Anda di halaman 1dari 1

LEMBAGA PENGAWAS PERPUSTAKAAN

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN HENG EE

99, Jalan Hamilton, 11600 Pulau Pinang.


282 4402 / helibrarians@gmail.com / http://helibrary.blogspot.com

19hb Januari 2015

TEMUDUGA PENGAMBILAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN BARU

Kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu yang dihormati,


Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang Pengawas Perpustakaan Sekolah, suatu sesi
temuduga bagi urusan pengambilan Pengawas Perpustakaan SMJK Heng Ee sedang menanti anda
pada tarikh dan tempat yang ditetapkan di bawah:
Tarikh:
Masa:
Tempat:

24 Januari 2015 (Sabtu)


8.00 Pagi
Perpustakaan Sekolah SMJK Heng Ee

Sebagai seorang pengawas perpustakaan, anda seharusnya seorang yang:


Suka membaca
Boleh bekerja dalam kumpulan
Boleh menurut dan menerima arahan daripada ketua
Boleh berkongsi pendapat dan berinteraksi dengan rakan-rakan setugas
Berkomited untuk bertugas di dalam perpustakaan (perlu berada di perpustakaan selepas
waktu persekolahan (Sesi Pagi) / datang awal ke perpustakaan sebelum waktu persekolahan
(Sesi Petang) untuk bertugas)
Kebaikan yang akan anda perolehi sebagai seorang pengawas perpustakaan yang berkhidmat
untuk sekolah:
Memperoleh pengalaman bekerja
Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menarik seperti Kem Tahunan dan Lawatan
Sambil Belajar.
Mempelajari kemahiran perpustakaan asas dan proses pengurusan perpustakaan.
*Memperoleh markah bonus sebanyak 3 markah yang akan ditambah ke dalam markah
keseluruhan aktiviti kokurikulum.
*Berpeluang meminjam lebih banyak buku berbanding pelajar biasa:
Audio Visual (CD)
Rak Terbuka Rujukan
Majalah Lama
Pelajar Biasa
2
2
2
1
Pengawas Perpustakaan 4
4
2
1
Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk menjadi ahli ke dalam kelab kami. Terima kasih.
Yang benar,
OOI CHEE XUAN
Ketua Pengawas Perpustakaan,
SMJK Heng Ee.

Anda mungkin juga menyukai