat mengukuhkan dan memantapkan
pemahaman pelajar mengenai sesuatu topik. Selain itu, pelajar dapat mengulang kaji sambil
bergembira, dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan
secara teka-teki. Pelajar juga dapat belajar kaedah berfikir yang baru serta dapat membantu
pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan
bahasa yang tepat.
Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu
menjalankan teknik kuiz secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan
penutup serta menjadikan kuiz sebagai aktiviti rangsangan, pengayaan, pemulihan dan
pengukuhan.

3.

AKTIVITI MAIN PERANAN

3.1 Main Peranan


Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan,
sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi
sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan kadangkala
disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi
individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.
Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan
berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu.
Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid
hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang
peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber
tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut
keperluan.
Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan
berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak
memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.
Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan justifikasi
terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama penuh watak, umur
,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan
kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan.
Disamping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis diskripsi watak, melukis potret,
dan membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak. Guru boleh
memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran murid, cerita rakyat, cerita
yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan
gambar.

3.2 Langkah-langkah Main Peranan


i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan
ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat
dalam situasi itu dan tempoh berlakon

10

iii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.


iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah
yang timbul dalam situasi .
v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan
masalah
vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

11

4.

AKTIVITI BERCERITA

4.1 Bercerita
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang
sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat menarik minat dan perhatian murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,
gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus
dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid.
Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa
terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik
ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,
intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.
4.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.
i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid.
ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain
Bahan Bantu Mengajar.
viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan.
tersebut.

12

5.

RUMUSAN

Improvisasi dalam teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah patut
dilaksanakan kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan
sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan
budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi,
kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi.
Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk
berinteraksi berdasarkan teknik yang digunakan secara spontan ia juga dapat menggalakkan
murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan
penguasaan perbendaharaan kata mereka
Dalam proses penglibatan mereka dalam pelbagai teknik pengajaran bahasa guru
boleh juga memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan
sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan
dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat
segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikr terlebih dahulu
sebelum mula membuat sebarang keputusan.
(2,547 patah perkataan)

13

6.

RUJUKAN

Naffi Mat. 2009. Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Kamaruddin bin Hj. Husin.1986. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.
Selangor:Sarjana(M) Sdn.Bhd
Kok Boh Boon.1981. Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publication and
Distributors Sdn. Bhd.
Mangantar Simanjuntak.1982. Aspek bahasa dan pengajaran. Kuala Lumpur:Sarjana
Enterprise.
Vincentius Santosa & Iin Mensah Mulyani. 2008. 100 Permainan Kretaif untuk Outbond &
Training. Yogjakarta: Penerbit ANDI.

14