Anda di halaman 1dari 10

Wednesday, March 17, 2010

Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom adalah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis
bidang-bidang pendidikan. la berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang
melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Taksonomi ini
menyatakan bahawa kita boleh mengajar bukan sahaja perkara-perkara yang
berkaitan dengan menghafaz dan mengingat sahaja tetapi juga boleh mengajar
objektif-objektif yang lebih kompleks daripada itu.
Dalam taksonomi tersebut, ada tiga bidang besar yang menjadi tujuan
pendidikan yang sebenar:
(a) bidang kognitif
(b) bidang afektif
(c) bidang psikomotor
Bidang kognitif ada kaitannya dengan aktiviti mental, bidang psikomotor
bersangkut-paut dengan aktiviti fizikal dan bidang afektif adalah menitikberatkan
kesikapan, emosi dan perasaan.
Ketiga-tiga bidang pendidikan ini terkandung dalam sukatan-sukatan pelajaran
yang digunakan di sekolah-sekolah. Di institut pendidikan guru perguruan pula,
penglibatan kepada ketiga-tiga bidang ini memang wajar, kerana objektif kursus latihan
perguruan adalah juga tidak terkecuali daripada menitikberatkan bidang-bidang
pengetahuan, kemahiran-kemahiran mengajar (psikomotor) dan proses pembentukan
peribadi guru yang baik (afektif).
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pemeringkatan kemahirankemahiran telah didasarkan kepada model Taksonomi Bloom bertujuan agar guru-guru
dapat mengelolakan pengajaran bahasa dengan baik dan di samping itu pula dapat
memilih bahan-bahan pengajaran yang secocok dengan umur, minat dan kebolehan
murid-murid mereka. Guru-guru akan lebih mudah mengkaji bahan-bahan rujukan,

mengumpul dan mengkaji pelbagai jenis soalan serta membina pelbagai jenis soalan
itu berdasarkan sesuatu bahan tertentu.

Prinsip-prinsip organisasi Taksonomi Bloom berdasarkan kepada perkara-perkara


berikut:

la

seharusnya

berdasarkan

sistem

klasifikasi

pendidikan

lojik

dan

psikologikal.

la

harus

memberi

kepentingan

kepada

pertimbangan-pertimbangan

pendidikan.
la harus merupakan satu klasifikasi yang lojik dan tiap-tiap istilah hendaklah
didefmisikan setepat yang mungkin dan digunakan secara tekal.
la seharusnya sesuai dengan prinsip-prinsip dan teori-teori psikologi yang
berkaitan dan telah diterima

Taksonomi Bloom
Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yang
konsisten (Bloom, 1964). Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem pengelasan
objektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa tepat yang mungkin
serta disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Susunan daripada objektif
pendidikan yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu rangka bagi kategori matlamat
pendidikan; yang akan memudahkan guru untuk menentukan tahap penguasaan murid mereka.
Taksonomi perlu diuji agar selaras dengan bukti secara teoritikal dan empirikal. Dalam bidang
pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif pendidikan adalah perlu dalam usaha membantu
membincangkan penilaian dengan lebih tepat lagi. Soalan-soalan seperti: Apakah murid benarbenar tahu?, Adakah murid benar-benar faham? Adakah mereka mampu menghitung jumlah
sesuatu masalah matematik?; seringkali kita anggap mempunyai pengelasan yang sama. Jika kita
teliti lebih lanjut, terdapat perbezaan antara murid yang benar-benar tahu, benar-benar faham dan
yang boleh menghitung jumlah. Oleh itu, pengwujudan satu sistem pengelasan standard
(taksonomi) akan memudahkan guru dan pensyarah mendefinisikan istilah objektif pendidikan
agar dapat difahami oleh mereka semua. Taksonomi seharusnya menjadi sumber bantuan
terhadap perkembangan kurikulum dan instrumen penilaian. Perspektif mengenai penekanan
kepada tingkah laku murid yang tertentu (Contohnya: kebolehan menghitung) akibat daripada
penglibatan dalam sesi pengajaran, dapat dikenal pasti oleh guru. Oleh itu guru akan dapat
mengelompokkan matlamat sesuatu pengajaran ke dalam kategori yang spesifik. Dengan itu,
pengalaman pembelajaran dan instumen penilaian dapat digubal dengan lebih mudah kerana
matlamat pendidikan diketahui dengan jelas oleh guru.
Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudul Taxonomy
of Educational Objectives Book 1 Cognitive Domain yang mencadangkan pengelasan objektif
domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen ini disusun berdasarkan hirarki
daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom.
Komponen pengetahuan melibatkan murid mengingat kembali perkara khusus dan
universal, mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak struktur
atau latar belakang. Komponen kefahaman melibatkan murid menggunakan bahan yang
dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan bahan lain. Hal ini tercapai apabila
murid mampu membuat terjemahan, penafsiran dan ekstrapolasi apa yang dipelajari oleh mereka.
Komponen aplikasi pula melibatkan murid menggunakan apa yang telah dipelajari dalam satu
situasi baru yang khusus dan konkrit. Sementara komponen analisis pula melibatkan pemecahan
sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan perbezaan dapat
menghuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Manakala
komponen sintesis memungkin murid untuk menggabungkan unsur atau bahan supaya
membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan. Dengan ini satu pola atau struktur akan terbentuk
akibat daripada unsur atau bahan yang digabungkan. Komponen terakhir adalah penilaian di
mana murid akan menggunakan pertimbangan kualitatif dan/atau kuantitatif mengenai nilai
bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria yang telah ditetapkan.

Taksonomi Yang DiUbah Suai


Pada bulan November, 1996 Lorin Anderson yang merupakan bekas anak murid Bloom bersama
David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom. Usaha ini
didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik taksonomi ini sesuai dengan peredaran
masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pakar psikologi kognitif, pakar teori
kurikulum, pemimpin pendidikan serta pakar pengujian dan pentaksiran. Usaha ini telah
berlangsung selama enam tahun. Akhirnya pada tahun 2001, mereka telah menerbitkan hasil
penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan
penekanan (Forehand, 2004). Rajah 1(a) dan 1(b) di bawah ini menunjukkan perbezaan tersebut.

HOTS

LOTS

Rajah 1(b): Versi Disemak Semula

Rajah 1(a): Versi Lama

Perubahan Istilah
Rajah 1(a) menunjukkan taksonomi yang lama dan Rajah 1(b) pula mengemukakan taksonomi
bagi versi yang disemak semula. Perubahan yang paling ketara adalah terhadap istilah yang
digunakan iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan pendapat bahawa taksonomi ini merupakan satu
proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang menjelaskan
tentang tindakan yang dibuat.
Daripada segi istilah juga, perkataan pengetahuan telah diubah kepada mengingat.
Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir, maka istilah mengingat adalah
lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir. Istilah kefahaman pula diubah kepada
memahami. Sementara itu, sintesis diubah kepada mencipta. Dalam hal ini, versi yang lama
meletakkan sintesis di bawah penilaian dalam hirarki taksonomi. Manakala bagi versi
disemak semula, mencipta merupakan puncak bagi hirarki tersebut. Dalam hal yang berkaitan,
berfikir secara kreatif (mencipta) adalah lebih kompleks daripada berfikir secara kritikal
(menilai). Seseorang murid boleh berfikir secara kritikal tanpa menjadi kreatif tetapi murid yang
kreatif memerlukan cara berfikir yang kritikal. Dengan itu, menilai seharusnya berada pada
hirarki yang lebih bawah daripada mencipta.
Istilah-istilah baru tersebut didefinisikan seperti yang terdapat dalam Jadual 1 di bawah ini.
Jadual 1: Istilah dan definisi bagi Taksonomi Bloom yang disemak semula
Istilah
Mengingat

Definisi
Mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula
pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang.
Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ...

Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?


Memahami

Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui


menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat
ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan.
Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat
parafrasa, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?

Mengaplikasi

Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu.


Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ...
Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalam
situasi biasa yang lain?

Menganalisis

Menilai

Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana


bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap
struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur dan
attributing.
Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ...
Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-bahagian
kecil?
Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui
semakan dan kritikan.
Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan
atau tindakan yang diambil?

Mencipta

Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang


koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur
baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan.
Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru atau
pandangan yang baru?

Perubahan Struktur
Taksonomi Bloom yang lama mempunyai hanya satu dimensi. Manakala versi yang disemak
semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses Kognitif.
Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang dipelajari yang dibahagikan
kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep, prosedur dan metakognitif. Dalam hal ini,

metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap kefahaman diri dan mampu memperbaiki
kefahaman tersebut jika berlaku kesalahfahaman. Sementara Dimensi Proses Kognitif
memfokuskan proses yang digunakan untuk belajar iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. Jadual 2 di bawah menunjukkan hal ini.
Jadual 2: Taksonomi Bloom yang disemak semula
Dimensi
Pengetahuan
Pengetahuan
fakta
Pengetahuan
konsep
Pengetahuan
proses
Pengetahuan
meta-kognitif

Dimensi Proses Kognitif


Mengingat
Senarai
List

Memahami
Ringkaskan
Summarise

Mengaplikasi
Klasifikasi
Classify

Menganalisis
Aturan
Order

Menilai
Susunan
Rank

Mencipta
Gabungkan
Combine

Terangkan
Describe

Interpret
Interpret

Eksperimen
Experiment

Hurai
Explain

Taksir
Assess

Rancangkan
Plan

Bentangkan
Tabulate

Ramalkan
Predict

Hitungkan
Calculate

Bezakan
Differentiate

Simpulkan
Conclude

Gubah
Compose

Kegunaan
sesuai
Appropriate
use

Laksanakan
Execute

Binakan
Construct

Rumuskan
Achieve

Tindakan
Action

Wujudkan
Actualise

Perubahan Penekanan
Bagi versi yang lama, Bloom menyatakan bahawa taksonomi tersebut telah digunakan secara
tidak dijangka (unexpectedly) oleh ramai orang (Bloom, 1956). Taksonomi ini sesuai digunakan
bagi murid di peringkat awal persekolahan mereka. Manakala taksonomi yang disemak semula
menekankan sasaran penggunaanya kepada pengguna yang lebih ramai. Sasaran ini termasuklah
murid di sekolah rendah, menengah serta pelajar di universiti atau kolej. Penekanan ini
berasaskan anggapan bahawa taksonomi yang disemak semula adalah alat yang lebih tulen
(authentic) untuk merancang kurikulum, penyampaian instruksional dan pentaksiran (ozTeacherNet, 2001) (dalam Forehand, 2004).
Contoh Ayat dan Aktiviti
Jadual 3: Contoh ayat dan aktiviti bagi taksonomi yang disemak semula
Kategori
Mengingat

Memahami

Contoh Permulaan Ayat


Apakah yang berlaku selepas ...?
Berapakah bilangan ...?
Apakah yang dimaksudkan...?
Siapakah orang ...?
Namakan ...?
Ceritakan apakah yang berlaku...
Siapakah yang bercakap ...?
Manakah yang benar atau palsu...?
Kenal pasti siapa...?
Namakan semua bahan ...?
Tuliskan dalam ayat anda sendiri.
Terangkan...
Apakah yang anda rasa akan berlaku
selepas ini?

Aktiviti dan hasil


Menyenaraikan kejadian utama.
Membuat jadual waktu peristiwa.
Membuat carta drpd fakta.
Menulis senarai drpd maklumat yang
boleh diingat.
Membaca sajak/puisi.

Menggunting atau melukis gambar


untuk menunjukkan peristiwa.
Melukis kartun untuk menunjukkan
turutan peristiwa.

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Mencipta

Siapakah yang anda fikir ...?


Apakah idea utama ...?
Lakarkan jalan cerita ...?
Terangkan mengapa watak tersebut ...?

Menulis dan membuat persembahan


berdasarkan satu cerita.
Menceritakan peristiwa dgn ayat sendiri.
Menulis laporan ringkas.
Menyediakan carta alir.
Membuat buku mewarna.

Adakah anda tahu maklumat lain


tentang ...?
Bolehkah anda kumpulkan mengikut
ciri seperti ...?
Apakah faktor yang anda akan ubah jika
...?
Apakah soalan yang anda akan tanya ...?
Daripada maklumat tersebut, bolehkah
anda membina set arahan ...?
Peristiwa
yang
manakah
tidak
seharusnya berlaku?
Jika ... berlaku, apakah kemungkinan
penamatnya?
Bagaimana ... sama seperti ...?
Apakah kemungkinan lain ...?
Mengapakah ... perubahan berlaku?
Terangkan apa yang sepatutnya berlaku
...?
Bolehkan anda bezakan ...?
Apakah punca di sebalik ...?
Apakah masalah dihadapi ...?
Adakah lebih baik ...?
Berikan hujah anda ...
Pertahankan pernyataan ...
Adakah baik atau buruk ...?
Bagaimanakah anda akan mengatasi
masalah ....?
Apakah perubahan yang ...?
Adakah anda percaya ...?
Apakah yang anda rasa, sekiranya ...?
Setakat manakah keberkesanan ...?
Sejauh manakah anda yakin ...?

Bina satu model untuk menunjukkan ...


Buat satu diorama untuk menunjukkan
...
Buat buku skrap berkaitan ...
Buat model tanah liat ...
Ambil koleksi gambar foto untuk
menunjukkan ...
Bina sebuah puzzle game.
Tuliskan buku teks berkaitan topik ...
Mereka bentuk soal selidik untuk
mendapatkan maklumat.
Menulis iklan untuk menjual produk.
Membuat carta alir untuk menunjukkan
peringkat kritikal.
Membina graf untuk menunjukkan
maklumat khusus.
Membuat
family-tree
untuk
menunjukkan pertalian.
Membuat drama ttg apa yang dipelajari.
Menulis biografi orang yang dikaji.
Menyediakan laporan.
Melaksanakan debat.
Menulis buku peraturan dan yakinkan
pembaca.
Menubuhkan
panel
untuk
membincangkan pandangan.
Menulis
surat
nasihat
terhadap
keperluan perubahan.
Menulis Laporan Tahunan.
Menyediakan
kertas
kes
untuk
menjelaskan pandangan.

Hasilkan satu binaan ...


Cadangkan
satu
penyelesaian
munasabah ...
Apakah akan berlaku sekiranya .?
Kemukakan kertas cadangan ...
Berapa banyak carakah ...?

Mencipta mesin.
Mereka bentuk bangunan.
Mereka produk baru.
Menulis tentang perasaan...
Menulis cereka, lagu, sajak...
Mereka bentuk kulit album

Kepentingan Taksonomi Bloom


Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam aras telah digunakan sejak lama dahulu oleh guru
di merata dunia. Taksonomi ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir dan
belajar. Pengelasan ini membantu guru mengukur keupayaan murid mereka. Aras yang tinggi
dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras yang lebih rendah. Contohnya, jika

seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti menganalisis; maka
mereka dianggap telah menguasai hirarki yang lebih bawah iaitu aktiviti mengingat, memahami
dan mengaplikasi.
Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan, taksonomi yang disemak
semula menyediakan alat yang lebih sesuai untuk digunakan oleh guru-guru. Struktur yang baru
memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkait dengan penyelarasan antara piawaian
dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan aktiviti (Krathwohl, 2002). Penyelarasan objektif
pendidikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan merupakan satu keperluan. Bagi
Malaysia, penyelarasan ini telahpun berlaku dengan wujudnya sistem pendidikan kita yang
berpusat. Oleh itu, penggunaan taksonomi yang disemak semula ini bukan merupakan masalah
yang besar bagi guru-guru di Malaysia.
Kesimpulan
Perubahan terhadap Taksonomi Bloom merupakan satu usaha murni untuk menjelaskan
kekaburan yang terdapat dalam mendefinisikan objektif pendidikan. Perubahan ini merupakan
satu input yang amat baik untuk kita renungkan agar proses penilaian yang kita laksanakan
terhadap murid atau pelajar kita lebih tepat. Perubahan terhadap istilah, struktur dan penekanan
memberikan satu perspektif yang berbeza kerana kita telah terbiasa dengan taksonomi yang
lama. Justeru itu, kefahaman mendalam tentang taksonomi yang baru akan memudahkan kita
menggunakannya dalam menguji, mengukur, menilai dan mentaksir murid atau pelajar. Dalam
hal ini, taksonomi yang baru, boleh digunakan untuk murid atau pelajar di peringkat awal
persekolahan hinggalah ke universiti.
Selama ini, warga pendidik di Malaysia telah menggunakan taksonomi yang lama secara
meluas sama ada di sekolah, pusat latihan atau universiti. Dan mungkin timbul persoalan dalam
minda kita, adakah perubahan ini kita perlukan. Atau kita ingin lihat perkara ini berlalu begitu
sahaja. Kita akan tentukan perkara ini secara bersama

Anda mungkin juga menyukai