Anda di halaman 1dari 22

BAB 1: BIMBINGAN DAN

KAUNSELING
1.1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1) Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi?

Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada


individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan
dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka
panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke
arah yang positif.

Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang


terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami
kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai
bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif
yang dipilih

Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang


untuk menyemak dan mengatur persepsinya terhadap diri dan
persekitarannya seterusnya bersedia menerima reality hidup dunianya.

2) Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling.

Persamaan
- Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk
melihat pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya
membantu klien membuat keputusan yang bijak.

Perbezaan (pendekatan yang digunakan)


Bimbinga
n

Kaunselin
g

Semasa proses bimbingan, Semasa bimbingan diberikan,


masalah klien diberikan
klien telah pun membuat
tumpuan dan layanan yang
keputusan terhadap sesuatu isu;
rapi;
klien hanya memerlukan
kemudian maklumat atau
maklumat lanjut dan nasihat
nasihat dibekalkan oleh
terhadap keputusannya itu.
seseorang pakar
(pembimbing/guru)
Semasa proses
Kaunseling dijalankan dalam
kaunseling, masalah klien
dua situasi:
1.
Membantu klien
dibincangkan bersama klien
mempertimbangkan satu-satu
dan kaunselor;
Di akhir sesi diharap klien
pilihan yang berpotensi dari
mendapat celik akar dalam
pelbagai sudut sebelum
mencari cara penyelesaian
membuat pilihan
2.
Membantu klien
serta berupaya membuat
mengubahsuai , mengukuh
keputusan yang baik.
atau mengetepikan satu-satu

pilihan yang telah dibuat.

3) Perbandingan KONSEP kaunseling dan psikoterapi.


Aspek
Pendeka
tan

Kaunseling
Tidak tertumpu kepada satu
pendekatan khusus sahaja.

Tempoh
latihan

Tempoh latihan singkat dan


kos yang lebih murah.
Kaunseling tidak bercorak terlalu
akademik dan berbentuk
pendidikan inklusif. Sesiapa
sahaja berpeluang mengikuti
kursus ini.

Fokus
isu

Isu-isu masa kini untuk


membantu individu berkembang
dan mencapai potensi
menangani isu yang timbul.

Seting

Pejabat atau pusat kaunseling


(bukan perubatan)
Satu hingga beberapa sesi

Tempoh
sesi

Psikoterapi
Berasaskan pendekatan
psikodinamik Frued, di mana
salah satu fokus latihan adalah
terhadap masa silam pesakit.
Mengambil masa yang lama.
Syarat pertama, terapis perlu
menjalankan sesi bersama
pesakit sebenar di bawah
penyeliaan terapis
berpengalaman.
Syarat kedua, terapis perlu
memiliki kelayakan akademik
sarjana muda.
Tertumpu kepada punca masa
lampau berhubung dengan
masalah neorosis dan psikosis
yang melibatkan perubahan
personaliti secara mendadak.
Klinik atau hospital
(bersifat perubatan)
Mengambil masa yang panjang
dan bertahun-tahun mengikut
kes-kes tertentu.

4) Perbandingan ASPEK antara bimbingan , kaunseling dan


psikoterapi.
Aspek
Konsep
asas

Bimbingan
Proses bantuan
kepada individu ke
arah pengetahuan,
pemahaman dan
kemahiran

Matlamat

Memberi nasihat,
panduan dan

Kaunseling
Proses interaksi
antara kaunselor
terlatih dengan klien
yang mengalami
kekeliruan kepada
memahami diri dan
persekitaran.
Mengatasi dan
menangani

Psikoterapi
Proses rawatan
psikologi yang
dijalankan oleh pakar
kepada pesakit ke
arah perubahan
persepsi terhadap
dunia realiti
Memulihkan
kekeliruan,

pengajaran kepada
pelajar yang
memerlukan
Seting

Sekolah, kolej,
institusi pengajian
tinggi.

Tempoh

Masa yang singkat


dan ringkas
Masalah peribadi,
akademik, keluarga
kerjaya, hubungan
interpersonal.
Kaedah pengajaran
dan nasihat

Jenis
masalah

Kaedah

Pihak
profesion
al
Sasaran

1.2

Guru biasa, guru


mata pelajaran, guru
bimbingan dan
kaunseling
Individu, kelompok
kecil atau besar

kekeliruan,
kebuntuan dan
kekusutan fikiran dan
perasaan klien
Sekolah, kolej,
institusi pengajian
tinggi, pejabat,
kilang dll.
Satu hingga lapan
sesi
Masalah peribadi,
akademik, keluarga
kerjaya, hubungan
interpersonal.
Kaedahn
perbincangan dan
pendidikan
Guru bimbingan dan
kaunseling, pakar
psikologi kaunseling

kecelaruan mental
dan emosi dalam
pembentukan
semula jiwa.
Hospital, klinik, pusat
perubatan.

Lebih daripada 6
bulan
Masalah neorosis
dan psikosis

Kaedah rawatan

Pakar psikologi
kaunseling klinikal
psikatris,
psikoanalisis
Individu, kelompok
Individu yang
kecil
mengalami masalah
psikologi
MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5) Apakah MATLAMAT bimbingan dan kaunseling?


1. Membantu klien mengubah
tingkah laku kepada
kehidupan yg lebih produktif
2. Membantu klien memulakan
dan meneruskan perhubugan yg
positif dgn org lain
3. Membantu klien mengurus diri
dengan lebih efektif apabila dlm
kesulitan
4. Membantu klien membuat
keputusan dengan rasional
5. Membantu klien berkembang
secara positif

1.3

Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh


mbantu beliau mengubah t/laku kpd galakan minat Ali
blumba di litar perlumbaan motosikal
Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling
dpt mbantu Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg
perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan & capai
penyelesaian
Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa
rendah diri & tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt
mbantu Ranjit menerima kekurangannya sbg bukan
penghalang
utk
berdikari.
Ramlan keliru
dlm
memilih kerjaya masa depannya.

Kaunseling blh mbantu Ramlan mengenali minat &


kerjayanya.
Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil
kursus kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt
mancari penyelesaian Rita dgn ibu bapanya.

PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

6) Huraikan PRINSIP-PRINSIP Bimbingan dan Kaunseling.


Kandungan
1. Bimbingan dan Kaunseling
adalah suatu proses
pendidikan yang
terancang dan

Huraian
Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang
tempoh persekolahan dan individu pada semua
peringkat dan tahap sekolah. Dengan kata lain, semua
kanak-kanak boleh menggunakan perkhidmatan yang

berterusan

2. Bimbingan dan Kaunseling


adalah untuk semua
kanak-kanak

3. Semua kanak-kanak
mempunyai hak untuk
mendapatkan bantuan
apabila mereka
memerlukan

4. Bimbingan dan kaunseling


adalah untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak
bagi mengembangkan
potensi dan kebolehan
mereka.
5. Bimbingan dan kaunseling
berorientasikan masa
kini dan masa hadapan.

6. Bimbingan dan kaunseling


dapat membantu kanakkanak memahami diri
dan orang lain.

7. Bimbingan dan kaunseling


adalah tanggungjawab
bersama

1.4

ditawarkan serta melibatkan diri dalam semua aktiviti


berkaitan yang diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk
memperoleh pengalaman dan memupuk nilai, sikap,
perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan
kehendak masyarakat majmuk di negara kita.
Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang
terangkum dalam perancangan tahunan terbuka
kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar
belakang, kaum etnik, agama atau kepercayaan
masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti
yang dikendalikan bersifat menyeluruh dan dapat
memenuhi keperluan semua golongan kanak-kanak,
mahupun bijak, sederhana atau lemah.
Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa
bersedia untuk membantu kanak-kanak yang mungkin
memerlukan bantuan sokongan dan bimbingan dalam
proses perkembangan dirinya. Walau bagaimanapun,
perkhidmatan tersebut hendaklah terhad kepada
waktu pejabat, melainkan timbul kecemasan atau krisis
yang memerlukan bantuan serta merta.
Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang
dan dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan
keperluan kanak-kanak agar dapat berkembang
dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan
masing-masing.
Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk
membantu kanak-kanak bersifat lebih tegas diri, cekap
menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan
mereka pada masa ini akan diteruskan sehingga masa
depan.
Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan
aktif dalam proses bimbingan dan kaunseling; bukan
duduk secara pasif dan menunggu arahan daripada
guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Perlakuan
kanak-kanak sedemikian akan membolehkan mereka
berpeluang untuk menjelajah tujuan-tujuan dan
matlamat hidup, di samping berupaya untuk memilih
serta merancang hidup mereka dengan lebih berkesan.
Selain itu, mereka juga akan menyedari tentang
kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan
dan kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak
pentadbir, guru-guru lain, ibubapa dan kanak-kanak
seharusnya bekerjasama dan menyumbangkan masa,
tenaga dan kepakaran demi kejayaan dan
keberkesanan aktiviti tersebut.

KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7) Nyatakan KEPENTINGAN Bimbingan dan Kaunseling terhadap


pelajar.
1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien
menguasai kemahiran disiplin diri.
2. Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif.
3. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran.
4. Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang.
5. Membantu membentuk iklim bilik darjah.
6. Memotivasikan murid.
7. Dapat membantu murid membuat pilihan & persediaan kerjaya

BAB 2
2.1

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

1) Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di


sekolah.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Inventori, taksiran dan rekod


Bimbingan
Kaunseling
Penempatan dan tindakan susulan
Konsultasi dan rujukan
Penilaian

2) Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod.

Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak


secara keseluruhan, dan klien secara spesifik.
Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian
Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk
menganalisis dan menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk
peribadi, psikologikal dan sosial yang diperoleh daripada pelbagai jenis
inventori di atas.
Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.
Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang sistematik dan berkesan.
Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi
bimbingan dan kaunseling dan rekod program bimbingan dan
kaunseling.
3) Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang
digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul
maklumat murid.
Teknik Ujian
1. Ujian Kecerdasan
Untuk menguji IQ murid

Teknik Bukan Ujian


Soal Selidik
Sesi temubual antara kaunselor dengan
pelajar untuk mendapatkan maklumat
seperti butir diri.
2. Pemerhatian
Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam
aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
3. Kajian dokumen utama dan sekunder
Mengandungi kajian dokumen utama
(autobiografi, anekdot, kad kumulatif) dan
kajian dokumen sekunder (biografi, laporan
guru, senarai semak)
1.

2. Ujian Minat
Untuk mengetahui minat murid
terhadap sesuatu aktiviti.
3. Ujian Personaliti
Untuk mengetahui aspek bukan
kognitif seperti motivasi dan
afektif.
Contoh: The survey of Personal
Values (SPV)
4. Ujian Saringan
Untuk mengasingkan meridmurid cerdas dengan kurang
cerdas.
5. Ujian Diagnostik
Untuk mengesan punca
kelemahan pembelajaran murid

Rekod anekdot
Laporan berdasarkan permerhatian
terhadap sesuatu kajian atau peristiwa oleh
guru atau kaunselor.
5.
Sosiometri
Kaedah penelitian bertujuan memerhati
hubungan sosial dan psikologi pelajar yang
berinteraksi dalam kumpulan mereka.
4) Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan
oleh guru bimbingan dan kaunseling.
Jenis Rekod
1. Rekod
Perkhidmatan
Bimbingan dan
Kaunseling

4.

Kandungan
Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan
Kaunseling
Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Laporan aktiviti harian
Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling Individu; Analisis Rekod Mingguan

2. Rekod sesi
Bimbingan dan
Kaunseling
3. Rekod Program
Bimbingan dan
Kaunseling

Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok


Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling Individu; Analisis Rekod Bulanan
Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling Individu; Analisis Rekod Tahunan
Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Anggaran pembelanjaan program yang
dirancang
Masa perkhidmatan diberikan
Nombor rujukan klien
Jantina dan bangsa klien
Jenis kes bimbingan dan kaunseling
Masa aktiviti
Bidang aktiviti
Objektif aktiviti
Jenis aktiviti
Kumpulan sasaran

5) Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam


perkhidmatan BIMBINGAN di sekolah.
1. Perkembangan peribadi dan sosial
2. Perkembangan akademik
3. Perkembangan kerjaya
6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli
kaunseling kelompok dalam perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.
1. Sukarela
2. Dijemput
3. Dirujuk

7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi


kategori SUKARELA/DIJEMPUT/ DIRUJUK dalam perkhidmatan
KAUNSELING.
Klien yang datang
Klien yang dijemput
Klien yang dirujuk
Sukarela
I) Isi borang temujanji
I) Guru BK mengisi Borang I) Guru BK mengisi Borang
(Permohonan
Khidmat Kaunseling
Rujukan
Mendapatkan
Individu/ Kelompok
Perkhidmatan
Khidmat Kaunseling) II) Menyerahkan Surat
Kaunseling
II) Serahkan borang kepada
Kebenaran
II) Menyerahkan Surat

guru BK
Menghadiri Khidmat
Kebenaran
III)Dapatkan surat
Kaunseling Individu/
Menghadiri Khidmat
kebenaran
Kelompok
Kaunseling Individu/
(Surat Kebenaran
III) Sesi dijalankan
Kelompok
Meninggalkan Kelas)
III)Sesi dijalankan
IV)
Sesi dijalankan
8) Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN
DAN TINDAKAN SUSULAN?
Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan
mengenai aliran persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui
transisi daripada satu peringkat persekolahan ke peringkat yang lain.
Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat,
dan bantuan kaunseling yang releven dengan pilihan mereka.
Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi
mengekalkan hubungan dengan bekas murid.
9) Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI
DAN RUJUKAN?
Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan
rundingcara antara guru dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang
mengikuti kes seperti doktor perubatan, psikatris, polis dan pegawai
kebajikan masyarakat.
10) Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan
Bimbingan di sekolah.
Jenis Penilaian
1. Penilaian
Personalia

2. Penilaian
Program

Penerangan
Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap
guru bimbingan dan kaunseling melalui data proses
yang dikumpulkan.
Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan
seperti:
- bilangan klien bagi kaunseling individu atau
krisis;
- bilangan sesi bimbingan dan kaunseling
kelompok;
- bilangan konferens ibubapa;
bilangan panggilan telefon kepada
ibubapa/penjaga atau agensi luar.
Jenis penilaian ini menggambarkan status program
bimbingan dan kaunseling sekolah berbanding dengan
piawaian program yang telah ditetapkan.
Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa
teknik boleh digunakan.
Contohnya:
- skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan

3. Penilaian
hasil

6.1

pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau


kanak-kanak;
- temubual dijalankan secara rawak dengan
guru-guru atau kanak-kanak tentang
keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah
dikendalikan; dan sebagainya
Jenis penilaian ini menjawab soalan, Sejauh manakah
impak program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan
dan kaunseling terhadap kejayaan kanak-kanak,
khususnya pencapaian akademik mereka?"
Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar
penambaikan dari segi:
kehadiran murid,
- markah dan gred,
skor pencapaian, dan
- tingkah laku dalam bilik darjah kadar
penurunan kes disiplin, dan sebagainya.

JENIS KAUNSELING

11) Huraikan JENIS KAUNSELING INDIVIDU / Pendekatan Orientasi B&K


di sekolah.
Kaunseling
Krisis /
Pemulihan
Kaunseling
Penyediaan
Kemudahan
Kaunseling
Pencegahan

Kes-kes kritikal spt bertumbuk dgn tujuan


mencedera, percubaan bunuh orang/diri, masalah
mental, penyalahgunaan dadah.
Kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya,
penyelesaian masalah kemudahan berkaitan
kokurikulum & kurikulum.
Pendekatan untuk mencegah/menyekat
kemungkinan berlaku aktiviti-aktiviti yang
tak diingini seperti penyalahgunaan dadah,
AIDS, kelakuan tak bermoral.
Kaunseling
Aktiviti-aktivit yang berusaha untuk
Perkembang
memotivasikan individu supaya bentuk
an
personaliti & konsep kendiri yang positif ke arah
mencapai prestasi yang lebih baik.
6.3 ETIKA KAUNSELOR
12)
Jelaskan PRINSIP-PRINSIP Etika Kaunselor
Prinsip
Autonomi
(Autonomy)

Kemurahan

Hati

(Beneficience)
Tidak Berniat
Jahat
(Nonmaleficie

Penjelasan
Menghormati hak klien untuk membuat keputusan
atau bertindak sendiri tanpa sebarang
pergantungan kepada atau gangguan daripada
guru bimbingan dan kaunseling.
Berbuat baik kepada klien
Membantu klien mencapai hasil positif akibat hasil
kaunseling.
Tidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau
memudaratkan klien atau orang lain

nce)
Keadilan
(Justice)
Kejujuran
(Vedelity)

Membekalkan akses atau layanan yang sama dan


asil kepada semua kanak-kanak
Bersifat jujur dan ikhlas;
Elakkan sebarang penipuan atau eksploitasi
terhadap klien
Kotai perjanjian dan komitmen yang dibuat.

13)
Huraikan KOD TATALAKU yang wajib dipatuhi oleh guru
bimbingan dan kaunseling.
A. Tanggungjawab
terhadap
klien

B. Tanggungjawab
terhadap
Rakan
Profesional

C. Tanggungjawab
terhadap
masyarakat

D. Tanggungjawab
terhadap
organisasi &
majikan

mengutamakan kepentingan klien


menghormati privasi klien
Memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.
Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur
kerahsiaan.
Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap
rakan profesional
Sedia mempertahankan, membantu & membela
rakan profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan
tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
Memahami & menghormati unsur sosio-budaya
masyarakat di mana beliau berkhidmat
Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan
tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani
dgn organisasi tempat beliau berkhidmat.
Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
profesionalnya.
Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber
organisasinya.

14) Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling


membantu klien menjaga kesejahteraan keseluruhan individu.
Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu
berkenaan?
1. Kesihatan Fizikal
- membantu individu menjaga kesihatan,
amalkan tabiat positif dan
gaya hidup sihat
2. Keperluan Sosial- perhubungan individu dengan orang lain seperti
hubungan keluarga
persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kejiranan.
3. Kesihatan Mental
- kaunselor perlu merangsang pemikiran klien
supaya lebih rasional
dalam menyelesaikan masalah.
4. Keperluan Emosi - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat
menyatakan
masalah dan perasaannya terhadap kehidupan.

5. Keperluan Rohani
- mendorong klien supaya bertindak berlandaskan
sesuatu kepercayaan
dan ajaran agama.
15)

Nyatakan CIRI-CIRI Kaunselor Profesional

1. Mempercayai bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga


2. Mempercayai bahawa klien berupaya untuk berubah
3. Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif
berfungsi
4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
membantu individu yang terbatas kefungsiannya.
5. Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses
interpersonal.
6. Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.

BAB 3
3.1

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU KAUNSELING


MENGUMPUL MAKLUMAT MURID

1) Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam


mengumpul maklumat murid.
Peranan Guru
1. Mengumpul
maklumat
pelajar

2. Mengurus
program
bimbingan dan
kaunseling

3. Mengenalpasti
pelajar

Huraian
Guru bimbingan perlu manjalankan kerja
pentadbiran termasuklah menguruskan fail
pelajar, menyimpan rekod, surat-menyurat,
penubuhan dan pengelolaan kelab
bimbingan atau kelab kerjaya dan
melaporkan aktiviti bimbingan dan
kaunseling kepada pentadbir.
Di antara pengurusan yang boleh dibuat:
Perancangan
Guru bimbingan merancang program di
sekolahnya.
Pengelolaan
Menggunakan prosedur kaunseling untuk
mengelola program tersebut
Penentuan halatuju
Menentukan halatuju dan perlu
melaksanakan perancangan, membuat
keputusan, membuat garis panduan dan
peraturan.
Menilai
Menilai keberkesanan program
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan
program dan mengambil tindakan
seterusnya.
Guru bimbingan membuat rujukan kepada
kaunselor atau pihak tertentu.

bermasalah dari
segi disiplin
4. Menjadi
perunding di
antara pihak
sekolah dengan ibu
bapa.
5. Mengesan
masalah
akademik pelajar
6. Memupuk pelajar
dengan tabiat
belajar dan baik

Guru bimbingan harus mewujudkan satu


kerjasama yang baik dengan ibu bapa pelajar
berkaitan perkembangan pelajar sama ada dari
segi pencapaian kurikulum atau kokurikulum.
Guru bimbingan bertanggungjawab untuk
menangani kelemahan ini melalui beberapa
perancangan dan program.
Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan
tabiat belajar dan melakukan kerja dengan baik.

2) Bagaimanakan KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID dilakukan


oleh guru biasa menggunakan Teknik Ujian?
Jenis Ujian
Tujuan
1. Ujian
Mengukur apa yang
Pencapaian
diketahui oleh kanakkanak berhubung dengan
satu-satu mata pelajaran.
Untuk mengenalpasti
potensi kanak-kanak yang
mengalami masalah
pembelajaran
2. Ujian
Aptitud

Ciri yang menunjukkan

kebolehan seseorang
untuk mencapai kejayaan
dalam satu-satu bidang

tertentu.
Untuk mengukur kebolehan
pembelajaran seseorang

Untuk memperoleh profil


awal satu kumpulan
kanak-kanak yang boleh
digunakan sebagai bahan
perbincangan dalam sesi
kaunseling individu.
Menentukan minat terhadap
satu-satu bidang atau
kerjaya.
4. Inventori
Mengdiagnosis masalah
Personaliti
emosi yang sedang
dialami
3. Inventori
Minat
Kerjaya

Contoh/Aspek
Tahap pembelajaran
(tinggi, sederhana,
rendah)
Kadar Pembelajaran
(cepat, sederhana lembab)
Perbandingan pencapaian
antara kanak-kanak lain
Ramalan mengenai mutu
pembelajaran masa depan
Bateri Ujian
(penakulan verbal,
kebolehan makanikal,
kefasihan bahasa)
Scholastic Aptitude Test
(SAT)
(skor sebagai satu criteria
untuk ke university/kolej)
Strong-Campbell Interest
Inventory (SCII)
Self-directed search (SDS)
Ohio Vocational Interest
Survey (OVIS)
Kuder Occupational Interest
Survey (KOIS)

Bersifat objektif dan


merangkumi aspek:
- Konsep kendiri
- Penyesuaian social
- Gaya penyelesaian
- Masalah

5. Ujian Sikap Menentukan fikiran atau


tindak balas semula jadi
terhadapo sesuatu onjek,
peristiwa, dan jenis
tingkahlaku seseoarnag
atau kelompok.
3.2

Bersifat subjektif dan tidak


berstruktur
- Teknik projektif
- Draw-a-person
Test
- Thermatic
Acerception Test
(TAT)

MENGENALPASTI MASALAH KANAK-KANAK

3) Apakah MASALAH yang dihadapi oleh kanak-kanak?


1. Konflik Interpersonal
Konflik yang belaku dengan orang lain
2. Konflik Intrapersonal
Konflik dalam diri
3. Kurang pengetahuan tentang diri sendiri
Ingin tahu tentang kebolehan, kekuatan, minat dan nilai-nilai diri.
4. Kurang informasi tentang persekitaran
Tidak tahu bagaimana cara untuk berjaya di sekolah
5. Kurang Kemahiran
Perlu kemahiran tertentu seperti cara berfikir yang efektif dan tingkah
laku yang asertif.
4) Jelaskan FAKTOR-FAKTOR pelajar bermasalah?
Faktor
Faktor
Pengajaran dan
Pembelajaran
Faktor peribadi

Faktor mental

Penjelasan
- Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan
kurikulum
- Pedagogi pengajaran guru lemah
- Bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar
- Masalah kemiskinan dan kewangan
- Masalah perhubungan, pengaruh rakan sebaya dan
persekitaran
- Hilang minat
- Masalah kritik kendiri, helah bela diri
- Masalah komunikasi
- Factor warisan kelahiran tidak normal
- Kecederaan otak akibat kemalangan, lemah otak
akibat kurang zat makanan
- Masalah kemahiran membaca, menulis, mengira,
- Masalah lupa, malas berfikir dan menyelesaikan

Faktor fizikal

Faktor psikologi

masalah
Masalah pengurusan diri
Kurang sihat akibat kekurangan zat makanan
Kekurangan tenaga akibat mencari nafkah hidup
Masalah kecatatan seperti pekak, bisu buta, cacat
anggota dan seumpamanya.
- Masalah emosi seperti pobia, trauma, benci, takut,
penggeli, dendam, rendah diri, mnyendiri, keliru dan
skizifrenia.
-

5) Bagaimanakah KESILAPAN PEMIKIRAN berlaku?


1. Pemikiran yang rigid
- melihat sesuatu situasi hanya dalam 2D
2. Overgeneralization
- melihat sesuatu peristiwa secara umum
3. Mind reading
- percaya dia tahu apa yang orang lain
fikir tentang dirinya
4. Alas an berdasarkan emosi - mengandai perasaan / tindak balas emosi
menggambarkan situasi sebenar
5. Menolak perkara positif
- tidak menerima pengalaman positif hanya kerana
pandangan negatif
6. Meramal
- menjangka situasi masa depan adalah negatif
7. Menyalahkan diri sendiri
- menganggap diri sendiri adalah punca
negatif
8. Mesti harus
9. Buat perbandingan
10.Menjadi pilihan.

BAB 4

TEORI-TEORI KAUNSELING

INSAN TEORI PEMUSATAN


MODIFIKASI

TEORI

PERBANDINGAN TEORI-TEORI KAUNSELING


Sifat Semula Jadi
Manusia
Sikap, kebiasaan, tabiat
ditentukan olh t/laku
ssuatu organisma.
Perkembangan
personaliti ditentukan
olh pengalaman &
interaksi individu &
persekitarannya
Msia
adalah baik & blh
dipercayai
Manusia blh dipercayai
berdasarkan konsep
positif
t/laku manusia terhasil
dr dlm diri individu tiu
sndr. Ia sndr mbuat
pilihan tgkh laku
menerima manusia

Konsep Utama /
Teknik / Proses
Matlamat
Proses
Ssuatu t/laku blh ditiru

Definisi
masalah
dgn cara pemerhatian
Perkembangan sejarah
& peneguhan.
Individu bermasalah
sosial

Menyatakan
matlamat
apabila melakukan
t/laku
t/laku yg menyeleweng
Strategi mengubah
di dlm masyarakat
Teori ini menyediakan
t/laku

Teknik
Berkonsep psikologi

Tumpuan kpd
kemanusiaan
(humanistic)
keupayaan kaunselor
Beri suasana teraputik

utk mbina hbgn


kpd klien untuk
memudah cara:
- Refleksi perasaan
merasai dirinya sndr
- Menggalakkan klien
Meneylesaikan isu masa
mnyatakan mslh

kini
scr terbuka
Menerima diri secara
Perhubungan
+ve

Peranan Kaunselor
Sbg pakar, sorg guru yg
aktif kerana
mempunyai kemahiran
saintifik yg blh
digunakan bg
mengubti maslaah2
kaunseling
Hendaklah amhir dgn
Batu klien tumpukan
kpd perasaan klien
sndr
Perassan itu dibias spy
klien dpt mendengar &
dpt melihat
masalahnya
Menggalakkan luahan
perasaan yg me,bawa
kpd celik akal.

Peranan Klien
Harus komited kpd
startegi & tatacara
terapi tingkah laku
Haru smmepunyai
motivasi utk
mengubah apa juga
t/laku yg lazim.
Sedia melakukan apa yg
Klien perlu meluahkan
perasaan scr lisna
Klien tumpukan pd diri
dulu, baru lain & dunia
persekitarannya
Klien yg berada dlm
keadaan x kongruen
persepsi x sama dgn
pengalaman perlu
mengurangkan

TERAPI TERI RASIONAL EMOTIF

Insan dilahirkan dgn


potensi utk bersifat
rasional. Insan mampu
memilih yg baik /
jahat, yg slaah / betul
Msia mempunyai
kecenderungan s/jadi
utk memelihara diri,
mengasihi &
berkomunikasi dgn org
lain.
Msia sndr yg
menyebabkan timbul

Konsep / Prinsip
A (avent) peristiwa
B (believe system)
Sistem
kepercaaan
C (consequence)
emosi
D (dispute) cabaran /
Hujah
E (New Emotion)
Emosi Normal
Matlamat

Perlu ada satu sistem bg Klien lbh kpd pelajar yg


Peristiwa, fakta, t/laku
membuktikan sistem
ingin mempelajari
yg dialami olh klien
kepercayaan yg x
ssuatu drp kaunselor
B

Klien
x perlu cerita
rasional klien sering
Sistem kepercayaan yg
cerita lampau, ttp
dipengaruhi oleh
dianuti
perlu berbicara ttg
mesti sepatutnya
C
keadaan masa kini dr
harus
Emosi yg lahir dr
Mencabar klien &
sg pemikiran
penilaian A dan B
Klien harus menyedari &
mengarahnya utk
D
mengenali sistem yg x
melinbat altiviti2 yg
Strategi g digunaka
rasional yg wujud dlm
mencabar
utk berhujah,
diri yg mengganggu
kepercayaan yg x
mencabar 7
emosi &
rasional
membetulkan sistem

BAB 5
5.1

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING


TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING

1) Senaraikan TAHAP-TAHAP dalam proses kaunseling


1. Tahap Membina Hubungan - Kaunselor perlu membina hubungan
agar klien berasa
selesa dan membina sifat kepercayaannya
terhadap kaunselor
2. Tahap Penerokaan
- kaunselor perlu bersama-sama
menerokai, memahami dan
menganalisis permasalahan klien.
3. Tahap Membuat Keputusan- kaunselor dan klien perlu bersetuju untuk
menentukan matlamat
dan menentukan pendekatan dan srategi untuk
capai matlamat
4. Tahap Pelaksanaan
- Kaunselor membimbing dan membantu klien
untuk berfungsi
dengan lebih efektif.
5. Tahap Penamatan Sesi
- Kaunselor perlu menentukan kesediaan klien
untuk sesi ditamatkan.
Penilaian keseluruhan sesi dilakukan oleh kaunselor
dan klien.
2) TAHAP MEMBINA HUBUNGAN
Apakah TUGAS Kaunselor ?
1. Mewujudkan suasana yang menggalakkan hubungan
(selamat, mesra, selesa, wujud minat dan hormat perasaan klien)
2. Menentukan matlamat awal kaunseling
(Kaunselor dank lien bersama-sama menentukan dan menyetujui
matlamat yang hendak dicapai )
3. Menstruktur hubungan
(menjelaskan perjalanan/proses kaunseling, penstrukturan sesi:
konsep kaunseling, proses kaunseling, jangkamasa sesi, aspek
kerahsiaan)
4. Membina kepercayaan
(kaunselor berpegang pada etika professional kaunseling, beri
penekanan pada aspek kerahsiaan klien, nyatakan peranan kaunselor,
ada tat etika kaunselor yang tinggi)
3) TAHAP PENEROKAAN
Apakah ASPEK yang perlu diberi tumpuan untuk memahami
masalah klien?
1. Skop
permasalahan

Mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah


masalah yang sebenarnya
Mengenalpasti konteks dan persekitaran
permasalahan yang berlaku
Menilai keadaan. Mengenalpasti penglibatan orang
yang signifikan dengan klien

Klien telah dapat memenuhi keperluan psikologikal,


fisiologikal dan sosial dengan baik
Berfungsi pada aras yang sesuai
Mempunyai perhubungan yang positif dengan
orang yang signifikan
Dapat melalui konflik, dan cabaran hidup dengan
berkesan
3. Memahami
Apakah klien berani mengambil risiko dalam
Corak Klien
permasalahan yang lepas mahupun pada masa
Berfikir dan
akan datang?
Bertindak
Apakah corak atau gaya penyelesaian masalah
klien pada masa lalu?
4. Memahami
Kaunselor perlu memahami kekuatan yang ada
Kekuatan Klien
pada klien
Klien disedarkan tentang tanggungjawabnya untuk
menangani masalah yang dihadapi.
2. Tahap
Kefungsian
Klien

4) TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN


Nyatakan FAKTOR yang boleh mempengaruhi matlamat dan
strategi kaunseling?
1. Faktor Klien

2. Faktor
Kaunselor

3. Faktor
Persekitaran

Jenis permasalahan klien


Cara gaya klien menghadapi masalah
Demografi klien
Tret personality klien
Budaya dan latar belakang klien
Pengalaman dan pengetahuan kaunseling
Aras kognitif
Aras kemahiran komunikasi
Prinsip dan pegangan teori
Tempat
Suasana
Keadaan

5) TAHAP PELAKSANAAN.
Apakah FAKTOR yang mempengaruhi keberkesanan proses
kaunseling?
1. Orang yang
signifikan
2. Sumber lain
yang signifikan
3. Risalah dan
artikel yang
berkaitan
4. Pengalaman
dan

Orang yang banyak mempengaruhi klien


Jika perlu mereka ini dilibatkan
Institusi lain sebagai sumber bantuan
Institusi lain sebagai sumber rujukan
Bantuan dari segi kepakaran dan kemahiran
Klien didedahkan kepada artikel dan bahan bacaan
tentang kaunseling
Klien didedahkan kepada artikel atau buku
berkaitan dengan hubungan menolong.
Mendalami ilmu, kemahiran dan kepakaran
Mengkaji dan meneliti kaedah dan strategi

pengetahuan
kaunselor

Mendapatkan maklumat

6) Apakah KEMAHIRAN ASAS yang penting dalam kaunseling


1. Kemahiran melayan
2. Kemahiran mendengar
3. Kemahiran memerhati
4. Kemahiran menyoal
5. Kemahiran member respon
6. Kemahiran merumus
7. Kemahiran merefleksi
8. Kemahiran konfrontasi
9. Kemahiran memprafasa
7) Huraikan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai oleh seorang
kaunselor.
1. Kemahira
n
menyoal

2. Kesenya
pan

3. Kemahira
n
mendeng
ar

Fungsi:
Soalan Terbuka
a. Untuk mendapatkan maklumat awal
b. Memerlukan jawapan yang lebih luas dan bebas
c. Membantu menerangkan dengan lebih terperinci
tentang sesuatu
d. Membantu kaunselor memahami perkara yang lebih
khusus
e. Klien bebas member jawapan
f. Menggalakkan klien berkonsi maklumat
Soalan Tertutup
a. Untuk mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas
b. Memenuhi keperluan ingin tahu sahaja
c. Kurang memberikan refleksi kepada klien
Tujuan:
Memberi ruang kepada klien berfikir dan mengemaskan idea
membuat seseorang berucap, membuat refleksi.
Kepentingan:
a. Memberi peluang kepada klien melihat perasaan,
sikap, nilai dan perbuatannya sendiri
b. Memberi ruang kepada klien berfikir sejenak dan
memberi respon
c. Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata-kata
d. Klien memerlukan masa untuk mengimbas kembali
dan memproses apa yang telah dibincangkan sebelum
itu
e. Menandakan kaunselor menghormati dan menghargai
perkara yang difikirkan oleh klien.
f. Kesenyapan itu penting untuk perhubungan
Kepentingan:
a. Mempunyai nilai teraputik yang tinggi kerana dapat
member gambaran kepada klien bahawa kaunselor
sentiasa bersama-sama klien
b. Mendengar secara aktif dan dapat member maklum
balas dengan tepat
c. Mendengar dengan teliti
d. Dapat member tafsiran yang tepat

4. Kemahira
n prafasa

5. Kemahira
n
mereflek
si

e. Dapat membuat refleksi isi, perasaan dengan tepat


f. Klien merasakan dirinya dihargai dan perasaannya
diberi keutamaan
Maksud:
Kaunselor member maklum balas kepada klien apa yang
dicakapkan dengan menggunakan perkataan kaunselor
sendiri sebagai tanda kaunselor telah mendengar dengan
teliti.
Kepentingan:
a. Kaunselor menyatakan semula intipati maklumat
menandakan kaunselor mendengar dengan teliti
b. Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih
lanjut
c. Meringkaskan apa yang dikatakan oleh klien dengan
lebih jelas
d. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor
memahaminya.
e. Menyemak persepsi.
Contoh:
Klien: Saya tidak suka dan bosan apabila guru meyoal saya
bertubi-tubi seolah-oleh saya melakukan kesalahan
Kaunselor: Anda bosan apabila anda disoal dan dituduh.
Merefleksi Perasaan:
a. Menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami
oleh klien mengikut persepsi kaunselor
b. Bertujuan untuk menyemak perasaan klien ketika itu
c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor
memahami perasaanya
d. Akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan
perasaan
Klien: Saya sungguh tidak berpuas hati dengan layanan
kawan saya. Dia tidak adil,
Kaunselor: Jadi, anda berasa kecewa terhadap perhatian
rakan anda?
Merefleksi Isi:
a. Menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah
dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak isi perkara yang
dinyatakan oleh klien.
c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor
sentiasa mengikuti jalan cerita atau perkara yang
dinyatakan.
d. Menggalakkan klien bercakap dengan lebih mendalam
lagi.
Klien: Isteri saya mengizinkan saya berkahwin lagi. Beliau
tidak sanggap mengikut saya berpindah ke tempat lain
Kaunselor: nampaknya isteri anda rela bermadu asalkan
beliau tidak dipaksa untuk berpindah.

6. Kemahira
n
merumus

5.2
5.3

a. Kaunselor dan klien membuat rumusan tentang


perkara yang telah dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak apa yang telah
dibincangkan
c. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor
sentiasa mengikuti dan memahami apa yang dialami
oleh klien.
d. Mengimbas kembali perkara penting yang telah
dibincangkan
e. Menjelaskan kembali perkara penting telah dinyatakan
oleh klien.
f. Kaunselor menjelaskan semula apa yang telah berlaku.

KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR


KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAH LAKU BUKAN LISAN

8) Nyatakan JENIS-JENIS dan CONTOH-CONTOH perlakuan BUKAN


LISAN.
1. Anggota
Badan

2. Nada Suara

3. Persekitaran

a. Mata:
(berlinang, terkelip-kelip, sayu, besinar, kuyu,
lelap)
b. Penumpuan Mata:
(jeling, pandang ke bawah, liar tidak bertentang
mata)
c. Cara Duduk:
(bersedia, menyandar,tegak,bertenaga,
bergoyang)
d. Riak Air Muka:
(ceria, senyum ketawa, gigit bibir, masam,
manis)
e. Gerakan Badan dan Tangan:
(menggeliat, mendepakan tangan, menggaru,
menggosok)
a. Kelajuan percakapan:
(laju, sederhana, perlahan)
b. Nada:
(tinggi, sederhana, rendah)
c. Bahasa:
(kasar, halus, slaga, teratur)
a. Jarak:
(jauh, sederhana, rapat)
b. Keadaan dan kedudukan fizikal:
(kemas, bersepah,teratur,bersih,ceria, berabuk,
tersusun)
c. Pakaian:
(menjolok mata, kemas teliti, bergaya, bersih,
kotor, mahal)

9) Bagaimanakan untuk MENTAFSIR perlakuan BUKAN LISAN?


1. Tafsiran hanya perlu dibuat hanya sebagai gambaran tentang perasaan,
pemikiran dan motif klien
2. Tafsiran tidaklah muktamad

3. Perlakuan hanya sebagai sumber kedua dan panduan kaunselor untuk


meneroka dengan lebih mendalam tentang diri klien
4. Kaunselor perlu mahir untuk mengesan apa yang dinyatakan klien tidak
selaras dengan apa yang dilihat
5. Dengan memahami perlakuan bukan lisan klien dapat member kesan rasa
empati terhadap klien.
6. Kesan ini sangat penting dalam hubungan menolong.
10) Bagaimanakah seorang kaunselor menunjukkan perlakuan BUKAN
LISAN?
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Fokus mata
Kedudukan badan menunjukkan penerimaan
Menghadap klien atau kedudukan sisi
Badan condong ke hadapan
Riak air muka kea rah kemesraan
Tenang

5.4
5.5
5.6

KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS


KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH
KEMAHIRAN MELAKSANAKAN INTERVENSI

Anda mungkin juga menyukai