Anda di halaman 1dari 2

Nama

Alamat
JOHOR DARUL TAKZIM
(013-3403848)
Kepada,
Pengarah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3&4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Melalui,
Guru Besar SJK (C) xxxx
Mersing, Johor.
JOHOR
27 N0VEMBER 2013
Tuan,
Memohon Pertimbangan Semula Perpindahan Antara Negeri Bagi Sesi
Januari 2014
Saya xxx (K/P:) kini bertugas di SJKC xxxx Mersing, Johor memohon ehsan dan
simpati Tuan untuk mempertimbangkan semula rayuan saya untuk berpindah ke
daerah tempat suami bertugas iaitu di Petaling Jaya, Selangor.
02.
Saya agak terkilan dengan keputusan ini kerana saya sudah berkahwin dan
sedang sarat hamil sekarang. Untuk pengetahuan tuan,saya tinggal seorang diri di
Mersing, Johor dan tiada saudara mara atau rakan saudara yang dikenali disini.
Pihak keluarga di Sabah dan suami juga sangat risau tentang aspek keselamatan
dan kesihatan kerana saya tinggal seorang diri.

03.
Sebagai seorang guru saya amat berharap agar saya dapat meneruskan
pekerjaan serta menjalankan kewajipan seorang anak, isteri dan bakal ibu
disamping suami dan keluarga saya. Saya amat yakin bahawa berada dekat dengan
keluarga saya dapat memantapkan lagi institusi keluarga kami.
04.
Keadaan semakin mendesak untuk saya memohon pertukaran kerana saya
memerlukan sokongan daripada keluarga dengan kehadiran cahaya mata pada
bulan Mac 2014. Amatlah sukar untuk saya menunaikan kewajipan saya sebagai
pendidik di sekolah, sekali gus memberi perhatian kepada anak saya yang baru lahir
dalam jagaan saya dan ahli keluarga yang saya percayai.

05.
Saya amat memerlukan suami dan keluarga saya berada dekat dengan saya
kerana saya sangat risau tentang menyerahkan anak kecil saya kepada orang yang
tidak dikenali. Kes-kes kecuaian, pengabaian dan penderaan kanak-kanak amatlah
merisaukan saya.

06.
Bagi pengetahuan Tuan, Guru Besar sekolah saya juga telah menyokong dan
menggalakkan saya untuk merayu semula kerana merasa simpati pada nasib saya
yang hamil, bersendirian dan berjauhan dengan suami dan keluarga.

07.
Amatlah besar hati saya sekiranya Tuan dapat memanjangkan perkara ini dan
mempertimbangkan rayuan saya sekali lagi. Bersama-sama surat ini saya sertakan
lampiran dokumen untuk rujukan pihak Tuan.

08.
Dengan ini, saya akhiri ucapan ribuan terima kasih beserta iringan doa saya
untuk kesejahteraan dan kesihatan Tuan serta seisi keluarga.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

(xxx)