Anda di halaman 1dari 15

Inflasi dan kesannya kepada rakyat

Abu Ammar & Dr Nadzri Mansor | 03 Oktober 2012.


Inflasi adalah suatu proses berlakunya peningkatan harga secara umum dan ianya berlaku secara
berterusan. Kadar inflasi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur lebih tinggi daripada angka
yang diumumkan oleh kerajaan.

Sesetengah pakar perancang kewangan menganggarkan kadar inflasi negara berada pada paras
6% ke atas, namun keadaannya mungkin lebih parah.

Kenapa ianya lebih daripada 6%?

Sekiranya dirujuk kepada fakta perbandingan:

o 30 tahun dahulu, harga sebungkus nasi lemak biasa hanyalah RM0.20 , kandungan yang sama.

o Sekarang: RM1.20 untuk sebungkus nasi lemak biasa. Kenaikan sebanyak 20% setahun.

Perbandingan ini boleh dirujuk kepada perbandingan tahun 1973 vs 2010.

Kadar dan unjuran inflasi

Kadar dan unjuran Inflasi 2012 yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah seperti berikut:
O 2010 : 1.65%.

O 2011 : 3.18%
O Ogos 2012: 1.4%.
Secara realiti:nya ia boleh dirujuk kepada perbandingan tahun 1973-2010.O Unjuran 2012:
1.95%.

Bagaimana kadar inflasi ditentukan:

Kadar Inflasi ditentukan melalui:

o INDEKS HARGA PENGGUNA: Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang
digunakan untuk mengukur atau menentulkan kadar inflasi.

o IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh
pengguna. IHP diukur dengan membandinglkan purata harga barangan dan perkhidmatan

o pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun sernasa.

o Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga barangan dan
perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP mengambilkira lebih kurang 430 item
barangan dan perkhidmatan yang
o digunakan oleh seunit isi rumah secara am (average household expenditure).
Nota;
o Harga purata barangan pengguna perlu disemak kerana penentuan barangan tersebut
sebahagiannya adalah barangan yang tidak digunapakai oleh rakyat.
o Oleh sebab itu kadar inflasi kelihatan cantik sedangkan rakyat jelata keperitan dengan
peningkatan yang melampau.

Faktor penyumbang inflasi:

Umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau
kombinasi faktor-faktor ini:

Inflasi tolakan kos:

Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos
pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat
upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan
meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu
memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna.

Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar),
pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru
dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos
pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka.
Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

Inflasi tarikan permintaan inflasi:

Tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan


jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa
tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah
penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku
pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi
mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran
sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh
sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan.

Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

o Peningkatan Tingkat Pendapatan Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat


disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan
meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah
permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan Pendapatan pengguna
berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi

o Peningkatan Penawaran Wang. Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh
meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka
ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan
jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan
perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

Inflasi Diimport:

Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:

o Peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran
asing.
o Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui
import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak
mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka
ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.
Penurunan Kadar Pertulkaran Wang Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran
wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia
dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar
Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk
mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang
tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.
Jangkaan pengguna inflasi:

o Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan
berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.
Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk
meningkatkan harga.
o Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau
kombinasi faktor-faktor ini :
o Inflasi Tolakan Kos: Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran
yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor
pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi,
maka kos pengeluaran akan meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar
yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada
pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan
benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang
baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya,
kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga
mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.
O Inflasi Tarikan Permintaan : Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada
ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan
perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan
jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud.
Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada
pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti
yang Malaysia alami pada masa ini, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk
menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau
pembekalan barangan.
Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:
O Peningkatan dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan
pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan meningkatkan jumlah
permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna
berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.
Peningkatan Penawaran Wang Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh
meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka
ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan
jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan
perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:

o Peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran
asing.
o Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui
import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak
mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka
ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.
o Penurunan Kadar Pertukaran Wang Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran
wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia
dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar
Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk
mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang
tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.
o Jangkaan Pengguna Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat
jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini
akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.
Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk
meningkatkan harga.
Kesan-kesan inflasi
1. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan
kualiti hidup mereka. Seperti terpaksa kerja lebih masa, membuat kerja sampingan dll.
2. Tekanan keperluan hidup mendedahkan rakyat kepada masalah sosial seperti rasuah,
penyelewangan, penipuan dan pengabaian tangungjawab.
3. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.
4. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi
serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan
pendapatan wang individu berkenaan.
5. Pengurangan pendapatan benarakan berlaku dengan ketara kepada pekerjapekerja yang
berpendapatan tetap.
6. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran,
nilai sebenar (dalarn ertikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi
insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan
mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi.
7. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan
berlaku.

8. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang
dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya.
9. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi
rendah daripada keadaan tanpa inflasi.
10. Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya
paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya
saing.
11.Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan
mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.
Langkah-langkah untuk membendung inflasi:
1. Langkah-langkah (1)Fiskal, (2) Kewangan dan (3)Pentadbiran.
2. Dasar Kewangan (Monetary Policy) Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk
mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar
faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui
pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.
3. Dasar Fiskal (Fiscal Policy) Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan,
barang-barang isi rumah, barang-barang elektrik, elektronik dan sebagainya.
4. Pentadbiran
a. Tidak Monopoli: Persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti
yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.
b. Memperbalki Sistem Pengangkutan Sistem pengangkutan awam. (Rancangan gabungan sistem
pengangkutan yang teratur & diurustadbir oleh Kerajaan seperti dikebanyakan negara Eropah)
c. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran. ( Sistem
percukaian yang mesra)
d. Kapasiti Pengeluaran Makanan Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian
Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk
meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.
Islam dan inflasi:
Menurut ekonomi Islam, Inflasi tidak akan berlaku kerana Islam melaksanakan sistem
keseimbangan dalam ekonomi dan tidak mengamalkan monopoli. Keseimbangan dalam
melaksanakan system ekonomi akan menghasilkan suasana ekonomi yang sihat dan terhindar

daripada unsur-unsur penindasan dan ketidakadilan. Kunci kejayaan ekonomi Islam dalam
membendung inflasi adalah melalui kebebasan dalam perniagaan dan transaksi di dalam negara.
Secara kesimpulannya aktiviti ekonomi yang mampu mewujudkan keseimbangan dalam sistem
sosio-ekonomi akan menghindarkan inflasi berlaku dalam negara. Masyarakat Islam tidak
semata-mata melayani kehendak-kehendak manusia yang tidak terbatas, namun
mengseimbangkan kehendak material dan spritiual manusia secara adil dengan menunaikan
kewajiban yang ditetapkan oleh Syariat seperti berzakat dengan kadar yang ditetapkan oleh Allah
S.W.T. Ia akan meningkatkan ekonomi ummah itu sendiri. Sekiranya berlaku kemelesetan
ekonomi,masyarakat Islam tetap diwajibkan berzakat dengan tidak dikurangi sedikitpun
kadarnya. Ini akan dapat mengukuhkan kembali kedudukan ekonomi negara. Langkah
mengutamakan keperluan dan perkhidmatan asas dalam pengeluaran dan pengagihan terlebih
dahulu kepada semua lapisan masyarakat adalah prktikal dan akan menjamin keseimbangan
dalam ekonomi.
Rakyat akan dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Islam tetap membenarkan aspek
keselesaan dan kualiti menerusi penggunaan barangan tahsiniyyat dan kamaliyyat. Ianya
dibenarkan setelah keperluan asas dapat diselesaikan. Inilah bentuk kesederhanaan Islam dalam
aktiviti penggunaan tanpa cenderung kepada permintaan golongan kaya semata-mata tetapi juga
golongan miskin yang memiliki kuasa beli yang rendah.

Ekonomi: Inflasi
Oleh:

Norman

Pengenalan
Inflasi seperti yang kita faham secara umumnya adalah kenaikan harga barang. Inflasi
menyebabkan kuasa membeli pengguna berkurang akibat dari kenaikan harga barang.
RM10 pada masa akan tidak dapat membeli jumlah barang yang sama dengan RM10
pada hari ini atau pada zaman 90-an bila ibu-bapa kita membeli-belah di supermarket,
RM50 sudah cukup untuk memenuhkan troli dengan barangan dapur dan rumah tetapi
pada hari ini RM50 pun belum tentu dapat memenuhkan bakul di supermarket. Jika
anda faham contoh di atas maka anda sudah pun memahami konsep inflasi secara

umumnya.
Kategori Inflasi
Di dalam tulisan ini saya akan menyentuh dengan lebih mendalam tentang inflasi.
Inflasi diukur atau dikira mengikut kumpulan harga tertentu. Contoh yang lebih dekat
dengan kita sebagai pengguna adalah Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index,
CPI). CPI mengukur perubahan harga dalam kumpulan-kumpulan barangan dan
perkhidmatan tertentu seperti harga makanan, utiliti, pengangkutan, pendidikan dan
lain-lain yang berkaitan dengan pengguna biasa seperti kita.
Selain daripada CPI terdapat juga Indeks Harga Pengeluar (Producer Price Index, PPI)
yang mengukur perubahan harga input (contoh: bahan mentah) untuk pengeluar yang
menghasilkan barangan. PPI ini berkait rapat dan memberi kesan kepada CPI kerana
perubahan harga input untuk menghasilkan barangan akan mengubah harga akhir
barangan yang dijual kepada pengguna. PPI juga dipanggil sebagai Indeks Harga
Runcit (Wholesale Price Index, WPI) di sesetengah negara seperti India.
Inflasi juga diukur sebagai penurun KDNK (GDP deflator) yang mengukur perubahan
semua harga barang dan perkhidmatan di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara
tanpa mengira apa jenis barangan dan perkhidmatan yang digunakan pengguna atau
pengeluar. GDP deflator berperanan menurunkan jumlah KDNK nominal (GDP nominal)
yang disukat pada harga semasa untuk memberikan angka KDNK sebenar yang
disukat pada harga malar (tahun asas=2010). Mengapa KDNK dikira pada harga tahun
2010 (harga malar)? Kerana sukatan aktiviti ekonomi sebenar perlu membuang faktor
inflasi atau kenaikan harga barang untuk melambangkan nilai sebenar aktiviti ekonomi
pada
tahun
tersebut.
Indeks Harga Pengguna (IHP) / Consumer Price Index (CPI)
Kembali kepada Consumer Price Indeks atau CPI yang lebih memberi kesan kepada
kita sebagai pengguna. Jabatan Perangkaan negara menyukat CPI berpandukan
kumpulan harga barang berikut: *Sumber: Jab Perangkaan
1. Makanan dan minuman bukan beralkohol.
2. Minuman beralkohol dan tembakau.
3. Pakaian dan kasut.
4. Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan bahan api lain.
5. Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah.
6. Kesihatan.
7. Pengangkutan.
8. Komunikasi.
9. Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan.
10. Pendidikan.

11. Restoran dan hotel.


12. Pelbagai barang dan perkhidmatan lain.
Setiap kategori barangan dan perkhidmatan di atas memberi kesan yang berbeza
kepada indeks di dalam CPI. Peratusan kategori barangan dan perkhidmatan di atas
melambangkan corak atau pola perubahan perbelanjaan pengguna. Setiap kategori
juga memberi wajaran/pemberat berbeza kepada CPI seperti dibawah:

Kategori Makanan dan Minuman Bukan Beralkohol (wajaran: 30.3%) dan Perumahan,
Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (wajaran: 22.6) mempunyai wajaran atau
pemberat terbesar di dalam CPI bermakna perubahan harga di dalam kategori tersebut
memberi kesan lebih besar kepada CPI berbanding kategori lain. Contohnya jika harga
makanan banyak naik dan harga petrol juga naik maka CPI akan meningkat dengan
lebih
cepat.
Jabatan Perangkaan Negara juga mengeluarkan peratusan perubahan harga mengikut
indeks bagi kumpulan-kumpulan di atas secara individu contohnya perubahan indeks
Makanan, Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan seperti di bawah:

Indeks Harga Pengguna atau CPI sering dipengaruhi kejutan harga daripada kumpulan
makanan seperti harga sayur segar dan makanan laut segar yang naik mengejut akibat
cuaca. CPI juga dipengaruhi oleh kumpulan bahan api seperti petrol, diesel dan LPG.
Kerana perubahan harga pada kumpulan tersebut seringkali mendadak, terdapat cara
pengiraan kadar inflasi dengan mengecualikan kumpulan makanan dan bahan api dari
pengiraan kadar inflasi. Indeks Harga Pengguna atau CPI tanpa mengambil kira
perubahan harga makanan dan bahan api dipanggil Inflasi Teras atau Core Inflation.
CPI dibandingkan dari bulan ke bulan (Month on Month, MoM) untuk membandingkan
perubahan harga pada bulan ini daripada bulan lepas contohnya CPI pada Januari
2014 dibandingkan dengan CPI pada Disember 2013. CPI juga dibandingkan dari tahun
ke tahun (Year on Year, YoY) untuk membandingkan perubahan harga pada tahun ini
daripada tahun lepas bulan yang sama contohnya CPI pada Januari 2014 dikira
daripada Januari 2013. Kebiasaanya yang diberi perhatian untuk mengukur perubahan
harga adalah pengiraan CPI YoY atau tahun ke tahun kerana pengiraan CPI MoM atau
bulan ke bulan tidak menolak faktor kejutan permintaan dan bekalan pada jangka masa
pendek.
Jabatan Perangkaan Negara juga mengeluarkan Indeks Harga Pengguna untuk
kawasan bandar dan luar bandar sebagai rujukan perubahan harga mengikut kawasan.
Terdapat juga Indeks Harga Pengguna untuk mereka yang berpendapatan di bawah

RM3,000

sebagai

rujukan

inflasi

mengikut

kumpulan

pendapatan.

Penyebab
Inflasi
Penyebab inflasi masih menjadi perdebatan antara ahli-ahli ekonomi mengikut teori
ekonomi masing-masing. Sekolah Ekonomi Keynesian berteori bahawa penyebab
inflasi adalah akibat bekalan dan permintaan barangan dan perkhidmatan pada suatu
masa manakala pada pendapat Monetarist, inflasi adalah disebabkan oleh perubahan
pada bekalan wang (money supply) pada suatu masa. Dibawah saya senaraikan
penyebab
inflasi
secara
umum:
1. Kenaikan Bekalan Wang (Money Supply)

Wang dalam edaran meningkat akibat pertumbuhan aktiviti ekonomi negara


Bekalan wang yang meningkat untuk barang dan perkhidmatan yang sama
meningkatkan harga barang dan perkhidmatan tersebut

2. Pengurangan Permintaan Wang (Money Demand)

Pengurangan permintaan wang akibat kelembapan aktiviti ekonomi.


Wang dalam edaran meningkat akibat kekurangan permintaan wang.

Lebihan wang dalam edaran menyebabkan inflasi.

3. Inflasi Tolakan Kos (Cost Push Inflation)


Peningkatan kos pengeluaran seperti kenaikan harga input untuk menghasilkan
barang
Contohnya kenaikan kos buruh; gaji pekerja meningkat, kenaikan kos bahan
mentah dan sebagainya.

Kenaikan kos input ini menyebabkan pengeluar menaikkan harga barang dan
melepaskan kos kepada pengguna/pembeli untuk mengekalkan margin
keuntungan yang sama.

4. Inflasi Tarikan Permintaan (Demand Pull Inflation)

Permintaan terhadap barangan dan permintaan oleh semua sektor seperti


kerajaan, swasta, isi rumah dan pembeli luar negara.
Permintaan yang tinggi melebihi kemampuan membekalkan barangan dan
perkhidmatan tersebut menyebabkan kenaikan harga.
Terlalu banyak permintaan untuk barangan dan perkhidmatan menyebabkan
persaingan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan tersebut, maka
inflasi terjadi.

Keperluan Inflasi
Inflasi seringkali dianggap sebagai suatu yang tidak elok pada pandangan umum
kerana kenaikan harga barang akan menyempitkan poket kita. Walaubagaimanapun
kita harus faham bahawa inflasi adalah suatu keperluan kerana ia melambangkan
pertumbuhan aktiviti ekonomi negara kita. Yang lebih berbahaya kepada ekonomi
negara adalah deflasi (deflation) yang melambangkan penurunan aktiviti ekonomi,
permintaan yang semakin mengurang yang akan menyebabkan krisis ekonomi seperti
di Jepun sejak awal tahun 90-an di mana tiada lagi inflasi berlaku dan Jepun mengalami
deflasi sejak dari itu.
Inflasi adalah berguna asalkan ianya rendah dan terkawal. Inflasi juga meningkatkan
aktiviti ekonomi kerana pendapat bahawa harga akan meningkat pada masa akan
datang menyebabkan pengguna membeli barangan sekarang berbanding deflasi yang
akan menangguhkan pembelian kerana menganggap harga akan semakin jatuh pada
masa akan datang.
Masalah Inflasi

Inflasi yang berlebihan (hyperinflation)


berlaku akibat bekalan wang yang terlalu berlebihan seperti yang berlaku di Zimbabwe
apabila kerajaan mencetak wang kertas secara berlebihan tetapi penghasilan barangan
tetap sama, kuasa membeli pengguna berkurang dan wang yang diedarkan semakin
kurang nilainya akibat inflasi yang berlebihan. Contoh pada gambar di sebelah apabila
berlaku hiperinflasi, wang kertas semakin tidak bernilai dan peningkatan denominasi
wang kertas pada kadar yang tidak terkawal. 100 billion Zimbabwe Dollar bersamaan 5
sen US sahaja pada suatu masa. Tambang bas untuk rakyat Zimbabwe ke tempat kerja
dikatakan pernah mencecah ZWD 1 trillion iaitu 50 sen US.
Inflasi yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyorokan barangan (hoarding) oleh
peniaga yang ingin mengambil untung dengan menjual barangan yang disorok pada
masa akan datang dengan harga yang lebih tinggi. Inflasi yang tinggi menandakan

ketidakcekapan pengurusan ekonomi bukan sahaja oleh kerajaan termasuk juga


ketidakcekapan pasaran untuk memenuhi permintaan dan menyediakan bekalan.
Inflasi Semasa di Malaysia

Perubahan Indeks Harga Pengguna Tahun ke Tahun Malaysia


Akibat daripada pemansuhan subsidi gula, pengurangan subsidi petrol, diesel, kenaikan
tarif elektrik di antara akhir tahun lepas hingga awal tahun ini, trend harga pengguna
mula mencatatkan kenaikan yang agak mendadak. Pada bulan Januari 2014, CPI
mencatatkan kenaikan sebanyak 3.4% berbanding Januari 2013. Secara teorinya
pemansuhan subsidi akan menaikkan harga secara one-off sahaja dan bukannya
berterusan tetapi ada kesan berantai akibat pengurangan subsidi petrol, diesel dan
elektrik yang akan meningkatkan kos pengeluaran seterusnya meningkatkan harga
barang. Peniaga pula akan melepaskan kos kepada pengguna untuk mengekalkan
margin keuntungan dan pengguna akan terbeban akibat kenaikan harga semua jenis
barangan.
Trend CPI dijangka meningkat sepanjang 2014 akibat daripada rasionalisasi subsidi
yang dijalankan kerajaan selain daripada aktiviti ekonomi yang semakin meningkat
kesan daripada pemulihan ekonomi negara luar seperti US dan Eropah.
Rumusan
Ramai diantara kita mempertikaikan angka inflasi seperti Indeks Harga Pengguna yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara kerana contohnya, harga barangan naik
lebih tinggi dari kadar CPI 3.4% pada bulan Januari 2014. Benar, memang banyak
barangan yang naik lebih banyak daripada perubahan peratusan Indeks Harga
Pengguna tetapi harus kita ingat bahawa pengiraan CPI ini adalah pengiraan kumpulan
barangan yang banyak (512 barangan) yang dikira secara purata seluruh negara
termasuk kawasan luar bandar. Jadi peratusan perubahan yang tampak rendah ini
melambangkan purata perubahan harga dan bukan perubahan harga yang spesifik
mengikut sesuatu tempat.
Saya tidak menyangkal bahawa banyak lagi yang perlu diusahakan kerajaan untuk

mengurangkan kenaikan kos sara hidup seperti membuka pasaran dengan


menghapuskan
permit khas,
menghapuskan
monopoli
dan
sebagainya.
Ketidakcekapan dan campurtangan berlebihan kerajaan dalam menentukan harga
pasaran menyebabkan ketidakcekapan pasaran dan mengganggu pola permintaan dan
bekalan
barangan
yang
akan
menyebabkan
inflasi
berlebihan.
Hari ini kita belajar berkenaan inflasi secara mendalam. Jika ada yang tanya apa yang
kamu faham tentang inflasi maka boleh lah kita menerangkan tentang Indeks Harga
Pengguna, kebaikan dan keburukan inflasi dan sebagainya. Semoga apa yang ditulis
dan
diterangkan
diatas
bermanfaat
buat
semua.
Nota

Teknikal:

1. Data Indeks Harga Pengguna mengikut Siri Masa: Jabatan Perangkaan


2.

Inflation:
Wikipedia
3.

Hyperinflation

in

Zimbabwe:
Wikipedia
4.LostDecade(Japan):Wikipedia